Free Essay

Panduan Menulis Resume

In:

Submitted By abangfaizal
Words 677
Pages 3
PANDUAN MENULIS RESUME

1) Pengenalan

- Kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi 3 peringkat iaitu peringkat sebelum temuduga, semasa temuduga & selepas temuduga. - Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi calon-calon sebelum ditemuduga. - Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.

2) Apa itu Resume?

- satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan sesuatu jawatan. - satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya. - satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri. - satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan. - suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

3) Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume

- para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum tahun akhir pengajian. - seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan sesuai untuk diketahui oleh majikan. Catat, senaraikan dan lihat kepentingan, kesesuaian serta keutamaannya.

Contoh :

a) Nama dan maklumat peribadi. b) Alamat surat menyurat. c) Latar belakang pendidikan (menengah ke atas). d) Pencapaian dalam pendidikan. e) Penglibatan dalam kokurikulum. f) Anugerah serta kejayaan tertentu. g) Pengalaman / latihan praktik (jika ada) h) Kemahiran serta bakat tertentu.

- seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan anda. - akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta menarik perhatian majikan. - hasil terakhir Resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu (A4 – 80 gram).

4) Komponen-komponen Penting dalam Resume

- Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :

a) Nama penuh (mengikut kad pengenalan) b) Gambar terbaru (saiz passport) c) Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan) d) Alamat surat menyurat (termasuk poskad) e) Alamat tetap (jika lain dari no. 4) f) Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon). g) Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan). h) Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali). i) Aktiviti kokurikulum dan persatuan. j) Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian. k) Penglibatan masyarakat / komuniti. l) Penerbitan (jika ada). m) Taraf serta kemahiran berbagai bahasa. n) Kemahiran lain (menaip, komputer). o) Lesen memandu (taraf / gred). p) Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis). q) Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).

5) Jenis-jenis Resume

• Latar Diri Asas - jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang pertama kali menceburi kerja buat pertama kali - sesuai untuk yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad

• Latar Diri Mengikut Kronologi - maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi - misalnya jawatan terkini disenaraikan di atas sekali - mencerminkan perkembangan serta kemajuan kerjaya seseorang - sesuai untuk mereka yang mempunyai berbagai pengalaman bekerja dalam tempoh tertentu.

• Latar Diri Fungsian - menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi - sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan jawatan yang diiklankan.

• Latar Diri Sasaran - digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya misalnya bidang pengurusan

6) Bahasa Resume

- menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan. - resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya.

7) Kelemahan Resume

- terlalu panjang dan terperinci - terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen- komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap - resume tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan - salah ejaan serta mutu menaip yang kurang baik - maklumat diberi kurang lengkap - format kurang kemas dan tidak ditaip - lemah tatabahasa / gaya bahasa - menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama

8) Surat Iringan (Cover Letter)

- resume yang dihantar kepada majikan mesti diiringi dengan surat iringan (cover letter). - surat iringan mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan & penutup. - bahagian permulaaan : memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda menulis kepada mereka. - bahagian pertengahan : ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan) - bahagian penutup : tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.

Similar Documents

Free Essay

Government Exam

...TEKNIK-TEKNIK RAHSIA BAGI MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA ©2009 Kerja-Kerajaan.com ~ Jamaluddin B. Bahari www.kerja-kerajaan.com 1 TEKNIK-TEKNIK RAHSIA BAGI MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA www.kerja-kerajaan.com Perhatian! • Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.Kerja-Kerajaan.com. • Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook ini kepada pihak lain. • Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. • Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin www.Kerja-Kerajaan.com jika menerima ebook ini tanpa melalui www.Kerja-Kerajaan.com. • Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatankegiatan sebegini. Ebook ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.Kerja-Kerajaan.com sahaja. • Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkannya dunia mahupun akhirat. Sekian, terima kasih. JAMALUDDIN JAMALUDDIN BAHARI Jamaluddin B. Bahari, Founder Kerja-Kerajaan.com © 2009 http://www.Kerja-Kerajaan.com ©2009 Kerja-Kerajaan.com ~ Jamaluddin B. Bahari 2 TEKNIK-TEKNIK RAHSIA BAGI MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA www.kerja-kerajaan.com PENGENALAN.....................................................................................................4 Pekerjaan……………………………………………………………….…………..…6 Kemahiran Berkomunikasi@ Berinteraksi……………………………………….11 Pengurusan Tekanan & Masa............................................

Words: 8497 - Pages: 34

Free Essay

Perahu Kertas

...Undang-undang Republik Indonesia Nomor 19 Tahun 2002 Tentang Hak Cipta Lingkup Hak Cipta Pasal 2: 1. Hak Cipta merupakan hak eksklusif bagi Pencipta atau Pemegang Hak Cipta untuk mengumumkan atau memperbanyak ciptaannya, yang timbul secara otomatis setelah suatu ciptaan dilahirkan tanpa mengurangi pembatasan menurut peraturan perundangan-undangan yang berlaku. Ketentuan Pidana: Pasal 72: 1. Barangsiapa dengan sengaja melanggar dan tanpa hak melakukan perbuatan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 2 Ayat (1) atau Pasal 49 Ayat (1) dan Ayat (2) dipidana dengan pidana penjara masing-masing paling singkat 1 (satu) bulan dan/atau denda paling sedikit Rp 1.000.000,00 (satu juta rupiah), atau pidana penjara paling lama 7 (tujuh) tahun dan/atau denda paling banyak Rp 5.000.000.000,00 (lima miliar rupiah). 2. Barangsiapa dengan sengaja menyiarkan, memamerkan, mengedarkan, atau menjual kepada umum suatu ciptaan atau barang hasil pelanggaran hak cipta atau hak terkait sebagai dimaksud pada Ayat (1) dipidana dengan pidana penjara paling lama 5 (lima) tahun dan/atau denda paling banyak Rp 500.000.000,00 (lima ratus juta rupiah). Dee PERAHU KERTAS © 2009, Dee / Dewi Lestari Editor: Hermawan Aksan Proof Reader: Jenny Jusuf Reza Gunawan Desain Sampul: Kebun Angan www.kebun-angan.com Tata Letak Isi: Irevitari Kontak Dee: Jenny Jusuf +62-817 992 8558 Email: j3nnyjusuf@yahoo.com Penerbit: Bentang Pustaka Truedee Pustaka Sejati Jl. Pandega Padma no 19 Jl. Rajawali no 2 Yogyakarta 55824 Bandung...

Words: 89668 - Pages: 359

Free Essay

Apa Aja Boleh

...PANDUAN MAHASISWA Jenjang S1/D3/D4 Tahun Akademik 2014/2015 Universitas Bina Nusantara Jalan Kebon Jeruk Raya No. 27 Kebon Jeruk – Jakarta Barat 11530 Telp: 5345830, 5350660 Fax: 5300244 1 DAFTAR ISI 1. Judul 2. Daftar Isi 3. Registrasi 4. Tabel Biaya Binusian 2018 5. Tabel Biaya Binusian 2017 6. Tabel Biaya Binusian 2016 7. Registrasi Paket 8. Semester Pendek 9. Registrasi Cuti Akademik 10. Registrasi Aktif Kembali 11. Batas Masa Studi 12. Pindah Jurusan 13. Perkuliahan dan Praktikum 14. Tata Tertib Perkuliahan di Kelas 15. Tata Tertib Praktikum Laboratorium 16. Ketentuan Kehadiran Perkuliahan di Kelas 17. Tata Tertib Kehidupan Kampus 18. Peraturan Umum Bidang Akademik 19. Ujian 20. Ujian Skripsi/Tugas Akhir 21. Student Activity Transcript (SAT) 22. Ujian Susulan 23. Nilai dan Evaluasi Belajar 24. Wisuda 25. Center-Center Pendukung Selama Proses Perkulaiah 26. Student Service Center (SSC) 27. Student Advisory & Development Center (SADC) 28. Library and Knowledge Center (LKC) 29. English MKU 30. BINUS Entrepreneurship Center (BEC) 31. Binus Center (BC) 32. Binus Career Center (BCC) 33. Community Development Center (ComDev) 34. Peraturan Perparkiran 35. Media kritik, saran, keluhan ataupun masukan Halaman 1 2 3 4 15 25 35 36 36 36 37 37 37 40 40 47 48 51 52 55 55 56 57 58 60 60 64 65 73 73 74 75 75 76 77 2 Registrasi Diagram Alir Prosedur Registrasi Perkuliahan (Paket dan KRS) 3 Tabel Biaya Kuliah Binusian 2018 School of Computer Science Mobile Application and Technology...

Words: 36000 - Pages: 144

Free Essay

Green

...No. Nama Perguruan Tinggi AKADEMI AKUNTANSI PGRI JEMBER Nama Pengusul Sisda Rizqi Rindang Sari Program Kegiatan Judul Kegiatan 1 PKMK KUE TART CAENIS ( CANTIK, ENAK DAN EKONOMIS) BERBAHAN DASAR TAPE 2 AKADEMI FARMASI KEBANGSAAN Nensi MAKASSAR AKADEMI KEBIDANAN CITRA MEDIKA SURAKARTA AKADEMI KEBIDANAN GIRI SATRIA HUSADA AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO Putri Purnamasari PKMK LILIN SEHAT AROMA KURINDU PANCAKE GARCINIA MANGOSTANA ( PANCAKE KULIT MANGGIS ) 3 PKMK 4 Latifah Sulistyowati PKMK Pemanfaatan Potensi Jambu Mete secara Terpadu dan Pengolahannya sebagai Abon Karmelin (Karamel Bromelin) : Pelunak Aneka Jenis Daging Dari Limbah Nanas Yang Ramah Lingkungan, Higienis Dan Praktis PUDING“BALECI”( KERES) MAKANAN BERSERATANTI ASAM URAT 5 Achmad PKMK Zainunddin Zulfi 6 Dian Kartika Sari PKMK 7 Radita Sandia PKMK Selonot Sehat (S2) Diit untuk Penderita Diabetes 8 AKADEMI PEREKAM Agustina MEDIK & INFO KES Wulandari CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Anton Sulistya CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Eka Mariyana MEDIK & INFO KES Safitri CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Ferlina Hastuti CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Nindita Rin MEDIK & INFO KES Prasetyo D CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Sri Rahayu CITRA MEDIKA AKADEMI PERIKANAN YOGYAKARTA PKMK Kasubi Wingko Kaya Akan Karbohidrat...

Words: 159309 - Pages: 638