Free Essay

Orang Ukit

In:

Submitted By annedarlinglarry
Words 1808
Pages 8
Sejarah Sg.Asap, Belaga, Sarawak.
Tidak ada cerita menarik di sebalik wujudnya nama Sungai Asap. Namun, Penghulu Nyarie Lejap memberitahu, penduduk yang tinggal di 16 buah rumah panjang di penempatan ini berasal dari Ulu Sungai Balui. Disebabkan kawasan mereka termasuk dalam projek pembangunan, maka mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman dan memulakan kehidupan baru di sini.
Rumah Panjang Sungai Asap mula dibangunkan setelah penduduk peribumi dipindahkan dari penempatan asal ke kawasan baru itu. Projek Penempatan Semula bukanlah suatu perkara yang baru, malah ia berlaku di mana-mana sahaja. Namun, ia dibuat atas sebab-sebab tertentu. Misalnya projek Pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun.
Walaupun tujuan asalnya untuk kebaikan, namun ia tetap menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuninya kerana mereka terpaksa meninggalkan kawasan yang telah lama diduduki oleh nenek moyang masing-masing. Pada masa yang sama, penduduk terpaksa mengubah gaya hidup kerana sebelum ini, mereka mudah memperoleh sumber makanan dengan memburu, bercucuk tanam dan menjala ikan. Semua aktiviti yang sebelum ini mereka lakukan, tidak melibatkan sebarang kos.
Proses pemindahan ke penempatan baru melibatkan tiga fasa melalui operasi yang dinamakan “Exodus”. Fasa pertama pada 15 sehingga 28 September 1998, melibatkan 644 buah keluarga. Mereka mendiami enam buah rumah panjang manakala fasa kedua pada 2 Mac sehingga 20 April 1999 melibatkan 580 buah keluarga yang mendiami empat rumah panjang. Fasa terakhir pada 18 Mei hingga 21 Jun 1999 melibatkan 341 buah keluarga yang dipindahkan ke lima blok rumah panjang.

Populasi Kini Orang Ukit di Sg. Asap, Belaga, Sarawak.
Bilangan penduduk yang mendiami 16 buah uma panjang (rumah panjang) di kawasan Sungai Asap dianggarkan 9700 orang. Rumah-rumah panjang di sini didiami oleh Orang Ulu daripada suku kaum Kayan, Kenyah, Penan, Lahanan dan Ukit. Kehidupan masyarakat Orang Ukit di sini, kini jauh berubah. Mereka tidak lagi terpinggir dari arus pembangunan. Oleh itu, mereka juga menerima kemudahan bekalan air bersih dan bekalan tenaga elektrik. Kini, lebih banyak peluang terbuka kepada masyarakat Orang Ukit untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Kebanyakan daripada mereka melibatkan diri dalam sektor pertanian seperti menanam lada hitam, padi bukit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada juga yang memanfaatkan tanah lapang yang dimiliki dengan mengusahakan ternakan ikan kolam air tawar berdekatan dengan rumah panjang mereka. Masyarakat Orang ukit juga melakarkan budaya mereka melalui ukiran di pintu gerbang di rumah panjang masing-masing. Reka bentuknya juga masih sama seperti penempatan mereka yang asal.
Bentuk rumah dibina seperti satu blok yang panjang. Di dalam rumah ini terdapat banyak bilik yang dipisahkan oleh dinding bertujuan untuk mengasingkan kediaman setiap keluarga. Menariknya, semua penghuninya berkongsi satu laman rumah yang memanjang dan mereka saling mengenali dan menghormati di antara satu sama lain.

Kampung-kampung sekitar Sg. Asap, Belaga, Sarawak.
Bagi kawasan Pusat Penempatan Semula Sungai Asap, agak tidak realistik sekiranya digunakan perkataan kampung untuk menjelaskan perihal kampung-kampung sekitar. Adalah lebih sesuai jika digunakan konsep uma panjang (rumah panjang) kerana itulah cara hidup yang penduduknya amalkan sejak zaman-berzaman.
Secara amnya, uma-uma panjang yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Sungai Asap boleh dihubungi melalui jalan darat. Antara uma panjang yang berhampiran ialah Uma Kulit, Uma Belor, Uma Daro, Uma Kelep, Uma Nyaving, Uma Lahanan, Uma Bawang dan Uma Balui Liko(Rumah Panjang Orang Ukit). Sementara Pekan Belaga merupakan pekan yang berdekatan dan didiami majoritinya masyarakat Cina yang membuka kedai runcit, kedai minuman dan kedai barang keperluan.
Hubungan erat sentiasa terjalin di kalangan penduduk Pusat Penempatan Semula Sungai Asap dan ini membuktikan mereka mengamalkan konsep perpaduan. Konsep tersebut ditunjukkan melalui penganjuran pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan secara bersama terutama ketika musim perayaan seperti Gawai dan sebagainya. Aktiviti seperti pertandingan sukan dan amalan bergotong-royong turut mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan tali silaturahim sesama mereka.

Sg. Asap, Belaga, Sarawak sebagai salah satu potensi Pelancongan.
Bagi penduduk di Belaga khususnya di Skim Penempatan Sungai Asap, mereka berharap Projek Hidroelektrik Bakun akan menjana aktiviti baru daripada segi ekonomi untuk mereka iaitu sektor pelancongan. Memetik laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Belaga Yang Berhormat Liwan Lagang berkata, landskap daerah ini pasti akan mengalami perubahan sebaik sahaja projek itu siap, dijadualkan pada Disember ini. Jelasnya, akan wujud banyak pulau baru (sebaik sahaja paras air di Empangan Bakun dinaikkan) dan ini bakal mewujudkan potensi baru bagi penduduk di sini untuk mempromosikannya dan terlibat dalam industri pelancongan. Difahamkan juga, kegiatan pelancongan sememangnya sudah wujud di Belaga tetapi masih belum mencapai skala ekonomi yang menjana faedah lebih besar kepada penduduk di daerah ini.
Untuk rekod, empangan Hidroelektrik Bakun setinggi 205 meter dan mewujudkan kawasan tadahan air seluas 695 kilometer persegi merupakan empangan konkrik kedua tertinggi di dunia. Ia mempunyai kapasiti menjana kuasa 2,400MW (megawatt). Kawasan tadahan Bakun terletak di Sungai Balui, kira-kira 37 kilometer di hulu pekan Belaga, meliputi kawasan seluas kira-kira 14,759 kilometer persegi, iaitu kira-kira 12 peratus daripada kawasan di negeri ini dan saiz itu bersamaan dengan keluasan negeri Kelantan. Beberapa rumah panjang, khususnya di Skim Penempatan Sungai Asap sudah mula mempromosikan pakej pelancongan homestay atau inap desa kepada pelancong sejak beberapa tahun lepas dan masih belajar mengenai selok-belok industri pelancongan itu. Skim penempatan itu diwujudkan pada 1998 untuk menempatkan kira-kira 15,000 penduduk yang perlu dipindahkan dari kampung-kampung mereka di Sungai Balui, Belaga, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek hidro itu.
Uma Balui Liko(Rumah Panjang Orang Ukit) merupakan salah satu daripada rumah panjang di penempatan itu yang menawarkan pakej penginapan desa kepada pelancong di mana 16 daripada 101 bilik di rumah panjang itu diubah suai menjadi bilik tetamu. Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Rumah Panjang itu, Nyarie Lejap berkata projek itu yang mereka panggil "Leo Dian Homestay" bertujuan untuk menjana sumber pendapatan untuk penduduk kampung yang terdiri daripada kaum etnik Kayan dan kaum minoriti adalah kaum Ukit. Katanya, mereka juga mahu menyumbang kepada pembangunan pelancongan negara, lebih-lebih lagi apabila terdapat ramai orang yang berminat dan dapat belajar mengenai etnik dan adat resam mereka.
Penghuni Rumah Panjang disarankan menceburi bidang penanaman sawit bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi keluarga dan beralih kepada amalan pertanian menggunakan teknologi moden. Aktiviti pertanian secara berskala besar dengan menggunakan inovasi baru berupaya meningkatkan produktiviti sekali gus meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi keluarga. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, YB Tan Sri Bernard Dompok sewaktu berucap merasmikan Program Pemimpin Bersama Pekebun Kecil Sawit yang diadakan di Uma Balui Liko(Rumah Panjang Orang Ukit), Sungai Asap baru-baru ini. Majlis tersebut dihadiri lebih kurang 495 penghuni rumah panjang sekitar kawasan Sungai Asap. Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Rajang, YB Datuk Abit Joo dan Timbalan Ketua Pengarah MPOB (Penyelidikan), Datuk Dr Choo Yuen May.
Pada majlis itu, Bernard turut memberi kelulusan bantuan anak benih sawit berkualiti kepada 130 penghuni rumah panjang yang membuat permohonan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Menurut beliau, sawit merupakan tanaman berpotensi membantu penghuni rumah panjang menjana pendapatan secara kekal dan mengurangkan aktiviti pertanian secara berpindah-randah. Sehubungan itu, melalui penanaman sawit, penghuni rumah panjang akan beralih menjalankan aktiviti pertanian tetap dan berlokasi khusus serta berupaya mengurangkan kebergantungan kepada pencarian hasilan hutan yang tidak menentu. Beliau pada masa yang sama turut menasihati penduduk supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai TUNAS, MPOB untuk melaksanakan penanaman dan penyelenggaraan tanaman sawit berkenaan.
Beliau turut menyentuh mengenai amalan pertanian baik dan pematuhan kepada ’prinsip dan kriteria’ ditetapkan ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) yang perlu bagi memastikan tidak berlaku pencemaran dan tidak merosak biodiversiti. Difahamkan juga, MPOB ketika ini sedang dalam pelaksanaan menyiapkan bangunan Stesen Penyelidikan di sini bagi memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada industri dan pekebun kecil di kawasan sekitar. Selain itu katanya, Pegawai Penyelidik dan Pegawai TUNAS akan ditempatkan di stesen ini untuk tujuan itu. Model kebun kecil sawit contoh dan model aktiviti integrasi tanaman dan ternakan dalam kebun sawit sedang dibangunkan di sini bagi dijadikan pusat rujukan kepada penanam sawit di sini dan seluruh Negeri Sarawak. Bernard turut membuat lawatan bagi melihat sendiri model integrasi ternakan kambing dalam kebun sawit yang dibangunkan MPOB bagi rujukan penanam.
Pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar turut dimasukkan antara enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) demi mengukuhkan komitmen kerajaan dalam mempercepatkan penyaluran kemudahan asas kepada rakyat khususnya di Sarawak. Inisiatif kerajaan itu membolehkan rakyat menikmati kemudahan asas yang sama rata dan bakal menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Menerusi Skim Penempatan Semula Sungai Asap, kerajaan persekutuan telah membatalkan baki RM41 juta lagi pembayaran tertunggak 15 rumah panjang. Ia sekali gus memberi sinar baru kepada 1,500 keluarga yang menetap di 15 penempatan rumah panjang tersebut kerana mereka tidak lagi perlu melunaskan sebarang pembayaran. Kerajaan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM62 juta untuk pelaksanaan projek pembinaan Jalan Belaga-Bakun di bawah konsep Jiwa Murni. Kementerian Pertahanan telah diberi tanggung jawab melaksanakan projek berkenaan.
Sementara itu, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut meluluskan projek bekalan elektrik di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjumlah RM22 juta di Sungai Asap, Belaga yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Begitu juga menerusi projek Sarawak Hidro Bakun di mana kerajaan akan mencari satu kaedah dan mekanisme yang sesuai untuk mengatasi permasalahan dihadapi. Tidak terhenti setakat itu, penduduk di Sungai Asap bakal menikmati manfaat apabila zon pertanian di kawasan tersebut diperluaskan daripada keluasan tiga ekar yang sedia ada. Peluang berkenaan dapat meningkatkan pendapatan penduduk agar dapat melepasi garis kemiskinan.
Klinik Kesihatan Sungai Asap dipilih menyertai Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) pada tahun 2001. Kedudukannya yang berhampiran Pekan Asap memudahkan ia dikunjungi pengunjung terutama pelajar sekolah dan orang ramai.
Projek tersebut amat jelas telah membawa banyak kebaikan kepada masyarakat setempat. Namun demikian, sambutan terhadap penggunaan USP di klinik tidak begitu menggalakkan. Ini kerana pemikiran masyarakat di kawasan luar bandar agak berbeza. Di Klinik Kesihatan ini, terdapat dua set komputer yang mempunyai akses Internet, satu mesin pengimbas dan satu mesin pencetak disediakan untuk kemudahan penduduk kampung.
Rasa segan dan malu masih menebal di hati penduduk Sungai Asap terutama kaum Ukit walaupun kemudahan itu disediakan khusus buat mereka. Usaha untuk mempromosikan penggunaan komputer secara percuma perlu ditingkatkan. Semakin hari, semakin ramai masyarakat di Sg. Asap mula menjinakkan diri dengan teknologi maklumat. Keadaan sedemikian membuktikan usaha untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk luar bandar dan bandar akan kesampaian.
Program USP di Klinik Kesihatan Sungai Asap memulakan operasinya dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Ada kalanya, klinik ini dibuka di sebelah malam kerana kemudahan itu juga digunakan oleh kakitangan klinik. Sumber Internet di klinik ini disambung melalui Very Small Aperture Satellite Terminal (V-SAT).
Bagi memastikan setiap penduduk di Sungai Asap menjalani kehidupan yang sihat, pelbagai kemudahan riadah turut disediakan. Setiap uma panjang (rumah panjang) yang ada di pusat penempatan itu mempunyai padang permainan masing-masing bagi memudahkan penduduk setempat beriadah. Kemudahan tersebut memberi peluang kepada penduduk setempat terutama golongan belia dan kanak-kanak mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang sihat, selain dapat merehatkan fikiran.

Similar Documents

Free Essay

Summary of Article

...ARTICLE 1: COMMUNITY MUSIC LESSONS IMPROVE MINDS OF DISADVANTAGED KIDS SUMMARY This article is written by Shereen Lehman. It was about music lessons can improve the minds of children. Community based music lessons for disadvantaged youth can have positive biological effects on their brains. The children were actively playing instruments themselves rather than passively listening to others’ music. In this article, it explained that the children between the ages six and nine participated in the study published in the Journal of Neuroscience. They all went to public schools and lived in gang-reduction zones of Los Angeles. The children were split it into two groups. One group started lessons right away. For two hours per week, they received training in music fundamentals and learning to play the recorder. Most kids progressed to group instruction with instruments after six months. The second group waited a year before starting lessons. Each year the research team evaluated the children’s ability to process speech. Children who took lessons for two years showed improvements in their ability to distinguish similar sounds. However, these changes were not apparent after only one year. The music deeply engages the emotional system of the brain and children learn best when they’re excited about things. COMMENT Music is an art form whose medium is sound. It is about melody and harmony. Music is something that known as universal language. Regardless of where are you from and...

Words: 3489 - Pages: 14

Premium Essay

Zuraihan Abd Kassim & Airil Haimi Mohd Adnan

...Original title: The English Language performance of ‘Orang Asli’ pupils at primary level in Malaysia: an extensive case study of a Malaysian state Authors: Zuraihan Abd Kassim & Airil Haimi Mohd Adnan BEd TESL programme & UfoRIA UiTM Perak, Malaysia Abstract: English has long been an important subject in Malaysian schools. In fact, the Ministry of Education has recently introduced a new syllabus for Mathematics and Science subjects to be taught in English. Unfortunately, learning a second language is not an easy task as the learner needs to be receptive, responsive and know the value of the language. Certain factors also influence the learner’s capability in acquiring English: attitudes and motivation are some of them. This empirical study examines the performance of ‘Orang Asli’ students in the English language as related to the above factors. This research is the result of our frustration in trying to upgrade the level of English among Orang Asli students. We also wanted to know whether the problems faced by English teachers (in teaching this group of students) are similar across different contexts and situations. In order to limit the scope of this research, we have chosen two language skills namely reading and writing, to explore the complex issues that we have highlighted above. Our efforts were primarily focused on students’ performance in these two language skills, as both skills are important for students to acquire English as a whole. We also felt that these two...

Words: 328 - Pages: 2

Free Essay

The Batek of Malaysia

...Running head: THE BATEK OF MALAYSIA: A FORAGING SOCIETY 1 Rough Draft: The Batek of Malaysia a Foraging Society Paula Chapman ANT 101: Introduction to Cultural Anthropology Professor: Vasilica Margarit May 12, 2013 I. Introduction A. Thesis Statement The Batek are 'the original people of Malaysia' they make their homes in the rainforest, they are a society that forages, they have a different religious style, well-established traditions social organization, and gender defined roles. II. Body paragraph 1 – Topic Sentence The Batek are a foraging tribe that shares everything amongst their village, they have a community built on the kinship way of life. A. Supporting Evidence As stated in the book, Property, Power, and Conflict among the Batek of Malaysia, Sharing food is an absolute obligation to the Batek, not something, the giver has much discretion over – as one hunter said “If I didn't take the meat back to camp, everyone would be angry at me.” Endicott, Kirk (1988) B. Explanation The Batek feel they have a moral duty to share the food that they forage. They feel that not sharing would be a form of stealing from the group. C. So What? So the main mode of survival for the Batek and their...

Words: 692 - Pages: 3

Free Essay

The Batek of Malaysia

...THE BATEK OF MALAYSIA “An Original People” Carolyn Holmes Cultural Anthropology Prof. Kathryn Cohan July 1, 2013 Introduction In this peaceful society, lives a tribe called the Batek, an Orang Asli society in Malaysia, meaning “Original People”. This tribe is known for being peaceful, and consider themselves as forest people because the forest is their home, and if any form of violence should occur; the person or persons will be ostracized from their community. Their belief is that if you become ill, it is because someone is angry with you without cause, and that person should make it right. Their gender relations consist of men and women working together. The men hunt while the women gather, as in most cultures where there are various foraging bands and tribes. Their social change is their sense of self and sharing. They strongly believe in sharing, and teach their children the importance of their ethics. They believe not only food, but other goods as well. Based on the Batek cultural beliefs and value, gender relations, and social change, how different is their culture from that of ours? Considering they are an egalitarian society. The Batek of Malaysia is a foraging community of people from a nuclear family that live a nomadic lifestyle. They maintain their way of life through hunting, gathering, and trading forest products. The Batek tribe is known for being a peaceful society. In some societies...

Words: 1855 - Pages: 8

Premium Essay

Sample Autobiography Essay

... In 1994, I was graduated from Institute Technology Mara with Advance Diploma in Business Studies majoring in Marketing. Even though my CGPA was not that good, I managed to get a job as a Credit Officer with Kwong Yik Bank Berhad and served the bank for almost 3 years. In early 1997, I resigned from my post at the bank and in order to pursue my dream to become a full time businessman. I setting up my construction company, Prasarana Utama Sdn Bhd, which our major business activities are in Civil, Mechanical and Electrical related works. Our main clients are Government Link Companies (GLC’s), Local Authorities and Government agencies such as Telekom, TNB, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pasir Gudang and Jabatan Kemajuan Orang Asli. After more than 15 years, I decided in order to enhance my knowledge, management skills and capabilities in business; I must have proper learning approach which only can be obtained by furthering my study to the next level. In order to achieve this, the best option for me is to further in Master Of Business Administration (MBA), which will equipped me with all necessary skills needed to reach my ultimate long term goal. Finally, I really hope and highly appreciate if I am given a chance to further my study in Master of Business...

Words: 341 - Pages: 2

Free Essay

Fvihdsfguds

...------------------------------------------------- Iban people From Wikipedia, the free encyclopedia Iban | A traditional Iban Family | Total population | c. 830,000 | Regions with significant populations | Sarawak (710,000), West Kalimantan (100,000) & Brunei (20,000) | Languages | Bahasa Iban | Religion | Christianity/Animist | Related ethnic groups | Kantu, Mualang, Semberuang, Bugau & Sebaru | The Ibans are a branch of the Dayak peoples of Borneo. In Malaysia, most Ibans are located in Sarawak, a small portion in Sabah and some in west Malaysia. They were formerly known during the colonial period by the British as Sea Dayaks. Ibans were renowned for practising headhunting and tribal/territorial expansion and had a fearsome reputation as a strong and successful warring tribe in ancient times. Since the arrival of Europeans and the subsequent colonisation of the area, headhunting gradually faded out of practice although many tribal customs, practices and language continue. The Iban population is concentrated in Sarawak, Brunei, and in the West Kalimantan region of Indonesia. They live in longhouses called rumah panjai[1]. Nowadays, most of the Iban longhouses are equipped with modern facilities such as electricity and water supply and other facilities such as (tar sealed) roads, telephone lines and the internet. Younger Ibans are mostly found in urban areas and visit their hometowns during the holidays. The Ibans today are becoming increasingly...

Words: 15995 - Pages: 64