Free Essay

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

In:

Submitted By jamalia
Words 683
Pages 3
Hikayat cinta si pematah hati...
PROLOG
Pokok-pokok besar di kawasan tanah perkuburan bergoyang ditiup angin. Dedaaun gugur yang berlaga membentuk bunyi desiran halus.
“hari dah nak hujan, pak imam. Bacaan talkin pun dah selesai. Saya rasa eloklah kita semua bersurai. Lagipun saya esiankan anak perempuan arwah yang dari tadi tak berhenti menangis. Saya hairan sungguh! Ke mana pergi ayah budak-budak ni? Warisnya pula tak ada ke yang datang? Setahu saya, arwah ni baik sangat orangnya walaupun dia baru saja berpindah ke kampung kita ni,” keluh Tuk Siak. Sesekali dia memerhatikan remaja lelaki yang masih duduk menghadap kubur arwah ibunya iitu. Kasihan! Beberapa orang jiran kampung yang hadir sudah mula beransur pulang.
“saya pun hairan... tapi Pak Majid cakap, Arwah Zahara ni memang tak ada saudara mara di sini sebab dia muallaf. Asalnya pun dari Eropah sana, dah tentulah saudara maranya jauh...”
“kalau ya pun, mana ayah budak berdua ni? Takkanlah tak datang berziarah walaupun dah bercerai dengan arwah. Saya kasihan dengan mereka berdua ni.” Dia tahu benar yang Zahara ibu tunggal. Tapi satu kampung kagum dengan kejayaan wanita itu dalam bidang perniagaan. Seorang yang dermawan dan lemah lembut sekalipun baru setahun di kampung itu. Dia tidak faham kenapa wanita sebaik arwah ditinggalkan oleh suaminya.
“kata Majidd, ayah budak-budak ni bercuti ke luar negara dengan keluarga satu lagi...” jawab Pak Imam.
“oh... patutlah...”
“eh, dah hujan ni...” Pak Imam sudah merasai rintik hujan mengenai batang tubuhnya.
“marilah imam, kita balik... saya pun nak suruh Majid bawa anak-anak bekas majikan dia ni balik ke rumah.” Tuk siak sduaha bergegas mendapatkan Majid yang sedang bersalaman dengan jiran-jiran yang beransur pulang.
“majid! Kau bawa anak-anak arwah balik... dah hujan ni!” arahnya.
“yalah... Rayyan! Valqis! Mari kita balik, nak...” ajak Majid. Dari dulu dia telah bekerja dengan keluarga arwah Zahara sebagai pemandu kereta. Sebelum anak-anak itu dilahirkan lagi.
Majid menyentuh bahu Rayyan bila anak itu masih setia di hadapan kuburan arwah ibunya.
“Rayyan, mari nak...” pujuk pak Majid. Dia faham kesedihan dalam hati anak itu. Dia tahu Rayyan terlalu sedih kerana satu-satunya ibu yang paling disayangi sudah tiada lagi.
“Saya nak teman ibu kat sini” ada air mata yang mengalir di pipi Rayyan. Tangan pak Majid yang menyentuhnya ditepis.
“jangan macam ni Rayyan... kasihan adik ni, kalau kena hujan nanti demam. Siapa yang nak jaga adik sekarang, kalau buka Rayyan.” Kata-kata Pak Majid itu membuatkannya bertambah sedih. Siapa lagi? Memang benarlah hakikat bahawa mama sudah tiada lagi. Siapa lagi yang akan menjaga dai dan adik bila sakit? Siapa yang akan memasak dan menguruskan pakaiannya? Sungguh dia rasa terlalu sedih dan ammhu saja dia menggali tanah kubur itu supaya mamanya bangun. Tapi apakan daya, kerana hakikat itu terlalu perit untuk diterima. Mama!!!
“Pak Majid bawa adik masuk dalam kereta...” arahnya. Air mata diseka beberap kali tapi dia masih tidak berdaya menghentikan air mata itu dari terus mengalir. Direnung wajah adiknya yang sedih. Kasihan Valqis!
“Rayyan macam mana?”
“Biar aje saya kat sini. Basah pun tak apa. Saya tak peduli.”
“Yalah...tapi jangan lama-lama ya? Nanti marah pula ayah Rayyan pada Pak Majid.” Majid mendukung V dan segera dia membawa anak itu masuk ke dalam kereta. Suasana di tanah perkuburan semakin gelap. Hanya R sendirian di situ.
“Huh, papa...” terdengar dengusan kasar tatkala pak Majid mengingatkannya tentang papa. Waktu mama pergi pun papa tak ada...
Rayyan memejamkan mata. Kenapa papa begitu kejam terhadap mama? Dia benci, marah, sakit hati pada lelaki itu sekalipun dia tahu sebagai seorang anak tidak selayaknya dia bersikap begitu. Siapalah yang mahu memahami rasa kecewa yang sedang ditanggungnya? Bahagia yang dia harapkan dalam keluarganya hanya seketika... dan selebihnya penderitaan yang perlu dia tanggung.
“sampai bila-bila mama... abang takkan lupa apa yang papa buat pada mama. Abanga takkan lupa apa yang perempuan tu buat pada keluarga kita.” Dia menangis sambil menggenggam tanah yang masih merah itu.
“mama... abang terpaksa pergi, tapi mama jangan risau sendirian di sana. Abang janji hari-hari abang akan titipkan doa untuk mama.”
Rayyan menyeka mata yang sudah bercampur dengan hujan. Sebelum pergi, dia memandang lama kuburan mamanya yang dibasahi hujan.

Similar Documents