Free Essay

Sejarah Stp

In:

Submitted By nimalnair
Words 1076
Pages 5
Bahasa Malayalam adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 36 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.
Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil.

Isi kandungan [sorokkan]
1 Evolusi
2 Perkembangan kesusasteraan
3 Tulisan
4 Kelainan bahasa dan pengaruh luar
5 Lihat juga
6 Pautan luar
Evolusi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Malayalam, bersama-sama dengan bahasa Tamil, Toda, Kota, Kodava Thakk dan Kannada tergolong dalam kumpulan selatan bahasa-bahasa Dravidia. Kesamaan bahasa Malayalam dengan bahasa Tamil paling ketara. Kaum Malayam Tamil Proto, leluhur bagi kaum Tamil dan Malayalam, mencapah selama empat atau lima abad sejak abad ke-9, dan menyebabkan bahasa Malayalam menjadi sebuah bahasa yang berbeza dengan bahasa Tamil.
Sebagai sebuah bahasa kesusasteraan dan pentadbiran, bahasa Tamil telah amat mempengaruhi perkembangan bahasa Malayalam yang awal. Kemudian, pengaruh golongan Namboothiri dalam kehidupan kebudayaan Kerala; hubungan perdagangan dengan orang-orang Arab; penaklukan Kerala oleh Portugal serta pengasasan negeri-negeri vasal; mempercepat asimilasi banyak ciri-ciri bahasa Romawi, Semitik, dan Indo-Arya ke dalam bahasa Malayalam pada peringkat-peringkat yang berbeza dan dituturkan oleh kasta-kasta dan komuniti-komuniti agama yang berbeza, seperti orang Islam, Kristian, dan Hindu.
Kerala, Kepulauan Lakshadweep, dan Mahe/Mayyazhi merupakan tiga tempat yang tunggal di dunia di mana bahasa Malayalam merupakan bahasa pertuturan yang utama.
Tatabahasa bahasa basahan Malayalam boleh didapati di www.geocities.com.
Perkembangan kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Rekod bahasa Malayalam tertulis yang terawal ialah inskripsi Vazhappalli (k.k. 830 Masihi). Kesusasteraannya yang awal terdiri daripada tiga jenis karangan:
Lagu-lagu klasik yang dikenali sebagai /Pattu/ daripada tradisi bahasa Tamil
/Manipravalam/ daripada tradisi bahasa Sanskrit, yang membenarkan penggabungan bahasa Sanskrit dengan bahasa Malayalam
Lagu rakyat yang kaya dengan unsur-unsur asli.
Puisi bahasa Malayalam pada lewat abad ke-20 menunjukkan berbagai-bagai tahap penggabungan antara ketiga-tiga unsur yang berbeza ini. Contoh yang tertua untuk /Pattu/ dan Manipravalam adalah masing-masing /ramacharitam/ dan /vaishikatantram/. Kedua-dua ini berasal dari abad ke-12.
Karya prosa terawal yang masih wujud ialah sebuah ulasan mengenai karya /Arthasastra/ yang dikarang oleh Chanakya. Ulasan itu ditulis oleh Bhashakautaliyam dalam bahasa Malayalam yang mudah pada abad ke-12. Karya Adhyathmaramayanam yang ditulis oleh Thunchaththu Ramanujan Ezhuthachan merupakan salah satu karya yang terpenting dalam kesusasteraan bahasa Malayalam. Prosa bahasa Malayalam dari zaman-zaman yang berbeza menampilkan tahap-tahap pengaruh yang berbeza daripada berbagai-bagai bahasa seperti bahasa Tamil, Sanskrit, Prakrit, Pali, Yahudi, Hindi, Urdu, Arab, Parsi, Syriak, Portugal, Belanda, Perancis dan Inggeris. Kesusasteraan moden bahasa Malayalam adalah kaya dengan puisi, fiksyen, drama, biografi dan kritikan kesusasteraan.
Tulisan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Tulisan bahasa Malayalam

Skrip Grantha asas
Pada awal abad ke-9, /vattezhuthu/ (tulisan bulat) yang boleh dikesani melalui skrip Grantha ke skrip Brahmi seIndia, melahirkan sistem tulisan bahasa Malayalam. Sistem ini berdasarkan suku kata yang harus dibaca sebagai satu unit, walaupun kebanyakan unsur yang melambangkan vokal dan konsonan yang berasingan boleh dikesani dengan mudah. Pada dekad 1960-an, bahasa Malayalam menghapuskan banyak huruf khas yang melambangkan konsonan bertingkat serta gabungan-gabungan vokal /u/ dengan berbagai-bagai konsonan.

Bahasa Malayalam kini terdiri daripada 56 huruf, termasuk 20 vokal panjang dan pendek, dengan yang lain merupakan konsonan. Gaya tulisan yang lebih awal kini digantikan dengan gaya baru sejak tahun 1981. Skrip baru ini telah mengurangkan jumlah huruf naskah bertaip daripada 900 menjadi kurang daripada 90 huruf. Ini telah dilaksanakan untuk membolehkan bahasa Malayalam digunakan untuk papan kekunci mesin taip dan komputer.
Pada tahun 1999, sebuah kumpulan yang digelarkan Rachana Akshara Vedi dan yang diketuai oleh Chitrajakumar dan K.H. Hussein, menghasilkan satu set fon yang terdiri daripada seluruh himpunan aksara yang merangkumi melebihi 900 glif. Ini telah diumumkan dan diterbitkan bersama-sama dengan penyunting pada tahun yang sama di Thiruvananthapuram, ibu negeri Kerala. Pada tahun 2004, fon-fon itu diterbitkan di bawah lesen GNU GPL oleh Richard Stallman daripada Yayasan Perisian Bebas di Universiti Sains dan Teknologi Cochin, Kochi, Kerala.
Kelainan bahasa dan pengaruh luar[sunting | sunting sumber]

Kelainan-kelainan pola nada suara, perbendaharaan kata, dan taburan unsur-unsur tatabahasa dan fonologi dapat dilihat, bersama-sama dengan had kawasan, agama, komuniti, pekerjaan, lapisan sosial, gaya, dan daftar. Sebagaimana dengan bahasa-bahasa India yang lain, pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghat kasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah. Terdapat banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, Syriak, Greek, Yahudi, Latin, dan Portugal dalam loghat-loghat Kristian, manakala loghat-loghat Islam mempunyai banyak perkataan bahasa Arab dan Urdu. Bahasa Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama, beratus-ratus kata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan perbendaharaan kata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam. Seperti di kawasan-kawasan India yang lain, bahasa Sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaitu serupa dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.
Bagiamanapun, pengaruh bahasa Sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada loghat Namboothiri Malayalam yang ditutur oleh penutur-penutur yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penutur bahasa Malayalam.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai-senarai perkataan dan perkataan terbitan bahasa Malayalam di Wiktionary, sebuah kamus bebas dan projek kembar Wikipedia
Bahasa-bahasa India
Beary bashe
Demografi India – untuk senarai bahasa rasmi di India.
Judeo-Malayalam
Kerala
Kesusasteraan Malayalam
Kewartawanan Malayalam
Pawagam Malayalam
Senarai bahasa kebangsaan India
Senarai bahasa India mengikut jumlah penutur
Senarai tempat di Kerala
Takwim Malayalam
Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Edisi Bahasa Malayalam dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Laman web e-Pelajaran Bahasa Malayalam oleh NORKA, Kerajaan Kerala
Aplikasi dan sumber bebas bahasa Malayalam untuk LINUX dan Windows
Laman web yang baik untuk membelajari bahasa Malayalam
Forum pertama dalam talian untuk kesusasteraan bahasa Malayalam
Maklumat bahasa Malayalam di Jabatan Perhubungan Awam, Kerajaan Kerala
Tatabahasa bahasa Malayalam basahan
Terjemahan frasa-frasa Bahasa Malayalam yang berguna dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa India yang lain
Carta Kod Unikod untuk bahasa Malayalam (format PDF)
Laman web writeKA: Pentransliterasi bahasa Inggeris-bahasa Malayalam dalam talian
Laporan Ethnologue dalam bahasa Malayalam
Kamus Bahasa Malayalam dalam talian
Radio Internet Malayalam (memerlukan pemuatan turun pemain untuk mendengar)
Malayalam Search Engine
Penukar bahasa India – satu cara untuk mentransliterasi huruf romawi ke unikod bahasa Malayalam
Penyunting Teks, Penyunting Kaedah Input, dan Fon Unikod bahasa Malayalam – untuk Windows, Linux, dan Mac.
Penyunting Chowara: Penyunting bahasa Malayalam Ver. 2.0 – penyunting dan fon bahasa Malayalam boleh dimuat turun

Similar Documents

Free Essay

Business

...SEKOLAH TINGGI ILMU STATISTIK - JAKARTA Status: Kedinasan (Badan Pusat Statistik, Sekretariat Negara) Alamat: Jl. Otto Iskandar Dinata (Otista) 64 C, Jakarta Timur 13330 Telepon: (021) 8197577, 8191437, 8508812 Faks. : (021) 8197577 Website : www.stis.ac.id E-mail: stis@jakarta.wasantara.net.id Ketua: Dr. Jopie Bambang Soenjoto Sejarah Singkat Tanggal Berdiri: 11 Agustus 1958 Pendiri: Badan Pusat Statistik, Sekretariat Negara STIS, yang sebelumnya bernama Akademi Ilmu Statistik (AIS), merupakan lembaga pendidikan tinggi pertama di Indonesia yang menyelenggarakan pendidikan khusus untuk mencetak tenaga-tenaga semi ahli dalam bidang statistik. Tenaga-tenaga tersebut diperlukan sebagai pelaksana kegiatan statistik di lingkungan departemen, bank, perusahaan, antara lain. Lulusan sekolah tinggi ini bisa melanjutkan ke jenjang S1 di IPB, Unpad, UGM, dan ITS. Untuk meneruskan ke S2 dan S3, mereka dapat melanjutkan ke Amerika, Kanada, Australia, Jepang, Inggris, Jerman, dan Belanda. Sejak tahun akademik 1997/1998, STIS menyelenggarakan program pendidikan diploma IV dan diploma III. Status mahasiswa STIS terdiri dari Ikatan Dinas (ID) bagi lulusan SMU dan Tugas Belajar (TB) bagi pegawai negeri/anggota ABRI. Profil Jenjang pendidikan: D3, D4 Jumlah mahasiswa, 2002: 685 Jumlah lulusan, 2002: 168 Jumlah dosen, 2002: 98 (pendidikan S1: -, S2: 36, S3: 18) Luas kampus: 5.645 m2 Fasilitas Kampus Ruang kuliah: luas ruangan...

Words: 2484 - Pages: 10

Free Essay

Walmart

...Wal*Mart Stores, Inc. Aldi - Alvin - Cut Putri - Gia - Vanya Wal*Mart Stores, Inc. - Wijawiyata Manajemen 66 BAB I PENDAHULUAN Wal*Mart Stores, Inc. adalah perusahaan retail terbesar di dunia yang memiliki lebih dari 3700 toko di Amerika Serikat dan beroperasi di lebih dari 14 negara. Wal*Mart pertama kali didirikan oleh Sam Walton pada tahun 1962, di Bentoville, Arkansas, Amerika Serikat. Sam mendirikan Wal*Mart dengan sebuah visi, yaitu: if we work together we will lower the cost of living for everyone, weʼll give the world opportunity to see what itʼs like to save and have a better life. Berdasarkan Fortune Global 500 pada tahun 2008, Wal*Mart merupakan perusahaan publik terbesar yang dilihat dari sisi pendapatan atau revenue di seluruh dunia. Wal*Mart menjadi perusahaan publik pada 31 Oktober 1969 dan terdaftar pada New York Stock Exchange pada tahun 1972. Sam Walton membuat Wal*Mart fenomenal dan menjadi sukses dengan average return on equity sebesar 33% dan compound average sales growth sebesar 35%. Dengan tujuan memberi harga murah bagi konsumen setiap hari yang sesuai dengan slogan perusahaan mereka yaitu ”Always the low price – always”, Wal*Mart menjual berbagai produk dari berbagai pemasok maupun produk-produk yang dihasilkan oleh Wal*Mart dengan menggunakan label pribadinya sendiri. Wal*Mart berhasil menjangkau berbagai lapisan konsumen dengan membagi usahanya Halaman 1 Wal*Mart Stores, Inc. - Wijawiyata Manajemen 66 menjadi beberapa...

Words: 3371 - Pages: 14