...RENCANA Perbezaan 1Malaysia, Malaysian Malaysia 2010/08/29 - 06:52:24 AM Cetak Emel Kawan Gagasan diperkenal Najib dokong ideologi menyeluruh imbangi perpaduan rakyat pelbagai kaum KONSEP ‘Malaysian Malaysia’ adalah agenda politik yang diperjuangkan parti pembangkang DAP. Ia pada mulanya adalah rancangan untuk menentang dasar etnik pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan oleh People’s Action Party (PAP), sebuah parti politik Singapura yang dipimpin Lee Kuan Yew. Konsep ini bukan saja tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum, malah didapati amat subversif sehingga boleh memecahbelahkan rakyat. Konsep inilah yang membawa kepada penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia pada 1965. Konsep ‘Malaysian Malaysia’ adalah perjuangan DAP terhadap apa yang didakwanya sebagai pencerobohan hak kaum bukan Melayu oleh kaum Melayu. Ia dipersepsikan wujud dalam bentuk tindakan afirmatif yang mendiskriminasi kaum bukan Melayu. Persepsi ini bukan saja tidak betul, malah pencabulan terhadap persetujuan etnik yang dicapai kaum Melayu, Cina dan India dalam pakatan kemerdekaan. Pakatan kemerdekaan ini kemudian menjadi salah satu lunas penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah tolak ansur antara isu kerakyatan dalam kalangan bukan Melayu dengan apa yang kemudian dikenali sebagai Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu – walaupun istilah yang kurang disenangi sesetengah pihak – sebetulnya adalah legitimasi watan mengenai bahasa, kedudukan...
Words: 1850 - Pages: 8
...KEHARMONIAN NEGARA Negara Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-56 tahun dan ini melambangkan bahawa Malaysia sudah pastinya mempunyai perkembangan daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan negara serta pembangunan masyarakatnya. Melalui pemantapan dan gabungan dua aspek utama, iaitu negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni, ia sememangnya mempengaruhi akan kemajuan dan arus pemodenan sesebuah negara (Wan Othman Wan Halim, 1992). Namun, teras utama dalam mencapai status negara-bangsa yang berjaya, kesejahteraan, dan keharmonian kaum merupakan aspek yang amat penting. kesejahteraan dan keharmonian antara kaum kunci kejayaan negara didalam mengharungi pelbagai rintangan selama ini, Hasilnya Malaysia mampu berdiri teguh sehingga dikagumi dunia luar. Harus di fahami usaha membangunkan negara dan pada masa yang sama mewujudkan keamanan bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, lebih lebih lagi dalam sebuah negara yang berbilang etnik dan agama. Namun kita bersyukur sejak sekian lama masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan rukun dan damai. Apa yang menyedihkan kebelakangan ini ada ada sahaja berita yang cuba menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara. Antara langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ialah dengan menggalakkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini adalah tanggungjawab...
Words: 1316 - Pages: 6
...Peranan Masyarakat kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi. 2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat. 3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi. 4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan. Pendahuluan : INTEGRASI * Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan...
Words: 2037 - Pages: 9
...PEMBENTUKAN MALAYSIA Bila,Mana, Siapa … 1887 –Lord Brassey : Pengarah Syarikat Borneo Utara 1948 - Malcolm MacDonald: Gabenor-Jeneral Asia Tenggara 1955 - David Marshall: Perdana Menteri pertama Singapura 1956 - Dato' Onn Ja'afar (Parti Negara) 1959 - Lee Kuan Yew: Perdana Menteri Singapura 1961 - Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri PTM 27 Mei 1961 FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA Singapura - Pengaruh People's Action Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew semakin lemah British bercadang memberikan kemerdekaan Singapura, Photo - Straits Times Lim Chin Siong Sarawak, Brunei & Singapura merdeka lebih awal Kesemua negeri di bawah pemerintahan British Kemerdekaan berasingan akan lebih lambat Sabah & Sarawak belum bersedia Di Sabah & Sarawak - Kebanyakan jawatan dipegang bangsa asing. Bumiputera berpendidikan rendah Keistimewaan dalam perlembagaan dapat dinikmati bersama Jumlah bumiputera ramai di Sabah & Sarawak. Penggabungan membolehkan kumpulan Melayu & Bumiputera kekal terbesar Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah, Brunei kaya dengan sumber minyak, Singapura - pelabuhan penting Asia Tenggara, Sabah dan Sarawak belum maju… REAKSI NEGARI-NEGERI TERLIBAT Lee Kuan Yew (PAP) menyokong kuat, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang. Refrendum diadakan - keputusan, 71.1% rakyat Singapura menyokong. Pemimpin terperanjat – salah faham, anggap helah. Mereka takut kedudukan politik mereka...
Words: 625 - Pages: 3
...“SATU MALAYSIA” [pic] Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong. Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu Malaysia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘Satu Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana...
Words: 2582 - Pages: 11
...Tajuk –tajuk Tugasan Individu 1. "Pilihanraya Umum Malaysia telah diadakan pada 5 Mei 2013. Ia adalah sebagai memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini yang diasaskan kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia" Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kepentingan, matlamat dan proses pilihanraya di negara ini berdasarkan kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. "Secara umumnya gerakan Imperialisme Barat ke atas negara-negara yang lebih mundur adalah lebih bertujuan untuk memanipulasikan segal a kepentingan ekonomi dan politik negara tersebut untuk keuntungan mereka semata-mata." Bincangkan kenyataan di atas secara kritis. 3. "Dasar Ekonomi Baru Satu Kegagalan " Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini. 4. " Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu" Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 5. Huraikan perjuangan Parti Perikatan dari tahun 1955 sehingga 1957. 6. Pada pandangan anda bagaimana slogan "1 Malaysia" mampu menjana perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara kita dengan lebih berkesan. Jawapan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang jelas. 7. Analisa kepentingan...
Words: 339 - Pages: 2
...2011 SPM KARANGAN - EXTRA! Karangan 1 SOALAN : Program realiti yang banyak ke udara di kaca-kaca televisyen sebenarnya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Huraikan pernyataan ini. Program Realiti Televisyen Pengenalan Program realiti yang banyak di kaca televisyen telah menjadi kegilaan para remaja untuk menyertainya. - sanggup berbaris dari awal pagi untuk sesi saringan - mencuba nasib menjadi penyanyi yang terkenal - Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan pelbagai lagi. Idea-idea Utama Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui program ini. - realitinya ramai yang tidak berjaya - persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi - sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar. - jualan album tidak sebanyak mana - konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar - masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja terutama pelajar sekolah. - menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini - tidak mengulang kaji pelajaran di rumah - prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka Program ini juga banyak menghabiskan wang para remaja. - terlalu taksub dalam menyokong seseorang pelajar yang diminati - menghabiskan beratus-ratus ringgit melalui sistem pesanan...
Words: 3226 - Pages: 13
...makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha menyuarakan kemerdekaan melalui kebebasan bersuara.Penjajahan kuasa asing tidak menggugat penduduk untuk menerbitkan akhbar berbahasa Melayu dalam menyuarakan kebebasan Tanah Melayu.Perkembangan media massa di Malaysia bermula dengan penglibatan British dalam penerbitan surat khabar The Government...
Words: 5611 - Pages: 23
...Soalan : Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” di kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan. Abstrak Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan, Islam adalah merupakan agama rasmi negara, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia.Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia juga menyatakan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Hak kebebasan beragama ini perlu diselarikan dengan konsep wasatiyyah yang diterjemahkan oleh kerajaan dalam pentadbiran negara sekarang ini yang menekankan segala aspek kehidupan termasuklah aspek akidah, syariah, ekonomi, kepenggunaan, pengurusan pembangunan, akhlak, kebudayaan dan kesenian. Ini selari dengan keamanan global yang turut mementingkan kestabilan pembangunan, ekonomi, iklim persekitaran dan kemanusiaan. Konsep wasatiyyah dalam realitikehidupan...
Words: 4992 - Pages: 20
...|Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam : Pelaksanaan Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) | |Oleh : Haji Mustafar Haji Ali, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Tarikh : 07/02/2007, Hits : 9 | |Prinsip : Kerajaan Adil & Beramanah | | | |Abstraks | | | |Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi | |pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan | |dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan | |pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi | |sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. | | ...
Words: 2727 - Pages: 11
...ingin bermimpi, tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa. Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan. Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri. Yang kurik itu kundi. Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan. Hadirin yang dihormati sekalian, Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa´. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita...
Words: 699 - Pages: 3
...1. Fikirkan bagaimana tiga wajah kepelbagaian yang dibincangkan dalam video MOOC boleh mempengaruhi pandangan seseorang terhadap hubungan etnik di Malaysia? Bedasarkan video MOOC, saya mendapati Malaysia terdapat tiga wajah kepelbagaian etnik iaitu wajah positif, wajah negatif dan juga wajah ideal. Dari segi positif, kita haruskan mempunyai sikap bertoleransi dan berinteraksi antara satu sama lain dengan tidak kira perbezaan antara kaum, budaya dan etnik di Malaysia. Selain itu, kita haruslah bersama-sama bersatu dalam pelbagai aspek seperti tolong menolong antara satu sama lain, berkongsi cita rasa yang sama seperti makanan. Sebagai contohnya, nasi lemak kepada asalnya merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan kaum Melayu tetapi kini ia telah menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, makanan kepada kepelbagaian jenis seperti roti canai, muruku, tosai, roti naan dan sebagainya juga merupakan makanan kegemaran bagi etnik India turut menjadi kegemaran oleh etnik lain sepertinya Melayu, Cina dan lain-lain lagi. Maka, kita mestilah mengamalkan wajah positif demi Malaysia dapat mengekalkan status dimana boleh menjadi contoh dan teladan terhadap negara aman dan makmur dimata dunia dan masyarakat tidak kira didalam mahupun diluar negara. Manakala perspektif negatif pula, menurut Profesor Ulang Datuk Dr.Shamsul Amri Baharuddin mangatakan “Oleh sebab kita berbeza dan kepelbagaian, kemungkinan potensi konflik berlaku”. Hal ini kerana pandangan...
Words: 1083 - Pages: 5
...Praktis Formatif: Kertas 3 Cadangan Peraturan Pemarkahan 1. Pengenalan/latar belakang pembinaan negara dan bangsa. Konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional. …Sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza daripada sistem politik negara moden. …Dalam masyarakat Melayu tradisional muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. …Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. …Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. …Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. …Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. …Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. …Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. …Dalam masyarakat Melayu tradisional,negeri bererti kawasan seperti Larut,negeri Bernam,dan negeri Krian. …Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing,keseluruhan kerajaan merujuk kepada negeri dengan segala jajahan takluknya. Konsep Kerajaan dan negeri pada zaman penjajahan …Penjajahan kuasa barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional. …Setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu,British mulai merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. …British menetapkan...
Words: 1776 - Pages: 8
...[pic] Tun Abdul Razak dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau juga merupakan keturunan bangsawan yang selama ini menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Tun Hussein Onn juga merupakan abang ipar kepada beliau serta berperanan untuk menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir. Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswauntuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan...
Words: 1337 - Pages: 6
...BRAWIJAYA MALANG 2014 HALAMAN PENGESAHAN USULAN LKTI NASIONAL SELF XI 2014 1. Judul Kegiatan : Optimalisasi Waqaf Tunai melalui peranSATRIA (SafetyTriangle of Stakeholders) sebagai Upaya Peningkatan DayaSaingUMKM yang Berkelanjutan di Indonesia (Studi KasusUMKM Sentra Industri Keramik Dinoyo, Malang) 2. Ketua Pelaksana Kegiatan a) Nama Lengkap : Aji Nur Afifatul Hasna b) NIM : 125020300111060 c) Jurusan : Akuntansi d) Universitas : UniversitasBrawijaya e) AlamatRumah dan No Tel/HP : Perum Persada Bhayangkara Singashai Blok N-16 Malang/085755500645 f) Alamat email :ajinurafifatul@gmail.com 3. AnggotaPelaksanaKegiatan : 2 orang 4. DosenPendamping a) Namalengkap dan gelar :AchmadZaky, SE.,MSA.,Ak. b) NIP : 19841024 201012 1 003 c) AlamatRumah dan No tel,/ HP : Tata surya II/7 Malang/ 081805081000 Malang, 13 April 2014 Ketua Pelaksana Kegiatan (Aji Nur Afifatul Hasna)NIM. 125020300111060 | Dosen Pendamping(AchmadZaky, SE.,MSA.,Ak.)NIP. 19841024 201012 1 003 | | | Pembantu Dekan Bidang KemahasiswaanFakultas Ekonomi dan Bisnis (Fatchur Rohman, SE., Msi., Dr)NIP. 19610121 1986011 002 | | DAFTAR ISI HALAMAN JUDUL | | HALAMAN PENGESAHAN …………………………………………………. | i | DAFTAR ISI……………………………………………………………………. | ii | ABSTRAK ……………………………………………………………………… | iii | BAB I PENDAHULUAN | | 1.1 Latar Belakang …………………………………………………………….. | 1 | 1.2 Rumusan Masalah …………………………………………………………. | 4 | 1.3 Tujuan Penulisan……………………………………………………………...
Words: 6947 - Pages: 28