Free Essay

Mimpi Matahari Siti Khadijah

In:

Submitted By zahrahassan78
Words 1070
Pages 5
Mimpi matahari Siti Khadijah
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra merupakan isteri pertama Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai.
Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.
Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad.
Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.
Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.
Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut.
Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini.
Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam.
Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.
Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".
Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi.
Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!" merealisasikan impian
Namun, bagaimana harapan itu boleh menjadi kenyataan sedangkan Siti Khadijah menyedari akan terdapatnya satu adat tradisi yang boleh menghalangnya kecuali beliau perlu menunggu dan Nabi Muhammad itu sendiri yang meminangnya bagi membolehkan mereka akhirnya dapat hidup sebagai pasangan suami isteri.
Tidak mungkin perigi yang mencari timba namun wanita bangsawan ini menyedari bahawa beliau terpaksa memecahkan tradisi itu bagi merealisasikan impian suci itu.
Beliau kemudiannya meminta bantuan seorang rakan, iaitu Nafisah@Nafsiah binti Aliyah@Muniiah@Munyaa untuk menemui Nabi Muhammad bagi pihaknya dan mengharapkan rakannya itu akan membawa pulang dengan berita gembira.
Berikut dialog antara rakan Siti Khadijah itu dengan Nabi Muhammad; "Wahai Muhammad mengapa tidak anda sinari kehidupan malam anda dengan seorang isteri?"
Jawab Nabi: "Ini kerana saya tidak mempunyai sebarang persiapan untuk berkahwin".
"Kalau begitu apakah anda akan menyambutnya dengan senang hati jika saya mengundang anda kepada kecantikan, kekayaan, keanggunan dan kehormatan," kata Nafisah.
Nabi menjawab; "Apa maksud anda?"
Lalu Nafsiah menyebut nama Siti Khadijah.
Mendengarkan nama Siti Khadijah itu, lantas Nabi Muhammad pun berkata "Apakah Khadijah sudi menerima saya, pada hal dunia saya dan dunia dia jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang jauh lebih mulia dan kaya daripada saya?"
"Saya mendapat kepercayaan daripada Siti Khadijah dan akan membuat dia setuju. Anda hanya perlu menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin Asad) dapat mendampingi anda berserta sahabat handai, rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat diadakan," kata Nafsiah.
Nabi Muhammad tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak dalik malah rasa terharu dengan permintaan Siti Khadijah itu dan meminta Nafsiah pulang kepada wanita itu dengan membawa khabar gembira.
Nabi Muhammad kemudiannya menyerahkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib bagi mengaturkan pertemuan dengan keluarga Siti Khadijah dan sama-sama merancang untuk menjayakan majlis perkahwinan ini.
Wali perkahwinan
Amar bin Asad merupakan bapa saudara malah ada yang menyebut Amar bin Khuwailid, iaitu saudara lelaki Siti Khadijah menjadi wali perkahwinan berikutan si bapa, Khuwailid seperti disebut dari awal tadi terbunuh dalam peperangan Fujjar.
Begitupun, sebenarnya dikatakan berlaku tentangan daripada keluarga Siti Khadijah apabila janda kaya ini memilih Nabi Muhammad sebagai pasangan hidup.
Malah sesetengah riwayat mencatatkan, tentangan paling kuat datangnya daripada bapanya sendiri, Khuwailid.
Lantas bagi menjayakan perkahwinannya, Siti Khadijah dikatakan banyak memberi bapanya minum arak sehingga menyebabkan Khuwailid mabuk teruk dan tidak dapat menghalang perkahwinan anaknya dengan Nabi Muhammad itu.
Akhirnya, Nabi Muhammad dan Siti Khadijah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis yang tidak kurang meriah dan disambut oleh seluruh penduduk Mekah.
Baginda dikatakan membayar mas kahwin sebanyak 20 bakrah atau 400 ratus dinar tetapi ada yang menyebut Khadijah menerima 20 ekor unta yang masih muda daripada suaminya itu.
Episod perkahwinan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah mungkin tidak akan berlangsung jika tidak berdasarkan alamat yang ditunjukkan oleh mimpi yang dialami oleh wanita itu.
Pada suatu hari iaitu dikatakan sebelum Nabi Muhammad mengambil upah mengetuai rombongan dagangan ke Syam itu, Siti Khadijah dikatakan telah didatangi satu mimpi yang agak aneh dan ini menyebabkan beliau segera menemui sepupunya, pendita atau rahib agama Hanif, Waraqah bin Naufal atau nama penuhnya Waraqah bin Nawfal bin Assad bin Abd al-Uzza bin Qusayy Al-Qurashi.
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu turun ke arah bumi.
"Ternyata matahari itu turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatkanku terpegun.
"Lalu aku terbangun daripada tidurku itu" kata Siti Khadijah.
Mendengarkan itu, lalu Waraqah berkata; "Aku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk menjadi teman hidupmu.
"Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat," kata Waraqah.
Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan tidak lama kemudian Khadijah menjadi isteri Muha

Similar Documents

Free Essay

Gascoyne

...PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH Disediakan Oleh: HAJI AZMAN BIN ARIFFIN http://epanduan.wordpress.com PANDUAN LENGKAP HAJI DAN UMRAH Definisi Haji: Hukum dan Dalilnya: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan. Dalil dari al-Quran: Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'. Dalil dari hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." SabdaRasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai...

Words: 24634 - Pages: 99

Free Essay

Green

...No. Nama Perguruan Tinggi AKADEMI AKUNTANSI PGRI JEMBER Nama Pengusul Sisda Rizqi Rindang Sari Program Kegiatan Judul Kegiatan 1 PKMK KUE TART CAENIS ( CANTIK, ENAK DAN EKONOMIS) BERBAHAN DASAR TAPE 2 AKADEMI FARMASI KEBANGSAAN Nensi MAKASSAR AKADEMI KEBIDANAN CITRA MEDIKA SURAKARTA AKADEMI KEBIDANAN GIRI SATRIA HUSADA AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO Putri Purnamasari PKMK LILIN SEHAT AROMA KURINDU PANCAKE GARCINIA MANGOSTANA ( PANCAKE KULIT MANGGIS ) 3 PKMK 4 Latifah Sulistyowati PKMK Pemanfaatan Potensi Jambu Mete secara Terpadu dan Pengolahannya sebagai Abon Karmelin (Karamel Bromelin) : Pelunak Aneka Jenis Daging Dari Limbah Nanas Yang Ramah Lingkungan, Higienis Dan Praktis PUDING“BALECI”( KERES) MAKANAN BERSERATANTI ASAM URAT 5 Achmad PKMK Zainunddin Zulfi 6 Dian Kartika Sari PKMK 7 Radita Sandia PKMK Selonot Sehat (S2) Diit untuk Penderita Diabetes 8 AKADEMI PEREKAM Agustina MEDIK & INFO KES Wulandari CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Anton Sulistya CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Eka Mariyana MEDIK & INFO KES Safitri CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Ferlina Hastuti CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Nindita Rin MEDIK & INFO KES Prasetyo D CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Sri Rahayu CITRA MEDIKA AKADEMI PERIKANAN YOGYAKARTA PKMK Kasubi Wingko Kaya Akan Karbohidrat...

Words: 159309 - Pages: 638

Free Essay

Isabella

...pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidup mereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginan mereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yang mahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat, mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapi sebaliknya...

Words: 46312 - Pages: 186