Free Essay

Principle Rukun Negara

In:

Submitted By Ismailjeffry
Words 3948
Pages 16
Panduan Asas Perniagaan Internet
Oleh : Aridz Ridzuan

Nota: Tidak dibenarkan untuk menerbitkan sebarang bahagian di dalam ebook ini di dalam apa bentuk sekalipun. Hakcipta adalah terpelihara. Terima kasih.

1

Kata – kata aluan Terima kasih kerana mendapatkan ebook ini. Sebelum anda terus mengikuti perkembangan yang ada di dalam ebook ini, elok saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama sebenar saya ialah Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman. Saya menggunakan nama samaran sebagai Aridz di dalam sebarang kegiatan saya di dalam internet. Saya telah menjalankan perniagaan di Internet semenjak lima tahun dahulu secara separuh masa daripada rumah. Saya sebenarnya bekerja sebagai seorang jurutera senior di dalam bidang R&D di sebuah syarikat multinasional di ibu negara yang mempunyai hampir tiga ribu orang pekerja. Saya sudah bekerja selama hampir sepuluh tahun di beberapa buah syarikat tempatan senaraian awam dan juga multinasional seperti Motorola (M) Sdn. Bhd, Unisem (M) Berhad, StatsChipPAC (M) Sdn. Bhd dan Omega Semiconductor (M) Berhad. Kini, saya masih bekerja di sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur. Saya telah melibatkan diri di dunia perniagaan internet ini setelah saya melanggani perkhidmatan broadband streamyx tanpa had di rumah. Aktivitiaktiviti yang saya lakukan hanyalah berkisar kepada pembacaan suratkhabar di internet, email, forum dan sekadar melayari laman- laman web. Saya merasakan ada sesuatu yang saya boleh tingkatkan di dalam penggunaan internet ini. Ianya adalah untuk menjadikan internet sebagai salah satu sumber pendapatan ataupun dengan kata lain, ianya boleh menghasilkan wang ringgit. Bertitik tolak daripada situ, saya telah berusaha untuk menguasai kemahiran- kemahiran yang

2

diperlukan dan melakukan beberapa perniagaan yang ada dikalangannya berjaya dan ada yang tidak. Oleh itu, saya ingin berkongsi kepada anda di dalam ebook ini agar anda mendapat panduan dan boleh memulakan perniagaan internet anda dengan jayanya. Di dalam ebook ini, saya mengehadkan diri saya daripada mengambil perkaraperkara yang saya dapati daripada hasil bacaan saya. Saya menggunakan kemahiran penulisan saya semata- mata untuk menwujudkan sebuah ebook yang berdasarkan kepada pengalaman sebenar tidak berbentuk hanya sebagai rujukan teori sahaja. Saya banyak membaca buku – buku dan bahan – bahan rujukan mengenai perniagaan internet namun, saya lebih suka mengolah dan meletakkan cara- cara yang telah terbukti berkesan di dalam ebook ini daripada buah fikiran saya sendiri. Saya berharap ebook ini dapat memberikan panduan yang amat bernilai untuk anda. Segala yang dipaparkan di dalam ebook ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dan saya ingin melihat mereka yang telah membaca ebook ini akan terus memulakan perniagaaan internet mereka dengan cemerlangnya. Semoga berjaya!

Aridz Ridzuan

www.aridztech.com

3

Pengenalan Perniagaan internet dapat didefinasikan sebagai urusan jual beli yang dilakukan dengan menggunakan kemudahan sistem online. Ianya boleh dikatakan sebagai satu bentuk perniagaan yang dilakukan secara sepenuhnya di dalam internet ataupun ianya dapat juga diklasifikasikan sebagai hanya sebahagian daripada urusan jual beli sahaja. Akitiviti seterusnya boleh dilakukan juga sebagai offline.

Ramai yang menggunakan internet untuk memperkenalkan produk yang dipasarkan kepada semua pengguna- pengguna internet di dalam negara ataupun di luar negara. Begitu banyak faedah- faedah yang boleh di dapati daripada perniagaan internet. Saya ingin menjuruskan perniagaan internet yang kita perkatakan adalah lebih kepada perniagaan internet individu iaitu yang dimulakan secara sambilan di rumah. Apabila saya memulakan perniagaan internet saya, ianya adalah lebih kepada minat dan bukannya untuk menambah pendapatan. Saya suka melayari internet , jadi mengapa tidak saya mengambil peluang ini untuk menjadikan minat saya itu kepada sesuatu yang mendatangkan hasil. Jika ianya boleh digunakan untuk membayar bil bulanan internet saya, ianya sudah mengcukupi. Jika pada hari ini, saya memikirkan semula apa yang saya harapkan itu di permulaan perniagaan

4

internet saya, saya mengakui saya tidak menyedari potensi sebenar perniagaan internet. Ianya adalah jauh lebih menguntungkan dan bukan sekadar untuk membayar bil internet sahaja. Itulah potensi sebenar perniagaan internet ini.

Namun sekarang, kehidupan menjadi semakin mencabar dengan kemerosotan ekonomi. Bayangkanlah syarikat yang saya bekerja telah memilih untuk tidak menyambung kontrak kepada seribu lebih pekerja dan menyebabkan mereka kehilangan pekerjaaan. Walaupun saya berstatus pekerja tetap dengan jawatan yang agak “selamat’ kerana tergolongan di kalangan professional namun, saya tidak harus menunggu kepada keadaan yang lebih teruk. Saya perlu mempunyai satu “back-up” agar jika berlaku sesuatu yang tidak diduga, saya boleh terus menikmati kualiti hidup yang ada. Apa yang pasti buat masa sekarang, kualiti hidup saya semakin meningkat dengan ketiadaan masalah kewangan yang meruncing. Itulah yang ingin saya paparkan kepada anda bagaimana perniagaan internet ini boleh membuatkan hidup keluarga anda dan anda lebih bahagia, gembira dan bebas daripada menjadi seorang yang mempunyai hutang keliling pinggang. Di samping itu, adalah menjadi satu impian untuk menggunakan hasil daripada perniagaan internet bagi meningkatkan taraf pendidikan kita,

5

mengunjungi seluruh pelusuk dunia, membantu ahli keluarga atau mereka yang daif bermasalah dan melakukan segala aktiviti yang menjadi impian di dalam diri kita. Mungkin semua itu dapat dicapai apabila kita mengecapi kejayaan yang utuh di dalam perniagaan internet tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa itu juga adalah cita- cita kita dan menjadi sasaran kita di masa hadapan. Fikirkan kepada sesuatu yang amat bermakna dengan hasil pendapatan internet dan daripada sini kita akan mengorak langkah untuk mencapainya. Segala- galanya menjadi semakin mudah dengan perniagaan internet ini seperti “software” yang semakin “user – friendly”, kelengkapan “internet banking” yang semakin meningkat dan kelajuan “broadband” yang semakin mendadak.

Apakah kelebihan- kelebihan kepada kita untuk berniaga di Internet. Saya letakkan di bawah dengan cara yang paling ringkas: • • • • kos yang rendah dan tidak membebankan boleh dilakukan di rumah bersama keluarga boleh diakses di seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu tidak memerlukan kos perjumpaan dan pengangkutan

6

• •

meningkatkan pengetahuan anda di dunia IT (“Information Technology”) Prasarana IT yang semakin meningkat memudahkan perniagaan internet.

Di dalam membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda tidak semestinya mempunyai bidang pendidikan di bahagian IT. Saya sendiri tidak punyai pengetahuan di dalam bidang IT. Saya memiliki ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Namun, saya tidak meletakkan keadaan diri saya yang tidak mempunyai kemahiran IT begitu sahaja. Saya mendaftar dan

menghadirkan diri saya di dalam kursus “web technology” di Universiti Teknologi Malaysia selama lima hari di hujung minggu. Kursus tersebut agak mahal jika di banding dengan kursus- kursus yang lain namun, saya percaya ianya memberikan asas yang baik di dalam membina diri saya sebagai seorang peniaga internet yang berjaya. Selepas beberapa tahun, saya telah mendapat pulangan yang lumayan daripada usaha saya yang tidak mengenal penat lelah dan minat yang berterusan membuatkan diri saya sampai ke tahap begini. Saya bukanlah boleh digelarkan sebagai seoarang jutawan internet namun, saya telah memperolehi pendapatan enam angka secara keseluruhannya di dalam bidang perniagaan internet ini. Ramai lagi yang bukan mempunyai latar belakang di dalam bidang IT telah berjaya menempa nama sebagai usahawan Internet yang berjaya. Jika mereka

7

boleh, kenapa tidak anda? Anda tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak berjaya di dalam bidang perniagaan Internet ini. Itu yang pasti.

Saya letakkan dua perkara yang amat penting sekali di dalam perniagaan internet ini iaitu website berautomasi dan sistem pemasaran yang efektif. Memiliki sebuah website adalah menjadi satu kemestian kepada sesiapa sahaja yang ingin memjadikan perniagaan internet mereka berjaya. Pada mula saya menceburi bidang perniagaan ini, saya hanya menjadi affiliate kepada sebuah website yang memasarkan produk kesihatan. Walaupun saya berjaya

memasarkan affiliate dengan baik dan mendapat jualan yang memberansangkan namun, hasilnya tidaklah seberapa kerana saya tidak mengendahkan tentang sistem pembayaran komisyennya dan kekuatan produk yang dipasarkan. Jika kita mempunyai kemahiran membuat website sendiri, kita boleh melakukan hampir apa sahaja dengan website kita. Kita tidak perlu mengupah orang yang semestinya memerlukan kita mengeluarkan wang ringgit untuk memastikan kesempurnaan website kita. Apatah lagi bila kita perlu kemaskini maklumat website, pasti kita akan dikenakan bayaran lagi. Semua ini boleh diatasi dengan mudah iaitu kita belajar membuat website sendiri. Ianya tidaklah sukar seperti yang mungkin anda fikirkan sekarang.

8

Pembinaan website kini menjadi lebih mudah dengan adanya konsep WYSIWYG (What You See Is What You Get). Kebanyakan “website developer software” menggunakan konsep ini di dalam memberikan unsur- unsur mesra pengguna kepada pengguna “software” mereka. Dengan adanya konsep ini, pengguna tidak perlu mempunyai pengetahuan “HTML programming” semasa membina website mereka. Mereka boleh meggunakan dengan mudah, senang dan tidak kompleks. Anda tidak perlu runsing dan pening kepala dengan pembinaan website yang boleh dilakukan sendiri.

Domain dan Webhosting Untuk meletakkan website kita di internet, kita mesti memerlukan dua komponen utama iaitu domain dan webhosting. Domain dan webhosting ini boleh disewa secara tahunan atau bulanan. Namun, sewaan secara tahunan adalah lebih popular. Adakah anda tahu apakah itu domain dan webhosting? Jangan berasa susah hati dengan istilah ini kerana ianya amat senang sebenarnya. Domain adalah alamat sesuatu website seperti google.com, yahoo.com, aridz.ws ataupun aridztech.com. Jadi, setiap orang perlulah mempunyai satu domain sekurang- kurangnya untuk

9

meletakkan website mereka di internet. Adalah dinasihatkan nama domain perlulah pendek, mudah diingati, sesuatu nama yang melambangkan perniagaan dan juga tidak bercampur dengan nombor , “_” atau “-“ . Selalunya kita dapati nama domain hanya dua suku kata atau tiga suku kata sahaja dan ejaannya adalah mudah. Itulah nama domain yang terbaik. Webhosting pula adalah tempat kita menyimpan file di internet. Jika di dalam laptop ataupun komputer, kita menyimpan file di dalam hardisk. Namun, ianya di panggil sebagai webhosting di internet. Kita boleh menyewa web hosting ini dengan berdasarkan kapasitinya. Kita boleh upload file kita daripada laptop atau komputer ke webhosting dengan menggunakan perisian ftp (file transfer protocol). Antara contoh perisian ftp yang popular ialah filezilla. Kita perlu memberikan maklumat berikut untuk mengakses webhosting dengan

menggunakan ftp : • • • • hosting username password port

Kita juga boleh download file daripada webhosting ke laptop atau komputer jika ada sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada file kita di laptop atau komputer. Website: http://www.my.ws/aridz

10

Software membina website Sebenarnya kita tidak boleh membina website tanpa mempunyai software yang berkaitan dengan penggunaannya. Jangan berikan saya sebarang komputer yang tidak mempunyai apa- apa software untuk membina website. Saya pasti tidak akan berjaya membinanya. Kita perlulah menglengkapi laptop kita dengan meng”install” software- software berkaitan. Software- software tersebut akan saya berikan dari masa ke semasa di dalam ebook ini. Cara yang paling senang dalam membina website adalah dengan menggunakan Microsoft word. Ini adalah cara yang saya tunjukkan di dalam kursus yang saya lakukan kepada mereka- mereka yang masih baru di dalam dunia perniagaan internet. Sebenarnya ianya bukanlah cara terbaik untuk membina website namun, apa yang ingin ditunjukkan adalah betapa senang dan “kacangnya” membina website. Kita hanya perlu simpan file tersebut di dalam bentuk HTML dan

dinamakan file tersebut sebagai index.html . Kenapa index? Ini adalah kerana file tersebut adalah file pertama yang akan dipaparkan jika kita menaipkan domain di dalam web browser seperti Firefox Mozilla ataupun Internet Explorer.

11

Di sini saya ingin memberikan sedikit panduan mengenai “terminology” yang digunakan di dalam pembinaan website seperti: • • • • web folder- folder yang dibina untuk mengisi semua file- file website. Homepage- paparan pertama di dalam sebuah domain, index.HTML. Webpages- muka- muka surat di dalam website ataupun file HTML. Web documents- semua file- file lain daripada HTML file seperti file gambar (.jpg atau .gif), bunyi(.wav) dan sebagainya. • • Domain –nama kepada website anda yang bermula dengan www. Webhosting- tempat simpan file anda di internet.

Jika anda mempunyai penerangan secara teks dan gambar di dalam Microsoft Word, anda boleh akan dapati satu index.html file akan di bina dan sebuah folder yang berisi web documents juga dibina. Kedua- dua perkara ini, anda boleh upload ke dalam webhosting anda. Bagi memperolehi keupayaan membina website yang lebih baik, saya mencadangkan menggunakan software NVU ataupun versi terbarunya ialah Compozer. NVU boleh didapati secara percuma daripada Internet. Cuma type “free download NVU” dan anda pasti akan mendapat website untuk

mendapatkannya. Antara pengetahuan – pengetahuan yang anda perlu ada di dalam NVU ialah: • • cara membina webfolder cara membina table sebagai layout

12

• • •

cara memasukkan gambar cara membuat anchor cara membuat pautan (links) ke anchor, muka surat web lain dan website lain.



Cara memasukkan HTML code.

Ini adalah kemahiran- kemahiran yang diperlukan di dalam membina website yang saya senaraikan. Jika anda telah mempunyai kemahiran di atas, saya pasti anda sudah tidak mempunyai masalah untuk membina sebuah website yang berjaya. Namun, website yang berjaya belum tentu lagi memastikan perniagaan yang berjaya. Anda harus mengikuti semua kandungan ebook ini agar tidak terlepas satu pun pengetahuan yang diberi. Untuk membina sebuah gambar, graphics atau imej yang menarik atau dilengkapi dengan animasi, anda memerlukan sebuah software yang digunakan untuk memproses gambar iaitu Photoshop. Photoshop adalah satu software yang amat popular. Cara penggunaanya juga semakin lama semakin mudah dan senang. Oleh itu, anda boleh mendapatkannya melalui download di Internet. Saya syorkan anda cuba Portable version kerana ianya boleh digunakan tanpa perlu membeli lesen. Kini, anda sudah tahu beberapa pengetahuan pembinaan website yang diperlukan. Percayalah kepada saya bahawa pembinaan website adalah mudah. Jika anda masih dibelenggu dengan perasaan susah, ketepikan perasaan itu dan lapangkan fikiran anda. Belajarlah satu persatu dan luangkan sedikit masa untuk

13

fokus kepada apa yang dipelajari. Saya berjaya membina website pertama saya daripada pengetahuan yang sifar dalam masa seminggu. Saya pasti anda juga pasti berjaya melakukannya. Motivasikan diri anda selalu dengan membaca pengalaman- pengalaman orang yang telah berjaya. Mereka juga bermula tanpa apa- apa pendapatan dan pengetahuan. Jika mereka boleh, kenapa tidak kita? Kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat. Jangan kita menafikan potensi yang ada pada diri kita. Antara beberapa perkara yang perlu di beri perhatian di dalam pembinaan website ialah: • • • • • • • gambar dan animasi yang tidak terlampau besar latar belakang yang cerah dan teks yang gelap sentiasa menulis dengan menggunakan keywords sesesuaikan konsep website dengan kumpulan sasaran selalu mengemaskini website dengan maklumat terkini menggunakan font dan size huruf yang mudah dibaca periksa semua links dan gambar tiada masalah paparan

Jika anda ingin mendapat kemahiran yang lebih tinggi lagi di dalam pembinaan website, saya mengesyorkan kepada anda supaya belajar untuk menguasai software Adobe Dreamweaver. Inilah software yang terkemuka di dalam pembinaan website. Semua yang ada di dalam NVU boleh di dapati di dalam Dreamweaver. Oleh itu, Dreamweaver adalah diperlukan jika seseorang serius di

14

dalam

membabitkan

diri

di

dalam

kemahiran

membina

website.

Walaubagaimanapun, ianya bukan satu kemestian. NVU sudah cukup untuk membantu anda membina website yang berkesan. Website: www.nvu.com , www.filezilla-project.org , www.dreamweaver.com

Flash website Website yang memepunyai flash sepenuhnya adalah tidak digalakkan walaupun ianya amat menarik jika dilihat. Ia mewujudkan “wow factor” kepada sesuatu website. Ada beberapa perkara yang patut diberi perhatian oleh kita mengenai flash website: • • • Masa untuk dipaparkan adalah lambat Kurang text dan HTML code yang memberikan kelebihan SEO Tidak menarik perhatian setelah beberapa kali dilihat

Untuk membina flash website, ada software –software flash developer yang menyediakan template kepada mereka yang tidak mahir. Saya lebih suka

15

menggunakan software- software sebegini kerana ianya sesuai digunakan oleh kita yang melibatkan diri di dalam perniagaan internet secara separuh masa. Saya menggunakan software Trendyflash untuk tujuan ini. Namun, flash boleh kita masukkan ke dalam sebahagian daripada website kita. Ini bermakna ciri- ciri lain di dalam website dapat dipaparkan terlebih dahulu sebelum paparan flash. Ini memberikan impak yang menarik kepada sesuatu website. Website: www.trendyflash.com , www.flash.com

Autoresponder Sesebuah website tidak akan lengkap tanpa Autoresponder. Untuk pengetahuan anda, seseorang pelawat website akan membeli barangan yang kita paparkan selepas tujuh atau lapan kali follow-up. Adalah menjadi satu kerja yang agak berat untuk kita memberikan komitmen sebegitu. Cara yang paling mudah iaitu dengan meletakkan autoresponder di dalam website anda. Autoresponder yang saya guna adalah Aweber. Ianya memberikan kemudahan kepada saya untuk memberikan maklumat terkini dan promosi atau tawaran semasa mengenai produk yang ada di website kita.

16

Autoresponder mempunyai dua cara untuk kita sebagai webmaster menghantar mesej email kepada pelanggan autoresponder kita. Cara- caranya ialah: • • Broadcast – email dihantar secara real time. Follow-up - email dihantar secara berjadual.

Jika ditanya kepada semua peniaga internet yang berjaya, autoresponder adalah menjadi satu kemestian. Jelas sekali autoresponder memudahkan kerja kita. Kita tidak perlu lagi memberikan follow-up kepada pelawat – pelawat email secara manual. Ini adalah rahsia kejayaan sesebuah perniagaan internet yang pasti anda tidak dapat tidak menggunakannya juga. Cara terbaik untuk meletakkan autoresponder dapat dibahagikan kepada dua: • Inline – di dalam website yang kita letak untuk pengunjung yang inginkan maklumat lebih mendalam. • Pop-out – keluar setelah beberapa lama kita tetapkan seseorang pengunjung website di dalam website kita. Yang pasti kita jangan terlampau memaksa kepada pengunjung website untuk melanggani autoresponder kita. Ramai yang tersalah guna autoresponder ini dengan hanya memberikan promosi sahaja. Kita perlulah memberikan maklumatmaklumat kepada pelanggan autoresponder kita supaya mereka berpuas hati dan juga gembira dengan pengetahuan berguna yang diterima. Ingat kepada falsafah perniagaan kita adalah untuk membuatkan pelanggan kita gembira

17

dengan perkhidmatan kita. Jadi, kita perlulah melakukan pelbagai cara untuk menarik minat mereka. Salah satu cara yang paling popular adalah dengan memberikan mereka ebook atau barangan percuma yang berkaitan dengan barangan yang kita jual. Sudah pasti mereka akan tetap bersama kita walaupun belum berminat untuk membuat sebarang interaksi dengan kita. Interaksi mungkin dapat dimulakan apabila kita mengajukan pendapat dan mohon maklum balas mereka. Kita mestilah menjadi pendengar kepada pelanggan kita. Sebelum kita membuatkan sebarang kenyataan balas, dengar dan fahamilah betul- betul kehendak mereka. Jangan menjadi tergesa- gesa agar kita dapat menyediakan sesuatu yang benar- benar mereka mahukan. Luangkan seminit dua memikirkan betul- betul apa yang pelanggan kita mahukan dan elakkan daripada kita memberikan maklum balas secara sambil lewa sahaja. Sudah pasti, bakal pelanggan kita akan merasa kecewa dengan layanan kita dan tidak jadi membeli produk kita. Kita juga boleh mendapat maklum balas mengenai produk baru yang ingin diperkenalkan di pasaran. Di samping itu, kemungkinan ada produk- produk baru yang mendapat sambutan dan sudah pasti kita juga ingin turut serta meletakkan produk – produk ini sebagai portfolio perniagaan kita juga. Apa yang pasti, jangan ketinggalan membuat analisa tentang kehendak pasaran. Kita tidak mahu perniagaan kita tidak dikemaskini dengan teknologi terkini. Website: www.gdi.aweber.com

18

Chatbox atau personal messenger Chatbox adalah merupakan salah satu cara untuk kita berinteraksi dengan pengunjung website. Ianya juga boleh bertindak sebagai mini FAQ (Frequently Asked Question). Sebagai pengunjung website kita, sudah semestinya ada sesuatu perkara yang ada untuk ditanya oleh bakal pelanggan. Jadi, chatbox boleh menjadi tempat untuk mengemukakan pertanyaan tersebut. Kadang kala, ada pengunjung lain yang membantu kita untuk menjawab soalan yang diajukan. Namun, chatbox ini haruslah dipantau agar ianya tidak disalahguna oleh pengunjung lain. Adalah menjadi kebiasaaan kita dapat lihat ada pengunjung lain yang mempromosikan perniagaan mereka di dalam chatbox. Setiap posting di dalam chatbox boleh dipadamkan. Cuma tugas kita perlulah memeriksa chatbox ini dari masa ke semasa. Ini untuk melindungi daripada website kita elemen negatif tersebut. Personal messenger seperti yahoo messenger ataupun skype adalah cara termudah dan murah untuk berhubung dengan bakal pelanggan. Ianya adalah percuma. Pemilik website hanya perlu meletakkan HTML code di website mereka. Namun, jika bakal pelanggan itu menunjukkan kurang minat ataupun mempunyai soalan yang jawapan atau maklumatnya sudah ada di website, kita hanya perlu meminta emailnya untuk kita hantar maklumat kemudian. Ini adalah kerana dapat menjimatkan masa dan fokus kita kepada sesuatu yang lebih bermakna. Jika seseorang pengunjung itu betul – betul ingin menjadi pelanggan kita, jangan lepaskan peluang ini! Jika harga sesuatu barang itu agak mahal dan

19

mempunyai untung yang agak besar, kita bolehlah menghubungi beliau terus secara voice call melalui yahoo messenger atau skype. Jika beliau tidak mempunyai microphone, kita boleh menggunakan telefon menghubunginya. Ringkaskan perbualan dan tujuannya adalah untuk menunjukkan kita seorang peniaga internet yang benar- benar memberikan servis dan layanan yang baik lagi mantap. Website: www.cbox.ws , www.yahoomessenger.com

Search Engine Optimization (SEO) SEO adalah amat penting dalam memastikan website kita mendapat ranking yang terbaik di dalam enjin pencari seperti Google atau Yahoo. Katakanlah website kita mendapat tempat di muka pertama enjin pencari, kemungkinan besar website kita akan dilawati adalah besar berbanding di muka kedua , ketiga atau seterusnya. Bagaimana enjin pencari ini membuat carian? Ini dilakukan secara crawler iaitu dengan mencari keywords dan meniti setiap pautan yang ada di dalam website. Di dalam SEO, perkara yang paling penting sekali ialah keywords. Keywords adalah perkataan – perkataan atau ungkapan yang mempunyai kaitan yang 20

rapat, kata kunci dengan tema atau topik sesebuah website. Jelas sekali, jika sesebuah website itu mempunyai ranking yang baik di dalam enjin carian, kita boleh mendapat pengunjung yang berterusan. Kebanyakkan syarikat – syarikat besar mengeluarkan perbelanjaan yang banyak agar website mereka berada di tempat teratas di dalam ranking enjin carian. Begitulah betapa pentingnya untuk mendapat yang baik menggunakan SEO ini. Kedudukan yang tinggi juga memastikan status atau kepercayaan kepada sesebuah website itu adalah tinggi. Ada beberapa cara memastikan SEO kita mendapat tempat yang baik di dalam enjin carian antaranya: • • • • Menggunakan keywords di dalam title dan description website Menggunakan keywords di dalam nama file dan alternate text gambar Menggunakan keywords di dalam pautan (links) Menggunakan keywords di dalam penerangan di website, sebagai contoh kurangkan kata ganti nama untuk nama syarikat • • • • Selalu membuat url submission kepada enjin carian Bertukar – tukar links dengan pemilik website lain Selalu membuat posting dengan links di forum- forum atau emails Kategorikan tajuk yang mempunyai keywords setiap keterangan sebagai heading • Bold atau highlight keywords di dalam penerangan

21

SEO ini boleh dioptimumkan dari masa ke semasa. Sentiasa perbanyakkan keywords agar website yang dibina mendapat ranking tertinggi di dalam enjin carian.

Signatures Kita selalu menggunakan email untuk berhubung dengan rakan, kenalan, saudara mara dan juga sesiapa sahaja samada untuk mendapatkan maklumat perniagaan ataupun bertanya khabar. Kita seharusnya menggunakan peluang ini untuk meletakkan signature yang akan diletakkan di bahagian bawah email kita. Letakkan sedikit maklumat mengenai website kita sebelum meletakkan domainnya. Jangan letak domainnya sahaja untuk menarik lebih ramai orang yang berminat untuk klik kepadanya. Sebagai contoh, jangan letakkan signature seperti ini:
Lawati website www.aridz.ws

Tetapi letaklah signature sebegini:
Lawati website panduan perniagaan internet yang lengkap www.aridz.ws

Kita juga boleh meletakkan signatures untuk forum – forum yang kita sertai.

22

Pay Per Click (PPC) Selain daripada SEO, kita boleh mendapatkan senaraian di enjin carian dengan cara berbayar iaitu pay per click (ppc). Salah satu contoh ppc ialah Google Adwords. Namun, SEO adalah lebih dipercayai dan mendapat reputasi yang lebih baik daripada ppc kerana sesuatu website itu mendapat ranking dengan cara semulajadi dan bukannya melalui pembayaran. Namun, jika anda behasrat untuk mendapatkan khidmat ppc, saya syorkan anda menggunakan khidmat

pengiklanan di dalam Facebook. Kita boleh meletakkan demographics (target group) yang diingini di dalam pengiklanan di Facebook seperti negara, jantina, umur dan beberapa kriteria lagi. Kita juga boleh mengehadkan jumlah bayaran untuk dikenakan mengikut hari seiring dengan budget yang kita ada. Website: www.facebook.com , www.adwords.com

Pembayaran kad kredit/ kad debit Kemudahan pembayaran kad kredit adalah amat diperlukan jika menjual barangan yang beharga ratusan hingga ribuan ringgit. Ianya amat berguna juga kepada seseorang yang membeli barangan kita daripada negara lain. Dengan

23

adanya kemudahan ini juga, ianya dapat meningkatkan reputasi website kita dan mendapat kepercayaan tinggi kerana kemudahan kredit kad bukanlah boleh dipohon oleh sebarang website sahaja. Website dan barangan yang ingin dijual akan diteliti terlebih dahulu. Sesetengah syarikat yang menawarkan kemudahan pembayaran kad kredit perlulah mempunyai syarikat yang berdaftar sebelum membuat permohonan. Pembayaran kad kredit boleh kita perolehi apabila transaksi yang dibuat telah disahkan. Kita perlulah membuat pengesahan bahawa barangan telah dihantar. Kita boleh menerima pembayaran kad kredit ini melalui kad debit yang boleh digunakan di semua ATM yang mempunyai lambang visa atau mastercard. Website: www.2checkout.com , www.paypal.com Penutup Saya berharap ebook ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan internet. Saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda di dalam dunia perniagaan internet. Saya berharap agar kita sama- sama dapat mengecapi kejayaan di dalam dunia perniagaan bercorak baru dan berteknologi tinggi agar kita berdiri sama tinggi dengan negara- negara maju yang lain. Walaupun kita masih baru di dalam dunia perniagaan tanpa sempadan ini, namun ianya tidak menghalangkan kita daripada memajukan diri kita sendiri dengan pengetahuan baru yang menarik dan mencabar ini. Akhir kata, jangan mudah berputus asa dan sentiasa mengaplikasikan perkara yang telah kita pelajari.

24

Similar Documents

Free Essay

Principles of Rukun Negara

...AS MALAYSIANS of all races prepare to commemorate the 53rd Merdeka anniversary, I would like to stress once again the very fundamentals that have brought us together which are the very principles contained in the Rukun Negara, our national philosophy. Through its five tenets (Belief in God; Loyalty to the King and Country; Upholding the Constitution; Rule of Law, and Good Social Behaviour and Morality) the Rukun Negara has formed the principles of our nationhood and these should be inculcated in our younger generation who are the future leaders of our country. The Rukun Negara is our guide for nation-building and should be respected by all. It is a shared vision for national unity and its principles should always be upheld and practised. Many people are taking unity for granted. Even more saddening is that 40 years after the proclamation of the Rukun Negara, it appears that many have forgotten about its five tenets and what they stand for, while others still need to be reminded about the national philosophy. Some have again played to the race gallery for their own personal agenda and selfish ends. This is not a healthy development for in a multi-racial, mutli-religious and multi-cultural country like Malaysia, continuous effort must be made by all Malaysians to nurture and reinforce unity. We must be prepared to reduce our strong sense of ethnicity in order to achieve a “Bangsa Malaysia”. Malaysians should start accepting each other as Malaysians regardless...

Words: 568 - Pages: 3

Free Essay

Five Principles of Rukun Negara

...1 Acknowledgement We are grateful because we manage to complete our "Pengajian Malaysia 2" assignment within the time given by our lecturer Miss Irna Nursyafina. This assignment can't be done without the effort of my partner, Jesslie Ng Hui Yee. Last but not least, we would like to express my gratitude to our course mates for their constant support and guidance.
 2 Introduction What is Rukun Negara? It was born on 31 August 1970 headed by the Malaysia's second prime minister, Tun Abdul Razak and it is formulated by the National Consultative Council. The purpose to form this principles are to created unity of various race in Malaysia after the disturbing peace of different races in 13 May 1969. It had proven in Malaysia that racial issues and stability fragile of the happened riots. After the formation of Rukun Negara in Malaysia, cases of racist incidents that involve hundreds of people death are prevented. Formation of Rukun Negara is one of the method to help Malaysian to stay together in one unity. The Principle of Rukun Negara consists of 5 principles, which is Belief in God, Loyalty to King and Country, Upholding the Constitution, Rule of Law and Decorum and Morality. 
 3 1.0 Belief in God Believing in God is a personal faith and everyone has the right to believe in God's existence. Belief in God is to believe that our father is there with us and bless us all the time. It doesn't matter what...

Words: 2077 - Pages: 9

Free Essay

Rukun Negara

...TRAGEDY THE OBJECTIVES OF RUKUN NEGARA THE PRINCIPLE OF RUKUN NEGARA CONCLUSION REFERENCE INTRODUCTION Even though most of the people in the country has heard of Rukun Negara, the understanding and the level of knowledge about it varies very much between each individual. Most of them only know about the existence of the Rukun Negara, while some are only able to repeat the principle. However, there are some who understand the meaning as well as the message and the demands of each principle. Rukun Negara should be taken as a guide in our day-to-day living because it is a set of “national tenets” that teaches us the right norms of behaviour. There are two types of dimensions of relationship involved wherever there is human interaction. These two relationships are relationship among fellow human beings and relationship with god. Both of these two dimensions of relationships are recognised by all religions and all profess doing the right things in life. The principles of Rukun Negara ideologise the level the level of authority that control and guide us from the level of god down to the state level, institutions level and finally the self level. The entire background of the ideology and the purpose for creating it must be clearly understood by an individual to internalise the spirits of Rukun Negara. Ideology means a scheme of ideas at the basic of a system. When we say that Rukun Negara is a national ideology it refers to the principles of “living policies” to be used...

Words: 1609 - Pages: 7

Free Essay

Introduction

...bumiputera in our country are Bidayuh, Iban, Kadazan and many more. The key of harmony to live with multiracial in a country is our National Principle. National Principle in Bahasa Malaysia is known as “Rukun Negara”. Rukun Negara is divided into three versions. These three versions are Malay, Chinese and English. The purpose to divide it into three versions is easier for different races of Malaysians to understand it. Our national ideology, the Rukun Negara, was proclaimed by the Yang di-Pertuan Agong at the launch of the Merdeka Day celebrations in 1970. The five principle of Rukun Negara are including Belief in God, Loyalty to King and Country, The Supremacy of the Constitution, The Rule of Law, Courtesy and Morality. There are five objectives of creating these principles are to achieve greater unity among Malaysian, to maintain a democratic way of life, to create a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared, to ensure a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, to build a progressive society which shall be oriented to modern science and technology. Actually the creation of Rukun Negara is related with tragedy 513 in our country during year 1969. Tragedy 513 is the day that happened conflict between races in our country and cause many death after this incident. Therefore, Rukun Negara is created to unite all the citizens in...

Words: 276 - Pages: 2

Free Essay

Rukun Negara

...Rukun Negara (National Principles) INTRODUCTION OF RUKUN NEGARA The Rukunegara or sometimes Rukun Negara (Malay for "National Principles") is the Malaysian dec-laration of national philosophy instituted by royal proclamation on Merdeka Day, 1970, in reaction to a serious race riot known as the May 13 Incident which occurred in 1969. The incident proved at that time that Malaysian racial balance and stability was fragile at best. Immediately thereafter, the Malay-sian government sought ways to foster unity among Malaysians. One of the methods used to encourage unity is the Rukunegara. BACKGROUND OF RK ----was formulated with the purpose to serve as a guideline in the country’s nation-building efforts. ---was proclaimed on August 31, 1970 by the Yang di-Pertuan Agong IV. OBJECTIVE OF RK • Achieving a greater unity for all her peoples • Maintaining a democratic way of life • Creating a just nation shall be equitably distributed • Ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions, and • Building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology. Recitation It is a norm for primary and secondary public schools in Malaysia to recite the pledge weekly during a compulsory assembly. Pledge reading follows immediately after the singing of the Malaysian national anthem, Negaraku. Of some interest, the Rukun Negara could usually be found behind the cover of every exercise book that is typically used by primary and secondary...

Words: 949 - Pages: 4

Free Essay

Rukunnegara

...1. RUKUN NEGARA: THE NATIONAL IDEOLOGY 4.1.1 The Background of Rukun Negara |Date |Incidence/Instrument |Notes | |13 May 1969 |Racial clash erupted |a local quarrel flared into a racial clash | |16 May 1969 |The Yang di-Pertuan Agong(YDA) declared a state of |Special Ordinance (Special powers) Emergency, 1969 | | |emergency. Parliament was suspended. NOC was formed. |Curfew enforced | | | |Assemblies banned | | | |Security controls tightened | |August-Dec 1969 |Special Peace and Development bodies formed: |Later combined to form the Ministry of National Unity | | |National Muhibah Committee | | | |National Unity Department | | |29 Jan 1970 |National Consultative/Unity Council was formed |Advisory body for National...

Words: 10054 - Pages: 41

Premium Essay

Rukun Negara

...Multiracial Societies in Malaysia A society is a body of individuals living as members of a community A multiracial society refers to a society that consists of various groups of races or ethnicities but under one leadership.Malaysia is a multiple races and cultural country. The very first race that stay in this land were indigenous tribes also known as Orang Asli that still remains; Malay is the next, who moved from mainland Asia in long time ago. The Chinese and India culture was bring in during early 19 century when they start to trade and doing business between them and Malaya at straits of Malacca. Each major religious group has its major holidays such as "Hari Raya Adilfiltri", "Hari Raya Cina" and "Hari Deevapali". Hari Kebangsaan is the most universal holidays that celebrate by the whole Malaysian to celebrate the independent of Malaya back to 31 August 1957. Although festivals are differently from the different ethics, but they still celebrate together in Malaysia. This shows that Malaysian hold the One Malaysia spirit. Before the existence of the three main commiunities (Malay,Chinese and Indian), almost the entire population of Malaya consisted of Malays. In the early 19th century more than 90% of the population in the peninsular of Malaysia and Singapore were Malays. There were only a few number of Chinese who had come to Malaya as traders and settled down in Melacca, Kuala Terengganu, Johor River, Pahang River and Kelantan. Meanwhile, a small number of Indians...

Words: 4555 - Pages: 19

Free Essay

Rukun Negara

...management in government administration. This has been done namely through the setting up of the Integrity Management Committee in all ministries, departments and agencies of the Federal Government as well as the State Governments. However, there is no mechanism thus far to involve other sectors, such as the private sector, political parties, non-government organizations, religious groups, the media, women, youth and students in an integrated and coordinated movement to enhance integrity. It is in this regard that the government has formulated the National Integrity Plan (NIP) which will act as a master plan to guide all of the above sectors. The formulation of the NIP is predicated upon the spirit and principles of the Federal Constitution, the philosophy and principles of the Rukun Negara as well as the aspirations of Vision 2020. The overall objective of the NIP is to fulfill the fourth challenge of Vision 2020, namely, "to establish a fully moral and ethical society whose citizens are strong in religious and spiritual values and imbued with the highest ethical standards." The NIP is an integrity plan that has evolved from the aspirations of our people and our country. It has been formulated in accordance with our own mould with Malaysians of all ethnic and religious groups as its stakeholders. The plan takes into...

Words: 6682 - Pages: 27

Premium Essay

Professional Ethics

...theories into three general subject areas; metaethics, normative ethics, and applied ethics (Fieser, 2013). Metaethics investigates where our ethical principles come from, and what they mean. Are they merely social inventions? Do they involve more than expressions of our individual emotions? Metaethical answers to these questions focus on the issues of universal truths, the will of God, the role of reason in ethical judgments, and the meaning of ethical terms themselves. Normative ethics takes on a more practical task, which is to arrive at moral standards that regulate right and wrong conduct. This may involve articulating the good habits that we should acquire, the duties that we should follow, or the consequences of our behavior on others. Finally, involving in examining specific controversial issues, such as abortion, infanticide, animal rights, environmental concerns, homosexuality, capital punishment, or nuclear war. By using the conceptual tools of metaethics and normative ethics, discussions in applied ethics try to resolve these controversial issues. The lines of distinction between metaethics, normative ethics, and applied ethics are often unclear. For example, the issue of abortion is an applied ethical topic since it involves a specific type of controversial behavior. But it also depends on more general normative principles, such as the right of self-rule and the right to life, which...

Words: 4523 - Pages: 19

Free Essay

Youth Development

...Part A (20m) 1. Critical thinking (10m) 2. Working Models (10m) (a) Authoritative Parenting-2m Parents put maturity demands on youth. Parent use their authority to keep children safe and guide children’s choice. At the same time, also listen to children’s point of view to encourage their input on activity choices within specific bounds. (b) Instrumental Scaffolding-2m Adult give suggestions and cues to youth without teaching directly. When youth worked with an adult, adult often made comments that prompted youth to think about longer-term of the problem. (c) Motivational Scaffolding-2m Adults scaffold youths’ motivation by communicating confidence which lead to a desired ends. Adults can help youth sustain engagement in learning by setting achievable goals. (d) Supporting cycles of Real-World Learning-2m Adult plays a role to support youths’ learning cycle. In adventure program, they may supply provisions for a trip into the wilderness and accompany the youth to ensure their safety. (e) Asset Building-2m Development occurs within the full set of environments, relationships, and interactions that make up a youth’s daily life. Adult can intervene by altering the obstacle course of youths’ daily life. Part B (20m) 1. Socialisation (a) What is Youth Transnational framework?-2m - Transition is the process or a period of changing from one state or condition to another. A= Childhood dependence (1 to 17 years old) B= Youth independence and awareness to interdependence...

Words: 1136 - Pages: 5

Premium Essay

One Malaysia

...plural society and to ensure equal distribution of wealth between racial groups, between states and federal. Integrity on the part of the government and the public sector is one matter. The introduction of NKRAs and KPIs is a laudable move. The managing of all spectrums of unity (not just racial) is to be given proper thinking. In order to move Malaysia towards a better society, identity and future hence unity and integration should promote co-operation between race, beliefs and region as one Malaysia, not as Sarawakian or Sabahan. The trust and aspiration of the people that 1Malaysia will bring about a greater nation must not be hampered. Therefore, the government will have to deliver on all its promises. The concept unveiled is a guiding principle to build a united and progressive nation, and to inculcate the spirit and values of togetherness and sense of belongings, regardless of race, religion and creed. 1Malaysia is not to abrogate...

Words: 4333 - Pages: 18

Premium Essay

1malaysia

...plural society and to ensure equal distribution of wealth between racial groups, between states and federal. Integrity on the part of the government and the public sector is one matter. The introduction of NKRAs and KPIs is a laudable move. The managing of all spectrums of unity (not just racial) is to be given proper thinking. In order to move Malaysia towards a better society, identity and future hence unity and integration should promote co-operation between race, beliefs and region as one Malaysia, not as Sarawakian or Sabahan. The trust and aspiration of the people that 1Malaysia will bring about a greater nation must not be hampered. Therefore, the government will have to deliver on all its promises. The concept unveiled is a guiding principle to build a united and progressive nation, and to inculcate the spirit and values of togetherness and sense of belongings, regardless of race, religion and creed. 1Malaysia is not to abrogate...

Words: 4333 - Pages: 18

Free Essay

Management Ethic (1 Mdb )

...[pic] BPMN 3123 Management Ethics Group G 1ST ASSIGNMENT Case Study Assignment: “1 Malaysian Development Berhad (1MDB)” Student’s name: Shee Kay Hui Student’s Matric number: 232014 Lecturer’s name: En.Zahid Ariffin Bin Idrus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) is a strategic development company. 1MDB began as Terengganu Investment Authority (TIA), a sovereign wealth fund aimed at ensuring economic development for the state of Terengganu that is long term and sustainable while safeguarding the economic well-being of the people of Terengganu. TIA was established in 2008, and was renamed 1Malaysia Development Berhad on January 2009. In his announcement on 22 July 2009, Prime Minister Najib Razak said the decision to expand TIA into a federal entity was made to enable its benefits to reach a broad spectrum of Malaysians rather than to the residents of only one state. 1MDB focuses on strategic development projects in the areas of energy, real estate, tourism and agribusiness. 1MDB has a three-tier check-and-balance system comprising a Board of Advisors, a Board of Directors and a senior management team. The Board of Advisors is chaired by the Prime Minister of Malaysia, Najib Razak. Based in the issues of 1MDB, the RM 425 million profit between September the 25th 2009 and March the 31st 2010 raised many criticisms and controversies on the lack of transparency given to 1MDB's accounts. Tony Pua, DAP Member of Parliament for...

Words: 650 - Pages: 3

Free Essay

National Integrity Plan

...|Pemantapan Integriti Perkhidmatan Awam : Pelaksanaan Berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) | |Oleh : Haji Mustafar Haji Ali, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia, Tarikh : 07/02/2007, Hits : 9 | |Prinsip : Kerajaan Adil & Beramanah | |  | |Abstraks | | | |Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi | |pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan | |dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan | |pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi | |sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. | | ...

Words: 2727 - Pages: 11

Premium Essay

Unity

...unity is an issue that needs to be taken seriously in strategizing the country’s development and administration so that it could retain and defend its freedom as a country which is sovereign. To practice unity, Malaysians first practice “RUKUN NEGARA”, then form political unity, studies unity, social and culture unity such as culture program, festival celebration and foods. First and foremost, Malaysians’ acceptance of multi-racial to Malaysia’s ideology that is “RUKUN NEGARA”. Country’s Rules are life rules or life norms that are very important to each and every citizen in this country. In “RUKUN NEGARA” all Malaysians are united to practicing five principles; Believing in God, Being Loyal to the King and country, Purity of the constitution, Sovereignty of the laws, and Politeness and manners. The first principle is regarding believing in God. It brings the meaning that Islam is the official region of this country. However, other religious other than Islam can be practiced freely by all races in Malaysian. Second, being loyal to the king and country. This brings the meaning of Malaysian despite different races is obligated to give their utmost sincere loyalties to the ruling King. Third, purity of the constitution. This principle avers that it is the...

Words: 5943 - Pages: 24