Free Essay

Perancang Kewangan Islam

In:

Submitted By dhalwi
Words 676
Pages 3
PERANCANG KEWANGAN ISLAM

Sudah menjadi fitrah kehidupan, setiap insan mempunyai cita-cita, angan-angan dan impian untuk mendapat kehidupan yang baik. Seringkali kehidupan yang baik dikaitkan dengan wang dan material yang disandarkan kepada tabungan dan perbelanjaan. Ini bermakna, anda perlu menentukan matlamat kewangan anda samada anda menabung untuk berumahtangga, membeli rumah, kenderaan, dana pendidikan anak, pembiayaan perubatan atau merancang persaraan yang selesa. Oleh itu, anda perlu merancang dan mengurus perihal kewangan dengan baik, teratur dan terarah yang dapat menjadikan impian kewangan yang anda idam-idakan itu menjadi kenyataan. Lebih awal anda mula merancang, bertambah baik peluang anda, memandangkan anda akan mempunyai masa yang lebih panjang dan lebih fleksibel.

Kita perlu sedar betapa perlunya merancang kewangan demi memenuhi matlamat hidup, lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang berhijrah keluar meninggalkan rumah samada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau mendirikan rumah tangga. Golongan ini perlu mempunyai asas tentang hidup berdikari dan jumlah kos yang diperlukan untuk menampung kehidupan tersebut. Tentu sekali tempat tinggal dan wang yang mencukupi diperlukan untuk menyara perbelanjaan harian dan juga simpanan bagi menampung keperluan yang tidak dirancang seperti bil-bil perubatan dan sebarang kecemasan. Bergantung kepada gaya hidup, mereka ini mungkin mempunyai senarai keperluan yang lebih panjang. Oleh yang demikian, mereka ini memerlukan nasihat, petua dan juga pedoman dari mereka yang lebih arif dari segi pengetahuan dan berpengalaman. Contohnya pengetahuan berhubung cara-cara berbelanja dan berjimat mengikut keupayaan kewangan agar tidak melebihi lingkungan pendapatan mereka. Di negara Barat umpamanya di Kanada, Britain dan Amerika Syarikat, asas serta kepentingan perancangan kewangan telah dijadikan topik di dalam kurikulum kemahiran hidup dan diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi.

Malangnya di Malaysia, masyarakat kita tidak diberikan pendidikan formal serta kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan. Akhirnya ramai yang telah terjebak dengan masalah kewangan contohnya gagal menjelaskan hutang kad kredit, malah ada yang lebih menyedihkan lagi aset atau hartanah yang dicagarkan kepada institusi kewangan terpaksa dilelong untuk melunaskan hutang kredit mereka. Kegagalan tersebut membawa padah kepada mereka hingga menyebabkan mereka ini menjadi muflis. Kumpulan ini sebenarnya memerlukan khidmat nasihat pakar bagi membantu menguruskan perancangan kewangan yang baik supaya dapat menangani masalah kegunaan kredit yang keterlaluan dan tidak terancang. Pakar-pakar perancang kewangan perlulah telus dalam membuat perancangan yang bukan sahaja dapat menyeimbangi pendapatan dan perbelanjaan tetapi harus merangkumi peluang-peluang melabur bagi menambahkan tabungan. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan asas pembinaan bagi merancang persaraan yang selesa di usia emas anda kerana satu perkara yang sudah tentu ingin dielakkan setelas bersara adalah hutang-hutang yang belum dilangsaikan.

Anda juga harus bijak memilih perancangan yang sesuai dengan kemampuan anda. Dengan ertikata yang lain, membuat perancangan sendiri selain mendapat nasihat dari pakar-pakar perancangan kewangan dalam menyusun dan membina matlamat hidup yang jelas berdasarkan tahap kewangan yang sedia ada, serta membuat perancangan kewangan dengan mencadangkan strategi pelaburan yang sesuai bagi membantu anda mencapai matlamat kewangan anda daripada sekarang sehinggalah ke usia persaraan anda.

Anda juga mampu menjadi salah seorang perancang kewangan yang profesional dan berdaya saing sekiranya anda mendapat sijil tauliah Perancang Kewangan berlesen. Bagi membantu anda yang bercita-cita untuk menjadi perancang kewangan yang profesional, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan Financial Planner Association of Malaysia (FPAM) sedia membantu anda.

IBFIM dan FPAM telah bergabung tenaga menghasilkan suatu program pensijilan Perancang Kewangan Islam lebih dikenali sebagai IFP (Islamic Financial Planner) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Program IFP ini adalah yang terulung di Malaysia dan mungkin di dunia. Program ini membimbing dan melatih anda untuk membentuk dan membina perancangan kewangan mengikut prinsip dan landasan Syariah yang menumpukan perhatian kepada perkara utama dalam pengurusan kewangan termasuk perancangan takaful, cukai dan zakat, persaraan, harta perwarisan Islam dan pelaburan Islam. Anda akan mendapat pendedahan tentang konsep-konsep asas yang perlu termasuk jenis-jenis kontrak yang diterima pakai dalam kewangan Islam, kesan inflasi, pengurusan risiko melalui takaful, konsep pembelbagaian / diversifikasi, pemurataan kos pelaburan serta gabungan pelaburan yang sesuai untuk anda.

Sayugia diingatkan bahawa perancangan kewangan Islam membabitkan perancangan belanjawan bagi pengurusan pendapatan yang lebih efisyen; yakni bijak melabur dan merancang kewangan untuk masa depan yang lebih baik berlandaskan hukum syarak.

Similar Documents

Free Essay

Economic Report of Malaysia

...Ekonomi Malaysia Rencana: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kajian Mengikut Sektor Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan. Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang. Anggaran menunjukkan bahawa ekonomi menghadapi pertumbuhan yang seimbang pada tahun 2005 memandangkan pertumbuhan keluaran potensi kekal...

Words: 39597 - Pages: 159

Free Essay

Kesedaran Sismik

...ABSTRACT Nowadays job market is getting more dynamic due to rapid changes in technology and diversity of employers’ requirements. Consequently, this raises various issues in the job market, and it has been worsened by unfavourable current national economic performance. Slow new jobs creation is not in tandem with the number of graduates flooding the job market. This situation has created stiff competition among the graduates and subsequently raises unemployment problem, to the extent that some graduates are forced to accept whatever the employer, leaving no options, has offered. This phenomenon has significant implication on employability and job satisfaction among the graduates. The purpose of this article is to discuss these issues with special reference on UKM’s graduates. Our analyses are based on a survey conducted using questionnaires to 343 UKM’s graduates whom completed their studies between 1998 and 2002. Aspects that are examined in this article include duration taken for first employment, suitability of field of studies with occupation and the level of job satisfaction among the graduates. PENGENALAN Dalam negara yang pesat membangun, peranan universiti sebagai sebuah pusat pengajian bagi membolehkan pelajar mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan, adalah sama penting dengan peranannya sebagai pusat untuk melatih golongan profesional. Pendidikan di universiti bukan sahaja bertujuan menggalakkan perkembangan mental dan rohani pelajar, tetapi...

Words: 2898 - Pages: 12

Free Essay

Peng.Strategik

...1.0 Profil Syarikat 1.1 Latar Belakang Syarikat Syarikat Kulim (Malaysia) Berhad bermula 70 tahun lalu apabila Kulim Rubber Plantations Ltd (KRPL) diperbadankan di United Kingdom pada 4 Julai 1933. KRPL memulakkan operasi pada tahun 1947 dengan memiliki ladang getah seluas 190 hektar di negeri Johor, Malaysia. Kulim (Malaysia) Berhad adalah sebuah syarikat awam yang berpangkalan di Malaysia yang tersenarai berpangkalan di Malaysia yang menekankan kepada empat operasi perniagaan terasnya iaitu perladangan kelapa sawit, oleokimia, makanan dan restoran dan usahasama keusahawanan Pada 16 Julai 1960 KRPL telah menukar namanya kepada Kulim Group Limited (KGL) dan menyenaraikannya di Bursa Saham London. Kulim (Malaysia) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 3 Julai 1975 dan selepas itu dinaik taraf sebagai sebuah syarikat awam pada 18 Ogos 1975 dan menggunakan namanya sekarang, iaitu Kulim (Malaysia) Berhad. Syarikat Malaysia ini disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada 14 November 1975 dan telah menamatkan penyenaraiannya di Bursa Saham London pada tahun 1977. 1.2 Situasi Semasa Menurut IMF, pertumbuhan ekonomi dunia menjadi lembab kepada 3.7% pada tahun 2008, kadar paling lembab sejak 2002 di mana keadaan ekonomi serantau mengalami kelembapan yang kian mendadak. Ekonomi malaysia walaupun bertahan pada 2008 dengan pertumbuhan KDNK yang sederhana iaitu 4.6% berbanding dengan 6.3% pada tahun...

Words: 7214 - Pages: 29

Free Essay

Mkn 20

...MAJLIS KESELAMATAN NEGARA ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI TERHAD PRAKATA Susulan daripada kejadian keruntuhan Pangsapuri Highland Towers di Hulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993, Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 telah memutuskan untuk mewujudkan satu mekanisme pengurusan Bencana dan diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hasil daripada keputusan tersebut, MKN telah mengeluarkan Arahan mengenai Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara pada 11 Mei 1997. Arahan ini disemak semula selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian Bencana pada masa ini. Arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan Bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian Bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan Bencana bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan Arahan ini. Pengurusan Bencana juga hendaklah dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif. Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani Bencana. Tumpuan utama kepada pengurusan Bencana adalah ke arah Pengurangan Risiko Bencana secara berterusan melalui program-program Pencegahan, Peredaan dan Kesiapsiagaan...

Words: 10423 - Pages: 42

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...

Words: 16153 - Pages: 65

Free Essay

Rukun Negara

...KAJIAN PELAJAR ANTARABANGSA DI MALAYSIA LAPORAN AKHIR Disediakan untuk Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) Suite 109, Tingkat Satu, Kompleks EUREKA Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang. Oktober 2009 SENARAI AHLI PASUKAN KAJIAN Ketua Kajian Profesor Badaruddin Mohamed, USM Ahli Pasukan Kajian Profesor Ambigapathy Pandian, USM Profesor Fauziah Md. Taib, USM Profesor Yang Farina Abdul Aziz, UKM Profesor Madya Shukran Abd. Rahman, UIAM Profesor Madya Sarjit Kaur, USM Profesor Madya Rozinah Jamaludin, USM Profesor Madya Ahmad Nurulazam Md. Zain, USM Dr. Munir Shuib, USM Dr. Melissa Ng Lee Yen Abdullah, USM Dr. Vikneswaran Nair, Taylor’s University College Penyunting Teks Laporan Profesor Madya Noriah Mohamed, USM Pegawai Penyelidik Pn. Shida Irwana Omar, USM Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Akronim Pengenalan Dan Skop Kajian iv iv iv vi Bab 1 1.1 1.2 Malaysia Ke Arah Hab Kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa, 2020 Pengambilan akademik pelajar antarabangsa di Malaysia Unjuran pelajar antarabangsa di Malaysia untuk tempoh 2009 hingga 2012 1 3 7 Bab 2 Faktor-Faktor Pemilihan Malaysia Sebagai Destinasi Pengajian Pelajar Antarabangsa 9 Bab 3 Garis Panduan Yang Sedia Ada Berhubung Dengan Pengurusan Dan Pengambilan Pelajar Antarabangsa Di Malaysia Rekod dan prestasi IPTS Kursus yang ditawarkan Unit/Pejabat pelajar antarabangsa Kemudahan tempat tinggal...

Words: 15290 - Pages: 62

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517