Free Essay

Draft

In:

Submitted By icha
Words 3587
Pages 15
Penjelasan Isu Harga Minyak dan Subsidi
1. Kenapa harga minyak naik akhir-akhir ini di pasaran antarabangsa? • Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$60 akhir-akhir ini. • Punca utama keadaan ini berlaku ialah: - Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan; - Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat; - Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela;
1

- Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu; dan - Kegiatan spekulasi harga minyak.

2.

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? • Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar. • Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.

2

Jadual 1 Kenaikan Harga Purata Minyak Di Pasaran Dunia WTI (AS$/Setong)

1971 1973 1974 1979 1980 1990 2000 2001 2002 2003 2004 2005

AS$/Setong 3.21 4.25 12.93 32.11 37.89 23.71 28.14 24.11 25.45 28.84 38.46 59.94

*

Sumber : IMF dan Bloomberg * : Pada 28 Julai 2005

3.

Berapa harga minyak di Malaysia berbanding negara-negara jiran? • Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. • Perbezaan harga diesel antara Malaysia dengan Thailand dan Singapura misalnya, sangat ketara. Sebab itu, apabila rakyat negara tersebut masuk
3

ke Malaysia, mereka mengisi penuh tangki minyak kenderaan mereka.
Jadual 2 Bandingan harga minyak di rantau ASEAN Negara Malaysia Thailand Singapura Filipina Indonesia Brunei RON97 (RM/Liter) 1.62 2.29 3.76 2.07 1.70 1.20 RON92 (RM/Liter) 1.58 2.21 3.48 2.04 1.64 1.18 DIESEL (RM/Liter) 1.28 1.82 2.36 1.78 0.86 0.70 LPG (RM/Kg) 1.45 1.65 1.25 1.38

4.

Bagaimana Kerajaan memastikan harga minyak lebih rendah daripada negara-negara jiran? • Kerajaan memastikan harga produk petroleum rendah dengan memberi pengecualian cukai jualan dan subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum (petrol, diesel dan gas memasak). • Dengan adanya subsidi dan pengecualian cukai jualan maka pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi boleh menyediakan perkhidmatan yang murah kepada orang ramai.

4

Subsidi juga dapat mengurangkan kos operasi golongan nelayan dan pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan Sarawak.

5.

Bagaimanakah harga runcit produk petroleum ditentukan? • Mekanisma harga yang digunakan untuk penetapan harga runcit produk petroleum telah diwujudkan pada tahun 1983. • Secara ringkas, harga runcit petrol, diesel dan gas memasak ditentukan seperti berikut : Kos Produk Petroleum Kos Operasi Margin Syarikat Pengedar Produk Petroleum Komisen Pemilik Stesen Minyak Cukai Jualan Subsidi Harga Runcit

+ + + + =

• Mekanisma harga itu bersandarkan harga pasaran antarabangsa. Berasaskan harga antarabangsa itu, unsur kos operasi seperti kos agihan dan kos pemasaran serta cukai jualan diambilkira untuk
5

harga sebenar. Di Malaysia, harga runcit minyak lebih murah daripada harga di negara lain oleh kerana kita memberikan subsidi dan pengecualian cukai jualan. • Sebagai contoh, harga runcit petrol RON97 pada 31 Julai 2005 adalah seperti berikut :
Jadual 3 Harga Runcit Petrol RON97 (sen seliter)
Harga 31 Julai 2005 Semenanjung Kos Produk + Kos Operasi + Margin Syarikat + Komisen Pemilik Stesen + Cukai Jualan = Harga Sebenar - Cukai Jualan (Pengecualian) - Subsidi = Harga Runcit 164.21 9.54 4.45 8.00 58.62 244.82 58.62 24.20 162.00 Sabah 164.21 8.98 4.45 8.00 58.62 244.26 58.62 25.64 160.00 Sarawak 164.21 8.13 4.45 8.00 58.62 243.41 58.62 23.79 161.00

6.

Apakah maksud subsidi? • Subsidi adalah wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna.
6

7.

Berapa lamakah subsidi ini akan dikekalkan? Perlukah ia dihapuskan? • Kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya. • Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak termasuk nelayan, pengusaha kenderaan awam seperti bas dan teksi serta pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan Sarawak.

8.

Apakah maksud kehilangan cukai? • Penjualan diesel dan petrol adalah tertakluk kepada cukai jualan sebanyak 19.64 sen seliter bagi diesel dan 58.62 sen seliter bagi petrol. Walau bagaimanapun, cukai jualan tidak dikenakan ke atas gas memasak. Cukai jualan ini yang diperkenalkan pada tahun 1983, dikenakan sebagai salah satu punca hasil Kerajaan di samping menjadi alat penstabil harga produk petroleum. Oleh itu, untuk mengurangkan harga runcit produk petroleum, langkah pertama yang
7

diambil oleh Kerajaan ialah memberi pengecualian cukai jualan ke atas produk berkenaan yang menyebabkan Kerajaan mengalami kehilangan hasil cukai. • Sejak kebelakangan ini, jumlah pengecualian cukai ini semakin besar. Umpamanya pada tahun 1993, kehilangan hasil adalah RM190.8 juta sahaja tetapi meningkat kepada RM2.6 bilion pada tahun 1999 dan terus meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2005. Pengecualian keseluruhan cukai jualan ke atas diesel wujud sejak daripada bulan Oktober 1999 lagi berikutan harga diesel yang semakin meningkat manakala bagi petrol sejak Jun 2004.

9.

Apakah kesan negatif daripada subsidi? • Salah satu kesan negatif ialah berlakunya herotan pasaran (market distortion) yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Ini bermakna harga komoditi berkenaan tidak menggambarkan kos sebenar kerana harga pasaran adalah di bawah harga sebenar. Akibatnya akan berlaku penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Di samping itu, akan timbul kegiatan yang tidak sihat
8

seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan. Kerajaan tidak boleh biarkan jurang antara harga pasaran dan harga subsidi terus melebar kerana ini boleh menggalakkan penyelewengan. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membeli diesel pada harga subsidi dan menjualnya kepada kilang/industri pada harga pasaran yang lebih tinggi. • Satu lagi kesan ialah berlakunya penyeludupan minyak, khususnya diesel Malaysia untuk dijual ke negara jiran. Ini seumpama memberi subsidi kepada rakyat asing. Akibatnya, kumpulan sasar tidak mendapat manfaat sepenuhnya kerana faedah ini turut dinikmati orang yang tidak layak, yakni orang asing. Negara kerugian besar. Andainya 10 peratus minyak Malaysia diseludup ke luar, ertinya negara kehilangan RM660 juta subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, berdasarkan subsidi sebanyak RM6.6 bilion yang dianggarkan pada akhir 2005. • Juga penyeludupan minyak memerlukan Kerajaan membuat belanja tambahan untuk meningkatkan penguatkuasaan melalui tambahan kakitangan dan peralatan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyekat penyeludupan.
9

• Selain itu, subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah itu boleh diguna untuk memberi manfaat kepada rakyat dan generasi masa depan, yakni anak cucu kita seperti membina sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam. • Pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan-tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata. • Apabila jumlah subsidi meningkat jumlah wang yang ada untuk pembangunan akan berkurangan. • Pemberian subsidi juga mengurangkan keupayaan Kerajaan untuk mengurangkan defisit negara.

10. Berapa harga sebenar minyak dan bahan petroleum jika tiada subsidi? • Tanpa subsidi, harga petrol premium (RON97) ialah RM2.45 seliter dan bukannya RM1.62 seperti
10

harga sekarang. Sebenarnya, apabila seseorang pengguna membeli seliter petrol premium di Semenanjung Malaysia, Kerajaan menanggung beban sebanyak 82.82 sen, yakni 58.62 sen dalam bentuk pengecualian cukai jualan dan 24.20 sen dalam bentuk subsidi.
Jadual 4
Perbandingan Harga Tanpa Subsidi Dengan Harga Subsidi 1 Harga Tanpa Subsidi dan Cukai 244.82 232.18 206.87 238.92 244.26 231.62 206.31 253.32 243.41 230.77 205.46 252.48 2 Cukai Jualan Terkorban 4 =1-(2+3) Harga Runcit (Dengan Subsidi)

Produk

3 Subsidi

Semenanjung Malaysia RON97 (sen/liter) RON92 (sen/liter) Diesel (sen/liter) LPG (sen/kg) Sabah RON97 (sen/liter) RON92 (sen/liter) Diesel (sen/liter) LPG (sen/kg) Sarawak RON97 (sen/liter) RON92 (sen/liter) Diesel (sen/liter) LPG (sen/kg)

58.62 58.62 19.64 58.62 58.62 19.64 58.62 58.62 19.64 -

24.20 15.56 59.13 93.92 25.64 15.00 58.27 100.32 23.79 14.15 58.02 99.48

162.00 158.00 128.10 145.00 160.00 158.00 128.40 153.00 161.00 158.00 127.80 153.00

• Harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM2.07 seliter. Tapi pengguna membeli seliter diesel dengan harga RM1.28 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 59.13 sen seliter dan pengecualian cukai jualan 19.64 sen.
11

• Harga pasaran gas memasak (LPG) tanpa subsidi di Semenanjung adalah RM2.39 sekilogram. Tapi pengguna membeli sekilogram LPG dengan harga RM1.45 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 93.92 sen sekilogram. Umpamanya, bagi satu tong gas 12 kilogram harga yang kita bayar adalah RM17.40 tetapi harga sebenar ialah RM28.67. Jadi bagi setiap tong gas, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM11.27.

11. Berapakah perbelanjaan Kerajaan untuk subsidi minyak? • Jumlah subsidi bergantung kepada penggunaan minyak. Semakin banyak minyak digunakan rakyat, semakin tinggilah bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaan.

12

Jadual 5
Jumlah Subsidi Petroleum dan Kehilangan Hasil, 2001-2005 (RM bilion) 2005 2001 2002 2003 2004 Sebelum Kenaikan Harga 31 Julai 7.59 7.85 15.44 Selepas Kenaikan Harga 31 Julai 6.63 7.85 14.48

Subsidi Kehilangan Hasil Jumlah

2.40 5.08 7.48

0.92 3.31 4.23

1.82 4.76 6.58

4.79 7.15 11.94

• Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, subsidi yang diberikan pada tahun 2001 adalah RM2.4 bilion berasaskan harga purata minyak mentah WTI sebanyak AS$25.24 setong. Pada 2004 subsidi meningkat kepada RM4.8 bilion berdasarkan harga purata minyak mentah dunia sebanyak AS$41.60 setong. • Ini belum mengambil kira kehilangan hasil yang juga kian meningkat sejak 2002, dari RM3.3 bilion pada tahun 2002 kepada RM4.8 bilion pada tahun 2003 dan RM7.2 bilion pada tahun 2004. • Bagi tahun 2005, dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol pada 31 Julai 2005, Kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM1 bilion menjadi RM6.6 bilion pada tahun 2005 berbanding RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan (2004:

13

subsidi RM4.8 bilion) seperti yang ditunjukkan di jadual di atas. • Subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif dan berfaedah kepada rakyat seperti membina sekolah atau kemudahan awam.

12. Kerajaan memperoleh faedah daripada kenaikan harga minyak. Tidak bolehkah Kerajaan menambah tanggungan subsidi? • Jika harga minyak naik, hasil PETRONAS hasil Kerajaan juga naik. Tapi pada masa sama subsidi minyak yang ditanggung Kerajaan juga naik, dari RM4.8 bilion tahun kepada jangkaan RM6.6 bilion tahun ini. naik, yang oleh 2004

• Jadi, memang benar negara mendapat keuntungan lebih tinggi dengan kenaikan harga minyak kerana pendapatan negara bertambah hasil daripada pertambahan eksport. Namun, Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam membelanjakan pendapatan ini. Adalah tidak

14

wajar 100 peratus keuntungan atau pendapatan ini digunakan semata-mata untuk subsidi minyak. • Namun begitu perlu diingat, bahawa kita beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja. Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kita. • Lagipun, sebahagian keperluan minyak oleh rakyat negara ini perlu dibeli dan diimport dari negara lain. Ini bermakna walaupun kenaikan harga minyak dunia menyebabkan hasil bertambah, ia juga bermakna negara perlu berbelanja lebih untuk mengimport minyak pada harga yang lebih tinggi.

15

13. Apakah impak pemberian subsidi petroleum kepada kewangan Kerajaan? • Subsidi yang diberikan serta pengorbanan hasil memberi kesan ke atas kewangan Kerajaan. Ini dapat dilihat dari lima sudut:- Pertama, ia menyebabkan perbelanjaan mengurus meningkat. Subsidi sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2005 merupakan 7.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus. Jika tiada subsidi, perbelanjaan mengurus dapat dikurangkan dan ini mengurangkan defisit Kerajaan. - Kedua, jika tidak digunakan untuk mengurangkan defisit, penjimatan daripada subsidi boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Jumlah RM6.6 bilion tersebut merupakan 23.3 peratus daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2005. Jika kos membina sebuah sekolah menengah adalah RM11 juta, jumlah ini dapat membina 600 buah sekolah. - Ketiga, kehilangan hasil akibat daripada pengecualian cukai menjejaskan kedudukan
16

kewangan Kerajaan. Kehilangan hasil sebanyak RM7.9 bilion pada tahun 2005 merupakan 8 peratus daripada jumlah hasil. Kehilangan hasil berjumlah RM7.9 bilion ini jika dikutip, dapat membina 316,000 buah rumah kos rendah. - Keempat, jika digabungkan penjimatan subsidi dan kehilangan hasil berjumlah RM14.5 bilion, defisit tahun 2005 dapat dikurangkan daripada 3.8 peratus daripada KDNK kepada 0.7 peratus daripada KDNK. Ini mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. - Kelima, dengan defisit yang lebih kecil ini Kerajaan tidak perlu membuat pinjaman yang banyak.

14. Patutkah Kerajaan Guna Sepenuhnya Sumbangan PETRONAS Untuk Membiayai Subsidi? • Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi keluaran petroleum.

17

• Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif. • Oleh itu, jika rakyat dan Kerajaan dapat berkongsi kos kenaikan harga keluaran petroleum dan mengurangkan jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan, sebahagian daripada sumbangan PETRONAS boleh dilaburkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan baru demi kesejahteraan negara dan rakyat.

15. Keuntungan PETRONAS meningkat kerana kenaikan harga minyak. Tidakkah patut PETRONAS menyumbang lebih untuk menangani kesan kenaikan harga minyak? • Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, PETRONAS telah membuat sumbangan besar terhadap pembangunan negara. Dalam tahun kewangan 2004/2005, ia telah menyumbang RM31 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Ini merupakan peningkatan 47 peratus berbanding
18

dengan sumbangan tahun sebelumnya. Jumlah ini merupakan 53 peratus daripada keuntungan kasar PETRONAS sebanyak RM59 bilion pada tahun kewangan 2004/2005. • PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala sebahagian besarnya iaitu 70 peratus dikuasai pesaingnya seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet. Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi juga untuk syarikat-syarikat minyak asing. • Di Malaysia, PETRONAS mempunyai 3 loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada junlah keluaran negara. Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), ExxonMobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari). Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, adalah jelas bahawa untuk memenuhi keperluan, kita juga perlu bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.
19

Sumbangan PETRONAS kepada Kerajaan Malaysia Mengikut Tahun Kewangan (RM bilion) TK TK TK TK TK TK 99/00 00/01 01/02 02/03 03/04 04/05 Cukai Pendapatan Syarikat dan Petroleum Dividen Royalti (kepada Kerajaan Persekutuan & Negeri) Duti Eksport Atas Petroleum Jumlah Sumber : PETRONAS 6.1 4.1 2.6 0.7 13.4 9.9 4.1 4.1 0.9 19.0 7.5 4.1 3.5 0.7 15.8 8.6 5.1 4.1 0.8 18.6 10.5 5.1 4.5 1.1 21.3 14.3 9.1 6.2 1.6 31.2

Jadual 6

• Di samping itu, PETRONAS telahpun memberi subsidi gas untuk sektor tenaga negara ini berjumlah RM25 bilion sejak Mei 1997. Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 per million British Thermal Unit (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga komersial ialah sebanyak RM25.70 per mmbtu. Harga gas yang rendah ini membolehkan Malaysia mengekalkan tarif elektrik pada tahap yang munasabah.

20

16. Apakah kesannya jika PETRONAS menggunakan kesemua keuntungannya untuk menampung subsidi? • PETRONAS adalah sebuah entiti perniagaan yang beroperasi di negara ini dan di peringkat antarabangsa. Jika sebahagian besar keuntungannya digunakan untuk subsidi, mungkin ia akan dianggap sebagai syarikat yang tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan kredibilitinya. Akibatnya, PETRONAS mungkin diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan antarabangsa. • Peranan utama PETRONAS adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungan mestilah dilaburkan semula untuk kegiatan carigali baik dalam negeri dan luar negeri. Keuntungan juga perlu dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. • Dalam tahun kewangan 2004/2005, PETRONAS melabur 61 peratus daripada jumlah pelaburannya atau sebanyak RM10.7 bilion untuk aktiviti carigali. Jika tidak ada pelaburan baru, Malaysia akan

21

menjadi pengimpot bersih petroleum menjelang tahun 2009. • Pelaburan oleh PETRONAS dalam aktiviti carigali, telah meningkatkan rizab minyak negara sebanyak 2-3 peratus setahun. Ini tidak akan berlaku jika semua keuntungan digunakan untuk subsidi.

17. Apakah pilihan Kerajaan kenaikan harga petroleum?

dalam

menangani

• Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya, Kerajaan mempunyai tiga pilihan, iaitu: - Mengekalkan harga runcit petroleum walaupun harga pasaran antarabangsa naik. Ini bermakna keseluruhan kenaikan harga produk akan dibiayai oleh Kerajaan melalui peningkatan bayaran subsidi serta kehilangan hasil cukai. Jurang antara harga pasaran dengan harga subsidi juga akan semakin luas. Peningkatan subsidi dan kehilangan cukai bererti semakin kurang peruntukan dapat disediakan untuk tujuan pembangunan negara
22

dan Kerajaan akan berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal; atau - Memansuhkan subsidi dan menarik balik pengecualian cukai dan membiarkan harga naik sehingga mencerminkan harga pasaran. Dengan ini tiada lagi jurang antara harga pasaran dan harga subsidi. Ini bererti pengguna akan menanggung keseluruhan kenaikan harga tersebut. Beban sepenuhnya akan dirasai oleh semua pengguna produk petroleum. Kerajaan dapat menjimatkan wang yang banyak untuk membiayai projek pembangunan dan rakyat perlu membayar harga pasaran produk petroleum. Namun begitu dalam keadaan ini Kerajaan mungkin dituduh keterlaluan dan dianggap zalim; atau - Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang. Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi. Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan
23

memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka. • Pada pandangan Kerajaan jurang antara harga pasaran dunia dan harga dalam negeri perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu pilihan ketiga, adalah jalan tengah dan merupakan pilihan terbaik. Ini bermakna Kerajaan akan terus menyediakan subsidi dan rakyat berkongsi sedikit dengan Kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.

18. Apakah langkah-langkah Kerajaan menggalakkan sumber tenaga alternatif?

untuk

• Kerajaan menggalakkan penggunaan natural gas vehicles (NGV). Antara insentif yang disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan NGV ialah: o pengurangan cukai jalan iaitu 50 peratus untuk kenderaan monogas dan 25 peratus untuk kenderaan bi-fuel (diesel) dan dualfuel (gasoline); dan
24

o menetapkan harga NGV pada paras 50 peratus lebih rendah daripada harga pam petrol. • Kerajaan juga sedang menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui (renewable energy) melalui program SREP (Small Renewable Energy Programme) iaitu projek penjanaan kurang daripada 10 MW dengan menggunakan biomass, landfill gas dan mini hidro. • Bagi projek hidroelektrik, projek yang sedang dalam pembinaan ialah projek hidroelektrik Bakun. Projek ini dijangka siap tahun 2010 dan dijangka dapat menjana kuasa dengan kapasiti 2,400 MW. • Di samping itu, Kerajaan juga bercadang memperkenalkan penggunaan biodiesel atau green fuel dengan menggunakan minyak kelapa sawit yang dicampurkan dengan diesel untuk kenderaan.

25

19. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat sebagai pengguna? • Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan. • Pengguna mestilah berhemat dalam perbelanjaan dengan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan. Di samping itu, pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan membandingkan harga dan kualiti barangan dan kedai sebelum berbelanja. Ini secara langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan keluarga. • Dengan berbelanja secara berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan pembaziran. • 41 peratus dari penggunaan tenaga digunakan oleh sektor pengangkutan. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang
26

perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

20. Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat? • Rakyat perlu sedar bahawa dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia. Oleh itu, kita perlu menggunakan hasil petroleum ini dengan berhemat. Kita mesti mencari jalan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dan memainkan peranan menggunakan hasil minyak hari ini untuk tujuan produktif. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir dan mencari sumber tenaga alternatif seperti biofuel. • Beberapa negara seperti Indonesia dan Thailand telah memperkenalkan langkah-langkah penjimatan tenaga yang radikal. Rakyat negara ini wajar menyokong usaha Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat. • Kerajaan akan bertindak tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengaut
27

keuntungan (profiteering) berlebihan. Pengguna boleh memainkan peranan dengan melaporkan kegiatan tidak beretika ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil. Peniaga, pedagang dan pengusaha pula perlu bersikap patriotik dan tidak mengkhianati orang ramai dengan menaikkan harga barangan atau jualan sewenang-wenangnya.

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri 31 Julai 2005

28

Similar Documents

Free Essay

English 60 Course Assignments

...ENGLISH 60: SPRING 2015 COURSE ASSIGNMENT SCHEDULE This assignment schedule (due dates, etc.) may be modified to meet the needs of the class. CWS = College Writing Skills BT = Breaking Through E = Essay (E1, E2, etc.) | | | |Date |Discussions, Writing Workshops, and Other Activities | |Week 1 |In class: | |1/26 |Introductions, Student Information, Academic Integrity, | | |Course overview (syllabus) and handouts | | |Read “Oprah Winfrey: How Truth Changed her Life” handout | | |Writing Sample | | | | | |Assignment (due next class meeting): ...

Words: 1890 - Pages: 8

Premium Essay

Rare Gem

...with Saigon jewels, (buyers) that they will buy back the finished polished stones and jewelry from Saigon over the period of three years at fixed price. Firstly, Midwestern did not do their due diligence on Wisconsin as well as on Saigon. They proposed certain recommendations to Wisconsin on how to structure the transaction. First they advised Wisconsin to get the irrevocable letter of credit from Saigon’s bank with the conformation add to it. And the total amount ($3 million) to be paid in three installments, first at the sight and remaining two in the term of 12 months. Secondly, they advise the letter of credit for three drafts to be drawn on the seller’s bank and to be accepted by issuing bank after shipments and presentation of all documents specified in LOC. And the first draft was to be payable three months after the shipment, second and third draft were to be due in twelve month terms. Lastly, they agree to confirm the documentary credit if requested by the buyers bank. Midwestern bank did not advise Wisconsin to get the EDC insurance to reduce/avoid commercial risks such as quality of goods and delays in payment as it was also their first time in dealing with Vietnamese buyers. Based on the information given in the case, I think...

Words: 1294 - Pages: 6

Free Essay

Test

...The Beginners Guide Table of Contents 03 04 05 06 34 35 What is ProSite? What is Behance? How do ProSite & Behance work together? Get Started in 6 Easy Steps See Live Examples Need More Help? What is ProSite? ProSite is a website builder that allows you to design and fully customize your personal portfolio. Make unlimited customizations without touching a line of code. What is Behance? Behance is the leading creative platform, and is where you will upload your projects. Your work will appear in the Behance galleries, giving you exposure to millions of visitors who come to Behance to discover creative work. How ProSite & Behance Work Together Your Behance projects sync with your ProSite, so you only have to update your work in one place to enjoy all the benefits of Behance’s exposure and to have your own customized personal website. NOTE: Your ProSite can live on your own URL, and it doesn’t contain any Behance branding or ads. Your Behance PorTFoLIo Your ProSITe Get Started in 6 Easy Steps We have created this 6 step guide to help you successfully publish your ProSite. 1 2 3 4 5 6 STEP 1: Select Your Layout There are 4 templates to choose from that act as a starting point for your ProSite. ALL layouts allow you to customize and adjust many elements of the design & layout in order to create a unique and personalized website. noTe: Even after you’ve chosen a layout, you’ll always have the option to experiment with another...

Words: 1198 - Pages: 5

Premium Essay

English 216

...This is a two part question. I need an outline created then a final draft for a project on turnover rates. The two files that are attached show the requirements and the second one is the outline template that HAS to be used. The two items are based off the following question: Employee turnover rates are high for many organizations, and you have noticed that the company you work for is no different. Research what other organizations are doing to hire and retain good employees in order to combat the high employee turnover rate. Use this research to make recommendations to the management of your organization. ENGL 216 Formal Report/Proposal Outline Template Your name: Directions: Refer to your textbook (Chapter 2, page 48 and Chapter 10, page 311) and the Week 4 Lecture to complete this outline. Write in complete sentences, not single words or short phrases. Be as detailed as possible, adding in-text citations for all references noted on your References page from Week 3, which should also be included here. The more information you place in this final outline, the less work you will have to do for the report drafts. Introduction: This section sets the stage and purpose of the report. See page 320 in the text for help in completing this section. (Minimum of one sentence per point) Purpose: Description/Background: Find the best study resources around, tagged to your specific courses. Share your own to gain free Course Hero access or to earn money with our Marketplace...

Words: 263 - Pages: 2

Free Essay

New York City Draft Riots

...Thesis: The unfair treatment of the lower class led to the break out of riots in New York City in 1863 I. Introduction II. Causes A. Civil War B. Abraham Lincoln calls for a draft 1. Rich could buy their way out for 300 dollars or a substitute 2. Blacks were exempt 3. Irish immigrants and poor whites were angry C. They came to America to start a new and better life but it was the opposite 4. Found misery 5. Discriminated against D. They couldn’t buy themselves out of the war and didn’t want to fight in the war 1. They didn’t want freed blacks to come up North and compete with them for jobs 2. Used blacks as scapegoats E. Believed their social, political, and economical status was declining and blacks were gaining F. They were targeted by the Irish Immigrants 1. Were exempt from the draft 2. Were going to become free and compete for jobs with the Irish immigrants III. Background A. How it started B. Draft Lottery IV. The Attacks A. Poor whites injured and killed blacks in vicious and cruel ways 6. Beat them, jumped on their chests, used stones, and by hanging them 7. Killed men, women, children, and infants B. Whites destroyed black homes and orphanages C. President Lincoln sent the militia to New York City to suppress the riots V. Specific people...

Words: 272 - Pages: 2

Premium Essay

The Effects of War

...thousands of years, to achieve certain goals through the use of force. The major causes for war are resources, which can be territory, water, gold, minerals or animals; and ideologies: political beliefs, religion, philosophical differences. In other words, brutal outrageous kings, rulers, commanders and emperors possessed the purpose of having power and control over the whole world. But do these egoistic goals really bring benefit to humanity? Many people are sure that any war is unfair and should be stopped, as it brings only harm and damage. People are losing their homes, relatives, lives, but they aren’t even the part of the war. Many men want to refuse participating in war and killing people, but they must do it because of a draft. Millions of innocent people are dying, e.g. casualties in WWI were above 11 millions, in WWII – almost 60 millions, and in the War in Iraq – already near 107 thousands and the death count still increases every day. War also destroys the towns, earth, and nature and brings terrible chaos to the land, where it occurs. Many plants, factories, historical buildings are crushed down and there is the enormous harm to the environment. Mother Nature gives all men so many miracles, and in return it gets great suffering from such a horrible activity as war. Moreover, war affects every citizen, as everybody has to pay money for the soldiers, theirs travels and food. For example, in the WWI 196.5 billion of dollars was spent, in the WWII – $2...

Words: 355 - Pages: 2

Free Essay

The Ending

...How to Participate in Discussions It is strongly recommended that you enter an original subject for your reply in order to provide easier navigation. To do so, update the text in the subject box. If at any point you need to clear your reply, you can click on the Cancel button in the upper right or lower right corner. While replying to a discussion thread, you can also save a draft and return at a later time to complete your reply. To do so, click on the Save Draft button in the upper right or lower right corner. You will then be directed back to the discussion thread, and you can view your reply with the word Draft next to it. Example of a Draft in a Discussion Thread   © 2015 University of Miami and Laureate Education, Inc. Page 2 of 3   How to Participate in Discussions To open and complete your reply that you saved as a draft, click on the Edit button. Please note that saved drafts can only be seen by the author. Not even instructors can see their students’ saved drafts. As a result, saved drafts will not count as submitted published replies. Example of a Discussion Text Box- Editing a Draft You...

Words: 455 - Pages: 2

Free Essay

Principle and Practice of Management

...CASE I NAVEEN FISHERIES LTD. The managing director of Naveen Fisheries Ltd. (NFL) received a message from one of the members of the crew that their mechanized boats had sunk at sea off Paradeep Port Trust due to unfavorable weather. The other directors of NFL ascertained the detailed information regarding the incident. All the promoters were fresh graduates. Naveem, Praveen, Nagain, Ravi and Chandra were the promoters of the organization (NFL at Vishakhapattanam) with a capital contribution of Rs. 25 lakh each. Three of them had an engineering background. The other two were commerce graduates. They had thought of designing the vessels themselves so that the cost each mechanized boat would be reduced from Rs. 30 lakhs (if they bought them) to Rs. 22 Lakh. They designed three boats and these were sent out with a newly – appointed crew. Two vessels were sent to Paradeep and the third to Kakinada. Unfortunately, the weather was unfavourable. All the vessels sank. The crew also did not have experience. Two workers were injured and the rest arrived sagely. There was significant damage to the vessels and the residue was considered scrap. The cost of scrap of the vessels was nominal. As their working capital was scarce, and they were unable to invest more capital, they were in a dilemma whether to continue the business or not. Case I Questions: 1. What were the reasons for the sinking of the vessels? 2. How could they reorganize the businesses? CASE II MNC CORPORATION ...

Words: 2046 - Pages: 9

Premium Essay

No My Paper

...Step 1 Create a list of important employee policies for your business. Get help when actually writing your employee handbook. Write drafts of policies or ideas for policies that are important to the way you want to run your business. For example, you may have a certain code of conduct that you want employees to follow or you may wish to draft a policy to ensure that a particular person or department is not overstepped. The U.S. Small Business Administration advises that you should have basic employee policies regarding wages, discrimination and other important issues. Consult the administration and an attorney when drafting policy to ensure it is legal and serves your purpose. Step 2 Write policies in clear, easy-to-understand language. Include definitions where words may have multiple meanings and avoid using words that may be easily misconstrued. For example, the Nonprofit Risk Management Center advises against ever using the term "permanent employee," as it suggests that an employee cannot be fired. Consult your attorney about any other easily misinterpreted words. Related Reading: Employee Drug Policy Step 3 Clearly communicate your policy to your employees and their supervisors. Hold training session during which you explain policies and solicit questions. Address "what-if" questions. For example, if your office has a policy for anonymously reporting sexual harassment, answer the question, "What if I am feeling harassed, but I don't want anyone to know...

Words: 370 - Pages: 2

Free Essay

St Luois Rams; Glen Dorsey

...I've been mulling over how exactly to share my views on this for months. I've been reading all of the draft talk banter back & forth. Pro & con..........good & bad.......reasons for drafting him or not drafting Glenn Dorsey. In addition to all of the other guys we're considering at No. 2. As a long time Ram fan I know what it's like for us to be drafting early. This ain't my first rodeo, & I've been here b4. However an early draft pick, not to mention the No. 2 overall pick in the draft presents it's own set of problems. I'm sure many of us still remember the Lawrence Phillips DISASTER back in 96. We picked him as the 6th overall pick that yr. and he NEVER lived up to billing. All of the crying Vermeil did over that kid, was just a waste of time & that poor draft pick cost us for yrs. Luckily for us we turned it ALL around in 1999, w/ some key signings & the drafting of Torry in the first round. But that wasn't the end (unfortunately) of our Rams making HORRIBLE selections in the first round. Heck even our GOOD selections are a mixed blessing IMHO. Torry Holt has been the BEST draft pick EVER in my recent memory. But what about big Orlando Pace? Ohhhhh yeah everyone loves our big LT, & I admit I've enjoyed watching him wear the horns over the yrs. But everyone seems to forget how much trouble he's given our organization as well. He hasn't always been the team player that many ppl think he is. Ohhh no there has been a Dark side to the BIG O, that alot of ppl have...

Words: 2449 - Pages: 10

Premium Essay

Black Hole Research Paper

...attribution and citation correctly. 3. To analyze and synthesize information and ideas from multiple sources to generate new insights. Required Texts Please bring both books with you to every class meeting. • Miller and Spellmeyer, The New Humanities Reader, 5th Edition • Kirszner and Mandell, The Pocket Wadsworth Handbook, 6th Edition • Selected student papers to demonstrate and correct errors, or as models of strong writing Assignments and Grading Course Requirements • Write a first day writing sample • Read six selections from The New Humanities Reader • Write five out-of-class essays, minimum of five typed pages each • Write a typed rough and final draft for each assignment (and demonstrate significant revision between drafts) • Give three brief oral presentations in class, including one on grammar •...

Words: 1021 - Pages: 5

Free Essay

Term Paper Structure

...Term Paper Process The term paper is not a single submission assignment. You have to follow a process and you will earn you grade through all the steps of the process: Conduct background research on your country of choice Write a Term Paper developed through a process of drafting & review: Submit a FIRST DRAFT of your paper Review the drafts of 3 (three) other students and apply the rubric to their drafts After review by 3 other students and the instructor/writing consultant you will receive feedback on your first draft from at least 4 individuals Submit a SECOND DRAFT of your paper After review by 3 other students and the instructor/writing consultant you will receive feedback on your first draft from at least 4 individuals Rework, improve and refine your paper and resubmit it for final grading. Term Paper Format The paper should be: At least 1, 500 (one thousand five hundred) and no more than 2,000 (two thousand) words. Use proper reference citation using formal APA or MLA style and Include a list of sources cited (bibliography). Paper Topic You will need to select a term paper topic from one of the following topics: Outsourcing and offshoring Foreign Direct Investment (FDI) The impact of trade on economic development Cross-cultural challenges in international business The prospects of continued globalization Other topics specifically approved by the instructor. Resources You are provided with several resources that will allow you to submit...

Words: 1007 - Pages: 5

Free Essay

Reflective Essay

...* 1.  What are two or three of the most important concepts you have learned about academic writing for graduate students? The concepts I learned in writing are practicing better writing habits, by skill. I was able to improve upon my use of commas, drafting complete sentences, avoiding sentence fragments and ensuring drafted essays are in compliance with APA guidelines. I was also able to draft better writing essays by using critique methods. Synthesis essays seem to relate to multiple articles on the same topic. Relating multiple topics have the ability to relate information in a argumentative or informational manner. Difference approaches can be taken in order relay important information and build facts upon discussion topics.  2.  What advice for success would you give to a student who was considering taking this class? The advice I would give for success to students is to prepare and familiarize yourself with the information being presented. This could be taking a week or two before the course starts to read over the materials and review the topics and understand the depth of the information. This will give students a successful head start into the program and help them understand the information better, more smoother and faster.  3.  Please share any other thoughts that come to mind. This has been a really great and informative course. A lot of my writing was drafted in hopes that it was, or might be corrector great writing. With this class, I was about to put everything...

Words: 268 - Pages: 2

Free Essay

Sibelius 5th Symphony

...colors. My heart is singing sadly – the shadows grow longer. The Adagio of my fifth symphony? That I, poor fellow that I am, can have moments of such richness!!" he wrote on 10th October 1914. And in November the sentiment grew even stronger: "I have a lovely theme. An adagio for the symphony – earth, worms and misery, fortissimo and sordinos [mutes], lots of sordinos. And the melodies are divine!!" In another diary entry (April 1915) Sibelius wrote: "In the evening, working on the symphony. This important task which strangely enchants me. As if God the Father had thrown down pieces of a mosaic from the floor of heaven and asked me to work out the pattern." Indeed, he produced a "mosaic" of drafts during the autumn and winter of 1914. But from such an assembly of material can we know which draft belonged to which movement, or even to which...

Words: 640 - Pages: 3

Free Essay

Professional Sports Industry Changes for the Future

...Table of Contents Future of League Drafts and Age Entry…………………………………….4 Changes in drug testing policies in professional sports…………….7 League Finances……………………………………………………………………..9 Player Safety…………………………………………………………………………..11 ABSTRACT Professional sports are leagues that are made for the best of the best athletes in sports. Once a player leaves the collegiate level of sports and moves into the professional level, he is now competing every day for his job. Owners try hard to build their team from the ground up. When a team is struggling, owners try to find new solutions to bring in team revenue and on the other hand when a team is successful owners try hard to keep players by offering large contracts that they can afford. To keep order on teams, leagues have strict drug testing policy that keeps players healthy and allows the playing field to be fair. Leagues make changes for the better of the players and the fans. In order to market effectively leagues do what it takes to allow more access to the fans by using technology. Commissioners take notice on feedback from players and fans in order to make the sport safer to play and fun to watch. When watching a professional sports game, we do not see the orchestrating job of the league commissioner, team owners, and players. From players entering the league at a young age from college, they need to be ready to compete for their position and take in all the rules the league hand out. Super star players carry...

Words: 3371 - Pages: 14