Free Essay

Kepentingan Makanan Berkhasiat

In:

Submitted By farhana17
Words 1203
Pages 5
Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Similar Documents

Free Essay

Year

...1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Makanan adalah keperluan asas bagi setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini. Makanan yang dimakan perlulah berkualiti dan diambil dengan cara pemakanan yang betul. Menurut Azimuth (2008) seseorang akan menjadi tidak sihat jika mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. Mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrisi akan membantu menyihatkan tubuh badan. Bagi memastikan sektor pendidikan negara terus bergerak dan berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain, salah satu elemen yang penting adalah keperluan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan produktif bagi memenuhi keperluan negara. Kualiti pelajar yang lahir pula dipengaruhi oleh amalan pemakanan selain daripada kemudahan pembelajaran, kesungguhan pelajar sendiri, keberkesanan guru yang mengajar dan persekitaran yang merangsang pembelajaran. Jelas, amalan pemakanan mempengaruhi tahap kesihatan badan yang memerlukan bekalan nutrien yang seimbang agar ia kekal sihat. Banyak nutrien yang diperoleh melalui makanan, di antaranya ialah vitamin, mineral, protein dan karbohidrat. Makanan berfungsi sebagai bahan api bagi membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian serta membolehkan sistem-sistem di dalam badan berfungsi dengan sempurna. Sebaliknya amalan dan corak pemakanan yang tidak sihat akan memberi ancaman serius kepada kesihatan fizikal dan mental manusia. Kanak-kanak menghabiskan masa hampir satu pertiga waktu dalam sehari di...

Words: 8220 - Pages: 33

Free Essay

Fgdhghd

...CIKGUJANA IBRAHIM - ESEI-ESEI TERBAIK PELAJAR-PELAJAR BAHASA MELAYU SPM Wednesday, July 1, 2009 PERANAN IBU BAPA Soalan : Peranan keluarga dalam pembangunan modal insan. Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini, negara Malaysia kini sedang pesat membangun dari sehari ke sehari. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong pembangunan ini? Sebenarnya, pembangunan negara adalah sejajar dengan pembangunan modal insan kelas pertama yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal insan ini lahir daripada generasi muda kita yang berwawasan tinggi. Generasi yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti dinamik, proaktif, beriltizam dan berdaya saing. Tetapi apakah pula rahsia pembentukan generasi berwawasan yang mendukung pembangunan modal insan di negara ini? Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk dipikul demi merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.Generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Mereka mesti menyediakan diri dengan ciri-ciri kepimpinan dan memantapkan ilmu serta kemahiran. Di sini jugalah keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk memimpin tangan dan membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara yang paling efektif sekali. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap anak-anak kerana segala perbuatan dan tingkah...

Words: 8683 - Pages: 35

Free Essay

Target Market

...SEJARAH PENUBUHAN DUTCH LADY Tahun 1954 Selepas Perang Dunia Kedua, susu pekat manis diimport secara borong dari syarikat induk di Belanda melalui pengimport-pengimport dan pemborong-pemborong tempatan. Sebuah syarikat perdagangan Friesland (Malaya) Pte Ltd yang berpusat di Singapura telah ditubuhkan untuk memasarkan susu pekat manis yang diimport dari Belanda di Tanah Melayu dan Singapura. Beberapa jenama diimport, termasuklah jenama Dutch Baby. Tahun 1963 Pacific Milk Industries (Malaya) Sdn Bhd telah diperbadankan di Malaysia dengan tugasannya sebagai kilang susu pekat manis di Petaling Jaya. Tapak kilang ini ialah kemudahan pengilangan luar negara yang pertama bagi syarikat induknya. Tahun 1965 Kilang telah memulakan operasi dan mula menghasilkan susu pekat manis. Tahun 1968 Pacific Milk Industries (Malaya) telah ditukar menjadi syarikat awam dan merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan Singapura. Tahun 1975 Nama syarikat ditukar dari Pacific Milk Industries Berhad ke Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad untuk mengelakkan kekeliruan dalam perdagangan dan pasaran mengenai nama syarikat dan produk utamanya : Susu Pekat Manis Dutch Baby. Tahun 1979 Minuman buah –buahan berjenama “JOY” telah diperkenalkan. Tahun 1983 Pengilangan Susu Steril dalam botol plastik dimulakan. Tahun 1984 Jenama telah ditukarkan dari “Dutch Baby” ke :Dutch Lady” untuk tujuan peletakan produk. Tahun 1985 Sebuah bangunan...

Words: 2198 - Pages: 9

Free Essay

Karangan Spm

...2011 SPM KARANGAN - EXTRA! Karangan 1 SOALAN : Program realiti yang banyak ke udara di kaca-kaca televisyen sebenarnya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Huraikan pernyataan ini. Program Realiti Televisyen Pengenalan Program realiti yang banyak di kaca televisyen telah menjadi kegilaan para remaja untuk menyertainya. - sanggup berbaris dari awal pagi untuk sesi saringan - mencuba nasib menjadi penyanyi yang terkenal - Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan pelbagai lagi. Idea-idea Utama Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui program ini. - realitinya ramai yang tidak berjaya - persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi - sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar. - jualan album tidak sebanyak mana - konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar - masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja terutama pelajar sekolah. - menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini - tidak mengulang kaji pelajaran di rumah - prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka Program ini juga banyak menghabiskan wang para remaja. - terlalu taksub dalam menyokong seseorang pelajar yang diminati - menghabiskan beratus-ratus ringgit melalui sistem pesanan...

Words: 3226 - Pages: 13

Free Essay

Asian Manners

...Tema 1 : Masyarakat tempatan 1.2 Hukum adat, peraturan, dan undang-undang yang diamalkan oleh setiap negara - Bentuk, peranan, dan pelaksanaannya Pendahuluan Hukum adat merupakan undang-undang lisan yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain melalui pertuturan. Hukum adat merupakan undang-undang awal yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara di Asia. Hukum adat telah lama diamalkan oleh masyarakat tempatan di negara-negara Asia sebelum kedatangan Barat. Mengikut sejarah, hukum adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan kebiasaan sesuatu masyarakat. Adat ini diamalkan secara turun temurun sehingga akhirnya berubah menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi. Hal ini menyebabkan hukum adat juga dikenali sebagai resam. Hukum adat di negara-negara Asia menjadi : a) peraturan bagi mengawal tingkah laku dan perlakuan anggota masyarakat b) panduan kepada sesuatu masyarakat untuk mengekalkan keharmonian dan keadilan c) panduan menjamin keamanan semua anggota masyarakat dalam sesebuah negara d) panduan membentuk sistem nilai yang akan membentuk keperibadian sesuatu masyarakat seperti amalan berkeluarga, bersosial, sistem ekonomi, dan sebagainya e) simbol keseimbangan di antara manusia dengan manusia dan di antara manusia dengan alam untuk memastikan keseimbangan itu akan berterusan agar tidak berlaku kemusnahan alam yang akan menimbulkan malapetaka terhadap manusia f) panduan membentuk hubungan...

Words: 3312 - Pages: 14

Free Essay

Green

...Sulistyowati PKMK Pemanfaatan Potensi Jambu Mete secara Terpadu dan Pengolahannya sebagai Abon Karmelin (Karamel Bromelin) : Pelunak Aneka Jenis Daging Dari Limbah Nanas Yang Ramah Lingkungan, Higienis Dan Praktis PUDING“BALECI”( KERES) MAKANAN BERSERATANTI ASAM URAT 5 Achmad PKMK Zainunddin Zulfi 6 Dian Kartika Sari PKMK 7 Radita Sandia PKMK Selonot Sehat (S2) Diit untuk Penderita Diabetes 8 AKADEMI PEREKAM Agustina MEDIK & INFO KES Wulandari CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Anton Sulistya CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Eka Mariyana MEDIK & INFO KES Safitri CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Ferlina Hastuti CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Nindita Rin MEDIK & INFO KES Prasetyo D CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Sri Rahayu CITRA MEDIKA AKADEMI PERIKANAN YOGYAKARTA PKMK Kasubi Wingko Kaya Akan Karbohidrat yang Menyehatkan 9 PKMK Pemanfaatan Limbah Kayu Sebagai Bahan Utama Membuat Sangkar Burung Sekaligus Mengurangi Pemanasan Global Di Klaten Jawa Tengah Bolu Kulit Pisang Sebagai Peluang Usaha Mahasiswa APIKES Citra Medika Surakarta 10 PKMK 11 PKMK Tempe Lamtoro Kaya Gizi Sebagai Lauk 12 PKMK Rainbow Casava Nugget Alternatif Makanan Kaya Serat dan Gizi 13...

Words: 159309 - Pages: 638