Servis dua lantunan merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada hakikat bahawa jika bola ping pong dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali pada permukaan meja sebelah pihak lawan.
Servis dua lantunan ini dicapai dapat dicapai dengan mengikut beberapa peraturan. Mula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan belakang dengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga akan berlaku pada titik yang sama. Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul pada satu titik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada aras 15cm. Memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan lebihan lantunan pada servis dan memberi peluang kepada pihak lawan membuat pukulan smash.
Faedah menggunakan servis dua lantunan:
Adalah sukar bagi pihak lawan untuk menolaknya secara pendek
Jika pihak lawan berjaya juga menolakkan bola ping pong secara panjang atau menguis bola tersebut, susut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil. Ini memungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untuk menjangka arah bola yang ingin dikembalikan.
Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk menentukan adakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan putaran atas atau adakah ia terlalu pendek dan harus ditolak.
SERVIS JARAK JAUH (LONG SERVIS)
Perbezaan-perbezaan taktikal yang utama di antara servis panjang dan pendek adalah seperti berikut:
Bola mesti dipukul pada lebih kurang 10 cm lebih tinggi daripada ketinggian meja.
Lantunan pada sebelah meja kita perlu berada agak hampir dengan garisan belakang.
Bet perlu bergerak pantas seperti semasa dalam servis dua lantunan kecuali tenaga dan lantunan yang kita arahkan adalah hala terus melalui bola dan bukan menyeberanginya.
Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjuru mata kita dan pihak lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan mendadak pada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan yang lemah yang mana boleh memanfaatkan kita.