Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA SK Bandar Sri Damansara (1) akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh : 19 April (Sabtu) Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari Tempat : Padang SK Bandar Sri Damansara (1)
3. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar pihak tuan dapat menyumbangkan minuman percuma untuk murid-murid demi menjayakan lagi majlis tersebut. Berikut dinyatakan jumlah murid sekolah ini.
Jumlah murid : 1200 orang
4. Kerjasama dan jasa baik tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
s.k.
1. Fail Timbul
Ruj. Kami : 02/06/001 () Tarikh : 9 SEPT 2011
YDP PIBG
SK BDR SRI DAMANSARA 1
Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah pada tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh : 07.10 2011 hingga 09.10.2011 Tempat : Kem Raudhah, Pulau Pangkor.
3. Sehubungan itu, bagi menjayakan majlis tersebut, kami memohon jasa baik tuan / puan agar dapat menghulurkan sumbangan seikhlas hati bagi tujuan majlis tersebut. Diharap sumbangan pihak tuan dapat menampung baki perbelanjaan yang diperlukan.
4. Kerjasama dan jasa baik tuan / puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
s.k.
1. Fail Timbul
-----------------------
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA (1)
Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
Kod Sekolah : BBA8265
Tel : 03-62740957
Fax : 03-62731471
Tel : 03-62740957
Fax : 03-62731471
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA (1)
Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara