Bab 1.
Pengarang memperkenalkan keluarga Lahuma. Isterinya Jeha. Anaknya Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Lahuma dan jeha berpegang kpd kepercayaan bahawa susah senang hidup ditentukan oleh tuhan. Lahuma risau cucu cicitnya akan mengemis akibat pembahagiaan tanah sawah. Lahuma sudah merancang-rancang untuk turun ke sawah kerana musimnya sudah tiba. Dia teringat akan kejadian serangan ketam putih dan lintah gajah.
Bab 2.
Lahuma menetapkan untuk membahagikan 14 relung sawah itu kepada padi Malinja, Siam, Serindit dan pulut. Dia juga mempunyai kerisauan akan berulangnya kejadian serangan ketam dan buruk tiak. Lahuma berangan-angan membunuh lintah akan kerara mereka bakal mencederakan dirinya serta keluarganya. Dia berdoa agar tuhan menjauhkan segala malapetaka.
Bab 3.
Jeha dan Lahuma bergerak ke sawah. Lahuma sudah bersedia untuk melepas Sanah jika ada yang datang merisik. Jeha menjerkah kuat dipagi hari kerana mahu penduduk kampung tahu akan kehadiran mereka di sana. Lahuma terfikir akan anak-anaknya di rumah. Risaunya jika anaknya akan dibawa pergi. Difikirnya lagi akan cucu cicitnya. Suasana cemas apabila Jeha terjumpa seekor ulang senduk yang sudah memanggau kepala setinngi lutut. Pantas Lahuma menangkapnya lalu membunuhnya. Jeha pengsan. Lahuma marah akan sikap orang ynag lebih ingin tahu akan ular berbanding isterinya. Lahuma tegas tidak mahu mengubah tapak semaiannya. Jeha kekal trauma. Minggu keeempat - tapak semaiaan selesai.
Bab 4.
Jeha bagaikan dihantui oleh kejadian itu. Jeha semakin kurus. Sanah dan Milah diminta membantunya menajak di tanah sawah. Jeha risau akan semua perosak-perosak itu. Lahuma memarahinya.
Bab 5.
Lahuma, Sanah dan MIlah bekerja dia sawah. Lahuma berpesan agar berhati-hati akan lintah. Penuh satu baldi akan lintah hasil pungutan Sanah dan Milah. Tuk penghulu menggunakan traktor utk menajak 60 ekar tanah