...PENULISAN ILMIAH 1. Pengenalan Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah. Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik. Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti. 2.0 Definisi Konsep Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001). Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan. Pusat Dokumentasi dan Informasi...
Words: 454 - Pages: 2
...PANDUAN PENULISAN TESIS UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Edisi keempat Cetakan Pertama 2011 PANDUAN PENULISAN TESIS ISBN: 978-983-43398-2-1 © Pusat Pengajian Siswazah Hak Cipta Terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Diterbitkan oleh, Pusat Pengajian Siswazah UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Parit Raja, Batu Pahat, Johor RM5.00 PRAKATA Panduan Penulisan Tesis ini diterbitkan oleh Pusat Pengajian Siswazah sebagai panduan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menulis tesis dan laporan projek yang konsisten dengan norma penulisan akademik antarabangsa dari segi gaya dan format. Perkataan “tesis” dalam panduan ini dimaksudkan sebagai hasil penulisan ilmiah bagi pelajar program pengajian siswazah diperingkat Sarjana dan Doktor Falsafah secara penyelidikan. Perbincangan dalam panduan ini keseluruhannya juga menggunakan perkataan “tesis” bagi maksud penulisan ilmiah untuk Projek Sarjana Muda (PSM), Laporan Projek Sarjana dan Disertasi Penyelidikan bagi pengajian secara mod campuran. Walau bagaimanapun, panduan ini tidak bermaksud untuk menyediakan semua gaya format bagi semua bentuk rujukan. Sekiranya gaya format khusus yang diperlukan tidak ada di dalam panduan...
Words: 10578 - Pages: 43
...BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1995 telah di naik taraf sebagai sebuah universiti pada 10 November 2006. Sejurus dengan itu nama ATMA di tukar kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) , UPNM perlu merangka program-program akademik dan latihan seiring dengan matlamat pendidikan universiti. Sebelum penubuhan UPNM, ATMA telah mempunyai pengalaman sendiri dalam pengendalian Program Ijazah Sarjana Muda selama hampir 11 tahun dengan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM. Sepanjang tempoh itu seramai1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pengambilan pertama UPNM bermula pada seisi akademik 2007/2008 merangkumi pegawai kadet dan pelajar awam dan seramai 550 pelajar melapur untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 pelajar awam dan 350 pelajar tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 pelajar awam dan 297 pelajar Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan...
Words: 3587 - Pages: 15
...TERHAD 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2016 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan Guru, Pemeriksa, dan Calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 61 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 TERHAD TERHAD 2 KANDUNGAN Bahagian I: Manual Guru/Pemeriksa Halaman 1.0 Pengenalan 4 2.0 Objektif 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 5 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan) 3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon) 3.4 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon) 3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan) 3.6 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon) 3.7 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon) 3.8 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik...
Words: 12296 - Pages: 50
...Memahami Birokrasi Sebagai Alat Pengurusan Sesebuah Negara Oleh:- Lutfan bin Jaes lutfan@uthm.edu.my ABSTRAK Tulisan ini adalah berkenaan Birokrasi, yang merupakan satu istilah popular dikalangan umum apabila membicarakan tentang pengurusan dan pentadbiran organisasi kerajaan. Aktornya dipanggil birokrat dan organisasinya merujuk kepada perkataan biro. Kepelbagaian perspektif melihat birokrasi menyebabkan ia menjadi satu konsep yang sukar difahami secara jelas. Ilmu Birokrasi itu sendiri dilihat sebagai sangat luas dan analitikalnya sangat bergantung kepada fahaman, mazhab dan isi kandungan masing-masing dalam sesebuah negara yang mengamalnya. Penulisan ini akan menyentuh serba sedikit sejarah, perkembangan, ciri-ciri, dan kepentingan birokrasi bagi tujuan umum. Kritikan terhadap birokrasi juga diperlihatkan bagi tujuan timbang tara pembaca. Juga ditulis serba sedikit birokrasi dan hubungannya secara langsung dengan pentadbiran awam sesebuah negara yang biasa banyak dirujuk oleh semua pihak yang menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat. Kata Kunci : Birokrasi, Birokrat, Biro Pendahuluan Seringkali orang awam mengaitkan birokrasi dengan cara urustadbir tidak cekap, red tape (pita merah), rigid, kepatuhan melampau dan pelbagai prosedur yang membebankan dalam sesebuah organisasi kerajaan. Pengurusannya di sektor kerajaan seringkali dibuat perbandingan yang salah, kurang sesuai dan tidak tepat dengan pengurusan di sektor swasta. Tanpa disedari, simptom-simptom yang...
Words: 2524 - Pages: 11
...dalam Rukun Tetangga (RT). Sarjana-sarjana pengurusan menegaskan bahawa kepimpinan berkesan terhasil dari gaya komunikasi yang diamalkan oleh mereka terhadap anggota organisasi. Jika wujudnya komunikasi yang baik antara ahli komuniti setempat Kawasan Rukun Tetangga dengan kepimpinan dalam Rukun Tetangga, maka akan dapat menimbulkan kepuasan. Manakala kepuasan terhadap komunikasi kepimpinan serta komitmen yang ditunjukkan oleh pemimpin adalah pemangkin pada tahap kejayaan organisasi Rukun Tetangga. Secara langsung ini akan memberi kesan pada pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga, khususnya dalam mencapai agenda utama dasar pembangunan negara Malaysia. 2.2. Rukun Tetangga Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada buku Panduan Kejiranan Jabatan Perpaduan Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia (1995), Rukun Tetangga (RT) merupakan sebuah organisasi sosial yang dibentuk secara sukarela oleh sesebuah komuniti. Sebagai sebuah pertubuhan penting, kegiatan serta pengelolaan kerja Rukun Tetangga dikawalselia oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana 10 Menteri. Di bawah Jabatan ini telah wujud sebuah unit yang secara langsung diwujudkan bagi melihat RT mematuhi Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975. Pada peringkat awal, tumpuan penubuhannya pada sekitar tahun 1975 sehingga 1982 ialah kepada keselamatan melalui skim kawalan atau rondaan. Mulai tahun 1983, falsafah RT telah diubah penumpuannya kepada konsep...
Words: 10532 - Pages: 43
...APA FORMATTING AND STYLE GUIDE by University of Malaya Library (UML) Title General Rules Content Single Author Two Authors Three to Six Authors More Than Six Authors Author - Malay Names (without family names) Author - Chinese Names Author - Chinese Names with English Names Author - Indian & Sikh Names (without family names) Inherited Names Conferred titles Local Government Institution as Author Foreign Government Institution as Author Unique Corporate Body Names Organization as Author Conference Names with Numbers Unknown Author Page 1-2 Reference List : Book Basic Format for Books Edited Book, No Author Edited Book with an Author or Authors A Translation Edition Other Than the First Article or Chapter in an Edited Book Multivolume Work Reference List : Articles in Periodicals Basic Form Article in Journal Paginated by Volume Article in Journal Paginated by Issue Article in a Magazine Article in a Newspaper Letter to the Editor Review Reference List : Other Print Sources An Entry in an Encyclopedia Work Discussed in a Secondary Source Dissertation Abstract Government Document Report from a Private Organization Conference Proceedings Published Conference Paper Unpublished Conference Paper Academic Exercise / Thesis (Unpublished) 3 4 5-6 i Title Content Page 7-8 Reference List : Electronic Sources Article From an Online Periodical Online Scholarly Journal Article Online Scholarly Journal Article with Printed Version Available Article...
Words: 3418 - Pages: 14
...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...
Words: 18840 - Pages: 76
...|Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam : Pelaksanaan Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) | |Oleh : Haji Mustafar Haji Ali, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Tarikh : 07/02/2007, Hits : 9 | |Prinsip : Kerajaan Adil & Beramanah | | | |Abstraks | | | |Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi | |pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan | |dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan | |pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi | |sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. | | ...
Words: 2727 - Pages: 11
...TINJAUAN ATAS ANALISIS PROSEDUR PEMBERIAN SERTA PENCATATAN AKUNTANSI KREDIT PENSIUN PADA PT. BANK JABAR BANTEN KCP. IPDN JATINANGOR KAB. SUMEDANG LAPORAN TUGAS AKHIR Diajukan untuk memenuhi dan melengkapi salah satu syarat dalam menempuh Ujian Diploma III Jurusan Akuntansi pada Fakultas Ekonomi Universitas Widyatama Disusun Oleh : Nama : L. Vina Maya Martiana NPM : 0308059 FAKULTAS EKONOMI UNIVERSITAS WIDYATAMA Terakreditasi (Accredited) SK. Ketua Badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi (BAN-PT) Nomor : 017/BAN-PT/Ak-VII/Dpl-III/X/2008 BANDUNG 2013 LEMBAR PENGESAHAN TINJAUAN ATAS ANALISIS PROSEDUR PEMBERIAN SERTA PENCATATAN AKUNTANSI KREDIT PENSIUN PADA PT. BANK JABAR BANTEN KCP. IPDN JATINANGOR KAB. SUMEDANG LAPORAN TUGAS AKHIR Diajukan untuk memenuhi dan melengkapi salah satu syarat dalam menempuh Ujian Diploma III Jurusan Akuntansi pada Fakultas Ekonomi Universitas Widyatama Disusun Oleh : Nama : L. Vina Maya Martiana NPM : 0308059 Menyetujui, Pembimbing (Intan Oviantari, S.E., M.S. Ak., Ak) NIP 1110201063 Mengetahui Dekan Fakultas Ekonomi (Dr. H. Islahuzzaman,S.E.,M.Si.,Ak) NIP 11105840 Ketua Program Studi Akuntansi D-3 (Rima Rachmawati, S.E., M.Si., Ak.) NIP 1110201069 “Tuhan tidak menurunkan takdir begitu saja. Tuhan memberikan takdir sesuai dengan apa yang kita lakukan. Jika kita maju dan berusaha, Tuhan akan memberikan takdir kesuksesan. Jika kita lengah dan malas, Maka Tuhan akan memberikan takdir kegagalan.” “Orang yang gagal selalu mencari jalan untuk...
Words: 14147 - Pages: 57
...TAJUK PERKEMBANGAN SYARIKAT NESTLE DI MALAYSIA DARI 1912 HINGGA MASA KINI NAMA : WONG CHIEN WEN NO. KAD PENGENALAN : 941213-14-5532 ANGKA GILIRAN : SB9002/1027(13P1) PUSAT PEPERIKSAAN : SMK TAMAN SEA, PJ PENGERTIAN SEJARAH Apakah ialah Sejarah? Menurut Wikipedia, Sejarah (dari Yunani ἱστορία - historia, bermaksud "siasatan, pengetahuan yang diperoleh oleh penyiasatan") adalah istilah payung yang berkaitan dengan peristiwa masa lalu serta penemuan, koleksi, organisasi, dan pembentangan maklumat mengenai peristiwa-peristiwa ini. Istilah ini termasuk kosmik, geologi dan sejarah organik, tetapi sering generik tersirat bermakna sejarah manusia. Ulama yang menulis tentang sejarah dipanggil sejarah.Sejarah juga boleh merujuk kepada disiplin akademik yang menggunakan naratif untuk memeriksa dan menganalisis urutan peristiwa lepas, dan objektif menentukan corak punca dan kesan yang menentukan mereka.Sejarawan kadang-kadang membahaskan sifat sejarah dan kegunaan dengan membincangkan kajian disiplin sebagai akhir dalam sendiri dan sebagai satu cara menyediakan "perspektif" masalah sekarang.Cerita biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber luaran (seperti cerita sekitar Raja Arthur) biasanya diklasifikasikan sebagai warisan legenda atau budaya, kerana mereka tidak menyokong "Siasatan berkepentingan" yang diperlukan disiplin sejarah. Peristiwa yang berlaku sebelum rekod bertulis dianggap prasejarah. Herodotus...
Words: 4011 - Pages: 17
...ARAHAN : Contoh Peperiksaan Akhir Yang Lepas Jawab SEMUA soalan. 1. Tauhid Uluhiyyah menjelaskan tentang kepercayaan dan pegangan akidah yang menepati Allah SWT merupakan Tuhan sebagai A pencipta yang Maha Agong. B pemilik sifat terpuji yang sempurna. C tempat sembah dan mengabdikan diri. D pemberi rahmat dan nikmat kepada seluruh makhluk. 2. Kenikmatan spiritual dianugerahi Allah SWT kepada hamba-bamba-Nya yang terdiri daripada nikmat-nikmat seperti berikut KECUALI E ketenteraman dan kebahagiaan hati. F ilmu pengetahuan yang luas. G tubuh badan yang sihat. D akhlak yang baik. 3. Pengucapan dengan lisan, iktikad di dalam hati dan beramal dengan anggota badan. Ia bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan. Penyataan di atas menjelaskan tentang konsep A iman. B ihsan. C Islam. D imarah. 4. “Dan hendaklah ada di antara kamu golongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf mencegah dari yang mungkar, mereka adalah orang yang beruntung”. Pernyataan di atas menunjukkan A seruan menunaikan solat. B tanggungjawab berdakwah. C pesanan malaikat kepada rasul. D penyataan tentang dosa dan pahala. 5. Masyarakat jahiliyyah menurut perspektif Islam ialah masyarakat yang A sesat daripada petunjuk agama. B bodoh terutama dalam bidang akademik. C mundur dalam pentadbiran ekonomi dan politik...
Words: 4480 - Pages: 18
...materials, and sources, in order to establish facts and reach new conclusions” (ODEC, 1996). Graziano dan Raulin (1996) mendifinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai suatu pencarian yang sistematik terhadap maklumat serta suatu proses penyelidikan. Brew (2001) telah menyenaraikan beberapa definisi yang dirasakan bertepatan dengan maksud kajian itu sendiri, iaitu: ▪ Kajian merupakan pencarian sesuatu dan menyebarkannya kepada umum ▪ Kajian melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan ilmu ▪ Kajian merupakan suatu proses sistematik kajian, kepentingan umumnya yang mana menyumbang kepada himpunan ilmu yang membentuk serta memandu bidang akademik dan/atau praktis ▪ Kajian adalah mengenai ilmu lanjutan dan pemahaman Graziano dan Raulin (1996) telah mengkategorikan beberapa fasa bagi kajian sesuatu penyelidikan ke dalam jadual yang mana konsep fasa bagi kajian membekalkan model konseptual satu dimensi. Merujuk kepada Jadual 5.1, kajian bermula dengan idea, dan alirannya melalui fasa yang berturut-turut bertindih di dalam proses penyelidikan. Setiap fasa mengandungi sifatnya tersendiri, tugasan yang berbeza disempurnakan pada setiap penyediaan fasa seterusnya. Jadual 5.1 : Fasa kajian penyelidikan (Sumber : Graziano dan Raulin, 1996) Fasa janaan idea Mengenalpasti kecenderungan topik kajian Fasa pendefinisian masalah Memperhalusi idea yang tidak jelas dan umum yang dijana ...
Words: 13402 - Pages: 54
...Kemahiran tertutup (closed loop) dan kemahiran terbuka (open loop) (J. A. Adams) 5.1 Kemahiran tertutup Kemahiran tertutup boleh didefinisikan sebagai kemahiran yang memerlukan proses maklumbalas sebagai rujukan bagi membolehkan pergerakan berlaku seperti yang telah dirancangkan. Kemahiran ini akan memberikan maklumat tambahan untuk pergerakan yang sedang berlaku dan membuat pembetulan sekiranya terdapat masalah daripada pergerakan yang sedang berlaku. Kemahiran tertutup ini memerlukan pengulangan. Contohnya apabila bayi yang berumur setahun yang memegang cerek. Kali pertama bayi memegang cerek,cerek itu sejuk maka bayi akan bermain dengan cerek tersebut. Sekiranya cerek itu panas, bayi akan menarik tangannya tetapi akan mengulangi semula perbuatan itu berulang kali. Kemahiran tertutup berlaku secara perlahan dan berterusan dimana bayi akan melakukan pengulangan terhadap apa yang mereka pelajari misalnya turun naik tangga. Bayi yang baru mempelajari kemahiran ini mempunyai rangsangan untuk naik dan turun tangga sehingga mereka mahir dengan kemahiran tersebut. Kemahiran ini berlaku bersama-sama memori jangka pendek yang melalui dua ciri iaitu maklumat sensori tentang perlakuan yang diingini dan maklumat sensori yang sedang berlaku. Sekiranya terdapat perbezaan maklumat, kesilapan akan dapat dikesan dalam pergerkan. Kemahiran ini juga berlaku pada jangka masa yang pendek dimana kanak-kanak itu hanya mengingatkan keadan itu sebentar sahaja dan boleh membiasakan diri. Pergerakan...
Words: 6465 - Pages: 26
...SULIT Bahasa Melayu 1103/1 Ogos, 2013 2 ¼ jam 1103/1 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM http://cikguadura.wordpress.com/ BAHASA MELAYU 1103/1 2 ¼ jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan: 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak 1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT SULIT 2 1103/1 Bahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 1103/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT SULIT 3 1103/1 Bahagian B [100 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan...
Words: 8915 - Pages: 36