Free Essay

Resepi

In:

Submitted By lovelysara
Words 1911
Pages 8
BISKUT URAI COKLAT PAPRIKA ::

Bahan-bahan:
375gm mentega
150gm gula kaster
400gm tepung jagung
350gm tepung gandum
3 biji kuning telur
100gm coklat urai
½ sudu teh paprika

Cara memasak:
1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
2. Selepas itu masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Uli sehingga sebati dan lembut.
3. Kemudian masukkan coklat urai. Canai sehingga rata dan terap menggunakan acuan pilihan anda.
4. Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 15 minit atau sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan
BISKUT COKLAT MENTEGA KACANG ::

Bahan-bahan:
450gm tepung gandum
350gm mentega
270gm gula halus
270gm gula perang
180gm kepingan badam
150gm serbuk koko
150gm mentega kacang
100gm coklat masakan
15gm serbuk penaik
5 biji telur

Cara memasak:
1. Pukul gula halus, gula perang dan mentega sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan mentega kacang. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan serbuk koko, tepung gandum dan serbuk penaik.
4. Akhir sekali, masukkan kepingan badam ke dalam adunan tadi dan bentukkan adunan. Bakar sehingga masak. Sejukkan.
5. Setelah sejuk, sapukan coklat masakan yang telah dicairkan pada biskut dan tindihkan dengan sekeping biskut lagi.
6. Sedia untuk dihidangkan. SAMBAL PUTIK MANGGA MUDA ::

Bahan-bahan:
5 biji mangga muda - dibuang biji
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
½ kg kelapa putih - diparut
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas dan ditumbuk.
2. Masukkan ke dalam bekas dan bolehlah dihidang
AYAM MASAK MADU TIGA ::

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong 16
5 sudu makan minyak masak
Kulit kayu manis, buah pelage, bunga lawang dan bunga cengkih secukupnya
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
7cm halia
15 biji cili kering
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
2 ketul gula melaka
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan madu
Garam secukup rasa

Bahan hiasan:
2 biji bawang Holland - dihiris bulat
10 biji gajus

Cara memasak:
1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Perap seketika dan goreng di dalam minyak yang panas separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali sekali lagi. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan hingga naik baunya.
3. Selepas itu masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati dan sos menjadi pekat.
4. Kemudian masukkan ayam, tuangkan madu dan kacau rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. KERABU DAGING ::

Bahan-bahan:
½ kg daging - direbus dan disiat halus
1 ikat daun kesum - dihiris nipis
1 batang bunga kantan - dihiris halus
3 sudu besar sudu serbuk ketumbar
½kg kelapa - digoreng garing
5 ulas bawang merah - dimayang
2 sudu besar serbuk lada putih
2 ekor ikan kembung - dipanggang dan ditumbuk
½kg santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam limau nipis

Cara memasak:
1. Masukkan daging ke dalam sebuah bekas.
2. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, serbuk ketumbar, kelapa, bawang merah, serbuk lada putih, ikan, santan, air asam limau secukupnya, gula dan garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan. Sedia dihidangkan. POPIA UDANG ::

Bahan-bahan:
8 keping kulit popia
8 ekor udang saiz sederhana - dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
½ batang seleri - dipotong memanjang
1 biji cili padi - dihiris halus
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya
Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
2. Kemudian masukkan udang dan cili padi. Tumis sehingga udang masak dan barulah dimasukkan seleri dan lobak merah. Kacau rata.
3. Seterusnya perasakan dan sejukkan seketika.
4. Setelah itu, sudukan inti udang di atas kulit popia.
5. Gulung kulit popia dan lipat dengan kemas.
6. Kemudian sapukan bancuhan tepung gandum dan air untuk melekatkan kulit popia.
7. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng popia sehingga garing. Angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan.
AYAM GORENG BEREMPAH ::

Bahan-bahan:
500gm ayam | dipotong
½ sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
3 batang serai
5 ulas bawang putih

Cara memasak:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahanbahan yang telah dikisar, jintan manis, jintan putih, ketumbar, telur daun kari dan garam secukup rasa. Perap selama sejam.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ayam dengan api yang sederhana sehingga garing.
3. Angkat dan sedia dihidagkan dengan nasi ayam tadi.
IKAN CENCARU PERCIK ::

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru
200gm santan pekat
100gm cili kisar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya

Cara memasak:
1. Ikan dibersihkan dan digaul dengan garam. Bakar sehingga masak.
2. Masukkan santan, cili kisar, bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga sebati dan pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga benarbenar pekat dan masak.
4. Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga benar-benar pekat dan masak.
5. Setelah siap siram keatas ikan yang sudah siap dibakar tadi. Sedia dihidangkan.

AYAM GORENG CILI KERING ::

Bahan-bahan:
100gm isi ayam - dihiris dan digoreng sekejap
2 biji bawang besar - dipotong empat
5cm halia - dihiris
5 tangkai cili kering - dipotong
2 tangkai daun kari
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan serbuk ketumbar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis halia dan cili kering.
2. Kemudian masukkan bawang besar dan daun kari.
3. Seterusnya masukkan isi ayam dan dikacau rata.
4. Setelah itu, masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair. Gaul sebati.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk ketumbar secukup rasa.

Asam Pedas Ikan Pari
1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi asam jawa secukupnya garam dan gula minyak untuk menumis

Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka
1-3 batang serai di titik

Caranya
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.

***Tips****
1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas anda.
Nasi Ayam
NASI
Bawang kecil 6 biji
Halia seinci
Daun Sup 2 tangkai
Beras 4 pot
Air + kuah sup separas beras garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil
2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau dan masak.
*Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras.

AYAM
Ayam 9 ketul
Halia seinci
Bawang putih 4 biji
Kunyit seinci kicap manis 3 sudu besar serai 3-4 batang
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu)
2) Goreng ayam

SAMBAL
Cili merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Sos tomato / cuka 1 sudu besar garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Blend cili & bawang putih
2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam
* Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...
Ikan Sumbat Istimewa
Bahan-bahan
8 ekor ikan kembung sederhana besarnya
12 sudu makan cili kisar sedikit belacan dua sudu makan air asam jawa pekat gula secukupnya garam dan perasa secukupnya minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Bersihkan ikan dan belah tepinya.
Kesemua bahan-bahan diatas digaul hingga sebati. Rasanya mestilah manis.
Panaskan minyak. Masukkan dua sudu makan cili yang digaul tadi kedalam ikan.
Goreng hingga garing. Setelah habis menggoreng, cili yang lebih ditumis hingga garing.
Selepas itu tuangkan keatas ikan tadi. Enak jika dimakan panas-panas bersama nasi.
Bahan-bahan ( untuk 2 orang ) * 1 ikat pucuk paku (RM1 di pasar malam) * 1 batang lobak merah (dihiris) * 1 biji bawang merah (dihiris) * 1 cawan santan cair * 1/2 cawan pati santan * 1 batang serai (dititik) * Sekeping asam jawa * 1/4 sudu kecil serbuk kunyit * 1/2 sudu kecil serbuk cili / cili boh * Garam secukup rasa
-------------------------------------------------
Cara-cara 1. Siang pucuk paku. 2. Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk. 3. Masak hingga pucuk paku layu. 4. Tuang pati santan dan kacau hingga mendidih. 5. Sudah siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan Resepi Masakan Ayam Masak Paprik ( untuk 2 orang makan )
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
1 ½ inci carrot (dipotong)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut
**untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.
Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
9. Siap untuk diBahan-bahan Resepi Masakan Ayam Masak Halia ( untuk 2 orang makan )
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
3 batang kacang panjang (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu sos tiram (takde sos tiram so miz azy guna ½ kiub pati ayam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam (miz azy guna 2 biji cili padi)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak untuk menumis
Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak halia;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, sos tiram, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan.
Selamat mencuba! Akan datang cik tom akan share lagi resepi masakan yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Resepi ini pun sesuai untuk berbuka puasa akan datang. Resepi yang mudah untuk disediakan selepas letih balik dari kerja.
hidangkan.

Similar Documents

Free Essay

Dream Car

...Soft Honey Bun Bahan-bahannye: * 250gram tepung roti * 1 1/2 sudu kecil yis * 2 sudu besar marjerin/butter/shortening * 1 sudu besar susu tepung * 2 sudu besar madu * 150ml susu segar atau air suam * 2 sudu besar water roux * 1/2 sudu kecil garam Water Roux ros buat separuh adunan dari resepi asal. * 25 gram tepung gandum * 125 ml air Cara -caranya: 1) Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti) Cara-Caranya ( Jika Menggunakan Tangan)- Doh Roti 1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah. 2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda. Cara lain: 1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap. 2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam. 3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti...

Words: 259 - Pages: 2

Free Essay

Recipe

...PAVLOVA 4 biji telur putih sahaja 1 cawan gula caster (a.k.u kurangkan ke 3/4 cawan but still manis..lepas ni buat 1/2 cawan plak..ha ha ha) 1 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu kecil vanila 1 sudu kecil cuka makanan Topping: (Bahan ini perlu dipukul bersama) 1 Cawan Whipping Cream 1 1/2 teh gula halus 1/2 sudu teh vanila Buah-buahan segar -a.k.u pakai buah kiwi dan strawberri tapi boleh je nak letak blueberri ke, mangga ke, apa-apa yg korang suka tapi a.k.u rasa..lebih elok guna buah yang masam-masam sikit untuk selarikan rasa meringue yang manis dan topping - whipped cream itu.... dan jangan lupa kertas minyak 1.  Pukul telur putih hingga separa kembang (guna kelajuan paling tinggi) 2.  Masukkan gula caster sedikit sehingga sedikit sehingga habis (untuk pastikan meringue itu sempurna, boleh menggunakan jari kite iaitu ibu jari dan jari telunjuk untuk menggeselkan adunan meringue tadi.   - cuitlah sikit adunan yang kita pukul tadi.  Sekiranya masih ada gula yang masih belum hancur, itu bermakna adunan meringue masih tidak sempurna.) Jadi pukullah lagi sehingga kembang semangkuk pun tak pe....PETUA PENTING:  Make sure guna jari tangan tau..bukan jari kaki ha ha ha (ampunnnnnnnn) **    Pukul adunan sehingga berkilat dan bertanduk.....bertanduk tu maksodnya bila korang tarik adunan tu keluar sikit dia ada hujung yang tajam....tak de lah sampai dia kuar tanduk..mmg sampai sudah pun tanduk tu tak keluar sbb yang korang pukul tu cuma telur dan gula.....mana...

Words: 777 - Pages: 4