Free Essay

Cabaran Dalam Kesatuan Sekerja

In:

Submitted By kasutbiru
Words 3887
Pages 16
Topik : Cabaran-Cabaran Yang Berlaku Dalam Kesatuan Sekerja

1.0 DEFINISI KESATUAN SEKERJA
Kesatuan sekerja adalah suatu elemen penting dalam perhubungan perindustrian. Kesatuan Sekerja terdiri daripada sekumpulan pekerja yang bergabung untuk melindungi kepentingan bersama dan mengadakan perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja. Kesatuan sekerja adalah pertubuhan yang bukan sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Kewujudan kesatuan pada dasarnya berfungsi mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja. Dengan wujudnya kesatuan yang bersifat sebagai ‘orang tengah’, berbagai-bagai masalah yang melibatkan majikan dan pekerja dapat diatasi. Kesatuan sekerja bukan hanya berminat mengenai kehidupan ahli-ahli mereka semasa waktu bekerja tetapi juga secara meluas menggalakkan kerajaan meluaskan perundangan dan memperkenalkan polisi-polisi yang akan memberi faedah kepada pekerja-pekerja pada amnya. Kesatuan-kesatuan sekerja tersebut dengan dana-dana yang mencukupi juga cuba memberi kemudahan secara langsung kepada ahli-ahli mereka dalam bentuk kursus latihan, biasiswa, kemudahan bercuti dan skim-skim insuran. Di samping itu, pekerja juga memperoleh faedah-faedah tertentu mengikut perjanjian bersama seperti mana yang dituntut oleh kesatuan tanpa mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak. Dari sudut pandangan seseorang majikan, pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2.0 SEJARAH KESATUAN SEKERJA
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan
Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah enakmen ini, sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja bermula dalam tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keahlian seramai 195,113 orang. Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar KesatuanSekerja kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab yang sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.

3.0 JENIS-JENIS KESATUAN SEKERJA
Kesatuan Sekerja di Malaysia terbahagi kepada 2 sektor utama iaitu kesatuan sekerja pekerja sektor awam dan kesatuan sekerja pekerja sektor swasta. Di samping kesatuan sekerja di atas yang melibatkan para pekerja, terdapat juga kesatuan yang melibatkan kesatuan majikan.

(1) KESATUAN SEKERJA PEKERJA SEKTOR AWAM
Sektor awam termasuk perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan atau dirujuk sebagai sektor kerajaan. Contohnya Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan dan Kesatuan Jururawat Malaysia. Akta Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan bahawa pekerja-pekerja sektor awam hanya boleh membentuk dan melibatkan diri dalam kesatuan mengikut jenis pekerjaan, jabatan atau kementerian. Walaupun demikian, kebiasaannya apabila timbul persoalan berkaitan dengan gaji, syarat perkhidmatan dan sebagainya, perkara ini akan dibincangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan pihak kerajaan di peringkat kebangsaan. Pegawai dalam perkhidmatan awam tidak boleh menyertai mana-mana anggota kesatuan sekerja, kecuali yang diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong melalui Warta, tertakluk pada syarat-syarat yang mungkin dikenakan. Selain itu, terdapat juga golongan pegawai yang dikecualikan langsung daripada menganggotai kesatuan sekerja iaitu anggota Polis Diraja Malaysia, anggota perkhidmatan penjara, Angkatan Bersenjata, pegawai yang bertugas dalam keupayaan sulit atau keselamatan, pegawai awam yang dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis supaya menyertai kesatuan dan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Iktisas.
(2) KESATUAN SEKERJA PEKERJA SEKTOR SWASTA
Terdapat dua jenis kesatuan sekerja dalam sektor swasta iaitu kesatuan sekerja kebangsaan dan kesatuan sekerja dalam syarikat. Pekerja boleh memilih untuk menyertai kesatuan sekerja kebangsaan atau kesatuan sekerja dalam syarikat. Kesatuan sekerja kebangsaan mempunyai jumlah keahlian yang besar, kepimpinan yang berpengalaman dan dana yang mencukupi untuk melaksanakan aktivitinya dengan lebih efektif. Kesatuan sekerja dalam syarikat pula merujuk kepada kesatuan sekerja yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi dan hanya menerima pekerja yang berkerja dalam organisasi tersebut sebagai ahli.
Kesatuan Sekerja Pekerja Swasta juga mempunyai hak untuk berunding dengan majikan berkaitan dengan aspek pekerjaan termasuk gaji, elaun, ganjaran dan lain-lain tetapi tidak menyentuh isu prerogatif pengurusan. Selain itu, Kesatuan sekerja juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan industri seperti mogok, piket dan lain-lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang buruh negara. Sekiranya masalah pertikaian tidak diselesaikan maka kesatuan sekerja swasta boleh membawa kes ini ke Mahkamah Industri untuk dibicarakan.

4.0 TUJUAN KESATUAN SEKERJA

(a) Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.

(c) Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau di antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 27 dan 28.

(d) Menolong menjayakan dengan wang atau lain-lainnya kerja atau hasrat sesuatu pertubuhan atau badan yang sah yang mempunyai tujuan hendak memajukan kepentingan-kepentingan pekerja, Kesatuan sekerja dan ahli-ahli Kesatuan sekerja, menurut peruntukan- peruntukan Seksyen 50 dari Akta Kesatuan Sekerja 1959.

(e) Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang yang difikirkan munasabah oleh Persidangan Perwakilan atau Majlis Jawatankuasa Agung.

(f) Menubuhkan kumpulan wang kebajikan jika di persetujui oleh Persidangan Perwakilan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal kumpulan wang itu.

(g) Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.

5.0 CABARAN-CABARAN DALAM KESATUAN SEKERJA

(1) KEGAWATAN EKONOMI
Kegawatan ekonomi merupakan satu cabaran yang paling serius dihadapi oleh kesatuan sekerja kerana akan mengalami kemerosotan keahlian kesatuan sekerja. Perkara ini menyebabkan ramai pekerja akan diberhentikan terutamanya bagi pekerja yang separa kemahiran kerana tidak dapat menampung kos pengeluaran operasi syarikatnya. Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan pekerja menghadapi masalah dalam kos kehidupan. Contohnya di Britain pada tahun 1979, Kesatuan Sekerja mencapai keahlian sebanyak 13,289 juta orang tetapi angka tersebut telah menurun sebanyak 9 juta orang pada tahun 1992. Manakala pada tahun 1980 sehingga 1990-an para pekerja kurang berminat menyertai Kesatuan Sekerja kerana perubahan yang berlaku dalam struktur dan bentuk kerja yang baru. Selain itu juga, apa yang berlaku di Korea Selatan di mana kadar penggangguran telah meningkat kerana pekerja tidak lagi berminat menyertai kesatuan sekerja disebabkan oleh tidak mampu membayar yuran keahlian kesatuan sekerja.
Di samping itu, mereka berpendapat tidak ada apa-apa faedah yang akan diterima sekiranya mereka menyertai kesatuan sekerja. Hal ini kerana ramai pekerja mulai hilang kepercayaan terhadap pemimpin kesatuan sekerja pada masa kini yang sentiasa berkonflik dalam aspek perebutan jawatan tertinggi kesatuan sekerja. Contohnya di Malaysia pula kemelesatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 daripada laporan yang diterima menjangka kadar pemberhentian pekerja sektor elektronik mencecah sehingga 90,000 jika ekonomi terus lembap. Jumlah itu kira-kira 50% daripada jumlah pekerja sektor elektronik seluruh negara iaitu 180,000 orang. Keadaan ini menyebabkan banyak pekerja diberhentikan.
(2) PERUBAHAN DALAM BENTUK PEKERJAAN
Perubahan dalam bentuk pekerjaan juga merupakan satu cabaran kepada kesatuan sekerja misalnya pada masa kini majikan lebih berminat mengambil pekerja sambilan terutamanya golongan wanita yang dapat dilihat di dalam sektor perkhidmatan seperti industri perhotelan, insurans, pengkeranian dan pendidikan yang lebih memerlukan tenaga golongan wanita. Hal ini menyebabkan golongan tersebut tidak berminat menyertai kesatuan sekerja kerana mereka tidak bekerja sepanjang waktu atau tetap dalam sesebuah syarikat.
Tambahan lagi ramai kaum wanita yang masih lagi tidak faham peranan kesatuan sekerja dan kepentingnya dalam kehidupan mereka. Hal ini juga disebabkan oleh golongan tersebut mendapati dengan cara itu mereka dapat menguruskan masa dengan lebih tepat di antara pekerjaan dan juga pengurusan keluarga. Keadaan ini menjadikan golongan wanita terutamanya yang sudah berumah tangga mempunyai masa yang lebih untuk diluangkan bersama-sama keluarga. Tetapi perkara-perkara ini sudah menjadi lumrah di negara-negara barat. Mereka sudah biasa bekerja dua atau tiga tempat kerja dalam satu hari. Mereka menganggap dengan cara ini mereka akan dapat mengumpul pendapatan yang lebih tinggi berbanding bekerja hanya di satu tempat sahaja. Selain itu, mereka juga menganggap cara ini lebih fleksibel di dalam pengurusan masa.
(3) PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA OLEH MAJIKAN
Mengikut Akta Hubungan Industri 1967, sekiranya majikan tidak mengiktiraf kesatuan sekerja maka sukar bagi kesatuan sekerja berfungsi secara aktifnya dalam sesuatu industri. Walaupun sebuah kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan sempurna tetapi masih tidak boleh berfungsi dengan berkesan tanpa pengiktirafan daripada majikan. Hal ini menyebabkan kesatuan sekerja tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan majiakan yang tidak mengiktiraf kesatuan sekerja tersebut. Contohnya pada tahun 2001 sebanyak 92 kes tuntutan pengiktirafan kesatuan sekerja di bawah seksyen 9 (2) Akta Hubungan Industri 1967 dilaporkan oleh Jabatan Hubungan Industri, Kementerian Sumber Manusia. Selain daripada itu majikan menganggap kesatuan sekerja hanyalah merupakan satu gangguan sahaja dalam sesebuah syarikat, bukannya membantu dalam proses meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja.
Cabaran inilah telah dihadapi oleh Malaysia Trade Union Congress (MTUC) dan National Union Plantation Workers (NUPM). Kebanyakan syarikat swasta tidak menggalakkan para pekerjanya menyertai kesatuan sekerja kerana takut adanya ancaman seperti mogok dan piket yang akan dilancarkan oleh pihak kesatuan sekerja. Keadaan tersebut boleh menyebabkan sesebuah syarikat mengalami kerugian yang besar. Perkara ini juga akan mengganggu sistem organisasi sesebuah syarikat yang boleh membawa kemudaratan kepada syarikat tersebut. Akibat daripada perkara tersebut, perundingan kolektif tidak dapat dijalankan di antara pihak majikan dan juga pekerja. Isu-isu yang berkaitan seperti upah, kebajikan, hak pekerja, keselamatan, kesihatan serta bonus tidak dapat dibincangkan oleh pihak kesatuan sekerja.

(4) PERKEMBANGAN INDUSTRI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Penekanan pengguanaan teknologi maklumat merupakan satu kejayaan Malaysia dalam menghasilkan Projek Multimedia Super Coridor (MSC) di Putrajaya Kuala Lumpur. Penggunaan teknologi maklumat telah memberi kesan terhadap golongan pekerja dan juga kesatuan sekerja. Perkara ini menyebabkan berlakunya pembuangan dan pertukaran kerja di kalangan para pekerja. Hal ini disebabkan oleh pengguanaan alat-alat IT seperti komputer, mesin dan juga alat-alat lain yang canggih yang tidak memerlukan tenaga keringat pekerja kerana alat-alat teknologi canggih ini dapat dijalankan tanpa memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Alat-alat teknologi canggih ini boleh dikawal dengan menggunakan jumlah tenaga pekerja yang sedikit sahaja yang mempunyai kemahiran dan juga pendidikan dalam penggunaan teknologi maklumat. Hal ini akan menyebabkan pekerja yang tidak berkemahiran dalam penggunaan teknologi tidak akan diperlukan oleh organisasi tersebut dan golongan ini akan menghadapi masalah.
Contohnya kajian yang dijalankan di Syarikat Terma oleh Cecelia Ng pada tahun 1994 dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) mendapati 4000 hingga 5000 orang pekerja lebihan dan telah dikurangkan semasa pengenalan teknologi itu lebih kurang 200 orang pekerja ditukarkan ke jabatan lain ekoran pengenalan komputer di syarikat tersebut. Keadaan ini didapati bahawa pihak majikan mengeksploitasi terhadap pekerja kerana boleh menghalang kenaikan pangkat seseorang staf dalam jangka masa panjang. Pertukaran kerja baru akan melambatkan kerja seseorang dan juga hilangnya motivasi kerja berbanding sebelum ini.
(5) ANTIKESATUAN SEKERJA OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL
Terdapat indikasi halangan dalam pertubuhan kesatuan sekerja di dalam sesebuah syarikat .syarikat milik kerajaan berusaha menentang penubuhan kesatuan sekerja. Mereka ini merupakan syarikat milik penuh atau separa kerajaan. Walaupun kesatuan sekerja boleh ditubuhkan dalam sesuatu syarikat tetapi mempunyai banyak sekatan-sekatan yang dilakukan. Contohnya kesatuan pekerja-pekerja elektronik yang sehingga kini tidak berjaya ditubuhkan. Syarikat-syarikat gergasi ini hadir atas jemputan perniagaan kerajaan tetapi pekerja tidak dapat pembelaan malah ditindas.

Selain itu juga, terdapat tindakan syarikat yang menggalakkan ‘in-house union’ yang bermaksud menyekat suara secara kolektif dan mengecilkan keupayaan sesebuah kesatuan sekerja. Contohnya dengan meminimumkan jumlah pekerja di dalam kesatuan sekerja sebanyak 30 orang sahaja. Perkara ini menyebabkan kutipan yuran yang diambil tidak mampu memberi kekukuhan kewangan di dalam persatuan-persatuan sekerja. Ia juga akan menyebabkan kesatuan sekerja merosot akibat daripada kekurangan penyertaan keahlian para pekerja.
Contohnya kebanyakan syarikat multinasional dari Amerika Syariakat membawa anti kesatuan sekerja atau dasar kesatuan tunggal dengan alasan kekuatan aktiviti dan pergerakan kesatuan sekerja yang berlaku di United Kingdom membuatkan syarikat multinasional dari Amerika Syarikat mempunyai masalah membuka kilang di negaranya sendiri. Alasan yang digunakan oleh Amerika itu menjadikan kesatuan sekerja sebagai satu penghalang yang besar kepada operasi perniagaan mereka.
(6) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Pengurusan kerja lebih menekankan pekerja untuk meningkatkan produktiviti tanpa memberi sebarang ganjaran. Ini bermaksud pengurusan sumber manusia mahukan pekerja lebih komited terhadap matlamat, misi dan visi sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia juga mengamalkan sikap pluralist yang tidak suka dengan kewujudan kesatuan sekerja. Hal ini menyebabkan secara tidak langsung amalan yang diterapkan oleh pengurusan sumber manusia mengurangkan minat para pekerja terhadap kesatuan sekerja. Oleh sebab itu Amerika Syarikat dan Syarikat Multinasional mengamalkan dasar anti kesatuan sekerja. Mereka menganggap urusan-urusan pekerja boleh di selesaikan dengan mudah tanpa campur tangan kesatuan sekerja.
Daya penarik ciri-ciri pengurusan sumber manusia ialah kenaikan gaji mengikut prestasi yang menampilkan banyak keistimewaan kepada golongan pekerja. Dalam sistem kenaikan gaji mengikut prestasi (PRP), seseorang pekerja boleh dinaikkan gaji atau pangkat tanpa merujuk pada perjanjian kolektif.
Perjanjian kolektif mengambil masa yang panjang untuk membuat sesuatu perubahan dalam organisasi, maka harus merujuk kepada kesatuan sekerja. Keadaan ini telah membantutkan kenakan gaji dan pangkat dalam kalangan pekerja yang bermotivasi tinggi dan rajin bekerja. Penghargaan amat penting dalam pengurusan sumber manusia. Di samping gaji dan pangkat, insentif-insentif lain yang diperkenalkan adalah seperti perkongsian keuntungan, bonus, saham dan kemudahan-kemudahan lain. Pada masa sekarang banyak syarikat yang memperkenalkan skim penyertaan dan penglibatan pekerja seperti pengurusan kualiti menyeluruh, ISO, kumpulan mutu kerja dan sebagainya. Kelebihan skim ini ialah pihak pengurusan menurunkan kuasa kepada pekerja untuk membuat sesuatu keputusan pengurusan.
(7) GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
Gangguan Seksual di tempat kerja merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan. Terdapat pelbagai bentuk gangguan di tempat kerja seperti gangguan lisan, gangguan dari segi isyarat, gangguan visual, gangguan psikologikal dan gangguan fizikal. Justeru, ia akan memberi cabaran kepada kesatuan sekerja untuk menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja. Terdapat banyak kes yang melibatkan gangguan seksual di tempat kerja tetapi tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Selain itu, golongan wanita ini tidak mendapat pembelaan.
Seterusnya, gangguan seksual sudah tentu memberikan kesan negatif terhadap mangsa. Mangsa akan merasa tempat kerja adalah kawasan yang tidak selamat dan akan menyebabkan masalah ketidakhadiran untuk bertugas. Sudah tentulah prestasi kerja mangsa juga akan menurun dan menyebabkan mangsa diambil tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, contohnya diberikan teguran serta amaran dari Ketua Jabatan. Dalam jangka masa yang panjang, keadaan mental mangsa yang tidak menentu boleh menyebabkan mangsa mengambil tindakan yang tidak rasional yang boleh mendatangkan mudarat kepadanya seperti cubaan membunuh diri dan sebagainya. Justeru, masalah gangguan seksual di tempat kerja merupakan cabaran yang berat buat kesatuan sekerja dalam menangani masalah ini.
(8) ANCAMAN PENYAKIT
Ancaman penyakit juga memberi cabaran kepada kesatuan sekerja. Hal ini demikian kerana pada masa kini banyak pekerja yang diberhentikan oleh pihak majikan bagi mengurangkan kos operasi. Contohnya, dahulu semasa negara dilanda Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS). Banyak pekerja terutamanya dalam perkhidmatan perhotelan diberhentikan kerana penurunan mendadak bagi tempahan bilik hotel, katering dan bankuet tetapi adalah tidak wajar sekiranya tenaga kerja sedia ada diberhentikan.
Menurut Menteri Sumber Manusia pada masa itu, Datuk Dr Fong Chan Onn (sekarang Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebagai Menteri Sumber Manusia) menasihatkan pengusaha hotel menganggap ancaman SARS itu sebagai 'fenomena sementara'. Pembuangan pekerja ini menyebabkan timbulnya masalah kepada pekerja kerana kehilangan punca pendapatan. Seterusnya masalah pengagguran juga turut akan bertambah. Datuk Dr Fong Chan Onn berkata, sekiranya perlu pengusaha juga boleh memberikan cuti perubatan dalam tempohantara 14 hingga 22 hari kepada pekerja seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
6.0 STATISTIK KEAHLIAN KESATUAN SEKERJA

BILANGAN KESATUAN DAN KEANGGOTAAN
KESATUAN SEKERJA
DI MALAYSIA, 2006-NOV 2012

TAHUN | KESATUAN | KEANGGOTAAN | 2006 | 631 | 801,585 | 2007 | 642 | 803,212 | 2008 | 659 | 805,565 | 2009 | 680 | 806,860 | 2010 | 690 | 803,289 | 2011 | 697 | 800,171 | NOV 2012 | 702 | 798,250 |

BILANGAN KESATUAN SEKERJA MENGIKUT SEKTOR
DI MALAYSIA, 2006-NOV 2012

SEKTOR | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | NOV2012 | SWASTA | 396 | 407 | 421 | 436 | 439 | 441 | 446 | KERAJAAN | 130 | 130 | 132 | 137 | 139 | 144 | 144 | BADAN BERKANUN DAN PENGUASA TEMPATAN | 92 | 92 | 92 | 93 | 98 | 98 | 101 | MAJIKAN | 13 | 13 | 14 | 14 | 14 | 14 | 14 | JUMLAH | 631 | 642 | 659 | 680 | 690 | 697 | 702 |

BILANGAN KESATUAN SEKERJA MENGIKUT INDUSTRI
DI MALAYSIA, 2006-NOV 2012

INDUSTRI | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | NOV2012 | PERTANIAN,PERHUTANAN DAN PERIKANAN | 55 | 55 | 58 | 58 | 56 | 54 | 54 | PERLOMBONGAN DAN KUARI | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | 1 | PEMBUATAN | 150 | 154 | 159 | 162 | 169 | 177 | 180 | ELEKTRIK, GAS DAN AIR | 39 | 40 | 40 | 40 | 40 | 39 | 40 | PEMBINAAN | 11 | 11 | 11 | 11 | 11 | 11 | 11 | PERDAGANGAN | 19 | 21 | 24 | 32 | 32 | 30 | 28 | PENGANGKUTAN DAN TELEKOMUNIKASI | 61 | 62 | 63 | 65 | 64 | 59 | 56 | PERKHIDMATAN | 295 | 298 | 303 | 311 | 317 | 326 | 332 | JUMLAH | 631 | 642 | 659 | 680 | 690 | 697 | 702 |

BILANGAN KEANGGOTAAN KESATUAN SEKERJA MENGIKUT JANTINA
DI MALAYSIA, 2006-NOV 2012

TAHUN | BIL KESATUAN | JUMLAH | LELAKI | PEREMPUAN | 2006 | 631 | 801,585 | 484,016 | 317,569 | 2007 | 642 | 803,212 | 485,306 | 317,906 | 2008 | 659 | 805,565 | 486,978 | 318,587 | 2009 | 680 | 806,860 | 487,679 | 319,181 | 2010 | 690 | 803,289 | 485,747 | 317,542 | 2011 | 697 | 800,171 | 482,653 | 317,518 | NOV2012 | 702 | 798,250 | 480,934 | 317,316 |

SUMBER : Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

7.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM KESATUAN SEKERJA

(1) AKTA GAJI MINIMA RM900.00
Akta Gaji Minima mesti digubal untuk melindungi pekerja-pekerja bergaji rendah daripada belenggu kemiskinan dan penindasan. Sukar untuk menjalani kehidupan sihat dan bermaruah tanpa pendapatan sekeluarga kurang daripada RM2,000 sebulan. Hal ini kerana kos kehidupan di Malaysia terlalu tinggi akibat penswastaan dan harga barang keperluan asas tinggi setiap bulan perlu membayar pinjaman rumah, pinjaman kereta, sewa rumah, bil air dan api, bil telefon, kos perubatan, kos pengangkutan untuk diri dan anak-anak selain pakaian, makan minum dan lain-lain.
(2) 40 JAM KERJA SEMINGGU
8 jam kerja sehari, 5-hari kerja seminggu dan 2-shif kerja sahaja.
Waktu kerja panjang menafikan para pekerja berhak untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Ini dapat mengurangkan masalah gejala sosial. Kerja lebih masa (overtime) adalah pilihan pekerja dan tidak harus dipaksa. Kerja overtime tanpa batasan juga mengakibatkan kemalangan industri, keletihan dan hilang fokus.

(3) PEMBENTUKAN TABUNG KHAS.
Bertujuan membantu pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Dicadangkan kepada majikan dan pekerja untuk menyumbang sebanyak RM1.00 dan RM0.50 masing-masing. Semasa kemelesetan ekonomi, golongan pekerja adalah kumpulan paling teruk menerima akibatnya iaitu kehilangan kerja, pemotongan gaji dan pengurangan kerja lebih masa (overtime). Demi membantu pekerja-pekerja ini, tabung ini perlu diwujudkan untuk membantu para pekerja bagi memenuhi keperluan asas mereka sehingga mereka mendapat kerja baru seperti mana yang terdapat di negara-negara Eropah, Scheme Social Security.

(4) BONUS MINIMA 2 BULAN GAJI DAN KENAIKAN GAJI 6% SETAHUN.
Bonus merupakan bayaran setahun sekali sebagai pembahagian keuntungan di antara majikan dan pekerja. Tetapi, pekerja sebagai rakan kongsi kedua hanya menerima sumbangan dalam bentuk bonus daripada keuntungan syarikat. Bonus juga sering digunakan untuk mendikriminasi antara pekerja kerana kebiasaanya ia merupakan keputusan majikan.
(5) LANJUTKAN CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH DARI 60 HARI KE 90 HARI.
Suami/ Penjaga harus diberi minima 7 hari cuti bergaji.
Tuntutan ini penting kerana ia memberi masa yang optima untuk ibu bersalin mendapat jagaan kesihatan yang sempurna, memberi peluang untuk ibu dan anak menjalinkan hubungan kasih sayang untuk membina asas perkembangan emosi, sosial dan mental seseorang anak dalam membina keluarga bahagia disamping galakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Isu ini telah mendapat perhatian umum.
Dahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (sekarang jawatan tersebut dipangku oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak) yang mengemukakan untuk menambah cuti bersalin bagi kakitangan sektor awam dari 60 hari ke 90 hari. Ini adalah satu isu yang sudah sekian lama menanti untuk diberi perhatian dan kelulusan oleh pihak kerajaan untuk dikuatkuasakan.
Selain itu, pada bulan Jun 2000, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menerima Maternity Protection Convention (ILO 183) and Recommendation (Recommendation 191). Mengikut ILO 183, semua wanita bekerja harus diberi minima 14 minggu cuti bersalin.
Selain itu, pekerja sektor swasta juga perlu diberi cuti yang panjang selepas bersalin. Menurut Saraswaty, seorang aktivis pekerja di Perak, hampir 50% daripada tenaga kerja dalam sektor swasta di negara ini adalah golongan wanita.

(6) HAK MENUBUHKAN KESATUAN DI SETIAP KILANG DAN TEMPAT KERJATANPA SYARAT/ SEKATAN.
Perlembagaan negara memberikan hak berpersatuan. Kesatuan sekerja perlu untuk menjamin hak dan kebajikan pekerja dan Kesatuan sekerja juga membolehkan pekerja melaksanakan rundingan dengan lebih berkesan. Oleh itu, syarat-syarat dan proses pendaftaran kesatuan perlu dikaji semula.
(7) GANGGUAN SEKSUAL
Peranan kesatuan sekerja dan majikan adalah penting dalam menangani isu ini. Masalah ini akan dapat dicegah, ditangani dan dibasmi dengan berkesan sekiranya terdapat tindakan bersama oleh majikan dan kesatuan sekerja. Majikan seharusnya memilih pendekatan secara rundingan dengan melibatkan kesatuan sekerja dalam membentuk dan menubuhkan mekanisma dalaman bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual. Penyertaan kesatuan sekerja boleh membawa kepada komitmen yang lebih padu dari golongan pekerja untuk menerima pakai dan mematuhi mekanisma dalam perkara tersebut.
Kesatuan sekerja mempunyai peranan yang jelas dalam membantu mewujudkan suasana kerja yang bebas dari gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga boleh memberi sumbangan dalam mencegah gangguan seksual melalui peningkatan kesedaran dan kepekaan ahli-ahli terhadap isu ini dan dalam memastikan bahawa tingkah laku ahli-ahlinya tidak menimbulkan masalah gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga seharusnya bekerjasama dengan pihak majikan dalam melaksanakan program-program promosi dan pendidikan bagi mewujudkan budaya kerja yang menjamin suasana kerja yang selamat dan sihat di mana setiap pekerja tanpa mengira jawatan atau status dihormati maruahnya dan bebas dari sebarang bentuk gangguan, penghinaan dan ancaman yang berbentuk seksual.

8.0 KESIMPULAN

Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan wawasannya. Dengan pertambahan bidang pekerjaan, peningkatan tenaga pekerja, perkembangan sektor perkilangan dan industri, perhubungan perindustrian menjadi semakin unik, kompleks dan kian mencabar. Kesatuan sekerja dilihat sebagai suatu badan atau organisasi yang menjadi tempat ‘perlindungan’ pekerja-pekerja daripada sebarang bentuk eksploitasi oleh majikan. Dengan adanya jurang perbezaan dan kedudukan antara majikan dengan pekerja maka amat wajar sekali kesatuan sekerja diwujudkan sebagai ‘orang tengah’ kepada dua pihak terbabit.
Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-mata faktor pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu dilayan berdasarkan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat. Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu sukar dan mengenepikan atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila keadaan ekonomi memuncak. Walau bagaimanapun untuk menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di negara ini perlulah bersatupadu dan mengelakkan pertelingkahan sebagaimana yang terjadi dalam perlantikan wakil ke persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) seperti tahun-tahun sebelumnya. MTUC, CUEPACS dan Pertubuhan Buruh Malaysia (MLO) masing-masing berebut peluang untuk menjadi wakil Malaysia ke persidangan tersebut sedangkan urusan perlantikan wakil ke persidangan itu terletak pada budi bicara Menteri Sumber Manusia.

9.0 RUJUKAN

• Balakrishnan Parasuraman. (2006). Pendekatan dan Amalan : Hubungan Industri Di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.
• Shah Rollah Abdul Wahab, Lily Suriani Mohd Arif Roziana Shaari, Siti Fatimah Bahari, Nor Akmar Nordin, Azizah Rajab Dan Tee Sher Bee. “Persepsi Pekerja Terhadap Kesatuan Sekerja : Satu Kajian Di Hotel Di Johor Bahru” Dlm Amalan Latihan Dan Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia, Hlm. 200-217, 2009.
• Hamidon Khalid (Sarjana Pengurusan, Universiti Malaya). Peranan Yang Boleh Dimainkan Oleh Kesatuan Sekerja. http://reocities.com/Eureka/promenade/1212/kesatuan.html • http://cuepacs.blogspot.com/2008/10/peranan-yang-boleh-dimainkan-oleh.html
• http://thestorytellingmyworld.blogspot.com/2011/07/perhubungan-industri.html

Similar Documents

Free Essay

Kandungan-Akademik-(Akta, -Dasar, -Slogan, -Badan)-Pendidikan-Moral-Spm

...KANDUNGAN AKADEMIK (AKTA, DASAR, SLOGAN, BADAN) PENDIDIKAN MORAL SPM BIL NILAI AKTA/DASAR/SLOGAN 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan 1.2 Amanah  Akta Pencegahan Rasuah 1997  Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” (BCA)  Kempen Kepimpinan Melalui Teladan 1983  Borang “Aku Janji” 2002  Akta Rahsia Rasmi 1972  Kempen “Saya Anti-Rasuah” 1.3 Harga diri 1.4 1.5 Bertanggungjawab Hemah tinggi 1.6 Toleransi 1.7 Berdikari             Dasar Pembangunan Nasional 1991 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kempen Budi Bahasa Anugerah Nobel Rancangan Pembangunan Lima Tahun Dasar Pembangunan Nasional 1991 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990 Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Majlis Rumah Terbuka Aktiviti Kokurikulum PIHAK   Badan Pencegah Rasuah (BPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)   Rakan Muda Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)   FELDA Unit Perancangan Ekonomi Negara (UPEN) Koperasi Sekolah Kelab Usahawan Muda   1.8 1.9 Kerajinan Kasih sayang   Dasar Pandang Ke Timur Kempen Derma Organ 1.10 Keadilan    Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 Seksyen 376 Kanun Keseksaan Rancangan Malaysia (ke-8) Program Perumahan Rakyat Projek Perumahan Desa Riang Kepada Orang Asli Cukai Pintu Cukai Pendapatan Perseorangan     1.11 Rasional 1.12 Kesederhanaan ...

Words: 1523 - Pages: 7

Free Essay

School

...STPM/S946 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN PERNIAGAAN Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu. 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” 2 PRAKATA Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1999. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan...

Words: 8603 - Pages: 35

Free Essay

Pengurusan Dan Pentadbiran

...MPF1533 TEORI ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN SOALAN 2 Bincangkan sejauh mana penggunaan politik dalam organisasi boleh dilakukan tanpa melampaui batas etika sebagai individu/ ahli organisasi. Berdasarkan perbincangan tersebut, cadangkan dua tindakan politik yang boleh dilakukan oleh guru/ pentadbir di sekolah bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan mempengaruhi dalam organisasi dan berpeluang memperolehi kenaikan pangkat yang cepat. Jawapan anda perlu berdasarkan perbincangan politik yang dibincangkan di dalam kelas. ................................................................................................................................................... ORGANISASI DAN TEORI Sebelum perbincangan ini dikupas dengan lebih lanjut, marilah kita memahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan organisasi. Mengikut Kamus Dewan edisi empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), tersusun dgn baik dan rapi: dan mengikut kamus pelajar pula organisasi boleh didefinisikan sebagai susunan berbagai-bagai bahagian (orang dsb) yg bersistem dlm sesuatu pertubuhan, perbadanan dan sebagainya serta mempunyai tujuan tertentu. Di sini bolehlah dihuraikan sebagai sekumpulan manusia yang berkongsi matlamat. Misalnya sebuah organisasi di sekolah yang terdiri daripada pihak pengurusan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid...

Words: 3729 - Pages: 15