...| 3 | 1.1 Latar Belakang | 3 | 1.2 Rumusan Masalah | 3 | 1.3 Tujuan Penelitian | 3 | 1.4 Sumber Data | 3 | | | BAB II : PEMBAHASAN | 4 | 2.1 Pengertian Fiqih Muamalah | 4 | 2.2 Sumber-sumber Fiqih | 8 | 2.3 Asas Fiqih Muamalah | 9 | 2.4 Urgensi mempelajari Fiqih Muamalah | 12 | | | BAB III : SIMPULAN | 15 | 3.1 Simpulan | 15 | | | DAFTAR PUSTAKA | 16 | BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Islam sebagai agama memiliki kemuliaan dan keagungan yang sangat tinggi. Islam merupakan agama terbaik, tidak ekstrim, agama yang mudah, jelas. Islam adalah agama yang sempurna, tidak memiliki kekurangan. Islam merupakan agama yang cocok untuk semua zaman dan tempat. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan, barangsiapa komitmen berpegang dengan Islam maka ia akan menang. Sebaliknya, barangsiapa berpaling dari Islam, maka ia akan merugi. Fiqh Muamalah sebagai hasil dari pengolahan potensi insani dalam meraih sebanyak mungkin nilai-nilai...
Words: 3452 - Pages: 14
...berkisar atas dasar keuntungan peribadi sebagai syarat. Sebaliknya, dalam sistem kewangan Islam seperti yang sedia maklum, manusia dianggap sebagai wakil Allah SWT di bumi dan sebarang harta yang dimiliki oleh manusia hanya merupakan amanah semata-mata dan bukannya milik yang mutlak. Justeru, kebebasan menjalankan urusniaga dalam sistem kewangan Islam semestinya berlandaskan panduan yang ditentukan oleh agama Islam, bukan kepentingan diri sendiri semata-mata. Kewangan Islam dalam bentuknya yang terkini telah bermula sejak 30 tahun yang lalu walaupun prinsip – prinsip asasnya telah sedia ada sejak kedatangan Islam lagi. Sejarah awal Islam menunjukkan bahawa golongan Muslim juga cemerlang dalam bidang kewangan dan perniagaan dengan mengamalkan teransaksi yang halal dan bersih daripada sebarang unsur kezaliman seperti riba dan perjudian. Setelah tempoh itu dan sejak 30 tahun yang lalu, banyak perkembangan telah berlaku dan kewangan Islam kini diiktiraf sebagai mempunyai banyak potensi. Keampuhannya semasa melalui tempoh krisis kewangan yang melanda dunia membuktikan bahawa sistem kewangan Islam berupaya menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional. Namun, tidak dinafikan bahawa sistem ini turut terjejas sedikit oleh kerana kelempabapan ekonomi dunia. Kepelbagaian kontrak Syari`ah dan dinamisma serta keanjalan Syari‟ah telah membantu perkembangan pelbagai produk dan innovasi dalam kewangan Islam. Sistem ini dijangka berupaya menyaingi sistem kewangan konvensional dan mencatatkan...
Words: 5517 - Pages: 23
...BAB 7 PANDANGAN ISLAM MENGENAI HUBUNGAN ETNIK 8. TOLERANSI ISLAM DALAM HUBUNGAN ETNIK 1. Layanan baik – sesama Islam & bukan Islam; tingkah laku mulia, ikhlas, mesra, berkwn baik berhemah, memberi makanan, dll. 2. Menjaga hak jiran – meghormati hak jiran bukan Islam; kepercayaan agama & menolong jiran miskin. 3. Kebajikan – Jabatan Kebajikan Masyarakat & PERKIM. 4. Hubungan silaturrahim – menghadiahkan sesuatu kpd jiran & berbaik-baik. 5. Adab berdialog baik – debat disyariatkan; menegak kebenaran, dakwah & debat tercela; ingin menang bukan mencari kebenaran. 1. ISLAM HADHARI * DEFINISI * Pendekatan pembangunan manusia, masyarakat & negara Msia menyeluruh berdasarkan perspektif tamadun Islam. * OBJEKTIF * Melahirkan individu & masyarakat yg tinggi kerohanian, berakhlak, berintelektual, berdikari, berdaya saing, kehadapan, berinovasi, cekap, bijaksana menangani cabaran, rasional, praktikal & damai (JAKIM 2005:14) 5. ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM 1. Berkenal-kenalan – nama, tempat tinggal, kedudukan seseorg, corak kehidupan, budaya bangsa & etnik asal. 2. Persefahaman – saling mengenali, berpegang teguh ajaran agaman & nilai-nilai murni. 3. Bantu-membantu – pertolongan tenaga, harta & masa. 4. Persaudaraan – pertalian erat; ibarat isi dgn kuku. 5. Kasih sayang – hubungan kemesraan. 6. Saling menjamin – melindungi satu sama lain. 2...
Words: 490 - Pages: 2
...di mana setiap pelajar dikehendaki memilih salah satu tajuk tugasan yang telah disenaraikan oleh pensyarah. Bagi tugasan individu ini, tajuk yang dipilih adalah berkaitan isu riba iaitu kesan riba kepada masyrakat. Seperti yang kita sedia maklum, apabila memperkatakan tentang perniagaan secara Islam, salah satu isu yang perlu kita perhatikan ialah riba. Walaupun Allah mengharamkan riba sebagaimana arak atau judi diharamkan, ia masih kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang Islam dan tetap menjadi amalan dalam kalangan masyarakat masa kini. Suatu yang mendukacitakan apabila didapati majoriti umat Islam di Malaysia tidak memahami sebaiknya tatacara dan undang-undang Islam dalam hal ehwal kewangan, padahal majoriti individu tidak akan terlepas dari berurusan dengan urusan kewangan seperti kerjaya, perniagaan sampingan,membeli belah, berhutang dan sebagainya . Masih terdapat di antara mereka yang menganggap riba sebagai isu yang remeh dan tidak perlu diberi perhatian yang berat seperti dosa-dosa besar yang lain.Kurangnya kefahaman umat Islam berkenaan riba yang merupakan ‘ibu dosa’ dalam hal kewangan,menyebabkan ianya dipandang sebelah mata sahaja oleh orang Islam sendiri. Tugasan ini akan memfokuskan aspek - aspek berkaitan perbincangan tentang pengertian dan konsep riba, pengharaman riba, jenis-jenis riba, aplikasi riba masa kini...
Words: 3674 - Pages: 15
...PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis,...
Words: 3058 - Pages: 13
...Pengenalan Menurut Abd al-jabbar ilmu ditakrifkan sebagai kepercayaan yang memuaskan jika bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku. Ini bermakna, ketepatan maklumat selaras dengan realiti itulah yang dikatakan ilmu. Prof. Abdullah Hassan, seorang tokoh akademik memberikan definisi ilmu sebagai apa-apa sahaja yang bererti , bernilai dan berguna. Manakala Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan dan kepandaian (dalam perkara dunia, akihrat , zahir, batin dan lain-lain). Ilmu merupakan pelengkap kepada kebijaksanaan manusia dalam melakukan tindakan. Ilmu akan meningkatkan darjat (martabat) kebijaksanaan seseorang diperingkat individu, masyarakat, negara dan seterusnya memberikan dampak kepada proses pembinaan sesuatu tamadun manusia. Oleh yang demikian, konsep ilmu Islam amat ketara perbezaannya dengan konsep ilmu-ilmu lain. Ilmu Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, iaitu ketuhanan (Rabbaniyah), terbuka dan global. Soalan Esei -Kemukan pandangan tentang ilmu dan kepentingannya kepada kehidupan muslim masa kini. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk lain.Ketika manusia dijadikan, Allah meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk Allah lain. Oleh itu, kita sewajarnya mensyukuri...
Words: 2932 - Pages: 12
...tertentu yang pada akhirnya mempengaruhi tindakan, pendengaran, kehidupan, dan pendirian mereka. Selain itu, pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains berpendapat bahawa pemikiran akan memberi pengertian suatu buah fikiran berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran adalah berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994), secara kasar pemikiran ialah sesuatu yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah dari berbagai...
Words: 5023 - Pages: 21
...Wacana Islamisasi[1] Ilmu Kontemporari Wan Fariza Alyati Wan Zakaria ABSTRAK Disiplin sains sosial di negara-negara Islam hari ini yang masih bergantung kepada paradigma acuan Barat, justeru penulis dalam kertas ini cuba membahaskan definisi, objektif dan ciri-ciri sains sosial Islam. Perspektif ketamadunan dipilih sebagai asas yang lebih realistik daripada sifat konvensional disiplin sains sosial Barat yang memisahkan pengkajian mereka kepada cabang-cabang yang saling bertindih dari segi teori, metode dan paradigma tetapi mempunyai orientasi serta halatuju yang berbeza. Kecelaruan ini menghasilkan kecelaruan dalam pemahaman sebenar tentang konsep, dimensi serta realisasi kehidupan manusia sebagai makhluk Tuhan yang sempurna. Bertolak daripada asas dan kerangka ini, penulis berpandangan bahawa pengkajian epistemologikal terhadap sains sosial adalah sangat penting, dan usaha ke arah ini telah diambil oleh Merryl Wyn Davies dalam karya beliau ini yang berjudul Knowing One Another: Shaping An Islamic Anthropology dan menjadi kerangka rujukan penulis dalam perbahasan ini. Kerangka perbincangan Davies ini dikaji bagi menyokong kerangka asas yang menjadi latar utama perbahasan penulis iaitu pengkajian cilm al-cumrān seperti yang digagaskan oleh Ibn Khaldun sebagai suatu wacana alternatif kepada pengkajian manusia dan masyarakat daripada perspektif Islam. PENDAHULUAN Permasalahan disiplin sains sosial adalah jelas sebagaimana dalam perbincangan Islamisasi...
Words: 5117 - Pages: 21
...Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 2-18 6-7 10-15 18-36 37-42 42-50 50-70 65-68 70-72 Tinjauan Keseluruhan Rencana: Keluaran Potensi Ekonomi Malaysia Rencana: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kajian Mengikut Sektor Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan. Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang. ...
Words: 39597 - Pages: 159
...dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara. Relatifnya, ekonomi dan politik yang stabil akan memberi sumbangan yang besar dalam proses perpaduan dalam sesebuah negara. 1) Amalan Rumah Terbuka * Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama di sambut oleh penganut pelbagai agama yang lain dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. * Mengadakan rumah terbuka bagi setiap...
Words: 2037 - Pages: 9
...INDONESIA (Studi Kasus Jakarta Islamic Index) Sebuah Refleksi Penerapan Ekonomi Islam di Sektor Pasar Modal AHMAD NASHRUDDIN NIM. S.0812.049 SEKOLAH TINGGI EKONOMI ISLAM (STEI) TAZKIA BOGOR 2012 BAB I PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang Pemberitaan mengenai kebijakan moneter bank sentral pada umumnya selalu menarik perhatian masyarakat. Rapat Dewan Gubernur (RDG) Bank Indonesia pada 4 Februari 2011 memutuskan untuk menaikkan BI Rate sebesar 25 basis poin (bps) atau 0,25% menjadi 6,75%, keputusan tersebut diambil sebagai langkah antisipatif untuk mengendalikan ekspektasi inflasi ke depan yang mulai meningkat.1 Kebijakan tersebut berdampak pada kenaikan Indeks Harga Saham Gabungan (IHSG) sebesar 15,34 poin atau 0,44 persen menjadi 3.496,17 basis poin. Sedangkan indeks LQ45 naik 3,636 poin atau 0,59 persen ke posisi 616,200 basis poin pada penutupan hari itu.2 Gambaran di atas menunjukkan besarnya pengaruh kebijakan moneter terhadap berbagai aktivitas ekonomi dan keuangan. Hal demikian tidak mengherankan karena kebijakan moneter memang ditempuh bank sentral untuk mempengaruhi dan mengarahkan berbagai aktivitas ekonomi dan keuangan tersebut kepada tujuan yang ingin dicapai, yang pada umumnya kestabilan harga, dengan mempertimbangkan pertumbuhan ekonomi.3 Pertanyaannya adalah bagaimana proses pengaruh kebijakan moneter ini terjadi. Seperti halnya kebijakan moneter berpengaruh ekspektasi para pelaku ekonomi di pasar keuangan seperti ditunjukkan dengan naiknya pergerakan indeks...
Words: 10238 - Pages: 41
...ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” di kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan. Abstrak Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan, Islam adalah merupakan agama rasmi negara, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia.Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia juga menyatakan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Hak kebebasan beragama ini perlu diselarikan dengan konsep wasatiyyah yang diterjemahkan oleh kerajaan dalam pentadbiran negara sekarang ini yang menekankan segala aspek kehidupan termasuklah aspek akidah, syariah, ekonomi, kepenggunaan, pengurusan pembangunan, akhlak, kebudayaan dan kesenian. Ini selari dengan keamanan global yang turut mementingkan kestabilan pembangunan, ekonomi, iklim persekitaran dan kemanusiaan. Konsep wasatiyyah dalam realitikehidupan sebenarnya menjurus kepada pembentukan keamanan negara, serantau dan keamanan global. Tujuan perbincangan adalah untuk mengupas kesan hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia kepada masyarakat Malaysia terhadap...
Words: 4992 - Pages: 20
...Untuk tujuan tersebut, ada dua kecenderungan dalam menganalisa karya sastra yaitu secara tekstual dan politis atau sosiologis. Hal ini dikemukakan oleh Budianta sebagai berikut: Dalam perkembangannya, teori-teori sastra mengikuti dua kecenderungan: yang pertama – kita sebut saja kecenderungan tekstual – adalah yang merespon dan mendobrak teori-teori objektif (new criticism, formalisme, strukturalisme) tetapi tetap memakai sebagai kerangka acuannya konsep-konsep yang digagas oleh strukturalisme.... Yang kedua – kita sebut saja kecenderungan politis/sosiologis – adalah yang menerapkan teori-teori mutakhir dalam wilayah yang lebih luas, yakni yang melihat sastra dalam kaitannya dengan berbagai dinamika sosial, budaya, politik, dan ekonomi. Termasuk didalamnya adalah teori-teori neomarxis, teori postcolonial, new historicism, dan kajian budaya (Budianta, 2002: 41). Princess merupakan kisah nyata yang menceritakan kehidupan di Arab Saudi dari sudut pandang seorang putri kerajaan Saudi dengan nama samaran Sultana. Sang Putri meminta temannya yang berkewarganegaraan Amerika, Jean P. Sasson, untuk menuliskan kehidupan wanita di Arab Saudi agar diketahui oleh penduduk dunia. Dalam suratnya yang ditulis di bagian awal Princess, Sultana menyatakan tujuannya agar warga dunia membantu perempuan Saudi menjadi lebih bermartabat. Harapan Sultana ini dikarenakan beliau merasa bahwa perempuan di Arab Saudi diperlakukan tidak adil oleh para kaum lelaki Arab. Perempuan merupakan...
Words: 3066 - Pages: 13
...baik akhlaknya.” - (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud) Manusia secara fitrahnya perlu hidup bermasyarakat dan tidak sempurna jika menjalani kehidupan sendirian. Bagi memastikan masyarakat terbina dalam keadaan selari kehendak Islam, maka setiap anggota masyarakat sewajarnya memiliki akhlak yang baik. Dengan itu, hubungan antara sesama insan terjalin erat, hidup dalam suasana mesra, berkasih-sayang, selesa serta maju jaya. Sikap mementingkan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri adalah suatu keperluan hidup bermasyarakat. Ia membayangkan adanya suasana persaudaraan jitu dan sewarna dengan arahan agama bahawa setiap Muslim itu semuanya bersaudara. Meskipun begitu, bukanlah bermakna harus mengabaikan kepentingan diri atau keluarga sendiri. Ini adalah gambaran antara ciri orang beriman seperti dinyatakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dikehendakinya berlaku pada saudaranya apa yang dikehendakinya berlaku pada dirinya.” - (Hadis Muttafaqun ‘alaih) Apabila berlaku sesuatu bencana, musibah atau kesusahan menimpa orang lain seperti kebakaran rumah, kematian ahli keluarga, dilanda banjir yang memusnahkan harta benda, kejadian tanah runtuh, kemalangan jalan raya, sebagai seorang Islam yang cintakan kebaikan hendaklah segera berlumba memberi pertolongan dengan rasa tanggungjawab mengikut kemampuan masing-masing. Tindakan yang dilakukan atas dasar iman serta...
Words: 4306 - Pages: 18
...1.1 Piagam Madinah Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua golongan iaitu orang Islam dan juga Yahudi yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah di atas kepimpinan Rasulullah S.A.W. Baginda Rasullulah adalah pengasas kepada Piagam Madinah dengan berteras kan wahyu Allah S.W.T untuk jadikan ia sebagai garis panduan kepada seluruh dunia. Sebelum ketibaan Baginda Rasulullah, Madinah tidak mempunyai pemerintah dan pentadbiran yang tidak teratur dan malah berlaku pecah belah sesama masyarakat Madinah khususnya orang Arab dan orang Yahudi. Perlembagaan ini juga di kenali sebagai Sahifah Al-Madinah iaitu perlembegaan bertulis pertama di dunia. Tambahan itu, Piagam Madinah juga digunakan untuk menjadi rujukan asas dalam pembentukan sebuah Negara Islam yang terbilang - 1.2 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Antara pakar Perlembagaan Negara Komenwel yang bersama-sama menubuhkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B.Malik dan juga Hakim Abdul Hamid. Antara tugas mereka adalah untuk membentuk Negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat, mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah berpelembagaan, memelihara kedudukan istimewa orang melayu serta hak kaum lain dan lain-lain lagi. Pada tahun 1963, selepas persetujuan dan pandangan semua rakyat, Perlembagaan ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia...
Words: 11643 - Pages: 47