Free Essay

Stigma Smasyarakat Terhadap Penyakit Minda

In:

Submitted By zeron0095
Words 269
Pages 2
Stigma Masyarakat Terhadap pesakit minda
Penyakit minda atau lebih dikenali sebagai gila oleh masyarakat Malaysia bukanlah satu penyakit yang yang bahaya dan bukanlah wabak seperti yang diuar-uarkan oleh sebahagian masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan mereka mendapat tekanan dari luar malahan ada diantara mereka menjawat jawatan tinggi dalam sector kerajaan mahupun swasta.
Ramai diantara pesakit minda menjadi kambing hitam didalam keluarga disebabkan mereka tidak dapat mengurus diri dengan sempurna malahan ada yang dikurung di dalam rumah dan ada yang dirantai seperti kes
Terdapat pelbagai jenis penyakit minda namun bipolar dan kemurungan menunjukkan statistic yang tinggi di negara ini. Bipolar dan kemurungan adalah penyakit disebabkan terlalu tertekan dalam menjalani kehidupan seharian ini menunjukkan kebanyakkan rakyat di Malaysia terlalu banyak tekanan.
Ramai diantara pesakit tidak mendapat hak sebagai rakyat Malaysia mereka sukar mendapat pekerjaan dan sukar mendapat pinjaman walaupun mereka in telah pun sembuh hal ini disebabkan pandangan masyarakat terhadap pesakit, mereka ini dilihat sebagai berbahaya malahan ada diantara mereka dilayan sebagai sampah masyaraka.
Banyak kempen dan aktiviti yang dijalan untuk menghakis ideology ini antaranya yang dilakukan oleh Subteras Kesukarelawan Goodibag Universiti Malaysia Sarawak. Semua peserta adalah dari kalangan pelajar dan pesakit hospital tersebut. Mereka ini telah melaksanakan aktiviti di Hospital Sentosa bertempat di Kuching Sarawak. Antara aktiviti yang dilakukan termasuk sukaneka, memasak dan mengedar bubur, lukisan moral dan lawatan ke wad pesakit. Memang benar kebanyakan pesakit minda sukar diramal namun harus diingatkan mereka ini manusia sama seperti orang normal. Semua pandangan negatif terhadap mereka harus dikikis dan dilayan seadil yang mungkin. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menyembuhkan pesakit ini agar para pesakit dapat menjalani aktiviti seharian.

Similar Documents