Free Essay

Kominikasi & Masyarakat

In:

Submitted By noridayu94
Words 3739
Pages 15
Menurut Kamus Dewan Bahasa, media bermaksud pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio, dan lain-lain lagi. Baru pula membawa makna semasa atau mutakhir. Jadi, media baru membawa maksud penghebahan kepada orang ramai dengan menggunakan teknologi moden iaitu bukan lagi menggunakan media cetak ataupun televisyen serta radio yang lebih dikenali sebagai media tradisional untuk dijadikan platform penyampaian maklumat.
Iowa State University mendefinisikan media baru sebagai “as a family of genres that involve digital media: like "poetry" or "the novel", each new media format could be conceptualized as a collection of styles of production which have implications for the sort of content appropriate within the style. As with a poem or a novel, both the writer and reader have some knowledge before beginning the work as to what sort of work it will be, and what their role is supposed to be interacting with it.” Sebagai kesimpulannya, media baru ialah media yang menggunakan campuran pelbagai teknologi terkini (media digital), dan pengguna mempunyai pengetahuan tentang penggunaan media tersebut.
Menurut Jan Van Dijk dalam bukunya The Network Society, new media are media which are both integrated and interactive and also use digital code at the turn of the 20th and 21st centuries. Dengan kata lain, media baru adalah media yang memiliki 3 karakteristik utama, yaitu integrasi, interaktif, dan digital.
Lebih jauh lagi, mari kita lihat karakteristik media baru menurut Feldman. Ia menyebutkan bahawa media baru memiliki setidaknya lima karakteristik yang dapat kita lihat.
Pertama, media baru mudah dimanipulasi. Hal ini sering kali mendapat tanggapan negatif dan menjadi perdebatan, kerana media baru memungkinkan setiap orang untuk memanipulasi dan merubah berbagai data dan informasi dengan bebas.
Kedua, media baru bersifat networkable. Ertinya, pelbagai kandungan yang terdapat dalam media baru dapat dengan mudah dishare dan dipertukarkan antara pengguna lewat jaringan internet yang tersedia. Karakteristik ini dapat kita sebut sebagai kelebihan, kerana media baru membuat setiap orang dapat berhubung dengan cepat dan memberi solusi terhadap perihal jarak dan waktu antara pengguna.
Ketiga, media baru bersifat compressible. Kandungan - kandungan yang ada dalam media baru dapat diperkecil ukurannya sehingga kapasitinya dapat dikurangi. Hal ini memberi kemudahan untuk menyimpan kandungan tersebut dan men-sharenya kepada orang lain.
Keempat, media baru sifatnya padat. Dimana kita hanya memerlukan space yang kecil untuk menyimpan berbagai kandungan yang ada dalam media baru. Sebagai contoh, kita hanya memerlukan satu PC yang berhubung dengan jaringan internet untuk dapat menyimpan berbagai informasi dari berbagai penjuru dunia dalam PC tersebut.
Kelima, media baru bersifat imparsial. Kandungan yang ada dalam media baru tidak berpihak pada siapapun dan tidak dikuasai oleh segelintir orang saja. Kerana itulah media aru seringkali disebut sebagai media yang sangat demokratik, kerana kapitalis media tidak berlaku lagi. Setiap orang dapat menjadi produser dan konsumer secara bersamaan dan setiap pengguna dapat berlaku aktif disana.
Teknologi ialah objek dan aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi dilihat sebagai satu kaedah menangani masalah teknikal dan maklumat teknologi yang berkaitan dengan perolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Teknologi juga dilihat berasaskan kajian saintifik termaju penggunaan peralatan elektronik yang canggih (Dewan Bahasa, 2007).
Wanda (2001) telah mengkategorikan konsep teknologi baru iaitu sebagai alat untuk menggantikan tenaga kerja manusia; alat produktiviti yang meningkatkan kerja serta memperluas pengetahuan individu dan institusi sosial dalam menjalani aktiviti sosial ekonomi serta alat pemprosesan meningkatkan informasi.
Kesan daripada evolusi media baru terhasilnya globalisasi iaitu aktiviti melampaui sempadan negara (Thompson, 1995). Globalisasi menyingkatkan jarak perhubungan manusia di serata dunia melalui komunikasi elektronik (Carely 1992 in Flew 2002).
Pakar-pakar menggambarkan ia sebagai the “death of distance” (Cairncross, 1998). Ini kerana media baru secara radikal menghapuskan hubungan fizikal dan sosial dengan menjadikan lokasi fizikal individu tidak lagi penting dalam hubungan sosial sesama manusia (Croteau and Hoynes, 2003).
Dengan wujudnya media baru, maka terhasil masyarakat maya yang bergerak secara dalam talian atau online, kelompok maya ini bergerak sebagaimana apa yang kita lakukan dalam kehidupan biasa seperti bertukar-bertukar pandangan ilmiah, melakarkan perancangan, bercakaran atau menjalinkan hubungan percintaan (Rheingold: Slevin, 2000).
Malah ia dapat melakukan perkara yang hampir mustahil dilakukan manusia di luar kehidupan alam maya memandangkan ia bergerak tanpa sempadan (Holmes, 2005).
Secara tidak langsung membolehkan manusia memilih sebarang gaya hidup yang dirasakan bersesuaian dengan diri mereka, ini kerana pemasaran media baru tidak tertumpu kepada kelompok masyarakat tetapi secara individu yang berasingan (Manovich 2001:42).
Media baru adalah bersifat digital iaitu proses transformasi digit nombor di dalam komputer. Dalam proses digitalisasi, kesemua data yang dimasukkan ditukarkan kepada nombor dalam bentuk digit binari (0 dan 1). Ia berbeza dengan bentuk ‘analog’ yang menggunakan gelombang (waves). Analog mengambil data dalam bentuk audio dan video (sebagai contoh) dan menafsirkannya kepada nadi (pulse) elektrik yang kemudiannya di enkod semula dalam bentuk audio dan video.
Digital data pula memecahkan signal kepada format binari di mana data audio dan video diwakili oleh nombor 0 dan 1 secara bersiri yang boleh di pindahkan atau di salurkan menggunakan sistem pengkomputeran. Perubahan penyimpanan data, akses dan manipulasi membawa kepada perubahan dari segi pengeluaran, bentuk, penerimaan dan penggunaan media (Lister, 2003:13).
Media baru terdiri daripada tiga elemen utama. Pertama, ia meliputi tiga komponen, iaitu artifak – peralatan-peralatan yang membolehkan dan memanjangkan kemampuan manusia untuk berkomunikasi dan berkongsi makna; amalan – aktiviti-aktiviti yang disertai manusia dengan menggunakan dan mengembangkan peralatan tersebut; dan aturan – bentuk-bentuk organisasi dan sosial yang dicipta serta dibina oleh manusia dengan menggunakan artifak dan amalan tersebut.
Kedua, ia melahirkan dua bentuk kegunaan utama, iaitu perubahan berkombinasi – ia bertentangan dengan sifat stabil dan sentiasa berubah dengan mengkombinasikan sistem-sistem lama dengan yang baru melalui inovasi; dan jaringan-atas-jaringan – ia menghubungkan teknologi dengan teknologi, individu, kumpulan, organisasi dan masyarakat; dan begitu juga sebaliknya.
Ketiga, ia menghasilkan dua kesan sosial utama, iaitu kewujudan di mana-mana dan bila-bila masa; serta ‘interaktiviti’ yang memberi peluang untuk memilih, mengguna, menyuarakan, berhubung, berkongsi dan sebagainya (Lievrouw dan Livingstone (2002:7).
Dewasa ini, media baru digunakan secara meluas hingga ke peringkat yang hampir tidak pernah manusia terfikir pada masa lalu.
Pihak media melaporkan bahawa ketika berlakunya tsunami, pemerhati mengganggarkan sejumlah 80 tweets (mesej ringkas secara elektronik melalui laman tweeter seumpama sms) setiap 5 saat ketika tragedi tersebut berlangsung. Twitter juga digunakan secara meluas untuk melaporkan senarai mangsa yang tercedera atau terkorban.
Pada masa yang sama, pengguna tweeter pada masa tersebut telah mengirimkan beberapa maklumat seperti keadaan persekitaran dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada mangsa yang terlibat. Selain itu, pengguna tweeter juga dapat merasai detik-detik cemas semasa tsunami dan gegaran susulan melalui first-person-account.
Penggunaan twitter oleh mangsa, masyarakat umum dan media secara meluas dalam menyampaikan maklumat dan mengumpul maklum balas pada tragedi tersebut telah mengakibatkan CNN mengisytiharkannya sebagai satu kelahiran social media dan perubah kehidupan dalam penghasilan maklumat.
Contoh betapa besarnya pengaruh media baru ini dapat dilihat di negara Iran, di mana kerajaan di sana pernah mengharamkan penggunaan laman rangkaian sosial Facebook dengan tujuan menyekat kempen politik salah seorang pembangkang utama untuk digunakan dalam pilihanraya. Malahan Perdana Menteri UK mempunyai saluran YouTube beliau yang tersendiri bagi memudahkan public untuk bertanya soalan dan mendapat respons daripada beliau sendiri.
Satu lagi contoh, di mana pada 30 Disember 2008 yang lalu, kementerian Luar Israel pernah mengumumkan bahawa negara Israel bakal menjadi kerajaan yang pertama di dunia untuk mengadakan sidang akhbar serata dunia dengan menggunakan tweeter untuk menjawab soalan-soalan daripada masyarakat umum bagi isu serangan terhadap Hamas di Gaza. Antara kebaikan media baru ialah dapat memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Seseorang pelajar mampu untuk berhubung dengan rakan pelajarnya yang lain dengan mudah melalui media baru. Sebagai contoh, e-mel, chat room ,Facebook, Twitter, Myspace, Nimbuzz, Fring, Skype, Gravity dan sebagainya merupakan antara perkhidmatan internet yang boleh diguna pakai dengan meluas.Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Melalui kajian Hampton, pada tahun 2000 terhadap 40,456 responden di Amerika Syarikat. Hal ini menunjukkan bahawa semakin kerap mereka berhubung dengan rakan melalui media baru, semakin banyak ilmu pengetahuan yang dapat diketahui. Hal ini juga kerana apabila berlakunya interaksi antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain, tentunya bahawa menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa dan bertukaran maklumat dan pendapat.
Selain itu, pengguna media baru dapat memperolehi maklumat terkini dengan mudah sahaja apabila mereka menggunakan media baru. Maklumat tersebut yang tersedia dalam laman web adalah dalam bentuk pangkalan data, dokumen, maklumat kerajaan, bibliografi atas talian, penerbitan dan perisian komputer. Kebanyakannya adalah maklumat terkini, tersedia dengan percuma dan dapat dicapai dengan cepat.World Wide Web, juga digelar sebagai Web atau WWW adalah aplikasi internet yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam internet meliputi pelbagai kategori dari seluruh dunia. Maklumat-maklumat ini sentiasa di kemas kini supaya maklumat yang dipaparkan sentiasa terkini dan tepat. Maklumat ini berbeza dengan maklumat dari buku yang jarang dikemas kini.
Seterusnya, dengan adanya media baru, para pelajar mendapat akseskepada pembelajaran interaktif dalam talian ataupun e-Learning. E- Learning adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio,videotape, transmisi satelit atau komputer. Pelajar mendapati bahawa pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan guru-guru melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkandalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untukmenyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan, mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisi keperluan orang ramai.
Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan perkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan, dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan-bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan.
Banyak lagi contoh-contoh kesan media baru dalam pengaliran media sosial pada masa kini seperti ianya digunakan bagi mengkritik kerajaan atau bagi kempen politik yang biasanya tidak dapat disampaikan melalui media konvensyenal akibat sekatan pihak berkuasa. Ini bermakna dengan media baru, pengaliran maklumat tetap dapat berjalan walaupun terdapat sekatan.
Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman social Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah. Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana. Beliau juga percaya kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi seperti “agama” pada masa kini.
Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari. Perkongsian maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klipvideo. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi diseluruh dunia, melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa; melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blogskin’ dan juga sebagai tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika pegguna seorang pensyarah, atau guru.
Sejajar dengan keperibadian sebuah blog, blogger atau editor dari sebuah blog biasanya menerima kontribusi-kontribusi link unik dari para pembaca atau pengikut blognya. Beberapa website blog juga menerima feedback terhadap pandangan dan cadangan dari link suatu artikel atau suatu isu yang dimuat naik. Blog bersifat interaktif dan membentuk komuniti-komuniti para blogger yang saling me-link-kan blog mereka satu sama lain. Para blogger diwakili oleh blog mereka unntuk mengekspresikan persahabatan, permusuhan dan seringkali melakukan perdebatan yang mereka muat dalam blog mereka masing-masing yang kemudian mereka hubungkan (link) pada pandangan awal yang mereka komen. Sebuah perbualan dapat berkembang antara tiga hingga empat blog sekaligus sambil merujuk pada perbualan mereka di blog lain. Blog adalah budaya digital tersendiri dan komuniti elektroniknya berleluasa di internet dan dengan sedemikian banyak blog di Internet yang selalu mencari website-website yang menarik maka Blog menjadi unik. Seperti yang dituliskan Cameron Barret bahawa blog ketika ini adalah indikator tentang apa yang sedang terjadi di Internet dan di dalam komuniti web. “Blog adalah simbol dari apa yang hebat tentang Internet.”tulisnya.
Perubahan budaya dalam hasil dari teknologi media akan membentuk dua kumpulan dalam masyarakat iaitu Technophobia - ketakutan atau tidak suka kepada teknologi dan komputer dan Technophilia - menganggap semua atau kebanyakan teknologi adalah positif.
Dari sudut positif, perkembangan sistem teknologi komunikasi ini dapat mengubah struktur masyarakat terutama dalam politik, ekonomi dan sosial sama ada secara lansung atau tidak langsung. Contohnya; penggunaan internet dan sms yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam memberi maklumat secara tepat, cepat dan mudah diakses. Kewujudan teknologi komunikasi ini juga dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam menjalani tanggungjawab sosial mereka atau sebagai keperluan dalam kehidupan mereka. Dikatakan bahawa internet adalah salah satu penyebab utama kekalahan BN kepada PKR di lima buah negeri pada pilihanraya yang lalu. Ini kerana internet telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh orang ramai dan pihak pembangkang dalam menyebarkan propaganda dan mendedahkan kelemahan BN. Semua ini mempengaruhi rakyat dalam pengundian. Hal ini telah membuktikan betapa kuatnya penggunaan teknologi komunikasi ini dalam sistem politik negara yang dapat mempengaruhi sesetengah masyarakat.

Selain itu, kuasa teknologi komunikasi ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan berdebat tentang isu yang dibangkitkan dalam politik Negara. Hal ini dapat mempraktikkan kesedaran dan wujud pelbagai pendapat yang dapat memuaskan masyarakat itu sendiri dalam proses demokrasi. Namun, sekiranya kewujudan sistem teknologi ini mampu menjadi sumber kepada masyarakat, tetapi adakah ia mampu mengubah masyarakat atau sistem politik itu ataupun sistem politik itu yang telah mengubah penggunaan teknologi ini sepenuhnya. Oleh itu, seperti yang kita sedia maklum, walaupun wujud debat mengenai isu politik dalam sistem teknologi, namun terbuktikah keberkesanannya dalam mengubah struktur politik negara. Untuk setakat ini, jawapan pastinya adalah tidak. Ini kerana walaupun pelbagai maklumat dikemukakan menerusi teknologi komunikasi ini, namun pihak kerajaan tidak pernah mempertimbangkan apa yang diperdebatkan oleh masyarakat menerusi internet.
Semua kandungan internet yang mengkritik kerajaan dianggap sebagai fitnah dan tidak boleh dipercayai serta suara minoriti. Dalam masa yang sama, kerajaan cuba menyekat kebebasan internet dengan mencabul undang-undang ketiadaan penapisan internet. Hari ini, jikalau ada pihak yang memperkatakan tentang isu yang dianggap fitnah dan boleh mengancam keselamatan negara akan ditahan di bawah pelbagai undang-undang termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan dan lain-lain. Kerajaan juga dilihat cuba untuk menyekat akses kepada laman web, blog, forum yang dilihat boleh menggugat kedudukan mereka. Contohnya; apa yang berlaku kepada Malaysia Today yang disekat akses seketika sebelum ditarikbalik kerana pelbagai pihak yang mengatakannya sebagai melanggar undang-undang ketiadaan penapisan internet. Walaupun ditarikbalik, tetapi pengoperasian blog tersebut dibataskan oleh undang-undang sehinggalah perkembangan terbaru dimana pengendalinya iaitu Raja Petra Raja Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa politik iaitu dalam hal ini pihak kerajaan lebih berkuasa menentukan penggunaan teknologi komunikasi. Bukan sebaliknya.

Manakala dalam konteks pembangunan masyarakat, ramai yang mempertikaikan sesuatu polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya isu kenaikan harga minyak dimana ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan sesuka hati. Isu ini diperdebatkan menerusi internet oleh orang ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing serta ada yang mencadangkan alternatif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat. Adakah pihak kerajaan meneliti dan mempertimbangkan segara suara rakyat itu? Jawapannya adalah tidak. Kerajaan tidak pernah mempedulikan suara rakyat dalam pentadbiran mereka. Rakyat terus dibelakangkan seolah-olah negara ini adalah milik mereka. Hal yang sama berlaku dalam isu ekonomi, pendidikan dan lain-lain kerana apa yang dibincangkan oleh rakyat menerusi teknologi komunikasi hanya sekadar perbincangan kosong tidak dimanfaatkan kerana pihak kerajaan ingin mengekalkan polisi yang sedia ada.

Hakikatnya, teknologi komunikasi walaupun mempunyai peranan yang besar kepada masyarakat keseluruhannya, namun kuasanya masih lagi terhad dalam mengubah sistem dalam masyarakat yang jelas didominasi dan dikuasai oleh kerajaan. Sebaliknya, teknologi komunikasi itu sendiri yang terus berada dalam genggaman pemerintah dengan pelbagai undang-undang yang membataskan kebebasan teknologi komunikasi. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Ia akan berterusan sampai bila-bila seandainya kerajaan terus mengekalkan dasar dan prisip pentadbiran yang jelas melanggar dan mencabul demokrasi.
Dari aspek keagamaan pula teknologi komunikasi menjadi satu platform atau saluran untuk menyalurkan maklumat tentang agama seperti agama Islam; penerapan nilai islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah manakala agama Bukan Islam pula melalui pendidkan moral. Keadaan dapat dilihat melalui rancangan televisyen dan radio yang banyak mengupas tentang keagamaan seperti Forum Perdana Ehwal Islam di RTM 1, Mari Mengaji di TV9 manakala pendidikan moral melalui rancangan drama yang berunsurkan hiburan. Keadaan ini membolehkan masyarakat majmuk hari ini sentiasa hidup berlandaskan agama masing-masing.

Walau bagaimanapun kewujudan internet hari ini turut memberi impak negatif kepada agama. Isu negatif yang diperdebatkan boleh menyebabkan perselisihan faham seperti isu murtad. Isu murtad hangat diperdebatkan sebelum ini berikutan pengkristianan Zarina Jailani atau nama kristiannya Liena Joy. Isu ini telah menimbulkan perselisihan faham antara agama dimana Islam melarang penganutnya menukar agama manakala fahaman agama lain seperti Kristian, Hindu dan Buddha menganggap kebebasan beragama adalah hak asasi manusia. Oleh hal yang demikian, sekiranya soal agama terlalu diperdebatkan melalui internet khususnya ia amat memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat hari ini.
Selain kemanfaatan yang dapat diraih, penggunaan media baru secara meluas juga menghasikan kesan negatif jika silap diguna pakai. Sebagai contoh, cyber crimes atau jenayah siber di mana penjenayah menggunakan media baru bagi menjalankan kegiatan haram atau menggunakan komunikasi elektronik bagi menipu mangsa atau dalam mendapatkan mangsa dan menggunakannya pula bagi menyebarkan aktiviti jenayah mereka.
Melalui penguatkuasaan media baru, akan terdapat jurang informasi yang besar di antara pengguna media baru dan bukan pengguna. Ini kerana, bagi pengguna, mereka akan lebih senang mendapat informasi berbanding mereka yang enggan menggunakan media baru.
Media baru juga digunakan dalam menyebarkan ideologi keganasan atau terrorism. Ini dapat dilihat melalui penggunaan youtube dalam menyebarkan video serta lelaman blog bagi mempromosikan idea keganasan bagi menarik anggota-anggota baru dengan memaparkan penderitaan umat Islam akibat tindakan pihak-pihak tertentu selain video-video yang memaparkan manual tentang bagaimana menghasilkan dan menciptakan bom-bom yang digunakan untuk kegiatan keganasan.
Malah, dilaporkan terdapat banyak sekali video-video yang memaparkan tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan kegiatan keganasan antarabangsa seperti Osama Ben Laden, Abu Mus’ab Al-Zarqawi atau Ayman Al-Zawahiri melalui laman youtube.
Kewujudan media baru hari ini iaitu internet banyak memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat hari ini. Hal ini demikian kerana, budaya yang tidak tahu asal usulnya masuk ke Malaysia menerusi media tersebut dan masyarakat terdedah dengan budaya tersebut seperti budaya kuning iaitu, Punk, Skin Head, Black Metal dan sebagainya. Kesenangan untuk mendapatkan hiburan beracuan barat yang terlampau juga memberi kesan kepada sosial masyarakat Malaysia terutama golongan remaja. Keadaan ini bermakna ia memberi impak negatif kepada minda masyarakat seandainya masyarakat tidak menilai dengan sebaik-baiknya budaya itu malah menerima budaya itu mentah-mentah dan diguna pakai secara berleluasa dan terhormat.
Seperti biasa, setiap kemajuan teknologi yang dilakukan membawa kebaikan dan juga keburukan kepada penggunanya. Media baru wujud sejajar dengan perkembangan teknologi. Kesan komunikasi melalui internet telah mewujudkan “Perkampungan sejagat” dan “Dunia Tanpa Sempadan” menjadi satu kenyataan dalam tujuan memastikan lebih ramai masyarakat mendapat maklumat. Secara dasarnya, pengguna sendiri yang harus menentukan penggunaan media baru ini, sama ada untuk memilih ke arah kebaikan atau terjunam ke arah keburukan.

Senarai Rujukan van Dijk, J., 2006, The network society, London: Sage Publications (Bab 3) Flew, T. (2005), New media: an introduction. Cambridge: Oxford University Press (Chapter 1). Flew, T. (2005). New media: an introduction. Cambridge: Oxford University Press (Chapter 2).
Selwyn, N., 2003, Apart from technology: understanding people’s non-use of information and communication technologies in everyday life, Technology in Society, Vol.24, No.1, January (pp.99-116)
Pavlik, J., (1998), New media technology: Cultural and commercial perspectives. Bostan: Ally & Bacon. (Bab 10).
Horsley, R., 2004, “Masculinities on the web”, di dalam Gauntlett, D. & Horsley, R. (eds.). Web Studies. London: Arnold
Looi Teck Kheong. (2005), “Introduction to Cybercrime,” di dalam Zaid Hamzah. E-Security Law & Strategy. Kelana Jaya, Malaysia: Malayan Law Journal (Chapter 6).
Flew, T. (2005), New media: an introduction. Cambridge: Oxford University Press (Chapter 11).
Ryan, J. dan Wentworth, W.M., 1999, Media and society, Boston: Allyn and Bacon (Bab 6)
Cheung, C., 2004, “Identity construction and self-presentation on personal homepages: emancipatory potentials and reality constraints”, di dalam Gauntlett, D. & Horsley, R. (eds.). Web Studies. London: Arnold
Baran, Stanley J & Dennis K.Davis (2003). Mass Communication Theory, Foundations, Ferment and Future. Australia : Thomson Wadsworth

Wanda, J. (2001). Research Commentary: Desperately Seeking the “IT” in IT Resea A Call to Theorizing the IT Artifact”. Information Systems Research, Vol 12, No.2, June 2001, pp.121
Lister, Martin, Dovey, Jon, Giddins, Seth. Grant, Iain. & Kelly, Kieran (2003) New Media: A Critical Introduction, London, Routledge
Feldman, Tony (1997) An Introduction to Digital Media, Routledege, London
Thompson, John B. (1995). The Media and Modernity. Cambridge: Polity Press, pg. 150
Volkmer, Ingrid (1999) News in the Global Sphere. A Study of CNN and its impact on Global Communication, Luton: University of Luton Press.
Manovich, Lev (2001) The Language of New Media MIT Press, Cambridge and London
Leah A. Lievrouw, Sonia Livingstone (ed.), The Handbook of New Media, SAGE, 2002
Williams, Raymond (1974) 'Television: Technology and Cultural Form, London, Routledge
Durham, M & Kellner, Douglas (2001) Media and Cultural Studies Keyworks, Malden, Ma and Oxford, UK, Blackwell Publishing
Lister, Martin, Dovey, Jon, Giddings, Seth. Grant, Iain. & Kelly, Kieran (2003) "New Media: A Critical Introduction", London, Routledge
Castells, Manuel, (1996) Rise of the Network Society, The Information Age: Economy, Society and Culture volume 1, Massachusetts, Blackwell Publishing
Kellner, Douglas, "Globalization and Technopolitics"
Preston, Paschal "Reshaping Communications: Technology, Information and Social Change," London:Sage, 2001
Stoll, C., Silicon Snake Oil: Second Thoughts on the Information Highway, Anchor Books, New York, 1995
Gates, B. The Road Ahead, Penguin Books, New York, 1995.

Similar Documents

Free Essay

Manajemen

...nKELOMPOK 10 KOMUNIKASI MANAJERIAL DAN TEKNOLOGI INFORMASI Disusun Oleh : 1. Arbima Anugrah 2. Aryanti Kurniasri 3. Utari Taebenu Mata Kuliah : Manajemen Dosen : Paul Eduard Sudjiman UNIVERSITAS ADVENT INDONESIA I Kata Pengantar Segala puji dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah dan masih memberikan berkat, kesehatan, dan kesempatan kepada kita semua, khususnya bagi kami sebagai penulis sehingga dapat menyelesaikan makalah ini tepat pada waktunya, yang disusun untuk memenuhi tugas mata kuliah Manajemen. Pada kesempatan ini, kami mengucapkan terimakasih kepada pengarang buku atau artikel-artikel yang berhubungan dengan Komunikasi Manajerial dan Teknologi Informasi, yang telah membantu kami dengan tulisan-tulisan buku ataupun blognya. Serta kepada dosen mata kuliah Manajemen yang telah memberikan kesempatan untuk membuat makalah ini. Kami menyadari bahwa makalah ini masih sangat banyak kekurangan, baik dari segi inti masalah atau desain yang disusun. Oleh karena itu, kami dengan kerendahan hati memohon maaf apabila terdapat kesalahan dalam makalah ini. Harapan kami, makalah ini dapat memberikan informasi kepada kita semua mengenai Komunikasi Manajemen dan Teknologi Informasi agar dapat menjadi pedoman dalam kehidupan kita mendatang. Semoga bermanfaat. Tuhan memberkati. Bandung, April 2013 Penulis II Daftar Isi Kata Pengantar ...........................................................................

Words: 2405 - Pages: 10