Free Essay

Isu Hantaran

In:

Submitted By ktiejah
Words 702
Pages 3
Isu Hantaran by Ikhtiar on June 5, 2012

Kos Hantaran
Ini bukan isu baru, tetapi makin ramai pula yang berkongsi keratan akhbar mengenai kadar hantaran mengikut kelulusan. Saya hanya mampu tersenyum. Kalau lihat pada kadar hantaran serius memang membujanglah lelaki sampai ke tua.Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama anda.
Ketika itu saya baru sahaja selesai kelas al-Quran dengan ustazah. Tiba-tiba ustazah memanggil salah seorang sahabat saya yang ketika itu dia sedang berjalan melintasi halaqah kami.Sengaja ustazah panggil untuk bertanyakan tentang pengalamannya ketika majlis perkahwinan. Ketika itu kami saling tertawa senyum.
Terlintas di hati untuk bertanya tentang kos hantaran kepada ustazah.“Ustazah kahwin dulu berapa ribu hantaran?” Soal saya. Tetapi ustazah diam tersenyum. Sehingga rakan-rakan lain beredar, ustazah membuka cerita. “Perkahwinan kami simple ikhtiar. Tak ada bertunang, terus kahwin. Kenal pun sekejap”.“Hantaran?”“Tak ada hantaran, beri mas kahwin ikut negeri.” Balas ustazah. Mendengar jawapan itu, saya terkedu seketika.Seorang wanita yang berkelulusan sarjana, dan kini sedang dalam proses menyambung PhD. Seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Cukuplah yang boleh saya katakan dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita solehah. Kini mereka kekal bahagia sehingga sekarang. Alhamdulillah.
Itu cerita kos hantaran. Tidak ada ertinya jika mahu mengulas lagi kerana para asatizah sudah mengulas mengenai tingginya hantaran perkahwinan. Namun usah disalahanggap bahawa hantaran dan mahar itu adalah sama.Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib.Namun persoalannya mengapa kos hantaran kini terlalu tinggi?
Kesimpulan Isu yang pertama, berbaliklah kepada tujuan yang asal. Tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Anggap ia satu pemberian hadiah, bukan satu kewajipan. Mahar yang penting

PINJAMAN PERIBADI UTK KENDURI PERKAHWINAN?

Mari kita kongsi bersama masalah di bawah ini sebagai iktibar…

SAYA gadis berusia 24 tahun dan bertunang hampir setahun lalu. Tunang saya berusia 26 tahun. Kami ingin mendirikan rumah tangga secepat mungkin bagi mengelak perkara mungkar.

Namun masalah kewangan membelenggu kami. Status kewangan masing-masing tidak stabil, menyebabkan kami tidak yakin akan berkahwin dalam tempoh terdekat.
Setiap kali merancang menyimpan bagi tujuan itu, pasti ada masalah timbul. Antaranya duit yang diperuntukkan untuk belanja kahwin terpaksa dibelanjakan bagi tujuan lain. Malah lebih membebankan kami ialah keluarga kami merancang melangsungkan majlis pernikahan kami tahun depan. Sesungguhnya ini memberi tekanan lagi kepada kami kerana tempoh setahun adalah terlalu singkat.

Lebih tertekan, saya dan tunang terpaksa berdepan konflik keluarga tunang. Keluarganya kini bergolak gara-gara ayahnya mahu berkahwin lagi. Saya simpati dengan tunang yang kelihatan tertekan dan dia masih mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan.
Manakala keluarga saya pula tidak memahami kedudukan kewangan saya. Adik beradik mengatakan saya terlalu bergantung kepada ibu (ibu tunggal). Ibu pula mengharap saya balik kampung setiap minggu, sedangkan perbelanjaan berulang alik memakan belanja besar.
Saya pun tidak mahu menyusahkan ibu, kadangkala kami terfikir adakah rezeki yang kami dapat ini tidak diberkati Allah SWT.

Saya bukan terdesak untuk berkahwin tetapi yang menjadi kebimbangan ialah saya khuatir gagal mengawal nafsu duniawi.
Jalan penyelesaian adalah mengambil pinjaman peribadi. Perlukah saya mengambil pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan?

KESIMPULAN
Keutamaan perkahwinan adalah pada rukunnya dalam mengesahkan ikatan halal antara perempuan dan lelaki. Majlis kenduri serta belanja kahwin hanya sunat dan tuntutan adat.
Ikatan perkahwinan perlu suci daripada segala anasir yang boleh dikatakan ‘tidak baik’ kerana ia boleh memberi kesan kepada ikatan itu sama ada bahagia atau cacamerba. Bagi Dang Setia, hutang itu bukan ‘perkara baik’ kerana ia boleh memberi kesan dan bebanan kepada adik dan tunang.
Kebimbangan Dang Setia berasas kerana Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut turut meluahkan kebimbangan sama dengan mengatakan ‘trend kahwin hutang’ dikhuatiri menyebabkan sesebuah perkahwinan menjadi tidak berkat yang akhirnya membawa kepada perceraian.
Dalam melangsungkan perkahwinan, lebih memadai belanja mengikut kemampuan dan jangan melampaui batasan. Sebagai contoh, adik boleh renung pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah (kenduri kahwin) yang dilakukan beliau di mana Rasulullah menghadirinya, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya.
Ia bermakna, majlis kenduri kahwin hanya sebagai tanda hebahan kepada masyarakat satu ikatan pernikahan sudah berlangsung dalam keluarga dan biarlah ia dalam kesederhanaan dan bukan menjadi bebanan.
Adik tidak perlu bimbang jika sedia melangsungkan perkahwinan tanpa memerlukan belanja besar.
Paling penting, adik perlu memikirkan kehidupan selepas berkahwin berbanding majlis perkahwinan. Dengan berfikir demikian, adik sekurang-kurangnya tidak tertekan dan boleh merancang dengan baik

Similar Documents

Free Essay

Fiqal Language Lala

...1.0 PENGENALAN Perundingan bermaksud mesyuarat atau perbincangan. Perundingan dilakukan bagi mendapatkan sesuatu benda atau kemahuan seseorang dari pihak lain walaupun menggunakan perlbagai cara untuk memenuhinya. Perundingan melibatkan perbincangan dengan dua atau lebih individu melalui perjanjian berdasarkan kemahuan atau matlamat sesuatu pihak bagi mengatasi masalah yang timbul. Perundingan juga merupakan tahap awal dalam sesuatu proses perjanjian. Perundingan dilakukan antara pihak mengenai sesuatu perkara sebelum melaksanakan perjanjian. Perbincangan pula merupakan proses berinteraksi secara bersemuka antara manusia untuk bertukar-tukar idea, membincangkan atau menyelesaikan sesuatu masalah, menjawab persoalan, mengukuh serta meningkatkan kefahaman seseorang. Asmah (2000: 1) menyatakan perbincangan merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan adanya usaha mempertahankan, meyokong atau menentang sesuatu matlumat. Perundingan ini melibatkan satu proses komunikasi yang rumit melibatkan pelbagai perlakuan perunding seperti, sistem saraf dalam tubuh badan manusia. Urat-urat saraf ini akan bermasalah apabila berlakunya hentakkan yang kuat pada sesuatu bahagian tersebut. Oleh itu, pengendalian komunikasi yang bagus harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian supaya memastikan perundingan ini berjalan dengan lancar. Rundingan penting apabila satu pihak memerlukan persetujuan daripada pihak lain bagi mencapai sasaran atau matlamat dalam sesuatu perundingan. Objektif dalam perundingan...

Words: 3703 - Pages: 15

Free Essay

Economic Report of Malaysia

...Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 2-18 6-7 10-15 18-36 37-42 42-50 50-70 65-68 70-72 Tinjauan Keseluruhan Rencana: Keluaran Potensi Ekonomi Malaysia Rencana: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kajian Mengikut Sektor Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan. Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang. ...

Words: 39597 - Pages: 159

Free Essay

Akpk

...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...

Words: 18840 - Pages: 76

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517