Free Essay

Lakalakawei

In:

Submitted By husainn
Words 474
Pages 2
Hubungan bahasa dengan masyarakat adalah saling melengkapi. Bahasa memerlukan masyarakat untuk terus hidup dan masyarakat memerlukan bahasa untuk melicinkan urusan hidupnya. Tanpa pengguna, bahasa akan mati sebagaimana bahasa Sanskrit, atau nazak sebagaimana tulisan Jawi. Daripada hubungan timbal-balik (saling melengkapi) ini akan membentuk satu budaya.

Hubungan timbal-balik bahasa dengan budaya pernah ditegaskan oleh Charlton Laird. Katanya, tanpa bahasa tidak akan ada bangsa, dan tanpa tulisan bangsa berkenaan tidak akan bertamadun. Pendapat Charlton Laird itu merupakan penegasan betapa penting bahasa, tulisan dan budaya bangsa. Pandangan ini juga mendedahkan bahawa peranan bahasa tidak sahaja sebagai alat komunikasi, malahan bahasa berupaya membentuk, merakam, menyampaikan fikiran, perasaan dan budaya bangsa.

Bangsa merupakan penutur dan sekali gus pendakwah bahasanya. Masyarakat dan institusi asing hanyalah sebagai pembantu. Ia bukan faktor utama yang menghidupkan bahasa. Bahasa Inggeris dan peradaban Inggeris-Amerika menjadi penting pada dekad sekarang kerana penggunanya berada di serata dunia. Apabila bahasa Inggeris berkembang dan turut digunakan oleh bangsa lain, maka kepentingan material dan nonmaterial yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Inggeris juga turut berkembang. Justeru, novel-novel berbahasa Inggeris senang mendapat pasaran. Hal sebaliknya bagi novel-novel berbahasa Thai atau Melayu. Jikalau hendak dipasarkan juga, maka novel-novel itu mesti diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Menterjemahkan bahasa bukan sekadar memindahkan makna perkataan, sebaliknya turut dipindahkan ialah budaya bangsa pemilik bahasa berkenaan.

http://nassuryibrahim.blogspot.com/2012/03/bahasa-sapaan-kata-ganti-diri-melayu.html

Bermula adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihatkan adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat oleh bangsa yang lain-lain dalam dunia ini diperbuatnya!

Adakah segala manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkan…

Bermula adalah yang kudengar beberapa bangsa di dalam dunia ini menjadi besar dan pandai sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti bahasanya serta memeliharakan bahasanya, iaitu daripada bangsa Arab atau bangsa orang putih, baik daripada Cina atau Hindu, maka sekelian mereka sentiasa memeliharakan dan memuliakan bahasanya.

Maka makin sehari makinlah diluaskannya dan ditambahinya dan dibaikinya dan dihaluskannya sampailah zaman ini, kerana sesungguhnya bahasa itulah menjadikan manusia itu berakal dan menambah kepandaian dan ilmunya dan boleh menjalankan segala pekerjaannya dan boleh membaiki akan dirinya sendiri dan boleh pula mengajar akan orang lain.

Maka dengan dia itulah sahaja dijadikan Allah yang dapat mengeluarkan barang suatu rahsia dalam hati manusia.Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu maka bahasanya pun besarlah, kerana sekelian perkara yang ada dalam dunia dan akhirat itu semuanya terbit daripadanyalah, menjalankan pekerjaan dan memberi nama tiap-tiap suatu itu dengan bahasa dan mencari kehidupan itu pun dengan bahasa dan mendatangkan beberapa kekayaan dan kemuliaan.Kebesaran bagi manusia itu pun daripada bahasa datangnya.

Maka bahasa itulah yang besar gunanya bagi manusia ini dunia akhirat. Maka patutkah iaitu tiada engkau endahkan...

BAHASA: PETIKAN HIKAYAT ABDULLAH TENTANG BANGSA DAN BAHASA MELAYU

Similar Documents