Free Essay

Aspek2 Kehalusan Budi

In:

Submitted By kasihmekar
Words 760
Pages 4
Aspek-aspek kehalusan Budi dalam Bahasa Melayu:

1) Pantun

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Falsafah yang tersirat didalam pantun di atas adalah berkenaan dengan adab berbudi yang merangkumi semua gugusan budi iaitu budi bahasa, budi pekerti dan budi bicara. Maksud budi mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002 (m/s 180), mendefinasikan budi sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan dan kebajikan. Jadi dapat disimpulkan disini, budi adalah merangkumi semua nilai dan norma-norma murni yang dilakukan oleh manusia sama ada terhadap manusia, alam semesta dan Tuhan.
Dalam masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu berbagai lapisan maknanya. Makna yang paling popular bermaksud jasa atau sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima dengan penuh ikhlasdan kesyukuran. Dalam konteks ini, budi merupakan sesuatu yang terhasil daripada jiwa raga dan dirasai dengan mendalam dan terharu oleh orang yang menerimanya. Budi adalah sesuatu yang telah terserap dalam kalbu orang Melayu. Budi tidak sahaja bermakna memberi dan menerima sesuatu pemberian, baranganatau material, tetapi meliputi segala tindakan dan akibat dalam hubungan dan interaksisosial sesama anggota masyarakat.
Dr. Norzita Selat (1996:26-47) membicarakan topik ini secara terperinci dan cukup berwibawa. Kata beliau, “budi adalah stuktur yang membimbing dan menghubung setiap anggota masyarakat, bangsa dan negara. Budi adalah orientasi nilai yang mengukuhkan setiap bangsa, tanpa orientasi ini batas-batas kehidupan akan runtuh dan bangsa tesebut akan kehilangan daya ikatan yang menghubungkan mereka”. Beliau juga memperincikan budi bahasa sebagai salah satu aspek peribadi individu yang dinilai tinggi oleh masyarakat. Pencernaan peribadi tersebur terserlah dalam pertuturan dan pemilihan kata-kata yang digunakan. Bahasa yang diucapkan sentiasa teratur, indah,tepat, baik dan benar. Manakala budi pekerti menurut beliau pula ialah perlakuan atau tingkah laku seorang dinilai daripada sudut baik dan buruk, termasuk tertib dan sopan, menghormati orang yang lebih tua, memberi salam dan menjaga tutur kata.
Masyarakat Melayu memang amat terkenal dengan budaya, adat istiadat dan budi yang mulia. Jadi penjelasan berkenaan dapat mencerminkan betapa pentingnya nilai budidi alam Melayu. Jika budi tersebut tidak dijaga, diamalkan dan dipelihara maka akan runtuh atau robohlah sesuatu tamadun atau masyarakat berkenaan. Budi dalam pantun diatas diibaratkan sebagai sebuah rumah. Tegak berdiri atau kukuhnya sesebuah rumah tersebut adalah kerana terdapatnya sendi atau disebut juga pengalas atau pegangan.
Sendi inilah yang akan menyokong dan menampung isi rumah berkenaan. Jadi keteguhan dan keutuhan sesebuah rumah berkenaan adalah bergantung kepada sendinya kerana sendi inilah yang menjadi tiang utama dalam rumah itu. Oleh itu, jika sendinya rapuh dan lapok maka runtuh dan robohlah rumah berkenaan. Perkara ini sama juga dengan budi. Budi perlu diamalkan dan dipelihara agar tidak hilangdek arus permodenan dunia hari ini. Jika runtuhnya budi maka robohlah bangsa dan tamadun tersebut. Hal ini kerana, budi adalah asas dan penggerak kejayaan dan kemajuaan dalam sesebuah tamadun manusia daripada aspek lahiriah dan batiniah atau material dan bukan material. Tiada gunanya kemajuan dan pemodenan yang dicapai hari ini jika adab dan budi dipinggirkan. Dewasa ini dapat kita lihat nilai-nilai budi semakin terhakis dan terkikis dalam diri generasi muda. Masalah ini harus dipandang serius oleh semua pihak, ini kerana generasi muda hari inilah yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Jika nilai-nilai murni ini tidak diterapkan dalam diri setiap individu daripada peringkat awal, makatidak mustahil tamadun atau negara hari ini akan lumpuh dan jatuh sepertimana hilangnyanilai-nilai budi dalam diri kita masing-masing. Seorang tokoh islam ada menyebut, “maju atau mundurnya sesebuah negara itu lihatlah kepada muda mudi-mudinya”. Jelaslah bahawa pentingnya adab berbudi didalam diri masing-masing terutamanya generasi muda akan datang. Adab berbudi ini perlu diamalkan dalam kehidupan masing-masing dan tidak terhakis secara beransur-ansur. Tegasnya adab berbudi perlu dipertahan dan diamalkan oleh orang Melayu khususnya, agar bangsa Melayu ini tidak hilang dan terus kukuh diabad akan datang. Bak kata Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia”.
Jadi, pantun sebagai cerminan budaya memang lumrah diperlakukan dalam penelitian terhadapnya. Koleksi pantun yang merupakan pengumpulan pantun sering dipersembahkan secara klasifikasi seperti pantun nasihat, jenaka, ilmu, berkasih dan sebagainya. Suatu ketika dahulu,pantun merupakan bentuk pengucapan yang amat berkesan, terutama untuk menyatakan sesuatusecara halus. Namun kini, sudah wujud cara-cara lain yang dianggap lebih moden dan canggih dalam penyampaian mesej dalam kalangan masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun, pantun masih diamalkan dalam majlis formal seperti upacara nikah kahwin dan ucapan rasmi.

Similar Documents