Free Essay

Mahasiswa Menggangur

In:

Submitted By denialdennes
Words 2893
Pages 12
Isu mahasiswa menggangur bukan satu perkara yang baru bagi kita rakyat Malaysia, kerana pada tahun 2012 sahaja dilaporkan kira-kira 60,000 graduan di seluruh negara menganggur dengan sebahagian besarnya membabitkan lulusan dalam bidang pengajian yang kurang mendapat permintaan pasaran kerjaya, termasuk sains sosial dan kemanusiaan. Walaupun mengetahui mengenai perkara ini masih ramai di antara kita seakan-akan tidak mengambil peduli mengenai isu ini sedangkan perkara ini bakal menentukan masa hadapan negara kita kerana golongan muda pada masa kini adalah bakal pemimpin negara yang akan mencorakan hala tuju negara dalam mengharungi proses globalisasi yg semakin pesat membangun di seluruh dunia dan sudah pastinya kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam proses pembangunan globlisasi ini. Jika isu pengganguran mahasiswa ini tidak di pandang serius oleh semua pihak pastinya negara kita akan ketinggalan banyak dan impian untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Negara kita masih kekurangan tenaga kerja glokal yang berkualiti dan berkemampuan tinggi serta ketiadaan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk memimpin kita menjadi sebuah negara maju dan terkenal di mata dunia, diharapkan agar generasi muda ini mampu memimpin negara kita kea rah kecemerlangan. Bakal graduan universiti tidak seharusnya bersikap sambil lewa terhadap perkara ini kerana perkara ini membabitkan masa hadapan mereka sendiri dan mereka haru mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran bagi mengharungi persaingan sengit semasa mencari kerja di dunia pekerjaan negara kita, kemahiran- kemahiran ini pastinya akan memudahkan para bakal graduan untuk bersaing dalam mendapatkan pekerjaan sekaligus mahasiswa mendapat pekerjaan. Mahasiswa harus mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dengan sendirinya dan tidak hanya mengharapkan universiti kerana universiti adalah sebuah tempat mendidik bukannya sebuah tempat latihan yang mempersiapkan mahasiswa dengan pelbagai kemahiran dalam menempuh dan bersaing bagi mendapatkan pekerjaan.Kemahiran-kemahiran sudah sepastinya akan membezakan mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan dengan mereka yang menganggur. Kemahiran yang paling utama dan seharusnya di miliki oleh semua bakal graduan adalah kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik, pastinya bila disebut sahaja perkataan komunikasi kita akan membuat tanggapan bahawa manusia yang mempunyai pancaindera sempurna mampu untuk berkomunikasi dengan baik namun tanggapan ini salah sama sekali. Kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting dalam proses kehidupan manusia. Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin mempengaruhi pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki. Kemahiran komunikasi merupakan perkara utama dalam menentukan sama ada seorang graduan itu mampu mendapat pekerjaan atau tidak, bagi mendapatkan pekerjaan pastinya seorang graduan itu akan menjalani proses temuduga oleh majikan dan pada masa itu majikan akan menentukan jika seorang graduan itu mampu untuk menjadi seorang pekerja yang mampu untuk menjadi anggota organisasinya atau tidak, antara perkara yang boleh menyebabkan seorang graduan gagal dalam proses temu duga ialah terlalu gelabah semasa duduk di hadapan penemu duga dan perasaan terlalu galabah ini dapat dilihat pada diri graduan apabila berpeluh terlalu banyak dan menggeletar semasa di temu duga perkara ini sekaligus menunjukan yang anda mungkin tidak sesuai untuk di ambil bekerja, ketidak mampuan untuk membuat “eye contact” dan menjawab soalan dengan baik sudah pastinya akan memperlihatkan anda sebagai seorang graduan yang tidak berkredibiliti tinggi dan tidak menjadi pilihan majikan. Walaupun memiliki keputusan yang cemerlang daripada universiti terkenal pastinya graduan susah untuk mendapatkan pekerjaan kerana di alam pekerjaan kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan dengan orang lain sama ada sesama rakan sekerja mahu pun dengan pelanggan bagi memastikan sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan, komunikasi dengan pelanggan amat penting bagi memastikan kita dapat mempengaruhi pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan kita. Lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris juga merupakan antara faktor mengapa mahasiswa sukar mendapatkan pekerjaan terutamanya di sektor swasta yang amat mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris, terutamanya di syarikat yang bertaraf multinasional kerana penggunaan Bahasa Inggeris adalah menyeluruh di dalam syarikat multinasional dan tidak setakat di peringkat pegawai atasan malahan di bahagian perkeranian,jelaslah di sini bahawa penguasaan Bahasa Inggeris mampu mendapatkan graduan pekerjaan kerana kecemerlangan akademik secara teori sahaja tidak sama dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Penguasaan bahasa inggeris juga seharusnya di ikuti dengan penguasaan bahasa asing yang lain antaranya ialah bahasa cina dan bahasa india, bagi memberi graduan kelebihan dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan. Pemilihan bidang pengajian semasa di universiti juga memainkan peranan penting dalam memastikan masa depan mahasiswa yang bakal bergelar graduan universiti. Pemilihan bidang pengajian di universiti juga perlu disesuaikan dengan kemampuan dan minat pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka di tahap yang lebih tinggi, terdapat pelbagai pilihan yang boleh di pilih oleh pelajar di universiti swasta atau pun awam di negara kita. Bidang-bidang ini boleh membingungkan pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke menara gading, antara bidang yang kurang mendapat sambutan atau pun tawaran bekerja yang menggalakan di Malaysia ialah bidang sains sosial dan kemanusiaan. Malas membuat kajian menyebabkan pelajar salah mengambil bidang pengajian yang tidak sesuai dengan kemampuan dan minat mereka sekaligus penyebab utama kenapa graduan mendapat keputusan rendah kelak. Pelajar perlu membuat persedian rapi terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan masa hadapan mereka, kajian dan pemahaman yang mendalam perlu di jalankan secara menyeluruh terhadap bidang pengajian yang di tawarkan oleh setiap universiti, bagi memastikan bidang yang di ambil dapat dikuasai seiring dengan minat pelajar lantas keputusan yang cemerlang dapat dicapai oleh bakal graduan. Graduan perlu bersikap proaktif dalam perkara yang melibatkan masa hadapan mereka dan tidak hanya bersikap sambil lewa, sebelum memasuki universiti lagi seorang pelajar itu perlu membuat kajian yang mendalam dan persedian yang rapi dalam menghadapi apa sahaja perkara kelak, tidak kira sama ada sebelum bergelar mahasiswa atau pun selepas bergelar graduan universiti. Majikan terutamanya menyukai pekerja yang boleh bergerak sendiri tanpa perlu di beri arahan dalam melakukan sesuatu kerja dan mempunyai daya maju diri yang tinggi, sikap ini perlu di semai dengan mendalam dalam diri graduan bagi mengatasi pengganguran di kalangan graduan, mempunyai pendidikan tinggi sahaja tidak mencukupi jika tidak mempunyai sikap proaktif untuk maju dan cuba untuk mencipta peluang kerjaya sendiri. Pada masa kini semua aspek di nilai oleh majikan dalam mengaji pekerja baru untuk bekerja dengan mereka, jika graduan itu memberikan dapat memberikan apa yang di mahukan oleh majikan-majikan pada masa kini sudah pasti mudah bagi graduan untuk mendapat pekerjaan di mana sahaja. Penampilan diri adalah aspek terpenting yang sering kita lupakan dalam usaha kita untuk mencari pekerjaan yang semakin sukar untuk di dapati oleh para graduan universiti, aspek ini boleh menjadi antara sebab untuk kita berjaya mendapat pekerjaan ataupun ditolak untuk bekerja di sesuatu organisasi itu, dengan alasan mereka graduan tidak menepati dengan kriteria yang di cari oleh majikan di dalam diri pekerja yang akan bekerja untuknya. Di dunia ini penampilan diri menjadi satu aspek yang terpenting dalam kehidupan seharian kita, ramai inividu menilai individu lain berdasarkan dengan penampilan mereka dalam kehidupan seharian, penampilan diri sangat penting untuk penilaian awal orang lain terhadap diri anda ketika pertemuan kali pertama. Ini kerana melalui penampilan, orang lain akan cuba membuat seribu satu andaian mengenai tingkahlaku, sifat, kerjaya dan sebagainya. Temuduga merupakan perkara terpenting dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan dan berdasarkan kajian yang telah dilakukan, peratus seseorang yang berpenampilan menarik berjaya didalam temuduga adalah 3 atau 4 peratus lebih tinggi berbanding orang yang kurang berpenampilan menarik perkara ini menunjukkan bahawa penampilan mempengaruhi penemuduga dalam memilih pekerja, perkara ini terjadi kerana penampilan yang menarik sebenarnya dapat mempengaruhi minda separa sedar orang lain untuk membina kepercayaan terhadap diri anda dan ini adalah antara merupakan aspek terpenting dalam temuduga iaitu untuk mempengaruhi bakal majikan untuk mempercayai kemampuan dan diri kita untuk bekerja denganya. Umum beranggapan bahawa penampilan diri hanya berkaitan dengan fesyen yang di gayakan oelh individu, kesilapan yang graduan selalu lakukan ialah terlalu mengikut fesyen hingga mengayakan fesyen-fesyen pakaian yang tidak sesuai untuk digayakan semasa pergi ke temuduga. Pemilihan pakaian untuk lelaki yang sesuai semasa temuduga ialah kemeja berkolar, memakai tali leher, berlenggan panjang dan berseluar hitam atau kelabu serta kasut yang sesuai untuk pekerja pejabat, wanita pula perlulah mengenakan skirt yang labuh disesuaikan dengan kasut yang sekurang-kurangya berttumit 2 inci dan berwarna hitam ataupun coklat. Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan selesa dipakai, jangan memakai pakaian yang menjolok mata, ketat dan meniru artis, selain itu kebersihan diri juga harus diutamakan dengan berkuku pendek dan rambut harus didandan dengan rapi. Pastinya kepentingan penampilan diri tidak diajar oleh universiti, namun ini merupakan antara aspek terpenting dalam usaha mendapatkan pekerjaan kelak, oleh itu para mahasiswa seharusnya peka dengan aspek ini, bagi memastikan mereka mudah mendapat pekerjaan kelak. Membina imej diri yang positif adalah juga adalah antara aspek penting bagi mendapatkan kerjaya yang diingini. Bila kita ada perasaan selesa dengan diri kita, orang yang di sekeliling juga akan rasa selesa dengan diri kita. Sebaliknya pula bila kita membenci diri kita, kita turut membenci orang yang di sekeliling kita. Pastinya bakal majikan akan mengambil mereka yang mudah untuk menyesuaikan diri dan dirasakan selesa untuk berkerjasama dengan. Imej diri yang negatif ialah jika kita memandang diri kita sebagai orang yang tidak berguna, hanya menjadi beban kepada orang lain dan kehadiranya dirinya tidak memberi makna, pemikiran sebegini sudah tentu menimbulkan rasa rendah diri pada diri kita sendiri dan perkara ini lagi seolah-olah memberikan peluang kepada orang di sekeliling untuk turut memandang rendah dan mengambil kesempatan pada diri kita. Jika pemikiran sebegini sentiasa berterusan dalam minda, terutamanya anda sebagai seorang mahasiswa di universiti yang sentiasa dan berterusan merasa rendah diri, mempercayai diri sering lemah dan tidak berkeupayaan, pastinya kita tidak akan berupaya mengikuti pembelajaran kita dengan baik lalu mustahil untuk kita mendapat keputusan yang cemerlang. Imej diri yang negatif juga boleh memberikan bayangan kepada bakal majikan terhadap diri kita sebagai lambat memahami arahan, tidak berkeupayaan melakukan tugasan yang diberikan majikan. Jelaslah membina imej diri yang positif adalah penting kerana ianya memberikan keyakinan pada diri seterusnya kepada orang di sekeliling. Beberapa contoh imej diri yang negatif ialah perasaan rendah diri yang keterlaluan sehingga menyebabkan kita susah melakukan apa-apa sahaja, bersifat terlalu cemburu dengan kejayaan orang lain sehingga perasaan ini memakan diri kita sendiri, bercakap perkara negatif tentang diri kerana tidak boleh menerima diri dengan seadanya serta terlalu suka mengkritik orang lain. Antara tips dalam usaha membinaan imej diri yang positif ialah terimalah diri anda secara seluruhnya dan bersyukur dengan apa yang dimiliki, ini kerana individu yang memiliki imej diri yang negatif sering memandang rendah apa yang dimilikinya, mungkin ia merasakan kulitnya tidak cantik dan sehalus orang lain, hidungnya tidak cukup mancung, bulu matanya tidak cukup melentik dan sebagainya. Tidak ada yang cantik dalam dirinya di matanya dan untuk membina imej diri yang positif, kita perlulah bersyukur dan rasa selesa dengan apa yang kita miliki. Terimalah dengan redha rupa paras yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dianugerahkan termasuklah warna kulit dan ketinggian berat badan diri kita yang telah dianugerahkan oelh Allah kepada kita. Bina sikap yang positif terhadap diri sendiri, berikanlah tumpuan pada kekuatan dan potensi yang kita miliki dan cuba senaraikan semua keistimewaan yang kita lihat pada diri dan jangan hanya dihantui dengan kelemahan dan kesilapan yang berlaku. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Pembinaan imej diri yang positif bermula dengan apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Dengan itu berfikirkanlah secara positif tentang diri sendiri dan setiap kali sebelum keluar dari rumah untuk pergi ke temu duga sematkanlah dalam fikiran kita yang kita boleh dan yakinlah yang bahawa kita akan mendapatkan pekerjaan itu. Kurangnya kemahiran insaniah atau “soft skills” dalam diri graduan juga antara sebab yang hangat diperdebatkan dalam mengapa graduan susah untuk mendapatkan pekerjaan. Kemahiran Insaniah merangkumi aspek kemahiran generic dan tidak terdapat satu senarai kemahiran yang khusus tentangnya, tetapi kebanyakannya berkait rapat dengan kemahiran seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, dan pembelajaran berterusan. Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan, mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi, mahasiswa juga harus mampu mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan. Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif juga penting semasa bekerja bagi memastikan penyelesaian dapat dicapai dengan cepat dan efisien, seorang pekerja itu juga haruslah mampu berfikir melangkaui batas dan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh dan seterusnya kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru dan mampu bekerja secara berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama, hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan, mampu mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan dan mampu bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
Pemikiran para graduan juga perlulah mengalami perubahan dalam cara pemikiran mereka iaitu dengan membuang “mind set” yang sudah tersemai dalam pemikiran semua graduan universiti di negara ini iaitu selepas tamat belajar mereka haruslah mencari pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan, namun kini para graduan harus berani meneroka peluang di negara ini dengan tidak hanya makan gaji sebaliknya berani mencuba bidang perniagaan. Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan yang ada di negara kita bagi dijadikan keuntungan dalam bentuk wang ringgit. Bidang keusahawanan memerlukan kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan pekerjaan, Berjaya atau gagal sesuatu perniagaan itu bergantung kepada kebolehan individu dalam bukan sahaja menentukan peluang perniagaan yang boleh mendapatkan keuntungan berlipat ganda kepada dirinya, malahan apa yang terpenting sekali ialah kemahiran individu dalam merangka perancangan perniagaanya bagi memastikan perniagaanya mampu berjalan dengan baik dan mampu maju ke hadapan untuk berkembang dnegan lebih besar lagi di masa hadapan. Graduan seharusnya mempunyai kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan bagi dirinya sendiri bagi memastiakn dirinya tidak ketinggalan dan meneriam gelaran mahasiswa menggangur, pastinya hanya segelintir graduan yang mampu menjadi pekerja dan majikan pada dirinya sendiri dan bilangan yang berjaya terus maju ke hadapan amatlah kecil kerana ramai yang tewas di awal perjuangan yang memerlukan disiplin dan pengorbanan diri yang tinggi bagi berjaya.

Pembelajaran merupakan sesuatu yang kita lakukan secara berterusan dalam hidup kita dan para graduan tidak seharusnya beranggapan yang sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian di universiti, lalu mereka pun berhentilah belajar dalam hidup mereka sedangkan pembelajaran merupakan sesuatu yang kita jalani dalam kehidupan secara sedar dan tak sedar dalam menjalani kehidupan seharian dan terpulang kepada diri kita untuk mempraktikan apa yang telah kita dapat pelajari. Pembelajaran secara berterusan melibatkan usaha mahasiswa berdikari dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru, lalu kemahiran dan pengetahuan baru ini akan digunakan secara praktikal dalam kerjaya mereka. Namun, bukan semua apa yang kita dapati boleh dipraktikan dengan sewenang-wenangnya dalam kehidupan seharian, mahasiswa perlulah bijak untuk hanya menggunakan maklumat yang sudah di ketahui kebenaranya, terutamanya pada zaman ini di mana maklumat daripada pelbagai sumber boleh didapati dalam sekelip mata sahaja dengan menggunakan kecanggihan maklumat. Mahasiswa seharusnya mempunyai keinginan untuk mengembangkan minda dan bersikap ingin tahu dalam kehidupan mereka bagi memastikan mereka sentiasa maju kehadapan dalam kehidupan mereka.
Konklusinya, persaingan sengit di kalangan graduan universiti pada masa ini menyebabkan para graduan harus mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran untuk bersaing dengan graduan-graduan universiti yang lain. Mendapatkan pekerjaan bagi menyara kehidupan sendiri dan keluarga adalah harapan setiap graduan yang baru menamatkan pengajian. Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka akan bernasib baik kerana persaingan yang sengit dalam pasaran masa kini. Sehubungan itu, graduan seharusnya menukar minda mereka (change of mindset) dan tidak memilih pekerjaan. Dalam mendapatkan pekerjaan, graduan tidak patut berfikir untuk memilih pekerjaan mengikut bidang kursus yang dipelajari semasa di universiti atau hanya mahukan jawatan yang diminati sahaja. Sikap begini hanya akan merugikan graduan. Kebanyakan graduan lepasan IPT sekarang hanya boleh berbangga dengan sekeping diploma atau ijazah, tetapi hakikatnya mereka masih mundur. Pengajian yang mereka perolehi dari IPT seolah-olah tidak berguna langsung. Mentaliti para graduan ialah apabila tamat sahaja pengajian, kerjaya impian sedang menanti dengan gaji yang lumayan, diikuti dengan kesenangan hidup yang akan dikecapi. Graduan sepatutnya lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan yang memerlukan pengorbanan tenaga dan masa. Tidak ada alasan untuk tidak mahu bekerja lebih masa atau di luar pejabat. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Mereka juga harus mengetahui bagaimana cara untuk mencipta ruang - ruang baru dalam bidang pekerjaan. Saingan hebat masa kini di dunia kerjaya sudah tentunya mendatangkan masalah besar kepada graduan menganggur. Hal ini kerana masih ramai yang tidak mengambil serius dalam menyediakan diri mereka memasuki alam pekerjaan. Sikap malas untuk menilai diri sendiri dan malas untuk menambah baik prestasi diri sendiri mengakibatkan mereka menemui kegagalan setiap kali temuduga. Semasa ada masa terluang sementara mendapat pekerjaan, graduan harus melengkapkanresume mereka dengan selengkap yang mungkin. Banyakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan dan lebihkan berinteraksi dengan orang di sekeliling, sebaiknya dalam bahasa Inggeris di mana mungkin. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keyakinan diri dan tidak takut untuk menghadapi temuduga. Adalah tidak benar sama sekali bahawa tiada pekerjaan yang ditawarkan kepada graduan muda. Sekiranya seseorang itu berkebolehan dan bersifat mahu belajar, banyak peluang pekerjaan yang sedang menanti. Oleh itu, rebutlah peluang dan carilah pengalaman yang bakal memberi manfaat kepada diri sendiri dan para graduan harus mengingati yang Ijazah hanyalah sekeping kertas yang akan melayakkan anda untuk memohon pekerjaan dan bukannya melayakkan untuk mendapatkan pekerjaan.

|

Similar Documents