1. DOKUMEN LAMPIRAN BANTUAN PENDIDIKAN LZS *Dokumen ini perlu di isi bersama BORANG PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT. 1. Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu/bapa/penjaga. 2. Bagi Sekolah Rendah/Menengah: - Surat / Cop pengesahan pihak sekolah. - Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran anak yang bersekolah sahaja. 3. Bagi Permohonan IPT Dalam dan Luar Negara - Surat Tawaran (pelajar baru) dari institusi pengajian - Surat Pengesahan Pelajar dan pengesahan status tajaan / pinjaman dari manamana agensi seperti PTPTN, JPA dll yang dikeluarkan oleh pihak IPT. - Salinan Passport / Visa bagi pelajar luar negara. - Salinan Kad Pengenalan Pelajar / Pemohon dan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga.
2. DOKUMEN LAMPIRAN BANTUAN PERUBATAN *Dokumen ini perlu di isi bersama BORANG PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT. 1. Surat Rasmi Permohonan 2. Surat sokongan daripada badan kebajikan hospital / pihak hospital 3. Dokumen pengesahan bertulis daripada pihak hospital kerajaan, sekiranya perlu mendapat rawatan di hospital swasta 4. Surat pengesahan jenis penyakit daripada pihak hospital atau institusi perubatan yang diiktiraf 5. Makluman tempat rawatan yang hendak dijalani oleh pemohon bagi rawatan dialisis 6. Gambar Pesakit 7. Bil rawatan / sebut harga kos rawatan / sebut harga peralatan pesakit (jika berkenaan) 8. Salinan penyata KWSP (jika ada) 9. Surat / sebut harga rawatan dari pusat rawatan dialisis (bagi pesakit dialisis sahaja)
3. DOKUMEN LAMPIRAN BANTUAN HUTANG (KEPERLUAN ASAS / INDIVIDU / BADAN PERSATUAN) *Dokumen ini perlu di isi bersama BORANG PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT. 1. Surat Rasmi Permohonan 2. Salinan kad pengenalan pemiutang / pendaftaran syarikat 3. Bil-bil / resit yang berkaitan dengan hutang 4. Dokumen tuntutan / bil-bil berkenaan 5. Surat akuan sumpah penghutang 6. Salinan surat perjanjian hutang (jika ada) dan surat tuntutan daripada mana-mana pihak yang terlibat 7. Dokumen perjanjian sewa ruma (jika berkenaan) 8. Salinan penyata KWSP (jika ada)