[pic] No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka ________________________________________________________________
MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT
____________________________________________________________________________
Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, dan 7
Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KJSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul
Tarikh: 30 Mei 2012 Bil. Ruj. PKM/HEP/12/01/1(22 ) Tel: 06-3376118
Saudara/saudari;
LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2012
Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan atau telah tamat menjalani latihan industri.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi Pendaftaran Kamsis dan Lapor Diri Pengajian akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat sepertimana ketetapan berikut:-
Pendaftaran KAMSIS (Asrama Koperasi)
Maklumat pendaftaran KAMSIS bagi pelajar adalah seperti berikut:
Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Kamsis Koperasi, Apartment Yayasan Melaka,
Taman Pertam Perdana, Pulau Gadong, Cheng, Melaka.
*Segala pertanyaan berkaitan Kamsis Koperasi sila berhubung dengan En. Shahrulnizam Bin Bakar di talian 012-5399875 atau En. Mohd Firdaus Bin Mohd Noor di talian 019-7147937 atau En. Zulhelmi bin Abd Rahman di talian 013-3989875.
Maklumat Lapor Diri dan Pendaftaran Pengajian
Bermula sesi Jun 2012, proses lapor diri pelajar senior akan dibuat melalui online iaitu berdasarkan semakan berikut oleh pihak JHEPP:
1) Pra-pendaftaran sistem e-Enrol (semua pelajar Politeknik Melaka termasuk yang akan menjalani Latihan Industri pada semester JUN 2012 DIWAJIBKAN mengisi pra-pendaftaran e-Enrol ini). dan 2) Semakan laporan pembayaran daripada bank-bank terlibat. Sila rujuk LAMPIRAN 1 untuk Jadual Pembayaran.
PERHATIAN : Mana-mana pelajar yang didapati TIDAK MELAKSANAKAN ATAU MEMBUAT KEDUA-DUA PROSES ini sehinggalah hari pendaftaran pengajian, pelajar tersebut TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi JUN 2012.
*Kesemua pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 6 Julai 2012 (Jumaat).
*Segala pertanyaan dan permasalahan berkaitan pendaftaran pengajian, sila hadir ke Jabatan Hal Ehwal dan Pebangunan Pelajar (JHEPP) pada 11 Julai 2012 (Rabu), jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari atau berhubung dengan Cik Norraihan binti Mohd Aini di talian 06-3376058 / 06-3376054 / 019-3425858
Pendaftaran Kursus
Anda diwajibkan membuat pendaftaran kursus dengan kelulusan Ketua Jabatan. Pelajar yang tidak mendaftar kursus pada semester berkenaan sepertimana yang dikehendaki, akan diberikan gred F dengan nilai mata 0.00 bagi kursus berkenaan dan dianggap telah menduduki kursus berkenaan dan gagal satu kali. Sila rujuk maklumat lengkap berkaitan pendaftaran kursus dari Penasihat Akademik masing-masing.
|Tarikh |Masa |Aktiviti |
|Khamis (12/7/2012) |8.00 pg – 5.00 ptg |Taklimat oleh Penasihat Akademik (PA) dan Pendaftaran Kursus |
|Jumaat (13/7/2012) |8.00 pg – 5.00 ptg |Pendaftaran Kursus |
3. Pelajar yang gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan dan gagal menjelaskan yuran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas, makmal, bengkel atau menggunakan sebarang kemudahan politeknik. Rekod kehadiran kuliah akan diambil kira bermula pada tarikh rasmi lapor diri.
4. Saudara/saudari dikehendaki mematuhi peraturan rupadiri sepertimana yang telah ditetapkan semasa mendaftar (Rujuk Buku Panduan & Peraturan Pelajar). Pelajar yang tidak mematuhi panduan seperti yang ditetapkan akan ditangguhkan pendaftarannya.
Sekian, terima kasih.
[pic]
LAMPIRAN 1
JADUAL BAYARAN
|Bil |Jenis Bayaran |
| |SELUAR BERPOTONGAN JEANS |
-----------------------
200.00
YURAN PENGAJIAN
POLITEKNIK KPT
110510-16-0037
AISY QAYYUM BIN MUHD ZAKI
[pic]
KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD *** RM110. 50
Nadirah
NUR NADIRAH BINTI AHMAD
920612-04-2008
KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD
11DKA10F1001
0410041000152319
RM 110.50
BAYARAN PENDAFTARAN
(C)UL RAHIM BIN RAZALI
(F)UL RAHIM BIN RAZALI
(G)UL RAHIM BIN RAZALI
(H)UL RAHIM BIN RAZALI
(D)BDUL RAHIM BIN RAZALI
(E)BDUL RAHIM BIN RAZALI
(A)BDUL RAHIM BIN RAZALI
(B)BDUL RAHIM BIN RAZALI
(I)UL RAHIM BIN RAZALI