Free Essay

Pengaruh Tamadun Islam Keatas Masyarakat Eropah

In:

Submitted By marmohdnasir
Words 700
Pages 3
[pic]

FACULTY OF ECONOMY AND MANAGEMENT

COURSE CODE : SKP 2203
COURSE NAME : TAMADUN ISLAM & ASIA
PROGRAM NAME : BBA
DATE : 12 APRIL 2014

SEMESTER 1 TRISEMESTER 3 ASSIGNMENT

SUBMITTED BY : 1. MAR BINTI MOHD NASIR EX03032 2. NURUL IZATI BINTI HAMZAH EX03027 3. NURUL AMALINA `ADANI BINTI MOHAMMAD EX03035 4. MOHD FIRDHAUS BIN SHAHARIM EX03057 5. MOHAMED AL-GADHAFEE ABDUL RAHIM EX03059

SUBMITTED TO : DR ARFAH AB. MAJID

PENDAHULUAN

Setiap tamadun mengalami graf kelahiran, kebangkitan, klimaks dan kejatuhannya tersendiri. Zaman kemunduran yang mereka alami tidak bermakna tiada tindakan susulan yang diambil. Ia bagaikan sebuah kitaran hidup di mana setiap kejayaan akan berakhir dengan kejatuhan dan mereka akan bangkit semula daripada kejatuhan dan akhirnya kemajuan dapat dikecapi semula. Begitu juga dengan sejarah Zaman Kegelapan Barat, di mana kemajuan Tamadun Islam merupakan titik tolak kemunculan semula kejayaan mereka. Berikut merupakan pengaruh dan sumbangan Tamadun Islam terhadap kebangkitan Zaman Kegelapan Barat.

PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN BARAT

1) Faktor Islam itu sendiri Keadaan masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam mempunyai persamaan dengan keadaan masyarakat Eropah pada zaman kemunduran mereka. Kezaliman politik, kejatuhan ekonomi, dan kesengsaraan rakyat merupakan persamaan yang sangat jelas jika dibandingkan secara keseluruhannya. Islam amat mementingkan penguasaan ilmu, peradaban dan membenci penindasan merupakan kunci ketamadun yang diambil oleh orang-orang Barat pada masa itu. Buku-buku, formula, dan segala bentuk inovasi yang dicipta oleh cendekiawan Islam menjadi sumber rujukan utama mereka.

2) Kestabilan sosio-ekonomi dan sosio-politik andalus Pengajaran Al-Qur’an dan Al-Hadis tentang pentingnya ilmu pengetahuan, galakan dan usaha gigih para pemimpin bukan sahaja membuat umat Islam mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan telah membawa kesan dengan peningkatan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio politik sejagat. Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut menjadi penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN BARAT

1) Perubatan Tokoh-tokoh yang terkenal dengan kegeligaan pemikiran dan falsafah serta amalan mereka telah mengevolusikan, memberi satu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Razi dan Harith Ibnu Kaladah. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah. Abu Marwan seorang tokoh perubatan di Sepanyol yang menulis buku al-Teisir yang membicarakan sejarah penyakit. Ibn Abbas al-Zahrawi seorang doktor istana Hakam telah menulis buku yang berjudul al-Tasrif yang membicarakan asas pembedahan. Ibn Rusyd seorang ahli falsafah dan perubatan menghasilkan bukunya yang terkenal, iaitu al-Kulliyat (Prinsip-prinsip Perubatan). Dari arus-arus sejarah inilah unsur-unsur ilmu perubatan Islam mula bertunas dan ini dipadankan pula dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

2) Pendidikan Dalam pendidikan pula, Khalifah al Hakam meemperbaiki dan memperluas gedung Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III, bertempat di Istana al Zahraa’. Pada masa yang sama al Hakam Universiti ini merupakan pusat pengajian yang terbesar di dunia. Ia dikunjungi oleh orang-orang Eropah, Afrika dan Asia, selain dari penduduk Sepanyol sendiri. Beliau mengundang para sarjana dari sebelah Timur dan menggaji mereka untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Cordova.

3) Pembangunan Pemerintahan Abdul Rahman III dan dua orang khalifah yang sesudahnya adalah merupakan satu zaman keagungan kerajaan Islam Sepanyol. Kota Cordova adalah merupakan sebuah kota yang terkenal di Eropah kira-kira pada abad yang ke-10. Cordova merupakan salah satu dari tiga pusat kebudayaan, selain dari Baghdad dan Konstantinople. Pada waktu itu jumlah rumah di Kota Cordova adalah sebanyak 113,000 buah, kota depannya ada 21 buah, perpustakaan 70 buah, kedai-kedai buku dan masjid tidak terhitung banyaknya dimana ianya menjadi faktor yang menyebabkan kota Cordova menjadi harum diseluruh dunia. Abdul Rahman Al Dakhil mendirikan sebuah masjid pada tahun 788 M, dua tahun sebelum beliau meniggal dunia. Masjid itu didirikan di Cordova dan kemudiannya masjid itu diperbesarkan oleh pengikut-pengikutnya atau penggantinya.

KESIMPULAN Pengaruh tamadun Islam ke atas masyarakat Eropah banyak membantu mereka dalam bidang perubatan, pendidikan, perindustrian, ekonomi, matematik dan sebagainya. Hal ini menunjukkan betapa luasnya pengaruh tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia. Oleh sebab itu kita haruslah menyedari betapa pentingnya mempelajari dan memahami sejarah tamadun dunia supaya kita sedar kemajuan yang hakiki adalah bukan pembangunan fizikal semata-mata tetapi dari sudut rohaniah juga perlu diambil kira.

Similar Documents