Free Essay

Konsep Ibadah Dan Bersuci Dalam Islam

In:

Submitted By snmz
Words 933
Pages 4
CTU 001 ( MPD0021B ) ( KUMPULAN 6 )
KONSEP IBADAH DAN BERSUCI DALAM ISLAM

KONSEP IBADAH
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM ADALAH LUAS MERANGKUMI KESELURUHAN KEHIDUPAN MANUSIA DAN IA JUGA BERSIFAT PRAKTIKAL ( WAQI’IYYAH ) . BERIBADAH HANYA KEPADA ALLAH SWT ADALAH PENCIPTAAN UTAMA PENCIPTAAN MANUSIA DI ALAM MAYA INI. FIRMAN ALLAH : “ DAN TIDAK AKU JADIKAN MANUSIA KECUALI MEREKA MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADAKU”. DAN FIRMAN ALLAH LAGI, “WAHAI MANUSIA ! SEMBAHLAH TUHAN KAMU YANG TELAH MENJADIKAN KAMU DAN MENJADIKAN ORANG – ORANG SEBELUM KAMU. MUDAH – MUDAHAN KAMU BERTAQWA”.

BERSUCI DALAM ISLAM
BERSUCI ADALAH SESUATU TUNTUTAN FITRAH. FITRAH MANUSIA CENDERUNG KEPADA KEBERSIHAN DAN SECARA SEMULA JADI, IA TIDAK SUKA DAN MENJAUHKAN DIRI DARI KEJIJIKKAN DAN KEKOTORAN. OLEH KERANA ISLAM ADALAH AGAMA FITRAH, MAKA SECARA SEMULA JADI IA MEMERINTAH ( MANUSIA ) SUPAYA BERSUCI DAN MENJAGA KEBERSIHAN. BERSUCI DARI HADAS, NAJIS DAN KEKOTORAN HUKUMNYA WAJIB DAN MENJADI SYARAT SAH SESUATU IBADAH.

DEFINISI IBADAH
IBADAH DARI SEGI BAHASA YANG MEMBAWA MAKSUD MERENDAH DIRI , TUNDUK , PATUH , TAAT , MENGHINA DIRI DAN MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA YANG LAIN.
MENURUT ISTILAH SYARAK IALAH TAAT , PATUH DAN MERENDAHKAN DIRI SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT. MENGIKUT PERATURAN DAN SURUHAN ALLAH SEBAGAIMANA DITETAPKAN DI DALAM AL QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH. KEPATUHAN INI HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN SETIAP MASA HINGGA KE AKHIR HAYAT. IA MERANGKUMI MAKNA KETUNDUKKAN DAN KECINTAAN KEPADA ALLAH SWT.

DEFINISI BERSUCI
DARI SEGI BAHASA BERSUCI MEMBAWA MAKSUD MEMBERSIHKAN SESUATU DARIPADA KEKOTORAN.
DARI SEGI ISTILAH IANYA BEERTI MEMBERSIHKAN DIRI , PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA HADAS , NAJIS DAN KOTORAN.

ASAS-ASAS IBADAH
1. KETUNDUKAN - MENURUT, MENGIKUT DAN MENDEKATKAN DIRI DENGAN SEGALA PERINTAH YANG DISYARIATKAN ALLAH. KETUNDUKAN INI BERASASKAN KEPADA PERASAAN SEDAR TERHADAP KEESAAN ALLAH DAN KEKUASAANNYA DI ATAS SEGALA SESUATU DIBANDINGKAN DENGAN KEDAIFAN DAN KEKERDILAN DIRI SENDIRI.

2. KECINTAAN - KEPATUHAN INI HENDAKLAH JUGA LAHIR DARI RASA CINTA KEPADA ALLAH. IA BERDASARKAN KESEDARAN MANUSIA TERHADAP LIMPAH KURNIA ALLAH, NIKMAT-NIKMAT DAN RAHMATNYA. KESEDARAN INI JUGA LAHIR DARIPADA RASA KAGUM TERHADAP KEMULIAAN DAN KESEMPURNAAN ALLAH.

PEMBAHAGIAN IBADAH

1. IBADAH KHUSUS : IA ADALAH MERUPAKAN SEKUMPULAN PERINTAH YANG WAJIB DILAKUKAN SEBAGAIMANA YANG TERKANDUNG DALAM RUKUM ISLAM DAN JUGA SEUMPAMA SEPERTI SEMBAHYANG, PUASA, ZAKAT, HAJI, TILAWATUL QURAN, ZIKIR DAN SEBAGAINYA.

2.IBADAH UMUM : SEGALA PERKARA ATAU PEKERJAAN SELAIN DARI YANG TERSEBUT DI ATAS YANG DILAKUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH.

JENIS-JENIS BERSUCI

MENYUCIKAN BADAN DARI HADAS KECIL
IAITU MENYUCIKAN BADAN DARIPADA HADAS KECIL DENGAN BERWUDUK ATAU BERTAYAMMUM. ORANG YANG BERHADAS KECIL DIHARAMKAM MENGERJAKAN SOLAT ATAU MENYENTUH AL-QURAN.

MENYUCIKAN BADAN DARI HADAS BESAR
ORANG YANG BERJUNUB ATAU BERHADAS BESAR HENDAKLAH MEMBERSIHKAN DIRINYA DENGAN MANDI.MEREKA YANG BERHADAS BESAR IALAH MEREKA YANG MELAKUKAN PERSETUBUHAN ,ORANG YANG HAID DAN NIFAS. ORANG YANG BERHADAS BESAR JUGA DIHARAMKAN MENGERJAKAN SOLAT,PUASA,HAJI,DUDUK DI DALAM MASJID,MENYENTUH DAN MEMBACA AL-QURAN.

ISTINJA’
MENGHILANGKAN KOTORAN SAMADA NAJIS KECIL (KENCING) ATAU NAJIS BESAR(TAHI) DARI TEMPAT KELUARNYA DENGAN SESUATU YANG BERSIH SEPERTI AIR,KERTAS,BATU,TISU DAN SEBAGAINYA SEHINGGA NAJIS ITU BERSIH. ISTINJA’ ITU MESTILAH MENGHILANGKAN NAJIS,BAUNYA DAN RASANYA.

CARA-CARA BERISTINJA’

1. ISTINJA’ ITU MESTILAH 3 KALI ULANG,KALAU MASIH BELUM SUCI BOLEH DI ULANGI LAGI SEHINGGA BERSIH.

2. ALAT DIBUAT ISTINJA’ ITU MESTILAH DAPAT MEMBERSIHKAN TEMPAT NAJIS YANG KELUAR.

3. SEKIRANYA BATU MESTILAH DIAMBIL SEKURANG-KURANGNYA 3 BIJI .

JENIS-JENIS AIR
1. AI MUTLAK ( AIR YANG SUCI LAGI MENYUCIKAN )
2. AIR MUSTA’MAL (AIR YANG TELAH DIGUNAKAN )
3. AIR MUTANNAJIS ( AIR YANG KOTOR)
4. AIR MUSYAMMAS (AIR YANG BERJEMUR PADA MATAHARI)

JENIS – JENIS NAJIS

NAJIS MUKHAFFAFAH (NAJIS RINGAN)
- IAITU NAJIS YANG RINGAN SEPERTI KENCING BAYI YANG BERUSIA 2 TAHUN KEBAWAHYANG HANYA MINUM SUSU IBUNYA SAJA.CARA MENYUCINYA IALAH DENGAN MERENJIS AIR DI TEMPAT TERKENA KENCING ITU.
NAJIS MUTAWASSITAH (NAJIS PERTENGAHAN)
- IAITU NAJIS PERTENGAHAN .TERMASUK DALAM KUMPULAN INI IALAH AIR KENCING ,TAHI, DARAH,NANAH,MUNTAH,AIR MAZI (IAITU AIR PUTIH JERNIH YANG KELUAR DARI KEMALUAN KETIKA NAFSU BERAHI MENINGKAT),WADI (IAITU AIR PUTIH JERNIH YANG KELUAR DARI KEMALUAN SESUDAH BUANG AIR KECIL KETIKA KERJA BERAT),ARAK DAN SUSU BINATANG YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN.CARA MENYUCINYA IALAH BASUH DENGAN AIR BERSIH HINGGA HILANG BAUNYA,RASANYA,DAN WARNANYA.JIKA SUDAH DIBASUH BERULANG-ULANG KALI TETAPI BAUD AN WARNANYA TIDAK JUGA HILANG ADALAH DIMAAFKAN.
NAJIS MUGHALLAZAH (NAJIS BERAT)
- IAITU NAJIS YANG BERAT IAITU NAJIS ANJING DAN BABI.CARA MENCUCI BARANG –BARANG YANG TERKENA NAJIS INI IALAH DENGAN MENYAMAK IAITULAH MEMBASUH DENGAN AIR SEBANYAK 7 KALI.BASUHAN PERTAMA HENDAKLAH DENGAN AIR BERCAMPUR DENGAN TANAH.

MANDI WAJIB ATAU MANDI JUNUB

MANDI WAJIB IALAH MANDI YANG WAJIB DILAKUKAN BAGI MENGANGKAT HADAS YANG BESAR SETELAH BERLAKU SALAH SATU DARIPADA SEBAB-SEBAB YANG MENYEBABKAN WAJIBNYA MANDI WAJIB SEPERTI BERSETUBUH.

SEBAB-SEBAB WAJIB MANDI
1. MELAKUKAN PERSETUBUHAN
2. KELUAR AIR MANI WALAUPUN TIDAK BERSETUBUH
3. MATI KECUALI MATI SYAHID
4. SUCI DARIPADA HAID.APABILA SESEORANG PEREMPUAN TELAH SUCI DARIPADA HAIDNYA MAKA WAJIBLAH DIA MANDI DENGAN SEGERA.
5. SUCI DARI DARAH NIFAS IAITU DARAH YANG KELUAR SESUDAH MELAHIRKAN ANAK.
6. WILADAH IAITU MELAHIRKAN ANAK

KESIMPULAN BAGI KONSEP IBADAH1.

IBADAH DALAM ISLAM ADALAH MERUPAKAN MAKANAN ATAU RIADHAH RUHI SEBAGAIMANA JASAD MEMERLUKAN MAKAN DAN MINUMAN.
2. UNTUK MEMERDEKAKAN DIRI MANUSIA DARIPADA MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA SESUATU MAKHLUK SELAIN DARIPADA ALLAH.
3. UNTUK MEMBERIKAN SUATU KEYAKINAN DAN TEMPAT PERGANTUNGAN YANG SEBENARNYA YANG TELAH MENJADI FITRAH ATAU TABI’AT SEMULAJADI MANUSIA.
4. UNTUK MENGEMBALIKAN DAN MELETAKKAN MANUSIA ITU DI TEMPAT FITRAHNYA YANG BETUL SEBAGAI HAMBA ALLAH TAALA.
5. IBADAH JUGA MERUPAKAN UJIAN ALLAH KEPADA HAMBANYA DALAM SELURUH HIDUPNYA.
6. IBADAH JUGA SUATU GARIS PEMISAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA ISLAM DENGAN KAFIR DAN ANTARA MANUSIA DENGAN MAKHLUK-MAKHLUK LAIN.

KESIMPULAN BERSUCI DALAM ISLAM

INDIVIDU
1.TERHINDAR DARI PENYAKIT
2.MENCERDASKAN JASMANI & MENTAL
3.IBADAT AKAN DITERIMA OLEH ALLAH
4.MEMUDAHKAN BERINTERAKSI DENGAN ORANG LAIN

KEPADA MASYARAKAT
1. MASYARAKAT SENTIASA SIHAT, CERIA DAN SEJAHTERA
2. MASYARAKAT HIDUP AMAN & HARMONI
3. KEBERSIHAN PERSEKITARAN TERJAGA

Similar Documents

Free Essay

1 Malaysia

...Senarai Ajaran Sesat Di Malaysia 10-12 10 - Faktor Lahirnya Ajaran Sesat 12-13 11 - Teknik Penyebar Ajaran Sesat Memikat Pengikut 13-14 12 - Ciri-Ciri Asas Penganut Ajaran Sesat 15-16 13 - Cara-Cara Perkembangan Ajaran Sesat 16-17 14 - Kesan Buruk Mengamalkan Ajaran Sesat 18-19 15 - Ancaman Ajaran Sesat Kepada Umat Islam Dan Negara 19-21 16 - Langkah-Langkah Menangani Ajaran Sesat 21-22 17 - Contoh Video Amalan Ajaran Sesat 23 18 - Langkah-Langkah Yang Telah Diambil Oleh Jakim 23-24 19 - Penutup 25 20 - Rujukan 26 21 - Lampiran 27 Pendahuluan Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari, tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:- i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu. ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan. iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat...

Words: 6103 - Pages: 25

Free Essay

Competition Between Elimination and Substitution in Haloalkane

...Islam__________________________________________________________ ‫َﺎ ﹶﺍ َﻌﻨﻲ ﺍﻨﺘ َﺎﺌﻲ ﻟﻺﺴ ﹶﻡ؟‬ ‫ﻼ‬ ‫ِﻤ‬ ‫ﻤﺫ ﻴ‬ Apa Ertinya Saya Menganut Islam Fathi Yakan 1 Apa Ertinya Saya Menganut Islam__________________________________________________________ BAHAGIAN PERTAMA Apa Ertinya Saya Menganut Islam 1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah. 2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat. 3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak. 4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga. 5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri. 6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam. 2 Apa Ertinya Saya Menganut Islam__________________________________________________________ Mukadimah Bahagian Pertama Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan. Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala: ‫ُﻮ ﺳ ﱠﺎﻛﻢ ﺍﹾﻟﻤُﺴﻠﻤﲔ ﻣﻦ ﻗﺒ ﹸ ﻭﻓِﻲ ﻫﺬﹶﺍ ِﻟﻴ ﹸﻮﻥ ﺍﻟﺮ ُﻮﻝ...

Words: 49366 - Pages: 198