Free Essay

Economic Report of Malaysia

In:

Submitted By Chandramohan
Words 39597
Pages 159
Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005
2-18 6-7 10-15 18-36 37-42 42-50 50-70 65-68 70-72 Tinjauan Keseluruhan Rencana: Keluaran Potensi Ekonomi Malaysia Rencana: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kajian Mengikut Sektor Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana

Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005
TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan.

Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi
Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP

1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang.
Anggaran menunjukkan bahawa ekonomi menghadapi pertumbuhan yang seimbang pada tahun 2005 memandangkan pertumbuhan keluaran potensi kekal pada 5.7%. Hasilnya jurang keluaran (perbezaan antara keluaran sebenar dengan keluaran potensi yang dinyatakan sebagai peratusan paras keluaran potensi) kekal rendah pada +0.7%. Data ini juga menunjukkan bahawa sumbangan pertumbuhan produktiviti kepada jumlah pertumbuhan telah meningkat, membayangkan produktiviti yang meningkat secara beransur-ansur dan penggunaan input faktor yang lebih efisien (Keterangan lanjut dalam Rencana 1). Pertumbuhan ekonomi adalah seimbang dan menyeluruh dengan kebanyakan sektor ekonomi (kecuali sektor pembinaan) mencatat kadar pertumbuhan yang positif. Nilai ditambah sektor perkilangan meningkat 4.9%. Perkembangan dalam sektor perkilangan dipengaruhi oleh putaran kitaran dalam industri elektronik global. Separuh tahun pertama mengalami pertumbuhan pengeluaran yang lebih perlahan, berikutan kitaran 2

elektronik global yang menurun sedikit disebabkan pengumpulan inventori berlebihan pada separuh kedua tahun 2004. Pengilang dalam negeri melaksanakan proses penyelarasan inventori dan merasionalisasikan pengeluaran pada awal tahun 2005. Namun begitu, prestasi industri elektronik dan elektrik (E & E) yang agak lemah diimbangi oleh pertumbuhan yang kukuh dalam industri berasaskan sumber tertentu, iaitu industri keluaran kimia dan pemprosesan di luar estet, serta prestasi yang kukuh dalam beberapa industri berorientasikan pasaran dalam negeri yang tertentu. Sektor perkilangan lebih kukuh pada separuh tahun kedua berikutan pengukuhan semula industri berorientasikan eksport dan pengembangan yang berterusan industri utama dalam negeri yang lain. Pada tempoh itu, jualan separa konduktor global mula menunjukkan peningkatan berikutan semakin bertambahnya permintaan global daripada sektor perniagaan dan pengguna di seluruh dunia. Jualan di rantau Asia Pasifik meningkat pada separuh tahun kedua (18.5%; STI 2005: 14.1%) didorong oleh permintaan yang kukuh terhadap komputer mudah alih berikutan peningkatan kepopularan sistem tanpa wayar di samping peningkatan dalam permintaan global terhadap barangan elektronik pengguna seperti pemain mp3, kamera digital, televisyen digital dan telefon selular. Para pengeluar Malaysia, yang telah menyempurnakan penyelarasan inventori pada awal tahun, berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada permintaan yang lebih tinggi ini, dan hasilnya, pengeluaran dan jualan meningkat. Dalam industri berorientasikan pasaran dalam negeri, pengeluaran

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

industri makanan dan alat kelengkapan pengangkutan meningkat, disebabkan oleh permintaan dalam negeri, sementara keluaran industri berkaitan pembinaan pula menurun akibat aktiviti pembinaan yang lembap. Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan mapan pada kadar 6.5%, iaitu melebihi kadar pertumbuhan KDNK keseluruhan. Pertumbuhan ini didorong oleh penggunaan swasta yang kukuh serta aktiviti pelancongan dan perniagaan yang meningkat. Pengembangan perdagangan subsektor borong dan runcit, hotel dan restoran (8%; 2004: 7.1%) diperkukuh oleh keutuhan perbelanjaan pengguna. Perbelanjaan yang lebih tinggi ini lebih ketara pada tempoh-tempoh tertentu pada tahun itu, apabila terdapat jualan tahunan di seluruh negara serta musim perayaan pada hujung tahun. Dalam perkhidmatan pengantara, subsektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi berkembang pada kadar yang sederhana sebanyak 6.3%, mencerminkan perbelanjaan yang lebih rendah di kalangan pelanggan telefon bimbit baru yang kurang berada. Walaupun prestasi perdagangan dunia dan serantau teguh pada tahun 2005, ia lebih perlahan daripada kadar pertumbuhan yang luar biasa kukuh yang dicatat pada tahun 2004. Ini ditambah pula dengan pertumbuhan yang lebih sederhana dalam sektor perkilangan dalam negeri yang telah mengurangkan pertumbuhan dalam industri pengangkutan. Subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan mencatat pertumbuhan yang mapan pada kadar 5.4% pada tahun 2005, sementara permintaan terhadap dana dan perkhidmatan kewangan dan perniagaan yang lain meningkat seiring dengan aktiviti ekonomi. Seterusnya, perkhidmatan perniagaan baru seperti aktiviti perkhidmatan perkongsian dan penggunaan sumber luar terus memberi dorongan kepada pertumbuhan dalam sektor ini.

Graf 1.3 Sumbangan kepada Pertumbuhan KDNK Benar
Mata peratusan 15 10 5 0 -5 -10 Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10

2000

2001

2002

2003

2004

2005

Permintaan dalam negeri (skala kiri) Eksport bersih (skala kiri) Perubahan dalam stok (skala kiri) Pertumbuhan KDNK benar (skala kanan)

Nilai ditambah dalam sektor pertanian mencatat peningkatan yang sederhana sebanyak 2.1% pada tahun 2005. Pengeluaran minyak sawit meningkat dengan ketara sebanyak 7%, meskipun kadar hasil pengeluaran yang tinggi diimbangi oleh prestasi yang lebih lemah dalam aktiviti pertanian lain termasuk getah, perikanan dan padi. Pertumbuhan dalam sektor perlombongan juga menjadi sederhana (0.8%) disebabkan pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah, walaupun keluaran gas asli jauh lebih tinggi. Penurunan dalam pengeluaran minyak mentah adalah akibat penutupan beberapa kemudahan loji dan pelantar minyak pada tahun 2005 bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan. Sebaliknya, peningkatan dalam pengeluaran gas asli disokong oleh permintaan yang kukuh daripada penjana kuasa tempatan, sektor perindustrian serta pembeli asing. Permintaan yang lebih tinggi ini dibantu oleh penggunaan kapasiti yang meningkat di loji MLNG.

Graf 1.2 KDNK Benar dan Permintaan Dalam Negeri Agregat
Perubahan tahunan (%) 20 15 10 5 0 -5 -10 -15 -20 -25 -30 KDNK Benar Permintaan agregat dalam negeri 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Graf 1.4 Keefisienan Penggunaan Tenaga
Penggunaan tenaga/jualan sektor pembuatan 0.026 0.024 0.022 0.020 0.018 0.016 0.014 0.012 0.010 S1'99 S3 S1'00 S3 S1'01 S3 S1'02 S3 S1'03 S3 S1'04 S3 S1'05 S3 S4 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad

3

Jadual 1.1: Malaysia – Penunjuk Ekonomi Utama

2003 Penduduk (juta orang) Tenaga pekerja (juta orang) Guna tenaga (juta orang) Pengangguran (% daripada tenaga pekerja) Pendapatan Per Kapita (RM) (USD) KELUARAN NEGARA (% perubahan) KDNK benar (RM bilion) Pertanian, perhutanan dan perikanan Perlombongan dan kuari Perkilangan Pembinaan Perkhidmatan KNK nominal (RM bilion) KNK benar (RM bilion) Permintaan agregat benar1 Perbelanjaan swasta1 Penggunaan Pelaburan Perbelanjaan awam1 Penggunaan Pelaburan Tabungan negara kasar (% daripada KNK) IMBANGAN PEMBAYARAN (RM bilion) Imbangan barangan Eksport (f.o.b.) Import (f.o.b.) Imbangan perkhidmatan (% daripada KNK) Pendapatan, bersih (% daripada KNK) Pindahan semasa, bersih Imbangan akaun semasa (% daripada KNK) Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia, bersih2 (dalam bilangan bulan import tertangguh) HARGA (% perubahan) IHPG (2000=100) IHPK (1989=100) Upah benar bagi setiap pekerja di sektor perkilangan
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.
1 2

2004 26.0 10.8 10.5 3.5 16,616 4,373

2005a 26.7 11.3 10.9 3.5 18,106 4,781

2006r 27.2 11.5 11.1 3.5 19,484 5,145

25.3 10.4 10.0 3.6 14,870 3,913

5.4 232.4 5.6 5.8 8.4 1.5 4.5 10.5 372.5 6.9 217.2 6.1 5.5 6.6 0.4 7.2 11.5 3.9 36.5

7.1 249.0 5.0 3.9 9.8 -1.5 6.8 14.1 425.1 7.3 233.1 7.5 13.1 10.5 25.8 -2.1 6.0 -8.7 37.3

5.3 262.0 2.1 0.8 4.9 -1.6 6.5 11.3 473.1 6.4 248.0 7.3 9.5 9.2 10.8 3.1 5.9 0.4 37.1

6.0 277.6 2.0 5.0 7.0 1.0 6.0 9.7 519.1 5.8 262.5 5.9 7.4 6.8 10.0 3.0 3.2 2.7 38.1

97.8 398.0 300.2 -15.3 -4.1 -22.5 -6.1 -9.3 50.6 13.6 44.9 6.6

104.5 481.2 376.8 -8.8 -2.1 -24.5 -5.8 -14.6 56.5 13.3 66.7 7.9

126.5 536.9 410.5 -10.2 -2.2 -21.5 -4.5 -17.0 77.8 16.4 70.5 7.8

138.4 601.9 463.5 -10.3 -2.0 -23.7 -4.6 -15.0 89.4 17.2 -

1.2 5.7 2.9

1.4 8.9 1.9

3.0 6.8 0.8

3.5 - 4.0 -

Tidak termasuk stok.

Semua harta dan tanggungan dalam mata wang asing dinilai semula kepada ringgit mengikut kadar pertukaran pada tarikh kunci kira-kira dan keuntungan/kerugian penilaian tersebut telah diambilkira dalam akaun Bank. a Awalan r Ramalan

4

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.2: Malaysia – Penunjuk Kewangan dan Monetari
2003 KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (RM bilion) Hasil Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan bersih Imbangan keseluruhan Imbangan keseluruhan (% daripada KDNK) Jumlah perbelanjaan pembangunan bersih sektor awam Imbangan keseluruhan sektor awam (% daripada KDNK) HUTANG LUAR NEGERI Jumlah hutang (RM bilion) Hutang jangka sederhana dan panjang Hutang jangka pendek1 Nisbah khidmat bayaran hutang (% daripada eksport barangan dan perkhidmatan) Jumlah hutang Hutang jangka sederhana dan panjang 92.6 75.2 38.3 -20.9 -5.3 83.3 -4.9 2004 99.4 91.3 27.5 -19.4 -4.3 56.7 4.1 2005a 106.3 97.7 27.3 -18.7 -3.8 71.0 1.4

186.7 153.2 33.5

200.6 156.8 43.7

195.9 149.7 46.2

6.4 6.3 Perubahan 2003 RM bilion %

4.6 4.4 Perubahan 2004 RM bilion % 12.2 108.1 68.0 70.1 40.1 1.9 19.7 1.7 78.4% 87.7% 2004 % 2.70 2.80 11.9 25.4 12.4 12.7 8.5 3.2 10.5 5.7

4.7 4.5 Perubahan 2005 RM bilion % 9.8 82.0 49.7 68.6 44.2 -2.4 20.5 -0.8 77.5% 85.8% 2005 % 3.00 3.20 8.5 15.4 8.0 11.0 8.6 -3.7 9.9 -2.6

WANG DAN PERBANKAN Bekalan wang M1 M2 M3 Deposit sistem perbankan Pinjaman sistem perbankan2 Perkilangan Sektor harta benda Perkhidmatan kewangan, insurans dan perniagaan Nisbah pinjaman-deposit pada (akhir tahun) Nisbah pembiayaan-deposit3

13.0 42.5 48.5 49.5 21.6 -0.2 14.6 -0.6 80.9% 91.7% 2003 %

14.6 11.1 9.7 9.8 4.8 -0.3 8.4 -2.1

KADAR FAEDAH (PURATA PADA AKHIR TAHUN) Kadar Dasar Semalaman (OPR) Kadar Antara Bank 3 bulan Bank perdagangan Deposit tetap 3 bulan 12 bulan Deposit tabungan Kadar pemberian pinjaman asas (BLR) Bil Perbendaharaan (3 bulan) Sekuriti Kerajaan (1 tahun) Sekuriti Kerajaan (5 tahun)

2.87

3.00 3.70 1.86 6.00 2.77 2.93 4.28 2003 %

3.00 3.70 1.58 5.98 1.96 2.24 3.64 2004 %

3.02 3.70 1.41 6.20 2.96 3.30 3.73 2005 %

KADAR PERTUKARAN MATA WANG ASING Pergerakan Ringgit (pada akhir tahun) Perubahan berbanding SDR Perubahan berbanding USD4
1 2 3 4

-8.5 0.0

-4.3 0.0

8.9 0.5

Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi-institusi perbankan pemastautin. Termasuk pinjaman yang dijual kepada Cagamas. Dilaraskan untuk merangkumi sekuriti hutang swasta. Ringgit telah ditetapkan pada kadar RM3.80=USD1 pada 2 September 1998 dan beralih kepada apungan terurus berbanding dengan sekumpulan mata wang pada 21 Julai 2005.

a Awalan

5

Keluaran Potensi Ekonomi Malaysia Keluaran potensi ialah trend paras keluaran yang bergerak selaras dengan kapasiti produktif agregat sesebuah ekonomi. Ia mengesani arah pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dari segi konsep, pertumbuhan dalam keluaran potensi ditentukan terutamanya oleh pengembangan dan penggunaan tanpa tekanan inflasi modal fizikal dan tenaga pekerja, serta pertumbuhan produktiviti faktor menyeluruh (TFP). Pertumbuhan TFP menggambarkan peningkatan produktiviti hasil daripada penggunaan input faktor yang bertambah baik disebabkan kemajuan teknologi dan peningkatan kecekapan yang menyeluruh. Oleh itu, pertumbuhan jangka panjang sesebuah ekonomi yang mapan bukan sahaja bergantung pada pengumpulan faktor bahkan juga penting pada peningkatan dalam kemahiran, kecekapan modal, persekitaran ekonomi yang menyeluruh, di samping kemajuan teknologi.
Jadual 1 KDNK Benar dan Keluaran Potensi
KDNK Benar Tempoh (Perubahan tahunan %) 1994-1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005e a Anggaran

Graf 1 Keluaran Benar dan Potensi
Pekerja
RM bilion 300 240 180 120 60 0 Jurang Keluaran (skala kanan) 93 94 95 96 97 98 99 00 01 02 03 04 05 06 KDNK Benar Keluaran Potensi % daripada keluaran potensi 10.0 7.5 5.0 2.5 0.0 -2.5 -5.0

Keluaran Potensi

Pelaburan

5.8 6.1 8.9 0.3 4.4 5.4 7.1 5.3

7.3 1.0 6.4 3.3 2.8 4.8 5.8 5.7

2.7 -6.5 25.7 -2.8 0.3 2.7 3.1 4.7

3.1 3.7 4.3 1.6 3.5 3.6 4.0 4.1

Anggaran terkini bagi Malaysia menunjukkan keluaran potensi meningkat sebanyak 5.7% pada tahun 2005, dengan jurang keluaran1 dianggarkan positif sebanyak 0.7% daripada keluaran potensi. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia beroperasi pada paras yang tinggi sedikit daripada paras potensinya pada tahun 2005. Secara keseluruhan, tempoh yang sama dengan Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) merupakan tempoh yang bercirikan pertumbuhan yang secara relatifnya seimbang, dengan ekonomi berkembang hampir kepada kapasiti potensinya. Dalam keadaan stok modal yang semakin pulih, keluaran potensi meningkat pada kadar tahunan purata 4.6% berbanding dengan 4.5% untuk keluaran sebenar dalam tempoh yang sama. Jurang keluaran, yang menggambarkan sejauh mana ekonomi menyimpang daripada trend keluaran tanpa tekanan inflasi, berada pada purata kurang ±1% daripada potensi keluaran. Meskipun berkali-kali kejutan luaran berlaku di rantau ini dan ketidakseimbangan global yang semakin ketara dalam tempoh itu, ekonomi Malaysia tidak mengalami sebarang kitaran deflasi ataupun kitaran inflasi yang besar. Ini menunjukkan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia semakin utuh.
Graf 2 Sumbangan Faktor dan Pertumbuhan Produktiviti Faktor Menyeluruh
% sumbangan mata 8 7 6 5 4 3 2 1 0 -1 1994-1997 1998-1999 2000-2002 2003-2005 Pekerja Pelaburan TFP

Tempoh tahun 2001-2005 juga menyaksikan peralihan ekonomi Malaysia dari segi sumbangan faktor dan secara amnya, tahap kecekapan ekonomi. Seperti yang ditunjukkan dalam Graf 2, pertumbuhan dalam keluaran potensi didorong terutamanya oleh pengumpulan modal pada awal tahun 1990an, dengan sumbangan yang sederhana daripada tenaga pekerja dan pertumbuhan TFP. Walau bagaimanapun, pada permulaan tahun 1997, sumbangan daripada pengumpulan modal mula merosot dan dari tahun 2001, pertumbuhan TFP mula menunjukkan peningkatan. Perubahan ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah beralih daripada ekonomi yang didorong oleh faktor kepada ekonomi yang didorong oleh produktiviti.

1 Jurang keluaran ialah perbezaan antara paras keluaran sebenar dengan keluaran potensi dan jurang ini diukur sebagai peratusan daripada keluaran potensi. Jurang keluaran positif menunjukkan keluaran sebenar melebihi keluaran potensi, manakala jurang keluaran negatif adalah sebaliknya.

6

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Melangkah ke hadapan, keluaran potensi ekonomi dijangka meningkat pada kadar 6% pada tahun 2006 dengan jurang keluaran positif semakin mengecil pada akhir tahun disebabkan oleh peningkatan berterusan dalam produktiviti dan pengembangan stok modal dan tenaga pekerja. Trend pengembangan ekonomi Malaysia yang seimbang ini dijangka dapat dikekalkan pada masa hadapan memandangkan trend produktiviti yang terus meningkat dan daya tahan yang bertambah kukuh.

Nilai ditambah dalam sektor pembinaan susut lagi buat tahun kedua berturut-turut (-1.6%; 2004: -1.5%), berikutan aktiviti kejuruteraan awam yang lembap setelah siapnya beberapa projek infrastruktur yang besar pada beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, segmen kediaman dan bukan kediaman terus berkembang disebabkan oleh permintaan yang kukuh terhadap rumah dan minat yang mantap terhadap ruang pejabat dan perniagaan. Kadar penghunian ruang pejabat dan ruang perniagaan meningkat pada tahun 2005, mencerminkan pertambahan dalam permintaan. Dalam subsektor kediaman, pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan prospek pekerjaan yang stabil menggalakkan permintaan daripada sektor isi rumah. Di samping itu, kadar faedah yang rendah dan pinjaman harta tanah yang inovatif turut menyokong permintaan ini, oleh sebab kedua-duanya memampukan pembelian rumah. Permintaan dalam negeri agregat kekal berdaya tahan, iaitu meningkat 7.3%, berikutan kemampuan ekonomi membuat penyelarasan terhadap kenaikan harga minyak. Kenaikan secara berperingkat harga petrol runcit tidak memberi kesan yang boleh menjejaskan struktur kos syarikat yang terus mencatat margin keuntungan yang agak baik. Para pengeluar telah menyerap sebahagian daripada peningkatan harga lantas menyederhanakan peningkatan harga dalam negeri. Kenaikan akibat tolakan kos ketara terutamanya dalam kategori pengangkutan dan komunikasi, sementara inflasi teras terus rendah pada kadar 2% (2004: 1%). Kesannya, inflasi yang memuncak pada kadar 3.7% pada bulan Ogos adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kenaikan harga komoditi. Yang lebih penting, harga tenaga yang lebih tinggi juga seolah-olah mempercepat proses transformasi ke arah kecekapan yang lebih tinggi dan meningkatkan dorongan ke arah produktiviti yang lebih tinggi untuk mengurangkan kos, justeru membantu membendung inflasi pada tahap yang boleh diurus. Data menunjukkan trend yang menurun dalam keamatan tenaga sektor perkilangan. Penggunaan swasta meningkat dengan kukuh sebanyak 9.2% berikutan perkembangan positif dalam ekonomi yang terus menyokong pertumbuhan, khususnya,

peningkatan dalam jawatan kosong, bertambahnya pendapatan boleh guna dan keadaan pembiayaan yang akomodatif. Walaupun pengguna terjejas oleh kenaikan harga bahan api, mereka sanggup mengurangkan kadar simpanan demi mengekalkan tahap penggunaan mereka, justeru menunjukkan lagi keyakinan mereka terhadap pertumbuhan pendapatan dan prospek ekonomi yang positif. Keyakinan pengguna tercermin pada Indeks Sentimen Pengguna Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang kekal melebihi paras ambang 100 mata sepanjang tahun 2005 malahan meningkat kepada 116.1 pada akhir tahun 2005. Di samping itu, Kerajaan mengambil langkah aktif berikutan pelarasan harga yang ditadbir, dengan mengembalikan elaun untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan yang lebih kecil yang digunakan oleh golongan berpendapatan rendah. Berikutan langkah syarikat mengembangkan kapasiti, menaikkan taraf dan mengganti mesin lama dan usang, pelaburan swasta mencatat pertumbuhan yang teguh sebanyak 10.8% pada tahun 2005. Faktor positif, terutamanya pengukuhan kitaran elektronik pada separuh tahun kedua di samping permintaan dalam negeri yang kekal kukuh berjaya mengimbangi ketidakpastian firma-firma tentang prospek permintaan agregat yang berpunca daripada ketidaktentuan harga tenaga. Perbelanjaan modal yang lebih tinggi dicatat dalam kesemua sektor ekonomi dengan sektor perkhidmatan, perlombongan dan perkilangan mencatat peningkatan yang kukuh dalam perbelanjaan modal. Sebaliknya, perbelanjaan modal dalam sektor pembinaan menurun akibat siapnya pembinaan beberapa jalan raya yang diswastakan. Walaupun permintaan luar negeri berkembang pada kadar yang lebih sederhana berbanding dengan tahun 2004, sumbangannya kepada pertumbuhan berubah menjadi positif pada tahun 2005 (1.5 mata peratusan; 2004:-2.5 mata peratusan). Sumbangan positif kepada pertumbuhan itu terutamanya disebabkan oleh eksport yang berkembang (11%) pada kadar yang lebih pantas daripada import (8.5%). Pengembangan eksport agak lemah berbanding dengan tahun 2004 disebabkan oleh kelembapan sektor IT yang dialami pada awal tahun 7

2005. Walau bagaimanapun, eksport komoditi utama kekal kukuh (16%, 2004: 21.8%) disebabkan harga minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) yang lebih tinggi. Minyak mentah Malaysia, iaitu gred "light and sweet", mendapat premium yang lebih tinggi berbanding dengan gred mentah "heavy and sour". Pertumbuhan import sederhana pada tahap 8.5% (2004: 26.4%), lantas menghasilkan lebihan dagangan yang lebih besar. Pertumbuhan import barangan pengantara yang lebih perlahan mencerminkan kelemahan prestasi sektor E&E. Hasilnya, lebihan dagangan melebar kepada RM99.8 bilion (2004: RM80.7 bilion). Akaun perkhidmatan mencatat defisit yang lebih besar, berjumlah RM10.2 bilion (2004: -RM8.8 bilion) berikutan defisit lebih kecil dalam akaun pengangkutan yang diimbangi oleh perbelanjaan bagi perjalanan luar negeri yang lebih tinggi serta defisit yang lebih besar dalam akaun perkhidmatan yang lain. Begitu juga dengan akaun pendapatan yang turut mencatat defisit pada tahun 2005, walaupun lebih kecil daripada defisit yang dicatat pada tahun 2004 (-RM21.5 bilion; 2004: -RM24.5 bilion). Aliran keluar keuntungan dan dividen yang terakru kepada pelabur asing diimbangi sebahagiannya oleh perolehan yang mapan daripada keuntungan yang terakru kepada pelabur Malaysia di luar negara serta pulangan yang lebih tinggi daripada pegangan rizab luar negeri. Kesan lebihan dagangan yang lebih besar dengan defisit akaun pendapatan yang lebih kecil menghasilkan lebihan akaun semasa yang lebih besar sebanyak 16.4% daripada KNK, paras tertinggi yang pernah dicapai sejak tahun 1999 (2004: 13.3%). Memandangkan asas-asas yang kukuh dan perubahan struktur yang sedang berlaku di rantau ini, Bank Negara Malaysia menyelaraskan rejim kadar pertukaran ringgit pada 21 Julai 2005, dengan beralih daripada kadar pertukaran yang ditambatkan pada dolar AS kepada apungan terurus. Rejim yang lebih fleksibel ini membolehkan Malaysia bertindak balas kepada perubahan dalam persekitaran antarabangsa dan dalam negeri. Sejak itu, ringgit menambah nilai dan mencapai paras 3.7460 berbanding dengan dolar AS sebelum mencatat paras 3.78 pada akhir tahun. Mencerminkan keadaan luaran Malaysia yang utuh, kadar pertukaran tersebut terus bertambah baik ke paras 3.7055 pada 3 Mac 2006. Pelaburan portfolio spekulatif yang mengalir masuk pada awal tahun 2005 berikutan jangkaan akan berlaku kenaikan nilai ringgit, telah bertukar haluan untuk 8

mengalir keluar pada separuh tahun kedua. Berikutnya, aliran portfolio kembali ke paras normal dalam proses penemuan harga secara teratur. Selain dana portfolio, pembayaran balik hutang luar negeri oleh sektor awam dan pemberian kredit yang lebih besar oleh pengeksport Malaysia turut menyumbang kepada aliran keluar dalam akaun kewangan pada tempoh ini. Berikutan aliran keluar ini, akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM42 bilion pada tahun 2005 (2004: +RM15.1 bilion). Pada asas kasar, pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM25 bilion (2004: RM23.5 bilion), atau 5.3% daripada KNK. Aliran masuk FDI terutamanya ketara dalam sektor perkhidmatan, minyak dan gas dan perkilangan. Dalam sektor perkhidmatan, aliran masuk FDI adalah menyeluruh, disalurkan terutamanya kepada subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta subsektor restoran, hotel, borong dan runcit. Sebagai mencerminkan minat syarikat Malaysia yang bertambah untuk mempelbagaikan perniagaan mereka ke luar negeri, aliran keluar bagi pelaburan luar negeri juga meningkat. Lebihan akaun semasa kekal dan lebih daripada mengimbangi aliran keluar bersih dalam akaun kewangan dan pengurangan nilai rizab hasil daripada penilaian semula pertukaran asing yang timbul berikutan pengukuhan nilai ringgit berbanding dengan mata wang utama. Hasilnya, rizab antarabangsa terus meningkat kepada RM266.3 bilion atau bersamaan USD70.5 bilion pada akhir tahun 2005. Pada 28 Februari 2006, paras rizab meningkat lagi kepada RM272.7 bilion atau USD72.2 bilion, memadai untuk membiayai import tertangguh selama 7.6 bulan bulan dan ialah 6.7 kali hutang luar negeri jangka pendek. Hutang luar negeri Malaysia menurun kepada RM195.9 bilion pada tahun 2005 (2004: RM200.6 bilion), mencerminkan terutamanya pembayaran balik pinjaman luar negeri yang lebih tinggi oleh Kerajaan Persekutuan dan perusahaan awam bukan kewangan (PABK). Pembayaran balik oleh Kerajaan Persekutuan ekoran cukup tempoh bon Euro yang diterbitkan pada tahun 2000 dan beberapa pembayaran balik pokok berjadual untuk pinjaman sindiket, sementara bagi pihak PABK, terdapat bon berdenominasi dolar AS yang matang serta beberapa pinjaman yang dibayar balik lebih awal. Sebaliknya, peningkatan yang sedikit dalam hutang jangka pendek disebabkan terutamanya oleh pertambahan dalam hutang jangka pendek sektor perbankan hasil daripada aktiviti melindung nilai urus

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

niaga berkaitan perdagangan dan aktiviti kewangan. Kedudukan hutang luar negeri Malaysia kekal mapan, dengan nisbah khidmat bayaran hutang terus mantap pada kadar 4.7% dengan nisbah kepada KNK menurun ke paras 41.4% (2004: 47.2%). Seterusnya, hutang jangka pendek kekal rendah, mencakupi 23.6% daripada jumlah hutang luar negeri. Dalam persekitaran pengembangan ekonomi dan makroekonomi, kemantapan sektor kewangan terus meningkat. Permodalan kekal kukuh, diiringi oleh pertumbuhan yang berterusan dalam keuntungan dan kualiti portfolio pinjaman. Kedudukan modal sistem perbankan kekal kukuh dengan nisbah modal wajaran risiko dan nisbah modal teras, masing-masing pada 13.1% dan 10.2% (2004: masing-masing 14.4% dan 11.4%). Di samping itu, peningkatan dalam kualiti aset sistem perbankan adalah ketara, dengan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bersih bagi enam bulan bertambah baik kepada 4.6% (2004: 5.8%), sementara NPL bagi tiga bulan pula bertambah baik kepada 5.8% (2004: 7.5%). Pengurusan Makroekonomi Pengurusan makroekonomi berhemat oleh Kerajaan terus memperkukuh asas-asas ekonomi Malaysia pada tahun 2005. Akaun semasa imbangan pembayaran terus mencatat lebihan, tabungan kekal tinggi, rizab bertambah, inflasi kekal pada paras yang terurus dan hutang luar negeri berkurang. Dalam konteks mengekalkan prestasi pertumbuhan dan asas-asas ekonomi, Kerajaan terus komited untuk memperkukuh kedudukan kewangannya seperti yang dicerminkan oleh pengecilan dalam defisit kewangannya kepada 3.8% daripada KDNK pada tahun 2005 daripada 4.3% pada tahun 2004. Tumpuan Kerajaan adalah pada pengagihan semula sumber kepada projek lebih kecil terutamanya dalam pertanian, pembinaan, perumahan dan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar. Pengurangan defisit secara berperingkat-peringkat ini akan memberikan kefleksibelan dasar kepada pihak Kerajaan untuk mengurangkan kesan buruk yang mungkin timbul akibat ketidakpastian di sektor luar negeri. Kerajaan mengakui tentang perlunya untuk membantu menangani harga minyak antarabangsa yang lebih tinggi dan, pada masa yang sama, memastikan penunjuk harga disebarkan secara efisien, dengan itu membenarkan ejen ekonomi membuat penyelarasan yang perlu terhadap perkembangan ini. Pada tahun 2005, Kerajaan mengurangkan subsidi harga secara beransur-ansur, sementara pada awal tahun 2006, penyelarasan seterusnya dibuat atas harga bahan api berkuat kuasa pada 28 Februari. Untuk mempertingkatkan kebolehramalan dan membolehkan

ejen ekonomi merancang ke hadapan, Kerajaan juga mengumumkan bahawa tiada lagi penyelarasan akan dibuat pada tahun 2006.

Pengurusan makroekonomi pada tahun 2005 tertumpu pada mengekalkan pertumbuhan ekonomi di samping meningkatkan kapasiti ekonomi untuk menjana pertumbuhan yang mapan.
Dalam mengurus ekonomi, tumpuan dasar awam pada tahun 2005 adalah pada usaha mempercepat peralihan kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi, memperkukuh persekitaran perniagaan untuk membangunkan sumber pertumbuhan baru dan mempertingkatkan daya saing. Dalam Bajet Tahun 2005, struktur insentif terus ditambah baik untuk menggalakkan pelaburan, khususnya dalam bidang baru di sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan, sementara usaha memperbaik sistem penyampaian dipergiatkan. Khususnya, Dasar Bioteknologi Nasional (DBN) dilancarkan pada 28 April 2005, untuk dilaksanakan dalam tiga fasa dalam tempoh 15 tahun. Matlamat DBN adalah untuk menggalakkan penubuhan syarikat baru bagi membangunkan sektor itu. Apabila dilaksanakan sepenuhnya, industri bioteknologi dijangka menyumbang sehingga 5% daripada KDNK dan menyediakan hubung kaitan yang kukuh dengan aktiviti huluan, terutamanya pertanian dan perkilangan. Satu lagi inisiatif penting yang diambil ialah penubuhan Panel Semakan Semula Cukai bagi memastikan sistem cukai yang lebih efisien dan mesra perniagaan serta menyediakan tahap kejelasan dan ketelusan yang lebih tinggi. Untuk mempertingkatkan dan menggalakkan lagi aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, dan Bank Negara Malaysia sebagai Sekretariatnya, mengumumkan inisiatif baru untuk mempercepat pembangunan PKS. Produk pembiayaan perdagangan baru diperkenalkan; portal SMEinfo dan portal latihan dalam talian dilancarkan; definisi yang komprehensif untuk PKS dalam pelbagai sektor yang dikenal pasti untuk dimajukan telah diterbitkan; dan rangka kerja bagi Perancangan Pembangunan dan Penilaian PKS dibentuk. Majlis ini juga meluluskan 9

Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaya saing menjadi tumpuan utama dasar Kerajaan. Usaha-usaha yang dilaksanakan bertujuan untuk: – memperkukuh infrastruktur yang menyokong pembangunan PKS; – membina kapasiti dan keupayaan PKS; dan – mempertingkatkan akses PKS kepada pembiayaan. Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan1 telah menyediakan hala tuju strategik dasar Kerajaan untuk pembangunan PKS bagi memastikan penyelarasan dan keberkesanan program Kerajaan terhadap PKS. (i) Memperkukuh Infrastruktur yang Menyokong Pembangunan PKS (a) Rangka Kerja bagi Perancangan dan Penilaian Pembangunan PKS Berikutan pelaksanaan program PKS yang meluas oleh pelbagai Kementerian dan Agensi, adalah penting untuk memastikan bahawa pelaksanaan program ini diselaraskan serta efektif dalam membangunkan PKS. Satu Rangka Kerja Perumusan dan Penilaian Dasar telah diperkenalkan untuk meningkatkan perumusan dan penyelarasan dasar dan program PKS, serta memantau pelaksanaan dan hasil program ini. Rangka Kerja itu termasuk pengenalpastian keutamaan strategik umum, program dan sasaran bagi pembangunan PKS, serta pewujudan penunjuk prestasi utama yang menyeluruh untuk menilai keberkesanan program pembangunan PKS setiap tahun. (b) Rangka Tindakan Pembangunan PKS Kebangsaan 2006 Berikutan penerimapakaian Rangka Kerja Perumusan dan Penilaian Dasar, Rangka Tindakan Pembangunan PKS Kebangsaan 2006 (Rangka Tindakan 2006) diluluskan oleh Majlis pada bulan Disember 2005. Rangka Tindakan 2006 ialah rancangan tindakan setahun Kerajaan untuk menggalakkan pembangunan PKS. Ia menggariskan perkara berikut: – Objektif dan sasaran pembangunan PKS pada tahun 2006; – Strategi, program utama dan komitmen kewangan; dan – Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Bagi tahun 2006, sejumlah 245 program yang melibatkan komitmen kewangan sebanyak RM3.9 bilion dikenal pasti bagi pelaksanaan untuk mempercepat pembangunan PKS. Program-program tersebut bertujuan untuk memperkukuh infrastruktur yang menyokong pembangunan PKS; membina kapasiti dan keupayaan PKS; dan meningkatkan akses kewangan kepada PKS. Program ini akan meliputi semua sektor, termasuk PKS dalam sektor pertanian dan industri asas tani, dan yang melibatkan industri berasaskan pengetahuan. Usaha juga akan tertumpu pada pembangunan usahawan Bumiputera dan PKS yang progresif dan berdaya tahan. Sebanyak 170 program utama akan dilaksanakan untuk membina kapasiti dan keupayaan PKS, terutama dalam bidang pembangunan keusahawanan dan sumber manusia serta pemasaran dan promosi. Ini termasuk program untuk menyemai sifat keusahawanan di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi serta usaha untuk membantu PKS dalam mengembangkan rangkaian pemasaran mereka, melalui program pengembangan pasaran dan membangunkan rantaian dengan syarikat besar, syarikat berkepentingan kerajaan dan pasar raya besar. Sebanyak empat puluh dua program utama akan dilaksanakan untuk memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pembangunan PKS, termasuk menyediakan insentif untuk menggalakkan PKS menaik taraf premis perniagaan mereka serta penubuhan pusat inkubator. Untuk mempertingkatkan akses kepada pembiayaan, sebanyak 33 program utama akan dilaksanakan pada tahun 2006. Program ini
1

Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan terdiri daripada Menteri-menteri dan Ketua-ketua 18 Kementerian dan Agensi utama yang terlibat dalam pembangunan PKS.

10

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Gambaran Keseluruhan Pembangunan PKS: Objektif, Strategi, Program Utama dan Komitmen Kewangan dalam tahun 2006
MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN PKS YANG BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN DALAM SEMUA EKONOMI KE ARAH MENINGKATKAN SUMBANGAN PKS KEPADA EKONOMI
Sasaran

Ekonomi Mempertingkatkan daya maju PKS dalam semua sektor Menggalakkan pembangunan PKS dalam industri berasaskan pengetahuan

Sosio-Ekonomi Membangunkan usahawan dan PKS Bumiputera yang progresif dan berdaya tahan

(c) Penerimapakaian Definisi PKS di Malaysia Semua Kementerian, Agensi dan institusi kewangan yang terlibat dalam pembangunan PKS telah menerima pakai definisi baru PKS dalam sektor pertanian asas, perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan perkhidmatan. Definisi itu berpandukan kriteria jumlah jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa. Penggunaan penunjuk yang seragam bagi PKS dalam sektor tersebut akan memudahkan pengenalpastian isu dan prospek sektor yang berkenaan supaya langkah dasar yang wajar dapat diambil. Ia juga membolehkan pemantauan yang lebih rapi atas prestasi dan sumbangan PKS kepada ekonomi. (d) Profil dan Sumbangan PKS kepada Ekonomi Ketersediaan data yang relevan mengenai pembangunan dan prestasi PKS adalah kritikal untuk memudahkan perumusan dasar yang efektif bagi menyokong pembentukan dan pertumbuhan PKS. Oleh itu, Banci Pertubuhan dan Enterpris bagi sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan yang meliputi 1.7 juta syarikat dan perniagaan, telah dilancarkan pada bulan Mac 2005. Pada akhir bulan

Objektif Teras Strategik Program Utama

Memperkukuh infrastruktur

Membina kapasiti dan keupayaan

Mempertingkatkan akses kepada pembiayaan

106 Program Utama (Baru: 13)

41 Program Utama (Baru: 15)

98 Program Utama (Baru: 3)

Komitmen kewangan sebanyak RM2.29 b meliputi 9 Kementerian

Komitmen kewangan sebanyak RM1.61 b meliputi 11 Kementerian

termasuk mewujudkan dana modal usaha niaga sebanyak RM300 juta bagi pertanian, peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta untuk Tabung untuk Makanan, pembiayaan modal prabenih bagi sektor ICT dan transformasi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad bagi memperkukuh lagi infrastruktur bagi pembiayaan PKS.

11

Disember 2005, sebanyak 492,806 respons yang lengkap diterima. Daripada jumlah ini, penilaian awal respons daripada 349,617 syarikat dan perniagaan (termasuk perusahaan besar) telah memaparkan perkara berikut: • Daripada 349,617 pertubuhan, 99% atau 346,211 responden ialah PKS (termasuk perusahaan mikro). Daripada jumlah ini pula, 81% merupakan perusahaan mikro yang beroperasi kurang daripada 5 orang pekerja sepenuh masa, sementara 17% dan 2% adalah masing-masing daripada perusahaan kecil dan sederhana; dan PKS menyumbangkan 38% daripada jumlah keluaran dan mencakupi 55% daripada jumlah tenaga kerja daripada 349,617 pertubuhan tersebut.



Hasil penemuan awal daripada Banci tersebut mengukuhkan lagi keperluan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih agresif secara strategik dan terselaras supaya dapat menyokong perkembangan PKS dan menguatkan kapasiti PKS untuk bersaing, memandangkan potensi mereka untuk menyumbang dengan lebih efektif kepada ekonomi negara. Analisis terperinci profil dan prestasi PKS akan dimuatkan dalam Laporan Tahunan Pembangunan PKS 2005 yang pertama, yang dijadualkan untuk penerbitan pada bulan Jun 2006. (ii) Membina Kapasiti dan Keupayaan PKS (a) Portal SMEinfo: Gerbang Maklumat Dalam Talian Sehenti PKS Portal SMEinfo (www.smeinfo.com.my) yang dilancarkan pada bulan Januari 2006 ialah gerbang maklumat dalam talian sehenti yang menyediakan maklumat komprehensif dalam semua aspek pembangunan PKS. Portal SMEinfo memberikan akses yang mudah untuk PKS mendapatkan maklumat mengenai program sokongan dan pembangunan Kerajaan, pembiayaan, khidmat nasihat dan program latihan. Di samping itu, Portal ini juga menyediakan pautan ke laman web tertentu yang mengandungi maklumat bermanfaat untuk PKS, termasuk laman web institusi kewangan. Ciri penting Portal ini ialah Direktori PKS percuma yang memberikan peluang kepada PKS untuk mengiklankan syarikat dan produk mereka kepada bakal pengguna yang lebih ramai. (b) Portal Latihan Dalam Talian untuk PKS Untuk memudahkan PKS mendapat maklumat dan mendaftar untuk latihan, Portal Pembangunan Sumber Manusia (Portal HRD), portal latihan berasaskan web yang dibangunkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad, dilancarkan pada bulan Mac 2005. Portal HRD ini, www.hrdportal.com.my, akan membantu majikan untuk mencari, mengenal pasti dan mendaftar program latihan dalam talian, dan pada masa yang sama, memberi peluang kepada penyedia latihan untuk menawarkan program latihan dan aktiviti dalam talian. Portal HRD akan memudahkan dan menggalakkan majikan, terutama PKS, untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja supaya dapat mempertingkatkan produktiviti dan daya saing melalui penyediaan akses kepada maklumat latihan yang komprehensif. (c) Penerbitan Laporan Tahunan Pembangunan PKS Laporan pembangunan PKS, yang akan memberikan penilaian komprehensif mengenai status dan prestasi PKS dalam semua sektor, serta maklumat terperinci dan pencapaian program Kerajaan untuk PKS, akan diterbitkan setiap tahun. Penerbitan ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mempertingkatkan penyaluran maklumat mengenai PKS, dan seterusnya menambah kesedaran di kalangan PKS dan pihak-pihak lain tentang status dan program untuk menyokong pembangunan PKS. Laporan Tahunan Pembangunan PKS 2005 dijadualkan untuk diterbitkan pada bulan Jun 2006. (iii) Mempertingkatkan Akses PKS kepada Pembiayaan Institusi perbankan adalah penyedia terbesar pembiayaan kepada PKS. Pada tahun 2005, sistem perbankan meluluskan RM35.8 bilion pinjaman baru kepada lebih daripada 85,000 akaun PKS, iaitu pertambahan

12

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

sebanyak 13.1% berbanding dengan tahun 2004 (2004: RM31.6 bilion; 92,000 akaun PKS). Pengeluaran pinjaman meningkat 10.2% kepada RM110.7 bilion (2004: RM100.4 bilion), sementara pinjaman terkumpul kepada PKS meningkat 8.7% kepada RM96 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM88.3 bilion). Pinjaman kepada PKS mencakupi 42.6% daripada pinjaman perniagaan terkumpul setakat akhir tahun 2005, berbanding dengan 40.3% pada akhir tahun 2004. Dari segi pinjaman mengikut sektor, pinjaman kepada PKS merangkumi sektor yang pelbagai, dengan hampir dua pertiga daripada pinjaman disalurkan kepada sektor perdagangan edaran, perkilangan dan pembinaan. Pinjaman tidak berbayar kasar (NPL) PKS menurun sedikit kepada RM10.2 bilion dan nisbah NPL kasar menurun kepada 10.6% (akhir tahun 2004: RM10.6 bilion; 12%). Sebilangan institusi kewangan pembangunan (IKP) juga menyediakan pembiayaan kepada PKS. Pada tahun 2005, IKP meluluskan pinjaman sebanyak RM2.3 bilion kepada 5,223 akaun PKS (2004: RM2.4 bilion kepada 5,397 akaun PKS), dan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion (2004: RM1.2 bilion). Pinjaman terkumpul IKP kepada PKS bertambah sebanyak 3.3% kepada RM3.1 bilion setakat akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM3 bilion). Sumber lain pembiayaan kepada PKS ialah melalui syarikat pajakan dan pemfaktoran, yang memberikan kaedah pembiayaan alternatif untuk membiayai keperluan peralatan dan modal kerja. Pada tahun 2005, pembiayaan berjumlah RM819 juta telah diberikan oleh syarikat pajakan dan pemfaktoran kepada perusahaan perniagaan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan perdagangan am (2004: RM996 juta). Bagi perniagaan yang baru ditubuhkan, terutama dalam sektor ICT, pembiayaan juga boleh diperoleh daripada syarikat modal usaha niaga. Jumlah dana untuk pelaburan modal usaha niaga yang sedia ada bertambah 14.3% kepada RM2.6 bilion setakat akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM2.3 bilion). Dana itu dilaburkan dalam 380 syarikat berbanding 332 syarikat setakat akhir tahun 2004. Tabung Khas untuk PKS Bank Negara Malaysia menyediakan lima tabung khas untuk membantu PKS bagi memastikan akses kepada pembiayaan berterusan pada kadar yang berpatutan (kadar faedah antara 3.75% hingga 5.00%). Tabung-tabung ini disalurkan melalui institusi yang terlibat, terdiri daripada institusi perbankan, IKP dan ERF Sdn. Bhd.: • Tabung untuk Industri Kecil dan Sederhana 2 (saiz dana: RM4.75 bilion); • Tabung Usahawan Baru 2 (saiz dana: RM2.35 bilion); • Tabung untuk Makanan (saiz dana: RM1.3 bilion); • Tabung Pemulihan Perniagaan Kecil (saiz dana: RM200 juta); dan • Tabung Projek Usahawan Bumiputera (saiz dana: RM300 juta). Ekoran daripada permintaan yang kukuh, peruntukan bagi Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 dan Tabung Usahawan Baru 2 telah ditambah pada tahun 2005, masing-masing sebanyak RM250 juta dan RM350 juta kepada RM4.75 bilion dan RM2.35 bilion. Inisiatif untuk Mempertingkatkan Akses PKS kepada Pembiayaan Dasar mempertingkatkan akses PKS kepada pembiayaan pada tahun 2005 terus tertumpu pada: • Memperkukuh infrastruktur sedia ada untuk memastikan pengantaraan pembiayaan yang lebih efektif kepada PKS; • Menyediakan program khidmat nasihat dan kesedaran; dan • Membantu dalam penyusunan semula pinjaman tidak berbayar PKS yang menghadapi masalah kewangan tetapi masih berdaya maju. Antara inisiatif baru yang diperkenalkan pada tahun 2005 ialah: (a) Transformasi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad Satu daripada inisiatif untuk memperkukuh infrastruktur pembiayaan PKS ialah transformasi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) yang melibatkan peningkatan peranan dan pempelbagaian jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CGC. Untuk meningkatkan akses

13

PKS kepada pembiayaan, CGC akan mengambil pendekatan holistik dengan menawarkan pelbagai produk penambahbaikan kredit, khidmat nasihat kewangan dan pembangunan perniagaan, dan perkhidmatan maklumat kredit. Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan lebih banyak pinjaman kepada PKS di samping menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang mantap oleh PKS. Bagi memenuhi peranan barunya yang lebih luas, komposisi Lembaga CGC diperluas kepada ahli-ahli yang berpengalaman dalam bidang perniagaan dan kewangan, sementara usaha sedang diambil untuk mengukuhkan operasi CGC. (b) Modal Usaha Niaga bagi Sektor Pertanian Bagi menyokong objektif Kerajaan merealisasikan potensi sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ketiga, Bank Negara Malaysia mewujudkan dua dana modal usaha niaga sebanyak RM150 juta setiap satu untuk sektor pertanian pada tahun 2006. Objektif dana ini adalah untuk mewujudkan dan membangunkan perniagaan pertanian bersepadu melalui peruntukan pembiayaan modal usaha niaga, serta sokongan teknikal dan perniagaan, dengan kesan limpahan yang memberi manfaat dan mempertingkatkan rantaian nilai keseluruhan sektor pertanian. Bidang yang disasarkan untuk pelaburan ialah perladangan dan perikanan bersepadu, serta usaha niaga berkaitan bioteknologi. (c) Penubuhan SME Bank SME Bank mula beroperasi pada 3 Oktober 2005, hasil daripada integrasi dan rasionalisasi yang dijalankan antara Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad dengan Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad, untuk menyokong pembangunan sektor PKS. SME Bank akan melengkapi institusi perbankan melalui perkhidmatan kewangan dan khidmat sokongan perniagaan yang disediakan kepada PKS. Ini termasuk pembiayaan ekuiti, modal kerja, pinjaman bertempoh, sewa beli industri, pajakan, pemfaktoran, pembiayaan kontrak serta jaminan bank. Di samping itu, SME Bank juga akan memberikan khidmat sokongan perniagaan dan perundingan seperti khidmat nasihat dan penyediaan pelan perniagaan. (d) Produk Pembiayaan Perdagangan Baru bagi PKS Dua produk pembiayaan perdagangan baru untuk PKS diperkenalkan pada bulan Januari 2006, iaitu Pembiayaan Perdagangan Pelbagai Mata Wang (MCTF) dan Skim Pembiayaan Pengeksport Secara Tidak Langsung (IEFS), di bawah pembiayaan konvensional dan pembiayaan secara Islam. Produk ini bertujuan untuk menggalakkan PKS mengeksport barangan dan perkhidmatan mereka, terutama ke pasaran bukan tradisional seperti negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Islam. MCTF menyediakan pembiayaan kepada pengeksport langsung Malaysia dalam ringgit dan mata wang asing yang utama dalam bentuk prapembiayaan penghantaran dan pascapembiayaan penghantaran. IEFS menyediakan pembiayaan ringgit kepada pengeksport secara tidak langsung tanpa rekursa, dengan bank yang terlibat akan memberikan diskaun kepada invois dagangan mereka ekoran bekalan barangan dan perkhidmatan kepada pengeksport langsung. Produk ini akan memberi manfaat kepada PKS dengan mengurangkan kos pembiayaan, tanpa syarat cagaran. Di bawah pengaturan ini, PKS boleh mendapatkan pembiayaan daripada bank yang terlibat, dengan risiko kredit dikongsi antara bank tersebut dengan Eksport-Import Bank of Malaysia Berhad. Khidmat Nasihat Kewangan Bank Negara Malaysia menawarkan khidmat nasihat kewangan berikut kepada PKS: • maklumat mengenai pelbagai sumber pembiayaan; • bantuan dalam memudahkan proses permohonan pinjaman; dan • nasihat dalam keperluan kewangan dan masalah PKS. Pada tahun 2005, bilangan pertanyaan dan permohonan untuk bantuan serta aduan daripada PKS bertambah kepada 4,019 kes (2004: 1,399 kes), menunjukkan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan PKS, di samping hasil penubuhan Laman Informasi, Nasihat dan Khidmat (LINK), di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Daripada jumlah ini, 81% ialah pertanyaan mengenai tabung khas yang disediakan oleh

14

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Kerajaan dan nasihat mengenai hal ehwal pinjaman, dan 19% merupakan aduan terhadap institusi kewangan terutamanya tentang penolakan pinjaman dan respons tidak memuaskan terhadap permohonan pinjaman PKS. Prestasi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil ditubuhkan pada 1 November 2003 untuk membantu penyusunan semula pinjaman tidak berbayar (NPL) PKS yang masih beroperasi. Di bawah mekanisme ini, satu Jawatankuasa Penyelesaian Pinjaman Kecil ditubuhkan untuk menjalankan penilaian bebas terhadap daya maju perniagaan, penyusunan semula pinjaman dan keperluan pembiayaan PKS. Pada akhir tahun 2005, sebanyak 394 permohonan dengan NPL berjumlah RM278 juta telah diterima di bawah skim ini (akhir tahun 2004: 228 permohonan dengan jumlah NPL sebanyak RM180.2 juta). Daripada jumlah itu, sebanyak 286 permohonan, yang membabitkan NPL bernilai RM183 juta, diluluskan untuk penyusunan semula manakala RM16 juta pembiayaan baru diluluskan di bawah Tabung Pemulihan Perniagaan Kecil. Sebanyak 83 kes, dengan jumlah NPL sebanyak RM83 juta telah ditolak kerana perniagaan tidak berdaya maju. Sebanyak 25 kes lagi yang membabitkan NPL berjumlah RM12 juta sedang dinilai kerana kebanyakan kes tidak dapat diproses atas sebab kegagalan pemohon mengemukakan maklumat penting yang diperlukan untuk memudahkan penilaian permohonan mereka. Prestasi skim ini menunjukkan bahawa penyusunan semula NPL lebih penting daripada peruntukan pembiayaan baru bagi memastikan daya maju dan daya tahan PKS yang menghadapi masalah kewangan.

Rangka Tindakan Pembangunan PKS Kebangsaan 2006, yang merangkumi 245 program dalam semua sektor untuk mempercepat pembangunan PKS. Sebanyak RM3.9 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan kesemua program itu. SME Bank mula beroperasi pada 3 Oktober 2005 untuk menggalakkan dan memperluas sumbangan PKS kepada ekonomi. SME Bank mengkhusus kepada menyediakan bantuan kewangan dan bukan kewangan termasuk memenuhi keperluan khidmat nasihat perniagaan dan menyediakan pendidikan dan latihan kepada PKS. Untuk menggalakkan lagi eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia, fungsi Malaysia Export Credit Insurance Bhd (MECIB) telah diserap oleh Export Import Bank of Malaysia, dalam usaha untuk menambah baik kemudahan bagi pengeksport Malaysia untuk mempertingkatkan daya saing mereka di pasaran global. Sebagai tambahan kepada inisiatif baru, Kerajaan terus melaksanakan langkah-langkah baru untuk mempertingkatkan sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan. Beberapa pejabat perkhidmatan pelanggan dan pusat sehenti ditubuhkan dengan memanfaatkan ICT dalam memperluas jangkauan sektor awam dan masa tindak balas kepada pelabur, peniaga dan pengguna. Melangkah ke hadapan, Bajet Tahun 2006 menyarankan beberapa langkah proaktif bagi mempertingkatkan daya tahan negara dan keupayaan menghadapi cabaran luar akibat harga minyak yang lebih tinggi, kadar faedah

global yang meningkat dan persaingan global yang bertambah. Insentif telah diberikan untuk membangunkan bidang pertumbuhan baru seperti bioteknologi, perkilangan berteknologi tinggi dan industri ICT. Dasar Biofuel Kebangsaan dilancarkan pada akhir tahun 2005 untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran biodiesel. Berhubung dengan dana pembangunan khas, Kerajaan mengumumkan pertambahan sebanyak RM300 juta bagi Dana untuk Makanan; pembentukan Dana Modal Sains Kehidupan Malaysia bagi tujuan pelaburan dalam bioteknologi dengan sumbangan Kerajaan sebanyak RM100 juta; dan dana berjumlah RM1 bilion untuk membantu dan menggalakkan usahawan tempatan, khususnya bumiputera, untuk melabur di luar negara melalui kemudahan seperti pembiayaan perdagangan, pembiayaan projek luar negara dan jaminan insurans kredit . Di samping itu, syarikat terpilih yang menawarkan perkhidmatan ICT dan multimedia akan diberi Taraf Perintis yang melayakkan mereka untuk mendapat pelepasan cukai atau elaun cukai sehingga 50% selama lima tahun. Kerajaan mempercepat pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) dengan menganugerahi status bandar raya siber kepada Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Kulim High Technology Park di Kedah. Kerajaan juga terus menyokong pembangunan kemahiran sumber manusia dengan menyediakan peruntukan yang besar kepada sektor pendidikan dan latihan, dengan menumpukan kepada peningkatan kemahiran untuk mempertingkatkan produktiviti dan nilai ditambah tenaga kerja. 15

Motivasi keseluruhan pengurusan makroekonomi Malaysia adalah pada dasar untuk mencapai pertumbuhan seimbang dalam suasana sosial dan politik yang stabil. Pada akhir bulan Mac 2006, Kerajaan akan melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) 2006-2010, yang meletakkan asas bagi pembangunan seterusnya dan memperkukuh prospek ekonomi Malaysia. RMK9 akan menumpukan pada kepentingan mencapai kemajuan dalam bidang pertumbuhan baru, demi mencapai kejayaan dalam transformasi Malaysia untuk menjadi ekonomi ilmu yang lebih berdaya tahan, di samping menekankan semula komitmen Kerajaan untuk mengekalkan kestabilan makroekonomi. Matlamat teras dasar monetari pada tahun 2005 adalah untuk menggalakkan pertumbuhan mapan dalam keadaan harga yang stabil. Dalam merumuskan teras dasar monetari, Bank Negara Malaysia membuat penilaian risiko yang teliti terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Pada tahun 2005, cabaran khusus yang dihadapi adalah untuk memberi respons yang sewajarnya terhadap kenaikan harga minyak dengan menyedari bahawa kenaikan harga berpunca daripada pelbagai faktor, terutamanya faktor tolakan kos. Berikutan kenaikan tambang pengangkutan dan harga runcit petrol dan diesel pada bulan Mei, kadar inflasi melebihi paras 3%. Inflasi yang didorong permintaan, sebagaimana diukur oleh inflasi teras, sebaliknya kekal stabil dan mencatat peningkatan yang lebih beransur-ansur pada separuh tahun pertama. Penunjuk bagi sektor benar dan monetari tidak menyarankan bahawa tekanan permintaan menjadi punca penyebab inflasi yang membimbangkan. Pertumbuhan yang tinggi pada kadar 6.2% pada suku pertama menjadi perlahan sedikit kepada 4.4% pada suku kedua. Aktiviti penggunaan dan pelaburan stabil manakala aktiviti pembiayaan dan bekalan wang terus meningkat pada kadar yang secara relatif stabil. Namun, pada separuh tahun kedua, momentum pertumbuhan meningkat, dengan pertumbuhan permintaan sektor swasta menjadi lebih mantap. Dengan prospek permintaan luar negara yang semakin optimistik, pertumbuhan KDNK benar menjadi kukuh dan mencapai paras 5.3% pada suku ketiga. Pertumbuhan ekonomi global kekal berdaya tahan terhadap kenaikan harga minyak, manakala kitaran separa konduktor yang menurun mencecah paras paling rendah menjelang pertengahan tahun 2005. Namun jualan dan penghantaran global meningkat semula selepas itu. Kesannya, Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan sebanyak 30 mata asas kepada 3% pada 30 November 2005 untuk menjajarkan kadar faedah kepada keadaan monetari semasa. Pada paras 3%, OPR terus kekal di bawah paras neutral, dan dengan itu, dasar monetari terus menyokong aktiviti ekonomi. Data 16

KDNK pada suku keempat yang disiarkan, menunjukkan bahawa momentum pertumbuhan kekal pada 5.2%, sementara tekanan atas harga masih ketara. Dengan itu, Bank Negara Malaysia menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada 22 Februari 2006. Rangka kerja keinstitusian bagi merumuskan, melaksanakan dan menyiarkan dasar monetari telah dipertingkatkan lagi pada tahun 2005. Mulai bulan Disember 2005, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memutuskan bahawa Pernyataan Dasar Monetari (MPS) akan diterbitkan selepas setiap Mesyuarat MPC lantas meningkatkan lagi ketelusan dalam penyiaran dasar monetari. Pengumuman pada bulan Disember lalu juga memaklumkan jadual penuh mesyuarat MPC pada tahun 2006. Ini akan membolehkan peserta pasaran membuat jangkaan dan memahami pendirian dan hala tuju dasar Bank Negara Malaysia dengan lebih baik. Di sektor luaran, terdapat peningkatan dalam aliran portfolio bersih pada separuh tahun pertama, ekoran spekulasi bahawa nilai yuan China akan dinilai semula lalu menyebabkan kenaikan dalam mata wang serantau termasuk ringgit. Walau bagaimanapun, aliran masuk ini adalah pada paras yang boleh diurus dan Bank Negara Malaysia mengambil keluar mudah tunai tambahan ini. Pada 21 Julai, Bank Negara Malaysia mengumumkan pertukaran daripada sistem tambatan pertukaran mata wang kepada rejim kadar pertukaran apungan terurus. Nilai ringgit kini diasaskan kepada sekumpulan mata wang rakan perdagangan utama dan negara serantau. Pengaturan baru ini akan mempertingkatkan kefleksibelan ekonomi tanpa menjejaskan kestabilan yang dicapai melalui pengaturan sebelum ini. Sementara itu, berikutan pengapungan ringgit, dana portfolio spekulatif yang terkumpul pada separuh pertama tahun 2005 telah mengalir keluar. Aliran keluar ini adalah teratur, menunjukkan bahawa proses penemuan harga dalam pasaran kewangan telah berfungsi dengan efisien. Tahap rizab yang kukuh menyediakan perlindungan tambahan daripada aliran keluar ini, yang sesetengahnya dalam jumlah yang besar, sementara sistem kewangan dalam negeri terus beroperasi dalam persekitaran mudah tunai yang mencukupi. Apa yang penting ialah perubahan kepada rejim apungan ini telah didahului oleh pembentukan infrastruktur pengurusan risiko yang perlu bagi memastikan peralihan dapat berjalan dengan lancar. Peraturan mengenai perlindungan nilai diliberalisasikan pada bulan April 2004 untuk membolehkan pemastautin dan bukan pemastautin menyertai pengaturan perlindungan nilai dengan bank tempatan berlesen. Peraturan ini memberikan pemastautin lebih kefleksibelan untuk mengurus pelaburan mereka dengan menyediakan pilihan dan saluran pengurusan risiko

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

yang lebih banyak. Di samping itu, Bank Negara Malaysia mengambil langkah untuk terus meliberalisasikan peraturan pentadbiran pertukaran asing bagi menambah baik sistem penyampaian dan mempertingkatkan kefleksibelan dalam sistem kewangan dan ekonomi. Berkuat kuasa 1 April 2005, perubahan seterusnya telah dibuat untuk memberi lebih fleksibiliti untuk pelaburan luar negeri, termasuk menukar paras ambang bagi pelaburan luar negeri, pemberian kemudahan kredit kepada bukan pemastautin dan penempatan dana oleh pemastautin. Pemastautin juga kini dibenarkan membuka akaun mata wang asing di dalam atau di luar negara tanpa memerlukan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia. Begitu juga, had bagi kemudahan kredit mata wang asing yang boleh diperoleh pemastautin telah dinaikkan. Dalam menguruskan sektor kewangan, tahun 2005 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan jangka panjang bagi sektor itu. Dengan Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) memasuki fasa keduanya daripada tiga fasa, segala persediaan untuk menubuhkan bank pelaburan telah disempurnakan pada tahun 2005. Bank pelaburan akan terlibat terutamanya dalam aktiviti pasaran modal dan akan dibentuk melalui perasionalan bank saudagar, syarikat broker saham dan syarikat diskaun. Broker universal juga akan dibenarkan mencari rakan kongsi bagi menubuhkan bank pelaburan. Integrasi ini akan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan peserta pasaran modal dengan meminimumkan duplikasi sumber dan pertindanan aktiviti, dengan memanfaatkan infrastruktur yang sama dan meraih manfaat daripada sinergi dan ekonomi ikut bidangan. Rangka kerja ini adalah antara inisiatif utama untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan perbankan dan kumpulan kewangan dalam negeri untuk menyumbang ke arah transformasi ekonomi dan membangunkan sebuah sistem kewangan yang lebih berdaya tahan, kompetitif dan dinamik. Pengumuman mengenai had milikan asing dalam bank pelaburan tempatan yang dinaikkan kepada 49% daripada 30% untuk kumpulan perbankan dalam negeri, membuktikan bahawa sistem kewangan Malaysia semakin matang. Untuk terus meningkatkan persaingan dalam industri perbankan, kefleksibelan operasi diberi kepada institusi perbankan asing yang diperbadankan (LIFB) dan beroperasi di Malaysia. Fasa pertama dalam pendekatan berperingkat-peringkat liberalisasi cawangan disempurnakan apabila LIFB dibenarkan menubuhkan empat cawangan tambahan pada tahun 2006. Ini akan membolehkan penyertaan yang lebih luas oleh LIFB dalam pengantaraan kewangan kepada semua segmen masyarakat dan ekonomi Malaysia. Cawangan LIFB yang lebih tersebar luas ke seluruh negara akan

mempertingkatkan lagi akses pengguna kepada pelbagai perkhidmatan perbankan dan meningkatkan persaingan dalam menyediakan pelbagai produk di kawasan luar bandar di negara ini. Dasar penyahkawalseliaan dan liberalisasi sistem perbankan secara beransur-ansur melengkapi matlamat untuk memberi lebih banyak manfaat melalui pengurangan kos pengantaraan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan kewangan. Dalam pasaran modal, pelancaran Bon Wawasan bernilai RM760 juta oleh International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) pada bulan April 2005, ialah perkembangan yang penting. Terbitan bon ini mendalamkan dan meluaskan pasaran bon dalam negeri. Kerajaan juga menerbitkan Bil Perbendaharaan Islam jangka pendek dan bon Islam berjangka lebih panjang bagi memenuhi permintaan pelabur dan mempelbagaikan lagi instrumen kewangan Islam. Dengan memastikan cukai yang sama rata bagi produk pasaran modal secara Islam dan konvensional akan memudahkan lagi pembangunan pasaran bon Islam. Bagi mempertingkatkan lagi urus niaga dalam pasaran, Bank Negara Malaysia secara giat menggunakan perjanjian pembelian balik (repo) sebagai satu instrumen monetari sejak bulan Januari, memperkenalkan Program Penjaga Keinstitusian (Institutional Custodian Programme) bagi membolehkan peminjaman dan pemberian pinjaman sekuriti, dan menyediakan kemudahan pinjaman sekuriti kepada peniaga utama. Pelaksanaan langkah-langkah ini bertujuan untuk memperbaik proses penemuan harga dan menambah mudah tunai dalam pasaran kewangan, di samping membentuk keluk hasil tanda aras yang mencerminkan senario sebenar. Pasaran bon ringgit terus menjadi sumber pembiayaan ekonomi yang semakin penting. Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia menerima pakai pendekatan pelbagai cara dalam memperkasakan pengguna. Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk memperkukuh infrastruktur perlindungan dan pendidikan pengguna, dan ini termasuk penubuhan LINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat) Bank Negara Malaysia, pengenalan Rangka Kerja Perkhidmatan Perbankan Asas, penubuhan Biro Pengantaraan Kewangan, pengenalan Sistem Insurans Deposit dan penubuhan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. LINK Bank Negara Malaysia khususnya bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan hubungan Bank Negara Malaysia dengan orang ramai dan ditubuhkan sebagai pusat sehenti yang menghubungkan Bank Negara Malaysia dengan orang ramai mengenai isu berkaitan dasar dan operasi Bank Negara Malaysia, sektor kewangan dan pendidikan pengguna dalam bidang kewangan. LINK Bank Negara 17

Malaysia juga membantu PKS dalam isu yang berkaitan dengan akses kepada pembiayaan dengan menyediakan pusat perhubungan sehenti, dan dengan itu menyumbang ke arah mempertingkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi. Inisiatif ini melibatkan pembangunan infrastruktur dan kapasiti keinstitusian yang merangkumi pendidikan kewangan, khidmat nasihat, pengurusan masalah, pemulihan dan menyediakan saluran untuk mencari pembelaan. Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan kestabilan sistem kewangan, memandangkan usaha menggalakkan sistem kewangan yang mantap dan progresif merupakan prasyarat untuk mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mapan. KAJIAN MENGIKUT SEKTOR Sektor Perkilangan Nilai ditambah sektor perkilangan meningkat pada kadar sederhana sebanyak 4.9% pada tahun 2005 (2004: 9.8%) kerana segmen keluaran elektronik dan

Jadual 1.3 Sektor Perkilangan: Nilai Ditambah dan Pengeluaran
2004 2005

Perubahan tahunan (%) Nilai ditambah (Malar pada harga 1987) Pengeluaran keseluruhan Industri berorientasikan eksport di antaranya: Elektronik Barangan elektrik Bahan kimia dan keluaran kimia Keluaran petroleum Tekstil, pakaian dan kasut Kayu dan keluaran kayu Keluaran getah Pemprosesan di luar estet Industri berorientasikan pasaran dalam negeri di antaranya: Barangan berkaitan pembinaan Keluaran makanan Kelengkapan pengangkutan Keluaran logam yang direka
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

9.8 12.8 14.8 25.6 5.5 15.1 9.8 -4.8 12.8 8.1 2.7

4.9 5.1 5.7 5.2 -0.8 11.0 10.8 3.4 1.5 -0.4 8.1

5.2 1.3 2.0 11.7 11.4

2.8 -0.5 7.6 8.5 -4.9

Sektor perkilangan terus menyumbang kepada pertumbuhan walaupun segmen keluaran elektronik dan elektrik (E&E) agak lembap. Pemulihan segmen E&E pada separuh tahun kedua meningkatkan prestasi sektor perkilangan. elektrik (E&E) dalam negeri mengalami sedikit kelembapan pada separuh pertama tahun 2005 berikutan kitaran menurun industri separa konduktor global. Namun begitu, kelembapan itu hanya sementara dan menjelang separuh kedua tahun 2005, segmen E&E pulih dan menyumbang kepada prestasi sektor perkilangan yang lebih kukuh (ST2: 6.4%; ST1: 3.8%). Impak itu turut diimbangi oleh pertumbuhan berterusan dalam industri berasaskan sumber tertentu, seperti keluaran kimia dan industri pemprosesan di luar estet. Dalam industri berorientasikan pasaran dalam negeri, industri makanan dan minuman serta keluaran kertas terus kukuh pada tahun 2005, manakala industri kelengkapan pengangkutan kekal mantap disokong oleh penggunaan dalam negeri yang utuh. Walau bagaimanapun, industri yang berkaitan dengan sektor pembinaan, iaitu logam asas, keluaran galian bukan logam dan keluaran logam yang direka masih 18

lemah kerana terjejas oleh prestasi sektor pembinaan yang lemah. Pada tahun 2005, bahagian sektor perkilangan daripada keseluruhan KDNK hampir tidak berubah, pada 31.4% (2004: 31.6%). Dengan penambahan kapasiti yang berterusan ekoran pelaburan baru, kadar penggunaan kapasiti keseluruhan sektor perkilangan berada pada tahap lebih rendah, iaitu tahap 75% pada tahun 2005 (2004: 79%). Industri berorientasikan eksport beroperasi pada tahap 77%, manakala industri berorientasikan pasaran dalam negeri beroperasi pada 73% pada tahun 2005 (2004: masing-masing 81% dan 75%). Berdasarkan perangkaan terkini berikutan semakan atas Indeks Pengeluaran Perindustrian (2000=100), pengeluaran perkilangan meningkat 5.1% pada tahun 2005 (2004: 12.8%). Apa yang penting ialah pertumbuhan keluaran industri elektronik dan elektrik (E&E) menjadi perlahan kepada 3.5% pada tahun 2005 (2004: 19.3%) dipengaruhi oleh kitaran menurun separa konduktor global pada separuh pertama tahun 2005. Berikutan penawaran yang berlebihan dan permintaan dunia yang kekal stabil, penyelarasan awal terhadap inventori oleh pengilang pelbagai segmen telah membantu proses pemulihan yang lebih pantas pada separuh tahun kedua. Khususnya, para pengilang dalam segmen komputer telah memulihkan tahap inventori mereka pada akhir suku pertama tahun 2005. Tambahan lagi,

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Graf 1.5 Sektor Perkilangan: Jualan, Pengeluaran dan Eksport
Perubahan tahunan (%) 30 25 20 15 10 5 0 S1 S2 2004 Sales Production S3 S4 S1 S2 2005* Exports S3 S4

Graf 1.7 Pengeluaran dan Eksport Industri Elektronik
Perubahan tahunan % 20 10 0 -10 Jan Mac Mei 2005 Pengeluaran elektronik di Malaysia Eksport elektronik Malaysia Jualan separa konduktor sedunia Jul Sep Nov

* Data pengeluaran dari tahun 2005 adalah berdasarkan data IPP yang baru (2000=100).

permintaan global terhadap komputer juga disokong oleh peralihan struktur dalam permintaan pengguna daripada komputer meja kepada komputer mudah alih dan mudah pindah seperti komputer riba, komputer peribadi saku dan komputer peribadi pegang tangan dengan fungsi sambungan tanpa wayar. Sebagai pengeksport utama komputer, Malaysia yang menjadi lokasi operasi syarikat multinasional yang terkemuka, mendapat faedah daripada perkembangan segmen komputer sepanjang tahun 2005. Pada tahun itu juga, komputer dan alat ganti mencakupi 27.5% daripada jumlah eksport perkilangan dan 41.8% daripada eksport E&E. Meskipun terdapat kelembapan, pengilang E&E dalam negeri terus melabur dan meningkatkan taraf barangan kepada yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi. Pengilang elektronik utama Eropah terus memindahkan beberapa operasi pengeluaran separa konduktor mereka yang lebih maju ke Malaysia untuk

mendapat manfaat daripada asas perkilangan Malaysia yang mantap dan yang mempunyai kos yang efektif. Berikutan langkah itu, hubungan industri dalam sektor itu menjadi semakin luas dan mendalam. Menjelang separuh kedua tahun 2005, industri separa konduktor mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Jualan separa konduktor global yang dikumpulkan oleh Pertubuhan Industri Separa Konduktor (SIA) naik secara beransur-ansur dan mencapai pertumbuhan 8.6% menjelang bulan Disember 2005, setelah mencatat paras terendah pada bulan Julai 2005. Pada akhir tahun 2005, nisbah book-to-bill AS bagi peralatan separa konduktor pulih kepada 0.93 daripada paras rendah 0.77 yang dicatat pada bulan Februari, manakala tempahan baru serta tempahan yang belum dipenuhi di AS terus mencatat pertumbuhan positif. Pakar industri menjangka pemulihan akan lebih mantap pada tahun 2006 dan berterusan hingga tahun 2007. Pertumbuhan akan lebih meluas kerana disokong oleh pengembangan dalam semua kategori separa konduktor, terutamanya keluaran elektronik pengguna yang dijangka menjadi pendorong pertumbuhan seterusnya dalam industri E&E. Industri kimia dan keluaran kimia terus mencatat pertumbuhan dua angka pada tahun 2005 (11%; 2004: 15.1%), diterajui terutamanya oleh pertumbuhan kukuh pengeluaran produk plastik (21.5%; 2004: 19%) dan keluaran kimia lain (10%; 2004: 25.5%). Kenaikan dalam permintaan dalam negeri dan luar negeri disebabkan oleh segmen pembungkusan, isi rumah dan segmen automotif menyokong pengembangan yang lebih kukuh dalam pengeluaran keluaran plastik. Sementara itu, pengeluaran kimia perindustrian asas yang lain berkembang lagi pada tahun 2005, terutamanya 19

Graf 1.6 Penggunaan Kapasiti dalam Sektor Perkilangan
% 85 80 75 70 65 60 Perubahan tahunan (%) 30 20 10 0 -10 -20

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005a

Penggunaan kapasiti (Skala Kiri)

Keluaran (Skala Kanan)

a Awalan Data keluaran dari tahun 2001 adalah berdasarkan IPP yang baru (2000=100) Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Bank Negara Malaysia

disebabkan oleh pengeluaran oleokimia yang lebih tinggi yang merupakan sejenis produk minyak sawit mentah. Industri pemprosesan di luar estet mencatat pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2005 dan berkembang 8.1% (2004: 2.7%) hasil daripada pengeluaran minyak sawit mentah yang meningkat pada tahun itu. Pengeluaran minyak sawit meningkat pada kadar yang lebih pantas, iaitu 7% (2004: 4.7%) dengan bertambahnya kawasan matang serta hasil tuaian yang lebih tinggi. Pertumbuhan keluaran getah merosot sedikit, sebanyak 0.4% pada tahun 2005 (2004: 8.1%) disebabkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran tayar dan tiub. Sementara itu, pengeluaran sarung tangan getah terus berkembang. Pengeluaran tayar dan tiub pada tahun 2005 telah terjejas oleh beberapa faktor, termasuk kekurangan bahan mentah ekoran pengeluaran getah yang merosot, gangguan sementara dalam pengeluaran sebuah kilang tayar utama disebabkan oleh penambahbaikan kelengkapan jentera, dan juga persaingan dari pengeluar serantau yang lain. Pengeluaran kayu dan keluaran kayu menjadi sederhana pada tahun 2005 (1.5%; 2004: 12.8%). Ini sebahagiannya disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah terhadap barangan buatan Malaysia dari negara perindustrian utama seperti AS, United Kingdom (UK) dan Jepun. Pada tahun 2005, industri itu turut menghadapi kekurangan bekalan bahan mentah, terutama kayu getah. Berikutan itu, Kerajaan mengambil langkah untuk mengatasi kekurangan bekalan itu dengan mengharamkan eksport balak kayu getah siap digergaji sejak 8 Jun 2005. Pengeluaran tekstil, pakaian dan kasut pulih untuk berkembang 3.4% pada tahun 2005 (2004: -4.8%) kerana Malaysia merupakan antara negara yang mendapat manfaat daripada pengalihan permintaan AS dari China berikutan kuota import AS untuk keluaran tekstil China telah digunakan sepenuhnya. Di peringkat permulaan pada awal tahun 2005, pengeluaran industri itu agak lembap ekoran tamatnya Perjanjian Tekstil dan Pakaian (ATC) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005. Ini telah menjejaskan permintaan dari Malaysia kerana negara perindustrian telah memindahkan pesanan tekstil dan pakaian mereka kepada negara berkos lebih rendah, terutamanya China. Walau bagaimanapun, berikutan kebanjiran import tekstil dari China, pihak berkuasa AS bertindak balas dengan mengenakan had pertumbuhan bagi import barangan tekstil China ke 20

AS. Memandangkan kuota import dari China bagi tahun 2005 telah digunakan sepenuhnya menjelang bulan Julai 2005, lebihan pesanan baru keluaran tekstil oleh AS dihalakan ke negara pengeksport tekstil lain di rantau ini, termasuk Malaysia. Dengan itu, Malaysia dan juga negara-negara berkenaan telah mendapat manfaat dalam bentuk keluaran tekstil yang meningkat terutamanya menjelang akhir tahun 2005. Pengeluaran produk petroleum juga menggalakkan terutamanya disebabkan oleh aktiviti penapisan yang memberangsangkan dalam keadaan permintaan dalam negeri yang meningkat pada tahun 2005. Pertumbuhan juga disokong oleh aktiviti berkaitan dengan pencecairan gas asli untuk pasaran eksport. Dalam industri berorientasikan pasaran dalam negeri, pengeluaran kelengkapan pengangkutan terus berkembang dengan kukuh pada tahun 2005, berikutan pertumbuhan pesat dalam aktiviti pemasangan kereta dan kesan limpahan pengeluaran alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor. Pemasangan kenderaan bermotor meningkat 7.5% (2004: 12.6%) terutamanya disebabkan oleh permintaan terhadap kereta penumpang yang mapan, disokong oleh kenaikan pendapatan isi rumah dan tawaran pakej pembiayaan yang menarik oleh institusi kewangan serta pengenalan model kereta baru dan mampu milik pada tahun itu. Peningkatan penggunaan bahan tempatan dalam model baru yang diperkenalkan pada tahun 2005 juga telah memberi manfaat kepada pengeluaran alat ganti dan aksesori kereta tempatan (12.1%; 2004: 1.1%). Prestasi industri keluaran berkaitan pembinaan sebaliknya masih lembap (-0.5%; 2004: 1.3%), sejajar dengan prestasi sektor pembinaan. Pengeluaran besi dan keluli khususnya terjejas oleh kelembapan dalam segmen kejuruteraan awam dalam negeri yang merupakan pengguna utama besi dan keluli. Dari segi eksport, permintaan luar negeri untuk besi dan keluli juga merosot dengan ketara pada tahun 2005, berikutan lebihan pengeluaran di China yang menyebabkan keadaan lebihan kapasiti dalam pasaran global. Sementara itu, keluaran galian bukan logam pulih pada tahun 2005 kerana perubahan positif dalam pengeluaran barangan kaca. Walau bagaimanapun, pengeluaran simen dan struktur tanah liat dan keluaran seramik terus merosot ekoran prestasi sektor pembinaan yang lemah. Pengeluaran logam yang direka menguncup buat kali pertama sejak tahun 2001, dengan penurunan sebanyak 4.9% (2004: 11.4%) pada tahun 2005.

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Prestasi industri ini yang lemah berpunca terutamanya daripada penguncupan dalam segmen seperti produk wayar, kancing logam, pewter dan produk aluminium. Sementara itu, prestasi segmen lain kekal positif, terutamanya segmen produk logam berstruktur seperti tangki, dandang, bekas tekanan dan pemanas yang digunakan terutamanya dalam industri petroleum, makanan dan pemprosesan di luar estet. Pengeluaran output industri keluaran kertas meningkat 7.5% pada tahun 2005 (2004: 4.2%) kerana permintaan keluaran palpa dan kertas dan juga pertumbuhan berterusan bagi kotak dan kertas tebal, berikutan peningkatan aktiviti pembungkusan industri makanan dan minuman. Output industri makanan dan minuman meningkat pada tahun 2005, didorong oleh penggunaan swasta yang kukuh. Apa yang penting ialah pertumbuhan industri makanan adalah lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam segmen berkaitan tenusu dan coklat serta keluaran manisan. Industri tembakau menguncup 3% (2004: 2.9%) berikutan penurunan dalam permintaan terhadap rokok kerana harga yang meningkat ekoran kenaikan cukai jualan rokok. Sektor Perkhidmatan Pada tahun 2005, sektor perkhidmatan terus menjadi pendorong utama pertumbuhan dengan menyumbang 3.8 mata peratusan daripada 5.3% pertumbuhan KDNK. Pertumbuhan nilai ditambah sektor perkhidmatan kekal tinggi pada 6.5% (2004: 6.8%), mengatasi keseluruhan pertumbuhan KDNK pada tahun 2005. Hasilnya, bahagian sektor itu
Graf 1.8 Pertumbuhan Penggunaan Swasta, Perkhidmatan Akhir dan Sektor Perkhidmatan Keseluruhan
Perubahan tahunan (%) 15.0 10.0 5.0 0.0 -5.0 -10.0 -15.0

kepada keseluruhan KDNK terus meningkat kepada 58.1% (2004: 57.4%; 1995: 51.2%). Pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta ialah faktor penting yang menyumbang kepada prestasi berterusan sektor perkhidmatan sebagai peneraju pada tahun 2005. Korelasi antara perkhidmatan akhir dengan penggunaan swasta adalah ketara (S1 2000 – S4 2005: 0.66). Di samping penggunaan swasta yang mantap, sektor perkhidmatan juga didorong oleh aktiviti pelancongan dan perniagaan yang lebih tinggi dan, turut dibantu oleh aktiviti berkaitan perdagangan, yang meningkat pada separuh tahun kedua sejajar dengan peningkatan pesat dalam pengeluaran perkilangan dan eksport.

Sektor perkhidmatan kekal sebagai pendorong utama pertumbuhan yang disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta.
Di samping itu, usaha Kerajaan menggalakkan pertumbuhan dalam bidang-bidang yang baru dalam sektor perkhidmatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga mula membuahkan hasil dan menyumbang ke arah pertumbuhan sektor perkhidmatan. Aktiviti-aktiviti ini mempunyai nilai ditambah yang tinggi seperti perkhidmatan teknologi maklumat (IT); perkhidmatan perkongsian dan penggunaan perkhidmatan sumber luar (SSO); kewangan Islam; perbankan pelaburan; dan pelancongan kesihatan dan perubatan. Memandangkan penggunaan swasta yang kukuh, segmen perkhidmatan akhir (yang merangkumi subsektor utiliti; perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran; perkhidmatan Kerajaan dan perkhidmatan lain) mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 7.1% (2004: 6.6%), pencapaian tertinggi yang tercatat sejak tahun 1995. Sementara itu, segmen perkhidmatan pengantaraan (yang terdiri daripada subsektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi; dan kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan) berkembang pada kadar yang sederhana, iaitu sebanyak 5.7% (2004: 7.1%). Kesan pertumbuhan perkilangan dan perdagangan serantau yang sederhana telah diseimbangkan sebahagiannya oleh prestasi yang lebih kukuh aktiviti perniagaan yang lain. 21

1995

1997

1999

2001

2003

2005a

Sektor perkhidmatan a Awalan

Perkhidmatan akhir

Penggunaan swasta

Jadual 1.4 Pertumbuhan dalam Sektor Perkhidmatan pada Harga Malar 1987
2004 2005a 2004 2005a Perubahan tahunan (%) Perkhidmatan Perkhidmatan perantaraan Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan akhir Elektrik, gas dan air Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran Perkhidmatan kerajaan 1 Perkhidmatan-perkhidmatan lain 2
1 2

% bahagian daripada KDNK 57.4 23.8 8.8 15.1 33.5 4.1 14.3 7.3 7.8 58.1 23.9 8.8 15.1 34.1 4.1 14.7 7.6 7.8

6.8 7.1 8.5 6.3 6.6 8.2 7.1 6.5 4.9

6.5 5.7 6.3 5.4 7.1 5.5 8.0 8.8 4.9

Termasuk perkhidmatan awam (pentadbiran awam, hal ehwal luar serta keamanan dan keselamatan awam), pertahanan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Termasuk bayaran sewa ke atas kediaman yang didiami oleh pemilik; perkhidmatan kemasyarakatan, sosial dan persendirian; perkhidmatan pengeluar swasta yang bukan berasaskan keuntungan kepada isi rumah dan perkhidmatan domestik bagi isi rumah. a awalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, yang mencakupi satu perempat daripada sektor perkhidmatan, sekali lagi mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 8% (2004: 7.1%). Prestasi yang kukuh ini disokong oleh perbelanjaan sektor isi rumah dalam negeri dan pelancong asing yang lebih tinggi. Industri perdagangan edaran (borong dan runcit) khususnya, nyata bertambah kukuh. Perniagaan kenderaan bermotor dan kedai aksesori yang berkaitan yang merupakan salah satu daripada komponen utama industri perdagangan edaran, mencatat prestasi mantap dengan sokongan pertumbuhan sebanyak 13% dalam jualan kenderaan. Peningkatan aktiviti pelancongan dalam negeri berikutan pelaksanaan sepenuhnya lima hari bekerja dalam seminggu untuk perkhidmatan awam sejak Julai 2005 adalah antara faktor penyumbang kepada prestasi mantap subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran. Di samping itu, pelbagai promosi dan strategi yang dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan sektor swasta, perubahan Karnival Jualan Mega kepada sekali setahun (23 Julai 2005 hingga 4 September 2005) dan tidak dua kali setahun seperti sebelum ini, dan Jualan Akhir Tahun (program baru: 1 Disember 2005 hingga 31 Januari 2006) menyumbang kepada peningkatan aktiviti membeli belah pada tahun 2005. Sentimen dan keyakinan pengguna yang kukuh terhadap ekonomi juga menyumbang kepada perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi pada tahun itu. Selain peningkatan pelancongan dalam negeri, ketibaan pelancong ke Malaysia juga meningkat. Ini 22

menyumbang kepada pertumbuhan subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran dari segi peningkatan hasil daripada aktiviti membeli belah, menjamu selera dan penginapan di hotel. Peningkatan jumlah pelancong yang berbelanja besar dan pelancong jarak jauh dari negara Oceania (Jan-Nov 2005: 28.9%), Selatan Asia (27%), Asia Barat (15.6%) dan Eropah (13%) menyumbang kepada pertumbuhan sektor itu. Hasilnya, kadar penginapan hotel purata meningkat kepada 63.6% pada tahun 2005 (2004: 60.8%). Di samping itu, terdapat juga peningkatan dalam bilangan pelancong jangka panjang seperti yang dicerminkan oleh pertumbuhan sebanyak 36.4% dalam jumlah peserta program ‘Malaysia, Rumah Keduaku’ (MRK) (2004: 16.5%). Pertambahan jumlah peserta baru itu ialah hasil peningkatan usaha yang diambil oleh Kerajaan dalam mempromosikan program ini. Antara langkah utama yang diambil oleh Kerajaan supaya lebih ramai rakyat asing tertarik kepada program ini termasuk memanjangkan tempoh visa sosial dari lima tahun ke sepuluh tahun. Di bawah program MRK semasa (2002 – 2005), hampir 7,000 peserta asing telah dapat datang dan tinggal di Malaysia untuk tempoh masa yang lebih panjang, dan juga membawa keluarga mereka, membeli harta kediaman dan memasukkan anak mereka ke sekolah-sekolah di Malaysia. Pertumbuhan dalam subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan mapan pada 5.4% pada tahun 2005 (2004: 6.3%). Pertumbuhan ini berpunca daripada pertambahan aktiviti pemberian pinjaman bank dan juga peningkatan pungutan premium insurans. Walaupun spread antara

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.5 Penunjuk Terpilih bagi Sektor Perkhidmatan
2004 2005a Perubahan tahunan (%) Indeks pengeluaran elektrik Pinjaman terkumpul sistem perbankan Premium insurans Urus niaga Bursa Malaysia (jumlah) Truput kargo pukal di lima pelabuhan utama 1 Truput kontena di enam pelabuhan utama 2 Jumlah penumpang di lapangan terbang Kargo udara yang dikendalikan Kredit penggunaan terkumpul Import barangan pengguna Ketibaan pelancong Trafik SMS Kadar penginapan hotel Kadar penembusan: - Internet ‘dial-up’ - Jalur lebar - Telefon mudah alih - Talian tetap
1

hasil daripada sumbangan bersih yang lebih tinggi daripada industri takaful yang berpunca daripada dana takaful keluarga dan am. Prestasi segmen perkhidmatan perniagaan yang termasuk industri SSO dan perkhidmatan IT juga menggalakkan. Pada tahun 2005, 19 ibu pejabat operasi baru, 15 pusat pemerolehan antarabangsa dan tiga pusat pengagihan serantau diluluskan. Di samping itu, 37 syarikat SSO baru juga diberi status Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2005. Ini meningkatkan jumlah syarikat SSO berstatus MSC pada akhir tahun 2005 kepada 57 buah. Entiti-entiti ini menjalankan pelbagai jenis aktiviti perkhidmatan perkongsian dengan syarikat berkaitan dan tidak berkaitan dengan mereka di dalam dan luar Malaysia. Berhubung dengan perkhidmatan IT, Kerajaan terus mempromosikan MSC sebagai hab ICT global dan meningkatkan penggunaan produk dan perkhidmatan ICT dalam negeri yang inovatif. Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan secara beransur-ansur MSC ke seluruh negara, Pulau Pinang dan Kulim Hi-tech Park di Kedah diisytiharkan sebagai berstatus bandar raya siber pada tahun 2005. Ini membolehkan syarikat berstatus MSC yang baru berpusat di bahagian utara. Dalam fasa kedua pelaksanaan itu (2004 – 2010), tumpuan adalah terhadap usaha mempercepat aplikasi induk (flagship) MSC, meningkatkan pelaksanaan dan memperkenalkan inisiatif baru untuk mempertingkatkan daya saingnya. Pada akhir tahun 2005, sejumlah 1,421 syarikat telah diberi status MSC dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM18.2 bilion. Subsektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi terus berkembang 6.3% pada tahun 2005 (2004: 8.5%). Dalam industri telekomunikasi, pertumbuhan disumbangkan terutamanya oleh segmen telefon selular dengan jumlah pelanggan telefon selular dan penggunaan perkhidmatan suara dan data terus meningkat dengan kukuh pada tahun 2005. Pelanggan telefon selular meningkat 33.8% (2004: 31.3%) kepada 19.5 juta (kadar penembusan 74.1% ), manakala trafik sistem pesanan ringkas (SMS) meningkat dengan ketara sebanyak 130.8%. Pada tahun 2005, penggunaan SMS semakin meningkat sebagai cara berkomunikasi dan sebagai pengganti kepada panggilan suara menggunakan telefon; dan dalam pelbagai aplikasi, terutamanya dalam industri hiburan dan riadah. Permintaan dalam industri telekomunikasi juga didorong oleh pengenalan perkhidmatan telefon selular 3G pada tahun 2005. Sementara itu, bilangan pelanggan Internet meningkat kepada 3.7 juta pada akhir 2005, mencerminkan pertumbuhan sebanyak 11.5% (2004: 14.3%). Pada akhir tahun 2005, kadar penembusan Internet berada pada 23

8.2 8.5 16.3 -4.2 9.2 10.7 18.9 10.5 16.4 24.1 48.5 54.7 % 60.8 12.7 1.0 56.5 17.2

5.8 8.6 7.7 -4.7 3.4 4.6 4.8 4.3 18.7 5.9 4.33 130.8 63.6 13.9 1.9 74.1 16.6

Pelabuhan Klang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan-pelabuhan Sabah dan Pelabuhan Bintulu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan-pelabuhan Sabah dan Pelabuhan Bintulu 3 Merujuk kepada data Jan-Nov a Awalan
2

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Malaysia Airports Holdings Berhad; Bursa Malaysia Berhad; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; Kementerian Kewangan; Pengendali-pengendali pelabuhan; Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

kadar pinjaman dengan kadar deposit telah mengecil, dalam keadaan persaingan dan juga penggabungan antara bank perdagangan dengan syarikat kewangan, peningkatan sebanyak 8.6% dalam jumlah pinjaman terkumpul menyumbang kepada pendapatan bersih faedah yang lebih tinggi pada tahun 2005. Sokongan dari segi pendapatan berasaskan fi terhadap segmen kewangan juga semakin bertambah, berikutan pengenalan perkhidmatan dan produk perbankan baru. Pada tahun 2005, perkembangan perbankan Islam bertambah ketara dengan penubuhan tiga buah anak syarikat bank Islam dan sebuah bank Islam asing. Hasilnya, pertumbuhan dalam jumlah pinjaman (16.5%), deposit (15.1%) dan juga aset (17.7%) sistem perbankan Islam terus mantap. Aktiviti insurans juga kukuh dalam keadaan peningkatan kadar penembusan dalam industri insurans hayat (38.7%; 2004: 37.9%), yang didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang kukuh dalam pungutan premium daripada perniagaan baru insurans endowmen; dan insurans kesihatan dan perubatan, dan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam insurans am, terutamanya industri kenderaan bermotor. Peningkatan premium bersih adalah juga

13.9% (2004: 12.7%). Dalam hal jalur lebar pula, penggunaannya terus meningkat dengan kadar penembusan meningkat kepada 1.9% pada akhir tahun 2005 (akhir 2004: 1%). Walau bagaimanapun, pertumbuhan dalam industri telekomunikasi lebih sederhana berbanding dengan tahun 2004, berikutan trend menurun dalam pendapatan purata setiap pengguna telefon selular pada tahun 2005. Ini berikutan persaingan hebat antara syarikat telekomunikasi, dan juga penurunan perbelanjaan oleh pelanggan telefon selular baru, yang terdiri kebanyakannya daripada pelajar dan kumpulan berpendapatan rendah lain yang tertarik dengan pek permulaan berharga rendah. Sementara itu, pertumbuhan yang sederhana dalam segmen pengangkutan adalah sejajar dengan pengembangan yang lebih perlahan aktiviti berkaitan perdagangan dan pertumbuhan yang sederhana dalam perjalanan penumpang. Jumlah truput kontena di kelimalima pelabuhan utama meningkat 4.6% pada tahun 2005 (2004: 10.7%), sementara jumlah kargo udara meningkat 4.3% (2004: 10.5%). Selepas menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong yang ketara pada tahun 2004 dalam tempoh pemulihan pasca-SARs, jumlah penumpang udara di kesemua lapangan terbang mencatat pertumbuhan yang sederhana sebanyak 4.8% pada tahun 2005 (2004: 18.9%). Jumlah trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mencatat pertumbuhan sebanyak 10.2% (2004: 20.6%) untuk mencapai bilangan 23.2 juta penumpang pada tahun 2005. Ini disokong oleh pendaratan baru dan peningkatan kekerapan penerbangan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa dan juga pertumbuhan dalam syarikat penerbangan tambang murah. Penumpang yang dibawa oleh syarikat penerbangan tambang murah dalam negeri meningkat daripada 30.1% atau 1.1 juta kepada 4.8 juta pada tahun 2005. Peningkatan yang ketara ini berikutan pengenalan perjalanan baru oleh syarikat penerbangan tambang murah pada tahun 2005. Pada tahun itu, pertumbuhan trafik penumpang darat dan kereta api juga lebih tinggi seperti dicerminkan oleh peningkatan hasil tol daripada lebuh raya utama dan juga jumlah penumpang transit rel ringan yang lebih tinggi. Dalam subsektor perkhidmatan Kerajaan, pengenalan elaun baru dan kenaikan elaun sedia ada untuk kakitangan Kerajaan terpilih, kenaikan gaji tahunan dan pembayaran bonus menyebabkan emolumen lebih tinggi, justeru subsektor ini mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 8.8% (2004: 6.5%). Pertumbuhan dalam subsektor perkhidmatan lain kekal pada 4.9% dengan sokongan pengembangan 24

perkhidmatan swasta yang lain, iaitu hiburan dan bidang baru seperti perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan swasta, perkhidmatan pendidikan tinggi swasta dan perkhidmatan penyiaran multimedia. Malaysia semakin menjadi tumpuan pilihan untuk pelancongan perubatan, terutamanya dalam bidang tertentu seperti kardiologi, radiologi, pembedahan am dan program kesihatan. Hasil perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta, termasuk hospital swasta, mencatat pertumbuhan yang kukuh disebabkan lebih ramai rakyat Malaysia dan rakyat asing mendapatkan rawatan perubatan dan penyaringan kesihatan di hospital dan klinik swasta. Pada akhir 2005, 35 hospital swasta dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan untuk mempromosikan pelancongan kesihatan. Dalam industri pendidikan tinggi swasta, terdapat lebih 550 institusi pendidikan tinggi swasta pada tahun 2005, termasuk 11 universiti swasta, 12 kolej universiti, lima kampus cawangan universiti asing dan 537 kolej swasta, yang menampung kira-kira 312,000 pelajar tempatan dan 27,000 pelajar asing. Kebanyakan daripada pelajar asing ini adalah dari RR China dan Indonesia yang mencakupi 53.5% bahagian daripada jumlah pelajar asing. Sementara itu subsektor utiliti berkembang 5.5% pada tahun 2005 (2004: 8.2%), dengan sokongan pengembangan ekonomi yang terus kukuh yang telah membawa kepada kemapanan permintaan untuk elektrik, khususnya daripada sektor komersial dan isi rumah. Sektor Pertanian Pertumbuhan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (pertanian) berkembang pada kadar yang lebih sederhana, iaitu 2.1% pada tahun 2005 (2004: 5%). Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh keutuhan prestasi sektor minyak sawit serta pertumbuhan lebih tinggi sektor ternakan, khususnya ayam. Pengeluaran kegiatan pertanian lain pula termasuk getah, perikanan, kayu balak, koko dan padi merosot pada tahun itu kerana terjejas akibat faktor yang berkaitan dengan alam semula jadi. Pada tahun 2005, Kerajaan bersamasama dengan sektor swasta meneruskan usaha untuk memperkasakan sektor pertanian agar sektor ini terus kekal sebagai sektor ekonomi ketiga terpenting dalam negara. Ini ditunjukkan oleh bahagian sektor ini kepada KDNK keseluruhan (8.2%) dan juga pekerjaan, dengan kira-kira 12.9% daripada jumlah guna tenaga atau 1.41 juta rakyat terlibat dalam kegiatan pertanian. Dari segi luaran, perolehan pertukaran asing daripada eksport pertanian meningkat 3.4% untuk mencakupi 7% daripada jumlah eksport kasar pada tahun 2005.

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Sektor pertanian terus berkembang, dengan sektor minyak sawit menerajui pertumbuhan dalam keadaan harga komoditi yang menggalakkan.
Sungguhpun sektor minyak sawit mendapat faedah daripada hasil yang tinggi dan pertambahan kawasan tanaman matang, prestasi tanaman pertanian lain terjejas akibat cuaca yang tidak memuaskan pada tahun 2005. Pada permulaan tahun itu, sektor perikanan dan getah terjejas oleh kesan pasca-Tsunami dan cuaca kering. Pada penghujung tahun pula musim hujan menjejaskan

aktiviti penorehan getah dan penuaian banyak jenis tanaman. Namun begitu, syarikat perladangan dan para petani terus digalakkan oleh harga komoditi yang memberangsangkan di pasaran global. Pada masa yang sama, hasil terus meningkat berikutan Amalan Pertanian Baik yang menitikberatkan penggunaan input pertanian yang intensif seperti baja dan penggunaan teknologijimat buruh di kalangan estet dan pekebun kecil. Pada tahun 2005, Kerajaan terus berusaha dengan gigih untuk memantapkan dan memperluas asas pertanian serta menggalakkan aktiviti hiliran untuk mengukuhkan hubungan sektor itu dengan sektor-sektor lain dalam ekonomi. Kementerian dan agensi Kerajaan mula melaksanakan rancangan untuk membawa pembaharuan dan pemodenan kepada sektor pertanian dengan meningkatkan produktiviti, mempercepat

Jadual 1.6 Sektor Pertanian: Nilai Ditambah, Pengeluaran dan Eksport
2004 Jumlah dan Nilai Nilai Ditambah (RM juta pada harga tahun 1987) Pengeluaran1 antaranya: Minyak sawit mentah Getah Kayu balak Biji koko Pendaratan ikan Eksport (RM juta) antaranya: Minyak sawit (‘000 tan) (RM/tan) (RM juta) Getah (‘000 tan) (sen/kilogram) (RM juta) Kayu balak (‘000 meter padu) (RM/meter padu) (RM juta) Kayu siap digergaji (‘000 meter padu) (RM/meter padu) (RM juta)
1 Kesemua dalam ‘000 tan, kecuali kayu balak dalam ‘000 meter padu. a Awalan

2005a Jumlah dan Nilai 21,585 Perubahan tahunan (%) 2.1

Perubahan tahunan (%) 5.0

21,137

13,976 1,169 21,509 33 1,528 36,176

4.7 18.6 -0.1 -7.8 3.2 7.4

14,961 1,124 21,334 28 1,424 37,421

7.0 -3.8 -0.8 -16.3 -6.8 3.4

11,788 1,706 20,107

-5.6 5.5 -0.4

13,073 1,456 19,036

10.9 -14.6 -5.3

1,105 470 5,198

16.7 24.3 45.1

1,128 513 5,787

2.1 9.0 11.3

5,207 398 2,070

-5.9 8.9 2.5

5,759 428 2,465

10.6 7.7 19.1

3,166 1,015 3,214

13.5 -10.4 1.7

3,685 1,099 4,051

16.4 8.3 26.0

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Lembaga Minyak Sawit Malaysia Jabatan Perhutanan (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) Lembaga Koko Malaysia Jabatan Perikanan Malaysia

25

Graf 1.9 Kelapa Sawit: Kawasan, Pengeluaran dan Hasil
Hektar 4,000 3,500 3,000 2,500 2,000 1,500 1,000 500 0 2001 2002 2003 2004 2005a Tan 16 14 12 10 8 6 4 2 0

Pengeluaran dalam juta tan (skala kanan) Kawasan matang dalam '000 hektar (skala kiri) Hasil pengeluaran minyak sawit mentah dalam tan sehektar yang matang (skala kanan) a Awalan Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Pertama, keluasan kawasan tanaman kelapa sawit yang matang pada tahun 2005 bertambah dengan nyata sebanyak 5.2% (179,790 hektar) kepada 3.63 juta hektar (2004: +4.5%). Pertambahan dalam keluasan kawasan matang meliputi semua wilayah, dengan keluasan kawasan tanaman matang di Semenanjung Malaysia meningkat 5.3% kepada 2.07 juta hektar, di Sabah meningkat 3.9% kepada 1.12 juta hektar dan di Sarawak meningkat 8.3% kepada 0.44 juta hektar. Yang pentingnya, pengeluaran di Sabah (negeri pengeluar terbesar yang mengeluarkan 5.33 juta tan atau mencakupi 35.6% daripada jumlah pengeluaran) dan Sarawak mencatat peningkatan dua angka masing-masing sebanyak 11.9% dan 19.7%. Pengeluaran di Semenanjung Malaysia pula meningkat 2.4%. Secara keseluruhan, Semenanjung Malaysia terus mencakupi bahagian terbesar atau kira-kira 55% daripada jumlah pengeluaran CPO Malaysia (2004: 58%). Faktor kedua yang menyumbang kepada kenaikan dalam pengeluaran CPO ialah trend produktiviti hasil minyak sawit yang terus meningkat seperti yang digambarkan oleh peningkatan dalam kadar perahan minyak (OER) dan pengeluaran tandan buah segar (FFB). OER Malaysia terus kekal melebihi nilai ambang 20% bagi tahun kedua berturut-turut dan meningkat kepada 20.15% (2004: 20.03%). Ini merupakan penunjuk prestasi utama bagi industri ini kerana bagi setiap pertambahan 1% dalam OER, ia bersamaan dengan anggaran kenaikan pengeluaran CPO sebanyak kira-kira 500,000 tan. Hasil FFB juga meningkat 1.5% kepada 18.88 tan setiap hektar kawasan matang (2004: 18.60 tan setiap hektar kawasan matang). Berdasarkan perkembangan positif ini, Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar dan pengeksport terbesar minyak sawit dunia, mencakupi 45% daripada pengeluaran dunia, dan 51% daripada eksport dunia.

penglibatan sektor swasta (termasuk syarikat yang dikawal oleh Kerajaan) dan menguatkan lagi hubungan antara aktiviti huluan dengan industri hiliran yang berasaskan pertanian. Apa yang ketara ialah subsektor tanaman makanan yang mencakupi kira-kira 40% daripada nilai ditambah sektor pertanian mempunyai potensi yang besar untuk menjana aktiviti hiliran yang mempunyai nilai ditambah seperti produk yang diproses dan dikilangkan bagi penggunaan dalam negeri dan eksport. Aktiviti baru ini bukan sahaja menampakkan potensi pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan perolehan eksport, malah juga memastikan bahawa penduduk di luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan stabil. Minyak sawit mentah (CPO) yang merupakan tanaman terpenting dari segi nilai ditambah dalam sektor pertanian (37%), sekali lagi meningkat dengan kukuh, sebanyak 7%. Ini merupakan pencapaian tertinggi setakat ini dengan pengeluaran sebanyak 14.96 juta tan pada tahun 2005. Ia juga merupakan pertumbuhan kukuh untuk tahun ketiga berturut-turut (2004: 13.98 juta tan, +4.7%; 2003: 13.36 juta tan, +12.1%). Peningkatan pengeluaran dicapai terutamanya pada separuh tahun pertama (20.3%) disebabkan oleh hasil tuaian yang sangat tinggi. Terdapat dua faktor utama kepada peningkatan yang nyata ini. 26

Graf 1.10 Harga Minyak Sawit dan Stok
Harga (RM/tan) 2,000 1,500 1,000 500 0 S1 S2 S3 S4 2002 S1 S2 S3 S4 2003 S1 S2 S3 S4 2004 S1 S2 S3 S4 2005 Harga hantaran tempatan minyak sawit mentah Stok Stok ('000 tan) 1,600 1,200 800 400 0

Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Harga minyak sawit terus menyokong prestasi industri pada tahun 2005 dengan harga hantaran tempatan pada purata RM1,398 setan. Namun begitu, harga itu lebih rendah berbanding dengan harga tahun sebelumnya sebanyak 16% (2004: RM1,664 setan). Harga minyak sawit mulai kukuh sejak separuh kedua tahun 2004 ekoran peningkatan bekalan minyak sayuran global dan pertambahan dalam stok minyak sawit tempatan. Trend harga ini berterusan sehingga tahun 2005, dengan harga menurun 24.7% pada separuh tahun pertama kepada RM1,391 setan sebelum menjadi stabil pada RM1,405 setan pada separuh tahun kedua. Peningkatan yang ketara dalam hasil tuaian minyak sawit (ST1 2005: +20.3%; ST1 2004: -2.3%) dan peningkatan serentak dalam stok minyak sawit tempatan (Mei: 1.48 juta tan) menyebabkan harga yang agak lembap. Walau bagaimanapun, harga secara relatif kekal stabil pada separuh tahun kedua disokong oleh faktor pengurangan lain seperti hasil tuaian kacang soya yang rendah di rantau Amerika Latin serta jangkaan permintaan masa hadapan bagi biodiesel berasaskan minyak sawit. Secara keseluruhannya, CPO terus kompetitif berbanding dengan minyak sayuran lain disebabkan diskaun harga CPO terhadap harga minyak kacang soya dan minyak rap bertambah besar pada tahun 2005, masing-masing kepada USD123 setan dan USD237 setan. Republik Rakyat China (RR China) kekal sebagai pengimport terbesar minyak sawit Malaysia pada tahun 2005, mencakupi 22.1% daripada jumlah eksport. Namun begitu, pertumbuhan eksport ke RR China meningkat pada kadar yang lebih sederhana (2005: 2%; 2004: 13.1%) meskipun terdapat kenaikan kuota import minyak sawit RR China daripada 2.7 juta tan pada tahun 2004 kepada 3.2 juta tan pada tahun 2005. Penyederhanaan dalam permintaan dari RR China berlaku kerana pengurangan aktiviti pembelian oleh pengimport RR China pada separuh tahun kedua berikutan jangkaan bahawa duti import akan berubah. Sejajar dengan komitmen RR China di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2006, kuota import minyak sayuran dimansuhkan dan tarif standard sebanyak 9% dikenakan atas semua minyak sayuran. Ini merupakan perkembangan positif bagi eksport minyak sawit ke RR China. Sementara itu, permintaan minyak sawit dari AS meningkat dengan ketara sebanyak 79.4% (534,137 tan; 2004: +28.7%), kerana pengilang makanan di AS mula meningkatkan penggunaan minyak sawit sebagai pengganti kepada minyak sayuran lain. Bermula 1 Januari 2006, Food and Drug Administration (FDA) AS

menghendaki pengilang makanan melabelkan produk mereka yang mengandungi asid trans fatty kerana kajian klinikal mengaitkan asid itu dengan penyakit serius. Oleh itu, minyak sawit yang bersifat bebas asid trans fatty telah mendapat manfaat daripada peraturan itu. Pada tahun 2005, pembelian minyak sawit oleh India terus merosot (-28.2%; 2004: -44%) disebabkan peningkatan diskriminasi kadar cukai import bagi minyak sawit berbanding dengan minyak kacang soya telah menyebabkan harga import minyak sawit menjadi lebih tinggi. Kesannya, pembeli dari India mengurangkan permintaan mereka. Industri minyak sawit Malaysia terus menunjukkan pencapaian yang penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Lembaga Minyak Sawit Malaysia memperkenalkan 43 teknologi dan produk baru untuk dikomersialkan dalam industri, di samping menjalankan 312 projek penyelidikan pada tahun 2005. Penemuanpenemuan itu kebanyakannya dalam membangunkan teknik pengisaran dan penapisan pada kos yang efektif dan meningkatkan hasil, mengurangkan pembaziran, menghapuskan penyakit dan menghasilkan produk berasaskan sawit yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, di samping biomass berasaskan sawit. Satu lagi perkembangan penting dalam industri minyak sawit pada tahun 2005 ialah usaha mengkomersialkan biofuel berasaskan minyak sawit di peringkat global. Dalam keadaan harga tenaga yang meningkat, banyak negara mula mencari sumber tenaga alternatif, terutamanya sumber yang boleh diperbaharui. Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah minyak sawit yang mempunyai ciri unggul berbanding dengan sumber tenaga lain dari aspek harga yang kompetitif serta penawaran yang sedia ada, memandangkan Malaysia secara konsisten mempunyai stok minyak sawit melebihi 1 juta tan sejak tiga tahun lepas. Malaysia juga mempelopori pembangunan teknologi sumber tenaga alternatif melalui penyelidikan dan pembangunan secara berterusan semenjak beberapa tahun lepas. Keadaan harga tenaga semasa yang tinggi telah menjadi faktor yang menyebabkan projek biofuel berasaskan minyak sawit mampu dan penting untuk dilaksanakan secara besar-besaran oleh Malaysia. Usaha ini akan dapat membantu memenuhi permintaan penggunaan tenaga yang lebih tinggi daripada pengguna dalam negeri di samping menjadi sumber perolehan eksport yang baru serta menstabilkan turun naik dalam harga CPO. Seiring dengan perkembangan ini, pada bulan Ogos 2005, Kerajaan mengumumkan perumusan Dasar Biofuel Nasional yang akan disiapkan pada tahun 2006. 27

Dasar ini akan menyediakan garis panduan penggunaan biofuel untuk semua sektor yang berkaitan (terutamanya pengangkutan, syarikat minyak dan industri minyak sawit), selain membentuk satu standard campuran biodiesel B5 untuk pasaran dalam negeri (5% daripada minyak sawit yang diproses, 95% daripada diesel petroleum), dan memastikan biodiesel sawit (nama kimianya ialah metil ester) dikeluarkan untuk pasaran di luar negara mengikut piawaian antarabangsa. Sebahagian daripada dasar biofuel ini ialah pemberian insentif yang menarik untuk menggalakkan pertumbuhan industri biodiesel di Malaysia. Sehingga kini, minat terhadap industri ini amat menggalakkan dengan lima loji biodiesel sawit dijangka mula beroperasi pada lewat tahun 2006. Pada masa yang sama, projek perintis penggunaan biofuel B5 dalam kenderaan pengangkutan akan dilaksanakan oleh beberapa agensi Kerajaan tertentu. Selepas mencatat perkembangan yang pesat sepanjang dua tahun yang lalu, pengeluaran getah asli merosot 3.8% pada tahun 2005 kepada 1.12 juta tan (2004: 1.17 juta tan). Walau bagaimanapun, pengeluaran kekal melebihi aras ambang penting sebanyak 1 juta tan. Secara menyeluruh, kemerosotan pengeluaran pada tahun 2005 disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Ini kerana kebiasaannya pokok getah kurang mengeluarkan susu getah pada musim luruh yang jatuh pada bulan Februari hingga April. Namun, pada tahun 2005, cuaca kering yang luar biasa pada tempoh itu telah memburukkan lagi keadaan lantas mengakibatkan kemerosotan pengeluaran pada asas tahunan. Hujan

yang berlebihan pada dua bulan terakhir tahun 2005 telah menjejaskan aktiviti penorehan pekebun kecil yang mencakupi hampir 95% daripada jumlah pengeluaran getah Malaysia. Pada masa yang sama, jumlah kawasan torehan terus merosot 4% kepada 767,340 hektar memandangkan lebih banyak kawasan penanaman getah ditanam semula dengan pokok getah baru (2005: 23,000 hektar, dengan 94% ditanam semula oleh pekebun kecil), atau dalam proses penukaran kepada aktiviti ekonomi lain pada tahun 2005. Namun begitu, Malaysia yang mencakupi 13% daripada bahagian pengeluaran dunia kekal sebagai pengeluar getah asli ketiga terbesar di dunia selepas Thailand dan Indonesia. Harga getah asli Malaysia terus kukuh dengan trend yang meningkat pada tahun 2005 sejajar dengan perkembangan pasaran global. Harga SMR20, iaitu tanda aras bagi getah Malaysia, mencatat pertumbuhan dua angka untuk tahun ketiga berturutturut dengan peningkatan 13.4% kepada purata 523 sen sekilogram pada tahun 2005 (2004: 461 sen/kg). Secara khusus, harga meningkat dengan nyata pada separuh tahun kedua untuk mencapai harga niaga harian tertinggi iaitu 632 sen sekilogram pada 30 Disember 2005. Harga bulanan tertinggi pula ialah 588 sen sekilogram pada bulan Oktober 2005. Kenaikan harga getah disokong oleh faktor bermusim dan faktor asas. Keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama telah mengekang bekalan getah global. Sementara itu, permintaan global, terutamanya dari RR China, terus kukuh didorong oleh pengembangan yang pesat dalam industri automotif. Permintaan yang kukuh dan pengeluaran yang rendah telah mengakibatkan jumlah stok global merosot ke paras paling rendah, terutamanya pada separuh kedua tahun 2005, seterusnya memberi tekanan menaik terhadap harga. Di samping itu, pengganti terdekat bagi getah asli iaitu getah tiruan, satu produk terus petrokimia, mencatat harga yang lebih tinggi sejajar dengan kenaikan harga minyak mentah. Oleh itu, buat pertama kali dalam tempoh 23 tahun, harga getah asli mengatasi harga getah tiruan. Perolehan eksport daripada getah meningkat dengan ketara sebanyak 11.3% kepada RM5.8 bilion pada tahun 2005, mencakupi 1.1% daripada jumlah eksport kasar. Hampir sepertiga daripada eksport getah pada tahun 2005 terdiri daripada penghantaran ke RR China (2004: 26.1%). Bagi tahun keempat berturut-turut, RR China terus meningkatkan pembelian getah pada kadar dua angka (33.7%; 2004: 39.2%). Permintaan lebih tinggi ini didorong oleh permintaan yang kukuh daripada pengilang tayar berikutan pengembangan

Graf 1.11 Getah Asli: Pengeluaran, Harga dan Hasil sen 550 500 450 400 350 300 250 200 150 100 50 0 '000 tan atau kg 1,400 1,200 1,000 800 600 400 200 2001 2002 2003 2004 2005a 0

Pengeluaran dalam juta tan (skala kanan) Harga eksport dalam sen sekilogram (skala kiri) Hasil purata pengeluaran dalam kilogram sehektar yang ditoreh (skala kanan) a Awalan bagi hasil purata pengeluaran Sumber: Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia

28

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

pesat dalam industri automotif tempatan. Selain RR China, pembeli utama getah yang lain ialah negara Kesatuan Eropah (EU), terutamanya Jerman dan Perancis, yang mencakupi 28.3% daripada jumlah eksport getah. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, getah asli kembali mencapai statusnya sebagai antara komoditi utama dalam sektor pertanian Malaysia kerana hubungannya yang kuat dengan ekonomi keseluruhan, iaitu dengan pekebun kecil luar bandar serta industri getah hiliran berorientasikan eksport yang utama seperti pembuatan sarung tangan getah dan tayar. Harga getah asli yang tinggi telah memberi manfaat kepada pekebun kecil dari segi kenaikan paras pendapatan, dan ini telah menjadi faktor penting dalam memulihkan status sektor ini. Di samping penorehan yang lebih giat, pekebun kecil juga menerapkan teknologi eksploitasi yang lebih baik seperti sistem penorehan berfrekuensi rendah (LITS) dan Amalan Pertanian Baik dengan menggunakan bahan perangsang untuk meningkatkan hasil bagi mengambil peluang daripada harga getah asli yang tinggi. Kerajaan juga sentiasa menggalakkan pekebun kecil getah untuk menanam semula demi memastikan kemapanan pengeluaran pada tahun-tahun akan datang. Sehingga akhir tahun 2005, program penanaman semula merangkumi kawasan tanaman getah seluas 23,000 hektar, disokong oleh keyakinan yang semakin meningkat di kalangan pekebun kecil serta dorongan harga getah yang tinggi. Pekebun kecil juga digalakkan untuk menanam semula menggunakan klon kayu susu getah (latex timber clone) yang menghasilkan susu getah yang lebih banyak dan juga memastikan bekalan kayu getah mencukupi apabila pokok getah menjadi terlalu tua untuk mengeluarkan susu getah. Ini akan membantu memenuhi jangkaan peningkatan permintaan dalam negeri daripada industri perabot tempatan pada tahun-tahun akan datang. Prestasi komoditi pertanian lain, merangkumi perikanan, ternakan, serta pertanian lain (termasuk padi, buah-buahan dan sayur-sayuran) menunjukkan trend bercampur-campur pada tahun 2005. Nilai ditambah subsektor ternakan meningkat 4.7%, didorong terutamanya oleh pengeluaran ayam yang lebih tinggi (+5.7%) kerana ramai pengusaha ayam yang berskala besar, terutamanya syarikat awam tersenarai, mengambil peluang daripada insentif Kerajaan untuk memodenkan operasi mereka. Oleh itu, syarikat-syarikat ini melabur secara besar-besaran dalam teknik ternakan ayam menggunakan sistem reban tertutup dengan kawalan cuaca yang bukan sahaja

meningkatkan pengeluaran, malah yang lebih penting mengekalkan tahap kebersihan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Peningkatan pengeluaran ternakan dan jaminan kualiti merupakan faktor penting di sebalik pertambahan yang ketara dalam permintaan dari luar negara, selain memenuhi permintaan daripada industri pemprosesan makanan dalam negeri. Pengeluaran subsektor perikanan pula merosot 6.8% kepada 1.42 juta tan pada tahun 2005 (2004: 1.53 juta tan), berpunca terutamanya daripada pendaratan ikan marin yang lebih rendah (2005: -9.2%; 2004: 3.8%) akibat kesan pasca-Tsunami serta kenaikan harga diesel yang menjejaskan aktiviti penangkapan ikan. Namun begitu, keadaan ini diimbangi oleh peningkatan dalam hasil akuakultur yang mencakupi kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran sektor perikanan (2005: +9.8% kepada 215,475 tan). Keluaran akuakultur seperti rumpai laut, surimi dan ikan hiasan merupakan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi yang disasarkan terutamanya untuk pasaran eksport. Sementara itu, pengeluaran padi juga merosot pada tahun 2005 akibat cuaca buruk. Dalam sektor perhutanan, aktiviti pembalakan merosot pada tahun 2005 seiring dengan dasar pemuliharaan hutan Malaysia melalui pelaksanaan amalan pengurusan hutan yang mapan. Pengeluaran kayu balak merosot sedikit, sebanyak 0.8% kepada 21,334 juta meter padu (2004: 21,509 juta meter padu). Namun begitu, permintaan global terhadap balak dan kayu siap digergaji Malaysia menjadi kukuh dengan nyata pada tahun 2005 disebabkan terutamanya permintaan dari RR China dan Kesatuan Eropah. Permintaan yang kukuh juga disebabkan oleh larangan eksport kayu balak dan kayu siap digergaji yang terus dilaksanakan di Indonesia sejak tahun 2004. Berikutan itu, harga purata kayu balak Malaysia mencecah paras tertinggi pada RM428 semeter padu pada tahun 2005. Dalam keadaan kenaikan harga eksport (7.7%) dan peningkatan jumlah eksport sebanyak 10.6%, perolehan eksport kayu balak meningkat dengan ketara sebanyak 19.1% kepada RM2.5 bilion. Bagi kayu siap digergaji, perolehan eksport meningkat 26% kepada RM4.1 bilion, disebabkan oleh jumlah (16.4%) dan harga (8.3%) eksport yang lebih tinggi. Berhubung dengan alam sekitar, Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan dalam menjalankan inisiatif berkaitan perdagangan produk kayu hutan tropika yang lebih bertanggungjawab. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri kayu balak Malaysia mengorak langkah penting dalam menangani isu pembalakan haram, pengurusan hutan yang tidak mapan dan perdagangan 29

spesies hutan tropika yang terancam. Malaysia telah membangunkan skim persijilan kayunya yang tersendiri yang mampu meyakinkan pengimport dan pengguna bahawa keluaran kayu Malaysia adalah daripada sumber yang sah dan terkawal. Menjelang akhir tahun 2005, Majlis Persijilan Perkayuan Malaysia (MTCC) telah menganugerahkan Sijil Pengurusan Hutan kepada lapan negeri di Semenanjung Malaysia dan bahagian Hulu Ulu Baram di Sarawak yang meliputi hutan simpan kekal seluas 4.73 juta hektar. Selain itu, 83 syarikat kayu balak diberikan sijil perakuan ‘rantaian penjagaan’ (chain-of-custody) demi memastikan keluaran kayu balak adalah daripada sumber hutan yang diperakui oleh MTCC dan ditebang secara sah. Kredibiliti terhadap usaha persijilan ini diiktiraf oleh pembeli utama keluaran kayu Malaysia dengan pengiktirafan daripada beberapa negara Kesatuan Eropah (United Kingdom, Jerman, Perancis, Belgium dan Belanda) yang mempunyai dasar pemerolehan awam yang bertujuan membanteras import kayu daripada sumber yang tidak sah. Di samping itu, Kerajaan juga amat tegas dalam penguatkuasaan peraturan perdagangan spesies kayu yang terancam (seperti Ramin, Karas dan Gaharu) daripada negara jiran, sejajar dengan peraturan di bawah Konvensyen Perdagangan Spesies Flora dan Fauna Liar Antarabangsa. Sebagai sebahagian daripada strategi melaksanakan pengurusan hutan yang mapan, Kerajaan meneruskan usaha perladangan hutan. Pada tahun 2005, diumumkan bahawa geran bernilai RM200 juta akan diperuntukkan untuk mewujudkan program perladangan hutan bagi mengurangkan pergantungan atas kayu hutan tropika. Sementara itu, pengeluaran koko terus merosot 16.3% kepada 27,964 tan (2004: 33,423 tan). Kemerosotan pengeluaran tanaman ini disebabkan terutamanya oleh pengurangan yang berterusan dalam kawasan penanaman kepada 33,313 hektar (2004: 41,612 hektar; 1990: 393,000 hektar) mencerminkan terutamanya penukaran secara aktif kawasan tanaman koko kepada tanaman lain. Pengeluaran yang lebih rendah juga disebabkan oleh kekurangan penggunaan input seperti baja dan racun perosak oleh pekebun koko akibat kenaikan kos input itu. Untuk menggalakkan penanaman koko di kalangan pekebun kecil, Lembaga Koko Malaysia melaksanakan Program Pembangunan Pekebun Kecil Koko. Kini terdapat 4,860 petani yang terlibat secara aktif dalam program ini, dengan kawasan seluas 5,368 hektar. Kerajaan juga mengumumkan bahawa pekebun kecil koko akan diberi geran penanaman 30

semula sepenuhnya (100%), di samping pemberian bantuan yang sedia ada dalam bentuk klon benih berhasil tinggi, bahan penanaman tahan penyakit serta bantuan teknologi. Sektor Perlombongan Sektor perlombongan dan kuari (perlombongan) berkembang 0.8% pada tahun 2005 disebabkan keseluruhannya oleh pengeluaran gas asli dan kondensat yang lebih tinggi, sementara pengeluaran minyak mentah pula lebih rendah. Pengeluaran timah padat meningkat sedikit, iaitu sebanyak 2% kepada 2,800 tan. Pada tahun 2005, pasaran tenaga global dicirikan oleh harga yang tinggi berikutan permintaan dan penawaran sumber tenaga yang terus hampir seimbang dalam keadaan kekurangan kapasiti pengeluaran lebihan di negara pengeluar minyak utama. Sebagai sebuah negara pengeksport tenaga bersih, Malaysia memperoleh faedah

Nilai ditambah dalam sektor perlombongan kekal mapan, disokong oleh prestasi gas asli yang kukuh dalam suasana harga tenaga yang tinggi. daripada harga tinggi yang menjurus kepada peningkatan yang ketara dalam perolehan eksport mineral untuk tahun ketiga berturut-turut (+27.1% kepada RM52.3 bilion; 2004: +38.2% kepada RM41.2 bilion). Yang pentingnya, bahagian eksport mineral daripada jumlah eksport kasar terus meningkat kepada 9.8% (2004: 8.6%), membuktikan lagi kepentingan industri minyak dan gas kepada ekonomi Malaysia.

Graf 1.12 Pengeluaran Minyak Mentah dan Kondensat
Tong sehari 800,000 600,000 400,000 200,000 0

2001

2002

2003

2004 Kondensat

2005a

Minyak mentah a Awalan Sumber: PETRONAS

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.7 Sektor Perlombongan: Nilai Ditambah, Pengeluaran dan Eksport
2004 Jumlah dan Nilai Nilai Ditambah (RM juta pada harga tahun 1987) Pengeluaran Minyak mentah dan kondensat (tong sehari) antaranya: Minyak mentah (tong sehari) Kondensat (tong sehari) Gas asli - bersih (juta kaki padu standard sehari) Timah padat (tan) Eksport (RM juta) antaranya: Minyak mentah dan kondensat (‘000 tan) (USD/tong) (RM juta) Gas asli cecair (‘000 tan) (RM/tan) (RM juta) Timah (tan) (RM/tan) (RM juta) a Awalan Sumber: PETRONAS Jabatan Perangkaan Malaysia Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

2005a Jumlah dan Nilai 17,504 Perubahan tahunan (%) 0.8

Perubahan tahunan (%) 3.9

17,372

762,318

3.6

726,860

-4.9

623,957 138,361

0.6 19.6

571,359 155,501

-8.7 12.1

5,196 2,745 41,177

4.0 -18.3 38.2

5,800 2,800 52,321

11.3 2.0 27.1

18,090 40.81 21,318

1.0 34.8 36.1

17,719 55.93 28,508

-2.0 37.0 33.7

20,729 824 17,079

19.7 6.8 27.9

21,948 947 20,790

5.9 15.0 21.7

29,966 31,585 947

96.6 68.6 231.5

33,610 27,827 935

12.2 -11.9 -1.2

Pengeluaran minyak mentah termasuk kondensat berpurata 726,860 tong sehari, iaitu merupakan penurunan sebanyak 4.9% daripada paras yang dicatat pada tahun 2004 (762,318 tong sehari atau +3.6%). Pengeluaran yang lebih rendah ini disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam pengeluaran minyak mentah, sementara kondensat meningkat dengan mendadak seiring dengan trend menaik dalam pengeluaran gas asli. Pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah pada 571,359 tong sehari (2004: 623,957 tong sehari) disebabkan oleh penutupan beberapa loji dan pelantar minyak pada tahun 2005 bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan. Namun begitu, pengeluaran masih lagi dalam julat yang ditetapkan pada tahun 2005 di bawah Dasar Susutan Negara yang dilaksanakan semenjak tahun 1980. Dasar ini bertujuan memastikan pembangunan sumber minyak negara mapan dan terkawal. Dasar susutan dan penemuan medan minyak baru semenjak beberapa tahun lalu membawa kepada pertambahan dalam

rentangan hayat rizab minyak Malaysia kepada 20 tahun (2002: 15 tahun). Sementara itu, pengeluaran kondensat meningkat pada kadar dua angka (12.1%) bagi tahun keempat berturut-turut, untuk mencatat paras tertinggi sebanyak 155,501 tong sehari (2001: 86,855 tong sehari). Kondensat, yang dalam keadaan semula jadinya berbentuk gas tetapi memeluwap menjadi cecair semasa proses pengeluaran, mempunyai sifat yang sama dengan jenis minyak mentah Malaysia bergred "light sweet". Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sumbangan kondensat kepada jumlah pengeluaran minyak Malaysia telah meningkat dengan ketara. Kini kondensat mencakupi 21.4% daripada jumlah keluaran minyak sebanyak 726,860 tong sehari pada tahun 2005 (2001: 13%), dan dengan itu melengkapi pengeluaran minyak mentah negara sebagai sumber bahan api cecair bagi tujuan eksport dan memenuhi keperluan penggunaan dalam 31

negeri. Pada tahun 2005, perolehan eksport daripada minyak mentah dan kondensat terus meningkat sebanyak 33.7% kepada RM28.5 bilion (2004: +36.1% kepada RM21.3 bilion), dan dengan itu mencakupi bahagian yang meningkat 5.3% daripada jumlah eksport (2004: 4.4%). Harga gred minyak mentah tanda aras Malaysia, Tapis Blend, terus meningkat 39.3% kepada USD57.26 setong pada tahun 2005 (2004: USD41.12 setong) selaras dengan perkembangan dalam pasaran tenaga global. Khususnya, terdapat permintaan yang teguh bagi minyak mentah "light sweet", terutamanya daripada pasaran AS. Loji penapisan AS berfungsi terutamanya untuk memproses minyak mentah "light sweet" yang mengandungi kandungan sulfur yang rendah dan seterusnya membolehkan pemprosesan penapisan yang mudah dan menjimatkan kos. Tapis Blend, yang merupakan minyak berjenis "light sweet", yang sentiasa mendapat harga premium berbanding dengan minyak mentah berjenis "sour", terus memperoleh manfaat pada tahun 2005, apabila harga premium itu meningkat dengan ketara pada tahun itu. Peningkatan harga minyak mentah global pada tahun 2005 disokong oleh asas yang kukuh. Pasaran dipengaruhi oleh permintaan global yang tinggi serta penawaran yang ketat dalam keadaan kekurangan kapasiti pengeluaran lebihan (2005: 1.5 juta tong sehari; 2001: 4.5 juta tong sehari) akibat kekurangan pelaburan oleh negara pengeluar minyak utama pada beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), permintaan global minyak mentah pada tahun 2005 meningkat kepada 83.3 juta tong sehari, didorong terutamanya oleh permintaan dari AS dan RR China, sementara penawaran global hanya lebih tinggi sedikit sebanyak 84.1 juta tong sehari. Harga terus tinggi meskipun Pertubuhan Negara-negara

Jadual 1.8 Malaysia: Rizab Minyak Mentah dan Gas Asli1
Pada akhir tahun 2004 Minyak mentah (termasuk kondensat) Jumlah rizab (bilion tong) Rizab/Pengeluaran (tahun) Gas asli Jumlah rizab (trilion kaki padu standard) Rizab/Pengeluaran (tahun)
1

2005a

5.29 19

5.38 20

85.20 33

84.92 33

Dasar Susutan Negara diperkenalkan pada 1980 untuk mengawal selia eksploitasi rizab minyak negara dengan menangguhkan pembangunan dan menjalankan kawalan terhadap pengeluaran medan minyak utama (yang mempunyai rizab sebanyak 400 juta tong atau lebih). a Awalan Sumber: PETRONAS

Pengeksport Minyak (OPEC) pada bulan Julai 2005 membuat keputusan untuk mengeluarkan sebanyak 28 juta tong sehari, iaitu paras paling tinggi dalam tempoh 25 tahun, yang pada hakikatnya menggantung sistem kuota keluaran di kalangan negara anggota. Harga yang tinggi juga disebabkan sebahagiannya oleh kekurangan kapasiti penapisan dalam negara pengguna utama, khususnya AS, yang menyebabkan ketidakupayaan untuk mengeluarkan dengan cukup keluaran petroleum yang ditapis (seperti gasolin dan distillate) untuk memenuhi permintaan yang tinggi pada musim panas dan sejuk. Akibatnya, pasaran menjadi sensitif terhadap pergerakan paras stok minyak, khususnya di AS, kerana ia mencerminkan risiko kekurangan penawaran. Pada tahun 2005, sentimen pasaran sangat mudah terpengaruh oleh peristiwa yang berkemungkinan menjejaskan penawaran memandangkan negara pengeluar utama beroperasi hampir mencecah tahap keupayaan penuh masing-masing. Justeru, apabila taufan Katrina melanda AS pada akhir bulan Ogos, yang menyaksikan penutupan lebih kurang 70% daripada penawaran di rantau Teluk Mexico, harga minyak (West Texas Intermediate dan Tapis Blend) melonjak naik hampir kepada paras ambang USD70 setong. Pada tahun 2005, peserta pasaran juga amat sensitif kepada peristiwa geopolitik yang berlaku di negara pengeluar utama. Tanda aras global bagi harga minyak, iaitu West Texas Intermediate dan North Sea Brent, berpurata lebih tinggi masingmasing pada USD56.59 dan USD54.86 setong (2004: masing-masing USD41.40 dan USD38.34 setong). Tapis Blend mengakhiri tahun 2005 dengan mencatat paras harga USD62.05 setong, hampir USD20 lebih tinggi daripada harga pada 1 Januari 2005 (USD42.11 setong).

Graf 1.13 Harga Minyak Mentah (Niaga Hadapan 1 Bulan) pada tahun 2005
USD setong 75 70 65 60 55 50 45 40 35 Jan-05 Paras tertinggi pada 1 Sept: Tapis USD69.91 WTI USD69.47

Mac-05

Mei-05 Tapis Blend

Jul-05

Sep-05

Nov-05

Dis-05

West Texas Intermediate (WTI)

32

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Pengeluaran gas asli kekal kukuh pada tahun 2005, meningkat 11.3% kepada paras tertinggi sebanyak 5,800 juta kaki padu standard sehari (2004: 5,196 mmscfd). Peningkatan dalam keluaran disebabkan oleh penambahan permintaan daripada pembeli tradisi, yang terdiri daripada penjana kuasa tempatan (mencakupi lebih kurang 70% daripada jumlah pengguna gas tempatan) dan pengguna industri (terutamanya dalam sektor perkilangan), serta pengimport utama gas asli cecair (LNG). Seterusnya, ini menyebabkan kadar penggunaan yang meningkat di loji MLNG di Sarawak, serta Loji Pemprosesan Gas (GPP) di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2005, harga LNG juga meningkat dengan ketara sejajar dengan perkembangan dalam pasaran tenaga global. Pada separuh kedua tahun 2005, harga gas asli dalam pasaran bertambah kukuh secara mendadak berikutan gangguan dalam penawaran di AS akibat taufan Katrina. Harga eksport LNG Malaysia meningkat melebihi paras ambang RM1,000 setan untuk pertama kalinya pada bulan September, dan memuncak pada RM1,066 pada bulan Disember. Bagi keseluruhan tahun 2005, harga eksport LNG Malaysia berpurata RM947 setan, iaitu kenaikan sebanyak 15% (2004: 6.8%). Memandangkan harga yang lebih tinggi dan peningkatan dalam jumlah eksport, perolehan eksport LNG bagi tahun 2005 meningkat dengan ketara sebanyak 21.7% kepada RM20.8 bilion (2004: RM17.1 bilion), menyebabkan bahagiannya dalam jumlah eksport meningkat kepada 3.9% (2004: 3.6%). Jumlah eksport yang lebih tinggi (5.9% kepada 21.9 juta tan; 2004: 20.7 juta tan) disebabkan terutamanya oleh pembelian daripada pembeli utama, khususnya, Jepun dan Korea yang masing-masing meningkat 9.1% dan 3.8% untuk memenuhi keperluan industri penjanaan kuasa mereka. Industri minyak dan gas Malaysia terus mengalami peningkatan pada tahun 2005 dengan penemuan sumber minyak dan gas baru berikutan beberapa penemuan penting di luar pesisir Sabah dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Pada tahun 2005, tujuh medan minyak luar pesisir baru telah ditemui. Empat daripadanya ditemui di Sabah, dua di Sarawak dan satu di Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan jumlah medan minyak yang ditemui di Malaysia meningkat kepada 153. Di samping itu, 12 kontrak pengeluaran bersama (PSC) yang baru ditandatangani pada tahun 2005, menjadikan jumlah PSC di Malaysia meningkat kepada 59. Pada tahun 2005, 54 telaga cari gali dan 78 telaga pembangunan dan pengeluaran telah digerudi.

Pengeluaran timah padat meningkat sedikit, iaitu sebanyak 2% kepada 2,800 tan pada tahun 2005 (2004: 2,745 tan). Harga purata timah, seperti yang diniagakan di Pasaran Timah Kuala Lumpur, kekal tinggi pada USD7,356 setan (2004: USD8,494 setan), disokong oleh permintaan yang tinggi daripada industri elektronik. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kesan daripada garis panduan mesra alam yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU), plumbum secara beransuransur diganti dengan timah sebagai bahan utama dalam aktiviti pematerian dalam industri elektronik. Sektor Pembinaan Nilai ditambah dalam sektor pembinaan menurun 1.6% pada tahun 2005. Penguncupan itu disebabkan oleh aktiviti subsektor kejuruteraan awam yang lemah berikutan siapnya banyak projek infrastruktur yang diswastakan pada tahuntahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, subsektor kediaman dan bukan kediaman terus mengembang pada tahun 2005. Subsektor kediaman disokong oleh permintaan yang menggalakkan, terutamanya di lokasi pilihan, dalam suasana pembiayaan yang menarik. Sementara itu, subsektor bukan kediaman beroleh manfaat daripada aktiviti perniagaan dan runcit yang memberangsangkan. Subsektor kejuruteraan awam terus lemah akibat ketiadaan projek infrastruktur besar yang baru. Kapasiti berlebihan dalam subsektor ini mendorong banyak syarikat pembinaan Malaysia untuk melabur di luar negara. Projek pembinaan jalan raya,

Aktiviti dalam sektor pembinaan disokong oleh subsektor kediaman dan bukan kediaman. Sektor kejuruteraan awam pula terus menguncup. perumahan, penjanaan kuasa dan lapangan terbang di negara serantau dan di Timur Tengah adalah antara kontrak yang berjaya diperoleh. Khususnya, India yang kini mengeluarkan perbelanjaan besar bagi pembangunan infrastruktur, terus menjadi destinasi utama kontraktor Malaysia. Di dalam negeri, projek berkaitan dengan loji penjanaan kuasa, jalan raya, pelabuhan, air dan pembetungan yang sedang berjalan terus menyokong aktiviti kejuruteraan awam. Aktiviti pembinaan dalam sektor minyak dan gas juga meningkat, disokong oleh peningkatan pelaburan dalam pelantar minyak berikutan penemuan minyak di Malaysia kebelakangan ini. 33

Graf 1.14 Penawaran dan Kadar Penghunian Ruang Pejabat Dibina Khas di Malaysia: 2001 - 2005
Kawasan sewaan bersih ('000 meter persegi) 16,000 12,000 8,000 4,000 0 Kadar penghunian (%)

Graf 1.15 Penawaran dan Kadar Penghunian Ruang Perniagaan di Malaysia: 2001 - 2005
Kawasan sewaan bersih ('000 meter persegi) 8,000 6,000 4,000 2,000 0 2001 2002 2003 2004 S3 2005a Kadar penghunian (%) 90 85 80 75 70

90 85 80 75 70

2001

2002

2003 Bekalan Yang Ada Ruang Yang Dihuni Kadar Penghunian (%)

2004

S3 2005a

Bekalan Yang Ada Ruang Yang Dihuni Kadar Penghunian (%) a Awalan Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

a Awalan Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Aktiviti dalam subsektor bukan kediaman bertambah baik pada tahun 2005, disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap ruang pejabat dan perniagaan ekoran aktiviti perniagaan yang memberangsangkan. Kadar penghunian keseluruhan bagi ruang pejabat dan perniagaan meningkat, masing-masing kepada 83.8% dan 80% pada akhir bulan September 2005, masingmasing daripada 82.1% dan 79.6% pada akhir tahun 2004. Sewa bulanan purata bagi ruang pejabat utama di Lembah Klang naik sedikit daripada RM46 satu meter persegi pada tahun 2004 kepada RM48 satu meter persegi pada tahun 2005. Sementara itu sewa ruang perniagaan di kompleks membeli-belah naik daripada RM242 satu meter persegi kepada RM254 satu meter persegi. Ini mencerminkan permintaan yang meningkat. Dalam segmen pejabat, 17 bangunan pejabat baru, sebahagian besarnya bangunan Kerajaan, dengan jumlah keluasan sebanyak 605,000 meter persegi ditambah pada pasaran. Hasilnya, jumlah stok ruang pejabat pada akhir bulan September 2005 ialah 14.1 juta meter persegi (akhir tahun 2004: 13.5 juta meter persegi). Sementara itu, bagi segmen perniagaan, sebanyak 209,000 meter persegi lagi telah ditambah menjadikan jumlah stok ruang perniagaan kepada 7.3 juta meter persegi. Permintaan untuk ruang perniagaan didorong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam segmen perniagaan, disokong oleh aktiviti penggunaan swasta yang memberangsangkan pada tahun 2005. Bagi hotel, sebanyak 15 buah hotel baru disiapkan pada tahun 2005, menjadikan sebanyak 2,239 buah hotel di dalam negara, dengan menawarkan 149,106 bilik. Kadar penginapan purata hotel meningkat kepada 34

63.6% pada tahun 2005 daripada 60.8% pada tahun 2004. Ini berikutan ketibaan pelancong asing dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang meningkat. Subsektor kediaman kekal penting dalam menyokong aktiviti pembinaan pada tahun 2005. Permintaan untuk harta kediaman berkekalan berikutan minat dalam harta kediaman baru, terutama sekali di lokasi utama. Peningkatan paras pendapatan dalam suasana pasaran pekerjaan yang stabil, kadar faedah yang rendah dan penawaran pakej pembiayaan yang menarik oleh institusi kewangan menyokong minat belian. Walau bagaimanapun, aktiviti belian lebih sederhana berbanding dengan pertumbuhan pada tahun 2004, yang telah didorong oleh insentif yang disediakan di

Graf 1.16 Sewa Bulanan Purata bagi Ruang Pejabat dan Perniagaan Utama di Lembah Klang 1/
RM/m.per RM/m.per

50 48 46 44 42 40 38 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

300 250 200 150 100 50 0

Ruang Pejabat Utama (skala kiri) Ruang Perniagaan Utama (skala kanan) Merujuk kepada Kuala Lumpur dan Selangor. Sumber: CH Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd.
1/

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.9 Penunjuk Harta Kediaman
2004 Unit Urus niaga harta kediaman Unit Nilai (RM bilion) Kelulusan1 Lesen pemaju Baru Pembaharuan Permit jualan dan iklan Baru Pembaharuan Pinjaman sistem perbankan - Nilai (RM bilion) Terkumpul Diluluskan
1

2005

Graf 1.18 Indeks Harga Rumah Malaysia
Perubahan tahunan (%)

195,241 29.3 174,671 1,071 353 1,038 1,510

181,762 28.4 169,960 1,209 407 1,203 1,726

8 6 4 2 0 2000 2001 2002 2003 2004 ST1 2005 a

132.9 35.7

149.2 36.6

a Awalan Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Unit yang diluluskan untuk pembinaan oleh pemaju swasta.

Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Bank Negara Malaysia

bawah Pakej Ekonomi Tahun 2003. Ini dapat dilihat pada kadar pembelian yang lebih rendah pada separuh pertama 2005 sebanyak 32.7% berbanding dengan 48% pada tahun 2004. Para pembeli semakin bijak dalam pembelian harta kediaman, disebabkan oleh persaingan yang sengit di kalangan pemaju dan tawaran pelbagai pilihan konsep dan produk baru dalam pasaran. Antara konsep yang mendapat sambutan termasuk konsep komuniti berpagar dan tumpuan terhadap landskap hijau. Dari segi penawaran, 130,000 unit kediaman baru ditawarkan pada sembilan bulan pertama tahun 2005, menjadikan jumlah stok kepada 3.59 juta unit.

Graf 1.17 Pelancaran Baru Harta Kediaman1 di Lembah Klang Mengikut Harga
100% 80% 60% 40% 20% 0% S1 S2 2004 RM400,000

Harta tanah yang bertanah sahaja Sumber: Jones Lang Wooton

Jadual 1.10 Harta Kediaman yang Tidak Terjual di Malaysia mengikut Julat Harga
KEDIAMAN Julat harga Kurang daripada RM50,000 RM50,001 - RM100,000 RM100,001 - RM150,000 RM150,001 - RM200,000 RM200,001 - RM250,000 Lebih daripada RM250,000 Jumlah a Awalan Sumber: NAPIC, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Unit

Bahagian (%)

Unit

Bahagian (%)

Pada akhir tahun 2004 5,245 3,546 3,063 1,774 651 1,279 15,558 33.7 22.8 19.7 11.4 4.2 8.2 100

Pada akhir Sept 2005a 3,397 5,196 3,523 2,336 974 1,753 17,179 19.8 30.2 20.5 13.6 5.7 10.2 100

runcit dan kompleks membeli-belah yang tidak terjual semakin banyak, sementara pejabat dibina khas bertambah baik. Harta kediaman yang tidak terjual meningkat kepada 17,179 unit dan bernilai RM2.3 bilion pada akhir bulan September 2005 (akhir tahun 2004: 15,558 unit; RM1.8 bilion). Unit-unit itu tertumpu terutamanya di Johor dan Selangor. Sejumlah besar daripada harta tanah itu berharga antara RM50,001RM150,000. Pembiayaan kekal penting dalam menyokong sektor pembinaan. Pinjaman yang diluluskan oleh sistem perbankan untuk sektor harta tanah keseluruhan meningkat 8.2% pada tahun 2005 (2004: 18.8%), sementara pinjaman yang dikeluarkan meningkat 4.3% (2004: 12.6%). Pinjaman terkumpul kepada sektor harta tanah keseluruhan pada akhir tahun 2005 ialah RM229 bilion, merupakan peningkatan 9.9% berbanding dengan tahun 2004 (2004: 10.5%). Sementara itu, pinjaman yang diluluskan untuk sektor perumahan oleh institusi kredit perumahan lain keseluruhannya meningkat 11.6% kepada RM7.6 bilion pada tahun 2005 (2004: 15.7%). Pada awal tahun 2005, aktiviti dalam sektor pembinaan terjejas sementara disebabkan oleh program pengampunan untuk pekerja asing tanpa izin yang bermula pada lewat tahun 2004 dan berakhir pada 28 Februari 2005. Berikutan kelewatan kembalinya pekerja asing sah, projek pembinaan telah mengalami sedikit kelewatan. Namun, situasi itu bertambah baik berikutan langkah pantas Kerajaan untuk mengurangkan masalah itu. Pada tahun 2005, Kerajaan juga mengumumkan keputusan untuk mempercepat projek Rancangan Malaysia Kesembilan yang bernilai RM2.4 bilion untuk meningkatkan aktiviti dalam segmen kejuruteraan awam. 36

Satu lagi perkembangan penting yang mempengaruhi aktiviti dalam sektor harta tanah pada tahun 2005 ialah pengeluaran Garis Panduan Amanah Pelaburan Harta Tanah (Garis Panduan REIT) pada 3 Januari 2005 oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ini menandakan penjenamaan semula dana amanah harta tanah (PTF) yang wujud sejak lewat tahun 1980an sebagai REIT, dalam usaha untuk mempercepat pertumbuhan dan mewujudkan industri REIT yang kompetitif di Malaysia. Sejak tiga tahun yang lepas, Kerajaan juga mengambil langkah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi pembangunan REIT dengan memberi insentif istimewa. Langkah-langkah itu termasuk yang berikut: i. Pengecualian daripada Cukai Untung Harta Tanah untuk keuntungan daripada penjualan harta tanah kepada REIT atau PTF; ii. Pengecualian daripada duti setem untuk instrumen pemindahan harta tanah daripada individu atau syarikat kepada REIT atau PTF; iii. Pengecualian daripada cukai pendapatan terhadap pendapatan tercukai yang diagihkan kepada pemegang unit REIT atau PTF; iv. Pendapatan yang diagihkan kepada pemegang unit dicukai pada kadar cukai masing-masing. Bagi bukan pemastautin, cukai yang perlu dibayar adalah pada 28% dan ditahan oleh REIT atau PTF; v. Pendapatan terkumpul yang telah dicukai dan seterusnya diagihkan layak untuk mendapat kredit cukai dalam tangan pemegang unit; dan vi. Membenarkan fi terpilih (perkhidmatan perundingan, perundangan dan penilaian) yang dikenakan dalam penubuhan REIT untuk boleh ditolak cukai. Pada akhir tahun 2005, tiga dana REIT disenaraikan di Bursa Malaysia. Aset REIT ini terdiri daripada bangunan pejabat dan bangunan perniagaan di Lembah Klang.

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

KEADAAN PERMINTAAN DALAM NEGERI Keadaan permintaan dalam negeri kekal menggalakkan pada tahun 2005, dengan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 7.3% pada tahun 2005 (2004: 7.5%). Pertumbuhan permintaan dalam negeri agregat disokong terutamanya oleh pengembangan pesat aktiviti sektor swasta. Perbelanjaan pengguna kekal pada tahap yang tinggi sepanjang tahun 2005, meskipun terdapat Graf 1.20 KNK per Kapita
RM '000 20 15 10 5 0 -5 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 perubahan tahunan (%) 20 15 10 5 0 -5

Keadaan permintaan dalam negeri kekal menggalakkan pada tahun 2005, disokong terutamanya oleh pengembangan aktiviti sektor swasta yang memberangsangkan. Perbelanjaan sektor awam terus menyokong permintaan swasta. kebimbangan yang berpunca daripada harga minyak yang meningkat dan prospek luar negeri yang tidak pasti pada awal tahun 2005. Pengguna mendapat manfaat daripada peningkatan yang berterusan dalam pendapatan boleh guna berikutan perolehan eksport yang tinggi dan keadaan pasaran pekerjaan yang menggalakkan. Langkah Kerajaan untuk membendung tekanan inflasi dan persekitaran kredit yang kompetitif terus memberi sokongan terhadap perbelanjaan isi rumah. Pelaburan swasta, yang mengalami trend yang positif sejak separuh kedua tahun 2003, terus bertambah kukuh pada tahun 2005, dengan pertumbuhan positif dalam semua sektor kecuali pembinaan. Keyakinan
Graf 1.19 Permintaan Agregat Dalam Negeri Benar
Perubahan tahunan (%) 20.0 15.0 10.0 5.0 0.0 -5.0 -10.0 -15.0 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Perubahan tahunan (%) 40.0 30.0 20.0 10.0 0.0 -10.0 -20.0 -30.0

KNK semasa per kapita (skala kiri) Pertumbuhan KNK semasa per kapita (skala kanan) Pertumbuhan penggunaan swasta semasa (skala kanan)

perniagaan kekal sepanjang tahun, sementara aliran tunai yang positif membolehkan syarikat menggunakan dana yang dijana secara dalaman untuk membiayai perbelanjaan modal mereka. Namun begitu, lebihan tunai itu mengecil sedikit pada tahun 2005 dan syarikat juga telah mengakses sistem kewangan untuk mendapatkan dana, didorong oleh kos pembiayaan yang rendah. Sementara itu, Kerajaan terus memberi tumpuan terhadap usaha pembangunan sambil memperbaik perkhidmatan yang penting dan sistem penyampaian awam untuk membolehkan sektor swasta mengekalkan momentum pertumbuhan. Hasilnya, Kerajaan dapat mengekalkan dasar konsolidasi fiskalnya secara beransur-ansur. Meskipun terdapat kebimbangan terhadap harga minyak yang tinggi dan ketidakpastian terhadap prospek luar negeri pada awal tahun 2005, penggunaan swasta kekal pada tahap yang tinggi sepanjang tahun itu, dengan peningkatan sebanyak 9.2% bagi tahun itu (2004: 10.5%). Keyakinan pengguna kekal memberangsangkan apabila pendapatan terus
Graf 1.21 Kadar Faedah dan Permintaan Dalam Negeri Benar
Sumbangan kepada pertumbuhan dalam mata peratusan 8.0 6.0 4.0 2.0 0.0 (%) 6.0 4.5 3.0 1.5 0.0 2001 2002 2003 2004 2005

Permintaan aggregat dalam negeri benar (tidak termasuk stok) Penggunaan swasta benar Perbelanjaan awam benar Pelaburan swasta benar (skala kanan)

Permintaan agregat dalam negeri benar Penggunaan swasta benar Kadar pinjaman asas benar (skala kanan)

37

Graf 1.22 Hutang Isi Rumah dan Nisbah Deposit/Pinjaman
% daripada jumlah pinjaman 70 60 50 40 30 20 10 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Nisbah 1.4 1.2 1.0 0.8 0.6 0.4 0.2 0.0

Jadual 1.11 Penunjuk Penggunaan Swasta
2004 Jualan kereta penumpang (termasuk pacuan empat roda) ‘000 unit Perubahan tahunan (%) Import barangan penggunaan RM bilion Perubahan tahunan (%) Kutipan cukai Cukai jualan (RM bilion) Cukai perkhidmatan (RM bilion) Wang secara kecil (M1) Perubahan tahunan (%) S1 S2 2005 S3 S4 Tahun

392.1 101.5 103.1 110.0 111.2 425.8 17.0 19.5 3.0 0.8 13.5 8.6

23.2 24.1

5.6 10.7

6.0 4.3

6.4 5.2

6.6 4.2

24.6 5.9

Jumlah hutang isi rumah Harta kediaman Kenderaan pengangkutan Deposit/Pinjaman

6.4 2.3 11.9

1.2 0.5 9.4

1.9 0.7 11.0

1.6 0.5 9.9

2.3 0.9 8.5

7.1 2.6 8.5

meningkat disebabkan oleh perolehan eksport yang tinggi dan keadaan pekerjaan yang menggalakkan. Indeks Sentimen Pengguna MIER, yang mencerminkan penilaian pengguna terhadap kewangan peribadi mereka dan ekonomi, mencapai tahap tertinggi pada 120.9 pada suku pertama tahun 2005. Namun begitu, harga minyak yang meningkat mula memberi kesan kepada sentimen pengguna, yang menurun pada suku kedua dan ketiga tahun 2005. Pada sebahagian besarnya, pengguna dilindungi daripada kenaikan harga minyak yang tinggi melalui subsidi bahan api Kerajaan, walaupun sebahagian daripada subsidi tersebut telah dimansuhkan. Kerajaan juga mengumumkan penangguhan sementara kenaikan harga bahan api dan kadar tol, dan pengurangan cukai jalan. Pada separuh kedua tahun 2005, keadaan pasaran buruh yang bertambah baik juga diiringi dengan harga komoditi yang lebih tinggi, terutamanya harga getah, yang membawa kepada peningkatan pendapatan boleh guna isi rumah di kawasan bandar dan luar bandar. Ini, ditambah pula dengan pembayaran bonus kepada kakitangan awam pada akhir tahun, meningkatkan keyakinan pengguna. Sentimen yang bertambah baik dicerminkan oleh peningkatan Indeks Sentimen Pengguna pada suku keempat. Peningkatan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 30 November 2005 tidak menjejaskan kemampuan isi rumah untuk meminjam kerana kadar faedah kekal di bawah tahap neutral. Isi rumah terus meminjam, terutamanya untuk pembelian harta kediaman dan kenderaan pengangkutan. Kesediaan pengguna untuk berbelanja dengan menambah hutang dibuktikan oleh nisbah deposit-pinjaman yang kekal kurang daripada 1 bagi tahun kedua berturut-turut. Namun begitu, 38

Pinjaman yang dikeluarkan oleh sistem perbankan Kredit penggunaan (tidak termasuk kenderaan penumpang) Perubahan tahunan (%) 16.8 Perniagaan runcit, restoran dan hotel Perubahan tahunan (%) 19.5 Jualan runcit MRA Perubahan tahunan (%) 8.0

7.0

12.6

10.4

10.7

10.2

21.8 4.8

21.1 10.2

19.1 t.d.

6.3 t.d.

16.5 t.d.

Operasi kad kredit Jumlah perbelanjaan (RM bilion) 36.8 Perubahan tahunan (%) 19.2 Indeks Sentimen Pengguna MIER Indeks Komposit KL Harga Komoditi MSM (RM/tan) Minyak mentah (USD/tong) Getah (sen/kg)

9.9 15.7

9.8 12.8

10.8 12.2

11.4 13.0

41.8 13.4 -

- 120.9 109.8 102.5 116.1

907.4 871.4 888.3 927.5 899.8 899.8 1,664 1,363 1,418 1,387 1,423 1,398 41 461 49 468 54 467 65 552 60 604 57 523

peningkatan hutang isi rumah ini kekal terurus. Kedudukan kewangan sektor isi rumah secara relatif kekal kukuh dengan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi kredit penggunaan dan hutang kad kredit terus menurun masing-masing kepada 7.3% dan 4.5% pada tahun 2005 (2004: masing-masing 8.1% dan 4.7%). Berikutan pertumbuhan yang mantap pada tahun sebelumnya, kepesatan perbelanjaan modal sektor swasta berterusan pada tahun 2005, meskipun iklim perniagaan semakin sukar kerana kenaikan harga minyak mentah dan kitaran menurun yang sederhana dalam sektor elektronik pada awal tahun. Pelaburan swasta terus berkembang

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.12 Penunjuk Pelaburan Swasta
2004 S1 Jualan kenderaan perdagangan (termasuk pacuan empat roda) ‘000 unit Perubahan tahunan (%) Import barangan modal RM bilion Perubahan tahunan (%) Kelulusan oleh MITI (sektor perkilangan) Bilangan projek Pelaburan Modal (RM bilion) Asing Tempatan Pinjaman yang dikeluarkan oleh sistem perbankan Sektor perkilangan Perubahan tahunan (%) Sektor pembinaan Perubahan tahunan (%) Perkhidmatan perniagaan Perubahan tahunan (%) Sekuriti hutang swasta (tidak termasuk Cagamas) Jumlah dana yang diperoleh (RM bilion) Aktiviti baru Tawaran Awal Awam (Bursa Malaysia) Jumlah dana yang diperoleh (RM bilion) Tinjauan Keadaan Perniagaan MIER Indeks Keadaan Perniagaan Kadar Penggunaan Kapasiti (%) Syarikat berstatus MSC Bilangan syarikat Pelaburan yang diluluskan (RM bilion) S2 2005 S3 S4 Tahun

Graf 1.23 Pelaburan, Penggunaan Kapasiti dan Keuntungan
% perubahan (%)

95.5 35.1 55.5 36.0

30.5 57.1 12.3 0.7

34.8 47.1 15.5 16.3

40.3 65.6 17.0 21.0

34.5 140.2 23.1 46.8 15.9 0.3 60.7 9.5

1,101 28.8 13.1 15.6

181 2.4 0.7 1.8

306 10.6 5.9 4.8

276 6.9 3.9 3.0

263 1,026 11.0 7.5 3.6 31.1 17.9 13.2

14 84 Pelaburan Pulangan ke atas ekuiti 12 83 10 8 82 6 4 81 2 0 80 -2 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 S1 S2 S3 S4 2002 2003 2004 2005 -4 79 -6 -8 78 1/ Penggunaan Kapasiti (skala kanan) -10 77 -12
1/

Sumber: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

Graf 1.24 Pelaburan Swasta mengikut Sektor (% bahagian)
10.2 10.4 13.9 4.5 4.9 0.8 2.5 5.8 -2.0 -8.6 4.5 0.3

2005
Perlombongan 16% Perkilangan 34% Pertanian 9%

19.0 -12.4

1.5

24.2

9.4

5.1

28.0 13.0

5.3 1.2

6.8 3.6

9.7 5.6

13.8 7.3

35.7 17.7

4.0

1.9

2.0

0.7

0.8

5.3

Perkhidmatan 26%

Pembinaan 15%

- 104.1 106.0 102.7 100.5 190 2.0 82.8 55 0.2 82.8 56 0.6 83.2 80 0.6 83.0 67 0.3

258 1.8

dengan kukuh pada tahun 2005 dan mencatat pertumbuhan sebanyak 10.8% (2004: 25.8%), dirangsang oleh pelaburan yang lebih tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan serta minyak dan gas huluan. Syarikatsyarikat dapat memanfaatkan keutuhan kedudukan kewangan mereka untuk membiayai sebahagian besar pelaburan melalui dana yang dijana secara dalaman. Di samping itu, persekitaran yang menyokong pembiayaan juga menggalakkan aktiviti pelaburan. Ini terbukti dengan

peningkatan pinjaman yang dikeluarkan kepada sektor perniagaan sebanyak 7.4% pada tahun 2005. Penunjuk pelaburan seperti import barangan modal dan jualan kenderaan perdagangan turut menunjukkan bahawa pelaburan swasta terus meningkat pada tahun 2005. Sepanjang tahun itu, Indeks Keadaan Perniagaan MIER kekal melebihi paras ambang 100 mata, mencerminkan sentimen perniagaan yang pada umumnya positif, terutamanya dalam sektor perkilangan. Pelaburan dalam sektor perkilangan kekal kukuh pada tahun 2005, terutamanya didorong oleh perbelanjaan atas mesin dan kelengkapan baru. Pada tahun itu, MITI meluluskan sebanyak RM31.1 bilion dalam 1,026 projek perkilangan. Lebih separuh daripada jumlah itu merupakan projek bersama dengan rakan kongsi asing. Ini 39

Graf 1.25 Pelaburan Swasta dalam Sektor Perkilangan
RM bilion 40 35 30 25 20 15 10 5 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 200 0 800 600 400 Bil 1200 1000

Graf 1.27 Bahagian Pelaburan Baru dan Pelaburan Semula yang diluluskan dalam Sektor Perkilangan
% 100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 1995 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Kelulusan pelaburan tempatan Kelulusan pelaburan asing Bilangan kelulusan Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Pelaburan baru

Pelaburan semula

Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

menandakan minat pelabur asing yang berterusan terhadap sektor perkilangan. Perbelanjaan modal yang diluluskan bagi aktiviti pengembangan atau pempelbagaian melebihi perbelanjaan modal untuk projek baru. Ini menandakan bahawa para pengilang juga terlibat dalam aktiviti perkilangan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Projek yang diluluskan tertumpu terutamanya kepada industri keluaran elektrik dan elektronik, keluaran logam asas, serta kimia dan keluaran kimia. Yang penting, pelaburan yang diluluskan terutamanya dalam segmen elektronik terus menjurus kepada projek berintensif teknologi dan kemahiran. Penekanan dan penggalakan aktiviti berkaitan perkilangan yang mempunyai nilai

ditambah yang tinggi juga telah membawa masuk projek R&D ke negara ini. Beberapa syarikat elektronik sedang merancang untuk menubuhkan pusat R&D, serta operasi reka bentuk dan ujian di negara ini. Pelaburan dalam sektor perkhidmatan nyata lebih kukuh disebabkan oleh pembangunan infrastruktur utiliti yang ketara dan pengembangan kapasiti oleh syarikat pengangkutan. Perbelanjaan modal yang lebih tinggi untuk subsektor utiliti disebabkan oleh pembangunan projek stesen jana kuasa dan projek bekalan air. Projek stesen jana kuasa bebas (IPP) termasuk IPP Tanjung Bin, IPP Jimah, IPP Sepangar Bay dan IPP Teluk Salut. Sementara itu, perbelanjaan atas projek bekalan air sebahagian besarnya adalah untuk projek Skim Projek Sungai Selangor 3 (SSP 3), Pengurusan Banjir dan Terowong (SMART) serta pengembangan dan penaikan taraf loji rawatan air dan pengagihan air di beberapa negeri. Dalam subsektor pengangkutan, pengendali pelabuhan seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat terus melabur untuk meningkatkan kemudahan dan kelengkapan pelabuhan disebabkan oleh keperluan untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan. Pada masa yang sama, pelaburan dalam pengangkutan udara lebih tinggi apabila syarikat memulakan program penambahan bilangan kapal dan pesawat udara. Sementara itu, dalam subsektor telekomunikasi, operator selular terus membuat pelaburan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kecekapan rangkaian, serta mengoptimumkan dan menaik taraf kelengkapan rangkaian sedia ada untuk memenuhi keperluan perkhidmatan mudah alih berkelajuan tinggi. Dalam subsektor runcit, beberapa gedung baru dibuka pada tahun 2005, didorong terutamanya oleh kekukuhan aktiviti perbelanjaan pengguna.

Graf 1.26 Pelaburan Perkilangan yang Diluluskan mengikut Industri, 2005 (% bahagian)
Lain-lain 25% Elektrik & elektronik 44%

Kelengkapan pengangkutan 5% Peralatan saintifik & pengukuran 5% Pengilangan Makanan 5%

Kimia & keluaran kimia 6%

Keluaran logam asas 10%

Sumber: Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

40

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Dalam sektor perlombongan, sebahagian besar daripada perbelanjaan modal yang lebih tinggi terdapat dalam segmen minyak dan gas huluan. Pada tahun 2005, kontraktor pengeluaran bersama mempercepat perbelanjaan modal penerokaan dan pengeluaran disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan permintaan minyak mentah yang semakin bertambah. Yang penting, penerokaan dipertingkatkan pada tahun 2005 didorong oleh usaha agresif penerokaan medan minyak di dasar laut dalam dan di dasar laut sangat dalam. Di samping itu, penemuan sumber baru bagi minyak dan gas sejak tahun 2002 terus menyokong perbelanjaan modal dalam kemudahan pengeluaran dan projek pembangunan. Pada tahun 2005, sebahagian besar daripada pelaburan sektor pembinaan mencerminkan aktiviti daripada pembinaan rumah kediaman ekoran pembangunan perbandaran dan pusat bandar baru, dengan penekanan terhadap projek harta berharga tinggi. Sebaliknya, perbelanjaan modal yang melibatkan jalan raya telah menurun dengan penyiapan dua projek utama, iaitu Jalan Lingkaran Luar Butterworth dan Lebuh Raya Koridor Guthrie, serta kelewatan pembinaan Lebuh Raya KajangSeremban. Namun begitu, pembangunan yang berterusan beberapa projek jalan raya yang diswastakan seperti Lebuh Raya Senai-Desaru dan Lebuh Raya Jelutong terus menyokong pelaburan dalam subsektor itu. Perbelanjaan modal dalam sektor pertanian sebahagian besarnya masih didorong oleh aktiviti perladangan tanaman komersial. Perbelanjaan bagi pembangunan perladangan tanaman komersial kekal pada tahap yang tinggi, terutamanya kelapa sawit kerana permintaan yang lebih tinggi dan harga CPO yang kukuh terus menggalakkan perbelanjaan modal oleh syarikat perladangan swasta. Sebahagian besar perbelanjaan itu adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan kapasiti pengisaran serta menyokong aktiviti penanaman semula. Penggunaan awam meningkat 5.9% pada tahun 2005, disebabkan terutamanya oleh perbelanjaan atas bekalan dan perkhidmatan, pertahanan serta emolumen yang terus tinggi. Peningkatan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan terutamanya adalah untuk terus memperbaik jentera pentadbiran dan sistem penyampaian sektor awam. Perbelanjaan terhadap emolumen kekal tinggi dan mencerminkan usaha Kerajaan untuk terus meningkatkan pembangunan sumber manusia demi memperkukuh produktiviti dan daya saing negara. Pelaburan awam meningkat semula untuk mencatat pertumbuhan yang kecil sebanyak 0.4% pada tahun 2005 (2004: -8.7%). Kerajaan Persekutuan terus memberikan tumpuan terhadap projek pembangunan

yang menambah baik sektor ekonomi dan perkhidmatan sosial negara. Yang lebih penting, program ini dilaksanakan berdasarkan penekanan untuk mencapai lebih keseimbangan antara pembangunan kawasan bandar dan luar bandar. Dalam sektor ekonomi, perbelanjaan tertumpu terutamanya pada pemodenan sektor pertanian, menambah baik infrastruktur di kawasan luar bandar, meningkatkan pertumbuhan industri dan menambah baik infrastruktur pengangkutan. Pada masa yang sama, perbelanjaan modal bagi sektor perkhidmatan sosial diperuntukkan terutamanya untuk meningkatkan dan menaikkan taraf perkhidmatan yang perlu, iaitu pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan dan perubatan serta penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat. Sementara itu, perbelanjaan modal oleh PABK bertambah kukuh pada tahun 2005, terutamanya berikutan usaha pengembangan kapasiti dan komitmen untuk meningkatkan kecekapan PABK, seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Pada tahun 2005, pelaburan PETRONAS meningkat disebabkan terutamanya oleh aktiviti penerokaan yang semakin pesat dalam sektor minyak dan gas huluan serta penambahan bilangan kapal bagi memenuhi permintaan yang lebih kukuh bagi LNG dan produk yang berkaitan dengan petroleum. Perbelanjaan modal oleh TM juga lebih tinggi, terutamanya untuk menyediakan infrastruktur baru bagi premis kediaman dan perniagaan serta penyediaan infrastruktur di kawasan baru dengan permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan jalur lebar. Sementara itu, pelaburan Tenaga Nasional Berhad terus tertumpu pada aktiviti penyelenggaraan dan projek penambahbaikan, seperti program penaikan taraf dan penggantian sistem penghantaran dan pengagihan kuasa. Meskipun pertumbuhan penggunaan mapan, tabungan negara kasar terus meningkat 10.9% pada tahun 2005, sejajar dengan pengembangan pendapatan negara kasar nominal. Dalam sektor swasta, sektor isi rumah dan korporat terus menikmati pendapatan boleh guna dan aliran tunai yang lebih baik, hasil perolehan eksport yang lebih tinggi dan pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik pada tahun 2005. Ini membolehkan tabungan sektor swasta terus meningkat 17.9%, walaupun penggunaan swasta kukuh. Tabungan korporat yang lebih tinggi merupakan sumber utama pertambahan ini. Deposit baru yang disimpan oleh sektor perniagaan dengan institusi perbankan adalah lebih tinggi sebanyak RM37 bilion pada tahun 2005, berbanding dengan RM31.6 bilion pada tahun sebelumnya. Sementara itu, tabungan awam terus berkembang sebanyak 2.8% pada tahun 2005, terutamanya disebabkan oleh prestasi teguh PABK utama pada tahun itu. Secara keseluruhan, bahagian tabungan negara kasar kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) kekal tinggi, iaitu 41

Graf 1.28 Tabungan Negara Kasar dan Jurang Tabungan-Pelaburan
RM juta 200,000 180,000 160,000 140,000 120,000 100,000 80,000 60,000 40,000 20,000 0 2000 2001 2002 Jurang Tabungan-Pelaburan 2003 2004 2005
Pembentukan Modal Kasar

Tabungan Negara Kasar

Tabungan Swasta

Tabungan Awam

37.1% (2004: 37.3%). Kadar tabungan yang tinggi ini membolehkan Malaysia terus membiayai pertumbuhan terutamanya daripada sumber dalam negeri. Memandangkan pembentukan modal dalam negeri kasar (termasuk stok) lebih rendah, imbangan tabunganpelaburan mencatat lebihan yang lebih besar, iaitu sebanyak RM77.8 bilion atau 16.4% daripada KNK pada tahun 2005. HARGA DAN GUNA TENAGA Harga Pengguna Pada tahun 2005, inflasi menjadi salah satu isu makroekonomi yang mebimbangkan dalam ekonomi global. Faktor yang menyebabkan perkembangan ini ialah kenaikan harga minyak antarabangsa yang ketara sepanjang tahun. Sebagai sebuah ekonomi terbuka yang kecil, Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena global ini. Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat daripada 1.4% pada tahun 2004 kepada 3% pada tahun 2005. Kenaikan inflasi pada tahun itu berpunca terutamanya daripada faktor berkaitan bekalan berikutan kenaikan harga minyak antarabangsa. Inflasi teras, iaitu inflasi IHP yang tidak termasuk barangan harga mudah ubah dan barangan harga tertadbir, meningkat kepada 2% (1% pada tahun 2004) pada tempoh tersebut. Peningkatan inflasi teras dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, berikutan keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, persekitaran kredit yang kompetitif dan harga komoditi yang tinggi yang menyokong pendapatan dan menggalakkan perbelanjaan pengguna. Semua kategori dalam IHP mencatat kenaikan lebih tinggi pada tahun 2005. Kenaikan harga yang paling menonjol 42

pada tahun itu adalah dalam kategori pengangkutan dan komunikasi dan makanan, iaitu dua kategori yang sensitif kepada turun naik harga komoditi tenaga dan bukan tenaga. Perlu diberi perhatian bahawa walaupun kenaikan harga minyak antarabangsa bertambah pesat pada akhir tahun 2004, tekanan menaik atas inflasi dalam negeri secara relatifnya telah berkurang. Ini disebabkan sebahagiannya oleh penimbal dalam bentuk subsidi bagi harga runcit bahan api serta kawalan atas harga gas dan kadar tarif elektrik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga minyak mentah global yang ketara semakin membebankan kos perbelanjaan mengurus Kerajaan, serta meningkatkan kebimbangan mengenai salah peruntukan sumber dan kos penguatkuasaan. Untuk menangani isu ini, Kerajaan telah memansuhkan sebahagian daripada subsidi minyak, lantas mengehadkan kesan inflasi kepada pengguna. Harga runcit bahan api dalam negeri diselaraskan sebanyak tiga kali pada tahun 2005 (Jadual 1.13), dan menyumbang kira-kira 0.4 mata peratusan kepada kadar inflasi tahun itu. Walaupun terdapat kebimbangan bahawa kenaikan harga minyak dalam negeri akan memberi kesan atas harga barangan yang lain, inflasi yang terhasil daripadanya adalah agak sederhana. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama, produktiviti buruh, yang diukur berdasarkan nilai jualan benar bagi setiap pekerja sektor perkilangan meningkat 10% pada tahun 2005. Ini mengatasi pertumbuhan tahunan sebanyak 0.8% bagi upah benar setiap pekerja sektor perkilangan. Perkembangan ini, ditambah dengan peningkatan persaingan di kalangan pengeluar dan persaingan daripada barangan import, telah sedikit sebanyak mengekang kesan sekunder daripada
Jadual 1.13 Perubahan Harga Barangan dan Perkhidmatan yang Ditadbir pada tahun 2005
Tarikh berkuat kuasa Jan-05 Jan-05 Mac-05 Mei-05 Mei-05 Ogos-05 Sep-05 Sumbangan % kepada inflasi kenaikan pada tahun 2005 (mata peratusan) 14.6%* 10% 6% 6.7%* 7.4% 6.8% 7.1%** 6.50% 0.29 0.04 0.01 0.10 0.24 0.15 0.05 0.88

Item IHP (wajaran: 12%)

Harga ayam Bayaran tol Harga diesel Tambang pengangkutan awam1 Harga runcit petrol dan diesel Harga runcit barangan petrol2 Harga minuman beralkohol & tembakau

Jumlah Sumbangan kepada Inflasi
1

2

* **

Termasuk tambang pengangkutan awam seperti keretapi, kapal (feri), kapal terbang, bas dan teksi. Termasuk harga runcit petrol, diesel dan gas memasak (LPG). Purata kenaikan pada tahun 2005. Purata kenaikan selepas Bajet 2006.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Graf 1.29 Sumbangan kepada inflasi IHP
Pelbagai barang dan perkhidmatan Rekreasi, hiburan dan lain-lain Pengangkutan dan perhubungan Perbelanjaan rawatan perubatan dan kesihatan Perabot, hiasan dalaman dan lain-lain Sewa kasar, bahan api dan kuasa Pakaian dan kasut Minuman dan tembakau Makanan IHP keseluruhan -0.5 0.0 0.5 1.0 1.5 mata peratusan 2.0 2.5 3.0 3.5 2005 2004

harga minyak yang lebih tinggi. Di samping itu, pengembangan kapasiti di kalangan perusahaan perniagaan memainkan peranan dalam meningkatkan bekalan dan mengurangkan kemungkinan tekanan permintaan. Pengawasan aktif dan langkah penguatkuasaan yang diambil oleh agensi Kerajaan yang
Jadual 1.14 Penunjuk Harga
Indeks Harga Pengguna (2000=100) antaranya: Makanan Minuman dan tembakau Pakaian dan kasut Sewa kasar, bahan api dan kuasa Perabot, hiasan dalaman dan peralatan dan pengendalian rumah Perbelanjaan rawatan perubatan dan kesihatan Pengangkutan dan perhubungan Perkhidmatan rekreasi, hiburan, pelajaran dan kebudayaan Pelbagai barang dan perkhidmatan Indeks Harga Pengguna Barang Tahan Lama Barang Semi Tahan Lama Barang Tidak Tahan Lama Perkhidmatan Indeks Harga Pengeluar (1989=100) antaranya: Pengeluaran tempatan Import
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

berkenaan turut memastikan harga barangan dan perkhidmatan perlu yang dikawal adalah telus dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Dalam Pernyataan Dasar Kewangan (MPS) yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2005, Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa kesan kumulatif pelarasan harga sebelum ini dijangka menyebabkan inflasi memuncak pada suku ketiga 2005, dan menjadi sederhana selepas itu. Namun, telah ditekankan bahawa ketidakpastian yang agak ketara mengenai arah harga minyak masih kekal. Oleh itu, dasar monetari akan mengambil kira keperluan untuk memastikan tahap dasar akomodatif monetari diimbangi dengan keperluan untuk memastikan kestabilan harga. Pada suku ketiga tahun itu, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah lebih kukuh dengan tanda-tanda momemtum ini akan berterusan hingga ke suku keempat 2005 dan tahun 2006. Dengan risiko pertumbuhan ekonomi yang perlahan semakin berkurang, imbangan menjurus terhadap risiko inflasi yang meningkat. Sehubungan dengan itu, pada 30 November 2005, Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 30 mata asas kepada 3 peratus. Harga Pengeluar Inflasi harga pengeluar yang diukur berdasarkan perubahan tahunan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) menjadi sederhana kepada 6.8% pada tahun 2005 (8.9% pada tahun 2004). Biarpun harga minyak mentah mencatat kenaikan yang kukuh pada tahun itu, kategori berkaitan komoditi mencatat pertumbuhan tahunan yang lebih perlahan sebanyak 10.8% (15.6% pada 43

Wajaran 2004 2005 Perubahan tahunan (%) 100.0 33.8 3.1 3.4 22.4 1.4 2.2 7.8 -1.8 1.0 3.0 3.6 10.5 -1.0 1.2

5.3 1.8 18.8 5.9 5.5 9.4 5.4 40.2 45.0 100.0 79.3 20.7

0.4 1.4 0.8 -0.1 1.8 0.2 -0.9 2.4 1.0 8.9 10.3 2.0

2.0 1.6 4.4 0.5 2.4 0.4 -0.1 5.0 2.1 6.8 7.9 1.5

tahun 2004). Keadaan ini disebabkan terutamanya oleh konsolidasi harga minyak sawit mentah dan getah pada separuh tahun pertama. Tanpa mengambil kira kategori berkaitan komoditi, harga pengeluar meningkat sedikit, iaitu sebanyak 2.2% (2% pada tahun 2004). Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh harga yang lebih tinggi bagi makanan dan binatang hidup; dan jentera dan kelengkapan pengangkutan. Sementara itu, pertumbuhan tahunan IHPR bagi barangan import menjadi sederhana kepada 1.5% (2% pada tahun 2004), sebahagiannya akibat peningkatan persaingan global, bertambahnya bekalan dari negara yang kos pengeluarannya rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dengan mata wang rakan dagangan Malaysia sepanjang tahun itu. Perkembangan Pasaran Pekerja Pasaran pekerja dalam negeri terus teguh dan stabil pada tahun 2005. Kadar pengangguran kekal pada paras 3.5% disebabkan jumlah guna tenaga dan tenaga pekerja meningkat masing-masing sebanyak 4.1% kepada 10.9 juta dan 11.3 juta. Jumlah pemberhentian pekerja menurun 19%, mencerminkan pemulihan aktiviti ekonomi pada separuh tahun kedua berikutan pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku kedua dan kefleksibelan yang diberikan kepada majikan untuk mengambil langkah alternatif seperti pemberhentian pekerja untuk sementara dan melaksanakan kaedah pemotongan gaji. Pada tahun 2005, bilangan jawatan kosong bertambah ke tahap tertinggi yang pernah dicapai, iaitu sebanyak 304,500 jawatan (catatan tertinggi sebelum ini, 2002: 162,787 jawatan). Namun begitu, bilangan pencari kerja yang belum ditempatkan juga tinggi, walaupun situasi tersebut bertambah baik menjelang akhir tahun 2005. Sementara itu, jumlah pencari kerja yang telah ditempatkan semakin tinggi, mencerminkan kecekapan yang meningkat dalam proses memadankan pekerja dengan jawatan.
Jadual 1.15 Penunjuk Pasaran Pekerja
2001 Tenaga pekerja (‘000) (perubahan tahunan dalam %) Guna tenaga (‘000) (perubahan tahunan dalam %) Kadar pengangguran (% daripada tenaga pekerja) Produktiviti pekerja (KDNK/Guna tenaga) (perubahan tahunan dalam %) Upah benar bagi seorang pekerja dalam sektor perkilangan (perubahan tahunan dalam %) a Anggaran Sumber: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia Bank Negara Malaysia

Graf 1.30 Pemberhentian Pekerja mengikut Sektor Ekonomi
Bilangan Pekerja 30,000 25,000 20,000 15,000 10,000 5,000 0

2002

2003

2004

2005

Jumlah pemberhentian pekerja Pemberhentian dalam sektor perkilangan Pemberhentian dalam sektor perkhidmatan Pemberhentian dalam sektor pertanian dan perlombongan Pemberhentian dalam sektor pembinaan Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Keadaan pasaran pekerja terus teguh berikutan pertambahan jawatan kosong manakala pemberhentian pekerja menurun.
Pada tahun 2005, pemberhentian pekerja yang lebih rendah dicatat berikutan peningkatan aktiviti ekonomi pada separuh tahun kedua. Jumlah pemberhentian pekerja berkurang 19% kepada 16,109 orang (2004: 19,956 orang), dengan sebahagian besar berlaku dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan tertentu,

2002 10,064.3 3.5 9,709.0 3.5 3.5 0.8 3.2

2003 10,426.4 3.6 10,047.2 3.5 3.6 1.9 2.9

2004 10,846.0 4.0 10,463.7 4.1 3.5 2.9 1.9

2005a 11,290.5 4.1 10,894.8 4.1 3.5 1.1 0.8

9,724.2 1.6 9,378.8 1.1 3.6 -0.8 1.7

44

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Graf 1.31 Sebab-sebab Pemberhentian Pekerja
Bilangan Pekerja 6,000 5,000 4,000 3,000 2,000 1,000 0 1 2 3 4 2004 2005

5

6

7

8

1 Kos pengeluaran tinggi 2 Kemerosotan permintaan terhadap keluaran 3 Penjualan syarikat 4 Penyusunan semula organisasi dan automasi 5 Penempatan semula syarikat ke negara asing 6 Penempatan semula syarikat dalam negara 7 Penutupan syarikat 8 Lain-lain Sumber: Kementerian Sumber Manusia

Manusia meningkat kepada 72,573 orang pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, data ini tidak boleh dibandingkan dengan data tahun sebelumnya kerana mulai bulan Mei, tempoh pendaftaran bagi pencari kerja dianggap aktif mencari kerja telah dilanjutkan daripada tiga bulan kepada enam bulan. Berdasarkan definisi baru ini, bilangan pencari kerja yang aktif yang masih belum mendapat kerja pada akhir tahun 2005, berkurang daripada bulan Mei 2005 (78,546 orang) dan daripada tahap tertinggi yang dicatat pada bulan Ogos, iaitu seramai 104,714 orang. Penempatan pekerja juga meningkat daripada 6,192 orang pada tahun 2004 kepada 17,459 orang pada tahun 2005, mencerminkan sebahagiannya proses memadankan pekerja dengan jawatan yang bertambah baik, serta kejayaan inisiatif Kerajaan untuk menambah peluang mendapatkan pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja melalui program latihan semula kemahiran dan pesta kerjaya yang diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan yang sedia ada. Sebahagian besar penempatan pekerja yang berjaya terus dicatat oleh sektor perkilangan (38%) dan sektor perkhidmatan (30%). Keluk Beveridge yang menjejaki corak pengangguran dan kekosongan jawatan dalam pasaran pekerja, bergerak hampir menegak ke atas pada tahun 2005, mencerminkan hakikat bahawa meskipun terdapat kekosongan jawatan yang lebih tinggi, kadar pengangguran tidak berkurang. Ini mungkin bermakna bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan keberkesanan proses memadankan pekerja dengan jawatan. Biarpun usaha dibuat oleh Kerajaan untuk menghebahkan Program Bursa Buruh Elektronik (ELX) yang dilaksanakan sejak tahun 2002, ramai pencari kerja (yang bekerja dan yang menganggur) masih tidak mengetahui tentang kewujudan kemudahan ini. ELX

khususnya, perdagangan borong dan runcit. Kebanyakan pekerja yang diberhentikan ialah pekerja berkaitan pengeluaran (53%) serta pekerja berjawatan profesional dan teknikal (17%), di samping pekerja jualan dan perkhidmatan (11%). Kos pengeluaran yang tinggi serta pengurangan permintaan terhadap produk dan jualan syarikat adalah antara sebab utama pemberhentian pekerja yang berlaku pada tahun 2005. Lebih banyak kerja tersedia pada tahun 2005, terutamanya pada separuh tahun kedua. Jumlah jawatan kosong yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Manusia di Kementerian Sumber Manusia melonjak kepada 304,500 jawatan (2004: 49,975) disebabkan sebahagiannya oleh peraturan baru yang mewajibkan majikan melaporkan jawatan kosong dalam Bursa Buruh Elektronik sebelum mereka boleh memohon untuk menggunakan pekerja asing. Bilangan jawatan kosong yang lebih tinggi berbanding dengan tahun lepas dicatat di kesemua sektor utama, terutamanya dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, pembinaan dan perkilangan. Dari segi jumlah jawatan yang sedia ada, sektor perkilangan terus menjana bilangan kekosongan yang paling tinggi, mencakupi 37% daripada jumlah kekosongan jawatan, diikuti oleh sektor perkhidmatan (21%). Sebahagian besar kekosongan adalah untuk pekerjaan asas, operator loji dan mesin serta pemasang, dan juga untuk jawatan perkeranian, pengurus dan profesional. Sementara itu, bilangan pencari kerja yang belum ditempatkan yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga

Graf 1.32 Keluk Beveridge untuk Malaysia (1998-2005)
Kadar kekosongan (%) 3.0 2.5 2.0 1.5 1.0 0.5 0.0 3.0 1999 1998 3.1 3.2 3.3 3.4 2004 3.5 3.6 3.7 3.8 Kadar pengangguran (%) 2002 2000 2001 2003 2005

Sumber: Unit Perancang Ekonomi Kementerian Sumber Manusia Bank Negara Malaysia

45

menyediakan perkhidmatan percuma kepada semua pencari kerja daripada lepasan sekolah hingga ke graduan, dan membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan. Untuk meningkatkan kesedaran pencari kerja mengenai ELX, Kementerian Sumber Manusia merancang untuk membina gerai ELX di pusat-pusat membeli belah tertentu dan menyediakan dua unit bergerak yang dilengkapi dengan komputer dan akses kepada Internet untuk menjelajah ke seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar, untuk mendaftar pencari kerja dan menyediakan bimbingan kerjaya kepada mereka. Sementara itu, sistem pengemasan pekerjaan dalam ELX juga membantu majikan mencari bakal pekerja. Pada tahun 2005, 17,625 majikan menggunakan ELX untuk mengiklankan sejumlah 304,500 jawatan kosong (2004: 5,553 majikan dan 49,975 jawatan). Meskipun padanan yang berjaya dibuat melalui Bursa ini bertambah kepada 308,291 jawatan pada tahun 2005 (2004: 37,295 jawatan), hanya 17,459 orang diambil bekerja (2004: 6,192 orang). Ini mungkin disebabkan oleh kecenderungan majikan yang bersikap memilih dalam memenuhi kekosongan jawatan, seperti yang dicerminkan oleh keanjalan Keluk yang lebih rendah, dan juga kerana bilangan penempatan pekerja mungkin kurang dilaporkan kerana majikan dan pencari kerja tidak wajib melaporkan penempatan jawatan kosong yang berjaya. Secara keseluruhan, kebanyakan sektor ekonomi utama mencatat guna tenaga yang lebih tinggi pada tahun 2005, kecuali sektor pertanian dan pembinaan. Sektor perkhidmatan yang mengambil lebih sedikit daripada 50% daripada jumlah pekerja terus menjadi majikan terbesar, khususnya subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran (18%) dan perkhidmatan kerajaan (10%), diikuti oleh sektor perkilangan (29%) dan pertanian, perhutanan dan perikanan (13%).

Pada tahun 2005, kadar upah nominal adalah lebih tinggi berikutan lebih ramai majikan mengaitkan kenaikan gaji tahunan dan bonus pekerja mereka dengan prestasi atau produktiviti. Kadar upah juga meningkat disebabkan sebahagiannya oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik, di samping mencerminkan kos kehidupan yang semakin meningkat. • Kaji Selidik Gaji dan Kemudahan Tambahan yang dikendalikan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam gaji sektor swasta purata sebanyak 5.8% pada tahun 2005 (2004: 5.6%), dengan kedua-dua kategori pekerja, iaitu eksekutif (5.9%) dan bukan eksekutif (5.7%), menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi. Dari segi sektor, purata kenaikan gaji dalam sektor bukan perkilangan (5.9%) terus mengatasi kenaikan gaji dalam sektor perkilangan (5.7%) (2004: masing-masing 6.1% dan 5%). Gaji bulanan minimum purata yang ditawarkan kepada pemegang ijazah asas tanpa memerlukan pengalaman bekerja adalah tinggi sedikit pada paras RM1,707 (2004: RM1,666). Hasil daripada Kaji Selidik Gaji, Faedah dan Keadaan Guna Tenaga dalam Sektor Perkilangan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia juga menunjukkan kenaikan gaji yang lebih tinggi pada tahun 2005. Purata kenaikan gaji yang diberi kepada pekerja ialah 6.3% (2004: 5.6%). Sementara itu, gaji asas purata yang ditawarkan kepada pemegang ijazah yang belum pernah bekerja ialah RM1, 917 (2004: RM1, 799).



Produktiviti ialah ukuran kecekapan input ditukar menjadi output dalam proses pengeluaran. Pertumbuhan

Graf 1.33 Keluaran dan Guna Tenaga
Perubahan tahunan dalam (%) 8 7 6 5 4 3 2 1 0 2001 2002 Jumlah guna tenaga KDNK benar Sumber: Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia 2003 2004 2005 % daripada tenaga pekerja 4.0 3.8 3.6 3.4 3.2 3.0

Graf 1.34 Guna Tenaga mengikut Sektor
Perkhidmatan

Perkilangan Pertanian dan perlombongan Pembinaan

0
Jumlah tenaga pekerja Kadar pengangguran (skala kanan)

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

6,000

(Bilangan orang, '000) 2003 Sumber: Unit Perancang Ekonomi 2004 2005

46

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

produktiviti faktor menyeluruh menggambarkan peningkatan produktiviti, hasil pembaikan dalam penggunaan input faktor yang disebabkan oleh kemajuan teknologi dan peningkatan kecekapan secara menyeluruh. Anggaran yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini menunjukkan bahawa produktiviti faktor menyeluruh telah meningkat pada tahun 2005, dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 3% (2004: 2.7%), mencerminkan penggunaan sumber dan teknologi yang lebih cekap. Pada masa yang sama, data daripada Kaji Selidik Bulanan Industri Perkilangan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa produktiviti pekerja, seperti yang diukur oleh nilai jualan benar bagi setiap pekerja, meningkat 10%, melebihi pertumbuhan kadar upah benar setiap pekerja sebanyak 0.8%. Hampir kesemua industri perkilangan seperti petroleum dan bahan kimia, logam asas, E&E, tekstil, pengangkutan dan luar estet mencatat pertumbuhan produktiviti pekerja yang lebih tinggi berbanding dengan kadar upah. Sementara itu, pertumbuhan produktiviti benar pekerja bagi ekonomi keseluruhannya, sebagaimana yang diukur KDNK benar setiap pekerja, meningkat 1.1% pada tahun 2005. Bagi menambah kefleksibelan dalam pasaran pekerja untuk meningkatkan daya saing, Kerajaan telah mengesyorkan penggunaan sistem kadar upah berkait produktiviti (PLWS). Dengan pelaksanaan PLWS, syarikat boleh menyediakan sistem upah yang fleksibel dan berdaya saing untuk membolehkan mereka bertindak balas dengan pantas dan berkesan terhadap perubahan keadaan perniagaan. Ini boleh membawa kepada

perolehan produktiviti yang lebih tinggi, kos yang lebih rendah dan peningkatan dalam daya saing. Di samping itu, PLWS juga akan menyediakan insentif yang jelas kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka. Bagi pihak pekerja, pekerja yang berprestasi unggul akan meraih lebih banyak faedah. Komponen PLWS termasuk bonus tidak berkontrak, bonus berasaskan keuntungan, dan kenaikan gaji berdasarkan merit atau prestasi. Data industri menunjukkan bahawa lebih banyak syarikat menerapkan PLWS. Menurut Kaji Selidik MEF 2005, hampir 80% responden syarikat mengaitkan gaji dengan prestasi bagi eksekutif, dan 74% bagi bukan eksekutif. Begitu juga dengan data sedia ada terkini daripada Perbadanan Produktiviti Nasional yang menunjukkan bahawa daripada 322 perjanjian kolektif (CA) yang ditandatangani pada tahun 2004, sejumlah 201 atau 62% mengandungi komponen PLWS (2003: 45% daripada 367 perjanjian kolektif). Dalam sektor pertanian, kesemua lapan CA mengandungi komponen PLWS, berbanding dengan 83 (77%) dalam sektor perkhidmatan, dan 110 (53%) dalam sektor perkilangan. Sungguhpun Kerajaan sentiasa menggalakkan majikan supaya mengambil pekerja tempatan dan mengguna pakai peranti yang menjimatkan penggunaan tenaga pekerja, seperti meningkatkan penjenteraan dan automasi, untuk mencapai kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi, pekerja asing masih memainkan peranan penting dalam menampung kekurangan tenaga pekerja dalam sektor ekonomi yang tertentu. Dengan itu, pada tahun 2005, Kerajaan membenarkan pekerja asing yang berdaftar, bertukar majikan dalam sektor ekonomi yang sama apabila kontrak mereka telah tamat dengan majikan asal, dengan syarat permit kerja mereka masih sah. Di samping itu, untuk memastikan sistem pengambilan pekerja asing yang lebih efisien, Kerajaan menubuhkan Pusat Kelulusan Setempat bagi mempercepat proses permohonan pekerja asing, menghapuskan penggunaan orang tengah atau ejen dan mengurangkan birokrasi dalam sektor Kerajaan. Pusat ini akan memproses permohonan dalam tempoh 24 jam, lantas mempercepat proses pentadbiran dengan ketara. Pusat ini mula beroperasi pada bulan Ogos 2005 dan menempatkan pegawai daripada agensi kerajaan yang berkaitan, termasuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Kementerian Sumber Manusia. Perubahan utama dalam proses pengambilan pekerja asing adalah seperti yang berikut: • Sistem levi baru bagi pekerja asing, dengan kadar yang berbeza mengikut lokasi (Semenanjung Malaysia atau Malaysia Timur) dan aktiviti sektor 47

Graf 1.35 Sektor Perkilangan: Pengeluaran and Produktiviti
Perubahan tahunan (%) 20 15 10 5 0 2001 -5 -10 Nilai ditambah pada harga malar Nilai jualan benar bagi setiap pekerja Upah benar bagi setiap pekerja 2002 2003 2004 2005

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia Bank Negara Malaysia









ekonomi. Misalnya, pekerja asing yang diambil bekerja dalam sektor perkhidmatan di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada levi yang lebih tinggi daripada pekerja asing yang bekerja di Sabah dan Sarawak. Kenaikan levi bagi setiap pekerja asing yang bekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, masingmasing kepada RM540 dan RM1,800 setahun (dahulu: masing-masing RM360 dan RM1,200 ). Levi untuk mengambil lebih daripada seorang pembantu rumah juga dinaikkan kepada RM540 seorang (dahulu: RM360). Untuk memastikan supaya majikan mengambil hanya bilangan pekerja yang diperlukan, majikan dikehendaki membayar levi berdasarkan bilangan pekerja asing yang diluluskan di Pusat berkenaan. Majikan dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Tenaga Manusia sebelum memohon untuk mengambil pekerja asing. Majikan juga perlu mengiklankan jawatan kosong dalam Sistem Pengemasan Pekerjaan untuk memberi keutamaan kepada pencari kerja tempatan dalam memohon jawatan ini. Jika jawatan ini masih tidak dipenuhi, maka syarikat tersebut dibenarkan mengambil pekerja asing. Majikan perlu menghadiri temu duga di Pusat tersebut. Ini bertujuan untuk menghapuskan penggunaan orang tengah dan membanteras potensi berlakunya penipuan.

berusaha untuk mengesahkan mereka. Oleh itu, pada 1 Mac, Kerajaan mengerahkan operasi sepenuhnya yang dipanggil Ops Tegas yang melibatkan penguatkuasaan yang lebih ketat. Dalam tempoh 1 Mac hingga 31 Disember, 11,916 lagi pendatang tanpa izin diberkas. Walaupun Program Pengampunan dirancang untuk membolehkan pekerja asing kembali secara sah ke Malaysia dengan segera, kelewatan telah berlaku akibat beberapa kelemahan pentadbiran di negara sumber utama, iaitu Indonesia. Pada bulan Mac, kelewatan pekerja asing untuk kembali ke Malaysia telah menyebabkan kekurangan tenaga pekerja untuk sementara waktu dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan. Oleh itu, pengambilan pekerja asing baru yang dibekukan selama dua bulan ditarik balik oleh Kerajaan pada bulan April, dan Kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing pada beberapa negara lain seperti Vietnam, Pakistan, India, Nepal dan Myanmar untuk bekerja di Malaysia. Pada akhir tahun 2005, jumlah pekerja asing yang berdaftar di Malaysia ialah 1,815,238 orang, iaitu merupakan peningkatan sebanyak 23.5% daripada tahun sebelumnya (2004: 1,470,090 orang). Peningkatan dalam bilangan yang besar ini mencerminkan sebahagiannya pengambilan pekerja baru, di samping kejayaan yang dicapai melalui Program Pengampunan yang dilancarkan oleh Kerajaan, dengan sejumlah pekerja asing tanpa izin telah kembali ke Malaysia sebagai pekerja asing yang berdaftar. Dari segi jumlah, pekerja asing mencakupi hampir 16.7% daripada jumlah guna tenaga dan mereka diambil bekerja terutamanya dalam sektor perkilangan (32%), perladangan (24%) dan pembinaan (16%), serta sebagai pembantu rumah (18%). Dari segi kewarganegaraan, pekerja Indonesia merupakan kumpulan terbesar, mencakupi 67%, diikuti oleh warga Nepal (11%) dan warga India (7%). Pada tahun 2005, Kerajaan meningkatkan usaha untuk menangani isu peningkatan bilangan graduan menganggur. Menurut hasil kaji selidik yang dikendalikan selama seminggu oleh Unit Perancang Ekonomi pada bulan September, hampir 60,000 graduan tidak mempunyai pekerjaan, dengan kebanyakannya menganggur selama lebih dari setahun. Antara sebab utama yang diberikan ialah ketiadaan pengalaman, lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan kekurangan kemahiran berkomunikasi, di samping memiliki ijazah universiti yang tidak relevan dengan keperluan pasaran. Bilangan graduan menganggur yang besar telah menimbulkan kebimbangan, kerana ini akan menjejaskan matlamat negara untuk menjadi ekonomi berasaskan ilmu. Oleh itu, pada tahun 2005, Kerajaan

Sementara itu, mulai 1 Februari 2006, Kerajaan juga mensyaratkan semua pekerja asing bukan profesional (kecuali rakyat Indonesia) menghadiri kursus induksi mengenai kemahiran berkomunikasi, budaya dan undangundang Malaysia. Kursus ini dikendalikan di pusat-pusat di negara sumber dengan kerjasama pusat latihan yang diluluskan oleh MLVK di Malaysia. Pekerja asing yang menyempurnakan kursus ini akan diberi Sijil Kelayakan, yang menjadi prasyarat untuk mendapatkan visa pekerjaan di Malaysia. Pada tahun 2005, Kerajaan mengambil langkah mengurangkan bilangan pekerja asing tanpa izin untuk meningkatkan keselamatan penduduk tempatan. Program Pengampunan yang dilancarkan pada 29 Oktober 2004 telah dilanjutkan sehingga akhir bulan Februari 2005. Jumlah pekerja tanpa izin yang meninggalkan Malaysia pada dua bulan pertama tahun 2005 ialah 89,510 orang (Oktober - Disember 2004: 309,248 orang), dengan pendatang dari Indonesia (84%) merupakan jumlah yang teramai, diikuti oleh warga India (5%) dan Bangladesh (3%). Walau bagaimanapun, masih terdapat sejumlah kecil pekerja pendatang tanpa izin yang memilih untuk kekal di Malaysia meskipun Kerajaan 48

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

terus memberi tumpuan kepada latihan dan memulakan beberapa program untuk menangani isu ketidakpadanan kemahiran antara graduan yang menganggur dengan keperluan pasaran. Status sesetengah program dan skim latihan adalah seperti yang berikut: • Skim Latihan Graduan III: Dilancarkan pada bulan Ogos 2005. Skim ini bermatlamat untuk melengkapkan graduan tempatan yang menganggur sejak tahun 2003, dengan kemahiran khusus, seperti penerbitan laman web dan pembangunan aplikasi web, pelancongan (pemandu pelancong) dan pengurusan acara, ICT dan Bahasa Inggeris. Sejumlah 11 kursus ditawarkan, setiap satu berlangsung selama dua bulan setengah hingga lima bulan. Lebih kurang RM100 juta diperuntukkan bagi Skim ini, dengan sasaran untuk melatih 15,500 graduan yang menganggur. Pada tahun 2005, sebanyak 7,992 graduan yang menganggur mendaftar dalam program ini, terutamanya dalam kursus Bahasa Inggeris, diikuti kursus pembangunan eksekutif dan kursus berasaskan web. • Program Peningkatan Kemahiran Siswazah: Program ini mensasarkan graduan dalam bidang kejuruteraan dan bidang teknikal terpilih yang tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja. Matlamat Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para graduan dalam bidang teknikal yang berkaitan, seperti operasi dan penyelenggaraan loji pembuatan dalam industri automotif, reka bentuk cip separa konduktor, dan pengurusan rantaian bekalan. Kursus ini adalah pada tahap Sijil, dan dikendalikan oleh pusat pembangunan kemahiran di samping penyertaan beberapa kolej dan universiti tertentu. Pada akhir tahun 2005, sejumlah 2,370 siswazah telah menyertai kursus ini. Program Perantisan Graduan: Program ini dimulakan pada tahun 2005 dan dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Sejumlah 79 kursus berkaitan kemahiran ditawarkan di pelbagai universiti awam, dengan perantisan di syarikat swasta tertentu. Sehingga pertengahan bulan September, sejumlah 9,225 graduan mendapat faedah daripada program ini. Skim Latihan Dual Nasional: Matlamat yang ingin dijangkau oleh program ini ialah penghasilan pekerja berpengetahuan yang memenuhi keperluan industri. Program latihan dua tahun ini, hampir sama dengan yang dilaksanakan di negara Eropah dan mengandungi dua komponen – 20-30% latihan berbentuk teori, dikendalikan di institut latihan Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan (MLVK) tertentu; dan selebihnya dalam bentuk latihan amali di pelbagai syarikat, termasuk yang berkait dengan Kerajaan serta firma multinasional. Skim ini dilancarkan pada bulan Julai 2005 dan peserta akan dilatih dalam empat bidang khusus, iaitu mekatronik automotif, pengendalian loji dalam industri petrokimia, minyak dan gas; pengautomasian proses dalam industri elektronik perindustrian; serta pembuatan alat (acuan dan pewarna). Pengambilan pertama memanfaatkan 71 peserta lepasan sekolah, graduan universiti dan pekerja. Setelah menyempurnakan program latihan selama 2 tahun ini, syarikat yang mengambil bahagian boleh memilih sama ada untuk menyerap pelatih ini ke dalam tenaga kerjanya atau tidak. • Skim Sangkutan dan Latihan: Diperkenalkan pada tahun 2001, Skim ini cuba memberikan pengalaman bekerja kepada graduan lepasan diploma dan ijazah, dengan itu meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan. Para pelatih ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan dan didedahkan kepada ICT, Bahasa Inggeris dan kursus statistik atau metodologi penyelidikan. Pada akhir tahun 2005, tujuh daripada lapan program di bawah skim ini disempurnakan dan telah memberi manfaat kepada 38,210 graduan.





Kos bagi program latihan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dan untuk menarik lebih ramai peserta, pelatih diberi elaun bulanan sebanyak RM350. Memandangkan kos kehidupan yang meningkat, elaun pelatih telah dinaikkan kepada RM500 sebulan pada bulan Oktober. Untuk menggalakkan lagi sektor swasta supaya memberi peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur, Bajet Tahun 2006 mencadangkan potongan berganda diberikan atas elaun yang dibayar oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia kepada peserta program Latihan Graduan yang Menganggur. Insentif ini boleh dinikmati selama tiga tahun dan dijangka memanfaatkan 1,000 orang graduan menganggur. Kerajaan juga meluluskan tambahan sebanyak RM100 juta untuk melatih graduan menganggur. Sementara itu, Pusat Latihan Kemahiran di peringkat negeri akan menambah pengambilan bilangan pelajar dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian. Bagi graduan menganggur yang berminat untuk menyertai aktiviti ekonomi, Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan ‘Skim Usahawan Muda’ yang memberi tumpuan pada ICT, pelancongan, produk halal, dan pemprosesan dan pembungkusan makanan. Di samping itu, Program Graduan PROSPER berusaha untuk menggalakkan 49

SEKTOR LUAR NEGERI Graf 1.36 KWPSM: Bilangan Tempat Latihan yang Diluluskan
Bilangan tempat latihan 600,000 500,000 400,000 300,000 200,000 100,000 0 1993 1995 1997 1999 2001 2003 2005

Sumber: Pembangunan Sumber Manusia Berhad

graduan menjadi usahawan. Kumpulan pertama seramai 200 graduan dijangka mendapat faedah daripada program ini pada tahun 2006, setiap seorang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM50,000 untuk membantu mereka memulakan perniagaan. Pada tahun 1993, Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) ditubuhkan dengan geran yang sepadan daripada Kerajaan bagi menggalakkan majikan sektor swasta dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. HRDF beroperasi berasaskan sistem levi, iaitu majikan yang telah membayar levi layak mendapat geran latihan daripada dana ini untuk membiayai atau mensubsidi kos latihan untuk pekerja warga Malaysia. Kadar bantuan kewangan ialah 100% daripada kos yang dibenarkan, yang ditanggung bagi latihan di Malaysia dan hingga 50% bagi kos yang ditanggung bagi latihan yang diadakan di luar negeri, tertakluk kepada kesediaan levi dalam akaun majikan dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), iaitu pihak yang mentadbir Dana ini. Pada tahun 2005, PSMB meluluskan 535,266 tempat latihan, dengan bantuan kewangan sebanyak RM228.7 juta. Antara lain, PSMB menawarkan latihan bagi pekerja yang telah diberhentikan kerja dan yang menganggur di samping mengendalikan program perantisan bagi lepasan sekolah di peringkat SPM. Memandangkan sektor perkhidmatan semakin penting dari segi sumbangannya kepada ekonomi dan keperluannya terhadap pekerja yang berpengetahuan, skop Akta PSMB 2001 diperluas bagi merangkumi lebih banyak industri perkhidmatan seperti perkhidmatan pelabuhan; perkhidmatan gudang; R&D; khidmat sokongan dan penyelenggaraan kejuruteraan; pasar raya besar, pasar raya dan gedung serbaneka; perkhidmatan keselamatan; hospital swasta; dan jualan langsung. Dengan kemasukan ini, majikan dalam industri tersebut perlu menyumbang kepada levi pembangunan bagi tujuan latihan, latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja agar sejajar dengan keperluan perniagaan dan strategi ekonomi negara. 50

Imbangan pembayaran Imbangan pembayaran keseluruhan kekal kukuh dan mencatat lebihan pada tahun 2005. Lebihan akaun semasa yang lebih besar disebabkan terutamanya oleh lebihan barangan yang lebih kukuh, mencerminkan pengembangan mapan eksport komoditi dan pertumbuhan berterusan eksport perkilangan. Sementara itu, akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih disebabkan terutamanya oleh aliran keluar kedudukan portfolio pada suku keempat dan pembayaran balik pinjaman luar negeri yang lebih tinggi oleh sektor awam. Komponen kesilapan dan ketinggalan, termasuk pengurangan nilai berikutan penilaian semula rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia disebabkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama, ialah sebanyak RM23 bilion. Pengurangan pegangan rizab disebabkan penilaian semula berikutan penambahan nilai ringgit berbanding dengan mata wang utama berjumlah RM15.5 bilion. Selepas mengambil kira komponen kesilapan dan ketinggalan, imbangan pembayaran keseluruhan mencatat lebihan sebanyak RM12.8 bilion. Hasilnya, rizab antarabangsa bersih Bank Negara Malaysia meningkat RM12.8 bilion kepada RM266.3 bilion (USD70.5 bilion) pada 31 Disember 2005. Rizab meningkat lagi kepada RM272.7 bilion atau bersamaan USD72.2 bilion pada 28 Februari 2006. Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai import tertangguh selama 7.6 bulan dan menampung 6.7 kali hutang luar negeri jangka pendek. Rizab Malaysia kekal boleh diguna dan tiada halangan untuk menggunakannya. Akaun Semasa Pada tahun 2005, akaun semasa terus mencatat lebihan yang besar iaitu RM77.8 bilion, bersamaan 16.4% daripada KNK (2004: RM56.5 bilion atau 13.3% daripada KNK) disebabkan oleh lebihan akaun perdagangan yang meningkat dan sebahagiannya oleh akaun pendapatan yang bertambah baik. Pertumbuhan eksport disokong oleh pengembangan eksport barangan perkilangan dan harga eksport komoditi yang lebih tinggi. Aliran keluar yang lebih besar dalam akaun perkhidmatan lain dan pembayaran yang lebih tinggi untuk perjalanan ke luar negeri menyebabkan defisit lebih besar dalam akaun perkhidmatan. Akaun pendapatan pula bertambah baik pada tahun 2005 disebabkan terutamanya oleh pertambahan pendapatan daripada rizab yang lebih besar dan keuntungan dan dividen terakru yang mapan bagi syarikat Malaysia yang

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Graf 1.37a Akaun Semasa
RM bilion 600 500 400 300 200 100 0 -100 2003 Eksport barangan Imbangan perkhidmatan dan pendapatan a Anggaran 2004 2005a Import barangan Imbangan akaun semasa (skala kanan) RM bilion 80 70 60 50 40 30 20 10 0

Lebihan akaun semasa yang lebih besar disebabkan terutamanya oleh lebihan perdagangan yang kukuh, didorong oleh eksport perkilangan dan komoditi yang terus meningkat, dan akaun pendapatan yang bertambah baik. melabur di luar negeri. Akaun pindahan semasa mencatat aliran keluar yang lebih besar ekoran kiriman wang sekali sahaja oleh pekerja asing tanpa izin di bawah Program Pengampunan pada dua bulan pertama tahun 2005. Walaupun kitaran separa konduktor global pada separuh tahun pertama menurun, eksport kasar berkembang pada kadar dua angka sebanyak 11% pada tahun 2005 (2004: 20.8%). Pertumbuhan itu disebabkan oleh prestasi kukuh sektor komoditi, terutamanya eksport mineral (27.1%) yang disokong oleh harga tenaga yang lebih tinggi. Perolehan daripada eksport perkilangan juga secara relatif kekal kukuh pada tahun 2005, meningkat lebih 10%, sementara eksport pertanian meningkat pada kadar sederhana sebanyak 3.4%. Peningkatan eksport secara keseluruhan dicerminkan oleh jumlah yang lebih tinggi (8%) dan juga harga (3.2%). Perolehan daripada barangan perkilangan naik 10.1% pada tahun 2005 (2004: 19.7%). Pertumbuhan dalam eksport barangan E&E adalah sederhana sebanyak 10% (2004: 15.3%) akibat kelembapan kitaran separa konduktor global. Eksport separa konduktor dan keluaran elektrik yang lembap telah diimbangi sebahagiannya oleh kekukuhan berterusan dalam penghantaran komputer dan alat ganti. Eksport produk kimia berkembang pada kadar lebih perlahan, iaitu 7% pada tahun 2005 (2004: 31%) disebabkan terutamanya oleh kelembapan dalam eksport keluaran kimia organik, terutamanya permintaan untuk oleokimia dari Republik Rakyat China (RR China). Walau bagaimanapun, permintaan luar negeri untuk keluaran plastik terus kukuh pada tahun 2005. Dua destinasi utama eksport keluaran plastik buatan Malaysia ialah Eropah dan Jepun. Antara industri berasaskan sumber, eksport keluaran getah terus berkembang pada kadar dua angka pada tahun 2005, didorong sebahagian besarnya oleh permintaan global yang kukuh untuk sarung tangan getah. Sementara itu, eksport keluaran berasaskan sumber yang lain seperti keluaran petroleum, makanan, minuman dan tembakau terus berkembang pada tahun 2005. 51

Graf 1.37b Akaun Modal dan Kewangan
RM bilion 40 30 20 10 0 -10 -20 -30 -40 -50

2003 Pelaburan langsung Pelaburan lain - sektor awam

2004

2005a Pelaburan portfolio Pelaburan lain - sektor swasta

Imbangan akaun modal dan kewangan a Anggaran

Graf 1.37c Rizab Antarabangsa Bersih
RM bilion 300
250 200 150 100 50 0 -50 2003 2004 2005

Rizab antarabangsa bersih Imbangan akaun modal dan kewangan Imbangan akaun semasa

Jadual 1.16 Imbangan Pembayaran
Butiran 2004 + Bersih RM juta Barangan Akaun perdagangan Perkhidmatan Imbangan barangan dan perkhidmatan Pendapatan Pindahan semasa Imbangan akaun semasa % daripada KNK Akaun modal Akaun kewangan Pelaburan langsung Pelaburan portfolio Pelaburan lain Imbangan akaun modal dan kewangan Kesilapan dan ketinggalan antaranya: Penambahan (+) atau pengurangan (-) nilai rizab hasil daripada penilaian semula pertukaran asing Imbangan keseluruhan Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia, bersih Nilai dalam USD juta
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan. a Anggaran Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

2005a + Bersih

481,240 480,740 63,717 544,958 16,023 1,700 562,681

376,766 400,077 72,496 449,264 40,572 16,333 506,169

104,474 80,663 -8,780 95,694 -24,549 -14,633 56,511 13.3 – 15,083 9,739 33,829 -28,485 15,083 11,467

536,931 533,788 72,202 609,133 20,469 1,131 630,734

410,476 434,010 82,452 492,928 41,937 18,094 552,960

126,455 99,778 -10,249 116,205 -21,470 -16,963 77,772 16.4 – -41,952 2,711 -11,881 -32,782 -41,952 -23,000

7,997 83,061 253,513 66,714

-15,496 12,820 266,334 70,483

Sementara itu, pertumbuhan keluaran logam merosot 6.3%, setelah mengalami perkembangan kukuh pada tahun 2004 (43.6%). Kemerosotan ini disebabkan oleh penawaran keluli yang berlebihan berikutan pengembangan kapasiti yang besar di kalangan pengilang keluli di RR China yang mengakibatkan harga jatuh. Secara keseluruhan, kenaikan jumlah (8.8%) dan harga (1.2%) menghasilkan perolehan eksport sektor perkilangan yang lebih tinggi pada tahun 2005. Sektor komoditi utama terus kekal sebagai sumber penting pendapatan pertukaran asing dalam akaun perdagangan Malaysia dengan mencakupi 16.8% (2004: 16.1%) daripada jumlah eksport kasar pada tahun 2005. Eksport komoditi meningkat 16% (2004: 21.8%), mencerminkan pertumbuhan kukuh eksport produk tenaga, sementara eksport pertanian terus meningkat pada kadar sederhana. Pertumbuhan eksport komoditi didorong terutamanya oleh kenaikan harga eksport (13.1%) dan jumlah yang dieksport (4.3%). Eksport mineral meningkat dengan kukuh untuk tahun ketiga berturut-turut sebanyak 27.1% kepada RM52.3 bilion (2004: +38.2% kepada RM41.2 bilion). 52

Eksport minyak mentah dan kondensat meningkat dengan ketara sebanyak 33.7% kepada RM28.5 bilion, didorong sepenuhnya oleh kenaikan harga minyak mentah, yang meningkat 37% kepada purata USD55.93 setong pada tahun 2005 (2004: USD40.81). Walau bagaimanapun, jumlah eksport minyak merosot 2% berikutan pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah pada tahun 2005. Prestasi eksport gas asli cecair juga menggalakkan, dengan peningkatan sebanyak 21.7% kepada RM20.8 bilion disebabkan oleh harga (15%) dan juga jumlah (5.9%) yang lebih tinggi. Perolehan eksport pertanian meningkat pada kadar lebih sederhana sebanyak 3.4% kepada RM37.4 bilion pada tahun 2005. Meskipun jumlah eksport minyak sawit lebih tinggi (10.9%), pendapatan daripada minyak sawit merosot 5.3% pada tahun 2005 kepada RM19 bilion semata-mata kerana harga yang lebih rendah (14.6% kepada RM1,456 setan daripada RM1,706 setan pada tahun 2004). Pada tahun 2005, berlaku konsolidasi harga ekoran pengeluaran global dan stok minyak sawit mentah yang meningkat, di samping peningkatan hasil tuaian kacang soya, yang merupakan

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.17 Eksport Kasar
2005a RM juta Barangan Perkilangan antaranya: Elektronik, jentera dan peralatan elektrik Elektronik Separa konduktor Kelengkapan dan komponen elektronik Jentera dan peralatan elektrik Barangan elektrik pengguna Barangan elektrik perindustrian dan komersial Perkakas dan jentera elektrik perindustrian Peralatan elektrik rumah Kimia dan keluaran kimia Keluaran logam Kelengkapan optik dan saintifik Tekstil, pakaian dan kasut Keluaran kayu Makanan Barangan perabot Kelengkapan pengangkutan Keluaran getah Komoditi pertanian antaranya: Minyak sawit Getah Kayu siap digergaji Kayu balak Mineral antaranya: Minyak mentah dan kondensat Gas asli cecair Timah Eksport-eksport lain Jumlah a Awalan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Perubahan tahunan (%) 10.1 10.0 10.4 0.7 19.1 8.9 2.1 11.0 15.1 3.9 7.0 6.3 6.5 1.9 2.1 9.2 6.1 31.3 12.3 3.4 -5.3 11.3 26.0 19.1 27.1 33.7 21.7 -1.2 9.5 11.0

% bahagian 80.5 53.0 39.0 16.9 22.2 14.0 4.2 5.4 3.8 0.5 5.6 3.2 2.3 2.0 1.7 1.6 1.4 1.3 1.3 7.0 3.6 1.1 0.8 0.5 9.8 5.3 3.9 0.2 2.7 100.0

429,873 282,779 208,232 89,967 118,265 74,547 22,632 28,608 20,476 2,831 29,718 17,157 12,318 10,520 8,860 8,488 7,666 6,993 6,777 37,421 19,036 5,787 4,051 2,465 52,321 28,508 20,790 935 14,173 533,788

pengganti terdekat minyak sawit dalam pasaran minyak sayuran global. Namun demikian, pembelian minyak sawit Malaysia oleh pembeli utama, iaitu Kesatuan Eropah (EU), Pakistan dan RR China yang secara bersama mencakupi hampir 46% daripada jumlah eksport minyak sawit, meningkat masing-masing sebanyak 14.7%, 10.8% dan 2%. Prestasi eksport getah terus menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 11.3% kepada RM5.8 bilion (2004: RM5.2 bilion) didorong oleh harga lebih tinggi (9%) dan jumlah (2.1%). Permintaan luar negeri terhadap getah masih kukuh, dengan RR China menambah pembelian sebanyak 33.7% kepada 386,058 tan (2004: 288,732 tan). Trend kenaikan mendadak permintaan telah meletakkan RR China sebagai pembeli terbesar getah Malaysia, mengatasi EU (2005: 319,612 tan) buat kali pertama pada tahun 2005.

Import kasar meningkat 8.5% (2004: 26.4%), mencerminkan terutamanya import bagi input eksport barangan perkilangan dan juga permintaan lebih tinggi untuk barangan pengguna dan pelaburan. Harga import meningkat 4.9%, disebabkan oleh harga lebih tinggi bagi kebanyakan barangan, terutamanya, barangan perkilangan, bahan mentah, bahan api mineral dan juga bahan kimia. Import barangan pengantara yang mencakupi 71% daripada import, meningkat 7.2%, terutamanya disebabkan oleh permintaan untuk keluaran elektrik dan elektronik, dan produk berasaskan sumber, terutamanya dari AS dan negara serantau. Peningkatan dalam import input pengantara dari RR China, Singapura dan Thailand telah disokong oleh rantaian bekalan perkilangan dan juga rangkaian pengeluaran dan hubungan yang meluas dengan

53

Graf 1.38 Prestasi Eksport Sektor Perkilangan
Perubahan tahunan (%) 30 25 20 15 10 5 0 -5 S1 S2 2004 Nilai Eksport
1

Graf 1.39 Eksport Barangan Perkilangan mengikut Pasaran
Lain-lain Kesatuan Eropah ASEAN tidak termasuk Singapura Republik Rakyat China, Hong Kong China, Korea & China Taipei Jepun 2005 2000

S3

S4

S1

S2 2005

S3

S4

Singapura Amerika Syarikat

Jumlah Eksport

1

Harga Eksport

1

0 Kuantiti dan harga adalah anggaran berasaskan kajian syarikat terpilih Bank Negara Malaysia.

5

10

15

20

% bahagian 25

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia Bank Negara Malaysia

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

negara serantau. Kebanyakan import ini terdiri daripada komponen komputer dan alat ganti mesin, dan bekalan perindustrian seperti logam dan bahan kimia. Import barangan pengantara yang berkaitan dengan pengilangan barangan untuk pasaran dalam negeri turut berkembang. Selaras dengan prestasi kukuh industri pemasangan kenderaan sejajar dengan permintaan lebih tinggi untuk kereta penumpang, import alat ganti dan aksesori kelengkapan pengangkutan mencatat pertumbuhan yang kukuh. Selaras dengan kenaikan harga minyak, import bahan api dan minyak pelincir meningkat dengan nyata.
Jadual 1.18 Perdagangan Luar Negeri
2004 RM bilion Eksport kasar (f.o.b) Perubahan tahunan (%) 480.7 20.8 533.8 11.0 2005a

Import barangan modal meningkat 9.5% mencerminkan pengembangan berterusan dalam pelaburan swasta. Import barangan modal tidak termasuk barangan "lumpy" meningkat 9.3%. Pemangkin pertumbuhan datang daripada pengembangan kapasiti dan penaikan taraf untuk teknologi baru. Barangan modal yang diimport disalurkan terutamanya kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan. Aktiviti perniagaan dan pelaburan yang lebih pesat untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan infrastruktur industri perkhidmatan telah mendorong peningkatan dalam import peralatan pejabat dan penjana kuasa, turbin dan motor elektrik untuk penjanaan kuasa. Import jentera dan peralatan perindustrian sektor perkilangan kekal kukuh. Pengembangan kapasiti berterusan dalam sektor perkilangan, iaitu dalam bidang

Perubahan tahunan (%) Kuantiti Harga1
1

Graf 1.40 Prestasi Eksport Industri Elektronik dan Bukan Elektronik
Perubahan tahunan (%) 40 30 20 10 0 S1 S2 2004 Eksport Perkilangan Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia Elektronik S3 S4 S1 S2 2005 Bukan Elektronik S3 S4

25.1 0.7 400.1 26.4

8.0 3.2 434.0 8.5

Import kasar (c.i.f) Perubahan tahunan (%)

Perubahan tahunan (%) Kuantiti1 Harga1 Imbangan Perdagangan
1

27.6 2.7 80.7

3.5 4.9 99.8

Kuantiti dan harga untuk 2005 merupakan anggaran.

a Awalan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

54

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.19 Import Kasar mengikut Penggunaan Akhir
2005a RM juta Barangan modal Barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) Alat jentera dan perkakas perindustrian Alat kelengkapan pejabat Alat kelengkapan telekomunikasi Alat kelengkapan pengangkutan Barangan pengantara Makanan dan minuman, terutama untuk perindustrian Bekalan perindustrian, t.s.t.l. Logam dan barangan logam Bahan kimia Bahan api dan pelincir Alat ganti dan aksesori barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) Elektronik Alat ganti dan aksesori alat kelengkapan telekomunikasi Alat ganti dan aksesori alat kelengkapan pengangkutan Barangan penggunaan Makanan dan minuman, terutama untuk penggunaan isi rumah Alat kelengkapan pengangkutan, bukan perindustrian Barangan pengguna, t.s.t.l. Barangan pengguna tahan lama Barangan pengguna separa tahan lama Barangan pengguna tidak tahan lama Barangan dwiguna Minyak motor Kereta penumpang Lain-lain Eksport semula 60,734 53,939 14,419 11,291 6,999 6,795 308,335 8,352 96,599 31,870 11,667 27,492 163,660 105,710 7,249 12,232 24,600 9,280 318 15,002 3,514 4,671 6,817 11,308 6,424 4,884 7,171 21,862 Perubahan tahunan (%) 9.5 10.0 9.1 23.5 0.6 5.3 7.2 -5.6 6.0 15.6 9.6 42.3 2.7 2.7 -2.5 34.8 5.9 4.0 -4.9 7.4 12.3 0.4 10.2 21.5 35.4 7.0 0.8 26.9 % bahagian 14.0 12.4 3.3 2.6 1.6 1.6 71.0 1.9 22.3 7.3 2.7 6.3 37.7 24.4 1.7 2.8 5.7 2.1 0.1 3.5 0.8 1.1 1.6 2.6 1.5 1.1 1.7 5.0

Import Kasar
Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan. t.s.t.l. Tidak disenarai di tempat lain. a Awalan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

434,010

8.5

100.0

seperti barangan elektrik dan elektronik bertahap tinggi, logam dan plastik. Teknologi dan produk baru dan juga peluasan rangkaian infrastruktur mendorong pertumbuhan dalam import peralatan telekomunikasi. Perdagangan intrarantau antara ASEAN dengan Asia Utara serta permintaan luar untuk komoditi yang kukuh mendorong pertambahan dalam import kapal untuk membuat penghantaran ke pasaran-pasaran itu. Sejajar dengan peningkatan pendapatan boleh guna, import barangan penggunaan meningkat 5.9%. Pertumbuhan import ini mencerminkan permintaan terhadap makanan dan minuman dan juga barangan pengguna terutamanya barangan tahan lama dan tidak tahan lama, iaitu peralatan bunyi dan video, barangan elektrik isi rumah, barangan kemas dan ubatan. Bahagian

import barangan penggunaan daripada jumlah import kekal rendah sebanyak 5.7% daripada jumlah import. Seiring dengan peningkatan perdagangan intrarantau, import untuk tujuan mengeksport semula berkembang 26.9%. Import ini terdiri terutamanya daripada barangan elektrik dan elektronik, peralatan telekomunikasi dan keluaran logam dan keluli yang dibungkus, dilabel dan dipasang di zon perdagangan bebas di pelabuhan dan lapangan terbang utama. Barangan import ini kebanyakannya dieksport semula ke Singapura, Thailand, AS, RR China dan Hong Kong China. Jumlah perdagangan luar Malaysia berkembang 9.9% kepada RM967.8 bilion pada tahun 2005. Bahagian perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan 55

utama, iaitu AS, Singapura, Jepun dan EU turun sedikit dan mencakupi 53.8% daripada jumlah perdagangan. Walau bagaimanapun, perdagangan dengan negara serantau (tidak termasuk Jepun) meningkat, dan mencakupi 44.4% daripada eksport dan 49% daripada import Malaysia. Hubungan perdagangan dengan Australia dan India bertambah kukuh, didorong terutamanya oleh peningkatan permintaan untuk keluaran elektrik dan elektronik dan keluaran berkaitan petroleum. Eksport ke AS, iaitu rakan dagangan Malaysia terbesar, naik 16.5% untuk mencakupi bahagian lebih tinggi sebanyak 19.7% daripada jumlah eksport. Pemangkin kepada pertumbuhan eksport datang daripada permintaan yang lebih tinggi didorong oleh kitaran penggantian kepada komputer tanpa wayar dan barangan berkaitan komputer. Eksport peralatan optik dan perubatan dan keluaran berasaskan sumber, iaitu keluaran kayu, getah dan kimia bertambah kukuh. AS juga kekal sebagai
Jadual 1.20 Haluan Perdagangan Luar Negeri

sumber import kedua terbesar bagi Malaysia. Kira-kira 80% daripada import merupakan input pengantara bagi industri elektrik dan elektronik. Memandangkan eksport ke AS meningkat manakala import menurun, lebihan perdagangan dua hala meningkat kepada RM49.1 bilion (2004: RM32.3 bilion). Singapura kekal sebagai rakan dagangan kedua terpenting dengan bahagiannya kepada jumlah perdagangan sebanyak 13.9% (2004: 13.2%). Keluaran elektrik dan elektronik terus menjana perolehan eksport terbesar dan mencakupi 57.8% daripada jumlah eksport ke Singapura. Barangan eksport lain yang mencatat pertumbuhan kukuh termasuk minyak mentah dan keluaran berasaskan sumber, iaitu keluaran petroleum, kimia, besi dan keluli. Dari segi import, Singapura merupakan sumber import ketiga terbesar bagi Malaysia dengan import terdiri terutamanya daripada peralatan elektrik dan pejabat, keluaran kimia dan juga keluaran petroleum yang ditapis.

2005a Eksport RM juta Negara-negara ASEAN Singapura Thailand Indonesia Filipina Negara ASEAN lain Negara-negara Timur Laut Asia Terpilih Republik Rakyat China Hong Kong China China Taipei Korea Kesatuan Eropah (EU) United Kingdom Jerman Belanda Negara EU lain Amerika Syarikat Jepun India Australia Negara lain di dunia Jumlah 139,208 83,333 28,723 12,580 7,476 7,096 99,184 35,221 31,205 14,813 17,945 62,629 9,470 11,259 17,452 24,449 105,033 49,918 14,972 18,042 44,801 533,788 % bahagian 26.1 15.6 5.4 2.4 1.4 1.3 18.6 6.6 5.8 2.8 3.4 11.7 1.8 2.1 3.3 4.6 19.7 9.4 2.8 3.4 8.4 100.0 RM juta 106,976 50,828 22,889 16,566 12,192 4,501 106,254 49,880 10,797 23,974 21,604 50,512 6,522 19,265 3,351 21,374 55,918 62,982 4,164 8,171 39,033 434,010 Import % bahagian 24.6 11.7 5.3 3.8 2.8 1.0 24.5 11.5 2.5 5.5 5.0 11.6 1.5 4.4 0.8 4.9 12.9 14.5 1.0 1.9 9.0 100.0 Imbangan Perdagangan RM juta 32,232 32,505 5,834 -3,986 -4,716 2,595 -7,070 -14,659 20,409 -9,160 -3,659 12,117 2,948 -8,007 14,101 3,075 49,115 -13,064 10,808 9,872 5,769 99,778

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan. a Awalan Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

56

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Graf 1.41 Destinasi Eksport (% bahagian): 1995
1

Destinasi Eksport (% bahagian): 2005

Negara-negara lain 11.2%

ASEAN 6.9%

Negara-negara lain 14.5%

ASEAN 10.5%

1

Kesatuan Eropah 14.2%

Singapura 20.3%

Kesatuan Eropah 11.7%

Singapura 15.6%

Jepun 9.4% Jepun 12.7% Republik Rakyat China 2.7% Amerika Syarikat 19.7% Timur Laut Asia 12.0%
1 2 2

Amerika Syarikat 20.7% Timur Laut Asia 11.3%
1 2 2

Republik Rakyat China 6.6%

ASEAN tidak termasuk Singapura Hong Kong China, Korea dan China Taipei

ASEAN tidak termasuk Singapura Hong Kong China, Korea dan China Taipei

Walaupun bahagian perdagangannya merosot kepada 11.7% (2004: 12.7%), Jepun kekal sebagai rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia. Imbangan perdagangan dengan Jepun, yang memihak kepada Jepun, bertambah baik dengan mencatat defisit lebih kecil sebanyak RM13.1 bilion ekoran import yang merosot manakala eksport meningkat. Pertumbuhan eksport sebanyak 2.8% telah didorong oleh peningkatan perolehan eksport daripada gas asli cecair, keluaran plastik dan logam. Import merosot 1.2% mencerminkan penurunan dalam import kelengkapan pengangkutan, peralatan optik, perubatan dan pembedahan. Jepun kekal sebagai sumber utama import Malaysia, mencakupi 14.5% (2004: 15.9%) daripada jumlah import, walaupun bahagian importnya semakin merosot apabila Malaysia mempelbagaikan perdagangan dan memperdalam hubungan dagangnya dengan negara serantau yang lain. Pertumbuhan perdagangan dengan negara EU sederhana kepada 4.4% pada tahun 2005, mencerminkan aktiviti ekonomi di EU yang lembap. Lebihan dagangan sebanyak RM12.1 bilion (2004: RM12.4 bilion) dicatat terutamanya berikutan lebihan dagangan dengan Belanda (RM14.1 bilion), UK (RM2.9 bilion), Perancis (RM1.3 bilion) dan Sepanyol (RM1.2 bilion). Sebaliknya, perdagangan dengan Jerman dan Itali, masing-masing mencatat defisit sebanyak RM8 bilion dan RM2 bilion. Dalam kumpulan negara EU, Jerman, Belanda dan UK kekal sebagai rakan dagangan utama. Eksport ke EU terdiri daripada litar bersepadu dan perabot

manakala import pula terdiri terutamanya daripada keluaran besi dan keluli, kereta penumpang dan jentera elektrik. Perdagangan dengan negara Timur Laut Asia (tidak termasuk Jepun), yang mencakupi 21.2% daripada jumlah perdagangan, berkembang 11%. Usaha mendapatkan input daripada sumber yang lebih murah telah menyebabkan pertumbuhan import dari negaranegara ini terus melebihi pertumbuhan eksport. Oleh itu, imbangan perdagangan mencatat defisit sebanyak RM7.1 bilion pada tahun 2005. RR China ialah sumber import Malaysia yang keempat terpenting, dengan import terdiri terutamanya daripada komponen pengantara seperti litar bersepadu, jentera, perkakas dan alat ganti, keluaran kimia dan barangan logam. Eksport ke RR China yang terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik, besi dan keluli, dan getah meningkat. Import dari Korea disokong oleh litar bersepadu, alat ganti peralatan pejabat dan kereta penumpang sementara eksport disokong sebahagian besarnya oleh gas asli cecair, komputer dan komponen serta keluaran kimia. Peningkatan perdagangan intrarantau dan prestasi ekonomi negara ASEAN yang lebih baik telah menjana pengembangan dalam perdagangan Malaysia dengan negara ASEAN (tidak termasuk Singapura) sebanyak 12.3% pada tahun 2005. Eksport ke negara ASEAN disokong terutamanya oleh eksport keluaran elektrik dan elektronik dan keluaran berasaskan sumber seperti keluaran kimia, keluaran besi dan keluli, serta plastik. Pertumbuhan import dengan negara di rantau ini terdiri 57

terutamanya daripada keluaran elektrik dan elektronik, keluaran kimia dan pengilangan logam. Defisit akaun perkhidmatan melebar kepada RM10.2 bilion atau 2.2% daripada KNK (2004: -RM8.8 bilion atau -2.1% daripada KNK). Permintaan lebih tinggi untuk perkhidmatan diimport apabila ekonomi meningkatkan rantaian nilai pengeluarannya, menyebabkan pembayaran bersih yang lebih tinggi sebanyak RM12.3 bilion (2004: -RM9.7 bilion) dalam akaun perkhidmatan lain. Aliran keluar disebabkan terutamanya oleh kenaikan dalam pembayaran royalti dan fi lesen, perkhidmatan pembinaan dan perkhidmatan perniagaan lain. Pembayaran royalti dan fi lesen terus meningkat disebabkan pemerolehan hak harta intelek untuk reka bentuk dan pembangunan keluaran baru oleh sektor perkilangan, terutamanya dalam industri E&E dan sektor perkhidmatan. Lebih 70% daripada pembayaran royalti dan fi lesen dibayar kepada UK, AS dan Jepun. Pembayaran bersih untuk perkhidmatan pembinaan meningkat walaupun pendapatan daripada projek pembinaan di luar negeri bertambah, disebabkan terutamanya oleh lebih banyak perkhidmatan yang diimport untuk projek jana kuasa dan cari gali minyak dan gas. Aliran keluar yang besar untuk ‘perkhidmatan perniagaan lain' mencerminkan terutamanya pembayaran untuk perkhidmatan profesional dan juga pajakan operasi untuk kapal, kapal penunda dan pesawat udara. Sementara itu, perolehan daripada perkhidmatan komputer dan maklumat bertambah baik, berikutan pengembangan dalam proses perniagaan yang menggunakan sumber luar dan peruntukan untuk perkhidmatan sokongan bagi Jadual 1.21 Akaun Perkhidmatan dan Pendapatan
2004 Bersih Akaun Perkhidmatan % daripada KNK Pengangkutan Perjalanan Perkhidmatan lain Urus niaga Kerajaan t.d.t.l. Akaun Pendapatan % daripada KNK Pampasan pekerja Pendapatan pelaburan -8.8 -2.1 -17.8 19.4 -9.7 -0.7 -24.5 -5.8 -1.1 -23.4 + 72.2 2005a RM bilion – 82.5 Bersih -10.2 -2.2 -15.7 18.1 -12.3 -0.4 -21.5 -4.5 -0.5 -21.0

kumpulan rangkaian. Kira-kira separuh daripada pendapatan ini adalah dari Singapura, UK dan AS. Meskipun aliran masuk bersih mengecil sedikit, akaun perjalanan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada perolehan perkhidmatan, mencakupi 44.8% daripada perolehan kasar perkhidmatan pada tahun 2005. Ketibaan pelancong di Malaysia meningkat 4.4% ke 16.4 juta orang (2004: 15.7 juta), dengan pendapatan pertukaran asing kasar berjumlah RM31 bilion. Pelancong dari Singapura, Thailand dan Indonesia mencakupi 76.1% daripada jumlah ketibaan pelancong. Walaupun pelancong dari RR China dan Hong Kong China berkurang, pertumbuhan dalam jumlah ketibaan pelancong disokong oleh pelancong dari Asia Barat, Korea, India, Australia dan New Zealand serta pelancong jarak jauh dari AS dan UK. Malaysia telah mendapat manfaat daripada peningkatan perjalanan serantau, terutamanya dari negara-negara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia. Selain itu, Malaysia juga mendapat faedah daripada pelbagai strategi untuk mempromosikan produk pelancongan termasuk menjadi tuan rumah untuk mesyuarat, konvensyen antarabangsa dan acara (MICE) seperti Formula One Petronas Grand Prix Malaysia dan Karnival Jualan Mega Malaysia. Dari segi pembayaran, pendapatan yang lebih tinggi dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan menyumbang kepada peningkatan aliran keluar perjalanan sebanyak 21.1% kepada RM14.2 bilion (2004: RM11.8 bilion). Aliran keluar ini disebabkan oleh peningkatan perjalanan rakyat Malaysia dan juga pembayaran lebih tinggi untuk melanjutkan pelajaran di luar negeri. Pembayaran untuk perjalanan ke bandar-bandar di sempadan meningkat 24.2%

Graf 1.42 Ketibaan Pelancong dan Perolehan Pelancongan
Ketibaan pelancong dalam juta 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 Perolehan dalam RM juta 35,000 30,000 25,000 20,000 15,000 10,000 5,000 2005a 0

16.2 32.4 23.3 0.4 20.5 4.2 16.2

31.9 14.2 35.6 0.8 41.9 4.7 37.2

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan. t.d.t.l. Tidak dicatat di tempat lain. a Anggaran Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

Ketibaan pelancong

Perolehan pelancongan

a Anggaran Sumber: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia

58

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Graf 1.43 2005: Komponen Perolehan Kasar Akaun Perkhidmatan (% bahagian)
Urus niaga Kerajaan yang Tidak Dicatat di Tempat Lain 0.6% Pengangkutan 22.4%

Graf 1.44 2005: Komponen Pembayaran Kasar Akaun Perkhidmatan (% bahagian)
Urus niaga Kerajaan yang Tidak Dicatat di Tempat Lain 0.9%

Perkhidmatan lain 32.2%

Perkhidmatan lain 43.1%

Pengangkutan 38.7%

Perjalanan 44.8%

Perjalanan 17.3%

kepada RM3 bilion. Aliran keluar untuk tujuan pendidikan meningkat 16.5% disebabkan terutamanya oleh bertambahnya bilangan pelajar Malaysia yang menuntut di luar negeri, terutamanya di Australia, AS dan UK. Akaun pengangkutan mencatat defisit lebih kecil sebanyak RM15.7 bilion (2004: -RM17.8 bilion) kerana peningkatan perolehan syarikat perkapalan dan penerbangan tempatan yang utama mengatasi kenaikan dalam pembayaran ke luar negeri. Perolehan kasar disokong oleh pendapatan daripada penghantaran petroleum, gas asli cecair dan pengangkutan kargo berikutan pengembangan dalam perdagangan intrarantau antara Asia Utara dengan ASEAN, dan kadar tambang yang lebih tinggi. Aliran keluar kasar mencerminkan caj pengangkutan lebih tinggi serta peningkatan dalam jumlah dagangan. Akaun pendapatan bertambah baik seperti yang dicerminkan oleh defisit yang semakin mengecil kepada RM21.5 bilion atau 4.5% daripada KNK (2004: -RM24.5 bilion atau -5.8% daripada KNK). Defisit lebih kecil ini mencerminkan pulangan lebih tinggi daripada pegangan rizab Bank Negara Malaysia yang lebih besar. Sementara itu, keuntungan dan dividen terakru bagi syarikat Malaysia daripada pelaburan mereka di luar negeri kekal mapan pada RM4.1 bilion. Sejumlah besar daripada perolehan dijana oleh sektor minyak dan gas, utiliti dan perkilangan.

Pulangan lebih tinggi daripada pegangan rizab yang lebih besar dan keuntungan dan dividen terakru yang mapan bagi syarikat Malaysia hasil pelaburan mereka di luar negeri menjadikan akaun pendapatan bertambah baik.
Keuntungan dan dividen terakru bagi pelabur asing di Malaysia kekal besar, seiring dengan pengembangan eksport industri elektrik dan elektronik serta sektor minyak dan gas. Namun demikian, sebahagian besar daripada keuntungan dan dividen ini kekal di Malaysia untuk tujuan pelaburan semula dan dikreditkan sebagai aliran masuk pelaburan langsung asing dalam akaun kewangan imbangan pembayaran. Profil mengenai akaun pendapatan Malaysia dari tahun 1999 hingga September 2005 terkandung dalam Rencana Khas dalam Buletin Suku Tahunan Keempat 2005 Bank Negara Malaysia. Sejajar dengan usaha berterusan Kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing tanpa izin di Malaysia, sebanyak 398,758 pekerja asing dihantar pulang ke negara asal mereka sewaktu Program Pengampunan dari 29 Oktober 2004 hingga akhir bulan Februari

59

tahun 2005. Akaun pindahan semasa mencatat aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM17 bilion (2004: -RM14.6 bilion) mencerminkan penghantaran balik wang sekali gus sekali sahaja oleh pekerja asing yang pulang ke negara asal mereka di bawah Program ini. Kira-kira 58% daripada pekerja asing yang berdaftar di Malaysia bekerja dalam sektor perkilangan dan pertanian. Akaun Kewangan Pada tahun 2005, akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM42 bilion (2004: +RM15.1 bilion),

Jadual 1.22 Imbangan Pembayaran: Akaun Kewangan
2004 RM bilion Akaun Kewangan Pelaburan Langsung Di Malaysia Di luar negeri Pelaburan Portfolio Pelaburan Lain Sektor awam antaranya: Kerajaan Persekutuan (bersih) Pinjaman kasar Pembayaran balik PABK (bersih) Pinjaman kasar Pembayaran balik Sektor swasta 15.1 9.7 17.6 -7.8 33.8 -28.5 -1.1 0.1 1.1 -1.0 -1.3 11.4 -12.7 -27.3 -42.0 2.7 15.6 -12.9 -11.9 -32.8 -11.1 -3.5 0.7 -4.2 -7.6 6.3 -13.9 -21.7 2005a

Akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih, disebabkan terutamanya oleh aliran keluar pelaburan portfolio spekulatif, pembayaran balik hutang luar negeri yang lebih besar oleh sektor awam dan pemberian kredit perdagangan yang lebih tinggi. Pelaburan luar negeri oleh rakyat Malaysia juga lebih tinggi, manakala FDI dapat dikekalkan pada paras yang tinggi. disebabkan terutamanya oleh aliran keluar kedudukan spekulatif jangka pendek pada suku keempat, pembayaran balik hutang luar negeri yang lebih besar oleh sektor awam dan pemberian kredit perdagangan yang lebih tinggi oleh pengeksport Malaysia. Aliran keluar pelaburan luar negeri juga meningkat, mencerminkan minat yang bertambah oleh syarikat Malaysia untuk mempelbagaikan operasinya di luar negeri. Sementara itu, pelaburan langsung asing dapat dikekalkan pada paras yang tinggi. Pada asas kasar, pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM25 bilion (2004: RM23.5 bilion), atau 5.3% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK), dengan aliran masuk yang menyeluruh meliputi sektor utama seperti sektor minyak dan gas, perkhidmatan dan perkilangan. Paling penting, terdapat peningkatan FDI yang ketara dari negara-negara pelabur utama, iaitu Amerika Syarikat, Hong Kong China dan Jerman. Sejumlah besar FDI masih dalam bentuk perolehan yang dilaburkan semula. 60

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan. a Anggaran Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Ini mencerminkan perluasan dan pempelbagaian operasi yang berterusan oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang sedia ada, khususnya dalam sektor perkilangan dan juga sektor minyak dan gas, dalam keadaan pelaburan yang menggalakkan di Malaysia. Setelah mengambil kira pelarasan bagi aliran keluar yang lebih tinggi disebabkan terutamanya oleh pembayaran balik hutang kepada syarikat induk di luar negeri, FDI bersih mencatat aliran masuk sebanyak RM15.6 bilion (2004: RM17.6 bilion) atau 3.3% daripada KNK. FDI dalam sektor minyak dan gas meningkat dengan ketara, terutamanya bagi aktiviti huluan, didorong oleh harga minyak yang semakin meningkat dan permintaan global yang bertambah terhadap minyak mentah pada tahun 2005. Aktiviti ini kebanyakannya diusahakan oleh syarikat minyak dan gas negara secara usaha sama dengan rakan kongsi antarabangsa mereka, bagi penerokaan minyak di dasar laut dalam dan sangat dalam, khususnya di luar pesisir Malaysia Timur, dan juga bagi operasi cari gali di medan minyak yang sedia ada dan yang baru. Dalam sektor perkhidmatan, pelaburan asing yang diterima terutamanya adalah dalam subsektor pembiayaan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan, diikuti subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, dan subsektor pengangkutan dan komunikasi. Aliran masuk ke subsektor kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan mencerminkan

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

terutamanya pelaburan yang diterima oleh syarikatsyarikat pemegang pelaburan, manakala salah satu daripada tiga bank asing yang diberi lesen perbankan Islam pada tahun 2004 memulakan operasinya pada tahun 2005. Yang penting, Malaysia mengekalkan daya tarikan buat MNC sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan perkongsian dan penggunaan perkhidmatan sumber luar, dengan itu menggalakkan aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dan mewujudkan rangkaian hubungan antara segmen sektor perkhidmatan yang berbeza. Ini dicerminkan dalam A.T. Kearney 2005 Offshore Location Attractiveness Index, yang meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang ketiga menarik bagi Perkhidmatan Perkongsian dan Penggunaan Perkhidmatan Sumber Luar (SSO) untuk tahun kedua berturut-turut, dengan menyebut faktorfaktor pendorong seperti infrastruktur bertaraf dunia, pakej insentif fiskal yang menarik dan wujudnya pekerja mahir. Pada tahun 2005, terdapat pertambahan sebanyak 169 kemudahan antarabangsa dan serantau, antara lain 19 ibu pejabat operasi (OHQ), 132 pejabat serantau dan perwakilan, 15 pusat pemerolehan antarabangsa (IPC) dan tiga pusat pengedaran serantau (RDC). Pelaburan dalam subsektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran kekal kukuh, dengan disokong oleh penggunaan dalam negeri yang kukuh bagi perdagangan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan. Sementara itu, pelaburan dalam subsektor pengangkutan dan komunikasi terutamanya adalah untuk meluaskan aktiviti bagi perkhidmatan kiriman cepat dan juga pengangkutan udara dan laut. Sektor perkilangan terus menjadi penerima FDI yang utama. Kira-kira separuh daripada pelaburan ini ditumpukan pada industri elektrik dan elektronik, terutamanya untuk peluasan loji dan penaikan taraf jentera dan kelengkapan, bagi meningkatkan kapasiti serta untuk pengeluaran produk yang lebih tinggi nilainya. Pelaburan yang besar juga disalurkan kepada industri hiliran penapisan petroleum dan produk yang berkaitan dengan petroleum, selaras dengan pelaburan yang lebih besar dalam aktiviti huluan minyak dan gas. Sementara itu, pelaburan dalam industri perkilangan yang lain adalah pelbagai, yang meliputi kimia perindustrian dan produk kimia yang lain, produk berasaskan plastik hinggalah pengilangan produk logam yang direka dan juga jentera dan kelengkapan. Pelaburan langsung di luar negeri oleh rakyat Malaysia bertambah kepada RM12.9 bilion pada

tahun 2005 (2004: -RM7.8 bilion), mencerminkan minat yang meningkat oleh syarikat Malaysia untuk memperoleh kepentingan asing dan juga mengambil peluang untuk mempelbagaikan operasi mereka di luar negeri. Destinasi utama bagi pelaburan ini ialah negara-negara ASEAN, yang mencakupi kira-kira separuh daripada jumlah pelaburan langsung di luar negeri. Destinasi utama yang lain termasuklah RR China, Amerika Syarikat dan Hong Kong China, walaupun sebahagian daripada pelaburan Malaysia disalurkan melalui pusat-pusat kewangan luar pesisir antarabangsa sebelum diarahkan semula ke destinasi yang terakhir. Skop pelaburan kini semakin menyeluruh, iaitu daripada sektor minyak dan gas dan perkilangan hinggalah ke sektor perkhidmatan. Dari segi sektor, sebahagian besar pelaburan luar negeri dibuat oleh syarikat dalam sektor perkhidmatan, khususnya subsektor pengangkutan dan komunikasi, dan juga subsektor perkhidmatan kewangan. Kebanyakan pelaburan ini dibuat melalui pengambilalihan ekuiti oleh beberapa syarikat Malaysia yang besar, termasuklah pengambilalihan sebuah pengendali telefon bimbit Indonesia, dan juga pengambilalihan sebuah syarikat perkapalan di Singapura. Di samping pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar, banyak syarikat Malaysia yang bersaiz kecil dan sederhana juga melabur dalam ekonomi-ekonomi kos rendah untuk mengambil peluang daripada pekerja yang murah, ketersediaan bahan mentah dan pasaran baru. Dalam sektor minyak dan gas, syarikat minyak negara terus menjalinkan perkongsian usaha sama dengan beberapa syarikat minyak asing bagi penerokaan dan cari gali, dengan menyediakan kepakaran teknikal dan modal kerja untuk pelaburan. Sementara itu, pelaburan luar negeri dalam sektor perkilangan diterajui syarikat dalam industri separa konduktor dan komponen elektronik yang lain, dan industri yang berkaitan dengan pembinaan dan pembaikan kapal. Selain peruntukan modal ekuiti yang dibiayai terutamanya daripada sumber dana dalaman, pelaburan luar negeri yang lebih besar juga dibuat melalui pemberian pinjaman yang lebih besar oleh syarikat-syarikat induk di Malaysia kepada anak syarikat masing-masing di luar negeri. Syarikat-syarikat ini berusaha untuk meluaskan kemudahan pengeluarannya dalam pasaran baru sebagai usaha untuk menembusi pasaran yang baru dan yang tumbuh dengan pesat. Beberapa syarikat besar daripada industri perabot dan produk berkaitan kayu, dan juga industri logam asas di Malaysia turut melabur di luar negeri untuk mencapai pengeluaran efektif kos dan pada masa yang sama, mencerahkan prospek bagi 61

saluran eksport baru untuk meluaskan perniagaan. Pelaburan di luar negeri oleh syarikat pembinaan pula kekal penting berikutan kejayaan awal mereka dalam pembidaan dan kerja yang berterusan bagi beberapa projek yang besar untuk membina infrastruktur, projek jalan dan lebuh raya di luar negeri. Pelaburan Malaysia di luar negeri terus membuahkan hasil yang positif. Keuntungan bersih dan dividen yang terakru kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri, khususnya daripada sektor minyak dan gas dan subsektor perkhidmatan kewangan, dikekalkan pada RM4.1 bilion pada tahun 2005 (2004: RM4.3 bilion). Ini mencerminkan kejayaan operasi syarikat Malaysia di luar negeri. Pada tahun 2005, pelaburan portfolio mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM11.9 bilion (2004: +RM33.8 bilion). Pada separuh tahun pertama, pelaburan portfolio mencatat aliran masuk bersih sebanyak RM8.1 bilion, mencerminkan terutamanya minat asing terhadap instrumen pasaran wang jangka pendek, sekuriti hutang, dan juga ekuiti. Minat besar yang diperhatikan dalam pasaran modal Malaysia sejak tahun 2004 sebahagiannya dikaitkan dengan jangkaan berkala terhadap penjajaran semula kadar pertukaran di rantau ini. Walau bagaimanapun, aliran pelaburan bertukar arah pada separuh tahun kedua, lalu mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM20 bilion. Aliran keluar itu, yang bermula pada bulan September dan berterusan sehingga bulan Oktober dan November, timbul terutamanya daripada penjualan instrumen pasaran wang jangka pendek dan sekuriti hutang, dan sebahagian kecilnya daripada penjualan sekuriti ekuiti. Aliran keluar ini reda pada bulan Disember. Pelaburan lain mencatat aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM32.8 bilion (2004: -RM28.5 bilion), mencerminkan terutamanya pembayaran balik hutang luar negeri yang lebih besar oleh sektor awam, manakala aliran keluar bersih oleh sektor swasta berkurang. Sektor awam mencatat kedudukan pembayaran balik bersih bagi tahun ketiga berturut-turut, berjumlah RM11.1 bilion (2004: -RM1.1 bilion), sejajar dengan strategi Malaysia yang berhemat bagi pengurusan hutang luar negeri dan komitmen Kerajaan terhadap konsolidasi fiskal. Sementara itu, pelaburan lain oleh sektor swasta, yang terdiri terutamanya daripada peminjaman dan pemberian pinjaman, serta penempatan dan pengeluaran deposit oleh sektor perbankan, dan juga urus niaga sektor swasta bukan bank dengan rakan niaga yang tiada hubungan dengan syarikat berkenaan, mencatat aliran keluar bersih yang lebih 62

rendah sebanyak RM21.7 bilion (2004: -RM27.3 bilion). Penambahbaikan ini disebabkan terutamanya oleh kedudukan sektor perbankan yang bertukar arah dengan mencatat aliran masuk bersih pada tahun 2005, yang timbul terutamanya daripada pengeluaran deposit yang ditempatkan di luar negeri. Aliran masuk ini mengimbangi sebahagian daripada aliran keluar sektor swasta bukan bank yang lebih tinggi, disebabkan terutamanya oleh kredit perdagangan diberikan oleh pengeksport Malaysia yang lebih tinggi, dan juga disebabkan pembayaran balik hutang luar negeri yang lebih besar oleh sektor swasta. Hutang Luar Negeri Tumpuan strategi pengurusan hutang luar negeri Malaysia adalah untuk terus menyediakan asas yang stabil bagi persekitaran hutang yang mapan untuk jangka panjang. Keadaan hutang negara yang terkawal dicapai menerusi amalan pengurusan hutang yang berhemat yang disokong oleh sistem pelaporan dan pemantauan hutang yang berfungsi dengan baik. Langkah perlindungan berhemat termasuk usaha meminimumkan pendedahan risiko terhadap kejutan kadar faedah global, pergerakan kadar pertukaran yang menjejaskan dan perubahan dalam sentimen pelabur. Sementara itu, sistem pemantauan hutang membolehkan pihak berkuasa memantau paras hutang keseluruhan, struktur hutang serta obligasi melunaskan hutang oleh sektor awam dan swasta.

Kedudukan hutang luar negeri bertambah baik, mencerminkan pembayaran balik bersih yang berterusan oleh sektor awam. Bahagian hutang jangka pendek daripada jumlah hutang kekal rendah.
Dalam usaha untuk penambahbaikan penyusunan data hutang luar negeri bagi penilaian risiko yang lebih baik dan supaya selaras dengan piawaian dan amalan antarabangsa, Bank Negara Malaysia memulakan usaha penyusunan data hutang luar negeri dengan mengkategorikan entiti kewangan luar pesisir di Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (Labuan IOFC) sebagai pemastautin. Dengan menggunakan pendekatan ini, data mengenai urus niaga dan pendedahan hutang entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC dengan negara lain di dunia dikategorikan sebagai sebahagian daripada hutang luar negeri Malaysia. Sementara itu, urus niaga dan

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.23 Hutang Luar Negeri Terkumpul
2004 RM juta Jumlah hutang Jangka sederhana dan panjang Jangka pendek1 % daripada jumlah hutang % daripada rizab antarabangsa bersih % daripada KNK Jumlah hutang Hutang jangka sederhana dan panjang % daripada eksport barangan dan perkhidmatan Jumlah hutang Hutang jangka sederhana dan panjang Nisbah khidmat bayaran hutang (%)
1

2005a RM juta 195,865 149,682 46,183 23.6 17.3 41.4 31.6

2004 USD juta 52,786 41,276 11,510 21.8 17.3

2005a USD juta 51,310 39,212 12,098 23.6 17.3

200,586 156,849 43,737 21.8 17.3 47.2 36.9

36.8 28.8

32.2 24.6

4.6

4.7

Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin.

a Awalan Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Pesisir Labuan (LOFSA). Kedudukan hutang luar negeri di bawah definisi baru ini diterangkan dalam Artikel Khas bertajuk “Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin”. Dalam tempoh peralihan ini, data rasmi hutang luar negeri yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk tahun 2005 dan 2006 akan terus menggunakan definisi yang sedia ada dengan mengkategorikan entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC sebagai bukan pemastautin. Pada masa yang sama, Bank Negara Malaysia akan menyusun kedudukan hutang luar negeri di bawah definisi baru ini, iaitu mengkategorikan entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC sebagai pemastautin untuk tahun 2006, dengan sasaran untuk menerima pakai dan hanya menerbitkan sepenuhnya kedudukan hutang luar negeri menurut definisi baru, bermula dengan tempoh pelaporan suku pertama 2007, untuk disiarkan pada bulan Mei 2007. Oleh itu, perkembangan kedudukan hutang luar negeri Malaysia pada tahun 2005 dalam bahagian ini dianalisis dan dilaporkan berdasarkan data yang disusun menggunakan definisi yang sedia ada, iaitu mengkategorikan entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC sebagai bukan pemastautin. Pada tahun 2005, jumlah hutang luar negeri terkumpul menurun 2.4% kepada RM195.9 bilion (USD51.3 bilion) sebahagian besarnya disebabkan oleh peminjaman kasar yang lebih rendah sementara pembayaran balik meningkat. Kedudukan hutang luar negeri yang bertambah baik juga dicerminkan oleh penurunan

pendedahan hutang pemastautin dengan entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC, yang sekarang ini tergolong dalam kategori hutang luar negeri Malaysia, tidak dimasukkan. Data agregat entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC diperoleh daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar

Graf 1.45a Hutang Luar Negeri Terkumpul
RM bilion %

Graf 1.45b Khidmat Bayaran Hutang
70 60 50 40 30 20 10
RM bilion %

220 200 180 160 140 120 100 80 60 40 20 0

35 30 25 20 15 10 5 0
1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005a

8 7 6 5 4 3 2 1 0

1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005a

0

Kerajaan Persekutuan Sektor Swasta Hutang/KNK (skala kanan)
1

PABK Jangka pendek1 Pembayaran balik Bayaran faedah

Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin. a Awalan

Nisbah khidmat bayaran hutang (skala kanan)

a Awalan

63

nisbah hutang luar negeri kepada KNK dan kepada eksport barangan dan perkhidmatan masing-masing kepada 41.4% dan 32.2% (2004: masing-masing 47.2% dan 36.8%). Nisbah hutang jangka pendek kepada rizab antarabangsa stabil pada 17.3% sementara nisbah khidmat bayaran hutang keseluruhan (tidak termasuk prabayaran) dan bahagian hutang jangka pendek daripada jumlah hutang kekal rendah, masing-masing pada 4.7% dan 23.6%. Hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang menurun 4.6% kepada RM149.7 bilion (USD39.2 bilion) pada akhir 2005 (2004: RM156.8 bilion), disebabkan terutamanya oleh pembayaran balik bersih pinjaman luar negeri yang lebih besar dengan ketara sebanyak RM11.1 bilion (2004:-RM1 bilion) oleh sektor awam. Penurunan ini juga disebabkan sebahagiannya oleh keuntungan daripada penilaian semula kadar pertukaran sebanyak RM3.3 bilion berikutan naik nilai ringgit berbanding dengan mata wang utama. Sementara itu, dengan peningkatan peminjaman kasar yang melebihi pembayaran balik pinjaman yang lebih tinggi pada tahun 2005, sektor swasta mencatat pengambilan pinjaman bersih yang lebih besar sebanyak RM4.2 bilion (2004: RM2.9 bilion). Sejumlah besar hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang kekal dalam denominasi dolar AS, yang mencakupi 80.1% daripada jumlah hutang terkumpul jangka sederhana dan panjang pada akhir 2005. Bahagian hutang dalam denominasi yen menurun sedikit kepada 11.9% (2004: 12.8%) manakala hutang dalam denominasi euro mencakupi hanya 2.2% (2004: 5.2%) disebabkan sebahagian besarnya oleh penjelasan bon dalam denominasi euro oleh Kerajaan Persekutuan pada suku keempat. Baki sebanyak 5.8% hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang adalah dalam denominasi mata wang antarabangsa lain, termasuk paun sterling, dolar Singapura dan dolar Hong Kong. Sektor awam mencatat pembayaran balik hutang luar negeri bersih untuk tahun ketiga berturut-turut pada tahun 2005, mencerminkan peminjaman kasar yang lebih rendah oleh Kerajaan Persekutuan dan PABK sementara pembayaran balik pula lebih tinggi berikutan kematangan beberapa peminjaman dalam jumlah besar dan prabayaran sebahagian pinjaman luar negeri. Hasilnya, hutang luar negeri terkumpul sektor awam menurun dengan ketara sebanyak 11.1% kepada RM86.2 bilion (USD22.6 bilion) pada akhir tahun 2005 (2004: RM96.9 bilion) untuk mencakupi bahagian yang lebih rendah sebanyak 44% (2004: 48.3%) daripada jumlah hutang luar negeri. 64

Graf 1.46 Spread Kadar Faedah Bon Global Kerajaan dan Bon Terpilih PABK berbanding dengan Pulangan Sekuriti Perbendaharaan AS Yang Setanding
Spread Kadar Faedah 300 250 200 150 100 50 0

J M M J

S N J M M J

S N J M M J S N J M M J S N J M M J S N

2001

2002

2003 Bon Global (2009) Bon Global (2011) Bon Petronas (2006)

2004

2005

Pada tahun 2005, Kerajaan Persekutuan meneruskan amalannya untuk mendapatkan keperluan pendanaan terutamanya daripada sumber dalam negeri bukan inflasi. Untuk tahun kedua berturutturut, tidak ada pinjaman pasaran baru diperoleh daripada pasaran modal antarabangsa. Peminjaman luar negeri kasar oleh Kerajaan lebih rendah (RM0.7 bilion; 2004: RM1.1 bilion) manakala pembayaran balik meningkat dengan nyata kepada RM4.2 bilion (2004: -RM1 bilion), mencerminkan terutamanya kematangan bon Euro sebanyak RM2.9 bilion pada bulan November 2005 dan beberapa pembayaran balik pinjaman pokok terjadual bagi pinjaman sindiket. Pengambilan pinjaman luar negeri keseluruhannya adalah daripada pinjaman projek yang sebelum ini telah dimeterai, iaitu daripada sumber dua hala seperti di bawah Inisiatif Miyazawa, dan daripada sumber pelbagai hala seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Islam dan Bank Pembangunan Asia. Hasilnya, hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan terus menurun kepada RM30 bilion (USD7.9 bilion) atau 15.3% daripada jumlah hutang luar negeri pada akhir tahun 2005 (2004: RM34.7 bilion atau 17.3% daripada jumlah hutang luar negeri). Spread kadar faedah bagi sekuriti tanda aras Malaysia kekal rendah pada tahun 2005, sementara penarafan berdaulat Malaysia bagi obligasi mata wang asing jangka panjang, pada umumnya, dikekalkan oleh agensi penarafan antarabangsa. Ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh. Spread kadar faedah bagi Bon Global Malaysia yang matang pada tahun 2011 berbanding dengan Sekuriti Perbendaharaan AS yang setanding berada pada 56 mata asas pada akhir tahun 2005 sementara spread kadar faedah bagi Bon Global yang matang pada tahun 2009 kekal stabil pada 55 mata

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

asas pada akhir tahun 2005. Pada 25 April 2005, Rating and Investment Information Inc. mengesahkan penarafan mata wang asing Malaysia pada A- dan meminda prospek penarafan daripada stabil kepada positif. Moody’s Investor Services mengesahkan penarafan mata wang asing jangka panjang Malaysia pada A3 dan mengekalkan prospek penarafan sebagai stabil pada 28 April 2005. Standard & Poor’s mengambil langkah yang serupa pada 25 Mei 2005 untuk mengesahkan penarafan mata wang asing jangka panjang Malaysia pada A- dan mengekalkan prospek penarafan sebagai stabil. Pada 18 November 2005, Fitch mengesahkan penarafan mata wang asing jangka panjang Malaysia pada A- dan mengekalkan prospek penarafan sebagai stabil. Pada tahun 2005, PABK mencatat pembayaran balik bersih yang lebih tinggi dengan ketara sebanyak RM7.6 bilion (2004: -RM1.1 bilion), mencerminkan terutamanya pembayaran balik hutang luar negeri kasar yang lebih tinggi sebanyak RM13.9 bilion (2004: -RM12.6 bilion) sebahagiannya disebabkan kematangan bon dalam denominasi dolar AS yang diterbitkan oleh syarikat dalam sektor minyak dan gas dan perkilangan serta prabayaran beberapa pinjaman. Sebaliknya, peminjaman kasar adalah lebih rendah dengan ketara pada RM6.3 bilion (2004: RM11.5 bilion). Hasilnya, hutang luar negeri terkumpul bagi PABK menurun kepada RM56.2 bilion (USD14.7 bilion) atau 28.7% daripada jumlah hutang luar negeri pada akhir tahun 2005 (2004: RM62.2 bilion atau 31% daripada jumlah hutang luar negeri).

Pada akhir tahun 2005, hutang luar negeri sektor swasta (termasuk hutang jangka pendek) meningkat kepada RM109.7 bilion atau USD28.7 bilion (2004: RM103.7 bilion), dan mencakupi sebanyak 56% daripada jumlah hutang luar negeri. Hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang mencatat peminjaman bersih yang lebih besar sebanyak RM4.2 bilion (2004: RM2.9 bilion) kerana peningkatan dalam peminjaman kasar melebihi pembayaran balik pinjaman yang lebih tinggi pada tahun 2005. Pengambilan pinjaman luar negeri yang lebih besar kebanyakannya dibuat oleh syarikat dalam sektor perkhidmatan, perladangan, perkilangan dan minyak dan gas. Meskipun peminjaman lebih tinggi, profil risiko keseluruhan hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang bagi sektor swasta kekal rendah kerana sebahagian besar pinjaman ini mempunyai lindung nilai semula jadi. Kebanyakan daripada pinjaman ini digunakan untuk membiayai aktiviti berorientasikan eksport dan pelaburan luar negeri dengan perolehan dan pendapatan pertukaran asing. Tambahan lagi, sebahagian besar daripada pinjaman ini diperoleh daripada pemegang saham dan syarikat induk atau bersekutu luar pesisir dengan terma yang lebih fleksibel dan pada kadar faedah konsesi. Sementara itu, sebahagian besar daripada pembayaran balik dilakukan oleh syarikat dalam sektor perladangan, perkhidmatan dan perkilangan. Oleh itu, hutang luar negeri terkumpul jangka sederhana dan panjang sektor swasta meningkat kepada RM63.5 bilion (USD16.6 bilion) pada akhir tahun 2005 (2004: RM60 bilion).

Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Manual Imbangan Pembayaran Edisi Kelima (BPM 5) Tabung Kewangan Antarabangsa mengklasifikasikan entiti luar pesisir dalam sesebuah ekonomi sebagai pemastautin untuk penyusunan data luaran, termasuk data hutang luar negeri. External Debt Statistics Guide for Compilers and Users1 (2003) juga menyatakan bahawa ‘Kedudukan perusahaan luar pesisir – termasuk perusahaan yang terlibat dalam pemasangan komponen yang dikilangkan di tempat lain, yang terlibat dalam operasi perdagangan dan kewangan, dan yang terletak dalam zon khas – dianggap sebagai pemastautin bagi ekonomi di mana perusahaan itu berada’. Oleh itu, liabiliti hutang entiti luar pesisir yang berhutang kepada bukan pemastautin perlu tergolong sebagai sebahagian daripada hutang luar negeri sesebuah ekonomi. Menurut definisi semasa hutang luar negeri di Malaysia, entiti luar pesisir di Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (Labuan IOFC) diambil kira sebagai bukan pemastautin untuk tujuan pentadbiran pertukaran asing. Oleh itu, entiti ini tidak tertakluk kepada peraturan pentadbiran pertukaran asing yang dikenakan terhadap pemastautin, termasuk pelaporan statistik kepada Bank Negara Malaysia. Hasilnya, data hutang luar negeri yang disusun dan disebarkan oleh Malaysia meliputi urus niaga dan pendedahan hutang pemastautin dengan entiti luar pesisir di Labuan IOFC, tetapi tidak mengambil kira urus niaga dan pendedahan hutang entiti luar pesisir dengan negara lain di dunia.
1

Satu panduan yang disediakan bersama oleh Bank for International Settlements (BIS), Commonwealth Secretariat, Eurostat, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), Paris Club Secretariat, United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) dan Bank Dunia.

65

Sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk memperbaiki penyusunan data hutang luar negeri untuk penilaian risiko yang lebih baik, dan juga untuk mematuhi amalan terbaik antarabangsa, Bank Negara Malaysia dengan bantuan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) telah menyusun data baru hutang luar negeri Malaysia bermula dengan kedudukan pada akhir tahun 2004. Data ini termasuk peminjaman oleh entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC daripada bukan pemastautin, sementara peminjaman oleh pemastautin daripada entiti kewangan luar pesisir ini tidak diambil kira. Satu perbandingan definisi hutang luar negeri yang sedia ada dan definisi baru ditunjukkan dalam Gambar rajah 1.
Gambar rajah 1 Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia
Definisi Sedia Ada: Liputan Hutang Luar Negeri dengan Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Bukan Pemastautin Definisi Baru: Liputan Hutang Luar Negeri dengan Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin

Negara lain di dunia

C

Negara lain di dunia

C

A B
Malaysia

Labuan

A
B
Malaysia

Labuan

Hutang Luar Negeri = A + B

Hutang Luar Negeri = A + C

Implikasi Terhadap Hutang Luar Negeri Malaysia (i) Perbandingan hutang luar negeri di bawah definisi yang baru dengan definisi sedia ada untuk kedudukan pada tahun 2004 Jadual 1 menunjukkan perbandingan tahap hutang luar negeri Malaysia dengan entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC diambil kira masing-masing sebagai bukan pemastautin (definisi yang sedia ada) dan sebagai pemastautin (definisi baru). Peralihan daripada definisi yang sedia ada dalam penyusunan data hutang luar negeri kepada definisi baru menurut BPM 5 telah menghasilkan beberapa perubahan pada tahap dan profil hutang luar negeri seperti yang berikut: • Menurut definisi baru, jumlah hutang luar negeri Malaysia pada akhir tahun 2004 adalah lebih tinggi, iaitu pada RM209.9 bilion (USD55.2 bilion) atau bersamaan dengan 49.4% daripada KNK berbanding dengan tahap yang sedia ada sebanyak RM200.6 bilion (USD52.8 bilion) atau 47.2% daripada KNK. • Hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang adalah lebih rendah, iaitu pada RM146.4 bilion berdasarkan definisi baru (RM156.8 bilion berdasarkan definisi sedia ada) disebabkan terutamanya oleh hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan yang lebih rendah berikutan pengelasan semula beberapa pinjaman pasaran yang diperoleh daripada entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC sebagai sebahagian daripada peminjaman dalam negeri. Sesetengah daripada pinjaman ini,

66

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

sebaliknya dicerminkan dalam hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang sektor perbankan. Akibatnya, bahagian hutang awam dalam jumlah hutang luar negeri lebih rendah pada 41.1% berbanding dengan 48.3% berdasarkan definisi yang sedia ada. • Pada masa yang sama, bahagian hutang sektor swasta (hutang jangka sederhana dan panjang dicampur hutang jangka pendek) daripada jumlah hutang luar negeri adalah lebih besar, iaitu pada 58.9% berbanding dengan 51.7% berdasarkan definisi yang sedia ada. Dalam sektor ini, hutang luar negeri sektor swasta bukan bank adalah lebih rendah, iaitu pada RM54.8 bilion (RM67.7 bilion berdasarkan definisi yang sedia ada), berikutan pengelasan semula peminjaman luar negeri daripada entiti kewangan luar pesisir kepada peminjaman dalam negeri. Sesetengah pinjaman ini dicerminkan dalam hutang luar negeri sektor perbankan. Hasilnya, bahagian hutang luar negeri sektor swasta bukan bank kepada jumlah hutang menurun kepada 26.1% daripada 33.7%. • Sementara itu, hutang luar negeri sektor perbankan adalah lebih tinggi, iaitu pada RM68.7 bilion (RM36 bilion berdasarkan definisi yang sedia ada) dengan bahagiannya dalam jumlah hutang luar negeri meningkat
Jadual 1 Hutang Luar Negeri Terkumpul
Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Bukan Pemastautin 2004 2004 (RM bilion) Jumlah hutang luar negeri (HL)2 Jangka sederhana dan panjang (HJSP) Kerajaan Persekutuan PABK Sektor Swasta Bank Bukan Bank Jangka pendek (HJP) Bank Bukan Bank Butiran memorandum: Hutang sektor swasta (HJSP + HJP) Bank Bukan Bank 200.6 156.8 34.7 62.2 60.0 0.7 59.3 43.7 35.3 8.4 209.9 146.4 23.8 62.4 60.3 11.0 49.2 63.4 57.7 5.7 220.0 150.6 22.5 60.0 68.1 12.4 55.6 69.4 64.0 5.4 Pemastautin1 2005

103.7 36.0 67.7

123.5 68.7 54.8 (peratus)

136.9 76.4 60.5

HL/KNK HJP/HL HJP/Rizab antarabangsa Hutang sektor awam/HL Hutang sektor swasta/HL HJSP HJP Bukan Bank HJSP HJP Bank HJSP HJP
1

47.2 21.8 17.3 48.3 51.7 29.9 21.8 33.7 29.5 4.2 18.0 0.3 17.6

49.4 30.2 25.0 41.1 58.9 28.7 30.2 26.1 23.5 2.6 32.8 5.2 27.5

46.5 31.6 26.1 37.8 62.2 30.9 31.3 27.5 25.3 2.2 34.7 5.7 29.1

2

Pengklasifikasian entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC sebagai pemastautin hanya diterima pakai dalam penyusunan data hutang luar negeri oleh Bank seperti di atas. Transaksi dan pendedahan terhadap hutang mengikut sektor (sektor awam, perbankan dan sektor swasta bukan bank) dengan entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC akan terus diklasifikasikan sebagai hutang luar negeri untuk penerbitan lain sehingga berakhirnya tempoh interim pada pertengahan tahun 2007 Tidak termasuk mata wang dan deposit yang dimiliki oleh bukan pemastautin dalam institusi perbankan pemastautin

67

kepada 32.8% daripada 18%, mencerminkan terutamanya peminjaman jangka pendek antara bank oleh entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC daripada institusi kewangan di luar Malaysia berikutan pelaburan dan operasi perbendaharaan mereka. Hasilnya, jumlah hutang luar negeri jangka pendek adalah lebih tinggi, iaitu pada RM63.4 bilion (RM43.7 bilion berdasarkan definisi yang sedia ada), mencakupi bahagian yang lebih besar sebanyak 30.2% daripada jumlah hutang luar negeri (21.8% berdasarkan definisi yang sedia ada). (ii) Perkembangan pada tahun 2005 berdasarkan definisi baru Pada akhir tahun 2005, jumlah hutang luar negeri Malaysia meningkat RM10.1 bilion kepada RM220 bilion (USD57.6 bilion). Walau bagaimanapun, kedudukan hutang luar negeri berdasarkan definisi yang baru mencakupi 46.5% daripada KNK pada akhir tahun 2005 berbanding dengan 49.4% daripada KNK pada akhir tahun 2004. Tahap hutang luar negeri yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan hutang jangka pendek kepada RM69.4 bilion (USD18.2 bilion), mencerminkan terutamanya peminjaman antara bank yang lebih tinggi oleh bank luar pesisir di Labuan IOFC berikutan pelaburan dan operasi perbendaharaan mereka. Oleh itu, nisbah hutang jangka pendek sektor perbankan kepada jumlah hutang juga meningkat kepada 29.1% pada akhir tahun 2005 berbanding dengan 27.5% pada akhir tahun 2004. Dengan mengambil kira hutang jangka pendek sektor swasta bukan bank, nisbah keseluruhan hutang jangka pendek kepada jumlah hutang luar negeri meningkat kepada 31.6%. Sementara itu, hutang jangka sederhana dan panjang meningkat sedikit kepada RM150.6 bilion (USD39.4 bilion) pada akhir tahun 2005, mencerminkan pembayaran balik bersih pinjaman oleh sektor awam, yang terdiri daripada Kerajaan Persekutuan dan PABK, diimbangi oleh peminjaman bersih sektor swasta. Akibatnya, bahagian hutang sektor awam daripada jumlah hutang luar negeri menurun kepada 37.8%, sementara bahagian hutang sektor swasta meningkat kepada 62.2%. Penilaian Risiko Hutang Luar Negeri Walaupun jumlah hutang luar negeri terkumpul lebih tinggi, kedudukan hutang luar negeri Malaysia terus berada pada tahap berhemat, iaitu pada 46.5% daripada KNK pada tahun 2005. Hutang jangka pendek yang lebih tinggi berpunca sepenuhnya daripada peminjaman oleh entiti kewangan luar pesisir di Labuan IOFC, terutamanya daripada ibu pejabat dan cawangannya di luar negeri, berikutan pelaburan dan operasi perbendaharaan mereka. Sebahagian besar daripada pinjaman ini telah dipinjamkan kepada pemastautin di Malaysia. Dengan mengambil kira hutang jangka pendek sektor swasta bukan bank, nisbah keseluruhan hutang jangka pendek kepada rizab antarabangsa dan bahagian hutang jangka pendek kepada jumlah hutang pada akhir tahun 2005 kekal rendah, masing-masing pada 26.1% dan 31.6%. Peningkatan hutang luar negeri jangka sederhana dan panjang adalah sederhana dan mencerminkan peningkatan hutang luar negeri sektor swasta. Kebanyakan daripada pinjaman ini mempunyai lindung nilai semula jadi kerana pinjaman ini digunakan untuk membiayai aktiviti berorientasikan eksport dan pelaburan luar negeri dengan perolehan dan pendapatan pertukaran asing. Tambahan lagi, sebahagian besar daripada pinjaman tersebut diperoleh daripada pemegang saham luar pesisir dan syarikat induk atau bersekutu, dengan terma yang lebih fleksibel dan pada kadar faedah konsesi. Kesimpulan Penyusunan data hutang luar negeri Malaysia berdasarkan definisi baru, dengan entiti luar pesisir di Labuan IOFC diambil kira sebagai pemastautin, memudahkan penilaian pendedahan luaran yang lebih tepat, termasuk risiko kredit, pertukaran asing dan mudah tunai yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia, terutamanya memandangkan peningkatan trend di kalangan pemastautin dan bukan pemastautin untuk menubuhkan entiti luar pesisir di Labuan IOFC untuk memudahkan aktiviti pembiayaan dan pelaburan mereka. Di samping itu, perubahan kepada definisi baru itu memperlihatkan komitmen Malaysia kepada piawaian antarabangsa dan amalan terbaik dalam penyusunan dan penyebaran data hutang luar negeri bagi memudahkan perbandingan dan penilaian antarabangsa.

68

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Hutang luar negeri jangka pendek terkumpul (tempoh matang satu tahun atau kurang) meningkat RM2.4 bilion kepada RM46.2 bilion (USD12.1 bilion) pada tahun 2005, keseluruhannya disebabkan peningkatan dalam peminjaman luar negeri jangka pendek oleh sektor perbankan, terutamanya untuk aktiviti perlindungan nilai bagi urus niaga yang berkaitan perdagangan dan aktiviti perbendaharaan. Sementara itu, hutang jangka pendek oleh sektor swasta bukan bank, yang terdiri terutamanya daripada pinjaman bertempoh, kredit pusingan dan kemudahan overdraf, terus menurun kepada RM7.3 bilion pada tahun 2005 (2004: RM8.4 bilion). Rizab Antarabangsa Pegangan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia terdiri daripada pertukaran asing dan emas, kedudukan rizab IMF dan milikan Hak Pengeluaran Khas (SDR). Rizab antarabangsa bersih untuk keseluruhan tahun 2005 bertambah sebanyak RM12.8 bilion kepada RM266.3 bilion (USD70.5 bilion) pada 31 Disember 2005. Pertambahan bersih rizab pada tahun 2005 mencerminkan asas ekonomi dengan aliran masuk pertukaran asing dijana terutamanya daripada perolehan eksport dan pelaburan langsung asing. Paras rizab berjumlah RM272.7 bilion atau bersamaan USD72.2 bilion pada 28 Februari 2006. Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan menampung 6.7 kali hutang luar negeri jangka pendek. Pada separuh pertama tahun 2005, penghantaran balik perolehan eksport dan pelaburan langsung asing yang kukuh telah diperteguh oleh aliran masuk
Jadual 1.24 Rizab Antarabangsa Bersih
Pada akhir tahun 2003 2004 2005 Perubahan 2005

Rizab antarabangsa bersih meningkat sebanyak RM12.8 bilion pada tahun 2005, mencerminkan asas ekonomi dengan aliran masuk pertukaran asing dijana terutamanya daripada perolehan eksport dan pelaburan langsung asing. pelaburan portfolio yang ketara. Aliran masuk dana jangka pendek yang besar pada tempoh itu sebahagiannya kerana jangkaan terdapat perubahan pada rejim kadar pertukaran. Berikutan pengumuman Bank Negara Malaysia tentang perubahan pada rejim kadar pertukaran kepada apungan terurus pada 21 Julai 2005, rizab terus meningkat, didorong oleh aliran masuk dana jangka pendek yang ketara. Berikutnya, aliran itu kembali seperti biasa dalam keadaan proses penemuan harga yang teratur. Kemerosotan rizab dari bulan September ke bulan November, mencerminkan terutamanya aliran keluar dana jangka pendek yang bersifat spekulatif. Walau bagaimanapun, aliran keluar dana jangka pendek reda pada bulan Disember. Aliran keluar pada tempoh ini juga mencerminkan pembayaran import yang lebih tinggi yang berkaitan dengan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, pembayaran balik pinjaman luar negeri yang lebih besar oleh sektor awam serta penghantaran balik keuntungan dan dividen yang lebih tinggi pada akhir tahun oleh syarikat asing. Pada tahun 2005, pengurangan nilai rizab hasil daripada penilaian semula pertukaran asing berjumlah RM15.5 bilion (2004: +RM8 bilion), berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama. Dalam pengurusan rizab, Bank Negara Malaysia meneruskan pendekatan berhemat untuk memastikan pengekalan modal dan kecairan rizab di samping mengoptimumkan pulangan. Rizab itu dipegang dalam bentuk deposit mata wang asing, serta kertas berdaulat dan kuasi-berdaulat yang mempunyai gred pelaburan yang tinggi. Mencerminkan kedudukan imbangan pembayaran Malaysia yang kukuh, Malaysia telah dimasukkan ke dalam Pelan Transaksi Kewangan IMF dengan 69

RM juta Pegangan SDR 685.0 765.3 748.3 Kedudukan rizab dengan IMF 3,652.0 3,068.4 1,186.3 Emas dan pertukaran wang asing 166,139.3 249,704.1 264,421.6 Rizab Antarabangsa Kasar Tolak Tanggungan luar negeri Bank Negara Malaysia Rizab Antarabangsa Bersih Nilai dalam USD juta Bulan import tertangguh Rizab/Hutang luar negeri jangka pendek (kali) 170,476.3 253,537.8 266,356.2 -17.0 -1,882.0 14,717.5 12,818.4

23.8

24.5

22.5

-2.0 12,820.4 3,769.3

170,452.5 253,513.3 266,333.7 44,855.9 6.6 5.1 66,714.0 7.9 5.8 70,483.3 7.8 5.8

Graf 1.47 Rizab Antarabangsa Bersih (akhir bulan)
RM bilion 320 300 280 260 240 220 200 D 2004 J F M A M J 2005 Rizab antarabangsa bersih, RM bilion (skala kiri) Tampungan import tertangguh (skala kanan) Rizab berbanding dengan hutang luar negeri jangka pendek (skala kanan) J O S O N D 4 2 0 Bulan/Kali 10 8 6

Jadual 1.25 Rizab Antarabangsa bagi Negara-negara Serantau Terpilih
Negara Rizab pada akhir tahun 2005 (USD bilion) 253.3 124.3 34.1 210.4 70.5 18.5 818.9 116.6 52.1 Rizab sebagai Rizab Rizab sebagai litupan jumlah dalam litupan hutang keseluruhan bulan luar negeri hutang import jangka pendek1 luar negeri1 16.7 5.0 7.2 9.7 7.8 4.9 14.9 7.0 5.3 4.0 0.4 3.5 3.1 5.8 3.0 5.7 0.6 3.1 3.1 0.3 0.2 1.1 1.4 0.3 3.1 0.5 1.0

China Taipei Hong Kong China Indonesia Korea Malaysia Filipina RR China Singapura Thailand
1

Data hutang luar negeri merujuk kepada baki pada akhir bulan September 2005, kecuali China Taipei (akhir bulan Jun 2005) dan Malaysia (akhir tahun 2005).

Sumber: Pihak Berkuasa Negara; Bank Pembangunan Asia; SDDS, Tabung Kewangan Antarabangsa

menyediakan sumber kepada negara ahli yang menghadapi masalah imbangan pembayaran jangka pendek. Walau bagaimanapun, kedudukan rizab dengan IMF menurun RM1,882 juta pada tahun 2005, kerana pembelian semula sebanyak SDR300.3 juta (RM1,655.5 juta) berikutan pembayaran balik ke akaun ringgit oleh beberapa negara ahli di bawah Pelan Transaksi Kewangan, sementara pengurangan nilai rizab hasil daripada penilaian semula pertukaran asing berjumlah RM226.5 juta. Pegangan rizab Malaysia dalam bentuk SDR juga menurun RM17 juta. Pengurangan nilai rizab hasil daripada penilaian semula pertukaran asing atas pegangan SDR berjumlah RM66.8 juta telah diimbangi sebahagiannya oleh perolehan bersih imbuhan bernilai RM49.8 juta berikutan kedudukan Malaysia sebagai pemiutang bersih dengan IMF. Rizab antarabangsa yang dipegang oleh Bank Negara Malaysia kekal boleh digunakan dan tiada halangan untuk menggunakannya. Rizab itu tidak mengandungi pinjaman dalam mata wang asing yang melibatkan opsyen terkandung, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat, yang diberikan oleh atau kepada bank-bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank-bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dengan opsyen dalam mata wang asing berhubung dengan ringgit. Aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti dan aset derivatif kewangan juga tidak ketara. Bank Negara Malaysia menyiarkan maklumat tentang kedudukan rizab antarabangsa serta penyata aset dan liabiliti setiap dua minggu sekali 70

dengan lat satu minggu. Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga mematuhi keperluan Piawai Penyebaran Data Khas (SDDS) IMF untuk menzahirkan maklumat terperinci rizab antarabangsa dan mudah tunai mata wang asing pada penghujung setiap bulan dengan lat satu bulan. Pecontoh data rizab turut menyediakan maklumat jangkaan hadapan tentang saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain, serta aliran keluar masuk pertukaran asing Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia pada masa hadapan dan potensinya (luar jangka) untuk 12 bulan akan datang. ALIRAN DANA Ekonomi mencatat lebihan sumber yang lebih besar sebanyak RM77.8 bilion, iaitu merupakan 16.4% daripada KNK pada tahun 2005 (2004: RM56.5 bilion atau 13.3% daripada KNK). Dari segi imbangan pembayaran, lebihan sumber yang lebih besar ini mencerminkan peningkatan dalam eksport bersih barangan dan perkhidmatan kepada RM116.2 bilion (2004: RM95.7 bilion). Dari perspektif imbangan simpanan-pelaburan negara, lebihan sumber yang lebih besar ini mencerminkan terutamanya kedudukan simpanan bersih sektor swasta yang lebih tinggi. Aliran dana antara pelbagai sektor ekonomi pada tahun 2004 dan 2005 ditunjukkan dalam Jadual 1.26 dan 1.27. Lebihan sumber bagi sektor awam adalah lebih tinggi sedikit pada RM19.9 bilion pada tahun 2005 (2004: RM18.4 bilion). Keseluruhan lebihan sumber ini mencerminkan lebihan sumber oleh PABK sebanyak

Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005

Jadual 1.26 Aliran Dana: 2004
Akaun Negara Ekonomi Domestik Sektor Awam Sektor Swasta Sistem Perbankan RM bilion Pendapatan Boleh Guna Penggunaan Pelaburan Perubahan dalam Stok Eksport Barangan dan Perkhidmatan Import Barangan dan Perkhidmatan Bayaran Faktor Luar Negara Bersih Pindahan Bersih Imbangan Bukan Kewangan Pembiayaan Asing Pelaburan Korporat Peminjaman Asing Bersih Perubahan Bersih dalam Aset Asing Bank Negara Malaysia Sistem Perbankan Pembiayaan Domestik Perubahan dalam Kredit Bank Perubahan dalam Deposit1 Peminjaman Bersih daripada Sektor Bukan Bank Kesilapan dan Ketinggalan Jumlah
1

NegaraNegara Lain

Jumlah

-410.4 252.1 91.8 10.0 545.0 -449.3 -24.5 -14.6 0.0

131.1 -59.3 -53.4

279.3 -192.8 -38.4 -10.0 -545.0 449.3 24.5 14.6

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3.5 0 0

18.4

38.2 9.7 20.3

0.0

-56.5 -9.7 -19.2

-1.1

-75.1 -6.9 4.1 -20.5 -0.8 31.0 -67.9 0.8 -32.1 0 0 -35.1 88.4 28.7 0

75.1 6.9

Termasuk mata wang dalam edaran.

Jadual 1.27 Aliran Dana: 2005
Akaun Negara Ekonomi Domestik Sektor Awam Sektor Swasta Sistem Perbankan NegaraNegara Lain Jumlah

RM bilion Pendapatan Boleh Guna Penggunaan Pelaburan Perubahan dalam Stok Eksport Barangan dan Perkhidmatan Import Barangan dan Perkhidmatan Bayaran Faktor Luar Negara Bersih Pindahan Bersih Imbangan Bukan Kewangan Pembiayaan Asing Pelaburan Korporat Peminjaman Asing Bersih Perubahan Bersih dalam Aset Asing Bank Negara Malaysia Sistem Perbankan Pembiayaan Domestik Perubahan dalam Kredit Bank Perubahan dalam Deposit1 Peminjaman Bersih daripada Sektor Bukan Bank Kesilapan dan Ketinggalan Jumlah
1

-456.1 280.5 98.9 -1.1 609.1 -492.9 -21.5 -17.0 0.0

139.6 -64.6 -55.2

316.5 -215.9 -43.8 1.1 -609.1 492.9 21.5 17.0

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 7.6 0 0

19.9

57.9 2.7 -45.3

0.0

-77.8 -2.7 56.3

-11.1

-28.3 11.8 -1.5 -7.9 0.5 44.6 -45.0 -0.5 -14.4 0 0 -43.2 52.9 6.8 0

28.3 -11.8

Termasuk mata wang dalam edaran.

71

RM34.1 bilion, yang membantu mengimbangi jurang sumber sektor kerajaan am sebanyak RM14.2 bilion. Lebihan sumber yang lebih tinggi bagi sektor awam disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan boleh guna sektor awam yang lebih daripada mengimbangi peningkatan dalam penggunaan sektor kerajaan am dan pelaburan yang lebih tinggi oleh PABK. Pendapatan boleh guna bagi sektor awam meningkat 6.5% kepada RM139.6 bilion pada tahun 2005. Ini berpunca terutamanya daripada hasil berkaitan petroleum yang lebih tinggi yang dicatat oleh sektor awam yang disatukan. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan turut mencatat hasil cukai yang lebih tinggi dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan berikutan usaha yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan pungutan cukai. Jurang sumber sektor kerajaan am dibiayai terutamanya melalui pinjaman dalam negeri. Sesetengah pembiayaan yang diperoleh kerajaan am serta lebihan sumber PABK sebahagiannya telah digunakan untuk pembayaran balik hutang asing manakala selebihnya disimpan dengan sistem perbankan. Lebihan sumber sektor swasta meningkat kepada RM57.9 bilion atau 12.2% daripada KNK pada tahun 2005, berbanding dengan RM38.2 bilion atau 9% daripada KNK pada tahun 2004. Kedudukan lebihan

sumber yang memberangsangkan bagi sektor swasta ini disokong oleh peningkatan dalam pendapatan dalam negeri dan eksport yang berkembang pada kadar yang lebih pantas daripada import dalam sektor luar negeri. Faktor ini menyumbang kepada peningkatan pendapatan boleh guna sektor swasta kepada RM316.5 bilion (2004: RM279.3 bilion), yang seterusnya menyokong pertumbuhan aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta yang berterusan. Selain lebihan sumber itu, aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (RM2.7 bilion), dan pinjaman daripada sistem perbankan (RM44.6 bilion) turut menyumbang kepada kumpulan dana yang sedia ada kepada sektor swasta. Sebahagian daripada dana itu disalurkan ke arah pembayaran bersih obligasi asing, termasuk aliran keluar portfolio, dan pemberian kredit perdagangan, sementara sebahagian lagi disimpan sebagai deposit dalam sistem perbankan. Lebihan akaun semasa kekal besar, iaitu lebih daripada mengimbangi aliran keluar sektor swasta dan sektor awam dalam akaun kewangan imbangan pembayaran. Dengan itu, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (tidak termasuk pengurangan nilai rizab bersih hasil daripada penilaian semula pertukaran asing) terus bertambah sebanyak RM28.3 bilion.

72

Similar Documents

Free Essay

Corporate Social Responsibility

...of “Executive and Management attitudes towards corporate social responsibility in Malaysia Introduction “Social Responsibility is defined as the role that companies play to serve different stakeholders and also the role that the companies play to support the society.”(George Pohle, 2008) Corporate Social Responsibility (CSR) is now longer phenomenon to the worldwide organisations and corporation in developed countries on the world, it is considered as the large organisation’s globalising strategies or their responsibility and dedication into the society. However, this essay will focus on the other side of CSR developing world- Malaysia and also the Malaysian managers and executives toward to corporate social responsibility. Based on the report “Executive and management attitudes towards corporate social responsibility in Malaysia” (Rashid and Ibrahim, 2002), criticism and discussion about the writer’s analysis and point of views on the researching statistic will be the main stream of this essay. Also, this essay shall analyse statistic and judgements that are provided in the report. Corporate Social Responsibility of Malaysia discussion by Rashid and Ibrahim (2002) is a considerable material to be study but there are still a few points in the report should be criticised: literature review and methodology. Aims and Author Conduction To begin, there are three main aims listed in the report: examination the attitudes in Malaysian executives and managers towards to social responsibility...

Words: 1545 - Pages: 7

Premium Essay

Unemployment Rate of Malaysia

...the general level of economic activity, others are the result of a failure of the labour market in an economy to work optimally. Among the main types of unemployment, we can consider real wage unemployment, demand deficient unemployment, frictional unemployment, structural unemployment and hidden unemployment (Tutor2u, 2014). Table 2: Unemployment Data of Malaysia (2003 - 2012) Year | Unemployment rate | 2003 | 3.61 | 2004 | 3.54 | 2005 | 3.53 | 2006 | 3.33 | 2007 | 3.20 | 2008 | 3.30 | 2009 | 3.70 | 2010 | 3.40 | 2011 | 3.10 | 2012 | 3.10 | (Source: World Bank, 2014) Figure 2: Unemployment Data of Malaysia (2003 – 2012) (Source: World Bank, 2014) Based on the data table 2 shown above, Malaysia consists of 10 years fluctuation unemployment over the business cycle which starts from the year 2003 until year 2012. In the year 2003, the unemployment rate is 3.61% and contraction up to 3.54% and 3.53% in the year 2004 and 2005 respectively. In the year 2006, the unemployment rate has decrease to 3.33% and continues to drop until 3.2% in the year 2007. In the year 2008, the unemployment rate has slightly raised back to 3.3%. Malaysia encountered a serious unemployment which rises to 3.7% in the year 2009. The improvements begin in the year 2010 and the unemployment rate decrease until 3.4%. The condition continues to improve and unemployment rate has decrease up to 3.1% The average unemployment rate in Malaysia between 2003 and 2012...

Words: 711 - Pages: 3

Premium Essay

Money Market

...assignment for this subject which is business report on Overnight rates in Malaysia. The main purpose of this business report is to understand the past year event on the overnight rates in Malaysia from the year 2004 to 2010. Further, we would also like to predict the incoming overnight rates which will be announced by the Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia) by the year of 2012. In addition to that, we are agreed to submit our assignment on to the respective tutor through the assignment box located We hope that our assignment on this business report had met the subject requirement based on the marking and grading criteria of Thank you. Yours truly,| Executive Summary The overnight rates in Malaysia creates a long great history in the past seven years from 2004 to 2010, during these years the overnight rates was changeable between increasing at a maximum of 3.5 % in 2006 and decreasing at a minimum of 2% in 2009, further the average overnight rates was recoded at 2.91%. This report will show the history of the overnight rates during this period and reasons that caused the overnight rates to change, for instance decrease in overnight rates caused by an effect of the global financial crisis. Moreover this report will discuss the coming predicted overnight rates for this year depending on proved evidence from past years, most of the sources in the report were conducted directly from the central bank of Malaysia website which is more accurate and proved as well...

Words: 5496 - Pages: 22

Premium Essay

Malaysia Macroeconomics

...Introduction Malaysia, an upper-middle income country, is a federal constitutional monarchy which consists of 13 states and 3 federal territories located in Southeast Asia. Besides, Malaysia has a newly industrialised market economy which is relatively open state-oriented. It was ranked 3rd largest economy in Southeast Asia and 29th largest economy in the world by purchasing power parity in year 2007. In recent years, Malaysia has successfully transformed itself from being the world’s largest producer of raw material such as tin and rubber to being a diversified economy to reduce the dependence of exported goods. As a result, Malaysia GDP is now driven mainly by the services and manufacturing sectors (Malaysia Factbook 2014). 2.0 Malaysia Economic Growth Rate Table of Malaysia GDP Growth (Annual %) from year 2003-2012 Year | GDP Growth (Annual %) | 2003 | 6 | 2004 | 7 | 2005 | 5 | 2006 | 6 | 2007 | 6 | 2008 | 5 | 2009 | -2 | 2010 | 7 | 2011 | 5 | 2012 | 6 | Sources: The World Bank Group 2014a Line chart of Malaysia GDP Growth (Annual %) from year 2003-2012 Sources: The World Bank Group 2014a The x-axis of the line chart above represents years from 2003 to 2012 while y-axis represents Malaysia’s GDP Annual Growth Rate. GDP Growth (Annual %) can be defined as annual percentage growth rate of GDP at market prices based on constant local currency (Index Mundi 2014a). According to the line chart, GDP Annual Growth Rate in Malaysia is at average...

Words: 2117 - Pages: 9

Premium Essay

Individual Assignment

...|Learning Outcomes |Tasks/Means |Criteria & Allocated Marks |Assessed | | | | |Marks | | | |STRUCTURE (10%) | |Successful students are able to: |Conduct a secondary research and write a report on | | | |Malaysia Economic Growth (increase or decrease in GDP). | | |Describe in detail the recent | | | |economic conditions...

Words: 482 - Pages: 2

Premium Essay

Eia Impact Accessment

...com/0268-6902.htm MAJ 23,4 The impact of government and foreign affiliate influence on corporate social reporting The case of Malaysia Azlan Amran School of Management, University Science Malaysia, Penang, Malaysia, and 386 S. Susela Devi Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia Abstract Purpose – This paper seeks to investigate the influence of government and foreign affiliates, particularly; multinational companies on corporate social reporting (CSR) development in an economy, where CSR awareness is low coupled with weak pressure group activism. Design/methodology/approach – This is a cross sectional study that focuses on the information contained in the annual reports for year 2002/2003. This research uses content analysis as method to measure the extent CSR. Findings – Based on regression analysis, the study evidences on the impact of government influence. However, the impact of foreign affiliation variables is not evident. Institutionalisation of the government’s aspirations and commitment to CSR is perhaps the most appropriate description for Malaysian CSR practice. Research limitations/implications – There are two main limitations of this study. Firstly, this study examines the annual reports for one year. Secondly, this study is annual reports centric. It does not examine any other stand alone reports that the respondents might have produced on the subject of society and the environment. Practical implications – This study...

Words: 9885 - Pages: 40

Premium Essay

Rukun Negara

...Multiracial Societies in Malaysia A society is a body of individuals living as members of a community A multiracial society refers to a society that consists of various groups of races or ethnicities but under one leadership.Malaysia is a multiple races and cultural country. The very first race that stay in this land were indigenous tribes also known as Orang Asli that still remains; Malay is the next, who moved from mainland Asia in long time ago. The Chinese and India culture was bring in during early 19 century when they start to trade and doing business between them and Malaya at straits of Malacca. Each major religious group has its major holidays such as "Hari Raya Adilfiltri", "Hari Raya Cina" and "Hari Deevapali". Hari Kebangsaan is the most universal holidays that celebrate by the whole Malaysian to celebrate the independent of Malaya back to 31 August 1957. Although festivals are differently from the different ethics, but they still celebrate together in Malaysia. This shows that Malaysian hold the One Malaysia spirit. Before the existence of the three main commiunities (Malay,Chinese and Indian), almost the entire population of Malaya consisted of Malays. In the early 19th century more than 90% of the population in the peninsular of Malaysia and Singapore were Malays. There were only a few number of Chinese who had come to Malaya as traders and settled down in Melacca, Kuala Terengganu, Johor River, Pahang River and Kelantan. Meanwhile, a small number of Indians...

Words: 4555 - Pages: 19

Premium Essay

Australia Supermarket

...has forced two dominated companies, Woolworths and Coles, to lower prices and increase the number of private-label products (IBIS 2016). Malaysia hypermarket retail chain Giant is also eyeing the Australian market. Given the business context in Australia, political, economic and technological are the most relevant macro environmental factors that Giant should consider. Political factor The export tariff is an important issue in trading as Australia was Malaysia’s 10th largest export destination, accounting for 3.6 percent of Malaysia’s exports (Department of the Prime Minister and Cabinet 2012). The Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA), was signed in May 2012 and came into force on 1 January 2013, provided a high level of market access liberalization for goods into the Australian market (Department of the Prime Minister and Cabinet 2012). The implement of MAFTA is likely to lower the cost of Malaysian products, enhance the relationship between trading partners and create investment opportunities and jobs in Australia market. Furthermore, according to the report of the Economist Intelligence Unit, Australia achieved one of the highest rankings in the world regarding political stability and strong government support for foreign investment (HABC 2016). The report of Australia government also demonstrates that Australia and Malaysia share a long-standing and substantial partnership for a long time, evidenced by responses to the disappearance of MH370 and the shooting...

Words: 1178 - Pages: 5

Premium Essay

The Malaysian Stock Market

...for the past 10 years (2002 – 2011) 4 2.1 Merger of Two Stock Exchanges (KLSE and MESDAQ) 5 2.2 Standard Board Lot of 100 units 5 2.3 FTSE Bursa Malaysia Index (FBM) 6 2.4 Bursa Trade Securities (BTS) 6 2.5 Introduction of Special Purpose Acquisition Companies (SPACs) 6 2.6 Amendments on Listing Requirements 7 2.7 Introduction of E-dividend and E-share Payment System 7 2.8 ASEAN Exchanges Trading Link 7 3.0 Capital Market Master Plan (CMP) 9 3.1 Capital Market Master Plan 1 9 3.2 Capital Market Master Plan 2 (CMP 2) 9 3.2.1 CMP2 and the development of stock market 12 4.0 Outlook of Islamic Stock Market 13 4.1 Introduction of Islamic Stock Market 13 4.2 Current Condition 13 4.3 Efforts in Strengthening Malaysia’s Position in Global Islamic Stock Market 13 4.4 Prospects of Malaysia Islamic Stock market over next decade 14 5.0 Conclusion 15 Reference List 16 Appendices 20 List of Figures Figure 1: Main indicators for Malaysia Stock Market from year 1989 to 2010 4 Figure 2: Malaysian Stock Market Capitalisation in the past ten years (2002 - 2011) 5 Figure 1: Number of stockbroking member companies before and after merger 21 Figure 2: Number of dealer representatives before and after merger 21 List of table Table 1: Market capitalisation of Shariah-compliant corporations in Malaysia………………………14 Executive Summary This study was conducted to discuss Malaysian stock market, specifically its major developments for the past ten years...

Words: 5548 - Pages: 23

Free Essay

Kadazan and Sabah Politics

...Reproduced from Federal-State Relations in Sabah, Malaysia: The Berjaya Administration, 1976-85 by Regina Lim (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2008). This version was obtained electronically direct from the publisher on condition that copyright is not infringed. No part of this publication may be reproduced without the prior permission of the Institute of Southeast Asian Studies. Individual articles are available at < http://bookshop.iseas.edu.sg > REFERENCES Abinales, Patricio N. Making Mindanao: Cotabato and Davao in the Formation of the Philippine Nation-state. Quezon City: Ateneo de Manila University Press, 2000. Abinales, Patricio N. and Donna J. Amoroso. State and Society in the Philippines. Lanham, M.D.: Rowman and Littlefield, 2005. Ahmad Ibrahim. “The Administration of Muslim Law Enactment, Sabah, 1977 (No. 15 of 1977)”. Journal of Malaysian and Comparative Law 5, no. 2 (1978): 359–62. Andaya, Barbara W. “Cash Cropping and Upstream-downstream Tensions: The Case of Jambi in the Seventeenth and Eighteenth Centuries”. In Southeast Asia in the Early Modern Era: Trade, Power, and Belief, edited by Anthony Reid. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press, 1993. Baker, M. H. Sabah: The First Ten Years as a Colony. Kuala Lumpur: Malaysia Publishing House, 1965. Black, Ian. “The Ending of Brunei Rule in Sabah, 1878–1902”. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society 41, no. 2 (1968): 176–92. ———. A Gambling Style of Government:...

Words: 3324 - Pages: 14

Free Essay

Strategic Expansion Proposal for Taco Bell to Malaysia

...Bell in Malaysia’ as a growth prospect. The report has undertaken all aspects of analyzing the climate for Taco Bell in Malaysia. We have studied the environment and the business strategies to propose a plan that fits the company’s policy and purpose of internationalization. Our team would like to thank you for this opportunity and hope that we have clarified all areas of the proposal. We are grateful for this opportunity and anticipate to working with you in the future. We hope that this proposal will meet your approval. Yours sincerely, Sehr Ali Jafri Table of Contents 1. Executive Summary 3 2. Introduction 3 3. Methodology 3 4. Motives for Internationalisation 4 5. Malaysia Economy Profile 5 5.1 Malaysian Fast-food Business Environment 6 6. Taco Bell’s Global Strategy 6 6.1 Entry Mode 7 7. Conclusion 7 8. Recommendations 7 1. Executive Summary The purpose of this study is to critically analyse the investment opportunities prevalent in the Malaysian market by taking into consideration the significant macroeconomic factors, food industry trends, political environment and other socioeconomic trends that can affect business competitiveness. The idea is to take advantage of the growing Asian market as part of Taco Bell’s internationalisation. The report also presents a valuable insight towards the possible strategies that should be adopted towards expansion into new markets. The study of macro and micro levels recommend that Malaysia is...

Words: 3628 - Pages: 15

Premium Essay

History

...“Privatising Petronas would send a signal” By Kevin Brown in Kuala Lumpur Published: December 14 2010 18:23 | Last updated: December 14 2010 18:23 Article about Malaysia Searching for a big idea to start a new era of rapid economic growth, Malaysia’s government has come up with a plan for a 100-storey Kuala Lumpur office block. There is neither demand nor financing for this controversial project and the south-east Asian country is ignoring an alternative guaranteed to generate an international buzz: the privatisation of Petronas, the state-owned oil and gas producer. Najib Razak, Malaysia’s prime minister, has upset many with his $1.6bn tower block plan, which he says would help speed up the relatively slow-growing economy’s shift from resources and mainly low-grade manufacturing to high value-added financial and commercial services. Opposition leaders say the project is a waste of money. A quarter of a million people have signed a Facebook petition against it. Mahathir Mohamad, a former prime minister from Mr Najib’s own party, fears it would overshadow his own monument, the 88-storey Petronas Towers, which was briefly the world’s tallest building in the 1990s. All the fuss, though, has been within Malaysia’s borders. Outside the country, the plan has barely been noticed. Contrast this with the attention focused on Brazil earlier this year when Petrobras, that country’s state oil and gas producer, raised $67bn in the biggest share issue in global corporate history...

Words: 2064 - Pages: 9

Premium Essay

The Changing Role of External Auditor

...between the independent auditor and the companies must be disclose, to prevent any conflict in interest when auditing the accounting records. The external auditors were given the power to obtain information and inspect the accounting records of the companies because of the nature of their duties. As stated in Companies Act 1965 section 174 (2)(a), the roles of an auditor is to report the consolidated accounts by give a true and fair view as required by section 169 and in accordance with the applicable approved accounting standards. In 1971, during the implementation of New Economic Policy (NEP), where after the eruption of violence between Malays and Chinese in 1969, Malaysia economy change its direction from to target foreign interest of free enterprises towards in the control of the government. By the strong presence of the government to improve and balance the economics including the incomes distribution and assets ownerships, Malaysian now has a shared goal together in socio-economic; and thus increase the demand for the independent auditors and present more existence. During 1980s, Malaysia was in economics recession where NEP was slowly being discarded by the local communities and come to an end. There are no any significant changes in the roles of the auditors in late 1980s when started the operation of KLSE and amendment of the Companies Act. Changing of the term of the audit license to two years make governing the auditing profession more effective under Companies Act 1965...

Words: 1490 - Pages: 6

Free Essay

Malaysia Cultural Compatabilities

...Over the past few decades, Malaysia has experienced both growth and decline economically. Relying mainly on exports, this country is predicted to experience a more stable growth period between the years 2011-2015. GDP is predicted to increase in the future years and investments in the country will be the main factor of this economic growth (Economic Forecast, 2011). With a population of 28.3 million and an expected population growth rate of 1.7%, this country provides an excellent opportunity for exporters looking to invest in another country by way of goods and services (Profile, 2011). In order for exports in Malaysia to be successful however, one must understand the values and subcultures Malays possess in order to market to them appropriately. This report will focus on the influences of these concepts on the behaviour of Malaysian consumers in comparison to Australian consumers. This report will also highlight the importance of understanding certain cultural differences and their implications for marketers if Australia is to export goods and services to Malaysia. Religious Subcultures The concept of subcultures, more specifically religious subcultures, is an important aspect of consumer behaviour to consider. Strongly held religious beliefs and customs can exert a significant influence upon the values people hold. These values may include choosing to adopt a simple and humble existence devoid of materialism or choosing to lead a lifestyle that balances simplicity and materialism...

Words: 2775 - Pages: 12

Premium Essay

Hollymemo

...and hot specialty drinks, a variety of pastries and other snacks, and coffee supplies. By 2008 there were more than 100 Hollys Coffee shops in Korea, and the franchise had expanded with additional stores in Japan, China and Malaysia. It has a barista academy called the Hollys Coffee Academy. Home Country: Korea South Korea has a market economy which ranks 15th in the world by nominal GDP and 12th by purchasing power parity (PPP), identifying it as one of the G-20 major economies. It is a high-income developed country, with a developed market, and is a member of OECD. It is a country filled with rich culture and heritage. All thanks to the influences of Korean pop to all over the world, there are more people getting more interested in Korean culture and heritage. We can seize the opportunity to start the business and learn to speak a little of their language can be useful to us as well. Other financial organizations like the World Bank describe Korea as one of the fastest-growing major economies of the next generation along with BRIC and Indonesia. South Korea was one of the few developed countries that was able to avoid a recession during the global financial crisis and its economic growth rate will reach 6.1% in 2010, a sharp recovery from economic growth rates of 2.3% in 2008 and 0.2% in 2009 when the global financial crisis hit. Host Country: Singapore Singapore is well-renowned for its political stability, geographical location and the reputation of being a safe...

Words: 780 - Pages: 4