Pergelangan tangan Profesor Zaidah terseliuh dalam kemalangan semalam apabila kenderaan pcuan empat roda mengalami masalah brek ketika menuruni bukit. Dr Zawawi mengusulkan agar projek cari gali ini ditangguhkan buat sementara kerana khuatir kejadian itu melemahkan semangat pelajar dan seolah-olah sudah dirancang sama ada oleh pencari emas, peneroka balak, atau suku orang Asli Semai. Profesor Zaibah kecewa dengan cadangan Dr. Zawawi supaya menangguhkan projek arkeologi itu kerana menganggap kejadian tersebut sebagai suratan takdir. Bapa Atai, iaitu Ludin merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan daun dan belahan buluh. Malique dan O’Hara menunggu ketibaan Roslan di Stesen Dahan Hijau. Roslan menjelaskan punca kelewatannya, iaitu berlaku kekecohan di kem cari gali emas. Roslan juga menceritakan perkembangan yang berlaku di Desa Karpus. Amira bertanya kepada Itai tentang ubat-ubatan yang digunakan oleh bapanya untuk menyembuhkan tangan ibunya, sebaliknya Itai lebih mengagumi kandungan ensiklopedia. Tiba-tiba Amira teringat bahawa itai merupakan pemenang tempat kedua dalam pertandingan pameran Saintis Muda 2002. Tau terkenang akan kisah silamnya. Lelaki Kulit putih yang berada di kem cari gali emas itu telah mengembalikan nostalgia Tau.Roslan bimbang jika pekerja baharu yang mencetuskan pergaduhan di kem akan mencarinya kerana membongkarkan rahsia tersebut. Malique cuba menenangkan Roslan dengan meminta dia menolongnya memasukkan makmulat-maklumat yang telah dikumpulkan ke dalam computer.Malique memutuskan untuk berjumpa dengan Amira bagi mengetahui punca Amira hanyut dan kemalangan yang melibatkan Profesor Zaibah keesokan harinya. Ludin membuat lawatan susulan untuk memeriksa pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh. Profesor Zaidah menunjukkan tulang karpus yang telah ditemukan kepada Ludin. Ludin berminat dengan penemuan tersebut kerana bahan buku itu akan menggagalkan projek cari gali emas dan menyelamatkan hutan itu daripada pembalakan dan kawasan itu akan dijadikan kawasan larangan. Itai pula mengajak Amira mengutip emas bagi memujuk Jacinta yang berkecil hati apabila dia bertanya tentang percutiannya. Malique ke tapak arkeologi itu untuk bertemu dengan Amira, tetapi Amira telah keluar bersame dengan Itai.