Free Essay

Latah (Malay Culture)

In:

Submitted By zaine
Words 639
Pages 3
Latah
Definisi
Latah merupakan satu jenis respons reflektif dalam bentuk perkataan atau perbuatan yang tidak terkendali.Biasanya,keadaan ini berlaku apabila seseorang berasa kaget atau dalam keadaan keterkejutan.Latah ini juga disebut sebagai “Culture Bound Syndrome”.Latah ini merupakan kebiasaan yang tertanam di dalam fikiran bawah sedar dan bukannya sejenis penyakit mental.Latah ini bukan gangguan psikologis yang serius tetapi banyak orang menganggapnya sebagai hiburan atau sesuatu yang lucu.Latah ini dapat dikategorikan sebagai penyakit yang berkaitan dengan psikologi seseorang.Ketika seseorang individu melatah,maka ia akan berlaku secara automatik dan tidak dapat dikawal. latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya. Latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.

Kini,terdapat sesetengah individu melatah dengan mengucapkan kata-kata kasar dan jorok.Perilaku latah ini sentiasa menjadi bahan tertawaan dan olok-olok orang lain kerana dianggap lucu,dan sering membuat individu di sekitarnya berasa terganggu.Berdasarkan literatur,penyakit latah hanya ditemukan dalam kalangan penduduk Asia,terutamanya penduduk Asia Tenggara.Mayarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu sememangnya cukup bersinonim dengan melatah terutamanya wanita tua yang tidak bersuami ,cara hidup yang rendah dan cara pemikiran yang sederhana.Gejala melatah ini sering diawali dengan mimpi-mimpi tentang alat kelamin laki-laki atau sesuatu yang melambangkan alat kelamin yang bergantungan pada dinding atau di dalam kamar tidurnya. Apabila ia dikagetkan oleh suara atau gerakan,maka ia akan segera bereaksi koprolalia,echolalia atau echopraxia. Selepas itu,individu tersebut akan berasa malu ,menyesal dan meminta maaf atau menyalahkan orang lain yang telah mengujutkannya.Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, individu tersebut seolah-olah akan hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukannya. Anehnya, tiada sesiapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik. Bagaimanapun, bukan wanita sahaja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.

Selain itu, penelitian mengenai latah ini daripada Soestiantoro(1985),fenomena latah ini belum banyak diketahui, baik mengenai mekanisme psikopatologinya mahupun hubungan dengan masalah budaya yang kompleks.Akhir-akhir ini,latah ini telah menjadi suatu trend dalam kalangan remaja kerana ia dianggap sebagai satu hal yang lucu dan gaul.Hal ini demikian kerana fenomena trend latah ini tidak dapat dilarikan dengan perkembangan dunia hiburan televisyen.Semua pelakon akan memakai latah sebagai alat untuk melucukan penonton.Sebagai impaknya,masyarakat akan meniru dan mencontohi tingkah laku latah ini.Latah ini juga berlaku secara sengaja apabila seseorang individu tersebut ingin eksistensinya diakui dalam kalangan masyarakatnya.Maka,seseorang individu tersebut akan berpura-pura menjadi seorang yang latah semasa dikejutkan.Dengan inilah,individu tersebut akan dilabelkan sebagai orang yang lucu dan gaul. Sebagai contohnya, Roslan Shah,seorang penyanyi, pengacara dan pelakon yang kuat melatah.Menurutnya,dia telah melatah sejak tiga tahun dulu.Akibatnya ,dia suka mengusik dan mengajuk orang lain yang melatah,lama-kelamaan dia terus menjadi orang yang suka melatah.Pada suatu kali,semasa Roslan sedang makan di sebuah restoran,seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat mengakibatkannya “bersilat”hinggakan meja dan pinggan magkuk bertaburan. Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang sekeliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.Justeru,menurut kata Roslan, jangan merangsang orang yang melatah seperti mencucuk pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya hingga mereka terkejut. Walaupun dengan melatah boleh menceriakan suasana tetapi ia turut memberi kesan kepada si latah tadi. Selain penat dan perlakuan mereka tanpa sedar, mereka juga menjadi bahan ketawa yang kadang kala memualkan diri mereka sendiri.

Similar Documents