Free Essay

Sinopsis of Simfoni

In:

Submitted By lcyyyyy
Words 261
Pages 2
Sinopsis Cerita ini bercakap kisah tentang satu lelaki dan ayahnya. Seorang kanak-kanak lelaki, Irfad, berkerja dengan ayahnya setiap pagi. Usianya dalam lingkungan 12 tahun sahaja, tetapi fizikalnya menjadi lebih matang melangkaui usia. Selepas kerja, ayah Irfad akan menghantar dia ke sekolah bagi sesi petang. Sesi persekolahan sudah berakhir petang, apabila murid-murid mendapatkan ibu bapa masing-masing yang setia menunggu di luar, Irfad berjalan berseorangan untuk pulang ke rumah. Melintasi lorong rumah kedai yangkosong ketika senja menginjak ke malam memang perkara yang mahu dielakkannya. Seorang lelaki kurus, usianya mungkin dalam lingkungan lewat 30-an, dia ialah ayah Irfad. Setiap pagi, dia memotong rumput dengan menghayunkan mesin pemotong rumput. Selepas hantar anaknya ke sekolah, dia terus menghala ke pasar raya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Saban hari sebelum melelapkan mata, dia memikirkan anaknya yang berseorangan tidur di rumah dan berdoa agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di rumah. Tetapi semua itu menjadi memori lama. Semakin usia meningkat dewasa, Irfad semakin tenggelam dengan perasaan amarah itu sehingga membenihkan kebencian. Dia hanyut bersama-sama kebencian yang tidak terkawal itu dan mula menjauhkan diri daripada ayahnya. Sekarang, Irfad memiliki firma guaman. Dia menduduk di tepi sisi kiri katil, ayahnya seolah-olah sedang tidur di atas katil, namun lenanya seperti dalam kepayahan. Doktor memaklumi Irfad tentang ayahnya tidak mungkin akan pulih lagi dan meminta dia membuat keputusan untuk menghentikan semua alatan bantuan hidup dan membawa ayahnya balik ke rumah. Irfad kini menyedari bahawa tanpa bapanya, dia mungkin hanyalah satu organisma yang wujud tanpa sebarang fungsi atau tujuan, hanya terwang-wang dalam ruang yang kosong.

Similar Documents