PETUA BELAJAR CEMERLANG 1. Tukar pemikiran yang negatif kepada positif. Misalnya : Aku akan berjaya mengharungi detik-detik yang mencabar ini. 2. Mendengar,Mencatat,Memahami dan Membacakan semula apa yang dipelajari dengan nada suara yang kuat. 3. Menjawab soalan untuk menguji kefahaman anda tentang sesuatu topik pelajaran. 4. Mengambil masa untuk mengulangkaji semula pelajaran yang telah dipelajari dalam masa 24 jam agar tidak terlupa. 5. Bagi pelajar IPT,masa untuk mengulangkaji adalah 4-5 jam bergantung kepada kursus yang anda pilih. 6. Belajar di tempat yang kondusif. 7. Pembelajaran lebih efektif dalam persekitaran hijau / kuning. 8. Pelajar perlu belajar di tempat yang mempunyai pencahayaan yang baik. 9. Pelajar perlu mengelakkan tempat yang bising untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran. 10. Pelajar perlu belajar dalam suasana yang sederhana sejuk kerana dikhuatiri fokus pembelajaran akan terjejas sekiranya terlampau sejuk. 11. Jangan dengar muzik sambil belajar atau mengulangkaji pelajaran. 12. Tampalkan slogan-slogan yang berunsur motivasi di dinding untuk memberikan semangat kepada pelajar. 13. Ubahsuai tempat belajar menghadap ke arah kiblat bagi yang beragama Islam. 14. Belajar sambil menghadap ke tingkap untuk keselesaan. 15. Memakai wangian 16. Senyum semasa belajar 17. Jangan ponteng kelas 18. Mohon ampun kepada guru sekiranya tidak hadir ke kuliah. 19. Dapatkan nota-nota yang berkaitan daripada rakan-rakan. 20. Baca buku dengan menggunakan jari telunjuk. 21. Setelah membaca,tutup buku tersebut dan cuba ingatkan kembali apa yang telah dipelajari. 22. Lakar peta minda semasa proses membuat nota. 23. Semak semula apa yang dilakar dalam kertas. 24. Tutup nota peta minda tersebut,dan cuba ingatkan kembali maklumat-maklumat penting daripada topik pembelajaran tersebut. 25. Memotivasi diri sendiri untuk berjaya. 26. Menulis perkara-perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar dalam diari setiap hari. 27. Cari rakan-rakan yang positif 28. Cari tempat duduk depan atau tengah semasa proses pengajaran di bilik kuliah. 29. Belajar awal sebelum kelas 30. Amalkan bacaan doa sentiasa. 31. Belajar 20 minit kemudian rehat 2 minit dan sambung semula. 32. Jangan minum semasa makan. 33. Jangan makan kepala ikan 34. Jangan makan organ-organ dalaman manusia. 35. Elakkan makanan yang mengandungi semut 36. Jangan kencing berdiri 37. Jangan tengok kemaluan. 38. Elakkan baca nama di batu nisan. 39. Belajar dan mengulangkaji selepas 2 jam makan 40. Urut kulit kepala semasa sapu minyak ke atas kepala. 41. Amalkan makanan seperti kismis dan madu 42. Amalkan makanan seperti kacang soya, tau fu fa 43. Amalkan bacaan yassin setiap hari bagi yang beragama Islam.