...analyses are based on a survey conducted using questionnaires to 343 UKM’s graduates whom completed their studies between 1998 and 2002. Aspects that are examined in this article include duration taken for first employment, suitability of field of studies with occupation and the level of job satisfaction among the graduates. PENGENALAN Dalam negara yang pesat membangun, peranan universiti sebagai sebuah pusat pengajian bagi membolehkan pelajar mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan, adalah sama penting dengan peranannya sebagai pusat untuk melatih golongan profesional. Pendidikan di universiti bukan sahaja bertujuan menggalakkan perkembangan mental dan rohani pelajar, tetapi juga untuk mengasah kemahiran mereka bagi memenuhi tuntutan pekerjaan profesional dan teknikal dalam kalangan golongan muda dan selanjutnya membangunkan ekonomi negara. Justeru itu, peranan pendidikan secara am dan peranan pendidikan tinggi secara khusus dalam memberi latihan ke arah melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan sikap yang sesuai dengan tuntutan pekerjaan sangat wajar...
Words: 2898 - Pages: 12
...Malaysia, pihak Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh yang banyak dari China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan juga estet dan perbuatan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia pada masa tersebut. Seterusnya, pihak British berpendapat bahawa pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia akan mengugatkan kedudukan pihak Inggeris di Malaysia , maka kerajaan Inggeris telahpun melaksanakan dasar pecah untuk memisahkan ketiga-tiga kaum utama seperti Melayu, Cina serta India dari aspek pekerjaan dan juga tempat tinggal untuk mengelakkan kewujudan perpaduan mereka. Kebanyakkan kaum Melayu akan dipindah ke desa dan hanya terlibat dalam sector pertanian manakala kaum Cina akan tinggal di Bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum India pula tinggal di dalam estet-estet dan hanya sedikit daripadanya tinggal di dalam Bandar. Selain itu, dari segi pendidikan, ketiga-tiga kumpulan ini tidak akan mendapat sukatan pelajaran atau kurikulum uang sama dan keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dasar pecah ini telah berjaya dilaksanakan dan ini membawa kesan interaksi kepada pelbagai kaum iaitu interaksi mereka hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang dan selepas kemerdekaan, kekacauan yang sama juga berlaku di Pulau Pangkor, Bukit Mertajam...
Words: 2327 - Pages: 10
...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...
Words: 18840 - Pages: 76
...‘Malaysia Melangkah ke Hadapan’, Perdana Menteri telah mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah pembangunan Negara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini bukan sekadar meliputi aspek ekonomi, tetapi juga aspek politik, sosial, budaya, psikologi dan kerohanian.Kemajuan ini bukan sekadar tiruan negara-negara yang dianggap majusekarang, tetapi kemajuan menurut acuan negara sendiri. Menurut Perdana Menteri, matlamat menjadikan Malaysia negara maju dan industri tidak akan tercapai sehingga rakyat dan negara mengatasi sembilan cabaran asasi yang strategis, cabaran-cabaran yang telah kita hadapi sejak kelahiran negara ini sebagai Negara merdeka. Cabaran-cabaran ini telah diterima sebagai satu wawasan yang menjadi panduan dalamu saha membangunkan negara.Wawasan ini yang meliputi aspek-aspek dalaman dan luaran juga memberi arah tujuan dan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara yang benar-benar maju. Perdana Menteri juga merasakan yang cabaran-cabaran ini boleh dipenuhi dalam masa tiga puluh tahun, iaitu menjelang tahun 2020.Ia dianggap satu jangka masa yang munasabah dan praktikal berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai setakat ini. Perdana Menteri merasakan Malaysia dapat mencapai wawasan ini menjelang tahun 2020,dan oleh itu Sembilan cabaran yang hendak dipenuhi pada tahun 2020 disebut sebagai Wawasan 2020 DASAR WAWASAN 2020 - Scribd http://www...
Words: 697 - Pages: 3
...soalan ini mengandungi satu Tema Umum. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 1249/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT ARAHAN KEPADA GURU 1. 2. 2 1249/3 Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan. 3. 4. 5. ARAHAN KEPADA CALON 1. 2. 3. Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada...
Words: 9380 - Pages: 38
...RINGKASAN BAB 4: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1:Konsep Pembangunan Dan Modenisasi • Pembangunan berkait rapat dengan proses modenisasi.Proses modenisasi adalah proses mentranformasikan masyarakat dari pelbagai sudut melalui kaedah secara perancangan teratur dan perancangan tidak teratur.Perancangan teratur melibatkan proses , kaedah dan matlamat yang hendak di capai manakala perancangan tidak teratur melibatkan tekanan dari unsur-unsur luar.Pencapaian dari aspek ekonomi,politik,sosial,sains dan teknologi asas pengukuran modenisasi.Matlamat pembangunan akan tercapai jika pembangunan menekankan aspek material dan spiritual serentak.Menurut Samsul (2006) pembangunan ekonomi dan politik merupakan asas kepada modenisasi. 4.2 Komponen Politik: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Politik juga memainkan peranan penting dalam membentuk dasar dan arah tuju sesebuah negara selain daripada faktor ekonomi. Masalah asas dalam pembinaan negara bangsa ialah pembangunan dan pembinaan negara tersebut. Bagi memupuk semangat ‘kenegaraan’ dan ‘kekitaan’ ini bukannya mudah tambahan dalam konteks masyarakat majmuk seprti Malaysia. Elemen seperti ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh dijadikan medium bagi mencapai matlamat sesebuah negara. Hanya dengan memberi laluan kepada pembentukkan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi kepentingan kepada keutamaan nasional. Kejayaan dapat dinilai secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan tahap integrasi...
Words: 2072 - Pages: 9
...Program pembangunan menyumbang terhadap kemajuan. b) Program pembangunan turut menyumbang terhadap kurang pembangunan, ketidaksamarataan dan kemiskinan. Tiada makna yang khas yang dapat menerangkan maksud pembangunan walaupun terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers (1979) dan juga Syed Husin Ali (1976). (Rahimah Aziz 1989: 197). Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3). Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf...
Words: 7157 - Pages: 29
...daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian...
Words: 4793 - Pages: 20
...PEMIKIRAN MELAYU MENGENAI JATI DIRI TERLALU BERSIFAT BERTINDAK BALAS DAN KURANG BERSIFAT KONSTRUKTIF. BINCANGKAN. PENGENALAN Pemikiran Melayu dirujuk sebagai pemikiran sosial iaitu pemikiran orang Melayu ke arah bermasyarakat iaitu mewakili orang lain. Pemikiran Melayu menggambarkan pemikiran masyarakat yang berkelompok, bersifat kolektif bukannya individu, bersabit dengan isu-isu tertentu yang pada akhirnya mempengaruhi tindakan, pendengaran, kehidupan, dan pendirian mereka. Selain itu, pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains berpendapat bahawa pemikiran akan memberi pengertian suatu buah fikiran berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran adalah berfikir secara serius (mendalam)...
Words: 5023 - Pages: 21
...Malaysia iaitu sektor pertama, sektor kedua, dan sektor ketiga. Sektor pertama terdiri daripada aktiviti-aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan, dan kuari. Sektor kedua terdiri daripada aktiviti-aktiviti pembinaan dan pembuatan sementara sektor ketiga ialah sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan. Dengan perkataan lain, tiga sektor tersebut memberikan gambaran jenis-jenis pekerjaan bagi kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di Malaysia iaitu ada yang terlibat dengan sektor pertama, ada yang terlibat dengan sektor kedua dan ketiga. (Lehar, 1998) ISU-ISU EKONOMI DI MALAYSIA Setiap negara di dunia menghadapi masalah sosial dan ekonominya sendiri. Negara kita juga tidak dapat lari daripada masalah-masalahnya. Beberapa isu ekonomi telah dihadapi oleh negara sejak merdeka lagi dan sebahagiannya masih lagi dirasai. Isu-isu ini adalah seperti berikut. 1) Pergantungan Eksport Warisan dari dasar dan pentadbiran penjajah British telah menyebabkan ekonomi negara bergantung kepada pengeluaran dan eksport dua komoditi utama iaitu getah dan bijih timah di Semenanjung, tumpuan eksport ialah lada hitam dan petroleum di Sarawak, dan kayu balak di Sabah. Sebelum merdeka, pendapatan dari eksport kasar merupakan lebih 45 peratus daripada KDNK dan 85 peratus dari jumlah tersebut dating dari eksport getah dan bijih timah. (Lehar, 1998) Pergantungan yang...
Words: 2875 - Pages: 12
...INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN SHARIFAH KASTINAH BINTI HABIB MOHD KASSIM TAJUK : PENGGUNAAN SUMBER DARI “YOUTUBE” DAPAT MEMBANTU PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI MURID DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PENYELIA : PUAN NOR RUL AZLIFAH BT ZULKAFLI JABATAN SAINS SOSIAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU ISI KANDUNGAN : Muka surat PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2 Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran 5 FOKUS KAJIAN 7 2.1 Isu Kajian 7 2.2 Batasan Kajian 8 OBJEKTIF KAJIAN 9 3.1 Objektif Umum 9 3.2 Objektif Khusus 9 PERSOALAN KAJIAN 9 TINJAUAN LITERATUR 9 KUMPULAN SASARAN 14 PELAKSANAAN KAJIAN 14 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN 19 8.1 Jadual Tindakan Pelaksanaan 19 8.2 Anggaran Kos 19 SENARAI RUJUKAN 20 LAMPIRAN 23 PENDAHULUAN : 1.1 Pengenalan 1.2.1 Latarbelakang Kajian Konsep kendiri positif maupun negatif merupakan bidang yang agak sukar untuk dijelaskan kerana ianya berbentuk subjektif dan abstrak. Super(1963) dalam kajian Zainuddin(2010), merumuskan konsep kendiri sebagai suatu asas dalam pembentukan personaliti seseorang individu, yang mana ianya merangkumi penilaian, sikap dan persepsi seseorang itu terhadap dirinya sendiri...
Words: 4785 - Pages: 20
...Faktor-faktor kemunculan dan perkembangan tamadun * Kedudukan strategik * Ransangan keagamaan * Penghayatan moral dan nilai murni yang tinggi * Politk * Ekonomi * Kesengsaraan hidup * Perilaku dan kebudayaan yang tinggi * Toleransi dengan tamadun lain 3.0 Faktor-faktor kejatuhan tamadun * Ketidakadilan dan jurang perbezaan * Keruntuhan moral dan nilai masyarakat * Wujud sikap tertutup * Penindasan dan kezaliman * Malapetaka dan bencana alam 4.0 Pengajaran dan Penutup 4.01 Rujukan 5.0 Laporan 1.0 Pengenalan Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab “tamaddun”, “madinah”,dan “madaniyah” yg bermaksud bandar. Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi melalui kitabnya “Mukaddimah”. Sejarah merupakan asas kepada pengajian ketamadunan. Nmun begitu,terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Secara asasnya, pengajian ketamadunan membincangkan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran atau ringkasnya kajian tentang masa lampau.(sumber: Osman Bakar,Tamadun Islam dan Tamadun Asia) Namun, apa yang ingin ditekankan di dalam esei ini adalah faktor-faktor kelahiran dan perkembangan sesebuah...
Words: 5500 - Pages: 22
...PERTUNJUK/INDIKATOR NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA: 1. Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya 2. Dapat mengatasi masalah kependudukan 3. Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat 4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi 5. Kebanyakan eksport adlah hasil industri dan perkhidmatan 6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi 7. Kesedaran dan kepatuhan kepada undang2, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia 8. Tingkat pendidikan relatif tinggi 9. Tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi 10. Tingkat kesihatan tinggi LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA 1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan Negara 2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan 3. Meningkatkan sumber daya manusia 4. Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi Negara, serta mencipta bidang2 pertumbuhan baru 5. Memperbaik sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit dalam bidang pelaburan 6. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat di kawasan2 pedalaman 7. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan social OBJEKTIF/MATLAMAT RUKUN NEGARA 1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil 2. Untuk memelihara cara hidup demokratik 3. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat 4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak 5. Untuk...
Words: 2950 - Pages: 12
...BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA Pengenalan: Khutbah terakhir Nabi Muhamad menjelaskan aspek berikut: 1. 2. 3. umat islam mesti bersatu padu mencintai perdamaian berpegang teguh jepada agama islam Ini kerana selepas kewafatan baginda umat islam menghadapai dugaan besar antaranya: 1. 2. 3. 4. mendapatkan calon pengganti nabi muhamad. munculnya individu yangf mengaku nabi golongan yang tidak membayar zakat murtad ± golongan al riddah. Kerajaan Khulafa Al- Rasyidin Selepas wafat 632M ± sistem pemerintahan islam dikenali sebagai khalifah. ± dikenali dengan khulafa al rasyidin. Antara khalifahnya: 1. 2. 3. Abu Bakar Assiddiq ± Bani Tamim ± 632 M ± 634 M Omar Al Khattab ± bani Adi ± 634M ± 644M Uthman bin Affan ± Bani Umaiyah ± 644M ± 656M 4. Ali bin Abu Talib ± Bani Hasyim ± 5656M ± 661M Konsep Khalifah: Arab ± pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Agama ± tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam. Syarat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. lelaki yang merdeka beragama islam memiliki pengetahuan islam mematuhi perintah allah sanggup melaksanakan hukum islam bersifat adil dan akhlak yang mulia tubuh badan yang sihat dan sempurna berfikiran cerdas, warak pandai mentadbir. Kaedah atau Cara: 1. musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud ± Permuafakatan atau konsesnsus) 2. cadangan satu nama sahaja 3. pemilihan...
Words: 3290 - Pages: 14
...------------------------------------------------- 94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK ------------------------------------------------- FACULTY OF SOCIAL SCIENCES SSF 2014 RESEARCH METHODS RESEARCH PROPOSAL TAJUK: RUANG KOMUNIKASI SERTA BUDAYA PELAJAR LELAKI LEMBUT DAN PERSEPSI PELAJAR NORMAL DI UNIMAS DISEDIAKAN UNTUK PROF DR DIMBAB NGIDANG DISEDIAKAN OLEH MOHD NASHRIQ BIN NIZAM 37120 WA02 DUE DATE: 11 APRIL 2014 Isi Kandungan Tajuk | BAB 1PENGENALAN * 1.0 Pendahuluan * 1.1 Latar Belakang Kajian * 1.2 Penyataan Masalah * 1.3 Persoalan Kajian * 1.4 Matlamat Kajian * 1.5 Objektif Kajian * 1.6 Skop Kajian * 1.7 Kepentingan KajianBAB 2KAJAN LITERATUR * 2.0 Pengenalan * 2.1 Definisi Konsep dan Operasional * 2.2 Teori Kajian * 2.3 Hipotesis * 2.4 RumusanBAB 3KAJIAN METODOLOGI * 3.0 Pendahuluan * 3.1 Jenis Metodologi * 3.2 Pengumpulan Data * 3.3 Populasi Kajian * 3.4 Persampelan * 2.5 Instrumen Kajian * 2.6 Kawasan Kajian * 2.7 Skop Kajian * 2.8 Kod Etika * 2.9 Limitasi KajianRUJUKANAPPENDIX | BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bahagian ini menerangkan tentang latar belakang kajian, persoalan kajian, pernyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Pada 18 Julai 2011, Mohd. Ashraf Hafiz telah menggemparkan tanah air dengan membuat permohonan untuk menukar status jantinanya kepada perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Dia dikatakan telah membuat pembedahan jantina di Thailand...
Words: 8224 - Pages: 33