Free Essay

Kepentingan Menuntut Ilmu

In:

Submitted By ijah
Words 2932
Pages 12
Pengenalan

Menurut Abd al-jabbar ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jika bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku. Ini bermakna, ketepatan maklumat selaras dengan realiti itulah yang dikatakan ilmu. Prof. Abdullah Hassan, seorang tokoh akademik memberikan definisi ilmu sebagai apa-apa sahaja yang bererti , bernilai dan berguna. Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian (dalam perkara dunia, akihrat , zahir, batin dan lain-lain). Ilmu merupakan pelengkap kepada kebijaksanaan manusia dalam melakukan tindakan. Ilmu akan meningkatkan darjat (martabat) kebijaksanaan seseorang diperingkat individu, masyarakat, negara dan seterusnya memberikan dampak kepada proses pembinaan sesuatu tamadun manusia. Oleh yang demikian, konsep ilmu Islam amat ketara perbezaannya dengan konsep ilmu-ilmu lain. Ilmu Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, iaitu ketuhanan (Rabbaniyah), terbuka dan global.

Soalan Esei -Kemukan pandangan tentang ilmu dan kepentingannya kepada kehidupan muslim masa kini.

Setiap manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk lain.Ketika manusia dijadikan, Allah meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk Allah lain. Oleh itu, kita sewajarnya mensyukuri anugerah yang diberikan Allah dan seharusnya dipergunakan dengan sebaik-baiknya demi mempertingkatkan kedudukan kita di sisi Allah. Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagai bentuk teknologi yng memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan. Di dalam memelihara kemurniaan dan kesihatan akal, setiap individu harus menyedari bahawa anugerah Allah amat berharga itu tidak akan berguna andainya tidak disusuli oleh amalan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga dan memelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah menuntut dan menguasai ilmu. Kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam dijelaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud “mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah”(Hadis riwayat Ibn ‘Adiyy, Al-Bayhaqi dan Al-Tabarani). Bertitik tolak daripada inilah, kita berkewajipan untuk terus memelihara akal kita dan menuntut ilmu. Sebagai hamba Allah, kita tidak seharusnya berhenti menuntut ilmu selagi masih bernafas dan menyedut udara segar kurniaan Allah. Allah mewajibkan setiap mulim supaya terus menuntut ilmu. Sebagai bonusnya Allah memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka ini. Hal ini dapat dilihat dalam kalangan masyarakat hari ini. Mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang akan dihormati dan diberikan kemuliaan di tengah masyarakat. Kadangkala, mereka juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap malah pemimpin dalam sesuatu perkara. Ilmu umpama air mengalir dari gunung ke lembah, tadahlah dengan hati yang merendah kepada Allah. Bagi orang yang beriman, semakin tinggi ilmu yang diperoleh akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin taat kepada Tuhannya. Firman Allah bermaksud “sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama (orang yang berilmu)” dari (Surah Al-Fathir: 28). Daripada maksud ayat itu, dapat kita fahami bahawa ketaatan manusia kepada sesuatu adalah berasaskan kefahaman dan penghayatan kepada perkara tersebut. Justeru, ketaatan serta penghayatan tersebut tidak dapat diperoleh melainkan dia berilmu. Sesungguhnya orang yang berilmu bukan sahaja dihormati dan dikasihi oleh manusia tetapi juga oleh malaikat bahkan oleh seluruh makhluk di dunia ini. Perkara ini dapat dibuktikan oleh nas dan dalil-dali al-Quran dan Hadis yang begitu banyak memperkatakan kelebihan orang yang berilmu. Secara umumnya, kita perlu menyedari bahawa ilmu yang dimaksudkan bukanlah terhad terhadap kepada ilmu yang berkaitan akhirat atau biasa disebut sebagai ilmu agama. Secara sedar atau tidak, semua ilmu yang terdapat hari ini sama ada mencakupi ilmu dunia atau akhirat, kedua-duanya adalah sunnah kepada manusia untuk mempelajari dan menguasainya.
Tuntutlah ilmu sampai ke Negara China merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sesuatu maklumat yang diperoleh melalui pelbagai sumber. Antara sumber untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan adalah daripada media cetak elektronik. Ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai kepentingan kepada kehidupan umat islam masa kini. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah seseorang dapat mengetahui ilmu dalam pelbagai bidang ilmu yang dipelajari. Hal ini demikian kerana merka dapat mengetahui pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi , sastera dan kejuruteraan. Ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Sudah terang lagikan bersuluh seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari. Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan juga boleh menjamin masa hadapan yang cemerlang. Jika seorang muslim bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan. Sebagai contoh, mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan islam, mereka dapat mengetahui sejarah kejayaan seorang tokoh islam yang tersohor. Secara tidak langsung mereka akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita. Seterusnya, seseorang mampu menyelesaikan masalah jika mampu mereka memiliki pengetahuan yang berguna. Dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah. Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah dengan berkesan, mereka mempunyai ilmu agama yang tinggi, mereka akan dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburu-buru. Oleh itu kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai jika kita mempunyai ilmu pengetahuan. Selain itu, ilmu pengetahuan juga alat bagi mancapai tahap keimanan sempurna dan pengukur ketakwaan seseorang kepada pencipta-Nya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi. Seseorang muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketakwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat”(Surahh Al-Mujadalah ayat 11). Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dalam kalangan manusia. Dengan memililki ilmu pengetahuan, kita juga boleh menjadi umat islam yang memiliki sahsiah terpuji. Hal ini demikian kerana kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki. Sebagai contoh, seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelejari dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang boleh diamalkan ialah saling menghormati , bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai. Oleh yang demikian, modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan. Hasrat ini perlu direalisasikan agar rakyat dapat menyumbang ke arah kemajuan negara menjelang tahun 2020 selaras dengan matlamat wawasan 2020 . Seorang muslim secara tidak langsung dapat memperbaiki diri dengan menuntut ilmu. “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalnnya” (Surah Al-Ankabut 29:69). Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat memperbaiki diri. Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih tinggi dari sebelumnya. Bagi seorang pelajar yang kurang bernasib baik, dia mampu mengubah taraf kehidupan diri dan keluarganya dengan mendapatkan pendidikan. Hanya melalui pendidikan sahajalah yang mampu mengeluarkan seseorang itu daripada kecimpung kemiskinan dan menjanjikan masa depan yang cerah. Di samping itu, ilmu mampu menjadi panduan untuk kita berfikir dengan adil. Berfikir bermaksud menggunakan akal dalam menyelesaikan sesuatu, manakla adil pula bermaksud meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempatnya. Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada tempatnya. “Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” (Surah Yunus 10:35-36) Kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan yang lebih baik, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Contohnya ialah mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah, mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti memilih beramal dengan sedikit tetapi berterusan daripada beramal dengamn banyak tetapi setahun sekali dan mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa kerana biasanya orang yang tidak meninggalkan solat pasti berpuasa (yang berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud “ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut 29:45). Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah akan menjadi benteng mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan duniawi. Seorang yang berilmu akan mengambil pengajaran terhadap pengalaman orang lain kerana sedar bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk menempuh semua pengalaman. Oleh itu, orang berilmu jua lah yang mengenal antara kaca dan permata lantas membuang kaca tersebut iaitu menjauhi segala perkara yang dilarang syariat dan perbuatan yang tidak memberikan manfaat. Ilmu juga berperanan menghidupkan hati orang muslim. Ibnu Qayim mengatakan bahawa sesungguhnya hati itu terancam mendapatkan dua penyakit iaitu syubhat dan syahwat, jika hati itu menjangkitinya maka hati mati kerananya. Semua penyakit ini penyebabnya adalah kebodohan dan ubatnya adalah ilmu. Di dalam Al Muwattok karya Imam Malik disebutkan bahawa Luqman berkata kepada anaknya “Wahai anakku duduklah kamu bersama para ulama dan dekatilah mereka dengan kedua lututmu (bergaul dengan mereka). Maka sesungguhnya Allah Subhana wa Ta’ala menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana menghidupkan (menyuburkan) bumi dengan hujan yang deras (Kitab Al Imu Fadluhu wa Syarfuhu hal 228). Oleh kerana itu, keperluan hati manusia terhadap cahaya ilmu merupakan keperluan yang mendesak. Sebagaimana keperluan bumi terhadap turunnya hujan tatkala terjadi kekeringan dan kemarau. Maka ilmu merupakan mutiara yang sangat berharga bagi setiap muslim. Dengan ilmu jiwa-jiwa mereka akan mati apabila tidak dibekali dengan ilmu. Sebahagian orang-orang arif berkata “Bukankah orang yang sakit akan mati tatkala tercegah daripada makanan, minuman dan ubat-ubatan? Maka dijawab “Tentu saja,” Mereka mengatakan “Demikian pula halnya dengan hati jika terhalang dari limu dan hikmah mereka akan mati.” Maka tepat jika dikatakan bahawa ilmu merupakan makanan dan minuman hati, serta penyembuh jiwa kerana kehidupan hati bersandar kepada ilmu. Maka apabila ilmu telah sirna dari hati seseorang bererti hakikatnya dia telah mati. Akan tetapi dia tidak merasakan kematian tersebut. Orang yang hatinya telah mati ibarat seorang pemabuk yang hilang akalnya (disebabkan maksiat yang dia lakukan) (Kitab Al Ilmu Fadhluhu wa Syarfuhu hal 144-145). Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan di akhirat. Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala nikmat-Nya. Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah dan kategorinya; dan dengan ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan; dan dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat. Lantaran itu, kita wajib bersyukur atas nikmat akal dan ilmu pengetahuan. “Allah memberikan nikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan nikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya” (Surah Al-Baqarah 2:269) Ilmu juga berperanan bagi menegakkan agama Islam. “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga- jaga (daripada melakukan larangan Allah)” (Surah At-Taubah 9:122). Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan menjauhi larangan-Nya, melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan cara; melalui umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan, mampu memerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi. Turut merangkumi aspek pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah 9:122) sebagai dua tugas yang berpadu. Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walaubagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam. Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan agama Islam? Di sini kita lihat dari segi faktor semasa sahaja. Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah. Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa sehingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah bagi pengursan jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah. Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu anataranya adalah ahli tafsir, ushawan, akauntan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, pakar ekonomi, pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kita sebelum ini. Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara mudah dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang. Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati orang Islam? Apalagi agama Islam itu sendiri. Firman Allah bermaksud “Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah dalam kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana” (Surah Al-Zumar ayat 9). Tentulah tidak sama antara orang yang pakar dan tidak pakar. Perkataan orang yang pakar lebih dipercayai. Contohnya, dalam bidang pembangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh binaan? Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya. Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh. Dengan ilmu, sebagai seorang muslim kita boleh menjalankan ibadah secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama, kajian yang dibuat mendapati menuntut ilmu bukan sahaja untuk bersaing dengan ilmuwan yang ada, bukan berbahas demi memperoleh kemenangan dan bukan untuk menjadi masyhur tetapi hanyalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Satu peringatan keras daripada Rasulullah SAW, sabda baginda SAW bermaksud “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Niat menuntut ilmu juga penting kerana jika tujuan mendalami sesuatu bidang tidak bagi mencapai keredhaan Allah, maka rugi di dunia apatah lagi di akhirat. Konsep budaya ilmu yang perlu diterapkan dalam kehidupan muslim adalah ilmu yang dipelajari perlu disertakan denan amalan. Saidina Ali pernah berkata “Ilmu diiringi dengan perbuatan.Barang siapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia menjawabnya, maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi darinya.” Sebagaimana kata-kata cerdik pandai Arab “ilmu tanpa amalan ibarat pohon tanpa buah’. Melalui pepatah ini menggambarkan kerugian yang amat besar bagi seseorang yang berilmu tetapi hanya menjadi perhiasan tanpa untuk diamalkan. Dalam Islam, manfaat ilmu itu hanya penting untuk diamalkan serta disebarkan bukan untuk disembunyikan bahkan kalau kita faham satu ayat dari ayat al-Quran atau suatu perkara dari ilmu-ilmu kita disarankan untuk mengajar kepada orang lain. Ingatlah, buku adalah gudangnya ilmu dan membaca itu adalah kuncinya. Diriwayatkan, Rasulullah SAW ada memberitahu kepada Abu Dzar “Wahai Abu Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu dari solat seratus rakaat, Dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan, dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari solat seribu rakaat” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Kesimpulan

Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.
“Allah menerangkan kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Ali ‘Imran 3:18]
Hanya dengan ilmulah kita dapat memartabatkan umat Islam dan menjaga kemuliaan Islam, yang kini dimana-mana pun umat Islam diperbudak-budakkan dan agama Islam diperlekehkan.
“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” [At-Taubah 9:128]
Marilah kita mencontohi sikap para Nabi ‘alaihi salam; iaitu berasa sedih akan penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan dipermainkan sesuka hati. Moga-moga Allah yang Maha Penyayang memenangkan kita ke atas musuh-musuh Islam.
Namun perlu diingat setinggi mana pun ilmu kita, tidak dapat mengatasi mukjizat para Nabi as dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui.
Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut ( menjadi tinta), ditambahkam kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habisnya-habisnya (dituliskan kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pekasa lagi Maha Bijaksana.”[Surah Luqman 31:27]

Similar Documents

Free Essay

Tamadun Islam

...TAMADUN ISLAM : MASALAH, IKTIBAR DAN CADANGAN. Meskipun sesuatu tamadun itu mampu menguasai dunia dan melalui zaman kegemilangan, namun masih terdapat kemungkinan tamadun tersebut mengalami zaman kejatuhan. Tamadun Islam terkenal dengan kecemerlangan pentadbirannya, namun ia mengalami zaman kemunduran disebabkan beberapa masalah yang melanda. Antara faktor-faktor umum kejatuhan : 1. Kelemahan pucuk pimpinan. Kegemilangan tamadun Islam sebenarnya berdasarkan oleh umara (pemerintah) dan ulama (ilmuwan). Namun, kejatuhan tamadun Islam juga disebabkan oleh kerakusan umara (pemerintah) yang bertindak memperalatkan ulama (ilmuwan) demi kepentingan peribadi. 2. Perebutan kuasa kerana kebanyakan pemimpin mewariskan tampuk pimpinan kepada anak atau ahli keluarga. Ini menyebabkan pengganti yang seterusnya kurang layak untuk memimpin masyarakat pada ketika itu. Apabila pemimpin meninggal dunia, berlaku pertelagahan berkenaan siapa yang layak menjadi pengganti sehingga meyebabkan perebutan yang menjejaskan kerajaan Islam. Pemimpin sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa kekal di tangan mereka. 3. Sikap lupa diri dalam kalangan pembesar. Bermula sikap lupa diri seperti suka bermewah-mewah, minum minuman keras, perempuan dan berhibur sehingga menimbulkan perselisihan dalam kalangan pemimpin dan pembesar. 4. Sistem pentadbiran dan ekonomi yang lemah. Pada penghujung pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah mereka terpaksa menanggung hutang yang dipinjam...

Words: 1459 - Pages: 6

Free Essay

Politik Dalam Islam

...Pengertian politik dan politik dalam islam Kata politik di dalam bahasa Latin adalah Politicus dan dalam bahasa Yunani adalah politicos, arti dari kedua kata yang bermakna sama itu adalah sesuatu yang berhubungan dengan warga negara atau warga suatu kota kota. Kedua kata itu berasal dari kata polis maknanya kota. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (1989), pengertian politik sebagai kata benda ada tiga. Jika dikaitkan dengan ilmu artinya ; 1. pengetahuan mengenai kenegaraan (tentang sistem pemerintahan, dasar-dasar pemerintahan). 2. segala urusan dan tindakan (kebijaksanaan, siasat dan sebagainya)mengenai pemerintahan atau terhadap negara lain. 3. kebijakan, cara bertindak (dalam menghadapi atau menangani suatu masalah). Di dalam bahasa Arab dan ilmu politik islam dikenal istilah siyasah yang artinya pengurusan atau pengaturan. Jadi, asal kata siyasah berasal ari kata sasa-yasusu-siyasatan yang berarti mengurusi kepentingan seseorang. Di dalam kamus Al-Muhith menyebutkan “Sustu ar-ra‟iyata siyasatan.‟ Maknanya, “Saya memerintah dan melarangnya denga suatu aturan.” Makna tersebut mencerminkan adanya aktivitas pengaturan urusan rakyat oleh suatu pemerintahan dalam bentuk perintah dan larangan. Pelaku pengurusan urusan-urusan manusia tersebut dinamai politikus (siyasiyun). Islam adalah metode kehidupan yang unik, berbeda dengan agama maupun ideologi lainnya. Dari segi wilayah ajarannya, Islam bukan saja agama yang mengurusi masalah ruhiah (spiritual), namun juga...

Words: 1346 - Pages: 6

Free Essay

Kssr Pk

...DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • • • • • KEPERCAYAAN KEPADA...

Words: 3879 - Pages: 16

Free Essay

Critical Theory

...Devetak akan disajikan sebagai bahan pembanding. Pada bagian ketiga, penulis akan menyajikan analisis ketiga pemikiran tokoh mengenai critical theory. Pada bagian akhir, penulis akan menarik kesimpulan sebagai penutup review ini. Dalam tulisannya yang berjudul “Constructing ‘The Antiglobalisation Movement”, Catherine Eschle melihat critical theory sebagai sebuah pemikiran anti-globalisasi. Kemudian, Eschle menjelaskan bahwa konstruksi anti-globalisasi juga terwujud dalam bentuk gerakan sosial. Menurut Eschle, gerakan sosial anti-globalisasi tidak memiliki pengertian yang rigid, namun gerakan sosial memiliki sifat yang heterogen dan senantiasa berkembang. Eshcle melihat bahwa penggunaan kata gerakan sosial lebih mengacu pada Ilmu Sosiologi daripada Ilmu Hubungan Internasional. Oleh karena itu, Eschle membedakannya dengan menjelaskan gerakan sosial dalam hal...

Words: 2339 - Pages: 10

Free Essay

Aqidah

...PENGENALAN Ma’rifat dapat didefinisikan sebagai mengenal Allah S.W.T dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mengenal nama-nama dan sifat-sifatNya. Mengenal Allah S.W.T ini bukan bermakna sekadar mengetahui Allah S.W.T tetapi ianya adalah satu jalan yang membolehkan seseorang manusia itu dekat dengan Allah S.W.T. Menurut Imam Al-Ghazali, ma’rifat ialah pengetahuan yang tidak menerima keraguan terhadap zat dan sifat Allah S.W.T. Jadi, apa yang dapat dilihat daripada pandangan beliau terhadap maksud ma’rifat ialah ma’rifat kepada Allah S.W.T akan mengukuhkan keyakinan seseorang terhadap Allah S.W.T dan seterusnya membawa hati manusia dekat denganNya. Justeru itu, ma’rifat kepada Allah S.W.T adalah satu perkara yang amat mulia dan tinggi di sisi Allah S.W.T. Ianya merupakan anugerah yang besar daripadaNya untuk orang-orang yang dapat mencapainya. Sebagai seorang manusia yang merupakan hamba kepada Yang Maha Pencipta, kita seharusnya mengenal Allah S.W.T dengan baik dan dengan jalan-jalan yang sewajarnya kerana ianya akan menyedarkan seseorang itu tujuan dirinya diciptakan dan dihidupakan di atas muka bumi ini dengan jelas dan seterusnya memandu perjalanan kehidupan manusia itu sendiri. Allah S.W.T berfirman dalam surah Muhammad, ayat 12 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan...

Words: 6847 - Pages: 28

Free Essay

Butler Lumber

...Fakultas : Ekonomi Jurusan : Manajemen III D NIM : 07610011 Email : ahmadnizaryogatama@yahoo.com Abstrak Didalam suatu perusahaan akuntansi dan manajemen keuangan yang digunakan sangatlah beragam yang dikarenakan kepentingan dari perusahaan yang bersangkutan. Akuntansi dan manajemen keuangan mempunyai kesamaan didalam beberapa hal. Keuangan sendiri memiliki arti yang sangatlah luas dan dinamis. Secara umum dapat disimpulkan keuangan sebagai suatu seni dan ilmu dalam mengelola uang. Akuntansi yang merupakan penjabaran, pengukuran dan pemberian kepastian mengenai informasi yang akan membantu manajer dan pengambilan keputusan lainnya untuk pengambilan keputusan alokasi sumber daya. Sedangkan manajemen keuangan adalah manajemen terhadap fungsi – fungsi keuangan yang berguna bagi pengambilan keputusan investasi, baik berupa penjabaran, pengukuran maupun kepastian mengenai informasi yang ada untuk mengambil keputusan investasi yang tepat dan juga keputusan – keputusan lainnya. Kata kunci : akuntansi, keuangan, manajemen keuangan. Pendahuluan Keuangan atau finance adalah bidang yang sangat luas dan dinamis. Keuangan langsung mempengaruhi sisi kehidupan setiap orang dan setiap perusahaan. Secara umum, keuangan didefinisikan sebagai seni dan ilmu dalam mengelola uang (the art and science of managing money). Jika kita berbicara tentang keuangan, maka ada tiga area yang saling berkaitan, yaitu money and capital markets, termasuk didalamnya pasar sekuritas dan lembaga...

Words: 4778 - Pages: 20

Free Essay

Mene

...1. Audit, bersama dengan kontrol internal dan evaluasi, terdiri dari proses dan mekanisme yang dirancang untuk memastikan bahwa perencanaan, penganggaran dan penggunaan sumber daya publik sudah sesuai dengan hukum suatu negara, sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan oleh parlemen dan pemerintah dan berhubungan dengan prakteknya di dunia nyata. Tanpa mekanisme ini, ada resiko besar bahwa keputusan kebijakan akan didasarkan pada informasi yang cacat, sumber daya akan menjadi salah kelola, dan bahwa keputusan kebijakan akan diabaikan oleh organisasi operasi yang berkaitan Sehingga proses melakukan audit eksternal harus melibatkan sebanyak mungkin manajer dan karyawan. Keterlibatan di dalam proses manajemen strategis dapat mengarah ke pemahaman dan komitmen dari para anggota organisasi. Untuk melakukan audit eksternal sebuah perusahaan harus terlebih dahulu mengumpulkan / menyiapkan data intelijen kopetitif, dan informasi mengenai berbagai tren ekonomi, sosial, budaya, demografis, lingkungan, politik, pemerintahan, hukum dan teknologi. 2. 1. Memilih variabel kunci yang tepat. 2. Mencari informasi dan memilih informasi yang tepat. 3. Menggunakan alat peramalan dan teknik yang tepat sehingga dapat mengetahui perubahan yang terjadi di di masa depan. 4. Membuat EFE Matrix dari semua data yang telah di pilih dan di ramal. Kemudian lakukan Evaluasi dan jika ada yang salah dapat dilakukannya perbaikan. 3. Adanya peringatan dini tentang peluang dan ancaman, seperti diperlukannya...

Words: 3848 - Pages: 16

Free Essay

Aaaa

...PERKEMBANGAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY DI INDONESIA Bing Bedjo Tanudjaja Jurusan Desain Komunikasi Visual, Fakultas Seni dan Desain Universitas Kristen Petra Surabaya E-mail: abimanyu@petra.ac.id ABSTRAK Kesadaran terhadap CSR (Corporate Social Responsibility) yang seharusnya telah terintegrasi dalam hierarki perusahaan sebagai strategi dan policy manejemen, diperlukan demi tercapainya sebuah keseimbangan dunia usaha antara pelaku dan masyarakat sekitar. Esensi dan signifikansi dari CSR masih belum dapat terbaca sepenuhnya oleh pelaku bisnis, sehingga CSR sendiri bagi sebagian pelaku bisnis baru sekedar wacana dan terkadang implementasinya berdasarkan atas tuntutan masyarakat. Kata kunci : corporate social responsibility, pelaku bisnis, masyarakat. ABSTRACT The awareness towards CSR (Corporate Social Responsibility), that should be integrated into a company's hierarchy as management's strategy and policy, is needed to attain balance between the business industry and the surrounding community. The essence and significance of CSR has not been wholly understood by businessmen, thus CSR only becomes textual and often implemented due to community demand. Keywords: corporate social responsibility, businessman, community PENDAHULUAN Empat tahun belakangan ini corporate social responsibility atau CSR memang sedang menjadi trend di Indonesia. Banyak orang berbicara tentang CSR dan semuanya bagus serta perusahaan yang melakukan corporate social responsibility (CSR) semakin...

Words: 3970 - Pages: 16

Free Essay

Mpv Pics

...MULTIVISION PICTURES VS BAND GIGI Ethics in Business Final Assignment I. Latar Belakang Dalam mengaplikasikan materi pada mata kuliah Business Ethics, kami mendapatkan tugas untuk menganalisa suatu perusahaan ditinjau dari faktor-faktor etika yang hidup di perusahaan tersebut. Apakah perusahaan tersebut memiliki nilai-nilai etika yang benar dalam perusahaannya. Pembahasan etika yang kami angkat dalam makalah ini merupakan bagian dari informasi teknologi yang akan lebih fokus membahas mengenai Intellectual Property, hal tersebut dikarenakan juga oleh sebab kami telah menemukan beberapa data menarik seputar intellectual property. Kami telah menemukan data statistik permintaan pendaftaran hak cipta di Indonesia pada tahun 2010. Berikut kami lampirkan data tersebut : [pic] Data tersebut, membuat kami tertarik untuk membahas lebih lanjut mengenai intelektual property. Jika dilihat dari data diatas, barang - barang yang bersifat seni menduduki peringkat pertama yang ingin didaftarkan oleh masyarakat Indonesia sebagai intelektual properti mereka. Setelah kami mengetahui topik yang akan kami bahas, kami mulai melakukan riset lanjutan yang bertujuan untuk mencari kasus. Kami menemukan beberapa kasus yang menarik seputar topik intelektual property. Diantara beberapa kasus tersebut kami meilih satu kasus, pada akhirnya kami memilih perusahaan Multivision Plus sebagai pembahasan untuk melihat bentuk nyata dari pelanggaran hak cipta yang dilakukan...

Words: 2380 - Pages: 10

Free Essay

Analisis Kasus Penghinaan Di Media Sosial Online

...ANALISIS KASUS PENGHINAAN DI MEDIA SOSIAL ONLINE Untuk memenuhi Tugas BUAS Sosiologi dan Politik Dosen Pengampu : Drs Soeprapto, SU Disusun oleh: Milzam Danar Amadis 13/348398/EK/19460 JURUSAN MANAJEMEN FAKULTAS EKONOMIKA DAN BISNIS UNIVERSITAS GADJAH MADA YOGYAKARTA 2015 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Dengan semakin majunya penggunaan teknologi informasi, pengguna internet di Indonesia juga semakin bertambah seiring berjalannya waktu. Internet telah memotong berbagai masalah jarak dan waktu dalam berinteraksi antar sesama manusia apapun tujuannya. Berbagai kemudahan yang ditawarkan telah berimbas kepada tumbuh pesatnya media sosial yang ada di Indonesia.Salah satu bagian dari internet adalah media sosial. Media sosial merupakan perantara sesama manusia dalam bersosialisasi dalam dunia internet. Dengan media sosial sebuah kejadian dapat dengan mudah diketahui oleh masyarakat dengan cepat. Media sosial memberi ruang yang lebih luas untuk berbagi berbagai informasi secara global. Memang, jika kita berbicara media sosial kita tidak bisa melepaskan perkembangan internet itu sendiri, karena internetlah pemicu ledakan penggunaan media sosial saat ini. Tanpa internet maka media sosial sulit berkembang seperti saat ini. Kehadiran media sosial, seperti Facebook, Twitter, Blog, Path, BBM, dan lain-lain, membawa perubahan yang sangat radikal dalam berkomunikasi. Apalagi media sosial tsb. dapat dilihat melalui telepon genggam atau telepon seluler...

Words: 2619 - Pages: 11

Free Essay

Kewarganegaraan

...Poerbapranoto ( 1976 ), Hak Asasi adalah hak-hak yang dimiliki manusia menurut kodratnya yang tidak dapat dipisahkan dari hakikatnya sehingga sifatnya suci. Dalam pasal 1 Undang-Undang Nomor 39 Tahun 1999 tentang HAM disebutkan bahwa “Hak Asasi Manusia adalah seperangkat hak yang melekat pada hakekat dan keberadaan manusia sebagai makhluk Tuhan Yang Maha Esa dan merupakan anugerah-Nya yang wajib dihormati, dijunjung tinggi, dan dilindungi oleh negara, hukum, pemerintah dan setiap orang, demi kehormatan serta perlindungan harkat dan martabat manusia” Jadi, dapat disimpulkan bahwa ham adalah hak yang melekat pada diri manusia yang harus dihormati dijaga dan dilindungi oleh setiap individu guna untuk mencapai keseimbangan kepentingan perseorangan dan kepentingan umum. Berkaitan dengan nilai-nilai HAM, paling tidak ada tiga (3) teori yang dapat dijadikan kerangka analisis yaitu teori realitas (realistic theory), teori relativisme kultural (cultural relativism theory) dan teori radikal universalisme (Peter Davis,1994).             Teori realitas mendasari pandangannya pada asumsi adanya sifat manusia yang menekankan self interest dan egoisme dalam dunia seperti bertindak anarkis. Dalam situasi anarkis, setiap manusia saling mementingkan dirinya sendiri, sehingga menimbulkan chaos dan tindakan tidak manusiawi di antara individu dalam memperjuangkan egoisme dan self interestnya. Dengan demikian, dalam situasi anarkis prinsip...

Words: 6505 - Pages: 27

Free Essay

12345

...Akuntansi Sosial dan Lingkungan Latar Belakang Akuntansi sosial dan lingkungan telah lama menjadi perhatian akuntan.  Akuntansi ini menjadi penting karena perusahaan perlu menyampaikan informasi mengenai aktivitas sosial dan perlindungan terhadap lingkungan kepada  stakeholder  perusahahaan. Perusahaan tidak hanya menyampaikan informasi mengenai keuangan kepada investor dan kreditor yang telah ada serta calon investor atau kreditor  perusahaan, tetapi juga perlu memperhatikan kepentingan sosial di mana perusahaan beroperasi. Perusahaan tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Karena mempunyai hubungan (timbal balik) antara perusahaan dengan masyarakat. Perusahaan dan masyarakat adalah pasangan hidup yang saling memberi dan membutuhkan.  Kontribusi dan harmonisasi keduanya akan menentukan keberhasilan pembangunan bangsa. Saya katakan mempunyai timbal balik karena perusahaan dapat memberikan lapangan pekerjaan dan menyediakan barang atau jasa yang dibutuhkan oleh masyarakat untuk dikonsumsi, menyumbang pendapatan daerah atau negara, serta membayar pajak kepada negara. Dengan begitu perusahaan dapat leluasa menjalankan aktivitasnya. Adapun dua aspek yang harus diperhatikan agar tercipta kondisi antara keduanya sehingga keberadaan perusahaan membawa perubahan ke arah perbaikkan dan peningkatan taraf hidup masyarakat. Dari aspek ekonomi, perusahaan harus berorientasi mendapatkan keuntungan dan dari aspek sosial, perusahaan harus memberikan kontribusi secara langsung kepada masyarakat...

Words: 2688 - Pages: 11

Free Essay

Mis Benefits

...ARAHAN : Contoh Peperiksaan Akhir Yang Lepas Jawab SEMUA soalan. 1. Tauhid Uluhiyyah menjelaskan tentang kepercayaan dan pegangan akidah yang menepati Allah SWT merupakan Tuhan sebagai A pencipta yang Maha Agong. B pemilik sifat terpuji yang sempurna. C tempat sembah dan mengabdikan diri. D pemberi rahmat dan nikmat kepada seluruh makhluk. 2. Kenikmatan spiritual dianugerahi Allah SWT kepada hamba-bamba-Nya yang terdiri daripada nikmat-nikmat seperti berikut KECUALI E ketenteraman dan kebahagiaan hati. F ilmu pengetahuan yang luas. G tubuh badan yang sihat. D akhlak yang baik. 3. Pengucapan dengan lisan, iktikad di dalam hati dan beramal dengan anggota badan. Ia bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Penyataan di atas menjelaskan tentang konsep A iman. B ihsan. C Islam. D imarah. 4. “Dan hendaklah ada di antara kamu golongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf mencegah dari yang mungkar, mereka adalah orang yang beruntung”. Pernyataan di atas menunjukkan A seruan menunaikan solat. B tanggungjawab berdakwah. C pesanan malaikat kepada rasul. D penyataan tentang dosa dan pahala. 5. Masyarakat jahiliyyah menurut perspektif Islam ialah masyarakat yang A sesat daripada petunjuk agama. B bodoh terutama dalam bidang akademik. C mundur dalam pentadbiran ekonomi dan politik...

Words: 4480 - Pages: 18

Free Essay

Paradigma Belajar

...1 Materi Pembekalan Revolusi Paradigma Pembelajaran Perguruan Tinggi: Dari Penguliahan ke Pembelajaran Suwardjono Belajar di perguruan tinggi merupakan pilihan strategik untuk mencapai tujuan individual bagi mereka yang menyatakan diri untuk belajar melalui jalur formal tersebut. Namun, realitas yang dihadapi oleh dosen dan penyelenggara pendidikan dalam banyak hal jauh dari harapan. Perilaku mahasiswa dan dosen dalam belajar-mengajar tidak menunjukkan segala atribut yang seharusnya melekat pada individual yang akan mendapat sebutan sebagai sarjana. Salah satu faktor yang menciptakan kondisi seperti ini adalah kesenjangan persepsi dan pemahaman penyelenggara pendidikan, dosen, dan mahasiswa mengenai makna belajar di perguruan tinggi. Makalah ini mengevaluasi kondisi budaya belajar-mengajar yang penulis amati dan rasakan selama menjadi staf pengajar di beberapa perguruan tinggi. Kondisi tersebut tidak kondusif untuk menciptakan suasana akademik, profesional, dan ilmiah yang seharusnya melekat pada suatu institusi yang menyelenggarakan pendidikan tinggi (higher education). Pengamatan tersebut telah lama terjadi dan telah penulis sampaikan dalam bentuk artikel lebih dari lima belas tahun yang lalu.1 Sejak penulisan artikel tersebut, penulis selalu menyampaikan gagasan tentang pola pengajaran, proses pembelajaran, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan penyelenggaraan kuliah dalam berbagai seminar dan lokakarya di berbagai perguruan tinggi. Namun sampai saat ini, tampaknya belum...

Words: 8213 - Pages: 33

Free Essay

Paper 3

...KERTAS 3 SEJARAH SPM 2013 KERTAS 3 CONTOH SKEMA JAWAPAN SULIT 1 1249/3 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 SEJARAH Kertas 3 Tema Umum Oktober 1249/3 1. 2. 3. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 1249/3 © 2013 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT SULIT ARAHAN KEPADA GURU 1. 2. 2 1249/3 Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan. 3. 4. 5. ARAHAN KEPADA CALON...

Words: 9380 - Pages: 38