Free Essay

Asian Manners

In:

Submitted By LeaAnne
Words 3312
Pages 14
Tema 1 : Masyarakat tempatan
1.2 Hukum adat, peraturan, dan undang-undang yang diamalkan oleh setiap negara - Bentuk, peranan, dan pelaksanaannya

Pendahuluan
Hukum adat merupakan undang-undang lisan yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain melalui pertuturan. Hukum adat merupakan undang-undang awal yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara di Asia. Hukum adat telah lama diamalkan oleh masyarakat tempatan di negara-negara Asia sebelum kedatangan Barat. Mengikut sejarah, hukum adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan kebiasaan sesuatu masyarakat. Adat ini diamalkan secara turun temurun sehingga akhirnya berubah menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi. Hal ini menyebabkan hukum adat juga dikenali sebagai resam.

Hukum adat di negara-negara Asia menjadi : a) peraturan bagi mengawal tingkah laku dan perlakuan anggota masyarakat b) panduan kepada sesuatu masyarakat untuk mengekalkan keharmonian dan keadilan c) panduan menjamin keamanan semua anggota masyarakat dalam sesebuah negara d) panduan membentuk sistem nilai yang akan membentuk keperibadian sesuatu masyarakat seperti amalan berkeluarga, bersosial, sistem ekonomi, dan sebagainya e) simbol keseimbangan di antara manusia dengan manusia dan di antara manusia dengan alam untuk memastikan keseimbangan itu akan berterusan agar tidak berlaku kemusnahan alam yang akan menimbulkan malapetaka terhadap manusia f) panduan membentuk hubungan yang erat dalam kalangan anggota masyarakat seperti konsep permuafakatan dan ikatan bekerjasama yang diamalkan dalam masyarakat di Asia

Hukum Adat di Burma
1. Adat tanah
Masyarakat Burma lebih memberikan tumpuan kepada tanah. Mereka dibelenggu dengan tanah mereka. Mengikut adat, tanah bukan hanya dimiliki oleh orang perseorangan, bahkan turut dimiliki oleh keluarga, masyarakat, dan raja. Keadaan ini bertujuan menjamin kedudukan seseorang daripada disingkirkan dalam masyarakat. Kepentingan tanah dilihat apabila seseorang itu menghadapi masalah hutang. Apabila seseorang itu menghadapi masalah hutang, dia boleh menjual diri dan keluarganya untuk dijadikan hamba tetapi dia tidak boleh menjual tanah yang diusahakannya.
Tanah akan diberikan kepada sesiapa yang mahu mengerjakannya. Proses ini tidak dilakukan secara turun-temurun tetapi jika anak dan keturunannya dapat menunjukkan kemampuan untuk mengerjakan tanah itu, maka tanah tersebut boleh kekal dengan mereka. Ancaman penyingkiran seseorang daripada tanah keluarga merupakan hukum adat yang amat berkesan. Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang buruk di samping dapat menjamin hubungan sesebuah keluarga serta menstabilkan masyarakat Burma.

2. Adat menghadap raja
Pihak istana telah menetapkan adat menghadap raja perlu dipatuhi. Golongan bangsawan, rakyat jelata, dan perwakilan asing yang ingin menghadap raja perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Contohnya, perwakilan asing atau pelawat dari luar perlu menunggu di pekarangan istana untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

3. Adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana
Adat ini telah ditegaskan oleh pihak istana Burma yang mengarahkan setiap rakyatnya yang ingin memasuki kawasan istana perlu menundukkan kepala dan menanggalkan kasut. Hal ini demikian kerana, kawasan istana dan persekitarannya ialah kawasan larangan dan merupakan kawasan yang suci. Larangan yang diamalkan ini menjadi simbol penghorrnatan tertinggi rakyat kepada raja.

Hukum Adat di Siam
1. Adat menghadap raja
Masyarakat Siam juga mengamalkan adat menghadap raja. Rakyat Siam mempercayai unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah membolehkan pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Siam mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Rakyat dilarang menatap muka raja. Malah sesiapa yang menatap muka raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya.

2. Adat menyembah raja secara bersujud
Rakyat juga perlu mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujud sebagai penghormatan dan taat setia kepada raja. Adat ini dipraktikkan semasa pemerintahan Rama III yang mengarahkan rakyatnya merangkak masuk dan berada dalam keadaan meniarap ketika menghadap baginda. Seorang pegawai Barat, F.A. Neale telah melakarkan gambaran adat ini bahawa rombongan mereka telah disuruh masuk ke dalam bilik penghadapan dan merangkak masuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta sentiasa meniarap sepanjang masa apabila menghadap raja. Amalan ini kemudiannya telah dihapuskan oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1873 apabila baginda dilantik menggantikan Raja Mongkut. Dalam satu upacara pertabalannya, Raja Chulalongkorn telah memerintahkan para hadirin bangun daripada kedudukan meniarap mereka. Perubahan yang dilakukan ini adalah untuk memperbaiki kebajikan rakyatnya.

3. Adat menjual isteri dan anak
Masyarakat Siam juga mempunyai satu adat yang unik iaitu adat menjual isteri dan anak. Menurut adat ini, seorang bapa mempunyai hak mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan yang dimilikinya. Oleh yang demikian, isteri dan anaknya boleh dijual untuk dijadikan hamba. Namun adat ini telah dihapuskan oleh Raja Mongkut.
Hukum Adat di Vietnam
1. Adat mengutamakan keluarga
Masyarakat Vietnam mengamalkan adat mengutamakan keluarga. Bagi masyarakat Vietnam, keluarga ialah asas terpenting. Masyarakat ini hanya mengakui seseorang itu sebagai ahli masyarakat kampung jika dia telah menjadi ahli keluarga di kampung tersebut. Seseorang itu tidak akan mempunyai tempat, baik dari segi kehidupan di dunia atau kerohanian jika dia tersingkir daripada keluarganya.

2. Adat menjual anak atau menyewakan tenaga untuk mendapatkan wang
Masyarakat Vietnam juga mempunyai adat menjual anak atau menyewakan tenaga mereka untuk mendapatkan wang. Amalan ini dianggap sah kerana konsep kekeluargaan dalam ajaran Confucius menghendaki anak-anak mereka menerima tugas tanpa soal dan memberikan taat setia kepada bapa atau orang yang lebih tua. Malahan setiap ahli keluarga diharapkan dapat membantu sesama anggota keluarga. Mereka yang tidak bernasib baik akan dibantu oleh saudara-mara mereka. Harta kekayaan juga akan dibahagi sesama keluarga. Adat ini jelas menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan menjadi keutamaan dalam masyarakat Vietnam.

3. Adat perkahwinan
Adat perkahwinan juga diamalkan dalam masyarakat Vietnam. Dalam adat ini seseorang anak lelaki tidak mempunyai kuasa untuk memilih calon isteri. Dia akan menerima bakal isteri yang dicadangkan kepadanya. Jika perkahwinan itu tidak dikurniakan dengan cahaya mata suami tersebut dibenarkan berkahwin lagi. Hal ini demikian kerana masyarakat Vietnam mementingkan hubungan kekeluargaan yang erat dan menghalalkan poligami.

4. Adat pemilikan tanah
Adat pemilikan tanah juga menjadi keutamaan dalam masyarakat Vietnam. Tanah bukan menjadi hak individu atau hak perseorangan tetapi dikongsi secara beramai-ramai. Seseorang anggota masyarakat yang mendiami dan mengusahakan tanah, tidak akan dihalau keluar dari kampungnya. Namun begitu, pemilikan tanah secara besar- besaran dikuasai oleh golongan pembesar dan pengutip cukai sehingga menindas golongan petani. Maharaja Gia Long dan Maharaja Minh Mang telah berusaha mengatasi penguasaan pembesar terhadap tanah yang telah melemahkan pentadbiran feudal di Vietnam. Maharaja Gia Long telah bertindak dengan menghapuskan pemilikan tanah secara besar-besaran dan melarang pegawai kerajaan mengutip cukai. Baginda telah mengukuhkan kuasa maharaja ke atas pemilikan tanah.
Hukum Adat di Indonesia
1. Adat wanita hamil
Mengikut adat ini, apabila usia kandungan seseorang wanita memasuki bulan ke-7, upacara mandi hamil akan diadakan untuknya. Dalam upacara ini, wanita berkenaan akan menyediakan rojak dan menjualnya kepada para tetamu. Harga rojak ini akan dibayar dengan atap genting. Adat ini dipercayai mengajarkan sifat berjimat-cermat kepada bayi yang berada dalam kandungan. Manakala rasa rojak itu pula akan menandakan jantina bayi tersebut iaitu masam menandakan lelaki dan manis menandakan perempuan. Wanita hamil juga akan diberi makanan khusus dan tidak dibenarkan menyentuh benda tajam seperti pisau dan gunting yang mungkin akan memudaratkan bayi. Tetamu juga tidak dibenarkan memberikan hadiah kepada bayi yang baru lahir kerana perbuatan tersebut dianggap akan memberikan keburukan kepada bayi berkenaan.

2. Adat menyambut kelahiran anak
Selain itu, adat menyambut kelahiran bayi juga diamalkan dalam masyarakat Indonesia. Upacara menyambut bayi diadakan dengan upacara meramal nasib bayi tersebut iaitu dengan meletakkan pelbagai bahan di hadapannya untuk melihat bahan yang disukainya. Bayi juga dibekalkan dengan azimat atau tangkal berupa benang yang dililit di lengan atau di leher untuk melindungi mereka daripada dirasuk oleh unsur-unsur jahat. Di samping itu bayi tersebut akan disapu dengan sejenis jamu khas pada setiap hari supaya terhindar daripada makhluk halus.

3. Adat memuliakan tetamu
Di samping itu, masyarakat Indonesia juga mempunyai adat memuliakan tetamu. Dalam adat ini, mereka akan menjemput tetamu makan bersama sebelum ahli keluarga mula menjamah makanan. Mereka yang memakan makanan bersendirian dianggap biadab. Tetamu dimuliakan dengan diberi layanan istimewa dan makanan yang dihidangkan mengikut kemampuan tuan rumah. Makanan akan dihidangkan di atas tikar anyaman yang dibentangkan di tengah-tengah dapur. Setiap orang akan duduk bersila di atasnya sambil menikmati hidangan yang disediakan.
4. Adat memilih pemimpin
Masyarakat Indonesia juga mengamalkan adat memilih pemimpin. Dalam masyarakat Minangkabau, pemilihan ketua kampung ditentukan oleh sistem persaudaraan suku masyarakat tersebut. Namun begitu, kedatangan Islam ke Indonesia telah menimbulkan sedikit ketegangan antara pemimpin adat dengan pemimpin agama berkaitan persoalan ini. Hubungan antara pemimpin puak dengan ketua kampung yang berdasarkan adat ditentang oleh pemimpin agama. Pangkat atau taraf yang diberikan oleh kuasa adat tidak sama dengan taraf yang diperoleh daripada kuasa agama. Dalam hal ini masyarakat perlu melihat bahawa fungsi adat sebagai keseimbangan antara hubungan manusia dengan manusia manakala hubungan manusia dengan Tuhan berlandaskan hukum syarak.

Hukum Adat di China
Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak mereka dilahirkan sehinggalah pada hari kematian mereka. Kehidupan mereka dilingkungi oleh adat dan setiap adat haruslah dipatuhi.

1. Adat wanita hamil
Masyarakat Cina turut mengamalkan adat wanita hamil. Menurut adat ini, wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula proses kehamilan sehingga 100 hari selepas tempoh bersalin. Wanita yang baru melahirkan anak perlu berehat dan banyak mengambil makanan yang berkhasiat. Mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mentah untuk mengelakkan daripada jatuh sakit. Larangan ini bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak yang baru dilahirkan.

2. Adat berkenaan bayi atau anak kecil
Masyarakat Cina juga mempunyai adat berkenaan bayi atau anak kecil. Mengikut masyarakat Cina, semasa seseorang bayi dilahirkan, anak tersebut telah berumur satu tahun dan semasa anak tersebut berumur satu tahun dia dikira berusia dua tahun. Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan adat sejak kanak-kanak lagi. Mereka ditekankan dengan ajaran Confucius dan menghormati keluarga.

3. Adat mementingkan anak lelaki
Masyarakat Cina memberikan keutamaan kepada kaum lelaki. Keutamaan ini dapat dilihat melalui adat berkenaan anak lelaki. Menurut masyarakat Cina tradisional, anak lelaki cukup penting dalam sesebuah keluarga kerana mereka akan mengekalkan nama keluarga. Bagi anak perempuan yang berkahwin pula, secara tidak langsung mereka akan memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakan nama keluarga suaminya. Oleh itu, kelahiran anak lelaki disambut dengan begitu meriah berbanding dengan kelahiran anak perempuan.

4. Adat membebat kaki anak perempuan
Kaum wanita Cina merupakan golongan yang sentiasa diawasi dan mereka dikehendaki tinggal di rumah. Oleh itu, kaki anak gadis kebiasaannya dibebat iaitu dibalut dengan kain ketat ketika berusia antara 4 hingga 8 tahun supaya kecil dan cantik. Hal ini dilakukan untuk tujuan kecantikan serta dapat mengawasi pergerakan mereka. Amalan ini akan menghasilkan cara berjalan yang amat menarik kerana kelihatan seperti "alunan pokok willow". Wanita Cina berasa bangga jika mempunyai kaki yang kecil kerana melambangkan status tinggi dan kemuliaan. Saiz kaki besar melambangkan kehinaan dan kemiskinan. Namun, hakikatnya ialah keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kaki menjadi tidak seimbang dan mereka hanya mampu melangkah pendek ketika berjalan.

5. Adat perkahwinan
Adat perkahwinan juga menjadi amalan dalam masyarakat Cina. Menurut adat ini, pihak pengantin perempuan tidak akan mengadakan majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan hanya diadakan oleh pihak pengantin lelaki sahaja. Malahan, dalam masyarakat Cina, perkahwinan telah diatur sejak kecil untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masyarakat Cina amat mementingkan perkahwinan kerana perkahwinan akan melahirkan generasi baru yang bakal menggantikan generasi lama. Oleh itu, anak ialah perkara yang penting dalarn hubungan kekeluargaan Cina. Masyarakat Cina percaya kesalahan terbesar seorang anak ialah tidak melahirkan generasi akan datang dan perkara ini akan menghapuskan keturunan generasi orang tuanya. Hal ini kerana setelah mereka meninggal dunia kelak, tidak akan ada persembahan bagi memuja roh mereka. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempunyai anak dianggap memalukan generasi yang terdahulu daripadanya.

6. Adat kowtow
Masyarakat Cina juga mengamalkan adat kowtow. Hukum adat negara China menetapkan larangan kepada rakyat untuk melihat muka maharaja yang dianggap suci dan mulia. Oleh itu, rakyat wajib melakukan amalan "kowtow" iaitu meniarap sebanyak 9 kali di hadapan maharaja sebagai tanda penghormatan. Amalan adat ini satu penghormatan kepada Maharaja China yang dianggap anak syurga dan mendapat mandat memerintah daripada tuhan. Adat ini juga diguna pakai kepada orang Barat yang datang ke negara China. Duta-duta dari negara Portugis, Belanda, dan England dikehendaki melakukan kowtow di hadapan maharaja.

7. Adat mempercayai nasib
Rakyat China secara turun-temurun percaya kepada nasib. Mereka percaya bahawa masa depan seseorang ditentukan oleh nasib dan tahun kelahirannya. Masyarakat Cina mempercayai tilikan nasib untuk menentukan nasib seseorang berdasarkan empat pusingan hidup iaitu semasa lahir, nama, rupa, dan Feng Shui. Dalam kehidupan masyarakat Cina setiap individu mengimpikan kehidupan yang mewah dan sejahtera. Sial dan malang dalam kehidupan dapat disingkirkan dengan bantuan tukang tilik yang mahir. Sebelum memulakan sesuatu perkara masyarakat Cina kebiasaannya akan mendapatkan khidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, dan masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu perkara.

8. Adat mempercayai Feng Shui
Masyarakat Cina turut berpegang kuat kepada adat Feng Shui. Feng Shui pula digunakan untuk mencari tapak dan kedudukan sesebuah rumah, kubur, dan bangunan supaya memperoleh kesejahteraan, kebahagiaan dan keuntungan yang lumayan. Sebagai contoh, masyarakat Cina tidak akan membina rumah di persimpangan jalan kerana dipercayai nasib malang dan bencana akan menimpa penghuninya.

9. Adat pemujaan roh nenek moyang
Pemujaan roh nenek moyang sering diamalkan oleh masyarakat Cina. Nenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dipelihara dalam apa-apa jua keadaan. Penghormatan terhadap roh nenek moyang biasanya dilakukan pada hari-hari tertentu seperti pada hari menyambut Tahun Baru.

Hukum Adat di Jepun
1. Adat chanoyu (Adat minum teh)
Masyarakat Jepun mengamalkan adat chanoyu (Adat minum teh). Adat ini dipengaruhi oleh zen Buddhisme. Adat ini menunjukkan bahawa rutin dalam kehidupan harian ini boleh dijelmakan sebagai satu adat. Adat mengandungi ritual-ritual tertentu semasa pelaksanaannya, di samping mementingkan etika, alat-alat, dan perhiasan dalam bentuk yang ringkas serta teh yang digunakan mestilah teh hijau. Adat ini diamalkan oleh golongan atasan dan rakyat jelata untuk mengalu-alukan tetamu dan bertujuan membersihkan jiwa dan bersatu dengan alam.

2. Adat aturan harian
Masyarakat Jepun juga memberikan keutamaan terhadap ciri-ciri kesopanan dalam kehidupan harian terutamanya dalam kalangan golongan atasan. Contohnya adat berpakaian memperlihatkan tingkah laku yang bersopan santun. Wanita Jepun dilatih berpakaian tradisional iaitu “kimono" sejak masih kecil dan mereka diajar berjalan dengan susunan langkah kecil yang teratur dan menawan. Di samping itu, mereka juga sentiasa memelihara budi bahasa yang baik ketika berhubung antara satu sama lain dan kelakuan menundukkan kepala sebagai tanda menghormati seseorang apabila bertemu.

3. Adat mementingkan seni dan kecantikan
Adat istiadat dalam masyarakat Jepun mementingkan seni dan kecantikan. Adat istiadat diperhalus sehingga menjadi satu seni yang indah. Hal ini dapat dilihat dalam seni gubahan bunga yang juga dipengaruhi oleh zen Buddhisme. Seni gubahan bunga atau ikebana bukan hanya sekadar gubahan bunga tetapi turut menyebabkan penggubahnya seolah-olah bersatu dengan alam untuk menggambarkan keharmonian antara syurga, bumi, dan manusia. Hal inilah yang ingin dicapai oleh ikebana.

4. Adat menghormati Maharaja
Masyarakat Jepun amat menghormati Maharaja. Masyarakat Jepun menganggap Maharaja Jepun mendapat perlindungan daripada dewa-dewi. Maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara tetapi baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Oleh itu masyarakat Jepun digalakkan melakukan upacara penghormatan terhadap Maharaja.

5. Adat menghormati golongan bangsawan
Masyarakat Jepun amat mengutamakan penghormatan kepada golongan bangsawan. Adat menghormati golongan bangsawan ini dapat dilihat dengan memberikan keutamaan kepada golongan bangsawan ketika berjalan. Sekiranya keutamaan ini tidak diberikan, rakyat akan menerima padahnya. Misalnya, perarakan daimyo barat yang berulang-alik di jalan Tokaido menuju ke istana Tokugawa di Yedo, daimyo-daimyo tersebut akan diusung di dalam sebuah usungan di tengah-tengah perarakan dan orang kebanyakan di tepi jalan akan menunjukkan hormat mereka dengan berlutut dan sujud ke tanah. Adat ini juga diguna pakai kepada orang Barat yang datang ke Jepun. Pada tahun 1862, Tuan Richardson telah dibunuh hanya kerana beliau yang sedang menunggang kuda ketika ketua suku Satsuma yang sedang berjalan menuju ke Yedo. Dia tidak memberikan keutamaan laluan kepada ketua suku Satsuma tersebut. Menurut adat Jepun, perbuatan Tuan Richardson ini telah menghina ketua suku Satsuma. Hukuman bunuh ke atasnya perlu bagi memelihara adat dan maruah diri ketua suku Satsuma.

6. Adat perkahwinan
Adat perkahwinan juga menjadi amalan dalam masyarakat Jepun. Dalam masyarakat petani, perkahwinan dibuat melalui pilihan kedua-dua pasangan pengantin baru. Orang tua hanya bertindak memperakukan perkahwinan. Sebaliknya perkahwinan miai (orang tengah) lebih popular dalam kalangan golongan bushi (perwira). Dalam perkahwinan miai, orang tengah berusaha memberikan kepuasan kepada kedua-dua belah pihak selain memberikan kaum wanita peluang untuk membuat pilihan. Perkahwinan miai juga dilakukan untuk memenuhi tujuan politik. Hal ini berlaku semasa Hideyoshi meminta adik iparnya menceraikan isterinya supaya dapat dikahwinkan dengan Ieyasu.

Hukum Adat di India
Masyarakat India mengamalkan hukum adat yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu. Pengaruh agama Hindu banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat India. Misalnya, mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.

1. Adat khas bagi wanita hamil
Masyarakat India mempunyai adat khas bagi wanita hamil. Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut akan mempengaruhi anak dalam kandungannya. Oleh itu, ibu yang hamil tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh, dan sebagainya. HaI ini bertujuan untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

3. Adat sutte
Masyarakat India amat mementingkan adat sutte. Apabila adat ini diamalkan seorang isteri kematian suaminya. Adat ini merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian. Adat ini diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seorang isteri terhadap suami. Terdapat balu-balu yang dipaksa melalui upacara ini dan mereka diberi ganja untuk menghilang rasa kesakitan semasa melalui upacara berkenaan. Terdapat juga balu- balu yang malang itu melarikan diri dan dipaksa semula untuk meneruskan upacara sutte. Untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi, badan balu tersebut ditutup dengan kayu, daun dan jerami serta diletakkan dua batang buluh sebelum api dinyalakan. Namun begitu, adat sutte telah dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta pada tahun 1829. Sebelum itu, Lord Minto telah berusaha untuk menghapuskan adat ini tetapi tidak berjaya. Dianggarkan pada tahun 1818, sebanyak 800 orang balu telah menjalankan adat sutte di pedalaman Bengal.

4. Adat thuggee
Pengamalan adat thuggee dilakukan golongan Thug di wilayah Timur Laut India.. Adat ini merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. William Bentick telah membentuk sebuah badan untuk menghapuskan golongan Thug ini pada tahun 1829. Akibatnya beratus-ratus golongan Thug telah berjaya dibunuh dan lebih daripada 3 000 Thug ditangkap dari tahun 1831 hingga 1837.

5. Adat pembunuhan bayi perempuan
Masyarakat India bersifat patrilineal iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Oleh itu, masyarakat India tidak gemar akan kelahiran bayi perempuan. Bagi mengatasi masalah ini, mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil lagi. Semasa bayi tersebut ingin menyusu, ibu bayi itu akan meletakkan racun pada puting susu dan menyusukan bayinya. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak. Bentick juga telah menghapuskan amalan ini dan tindakan ini mendapat sokongan Ram Mohan Roy.

6. Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu
Masyarakat India juga mengamalkan adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu. Dalam adat ini balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih sahaja. Di samping itu, mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. Apabila Lord Dalhousie memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula Balu pada tahun 1853, golongan balu ini dibenarkan berkahwin semula. Walaupun akta ini digubal untuk kebaikan kaum wanita tetapi akta ini tidak dapat diterima oleh masyarakat India.

Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat di Asia telah dapat mengatur kehidupan mereka dalam keadaan yang harmonis dan sejahtera. Hukum adat yang diamalkan telah lama berakar umbi dalam masyarakat tempatan. Namun, hukum adat ini telah mengalami pengubahsuaian dengan nilai-nilai moden pada abad ke-19 hasil kedatangan kuasa-kuasa Barat. Peraturan yang dianggap tidak adil dan di luar prinsip kemanusiaan telah dimansuhkan. Meskipun demikian, tidak dinafikan bahawa masih terdapat banyak lagi hukum adat yang terus kekal dijadikan amalan ke hari ini serta menjadi sebahagian daripada amalan budaya sesuatu masyarakat di Asia.

STPM 2003 Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan Barat.

Similar Documents

Premium Essay

Outline - Business Etiquette

...Lecturer’s Name : MISS V Title : INFORMAL BUSINESS ETIQUETTE Order : Topical Order General Purpose : To inform Specific Purpose : To inform my audience about informal business etiquette rules that matter today: send a thank you note, focus on the face not the screen and do not judge. Central Idea : Informal business etiquette is a valuable skill-set that will make you stand out from others, enhance your chances of success and help you land your dream job in the future. Introduction I. Much of today’s formal etiquette originated in the French royal court during the 1600-1700’s. The nobles who lived at royal court did not work, and so they developed elaborate social customs mostly to avoid becoming bored. II. Since the 1960’s, manners have become much more relaxed. Etiquette today is based on treating everyone with the same degree of kindness and consideration, and it consists mostly of common sense III. It is helpful to know some rules about how to behave in certain situations if only because this makes life more comfortable for you and makes you more self-confident in various social situations. So today I would like to share with you 3 rules that matter now. A. Send a thank you note B. Focus on the face not the screen C. Don’t judge (Transition: Let’s start with my first main point, which is sending a thank you note) Body I. Ask the audience how many of them would send a thank you note to appreciate what others do for them A. The audience who would send...

Words: 877 - Pages: 4

Free Essay

Mba Canditate

...内地城市挑戰已成現實-香港迪斯尼如何應對“兄弟之争” 2009年11月,迪斯尼落戶上海的消息一波三折,在香江引起不小震動。金融中心面臨挑戰、物流中心地位不穩……似乎在一夜之間,來自内地城市的競争,令香港“四面楚歌”。港人的擔憂折射出内地經濟的強大活力,也預示着香港不能戀棧過去的榮光。事實上,香港與内地城市的競争,從來就不是你死我活的較量,而是一場互利共赢的博弈,也是共同提升國際競争力的一場“兄弟之争”。 迪斯尼樂園引發滬港“暗戰” 2009年下半年以來,上海迪斯尼項目進展的情況頻頻見諸報端,香港各界的讨論也日漸升級。内地搶客源,香港怎麽辦?競争要來了,前景怎麽樣?上海要建迪斯尼,“蝴蝶效應”頓時顯示:遠在數百公裏之外的香港,陷入了嚴重的“集體焦慮”。2009年11月4日上海市政府宣布征用土地逾409公頃,是香港迪斯尼的兩倍;特區政府有關官員及學者都顧慮,東亞地區已經存在東京迪斯尼和香港迪斯尼兩座主題公園,在上海再建一座,是否會分流其它兩地客源,造成内部不良競争。香港一家媒體還就此采訪了一些正在香港遊玩的内地遊客,許多人表示上海迪斯尼開幕後,他們有可能會減少光顧香港迪斯尼樂園的次數。至2009年11月下旬國家發改委發布“上海迪斯尼樂園項目通過核準”消息,并指出項目占地116公頃。這個比香港迪斯尼還小10公頃的迪斯尼樂園,是亞洲第三個、世界第六個迪斯尼樂園,也是全球最“迷你”的迪斯尼樂園。這讓港人長出了一口氣。與此同時,香港的應對措施迅速展開,香港迪斯尼樂園日前舉行“小小世界過聖誕”亮燈儀式,其行政總裁金民豪表示,香港迪斯尼将展開大規模的擴建工程,計劃在5年内将樂園總面積增加23%,并添置30多項遊樂和娛樂設施,工程最快于年底前動工,可如期于2014年完成。 香港商務及經濟發展旅遊事務署副專員林錦平表示,面對上海興建迪斯尼樂園,香港不怕競争。香港會推陳出新,興建新景點,海洋公園及迪斯尼樂園也會擴建,香港還會繼續提供旅客入境便利措施。也有人認爲,香港和上海的兩處迪斯尼樂園度假區可以互補合作,因爲中國經濟發展迅速,是一個龐大而有潛力的市場,足以容納兩個迪斯尼樂園。 金融、物流挑戰陸續有來 香港作爲國際金融中心的地位也在接受挑戰。随着内地經濟連年高速增長,上海作爲中心城市的地位日益突出,香港擔心自己的地位被邊緣化,而上海憑借雄厚的金融實力和最吸引外資的大陸城市等“資質”,成爲新的金融中心隻是時間問題。 就在2009年4月29日,國務院審議通過了《關于推進上海加快發展現代服務業和先進制造業、建設國際金融中心和國際航運中心的意見》。其中明确指出,上海國際金融中心建設的總體目标是“到2020年,基本建成與我國經濟實力以及人民币國際地位相适應的國際金融中心。”香港的國際金融中心地位将接受檢驗。據筆者一位供職于美林銀行的朋友黃書耀認爲,從長遠來看,上海将成爲亞洲乃至世界金融中心,一些大的國際投資銀行早已在上海跑馬圈地、先行布點了。他表示,也許在幾年後,會到上海去發展。 物流中心的競争也趨白熱化。近年來,天津要做北方物流“盟主”,上海立志要做全球物流的中心樞紐,廣州聲稱要成爲亞太地區最大的物流中心,連成都、重慶、甯波等也紛紛擺開要做國際物流中心的陣勢。有學者認爲,上海物流業産值以年均22%的增幅迅猛發展,且上海地處華東,是長江沿岸的龍頭,上可輻射至華北乃至東北,下可輻射到華南,有香港不可比拟的輻射優勢,潛力無限。 上海物流業的崛起,使香港産生了緊迫感。因爲,從目前的形勢看,粵港澳要聯合起來,以珠江大三角洲之勢作爲世界物流中心,才能與上海抗衡。廣東...

Words: 350 - Pages: 2

Free Essay

Korean Language

...世宗韩语 | 发音部分 [pic] KoreaXin.com에서 재미나는 한글 공부를 시작합시다! 第一课 元音 ㅏ ㅓ ㅗ ㅜ ㅣ a (h)o o(h) wu i 아이 小孩a i 아우 弟弟a wu 어이 怎么ho i 오이 黄瓜 oh i 우 蜂拥貌 拟声词 wu 이 牙齿 i 안녕 你好 aniyoh 안녕하세요 您好 anihasehyoh 안녕히 가세요 请走好 aneohnihasehyoh 第二课 辅音 ㅂ ㅍ ㅃ ㅁ b- p b\ m ㅂ 바 버 보 부 비 b- ba- bho- boh- bwu- bi- ㅍ 파 퍼 포 푸 피 p pa pho poh pwu pi ㅃ 빠 뻐 뽀 뿌 삐 b\ ba\ bho\ boh\ bwu\ bi\ ㅁ 마 머 모 무 미 m ma mho moh mwu mi 바보 傻瓜 ba bho 비 雨 bi 삐삐 寻呼机 bi bi 아빠 爸爸(娇气)a ba 아버지 爸爸 a boh ji 부친 父亲a pa 파 葱 pa 피 血 pi 무 萝卜 mu 모 苗 moh 안녕히 계세요 请留步 aniyohi kehsihyo 또 만나요. 再见 toh mannayoh 第三课 辅音 ㄷ ㅌ ㄸ ㄴ ㄹ d- t\ d\ n r/l ㄷ 다 더 도 두 디 d- da- t/dho- toh- dwu- ti- ㅌ 타 터 토 투 티 t\ ta tho toh twu ti ㄸ 따 떠 또 뚜 띠 di\ da dho doh dwu di ㄴ 나 너 노 누 니 n na nho noh nwu ni ㄹ 라 러 로 루 리 r/l r/la r/lho r/loh r/lwu r/li 나무 树 na mwu 다리 腿,桥 d/ta- r/li 또 又,再 doh 오리 鸭子 oh r/li 머리 头,头发 mho r/li 나비 蝴蝶 na bi 토마토 西红柿 toh ma toh 도토리 橡子 toh- toh r/li 따다 采,摘 da- da 라디오 广播 r/la ti- oh 뿌리 根 bwu\ r/li 누구세요? 谁呀?dubusehyoh 제예요. 是我 choyeyoh 어서 오세요. 快请进,欢迎光临 hosowusehyoh 第四课 元音 ㅡ ㅐ ㅔ ㅚ ㅟ eeh aeh ahy yve/e vi 배 梨,船,肚子 baeh 애나무 小树 aeh na mwu 누르다 压 duzhitah 모으다 集拢 moh eeh dah 베 麻布 bahy 모래 沙 moh deh 누에 蚕 duh eh 위 胃 wi 뒤 后 dwui 뇌 脑 nve 되다 成为 tuaidah 부르다 叫...

Words: 362 - Pages: 2

Free Essay

Buddhism

...第一部分:戒 第六章 为何我们生于此? 这次雨安居我不太有力,身体欠安,所以来山上呼吸点新鲜空气。人们来拜防,我也无法如往常般接待他们,因声音沙哑,气息奄奄。大家现在还能看见这身体坐在这里,也算是种福份,很快就会看不见了。气将尽,声将息,它们会如其他所有因缘和合的事物般,随著其他支撑的元素一起消逝,佛陀称此为「灭尽衰灭」(khaya vayam)。 根本没有任何人只有地、水、火、风 它们如何坏灭?想像一块冰,它原来只是水,将它冷冻后就变成冰,但不久就融化了。取一大块冰放在太阳下,可以看见它如何消解,身体也差不多是如此。它会逐渐瓦解,不久就只剩下一滩水,这就称为「灭尽衰灭」。自古以来,它一直如此,当我们出生时,就带著这坏灭的本质来到世间,无从回避,从一出生,老、病、死就和我们结伴而来。 所以,佛陀要说「灭尽衰灭」。现在,所有坐在讲堂里的人,无论比丘、沙弥或在家男女,无一例外,都是一堆会坏灭元素的组合。现在这堆东西就如冰块一样坚固,冰块从水开始,暂时变成冰,然后融化。你们能看见自己身体的这个败坏过程吗?看看这身体每天都在老化——头髪在变老,指甲在变老,每样东西都在变老。 你们不会一直都像这样,会吗?过去的你们要比现在小很多,现在长大与成熟了。从现在起,你们将随顺自然的方式,慢慢衰老。身体就如冰块一样衰坏,很快就消失了。 一切的身体都是由地、水、火、风四大元素所组成,匪聚后称之为「人」。我们受它迷惑,说它是男人或女人,为它命名而称某某先生、女士等,如此一来,更容易相互辨认。但事实上,其中没有任何「人」,只有地、水、火、风。当它们聚合成形时,我们称这结果为「人」,但切莫高兴得太早,若真的深入观察它,其中根本没有任何「人」。 身体坚硬的部分——肉、皮肤、骨头等,称为「地界」;身体液体的部分则是「水界」;身体温暖的机能是「火界」;在身体里流动的气体则是「风界」。 在巴蓬寺有具看来既非男也非女的身体,它是具骷髅,挂在大会堂中。看著它,你不会有男人或女人的感觉。人们彼此询问那是男人或女人,而所能做的只是茫然地面面相觑。它只足具骷髅,所有的皮、肉都消失了。 人们从不曾真正看过自己 人们对这些事都很无知。有些人来到巴蓬寺,走进大会堂,看见骷髅立刻夺门而出!他们不忍卒睹,害怕骷髅。我想这些人以前一定未看过自己,他们应该反省骷髅的珍贵价值。要到寺院来必须乘车或走路,若没有骨头,怎么办得到?他们能走路吗?但坐车来到巴蓬寺,走进大会堂,看见骷髅却夺门而出!他们从未看过这东西,其实他们生来就有一副,却从未看过它。 现在有机会看见,真的非常幸运。即使老人看见也会受到惊吓,这究竟是怎么一回事?这表示他们对自己完全陌生,不曾真的认识自己,也许回家后会失眠三、四天……不过,他们仍和一副骷髅睡在一起!无伦穿衣、吃饭或做任何事都在一起,但他们却害怕它。 人们如此疏于接触自己,真是可怜!他们总是向外看,看树、看人、看外界事物,说:「这个是大的」、「那个是小的」、「这是短的」、「那是长的」。他们如此急于看其他东西,但从不曾看过自己。老实说,人们真的很可怜,他们没有皈依处。 在受戒仪式中,戒子必须学习五项基本的禅修主题:头发、体毛、指甲、牙齿、皮肤。①有些学生和受过教育者在仪式中听到这部分时会暗自窃笑:「到底阿姜想教我们什么呢?竟然教导一生下就有的头发,他无须教这些,他们早就知道了。为何要教导我们早已知道的事呢?」 愚人就是如此,自以为早就看过头发了。我告诉他们,当我说「看头发」时,意思是如实地看见它,如实地看见体毛、指甲、牙齿与皮肤。 这才是我所谓的「看」——...

Words: 20038 - Pages: 81

Free Essay

Data

...序:我所理解的生活 《我所理解的生活》作者:韩寒 做自己喜欢的事情,和自己喜欢的一切在一起。 多天前参加比赛,来了一个久未见面的朋友,他现在的工作是给明星做经纪。整个周末 他都在我们车队的帐篷里。周日分别,他对我说,其实你的自我开发做得并不好,形象管理 有问题,如果有职业经纪人帮你打理一下,必然远不是今天的模样。这样,回去给你一个总 结的邮件。 刚才他打来了电话说,你问题太多,邮件说不清楚。比如你在比赛那天一直“双反”,你 知道么?我当时就晕了,我只知道“双规”和“单反”,“双反”还真不知道。弄半天才明白,所 谓“双反”,原来是衣服穿反了,而且内 外和前后都反了。我说,我出门太急,真没注 意,也没人提醒我,难怪一整天都觉得脖子有点勒。 朋友说这个问题不大,你本来就粗心,容易被人取笑。更要命的是,你在车队帐篷的沙 发上乱睡觉。你睡觉的时候总共有十二个人来拍过你的睡姿,五个是挂记者证的,四个是车 队成员,三个是其他车手,其中有两个是故意拍丑态大头照的。我查了一下,其中五个人发 微博了。有一张照片很难看,影响形象,你身边也没人拦着人家拍照,这在我们这行里是绝 对不允许的。我说这我也没办法,熬夜看欧洲杯,的确睡眠不够,你叫我怎么能睡得玉树临 风? 朋友继续教育我,面部表情是其次,关键是你团着身子睡,手还一直塞在自己的裆部, 这个猥琐的动作绝对是破坏形象的。照片如果上传,有些网友看见了容易反感。我说我又没 把手塞在那些网友的裆部,我碰了自己的鸟,关他们鸟事,反感就拉倒呗。朋友说,不是这 样的,你是一个公众人物,现在又是微博时代,谁都能随手拍,越夸张传播越快。你要确保 自己的每一张照片都不能影响你的形象,比如你的手放的位置不对,很容易被一下转发数千 条。我说,这我实在没办法,空调温度太低了,只要一冷,我就自动睡成捂裆派了,从小就 这样。总不能我睡觉的时候,雇几个保镖拦着不让拍照,这也太装逼了。 朋友还指出了一堆问题,比如随意跟人合影,人家递过来什么都签,这会留下隐患。我 说,不,人家如果递过来一百块人民币我就不签。朋友肯定道,不错,你还算有这个意识, 我们行业里有明星在递过来的钞票上签字,结果被网友骂死,破坏人民币肯定不好。我说不 是的,是因为我不想把自己的名字和老毛放在一起。 朋友痛心疾首道,你看,你这种话不能乱说,得罪的人太多。你在车队聊天也是这样, 什么都说,而且常说脏话。你要知道,如果现场有一个不怀好意的,把你说的那些用手机录 下来,放到网上,是很大的负面新闻。你知道当时帐篷里多少人?十八个!你都认识么?我 回答说,有几个不认识。朋友的听筒差点掉地上,有几个不认识你就那么说话?你考虑过后 果么?你一睡醒就和人合影,有一撮头发翘得跟天线宝宝似的,人家还开着闪光灯,照片效 果可想而知。你看你衣服的配色,是很乡土的,最关键是,再不拘小节,裤子拉链还是要拉 上的。总之,你太随便了,也没有一个专业点的经纪人帮你,你如果不严格地对自己的形象 进行系统的管理,就不能保持神秘感和名人气质。你如果对自己有一个好的定位,有合适的 人帮你运作和服务,调整一下你的社交圈子,你能赚得远比现在多得多。你告诉我,你打算 怎么经营自己?你是怎么想的? 我说,整个周末我只在想一个问题,我和对手差了零点三秒,我该怎么追回来?我能惦 记着出门要穿衣服已经不错了,哪还顾得上搭配? 挂了电话,夜深人静,回想朋友所言,有些也对。我在帐篷里口无遮拦,对所有人都没 有设防,要是真有人偷拍偷录或者微博直播,的确会惹麻烦。对陌生人提防与否取决于你的 ...

Words: 8802 - Pages: 36

Free Essay

Maple Retreat

...The 3 key points you would take into account about the Maple company/business in order to define the “best possible candidate” are: 1. High-profile customers: Maple’s clients are high-income people that expect “a high level of professionalism from the staff”, and the course is expected to be in an “impeccable condition”. We believe that the first statement is more important for the job, as professional staff can be taught to have the course in an impeccable condition. Therefore, candidates have to be friendly to customers, good looking, have good manners and good attitude to learn. 2. Physical requirement and teamwork: Candidates have to be physically prepared for the job, and have to be able to start working at 5:30 am with a smile on their face, for which we need an active and fit person. Additionally, the job characteristics require team players. 3. Poor pay and seasonality: The job has a low pay in addition to being offered for only 8 months per year. Additionally, candidates must be happy with their positions in order to be nice to clients. This probably involves that the person you are looking for is someone who had an even worse job. The key aspect in choosing someone would be that the person does not have an attractive alternative job in terms of salary or job scope. Even if this candidate does not have optimal skills, we can train him and bring him to speed. Additionally, someone who, for example, is used to cleaning bathrooms, could be very happy working in a distinguished...

Words: 638 - Pages: 3

Premium Essay

Indian Culture

...know why using manners are important in our everyday lives. Introduction: Manners are something people should use everyday to make a good impression on others and to feel good about ourselves. No matter where we are … at home, work, or with friends, practicing good manners is important in our society. Body: I. Manners are important to have A. They are a form of caring B. Manners allow society to communicate with fewer misunderstandings. II. Types of manners that we should use everyday A. Please, thank you, holding a door for someone B. Hanging up your cell phone when you are going through a check out line III. Don’t think a person needs manners? A. Just try to say please when you ask for something and see how different a person reacts to your kindness B. Practicing good manners not only can make your day better but someone else’s just by being courteous C. You can get through Life with Bad Manners but it’s a lot easier with good manners, According To famous Actress Lillian Gish Conclusion: In conclusion, manners are extremely important in society and our everyday lives. It shows people that you are caring and a polite person. Manners allow us to have few misunderstands and get along with people in society. Simple words people can use everyday will show they have manners. Examples of certain manners are the words please and thank you. Also holding the door for someone is a great example. People should practice using manners in their life...

Words: 425 - Pages: 2

Free Essay

Vices

...residents of cities, who are familiar with vice, tends to lower the moral tone of the students; and he adduces many facts in proof of his position. There is undoubtedly much truth in this view. Large colleges certainly have a large ratio of dissolute-or, put it less harshly, wild-students than smaller institutions. But this can be truthfully said of their vices: They are more gentlemanly and less vulgar than those practised in country colleges. City students may drink more, and occasionally gamble; but they never give the Professors a charivari, or attack the President with bad eggs, or conspire against the college authorities and get expelled in a body. They have more affection and respect for their Alma Mater-more esprit de corps-more urbane manners. Students however, are not a class suigeneris. They are what their instincts and surroundings make them. An educated gentlemen is apt to be a gentleman even though he be a student; and being a student doesn't prevent him from being a rowdy, if he was born such. Mobs of course lose the human instinct; and we need not look to college-life to find examples of men who act like ruffians when in a...

Words: 263 - Pages: 2

Free Essay

Ipe, Ir

...重商主义早晚期代表人物及其主要观点: (1)早期重商主义贸易观点 • 代表人物是威廉·斯塔福 • 强调绝对的贸易顺差,即出口值超过进口值。主张采取行政手段,控制商品进口,禁止货币输出以积累货币财富。早期重商主义的这种思想被称为“货币差额论”或“货币平衡论” (2)晚期重商主义贸易观点 • 代表人物是英国经济学家托马斯·孟 • 晚期重商主义重视的是长期的贸易顺差或总体的贸易顺差,从长远的观点看,认为,在一定时期内贸易逆差是允许的,只要最终的贸易结果能够保证顺差,保证货币最终能够流回国内就可以。因此晚期重商主义的思想被称为“贸易差额论”或“贸易平衡论” 1. 要素丰裕度,要素密集度的概念: 要素丰裕度:衡量的是一个国家所拥有的经济资源的相对丰富性或者说一个国家经济资源的相对供给量。 要素密集度:衡量的是产品中的生产要素的投入比例。 2. 产业内贸易的核心内容 产业内贸易:既出口又进口同类产品的贸易模式(同一产业内部差异产品之间的贸易)。 3. 比较优势论的基本内容 国际贸易的基础并不仅仅局限于劳动生产率的绝对差别,只要各国间存在劳动生产率的相对差别,就会出现生产成本和产品价格的相对差别,从而使各国在不同产品上具有比较优势,使国际分工和国际贸易成为可能,各国应集中生产并出口具有比较优势的产品,同时进口不具有比较优势的产品。 4. 非关税壁垒的种类 1进口配额制 2自动出口配额制 3进口许可证制 4外汇管制 5最高限价制和禁止进口 6歧视性的政府采购 7进口押金制 8技术壁垒,绿色壁垒,环境壁垒 5. 商品倾销,外汇倾销的概念 商品倾销:进口商品以低于正常价值的价格在进口国进行销售,并对进口国的同类产品或产业造成损害或损害威胁。 外汇倾销:是指一国政府利用本国货币对外贬值来达到扩大出口,限制进口目的的一种措施。 6. 贸易创造效应 贸易转移效应 贸易创造效应:成员国之间相互取消关税和非关税壁垒所带来的贸易规模的扩大和福利水平的提升。 假定;1、A、B、C三国生产同一种产品,在国内售价分别为:5美元,2美元、3美元 2、A国对进口的该种产品征100%的关税 3、A国和B国结成关税同盟 关税同盟:贸易创造效应 贸易创造效应经济学分析 1、生产者剩余:a 2、消费者剩余: a+b+c+d 3、政府财政收入:c 4、社会福利水平:b+d 贸易转移效应:建立关税同盟之后成员国之间的相互贸易代替了成员国与非成员国之间的贸易,从而造成贸易规模缩小和福利水平的减少。 贸易转移效应假设: 1、A、B、C三国生产同一种产品,在国内售价分别为:5美元,2美元、3美元 2、自由贸易 3、A国和C国结成关税同盟 关税同盟:贸易转移效应 贸易转移效应经济学分析 1、生产者剩余:a 2、消费者剩余: a+b+c+d 3、政府财政收入: 4、社会福利水平: b+c+d 3、贸易创造与贸易转移效应的经济学分析 [pic] 贸易创造与贸易转移效应的经济学分析结论 1、生产者剩余:a 2、消费者剩余: a+b+c+d 3、政府财政收入:c+e 4、社会福利水平: (b+d)-e 7. 关税的概念 各国海关根据指定的海关税则,对进出关税的货物征收的一种捐税。 8. 出口补贴的概念 又称出口津贴,市一国政府为了降低出口产品价格增强其在国际市场上的竞争力,在出口某商品时,给予出口商的现金补贴,或财政政策上的优惠待遇。 ...

Words: 458 - Pages: 2

Free Essay

Manners in Our Society

...Manners in Our Society I used to get annoyed at my father for judging the type of music and television that I liked and not allowing it at home when I was growing up. I have since gained a respect for what my parents were “judging”. Children do not pay attention to actual content and a lot of messages can be slipped into a catchy tune or a popular program. My parents were right these influences do have an effect upon how “kids these days are raising themselves”. Manners have declined due to disrespectful music lyrics, anti-authoritative television programming and parents not paying attention to what influences their children in media The lyrics in music have gotten more disrespectful as time has gone by. Parents need to pay attention to what their children are really hearing. How have we gone from Louie Armstrong’s, “It’s A Wonderful World” to Twisted Sister’s, “We’re Not Gonna Take It”? When I was growing up in the 1970’s my parents did not approve of music in our home with bad messages, morals and attitudes. Led Zeppelin’s “Stairway to Heaven” was considered demonic and was definitely not played in our home. When I had my own children I understood my parents point of view. I also found myself banning certain music from our atmosphere at home as well. I noticed how much more disrespectful it had gotten from the 1970’s to the 1990’s and 2000’s. Eminem and Dr, Dre for example are not role models I wanted my children idolizing at all. The role models...

Words: 737 - Pages: 3

Free Essay

English for Business

...stories of many immigrants that, like herself, had to leave her country under nearly forced conditions under to avoid punishment. She uses the difference between wealthy immigrants that resided on Manhattan ones they arrived by their own will, in contrast, to her own story and the unfortunate situation that she faced. That way she portrayed the distinction of attitude that each had while they stayed at a foreign land. Social class is important although never fair for the multitude and those who face poverty. The only way to avoid the drastic reality that life varies and that nothing is truly stable, is by training our youth to live in multiple lifestyles such as: survivalist deserters in the jungle to civilized businessman with proper manners. Kim learned that not only money provides stability but in order to reach higher places unity is...

Words: 290 - Pages: 2

Premium Essay

Ikea

...IKEA全球供應面的挑戰:印度地毯與童工問題(A) 1995年5月,瑪莉安.巴娜(Marianne Barner)正面臨一項困難的決策。她加入IKEA這家全球最大的傢俱零售商已屆滿兩年,且她擔任地毯業務區域經理亦已屆滿兩個月,此時,她思考著是否應該與一家主要的印度地毯供應商終止往來關係,雖然此舉可能會影響公司的貨源供應,並衝擊銷售業績,但是她也發覺支持這個決定的理由頗為明確。因為一家德國電視公司最近揭露一項調查報告,顯示該供應商僱用童工來生產地毯,並供貨給IKEA公司。讓巴娜感到挫折的是,這家形象良好的大型供應商,與IKEA其他供應商一樣,在最近與公司簽署的一項供應合約附加條款中,明訂禁止雇用童工,否則該合約將遭到取消。 然而,巴娜瞭解,比眼前更為棘手的問題是,IKEA應該對此問題採取何種長期策略。一方面,由於業界對於印度地毯業剝削童工的現象頗為關切,迫使她必須簽訂此條款來回應此訴求。而最近由製造業者、進口商、零售業者、及印度民間組織所成立的聯盟,提出一項「地毯標籤」的新措施,在那些經查證並無使用童工生產的地毯,貼上認證標籤以示區別。巴娜也已經與瑞典拯救兒童組織進行協調,該組織要求IKEA公司秉持「謀求兒童最大福祉」之原則來處理此問題,最後,公司中有些人認為他們應該考慮放棄這項產品,因為來自當地的地毯佔IKEA整體營收的比例微不足道,他們認為該項產品的獲利潛能,並不足以彌補他們因為此事件所投入的時間、成本、以及所承擔的商譽風險。 一家跨國企業的崛起與壯大 要了解IKEA的營運概況,就必須先研究年邁70的公司創辦人-英發.坎普拉(Ingvar Kamprad)的哲理與信念。儘管他在1986年卸下執行長一職已有十年之久,但他仍保有該公司名譽董事長之頭銜,積極參與公司運作,然而,比他現有職權更為重要的,是他長期以來在IKEA企業文化中所耕耘的價值與信仰。 坎普拉在年僅17歲時,自創一家郵購公司,名稱即為IKEA,該名稱是取自於他姓名的起首字母,與他們位於瑞典東南方森林區的家族農場Elmtaryd以及Agunnaryd兩地之起首字母字串聯而成。他放棄家族事業,開始銷售原子筆、打火機、及夾子等用品,他先向成本低廉的供應商進貨,然後在當地店家所訂閱的商業刊物中刊登廣告。當坎普拉在1948年將傢俱納入產品線以便與同業競爭時,新產品線立即創造了銷售佳績,這讓他決定放棄那些小型商品。 在1951年,為了減少產品的退貨率,他在鄰鎮阿姆浩特(Älmhult)成立一個展示店面,讓消費者在購買產品之前可以先行檢視貨品,這項創舉很快的產生招攬客戶的效果,消費者願意搭乘七小時的火車,遠從首都斯德哥爾摩前來參觀。因此,IKEA停止了郵購業務,坎普拉後來回憶說:「現在的IKEA經營理念在當時便奠定了基礎,當時所制定的一些原則,至今仍沿用於IKEA。首先,最重要的是,我們採用一套目錄來吸引消費者前來參觀我們的展示品,這些展示中心也就是我們今日的店面。其次,由於消費者手中持有目錄,因此他們可以自行去參觀店內的產品組合,若他們有意願購買,可以先觸摸這些商品後,再決定是否購買。 當坎普拉開發並調整他的傢俱零售業務模式時,他開始對瑞典當地傢俱業者所組成的卡特爾組織愈發不滿,該組織不但嚴密,而且維持價格居高不下,他除了把這種現象視為是開闢其他銷售管道的契機之外,也誓言要改革這種令人無法茍同的社會問題,他寫下IKEA的願景(後來演變成為公司的標語:為人類創造更美好的生活): 當今的社會,拿龐大資源去滿足少數族群,極不合理,IKEA誓言要改革此現象...

Words: 659 - Pages: 3

Premium Essay

Disappearing Social Grace in the Modern Time

...By: MALIKA SHAHID ~ The line between the public life and private life has been erased, due to the rapid decline of manners and courtesy. There is a certain crudeness and crassness that has suddenly become accepted behavior, even desirable. ~ Fannie Flagg, author of Fried Green Tomatoes at the Whistle Stop Café. The days of “Please, May I and thank you” is apparently diminishing. The much talked about “next generation” is either entangled in social networking sites or are much too busy dallying around. At this rate, manners and etiquettes may soon be wiped out from our society. The disappearing social grace in this day and age is truly a cause for concern. The biggest problem of today’s generation is freedom. Well, excess freedom to be precise. This freedom entered our society in a sudden flood of rights which people hadn’t expected before. In the name of these rights we are now willing to go to any extent to achieve what we want. Throughout this struggle we have forgotten the line between decency and downright rudeness. We have forgotten that our words, our actions hold the power to hurt someone’s sentiments. If we cannot show gratitude towards one another, then why should we go around offending people? Ever heard of karma? Whatever goes around comes around. If your demeanor exudes ill breeding then I’m afraid others would definitely treat in the same manner. In today’s culture there is a huge distinction between the social classes of the society. The rich and powerful...

Words: 348 - Pages: 2

Free Essay

資深工人註冊工作年資證明書須知

...資深建造業工人註冊 填寫工作年資證明書須知 填寫申請資深建造業工人註冊工作年資證明書須知 甲. 資深工人註冊類別及要求 註冊類別☆ (a) * (b) # 申請註冊資格 第一類 申請人尚未持有申請為註冊熟練技工(指定工種分項) 的資格,包括持有條例內附表1所指由建造業議會 (議會)或職業訓練局(職訓局)所頒發的技能測試證書 或其他指明的認可資格(例如其他認可的註冊、證書 或牌照等),但能證明於2015年4月1日前已具備不少 於10年親自進行相關工種分項的工作經驗,其中不 少於6年在2005年12月29日前取得。 第二類 申請人尚未持有申請為註冊熟練技工(指定工種分項) 的資格,包括持有條例內附表1所指由建造業議會 (議會)或職業訓練局(職訓局)所頒發的技能測試證書 或其他指明的認可資格(例如其他認可的註冊、證書 或牌照等),但能證明於2015年4月1日前已具備不少 於10年親自進行相關工種分項的工作經驗。 備註: ☆ 如指定工種分項在附表1 “其他資格或要求”內列出有關的資格,則此工種分項不設資深 建造業工人註冊。 * 第一類的資深工人可以合資格註冊成為相關工種分項的註冊熟練技工。如申請人曾經註冊 為相關工種分項的註冊熟練技工(臨時),將會視為於2005年12月29日前具有6年相關工作經 驗的一項證明。 # 第二類的資深工人必須通過評核,才可以合資格註冊成為相關工種分項的註冊熟練技工。 如申請人曾經註冊為相關工種分項的註冊半熟練技工(臨時),可視為具有2年相關工作經驗的 一項證明。 乙. 申請資深工人註冊 相關工種分項工作年資證明:申請人須填寫及提交「申請資深建造業工人註冊工作年資證明 書」,以證明申請人具有所需親自進行有關工種分項的工作年資。 截止申請日期:2016年9月30日。 頁1 / 共10頁 丙. 填寫「申請資深建造業工人註冊工作年資證明書」指引 1. 申請人須詳細填寫「第一部份:親自進行指定工種分項的有關建造工作的詳情」,及盡可 能填寫表一內的項目詳情,申請人並須簽署「申請人聲明」部份。 2. 申請人可選擇以下其中一個途徑就第一部份表一內的工作年資提供證明,並遞交申請予註 冊主任考慮: 工會證明 - 申請人將表格SWR1、表格SWR2(如適用)及一切有關的 工作證明資料或文件予工會,並由工會按建造業工人註 冊委員會的指引、原則及既定程序審核其工作年資,並 在第三部份作出確認。 直接遞交工作年 資證明予註冊主 任 - 申請人將表格SWR1、表格SWR2(如適用)及一切有關 的工作證明資料或文件直接遞交予註冊主任考慮。 3. 各種工作年資證明的時限 工人的僱主證明* 工會證明 法定聲明 (宣誓) 註冊熟練/ 半熟練技工(臨時) (填寫第二部份) (填寫表格SWR2 及在民政事務 署、太平紳士或 律師面前作法定 聲明(宣誓)) (現時 / 曾經註冊為 (一切有關工作 相關工種分項的註 證明資料或文 冊熟練/半熟練技 件) 工(臨時) ) 證明不多於3年 的工作年資(包括 但不限於2005年 12月29日之前的 工作年資) 相關工種分項的註 冊熟練技工(臨時) 證明 ,將會視為於 於 2005 年 12 月 29 日 之 前 6 年的 工 作 證明年資不限# 年資 (填寫第三部份) ...

Words: 1076 - Pages: 5

Free Essay

产品需求

...福建省运政管理信息系统 软件需求规格说明书 项 目 版 本 历 史 |日期 |版本 |说明 |作者 | | | | | | | | | | | | | | | | 目 录 1. 引言 3 1.1 目的 3 1.2 适用范围 3 1.3 参考资料 3 1.3.1 术语和缩略语 3 2. 系统概述 3 2.1 系统描述 3 2.1.1 3 2.1.2 4 2.2 系统功能 4 2.3 一般约束 4 3. 功能性需求 4 3.1 功能描述1 4 3.1.1 具体功能1 4 3.1.2 具体功能2 5 3.2 功能描述2 5 4. 非功能性需求 5 4.1 外部接口说明 5 4.2 软硬件要求 5 4.2.1 网络环境 5 5. 数据字典 5 引言 1 目的 界定项目开发的范围; 为系统设计提供需求依据; 为代码开发提供需求说明; 为项目验收提供需求标准; 建立系统开发的需求基线,成为项目变更的标准依据,建立开发商与客户间的沟通基础。 2 适用范围 3 参考资料 |资料名称 |内容 | |《中华共和国道路运输条例》 | | |《深圳市运政管理系统升级改造项目招标书》 | ...

Words: 4414 - Pages: 18