Free Essay

Amanah Dalam Perniagaan

In:

Submitted By Leoz
Words 8374
Pages 34
Amanah dalam perniagaan
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN

Elakkan diri daripada membeli produk tiruan atau cetak rompak kerana kita sebenarnya menganiaya penjual. -Gambar hiasan
MEREKA yang terlibat dalam dunia perniagaan tentunya mengetahui betapa hebat ujian dan dugaan untuk membuka perniagaan dan untuk membawa perniagaan ke mercu kejayaan.
Dalam mengejar kejayaan yang terlalu tinggi untuk dijulang, ditambah pula dengan iklim persaingan yang terlalu hebat, para peniaga terdedah kepada ruang yang banyak untuk membuat penipuan atau sekurang-kurangnya menyembunyikan kebenaran.
Produk-produk yang ditawarkan kepada pengguna kadang-kala penuh dengan penipuan dan eksploitasi.
Pengguna menjadi mangsa kerana kerakusan mencari harta kekayaan secara tamak haloba yang tidak berkesudahan.
Antara penipuan yang kerap berlaku ialah menyembunyikan sifat sebenar barangan yang dijual. Produk-produk yang ditawarkan kadang-kala tidak menepati spesifikasi yang telah digembar-gemburkan dalam brosur, risalah dan sebagainya.
Iklan-iklan yang memaparkan tentang produk sama ada di televisyen, surat khabar, papan iklan dan sebagainya cuba memberikan penerangan tentang kelebihan yang ada secara melampau dan berlebih-lebihan.
Akhirnya, pengguna akan terpukau dan terus membuat pembelian walaupun pada asasnya mereka tidak memerlukan produk tersebut sehingga sanggup untuk berhutang.
Apabila pengguna membuat pembelian dan pulang ke rumah masing-masing, akhirnya didapati barangan berkenaan tidak mengikut spesifikasi yang dipersetujui dalam akad pembelian.
Maka, di sinilah timbulnya ketidakadilan dan penganiayaan kepada pembeli. Hal ini akan memberi impak yang negatif kerana tidak wujud keredaan pembeli terhadap barangan yang diperolehi.
Terdapat juga di kalangan peniaga yang sanggup untuk mengubah timbangan, sukatan atau ukuran. Kesan daripada itu, barangan yang dibeli oleh pengguna menjadi lebih mahal daripada jumlah yang sepatutnya.
Allah SWT mencela golongan ini dalam firman-Nya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada Hari (Kiamat) orang yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk menghadap Tuhan sekalian alam? (al-Mutaffifiin: 1-6).
Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: ...Dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. (al-Israa': 35).
Penipuan juga banyak berlaku melalui perniagaan Internet, sama ada melalui jual-beli barang atau pelaburan. Ditambah pula dengan sikap pengguna yang malas untuk membuat kajian serta analisis terlebih dahulu.
Untuk mengelakkan penipuan ini, pengguna perlu mengetahui secara terperinci mengenai pihak yang menjual barangan tersebut. Sila semak dan teliti pengalaman mereka yang telah berurusniaga dengan syarikat terbabit.
Sila pastikan barangan yang ingin dibeli benar-benar wujud dan boleh diperoleh dalam masa yang telah ditetapkan. Elakkan daripada membeli barangan yang agak kabur spesifikasinya untuk mengelakkan berlakunya unsur gharar atau ketidakpastian yang akan menjejaskan kesahihan kontrak jual-beli tersebut.
Terdapat juga mereka yang sanggup menjual barangan tiruan dengan menyatakan barangan tersebut adalah tulen. Barangan-barangan ini biasanya menggunakan jenama yang sama atau hampir sama, tetapi dijual dengan harga yang lebih rendah sehingga mengelirukan pembeli.
Namun, sebagaimana yang diketahui, ia mempunyai kualiti yang terlalu rendah sehingga menyebabkan barangan tersebut tidak tahan lama, bahkan terdapat juga barangan yang langsung tidak dapat digunakan.
Kesan daripada aktiviti ini antaranya, pemilik atau penjual barangan yang tulen akan mendapat kerugian kerana pembeli cenderung untuk membeli barangan tiruan disebabkan terpedaya dengan tawaran harga yang lebih rendah.
Sehubungan dengan itu, kita perlu sedaya-upaya mengelakkan diri daripada menggunakan barangan tiruan atau cetak rompak kerana dari sudut yang lain kita sebenarnya menganiaya pengeluar atau penjualnya.
Amanah adalah merupakan elemen yang sangat penting dalam menjamin sesebuah perniagaan itu maju, berjaya dan yang lebih pentingnya ialah diberkati oleh Allah SWT. Perkara ini sejajar dengan ajaran Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW: Dua orang yang sedang melakukan jual-beli dibolehkan tawar-menawar selama belum berpisah; jika mereka itu berlaku jujur dan menjelaskan (ciri dagangannya), maka mereka akan diberi barakah dalam perdagangannya itu; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (ciri dagangannya), barakah dagangannya itu akan dihapus. (riwayat Bukhari) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm -------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------

-------------------------------------------------
Konsep Akad dan Jenisnya dalam Muamalat Islam
Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai antaranya, janji, jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Manakala Kamus Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad merupakan perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak. Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat mengikut cara yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan. Dengan perkataan lain akad melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak yang berakad dengan cakapan pihak yang satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang diakadkan. (al-Zuhaily,Wahbah, 2002, Fiqh & perundangan Islam, pent. Md. Akhir Haji Yaacob, Dewan Bahasa dan Pustaka, jld.4, hlm.83). Dari aspek undang-undang pula, kontrak didefinisikan sebagai semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah (Akta Kontrak, seksyen 10 (1)). Akad terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut perbezaan sudut pandangan. Antaranya ialah pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, dan dari aspek ada atau tidak ada kesannya kepada akad yang dimenterai. 1. Pembahagian akad mengikut sifatnya dari aspek syarak, terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sahih (صحيح) , batil(باطل), nafiz (نافذ), mauquf (موقوف), lazim (لازم) dan ja’iz (جائز). * Akad sahih ialah kontrak yang sempurna semua rukun dan syarat yang ditetapkan syarak dan tidak ada sebarang unsur dan sifat meragukan yang boleh mengeluarkannya dari dikira sah dari segi pensyariatannya. Hukum kontrak ini ialah sah dan sabit kesannya serta-merta sebaik sahaja selesai ijab dan qabul jika tidak ada khiyar dalam jual beli. * Akad batil ialah kontrak yang tidak sempurna (cacat) syarat dan rukunnya. Hukum kontrak seperti ini ialah tidak sah dan tidak melahirkan sebarang kesan sedikit pun. * Akad nafiz ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan dan kuasa untuk melakukannya. Hukumnya ialah kontrak seperti ini menerbitkan kesan segera sebaik sahaja ia dibuat, tanpa tertakluk kepada kelulusan dan keizinan seseorang. * Akad mauquf ialah kontrak yang terbit dari seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berkontrak, tetapi dia tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya seperti kontrak yang dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz bagi kontrak yang ada risiko untung dan rugi. Hukumnya ialah kontrak ini tidak boleh melahirkan sebarang kesan melainkan setelah mendapat kelulusan dan persetujuan oleh pemilik hak yang berkuasa melakukannya. Jika pemilik hak tidak mempersetujui atau meluluskannya maka kontrak itu menjadi batal. * Akad lazim ialah kontrak yang tidak membolehkan salah satu pihak yang memeterai kontak membatalkannya tanpa persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak sewa dan jual beli. * Akad jaiz ialah kontrak yang membolehkan salah satu pihak yang berkontrak membatalkannya tanpa sebarang persetujuan pihak yang lagi satu seperti kontrak wakalah.
2. Pembahagian akad dari aspek ada atau tidak ada kesannya terhadap akad yang dibuat pula terbahagi kepada munjiz(منجز), muallaq (معلق) dan mustaqbali (مستقبلى). * Akad munjiz ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz yang tidak digantungkan dengan sebatang syarat dan tidak disandarkan pelaksanaannya pada masa hadapan. Kontrak seumpama ini menerbitkan kesan segera ke atas kontrak sebaik sahaja ia dibentuk. * Akad muallaq ialah kontrak yang dikaitkan kewujudannya dengan wujudnya sesuatu yang lain. Sekiranya wujud perkara tersebut maka wujudlah kontrak, jika sebaliknya maka tidak berlakulah kontrak. Sebagai contoh si polan A berkata kepada si polan B, “jika aku jadi keluar negara maka engkaulah menjadi wakil ku”. Kontrak seumpama ini tidak akan terbentuk melainkan adanya syarat yang dikaitkan itu. * Akad mustaqbali ialah kontrak yang dibuat dengan lafaz penerimaan disandarkan pada masa yang akan datang. Hukum kontrak ini ia akan berlaku atau terbentuk segera, tetapi kesannya tidak ada kecuali pada waktu yang ditetapkan itu, iaitu waktu yang disandarkan berlaku. (al-Zuhaily,Wahbah, Fiqh & perundangan Islam, jld.4, hlm.235-248 dan al-Banhawi, Mohd Abdul Fatah, 1999, Fiqh al-Muamalat Dirasah Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, hlm.11-14.)
Akad jual beli dan jenis-jenisnya
Perkataan al-bai’ (jual beli) dari aspek bahasa bermaksud menukar suatu barang dengan suatu barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, al-bai’ mempunyai banyak pengertian yang diberikan para ulama. Menurut Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran suatu harta dengan suatu harta yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu yang disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara tertentu yang berfaedah iaitu dengan tawaran atau unjuk-mengunjuk. Menurut mazhab Syafie, jual beli ialah pertukaran sesuatu harta benda dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh ditasharrufkan (dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh syarak (al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad, 2005, Kifayatul akhyar fi halli ghayat al-ikhtisar, Dar al-Salam, al-Qahirah, Misr, hlm.305). Al-Bai’ juga adalah kontrak pertukaran harta benda yang memberikan seseorang hak memiliki sesuatu benda atau manfaat untuk selama-lamanya, bukan dengan tujuan al-qurbah (mendampingi diri kepada Allah) (Mughni al-muhtaj, jld.3, hlm.2).
Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah: * Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (بيع السلعة بالنقد): iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contonya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya. * Bai’ al-muqayadhah (بيع المقايضة): iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan sebagainya. * Bai’ al-salam (بيع السلم): ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan. * Bai’ al-sharf (بيع الصرف): iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya. * Bai’ al-murabahah (بيع المرابحة): iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. * Bai’ al-wadhiah (بيع الوضيعة): ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu jaul-beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah. * Bai’ al-tauliah (بيع التولية): ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100. * Bai’ al-urbun (بيع العربون): iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan kepadanya. * Bai’ al-talji’ah (بيع التلجئة): ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang. * Bai’ al-wafa’ (بيع الوفاء): iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual. * Bai’ al-istishna’ (بيع الاستصناع): iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli. * Bai’ al-inah (بيع العينة): iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.
Kesimpulannya, kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad jual beli menunjukkan keunikan sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan jenis ini tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan didunia ini. Semoga tulisan ini memberikan manfaat dan panduan kepada kita ke arah memahami akad dan kontrak dalam syariat Islam.

http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/konsep-akad-dan-jenisnya-dalam-muamalat-islam

-------------------------------------------------
Perkara Haram Dalam Perniagaan
Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi). Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara. Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat. Perkara yang diharamkan dalam perniagaan Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:
1. Riba.
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya. Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 289). Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil. Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya: (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu). Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain. Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu. Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى يُزِيل الْبَرَكَتها. Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya. Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
4. Rasuah.
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit. Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang. Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.
5. Memonopoli barangan (ihtikar).
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;
عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.
Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan. Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223)
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan. Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Semua ayat tersebut memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.
7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »
Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya. Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah berbuat dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:
‏ابْنَ عُمَرَ ‏ ‏يَقُولُ ‏قَالَ رَسُول ُاللَّهِ‏ ‏صَلَّى اللَّه ُعَلَيْه ِوَسَلَّمَ ‏ ‏لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا ‏ ‏وَمُبْتَاعَهَا ‏ ‏وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual, pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya”
عَنْ عِمْرَانَ بن حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"نَهَى عَنْ بَيْعِ السِّلاحِ فِي الْفِتْنَةِ
Maksudnya:
Dari Imran bin Husain, “Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata ditengah berlangsungnya fitnah (perselisihan)” Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan sebagainya.
8. Haram menjual najis.
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.
‏عن ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ ‏ ‏حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ…
Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala. Penutup Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/perkara-haram-dalam-perniagaan

Tridaya Mufakat Adil & Amanah
Tridaya Mufakat Adil & Amanah
TRIMUDILAH
Bersatu, Bersinergi dan Beritikad Baik * Home * Taawun * Baitulmuslim
WaTransaksi Ijon Dalam Pandangan Syariat
Filed under: Muamalah by: 3Mudilah

Alhamdulillah, shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Saudaraku, semoga Allah merahmati saudara dan membukakan pintu-pintu kebaikan bagi saudara.

Dalam syari'at perniagaan, Islam mengajarkan kita agar senantiasa membangun perniagaan di atas kejelasan. Kejelasan dalam harga, barang, dan akad. Sebagaimana Islam juga mensyari'atkan agar kita menjauhkan akad perniagaan yang kita jalin dari segala hal yang bersifat untung-untungan, atau yang disebut dalam bahasa arab dengan gharar. Yang demikian itu, dikarenakan unsur gharar atau ketidakjelasan status, sangat rentang untuk menimbulkan persengketaan dan permusuhan.

Sahabat Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه و سلم نَهَى عَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ. رواه مسلم

"Bahwasannya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang jual-beli yang mengandung unsur ketidak jelasan (gharar). (Riwayat Muslim)

Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan maksud dari hadits ini dengan berkata: "Larangan mengadakan jual-beli gharar adalah salah satu prinsip utama dalam syari'at perniagaan. Oleh karena itu Imam Muslim mendahulukan hadits ini dibanding hadits-hadits lain yang berkaitan dengan perniagaan.

Model perniagaan yang tercakup oleh hadits ini sangatlah banyak, bahkan tidak terhitung jumlahnya. Di antara bentuk perniagaan yang tercakup oleh keumuman hadits ini ialah: Jual-beli binatang atau budak yang kabur, barang yang belum ada, barang yang belum diketahui kriterianya, dan barang yang penjualnya tidak kuasa untuk menyerah-terimakannya kepada pembeli. Sebagaimana mencakup juga barang yang belum sepenuhnya dimiliki oleh penjual, ikan yang berada di dalam kolam, susu di dalam puting hewan ternak, janin dalam perut induknya, sebagian dari segunduk makanan tanpa ditentukan kadarnya, salah satu baju dari setumpuk baju tanpa ditentukan mana yang dimaksud, dan bentuk-bentu perniagaan lainnya yang serupa. Semua ini adalah perniagaan yang batil, dikarenakan mengandung gharar (ketidak jelasan) tanpa adanya alasan yang dibenarkan.

Kadang kala sebagian gharar dimaafkan, terutama bila ada alasan yang dibenarkan. Berikut beberapa misal dari gharar yang dibenarkan: anda dibolehkan membeli atau menjual rumah, walaupun anda atau pembeli tidak mengetahui pondasinya. Anda juga dibolehkan untuk membeli atau menjual kambing yang sedang bunting, sehingga dalam putingnya terdapat susu, walaupun anda tidak mengetahui seberapa kadar susu yang ada di dalamnya. Yang demikian itu dikarenakan status dan hukum pondasi mengikuti bagian dari rumah yang nampak oleh penglihatan. Sebagaimana keadaan juga menuntut kita untuk membolehkan jual-beli rumah walau tanpa mengetahui pondasinya, karena bila kita syaratkan agar pondasi rumah diketahui oleh kedua pihak, pasti merepotkan mereka berdua. Demikian juga halnya dengan menjual hewan bunting yang telah mengeluarkan susu dari putingnya.

Para ulama' telah menjelaskan batasan batal dan tidaknya jual-beli dikarenakan adanya gharar bahwa: Bila keadaan mengharuskan kita untuk mengesampingkan unshur gharar yang ada, dikarenakan gharar itu tidak mungkin untuk dihindari kecuali dengan mendatangkan hal-hal yang sangat menyusahkan, maka gharar yang demikian itu adanya dianggap gharar yang remeh, sehingga tidak mempengaruhi hukum jual-beli. Sebaliknya, bila gharar itu dapat dihindarkan tanpa mendatangkan kesusahan yang besar, maka jual-beli yang mengandung gharar menjadi terlarang alias batal. Dan perselisihan para ulama' pada sebagian akad yang ada kaitannya dengan masalah ini bersumber dari perbedaan mereka dalam menerapkan ketentuan ini. Sebagian mereka beranggapan bahwa unshur gharar yang terdapat pada akad itu adalah kecil, sehingga tidak layak untuk dipertimbangkan, dan hasilnya, akadnyapun dianggap sah. Sebaliknya, sebagian lainnya menganggap besar gharar itu, sehingga iapun menganggap tidak sah akad itu, wallahu a'alam.

Di antara bentuk jual-beli yang mengandung gharar dan yang nyata-nyata telah DILARANG oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ialah: jual-beli dengan sistem IJON.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم نَهَى عَنْ بَيْعِ الثَّمَرَةِ حَتَّى تُزْهِىَ قَالُوا وَمَا تُزْهِىَ قَالَ تَحْمَرُّ. فَقَالَ إِذَا مَنَعَ اللَّهُ الثَّمَرَةَ فَبِمَ تَسْتَحِلُّ مَالَ أَخِيكَ؟. متفق عليه

Dari sahabat Anas bin Malik radhiallahu 'anhu bahwasannya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melarang penjualan buah-buahan (hasil tanaman) hingga menua? Para sahabat bertanya: "Apa maksudnya telah menua?" Beliau menjawab: "Bila telah berwarna merah." Kemudian beliau bersabda: "Bila Allah menghalangi masa penen buah-buahan tersebut (gagal panen), maka dengan sebab apa engkau memakan harta saudaramu (uang pembeli)?" (Muttafaqun 'alaih)

Dan pada riwayat lain sahabat Anas bin Malik juga meriwayatkan:

أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه و سلم نَهَى عَنْ بَيْعِ الْعِنَبِ حَتَّى يَسْوَدَّ وَعَنْ بَيْعِ الْحَبِّ حَتَّى يَشْتَدَّ.

"Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang penjualan anggur hingga berubah menjadi kehitam-hitaman, dan penjualan biji-bijian hingga mengeras." (Riwayat Abu Dawud dan lainnya)

Dengan demikian, jelaslah bahwa sistem ijon adalah penjualan yang terlarang dalam syari'at islam, baik sistem ijon yang hanya untuk sekali panen atau untuk berkali-kali hingga beberapa tahun lamanya.

Sebagai solusinya, bisa ditempuh jual beli salam. Yaitu pemesanan dengan pembayaran yang dilakukan lunas di muka; pada saat akad dilakukan. Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

مَنْ أَسْلَفَ فَلْيُسْلِفْ فِي كَيْلٍ مَعْلُوْمٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ. متفق عليه

"Barang siapa yang membeli dengan cara memesan dengan pembayaran di muka (salam), hendaknya ia memesan dalam takaran yang jelas, timbangan yang jelas dan hingga batas waktu yang jelas pula." (Muttafaqun 'alaih)

Beda antara sistem ijon dengan akad salam ada pada beberapa poin berikut:

[1] Penjual memiliki kebebasan dalam pengadaan barang, dapat dari hasil ladangnya dan bisa pula dengan membeli dari hasil ladang orang lain, sedangkan sistem ijon, penjual hanya dibatasi agar mengadakan buah dari ladangnya sendiri.

[2] Pada akad salam, penjual bisa saja mendapatkan hasil panen yang melebihi jumlah pesanan, sebagaimana dimungkinkan pula hasil panen ladangnya tidak mencukupi jumlah pesanan. Akan tetapi itu tidak menjadi masalah yang berarti, sebab ia dapat menutup kekurangannya dengan membeli dari orang lain. Sedangkan pada sistem ijon, maka semua hasil panen ladang penjual menjadi milik pembeli, tanpa peduli sedikit banyaknya hasil panen. Dengan demikian, bila hasil panennya melimpah, maka penjual merugi besar, sebaliknya bila hasil panen kurang bagus, karena suatu hal, maka pembeli merugi besar pula.

[3] Pada akad salam, buah yang diperjual-belikan telah ditentukan mutu dan kriterianya, tanpa peduli ladang asalnya. Sehingga bila pada saat jatuh tempo, jika penjual tidak bisa mendatangkan barang dengan mutu dan kriteria yang disepakati maka pembeli berhak untuk membatalkan pesanannya. Adapun pada sistem ijon, pembeli tidak memiliki hak pilih pada saat jatuh tempo, apa yang dihasilkan oleh ladang penjual, maka itulah yang harus ia terima.

Dengan mencermati ketiga perbedaan di atas, maka saudara dapat mengetahui bahwa jual-beli dengan cara salam lebih adil dibanding dengan sistem ijon. Pada sistem salam, penjual dan pembeli sama-sama mendapatkan haknya tanpa merugikan pihak yang lain. Sedangkan, pada sistem ijon, biasanya pada saat panen salah satu pihak merasa tertipu atau dirugikan.

Berdasarkan itu, saya menganjurkan agar kita menempuh sistem jual-beli salam dan meninggalkan sistem ijon. Dengan demikian atas izin Allah, perniagaan kita akan diberkahi.

Wallahu a'alam bisshowab.

***

Penulis: Ustadz Muhammad Arifin Badri, M.A. http://pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/hukum-hukum-perdagangan/667-transaksi-ijon-dalam-pandangan-syariat.html * nharhttp://trimudilah.blogspot.com/2009/09/transaksi-ijon-dalam-pandangan-sya * rhttp://trimudilah.blogspot.com/2009/09/transaksi-ijon-dalam-pandangan-syariat.html * * *

KONSEP muamalat 2
Ratings: (0)|Views: 3,115|Likes: 30
Published by atiq zizan
See More KONSEP-KONSEP DAN PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANKANDAN KEWANGAN ISLAMUstaz Mohd Bakir Haji MansorPENGENALANKonsep-konsep dan prinsip-prinsip syariah dalam perbankandan kewangan Islam telah ditukar namanya kepada Kontrak-kontrak Dalam Perbankan dan Kewangan Islam. Ia ditukarsetelah menerima kritikan dari OIC. Menurut OIC, konsepdan prinsip tidak wujud, yang ada hanyalah kontrak. OICmenegaskan lagi, istilah konsep dan prinsip tidak konkrittetapi yang konkritnya adalah kontrak.Kesemua kontrak-kontrak dalam perbankan dan kewanganIslam terdapat dalam kitab-kitab feqah dan telahdipersetujui oleh para ulamak. Ini berdasarkan pada firmanAllah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 275 yangbermaksud:Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.Ayat tersebut menunjukkan bahawa urusan jualbeli padaumumnya adalah harus. Terdapat juga beberapa hadis lainyang menunjukkan jualbeli ini harus tetapi di dalammuamalat Islam terdapat banyak kontrak. Kebanyakankontrak-kontrak yang diamalkan sebelum kedatanganRasulullah s.a.w., terlibat dengan perkara-perkara yang tidakdirestui oleh Islam. Oleh itu kebanyakan akad-akad padamasa itu dibatalkan. Lebih kurang 15 hingga 20 akad sahajakemudiannya telah dikenal pasti akadnya sah, harus danhalal untuk diamalkan. Walau bagaimanapun akad yangharus diamalkan ini tidak menjadi sah secara automatik.Oleh itu, untuk memastikan akad-akad yang harus inimenjadi sah, akad-akad ini mestilah cukup rukun-rukun dan

Benar dan Amanah dalam perniagaan
Posted on Mac 24, 2010 | Tinggalkan komen
Amat sukar pada zaman ini untuk mencari orang yang bercakap BENAR dan AMANAH. Zaman makin canggih, dunia makin mencabar, pelbagai teknologimoden dan baru muncul dan berkembang. Adanya internet yang membolehkan manusia mengetahui hal dunia hanya dengan satu klik pada tetikus PCnya sahaja. Dengan kemudahan internet, manusia mampu menjalankan aktiviti jual beli walaupun penjual dan pembeli berada dalam jarak yang jauh. Namun, hati-hatilah kerana bila menggunakan internet apabila membuat sebarang transaksi kerana anda mungkin tertipu.
Kebetulan malam ni, saya menyampaikan kuliah Fiqh Muamalat di surau berhampiran rumah kediaman di sini. Hadis yang dibaca pada malam ni ialah riwayat Hakim bin Hizam yang menyentuh soal benar dan jelas dalam aktiviti jual beli. Nabi s.a.w melarang penipuan dan penyembunyian dalam aktiviti jual beli. Benarlah sabda Nabi s.a.w. :
البيعان بالخيار ما لم يتفرقا، فإن صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما، وإن كذبا وكتما محقت بركة بيعهما
Maksudnya : “Dua orang yang berjual beli mempunyai hak khiyar selagi mereka berdua belum berpisah (dari majlis akad), Jika kedua-duanya berkata benar dan menerangkan (hal-hal berkaitan barangan dan harga), pasti akan diberkati pada aktiviti jualbeli mereka. Jika sekiranya kedua-duanya menipu dan menyembunyikan, pasti akan dihapuskan keberkatan jualbeli mereka”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Hadis ini benar-benar menjelaskan kepada kita, amalan berkata benar dan amanah dalam jual beli membawa keberkatan kepada penjual dan pembeli. Inilah yang perlu dijadikan amalan hidup setiap para peniaga Islam. Sebagai seorang penggiat ekonomi muslim, wajib ia bersifat amanah dan benar. Apakah berkat? Berkat ialah terhasilnya pertambahan kebaikan. Itulah keberkatan. Itulah yang harus menjadi matlamat yang dicari oleh kita orang Islam.
Sama-sama kita ambil iktibar dari coretan ringkas ini. Wallahu’alam bissowab
About these ads
RELATED
Jual beli matawang
In "Soal Jawab"
Antara mencari dan menunggu lailatulqadar?
In "Coretan Penulis"
Teori Pengeluaran
In "Artikel Ilmiyyah"
This entry was posted in Coretan Penulis and tagged benar, jualbeli, perniagaan. Bookmark the permalink. http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/03/24/benar-dan-amanah-dalam-perniagaan/ Perkara Haram Dalam Perniagaan
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.

Perkara yang diharamkan dalam perniagaan

Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:

1. Riba.
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 289).
Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.

2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya.

Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil.

Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya:
(Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).
Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).

3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan.
Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.

Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.

Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.
‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى يُزِيل الْبَرَكَتها
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.

4. Rasuah.
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.

Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.

Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.

5. Memonopoli barangan (ihtikar).
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;
عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.
Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.
Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.

Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum.

Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223).

6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.

Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan.

Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.

Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan.Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Semua ayat tersebut memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian.

Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.

7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »
Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.
Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah berbuat dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:

‏ابْنَ عُمَرَ ‏ ‏يَقُولُ ‏قَالَ رَسُول ُاللَّهِ‏ ‏صَلَّى اللَّه ُعَلَيْه ِوَسَلَّمَ ‏ ‏لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا ‏ ‏وَمُبْتَاعَهَا ‏ ‏وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual, pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya”

عَنْ عِمْرَانَ بن حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"نَهَى عَنْ بَيْعِ السِّلاحِ فِي الْفِتْنَةِ
Maksudnya:
Dari Imran bin Husain, “Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata ditengah berlangsungnya fitnah (perselisihan)”
Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan sebagainya.

8. Haram menjual najis.
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.

‏عن ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ ‏ ‏حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ…
Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.
Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia.

Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Artikel ini telah disiarkan dalam majalah Sinar Rohani, Bil.66, Tahun 13, September-Oktober 2010/Syawal-Zulkaedah 1431H.

Disiarkan 30th December 2010 oleh Abdul Muhaimin

http://abmuhaimin.blogspot.com/2010/12/perkara-haram-dalam-perniagaan.html

Similar Documents

Free Essay

Law Note

...1.0 Jenis Modal Modal Dibenarkan/ Nominal Modal yang membenarkan ssb syarikat boleh didaftarkan dan dibenarkan beroperasi S62(1) AK 1965: Modal nominal boleh ditambahkan asalkan dibenarkan dalam artikel syarikat dan melalui resolusi biasa. Modal Dikeluarkan Sebahagian modal nominal dikeluarkan kepada pemegang syer. Modal nominal tidak perlu dikeluarkan semua secara serentak. Cth: Modal nominal 2m Modal dikeluarkan 1.7m Modal Berbayar Modal dikeluarkan yang telah dibayar secara tunai oleh pemegang syer. Cth: Modal nominal 2m Modal dikeluarkan 1.7m Modal berbayar 1.36m (80 sen per syer) Modal belum bayar Baki modal dikeluarkan yang belum dibayar oleh pemegang syer. Cth: Modal belum bayar 0.34m (20 sen per syer) 2.0 Prinsip Pembayaran Dividen 1. Dividen tidak boleh dibayar kecuali syarikat mengalami keuntungan semasa pengisythiran dividen. Ini bermaksud keuntngan hanya perlu apabila pengisythiran dividen dibuat dan bukan semasa pembayaran dividen dibuat. Jika syarikat mengalami kerugian semasa pembayaran dividen, syarikat masih perlu membayar dividen kepada ahli-ahli syer syarikat. Kes Marra Developments Ltd Developments mengiystiharkan dividen. Pada tiba masa pembayaran dividen, pengarah enggan membuat bayaran dengan alasan keuntungan tidak wujud. Mahkamah membuat keputusan bahawa keuntungan hanya perlu apabila pengisythiran dividen dibuat dan bukan semasa pembayaran dividen dibuat. Oleh kerana dividen telah diisytiharkan dan ia merupakan satu hutang...

Words: 2490 - Pages: 10

Free Essay

Company Law

...berpandukan kepada peruntukan seksyen dan kes-kes yang berkaitan. JAWAPAN: Pengarah merupakan ejen dan pemegang amanah kepada syarikatnya. Pengarah secara bersesama dalam lembaga pengarah menguasai urusan syarikat, menggerakkan dan menentukan arah tuju syarikat. Pengarah sebagai ejen syarikat mempunyai hubungan fidusiari dengan syarikatnya dan dengan itu mempunyai kewajipan fidusiari kepada syarikat. Merujuk Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965, pengarah hendaklah bertindak dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah dalam melepaskan kewajipan-kewajipan jawatannya. Tiga aspek kewajipan fidusiari pengarah ialah bertindak dengan jujur dalam memelihara kepentingan syarikat dan bukannya kepentingan pihak lain; tidak meletakkan dirinya dalam satu situasi di mana berlaku percanggahan antara kewajipannya terhadap syarikat dengan kepentingan dirinya; dan menggunakan kuasa dan aset yang telah diamanahkan kepadanya untuk maksud yang diperuntukkan, bukannya bagi maksud lain. 1) Pengarah hendaklah bertindak dengan jujur demi kepentingan syarikat Seseorang pengarah hendaklah bertindak dengan jujur (bona fide) untuk kepentingan syarikat keseluruhannya. Perkataan ‘bertindak dengan jujur’ telah didefinisikan di dalam kes Marehesi lwn Barnes Keogh, iaitu ‘bertindak dengan jujur’ adalah dirujuk kepada perbuatan yang suci hati (bona fide) untuk kepentingan syarikat dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pengarah. Berdasarkan kes Re Smith & Fawcett Ltd. (1942), mahkamah memutuskan...

Words: 2302 - Pages: 10

Free Essay

Soalan Kuiz Pengurusan Kewangan

...merosot ketika masa lalu. C. panggil balik apabila kadar faedah meningkat ketara. D. A dan B. 10. Sesebuah syarikat berada dalam situasi kematangan dalam industri kitar hayat merujuk kepada A. falling stars B. bargains C. turnarounds D. cash cows Sederhana: 1. “Home Bias” merujuk kepada A. Kecenderungan untuk bercuti di negara rumah anda dan bukannya melancong ke luar negara. B. Kecenderungan untuk mempercayai bahawa negara anda adalah lebih baik daripada negara-negara lain. C. Kecenderungan untuk memberi layanan istimewa kepada orang-orang dari negara asal anda. D. Kecenderungan untuk membuat pelaburan berlebihan di negara asal anda. 4. Spirit Away Inc. mempunyai nisbah hutang of 0.55, liabiliti semasa sebanyak RM 12,000 dan jumlah aset sebanyak RM 75,000. Berapakah jumlah liabiliti bagi Spirit Away’s? A. RM 25,900 B. RM 24,600 C. RM 41,250 D.RM 53,900 6. “Distribution, if any, are based in the average sum of the minimum monthly balance of yours units during the distribution period” Dengan merujuk cara-cara pengagihan pendapatan di atas adalah terpakai di bawah semua saham, kecuali A. Skim Amanah Saham Bumiputera B. Amanah Saham Malaysia C. Amanah Saham Wawasan 2020 D. Skim Amanah Saham National 8. Sesebuah syarikat mempunyai nisbah penghutang pusing ganti sebanyak 4.3 kali. Jika syarikat tersebut mempunyai baki dalam akaun penghutang sebanyak RM 90,000. Maka, berapakah kredit purata jualan harian? ( Anda digalakkan mengunakan 360hari setahun)...

Words: 10874 - Pages: 44

Free Essay

Fedex

...Definisi Pemasaran: Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran danperhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dankehendak. Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulanmendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan danpertukaran produk atau nilai dengan orang lain. Masalah-Masalah Dalam Pemasaran: * Gagal Merancang Atau Tidak Tahu Merancang. * Strategi Pemasaran Yang Tidak Berkesan * Khidmat Pelanggan Yang Tidak Cekap * Pekerja Tidak Cekap Atau Amanah * Kemahiran Terhad * Lokasi Perniagaan Tidak Sesuai * Tidak Berfikiran Jauh. * Kurang Pengalaman * Tidak Ada Sistem Pengurusan Sempurna Punca Masalah Dalam Pemasaran: * Produk makanan,minuman atau perkhidmatan masih kurang mendapat sambutan. * Kebanjiran produk dari jenama luar yang telah sedia kukuh. * Pretasi Kualiti kerja berkurang. * Tidak mempunyai penaja atau badan-badan yang boleh melariskan produk sesebuah syarikat. * Tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada masa kini. * Tidak mempunyai modal yang mencukupi sebelum memulakan perniagaan. * Tidak mempunyai cirri-ciri sebagai seorang ketua. * Sukar untuk berkomunikasi dengan pekerja-pekerja. * Tidak mempunyai kemahiran untuk mengurus kewangan syarikat. * Tempat pemasaran tidak strategi * Produk kurang menarik Penyelesaian : * Memohon bantuan daripada kerajaan untuk memperbaiki serta memperbaharui produk mengikut spesifikasi pelanggan...

Words: 321 - Pages: 2

Free Essay

Peng.Strategik

...yang berpangkalan di Malaysia yang tersenarai berpangkalan di Malaysia yang menekankan kepada empat operasi perniagaan terasnya iaitu perladangan kelapa sawit, oleokimia, makanan dan restoran dan usahasama keusahawanan Pada 16 Julai 1960 KRPL telah menukar namanya kepada Kulim Group Limited (KGL) dan menyenaraikannya di Bursa Saham London. Kulim (Malaysia) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 3 Julai 1975 dan selepas itu dinaik taraf sebagai sebuah syarikat awam pada 18 Ogos 1975 dan menggunakan namanya sekarang, iaitu Kulim (Malaysia) Berhad. Syarikat Malaysia ini disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada 14 November 1975 dan telah menamatkan penyenaraiannya di Bursa Saham London pada tahun 1977. 1.2 Situasi Semasa Menurut IMF, pertumbuhan ekonomi dunia menjadi lembab kepada 3.7% pada tahun 2008, kadar paling lembab sejak 2002 di mana keadaan ekonomi serantau mengalami kelembapan yang kian mendadak. Ekonomi malaysia walaupun bertahan pada 2008 dengan pertumbuhan KDNK yang sederhana iaitu 4.6% berbanding dengan 6.3% pada tahun 2007. Walaupun negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang lembap, Kulim (Malaysia) Berhad masih dapat menjana pendapatan sebanyak RM1.25 bilion, satu peningkatan sebanyak 45% pada tahun 2008 iaitu daripada RM2.74 bilion pada 2007 kepada RM3.99 bilion pada 2008. Dalam sektor perladangan, Kulim telah mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.73 bilion, iaitu peningkatan sebanyak...

Words: 7214 - Pages: 29

Free Essay

National Integrity Plan

...|Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam : Pelaksanaan Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) | |Oleh : Haji Mustafar Haji Ali, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Tarikh : 07/02/2007, Hits : 9 | |Prinsip : Kerajaan Adil & Beramanah | |  | |Abstraks | | | |Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi | |pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan | |dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan | |pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi | |sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. | | ...

Words: 2727 - Pages: 11

Free Essay

Islamic Financial

...Prinsip ini berkisar atas dasar keuntungan peribadi sebagai syarat. Sebaliknya, dalam sistem kewangan Islam seperti yang sedia maklum, manusia dianggap sebagai wakil Allah SWT di bumi dan sebarang harta yang dimiliki oleh manusia hanya merupakan amanah semata-mata dan bukannya milik yang mutlak. Justeru, kebebasan menjalankan urusniaga dalam sistem kewangan Islam semestinya berlandaskan panduan yang ditentukan oleh agama Islam, bukan kepentingan diri sendiri semata-mata. Kewangan Islam dalam bentuknya yang terkini telah bermula sejak 30 tahun yang lalu walaupun prinsip – prinsip asasnya telah sedia ada sejak kedatangan Islam lagi. Sejarah awal Islam menunjukkan bahawa golongan Muslim juga cemerlang dalam bidang kewangan dan perniagaan dengan mengamalkan teransaksi yang halal dan bersih daripada sebarang unsur kezaliman seperti riba dan perjudian. Setelah tempoh itu dan sejak 30 tahun yang lalu, banyak perkembangan telah berlaku dan kewangan Islam kini diiktiraf sebagai mempunyai banyak potensi. Keampuhannya semasa melalui tempoh krisis kewangan yang melanda dunia membuktikan bahawa sistem kewangan Islam berupaya menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional. Namun, tidak dinafikan bahawa sistem ini turut terjejas sedikit oleh kerana kelempabapan ekonomi dunia. Kepelbagaian kontrak Syari`ah dan dinamisma serta keanjalan Syari‟ah telah membantu perkembangan pelbagai produk dan innovasi dalam kewangan Islam. Sistem ini dijangka berupaya menyaingi sistem kewangan konvensional...

Words: 5517 - Pages: 23

Free Essay

Introduction to E-Commerce

...ingin mengaplikasikan konsep e-dagang dalam perniagaan.Laporan ini akan menunjukkan konsep keseluruhan e-dagang yang dapat membantu peniaga untuk memilih konsep yang sesuai. 2.0 PENGENALAN SYARIKAT Syarikat Hias Maju Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang melakukan perniagaan berkaitan dengan penjualan pakaian lelaki dan wanita yang diimport dari luar negara.Syarikat ini baru ditubuhkan pada awal Januari 2012 yang lalu dan pemilik syarikat ini hanya menjalankan perniagaan dengan menyewa sebuah kedai yang sederhana di sebuah kompleks membeli belah.Masalah utama mereka adalah kedai mereka terletak di tingkat atas yang kebanyakan orang kurang naik ke atas.Jesteru,mereka ingin membina portal e-dagang untuk mempromosi dan menjual barangan mereka sendiri. 3.0 PENGENALAN E-DAGANG Perdagangan (perdagangan barangan) telah menjadi satu dorongan utama bagi kelangsungan hidup manusia sejak permulaan sejarah direkodkan dan seterusnya sehingga kini. Penggunaan Internet telah mewujudkan satu anjakan paradigma dalam cara perniagaan yang dijalankan hari ini. Satu dekad yang lepas telah melihat kemunculan jenis baru dagang: e-dagang, membeli dan menjual barang-barang melalui interaksi manusia-komputer melalui Internet. Perdagangan fizikal Tradisional barangan dan mata wang menjadi semakin tidak popular dan lebih banyak perniagaan berubah kepada e-dagang. 3.1 DEFINISI E-DAGANG E-dagang boleh didefinisikan sebagai metodologi perniagaan moden yang menangani keperluan organisasi...

Words: 4667 - Pages: 19

Free Essay

Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara

...syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan.  Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini. 3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit. 4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akanmengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan. 5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments. 6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures...

Words: 3567 - Pages: 15

Free Essay

Mis Benefits

... E ketenteraman dan kebahagiaan hati. F ilmu pengetahuan yang luas. G tubuh badan yang sihat. D akhlak yang baik. 3. Pengucapan dengan lisan, iktikad di dalam hati dan beramal dengan anggota badan. Ia bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Penyataan di atas menjelaskan tentang konsep A iman. B ihsan. C Islam. D imarah. 4. “Dan hendaklah ada di antara kamu golongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf mencegah dari yang mungkar, mereka adalah orang yang beruntung”. Pernyataan di atas menunjukkan A seruan menunaikan solat. B tanggungjawab berdakwah. C pesanan malaikat kepada rasul. D penyataan tentang dosa dan pahala. 5. Masyarakat jahiliyyah menurut perspektif Islam ialah masyarakat yang A sesat daripada petunjuk agama. B bodoh terutama dalam bidang akademik. C mundur dalam pentadbiran ekonomi dan politik. D malas berusaha dan hanya mengharapkan subsidi. 6. Hubungan terbaik antara makhluk dengan Penciptanya pada pandangan Islam digelar sebagai ___________ Tuhan. E anak. F hamba. G kekasih. H khalifah. 7. Akhlak terpuji mengikut ahli tasawuf I perangai yang menyenangkan dan lemah lembut dalam pergaulan. J rajin berusaha dan...

Words: 4480 - Pages: 18

Free Essay

7 Tips Membuka Pintu Rezeki

...7 Tips Membuka Pintu Rezeki By Abu Nafis Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezekiSiapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan. Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang.. Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”.. Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi.. Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh.. 1. Banyakkan beristighfar Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakana kepda kaumku”Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai” Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan...

Words: 1553 - Pages: 7

Free Essay

Sejarah

...[pic] Soalan: Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meninggalkan pelbagai kesan terrhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan. |Format |Aspek |Perincian |Markah Penuh | |Pengenalan |Memahami latar belakang pembentukan|Pengenalan |5 markah | | |masyarakat jahiliah | | | | | |Jelaskan secara ringkas tentang: | | | | |-Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di | | | | |Makkah. | | |Isi |Memahami maksud dan ciri-ciri |Maksud dan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah |30 markah | |Dan |masyarakat Jahiliah | | | |Huraian | |-Terangkan maksud Jahiliah dan mengapa dianggap | | | | |Zaman Kegelapan. (10m) | | | ...

Words: 708 - Pages: 3

Free Essay

Eksyar

...diilhami oleh nilai-nilai Islam (Muhammad Abdul Mannan). Jika menurut pengertian bahasa, ekonomi syariah terdiri dari dua kata yaitu ekonomi dan syariah. Ekonomi menurut kamus besar bahasa Indonesia berarti ilmu mengenai asas-asas produksi, distribusi dan pemakaian barang-barang serta kekayaan. Sedangkan syariah berarti hukum agama berdasarkan Al-quran dan hadis. Jadi, ekonomi syariah pada dasarnya merupakan ilmu mengenai asas-asas ekonomi yang diatur berdasarkan hukum Al-quran dan hadis. Dari definisi ekonomi syariahyang tadi kita terima, dapat terlihat bahwa sesungguhnya ekonomi syariah lebih mengutamakan ekonomi yang berlandaskan hukum Islam. Pada dasarnya Islam menomersatukan keadilan dan kemakmuran pada setiap tindakannya. Itu mengapa dalam ekonomi syariah tidaklah menggunakan system bunga melainkan system bagi hasil yang sesuai dengan kemampuan rakyatnya. Mengapa ekonomi syariah menjadi penting dan harus diperhitungkan saat ini? Menurut Dr. Paul Temporal, seorang rekan asosiasi di aid business school, Universitas Oxford Inggris, ekonomi Islam akan terus berkembang ketika ekonomi konvensional terus menyebabkan permasalahan ekonomi di seluruh dunia. dan menurut data dari Kantor Berita Nasional Malaysia populasi muslim saat ini mencapai 1,8 miliar dan kemungkinan akan terus bertambah sebesar 35% pada tahun 2030. Banyaknya populasi muslim di dunia menjadikan ekonomi syariah dapat terus tumbuh dan berkembang di seluruh kawasan di belahan dunia terutama di daerah Timur Tengah...

Words: 358 - Pages: 2

Free Essay

The Cat

...PEMIKIRAN/TEMA  Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat. PERSOALAN i.        Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan. ii.        Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya. iii.        Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup. iv.        Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa. PLOT Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. Pembinaan plot Empat peringkat garapan plot: i.        Permulaan Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah...

Words: 1001 - Pages: 5

Free Essay

School

...STPM/S946 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN PERNIAGAAN Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu. 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” 2 PRAKATA Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1999. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan...

Words: 8603 - Pages: 35