Free Essay

Subsidi

In:

Submitted By mizmiza
Words 1211
Pages 5
Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014

ISU SUBSIDI DAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP DI MALAYSIA Perkembangan Terkini 1. Pada 15 Januari 2014, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menangani kenaikan kos sara hidup. Jawatankuasa berkenaan antaralain akan mengkaji punca kenaikan kos sara hidup; menyelaras pelaksanaan dasar dan program agensi Kerajaan yang terbabit; dan berkerjasama dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal di bawah Perdana Menteri (PM) Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi. 2. Penubuhan Jawatankuasa berkenaan menyusul pengumuman PM merangkap Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib pada 30 Disember 2013 mengenai 11 langkah pengurangan perbelanjaan Kerajaan mulai 1 Januari 2014. Langkah-langkah tersebut, yang melibatkan kemudahan-kemudahan yang dihulurkan kepada para Menteri dan pegawai kanan, bertujuan untuk mengamalkan perbelanjaan Kerajaan yang lebih berhemah (Lampiran A). Analisa Isu Kos Sara Hidup 3. Secara umum, isu sosio-ekonomi rakyat merupakan perkara “perennial” dan asasi bagi parti-parti politik Malaysia. Walaubagaimanapun, kos sara hidup secara khusus dilihat sebagai isu baru, yang mana mula mendapat perhatian di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 – 2009) dan Dato’ Sri Najib (2009 hingga sekarang).1 Subsidi: Legasi Tun Mahathir? 4. Di bawah pentadbiran Tun Mahathir, Kerajaan Malaysia memperkembangkan sistem subsidi, insentif dan kawalan harga barangan (price control) di pelbagai sektor, terutamanya:    pertanian: skim bantuan kewangan, penetapan harga beras, pengagihan baja, pemberian bantuan teknikal, dan pembekalan sistem saluran; pembangunan: pengecualian cukai, subsidi tarif elektrik dan air; pendidikan: subsidi yuran sekolah, yuran peperiksaan dan diskaun pembelian buku; dan

1

Statistik Majlis Harga Barang Negara dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) menyatakan bahawa bagi tahun 2013 sahaja, harga barangan asasi telah meningkat melebihi 10% berbanding dengan tahun 2012.

Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014



pengguna: subsidi barangan seharian, termasuk tepung gandum, gula pasir, minyak masak dan susu formula, perkhidmatan pengangkutan awam (bas dan keretapi).

5. Selain itu, ekonomi Malaysia membangun dengan cepat semasa era pentadbiran Tun Mahathir, terutamanya sekitar tahun 1988–1997 yang melihat pertumbuhan GDP mencapai 8.5 - 10%, berbanding dengan 4.5 - 5% di bawah PM Dato’ Sri Najib.2 Oleh yang demikian, isu kos sara hidup menjadi isu sampingan dan jarang diperbahaskan oleh parti-parti politik semasa era Tun Mahathir. Program rasionalisasi 6. Kearah mencapai bajet yang seimbang, pentadbiran PM Tun Abdullah telah memulakan program rasionalisasi pada tahun 2008. Pada mulanya, sasaran utama beliau adalah bahan bakar, sebagai penerima subsidi terbesar. Program ini kemudian dilanjutkan oleh pentadbiran Dato’ Sri Najib, yang kini melaratkan usaha rasionalisasi kepada:    mengurangkan subsidi minyak pada bulan September 2013 mentiadakan subsidi gula pada bulan Oktober 2013; memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan berkuatkuasa pada bulan April 2015; menyelaraskan kadar tarif elektrik, yang naik secara purata 15% bagi Semenanjung Malaysia dan 17% bagi Sabah and Labuan mulai Januari 2014; dan memperkenalkan produk-produk termampu di bawah konsep 1Malaysia, termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia, Teksi Rakyat 1Malaysia dan Perumahan 1Malaysia. Sentimen rakyat 7. Secara am, reaksi rakyat Malaysia terhadap langkah-langkah penjimatan/rasionalisasi Kerajaan adalah berunsur negatif. Seperti demostrasi menentang keputusan Tun Abdullah mengurangkan subsidi pada tahun 2008, PM Dato’ Sri Najib kini menghadapi sentimen negatif terhadap peningkatan kos sara hidup. Ini termasuk demonstrasi pada pertengahan bulan Disember 2013 di Kuala Lumpur dan perhimpunan “Turunkan kos sara hidup” pada ambang tahun baru 2014. Parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) juga merancang untuk mengadakan protes besar-besaran pada 1 Mei 2014.3
2

dan



Malaysia menghadapi kemerosotan ekonomi pada tahun 1985 (-0.876%) disebabkan jatuhnya harga barangan elektronik. 3 Tempat demonstrasi masih belum ditetapkan.

Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014

8. Majoriti rakyat (termasuk ahli BN sendiri) berpendapat bahawa kenaikan kos sara hidup dan barangan seharian adalah disebabkan oleh pemotongan subsidi, terutamanya harga minyak.4 Sentimen negatif ini telah membuka ruang bagi parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) untuk menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai menabur “janji kosong” semasa kempen Pilihanraya Umum ke-13. 9. Bagi menambah kritikan terhadap Kerajaan, media alternatif juga baru-baru ini meliputi gaya hidup mewah sesetengah Menteri dan pegawai kerajaan yang melebihi pendapatan mereka, termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selain itu, Laporan Audit Negara juga menunjukkan tahap ketirisan (leakage) dan perbelanjaan Kerajaan yang berlebihan. Kesan kos sara hidup kepada lanskap politik Malaysia 10. Segmen yang dilihat paling terjejas oleh peningkatan kos sara hidup adalah kelas pertengahan (middle class) dan penduduk bandar, menerusi peningkatan kos pengangkutan, perumahan dan utiliti. Ini berbeza bagi golongan miskin dan penduduk kampung, yang masih layak menerima bantuan Kerajaan dalam pelbagai bentuk, samada dari Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bekalan air dan elektrik, serta persekolahan percuma. 11. Dalam hal ini, para pemerhati berpendapat fenomena kos sara hidup akan meluaskan jurang politik Malaysia yang sedia ada, berdasarkan kepada geografi dan kekayaan:   golongan miskin dan penduduk kampung yang berpihak kepada BN (termasuk Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak) golongan bandar dan kelas pertengahan yang berpihak kepada PR (Selangor, Pulau Pinang).

Penutup 12. Setelah lama menyelenggarakan sistem subsidi di Malaysia, pentadbiran PM Dato’ Sri Najib kini berhadapan dengan cabaran untuk mengurangkan kebergantungan (dependency) rakyat terhadap subsidi dan bantuan kerajaan. Meskipun ianya diperakui sebagai langkah perlu bagi mengimbangi bajet dan

4

Sesetengah pihak juga berpendapat bahawa ianya disebabkan oleh kehendak pasaran (market forces), cuaca dan tindakan peniaga yang memanipulasi harga tanpa kawalan.

Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014

kedudukan fiskal negara, Kerajaan Malaysia terus berhadapan dengan cabaran daripada pelbagai pihak. 13. Buat masa ini, PR akan terus menggunakan isu tersebut bagi memperolehi “political mileage” dari rakyat, terutamanya golongan pertengahan (middle class) dan penduduk bandar yang paling terjejas oleh pengingkatan kos sara hidup. Dari perspektif BN, ini mungkin risiko yang masih dapat ditanggung, memandangkan kedua segmen ini telah jelas berpihak kepada PR. Apa yang dapat dijangka ialah BN akan cuba mencari usaha bagi meraih lebih sokongan dari kalangan miskin dan luar bandar bagi memastikan masa depan politiknya.

Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014

Lampiran A  11 Langkah Penjimatan Sektor Awam Malaysia Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas. Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan. Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas). Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan. ruang pejabat

   

Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam. Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan. Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis. Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.







  

Similar Documents

Free Essay

Draft

...Penjelasan Isu Harga Minyak dan Subsidi 1. Kenapa harga minyak naik akhir-akhir ini di pasaran antarabangsa? • Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$60 akhir-akhir ini. • Punca utama keadaan ini berlaku ialah: - Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan; - Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat; - Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela; 1 - Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu; dan - Kegiatan spekulasi harga minyak. 2. Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? • Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport...

Words: 3587 - Pages: 15

Free Essay

Jawapan Mikro

...MIKROEKONOMI 1 [EPPD1013/EEEX1013/CCCE1433] TUTORIAL 4 [BAB 4: PILIHAN PENGGUNA] JAWAPAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. A C B C B A B D B Lakarkan peta keluk puas sama bagi menggambarkan perkara berikut: i. ii. iii. Ani tidak menghiraukan sama ada dia mengurangkan pengambilan atau meningkatkan pengambilan minuman berkarbonat. Salmi menggemari rasa manis popcorn. Bagi setiap 2 pain popcorn dia meletakkan sukatan manisan madu sebanyak ¼ cawan. Amy menggemari ayam goreng KFC, iaitu asli dan pedas. Bagi Amy, kadar penggantian sut antara ayam goreng asli dan pedas tidak berbeza dengan kuantiti penggunaan bagi kedua-duanya. Ganesh tidak menggemari brokoli dan rela membeli sesuatu yang lain daripada memakannya. Nadia menggemari muzik rap dan rock. Pilihan Nadia menunjukkan kadar penggantian sut berkurangan di antara dua jenis muzik tersebut. Ahmad mengetahui had keupayaannya. Dia menggemari durian lebih daripada had keupayaannya, tetapi jika ia makan terlalu banyak dia akan jatuh sakit. iv. v. vi. 1 11. Huraikan kenapa keluk puasama secara umumnya adalah berbentuk convex. Jawapan: Diminishing marginal rates of substitution make most indifference curves convex. When people have a lot of one good, they are willing to give up a relatively larger amount of it to get a good of which they have relatively little. 2 12. Jadual 1 menunjukkan bilangan yang diguna dan jumlah utilitinya. Berdasarkan Jadual 1 kira utiliti sut bagi setiap tambahan unit yang digunakan....

Words: 1209 - Pages: 5

Free Essay

Bab I

...pembeli di pasar persaingan sempurna dimana terdapat banyak penjual dan pembeli. Didalam makalah ini, penulis akan menerangkan lebih jelas tentang bagaimana perubahan penawaran dan permintaan mempengaruhi perubahan harga barang pertanian, implikasi dari perubahan itu kepada pendapatan petani-petani dan produsen pertanian lainnya, serta kebijakan pemerintah dalam menstabilkan harga barang pertanian dan pendapatan petani. Analisis ketiga persoalan diatas merupakan bagian terpenting dari uraian dalam makalah ini. Disamping itu makalah ini juga membahas hal-hal seperti berikut, kebijakan pemerintah dalam menentukan harga maksimum dan implikasinya terhadap masyarakat, efek pajak penjualan terhadap harga dan barang yang diperjualbelikan, dan efek subsidi pemerintah terhadap harga dan jumlah barang yang diperjual belikan. BAB II PEMBAHASAN ELASTISITAS PERMINTAAN DAN PENAWARAN Pengertian Elastisitas Secara umum, elastisitas adalah perubahan harga yang kecil akan menimbulkan perubahan yang besar terhadap jumlah barang yang diminta maka dikatakan bahwa permintaan barang tersebut bersifat sangat responsif terhadap perubahan harga. Elastisitas Permintaan & Penawaran Elastisitas permintaan adalah satu pengukuran kuantitatif yang menunjukkan sampai di mana besarnya pengaruh perubahan harga terhadap perubahan permintaan. Elastisitas permintaan dibedakan kepada tiga konsep berikut: elastisitas permintaan harga, elastisitas permintaan pendapatan, dan elastisitas permintaan silang...

Words: 7611 - Pages: 31

Free Essay

Communication Barriers

...Name: _____________________________________________ 1. Macroeconomics is the study of economics from the viewpoint of Makroekonomi adalah pembelajaran ekonomi dari sudut: A. Government units / Unit kerajaan B. Individual consumers / Pengguna individu C. The entire economy / Keseluruhan ekonomi tersebut D. The operation of specific product and markets /Operasi pasaran produk tertentu 2. In the circular flow diagram, firms ___________. Dalam rajah aliran pusingan, firma-firma ___________. A. supply the inputs that households demand in factor markets / membekalkan input yang diminta isi rumah dalam pasaran faktor B. demand the inputs that households supply in product markets / meminta input yang dibekalkan oleh isi rumah dalam pasaran barangan C. demand the goods and services that households supply in product markets / meminta barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan isi rumah dalam pasaran barangan D. supply the goods and services that households demand in product markets / membekalkan barangan dan perkhidmatan yang diminta oleh isi rumah dalam pasaran barangan 3. Which of the following is an example of monetary policy? Yang manakah adalah contoh polisi kewangan A. Budget deficit / belanjawan defisit B. Higher wages / Peningkatan kadar upah C. Increasing money supply / peningkatan penawaran wang D. Abolition of investment incentives / penghapusan insentif pelaburan 4. Fiscal policy encompasses all of the following except _________. Polisi fiskal merangkumi semua berikut kecuali...

Words: 1157 - Pages: 5

Free Essay

Awareness of Current Issue

...Pentingnya kesedaran tentang isu semasa Isu semasa didefinisikan sebagai perkara atau kejadian terbaru yang berlaku di sekeliling kita, dalam negara atau pun di seluruh dunia. Isu semasa juga boleh di beri maksud sebagai apa apa kejadian yang berlaku yang memberi kesan atau impak ke atas sesetengah situasi contohnya bencana alam, masalah atau kejayaan dalam sesebuah negara, penemuan baharu, perubahan yang berlaku dan banyak lagi. Pengetahuan tentang isu semasa yang berlaku memberikan banyak kelebihan kepada banyak pihak terutamanya individu / isi rumah, pengurus perniagaan, pelabur dan juga pembuat dasar. Setiap pihak mempunyai sebab dan kepentingan untuk mengetahui isu yang sedang berlaku bukan saja dalam negara tapi di luar negara juga. Pengetahuan dan kesedaran mengenai isu yang akan memberi kesan positif ataupun negatif akan memberikan kelebihan kepada individu tersebut dari segi kesediaan untuk menghadapi kesan yang bakal diterima. Namun begitu, sekiranya kita tidak peka terhadap kejadian atau perkara yang berlaku, ini akan memberikan kesan kepada kita secara langsung ataupun tidak. Setiap pihak perlu tahu kenapa pentingnya peka terhadap isu semasa dan apakah kesan yang mungkin diterima. Pihak pertama ialah individu dan isi rumah, individu ini termasuklah pelajar sekolah, pelajar universiti, individu yang bekerja dan tidak bekerja. Tujuan utama bagi setiap individu dan isi rumah untuk peka terhadap isu semasa adalah untuk menambah pengetahuan terhadap segala perkara...

Words: 1165 - Pages: 5

Free Essay

Ekonomi

...omiPENGANTAR ILMU EKONOMI I (Ekonomi Mikro) Oleh : Ramlan Ruvendi Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Binaniaga Jl. Raya Pajajaran 100, Bogor ILMU EKONOMI Pengertian Ilmu Ekonomi • Scarcity (Kelangkaan) Alat pemuas kebutuhan manusia jumlahnya terbatas sementara kebutuhan manusia tidak terbatas. Choices (Pilihan-Pilihan) Terbatasnya alat pemuas kebutuhan manusia sementara kebutuhan tidak terbatas mendorong manusia melakukan pilihan-pilihan yang bersifat individu maupun kolektif. Opportunity Cost (Biaya Kesempatan) Manusia bersifat rasional artinya pertimbangan menurut prinsif ekonomi dan untung rugi Oleh karena itu ekonom akan memandang bahwa alat rugi. pemuas kebutuhan akan dinilai berdasarkan alternatif penggunaannya untuk kesempatan yang lain. Jadi ilmu ekonomi adalah ilmu yang mempelajari perilaku individu dan masyarakat dalam menentukan pilihan (alokasi) atas sumber daya yang langka dalam upaya meningkatkan kualitas hidupnya. • • 1 Masalah Ekonomi : • Apa yang harus diproduksi dan berapa banyaknya ? • Bagaimana memproduksinya ? • Untuk siapa barang dan jasa diproduksi ? Barang dan Jasa • Barang Ekonomi dan Barang Bebas g g • Barang Akhir : • • Durable goods Undurable goods Barang Modal (barang dibuat untuk menghasilkan barang lain). Barang Antara (barang yang belum dapat langsung digunakan konsumen/perlu diolah lebih lanjut). Mengapa Belajar Ilmu Ekonomi ? • Memperbaiki cara berfikir yang membantu pengambilan keputusan. • Membantu memahami masyarakat. • Membantu...

Words: 4083 - Pages: 17

Free Essay

Maksi

...lanjutan akan mampu mendorong pertumbuhan produktifitas dan membantu pemerintah mencapai tujuannya untuk menjadi salah satu dari 10 kekuatan ekonomi terbesar di dunia pada tahun 2015, sambil tetap mendukung alur pembangunan yang inklusif dan ramah secara social. Situasi yang Mendukung Dijalankannya Reformasi Penting Real GDP diproyeksikan tumbuh sebesar 6% pada tahun ini dan tahun mendatang dengan dorongan dari permintaan domestik yang kuat. Seperti direncanakan, kebijakan moneter harus menjamin bahwa inflasi akan tetap rendah dengan mengontrol tingkat suku bunga, manajemen likuiditas dan pengaturan makro-prudensial. Kebutuhan belanja sosial dan infrastruktur Indonesia sangat besar dan membutuhkan pembiayaan yang efisien. Pengurangan subsidi BBM secara substansial, karena gagal mewujudkan tujuan sosial dan berdampak pada biaya fiskal yang signifikan, akan membebaskan sumber-sumber daya dari tekanan kebutuhan social dan ekonomi. Pada saat yang bersamaan, skema transfer-dana yang ditargetkan dengan baik akan sangat dibutuhkan guna mencegah memburuknya anga kemiskinan dan membantu memecahkan...

Words: 15664 - Pages: 63

Free Essay

Communicating

...Penuaan Penduduk di China: kesan-kesan kesihatan dan sosial dan jawapan Republik Rakyat China terdiri daripada 32 provinsi dan wilayah pentadbiran khas (Hong Kong) dan rumah 1,27 bilion atau kira-kira satu perlima daripada penduduk dunia. Walaupun kumpulan etnik majoriti (94%) adalah Han, terdapat sama sekali 56 kumpulan etnik dengan perbezaan bahasa, agama, dan gaya hidup. Terdapat ketidaksamaan pendapatan yang besar, daripada jutawan di kawasan-kawasan bandar kepada orang-orang di kawasan luar bandar yang menghadapi kesukaran mendapatkan wang yang cukup untuk keperluan harian. Berikutan itu, terdapat variasi yang luas dalam corak gaya hidup, morbiditi dan mortaliti. Kaji selidik kerajaan pada tahun 1999 menunjukkan bahawa bilangan orang yang berusia lebih 60 tahun telah mencapai 127 juta, atau 10.1% daripada population.1 jumlah Dengan penduduk penuaan, meningkatkan beban penyakit degeneratif dan implikasi sosial telah meletakkan isu-isu warga tua dalam agenda kerajaan semuasektor. Artikel ini menerangkan demografi, persediaan kehidupan, morbiditi dan mortaliti penduduk penuaan, dan kesihatan dan kebajikan hadir sistem. Bagaimana kerajaan bertindak balas terhadap kesan-kesan kesihatan dan sosial penuaan, dan prospek masa depan akan dibincangkan. Demografi dan persediaan kehidupan Penduduk di China secara keseluruhannya adalah penuaan, peratusan orang yang berumur 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 5.5% pada tahun 1990 kepada ramalan 13.3% pada 2025,2 dan 23%, atau...

Words: 4641 - Pages: 19

Free Essay

Pemaparan Dan Analisa Kebijakan Fiskal Periode Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono

...PEMAPARAN DAN ANALISA KEBIJAKAN FISKAL PERIODE PEMERINTAHAN SUSILO BAMBANG YUDHOYONO Disusun sebagai Makalah Akhir Mata Kuliah Perekonomian Indonesia OLEH: AHMAD MUFTI FANNANI NPM: 1006689750 UNIVERSITAS INDONESIA DESEMBER 2012 Gambaran Tujuan Kebijakan dan Peranan Fiskal Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono 2004-2009 Kebijakan Fiskal adalah kebijakan yang dibuat pemerintah untuk mengarahkan ekonomi suatu negara melalui pengeluaran dan pendapatan pemerintah dalam bidang anggaran belanja negara. Untuk anggaran belanja Negara sendiri terdiri dari : 1. Penerimaan atas pajak  2. Pengeluaran pemerintah (government expenditure)  3. Transfer pemerintah, yang contohnya seperti pemberian beasiswa atau bantuan-bantuan, yang balas jasanya tidak secara langsung diterima oleh pemerintah. Faktor utama dari kebijakan fiskal sendiri adalah pajak dan pengeluaran pemerintah. Yang jika tingkat dan komposisi dari kedua factor ini berubah akan mempengaruhi variabel-variabel seperti : * Permintaan agregat dan tingkat aktivitas ekonomi * Pola persebaran sumber daya * Distribusi pendapatan Di Indonesia, selain tax cut (kesinambungan beban pajak) dan spending increase (kenaikan belanja pemerintah), ada lagi bentuk- bentuk lain dari kebijakan fiskal. Salah satu contohnya adalah BLT (bantuan langsung tunai), tidak sesederhana seperti yang terlihat, sebetulnya penggunaan metode BLT itu memiliki tujuan tersendiri dari pemerintah. Tentu saja tujuan akhirnya adalah untuk memperbaiki kondisi...

Words: 2076 - Pages: 9

Free Essay

Fiskal

...BAB 9 KEBIJAKSANAAN FISKAL 9.0 Tujuan Bab ini Setelah membaca bab ini Anda akan memahami: • Beberapa kebijaksanaan di bidang fiskal dengan tujuan mempertahankan stabilitas proses pertumbuhan dan pembangunan ekonomi pada masa Orde Baru. • Sistem dan prosedur penyusunan Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara, anggaran Pendapatan dan Belanja Provinsi, dan Anggaran Pendapatan dan Belanja Kabupaten/Kota. • Asumsi-asumsi yang digunakan dalam penyusunan anggaran Pendapatan dan Belanja Negara. • Komponen-komponen yang membentuk APBN secara rinci. • Bahwa APBN untuk tahun 2002 – 2007 selalu mengalami defisit, yakni anggaran pendapatan selalu lebih kecil dari anggaran belanja. • Dalam tahun anggaran (1 Januari sampai 31 Desember) sangat mungkin terjadi perubahan-perubahan di dalam perekonomian sehingga asumsi yang digunakan tidak lagi sesuai dengan kenyataan, sehingga oleh karenanya diadakan anggaran perubahan. • Perbedaan prinsip Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara pada masa pemerintahan Sukarno dan Suharto. • Sumber-sumber pembiayaan defisit Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara. • Pola dan tren dari masing-masing komponen sumber pendapatan negara. • Pola dan tren dari masing-masing komponen belanja negara. • Pengaruh Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara terhadap jumlah uang beredar. • Pengaruh anggaran seimbang terhadap perekonomian. • Sumbangan tabungan pemerintah...

Words: 9309 - Pages: 38

Free Essay

Jalan Tol vs Ketahanan Pangan (Toll-Road vs Food Tenacity)

...Jalan Tol vs Ketahanan Pangan LATAR BELAKANG Pemerintah merencanakan pembangunan jalan tol Trans Jawa yang akan membentang sekitar 897,7 kilometer. Proyek Jalan Tol Trans Jawa senilai Rp 46,77 triliun ini akan menghubungkan Anyer hingga Banyuwangi. Jalan tol Trans Jawa akan membentang di empat provinsi dan dibagi dalam 15 ruas tol. Proyek itu bakal menyatu dengan ruas-ruas tol yang telah beroperasi saat ini, yaitu Jakarta-Anyer, Tol Dalam Kota Jakarta, Jakarta Outer Ring Road, Jakarta-Cikampek, Cirebon-Kanci, Semarang Ring Road, dan Surabaya-Gempol. Selain meningkatkan aspek pelayanan publik, fungsi utama jalan tol Trans Jawa adalah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi nasional. Namun disamping optimisme mengenai efek percepatan pertumbuhan ekonomi dari pembangunan tersebut, muncul pula pandangan yang mengkhawatirkan bila pembangunan jalan tol Trans Jawa tersebut akan mengakibatkan berubahnya ribuan hektar lahan pertanian produktif menjadi kawaasan perumahan dan industri. Semakin meluasnya konversi lahan pertanian memiliki resiko berkurangnya produksi pangan nasional yang akan semakin mengancam ketahanan pangan nasional Indonesia. Sementara saat ini produksi pertanian Indonesia sudah tidak mampu memenuhi konsumsi dalam negeri sehingga Pemerintah Indonesia terpaksa melakukan impor pangan. Pada essay ini akan dibahas mengenai analisa kepentingan dalam kasus pembangunan jalan tol Trans Jawa dari sudut pandang ilmu ekonomi, yang diharapkan dapat memperjelas arah kebijakan...

Words: 4393 - Pages: 18

Free Essay

Influence Government Policy on Tariff Duties and Quotas on Supply and Demand

...menganalisa dampak dari kebijakan pemerintah yang mempengaruhi permintaan dan penawaran terhadap suatu barang di negaranya. Kebijakan Pemerintah Kegagalan menentukan harga suatu barang di pasar, seringkali menuntut intervensi pemerintah. Namun yang harus diperhatikan adalah tidak semua intervensi pemerintah memberikan hasil yang baik, walaupun tujuannya baik. Banyak faktor yang menyebabkannya. Salah satu masalah terbesar yang dihadapi pemerintah dalam menentukan kebijaksanaan adalah adanya konflik antara tujuan-tujuan yang ingin dicapai. Misalnya ada konflik antara tujuan efisiensi dengan pemerataan. Agar harga rurnah dapat terjangkau rakyat kecil dan berpenghasilan rendah, pemerintah memberikan subsidi. Tetapi pemberian subsidi itu cenderung mengorbankan efisiensi, karena uang subsidi bisa dialokasikan ke sektor-sektor yang lebih produktif. Tujuan dilakukannya intervensi atau...

Words: 1540 - Pages: 7

Free Essay

Depth of Outreach Impact on Microfinance Institutions' Financial Sustainability in Asean

...UNIVERSITAS INDONESIA ANALISIS PENGARUH TINGKAT OUTREACH TERHADAP FINANCIAL SUSTAINABILITY PADA LEMBAGA KEUANGAN MIKRO DI ASEAN SKRIPSI ARKKA SANDHYA SURYATIN 0806349806 FAKULTAS EKONOMI PROGRAM STUDI MANAJEMEN DEPOK JULI 2012 UNIVERSITAS INDONESIA ANALISIS PENGARUH TINGKAT OUTREACH TERHADAP FINANCIAL SUSTAINABILITY PADA LEMBAGA KEUANGAN MIKRO DI ASEAN SKRIPSI ARKKA SANDHYA SURYATIN 0806349806 FAKULTAS EKONOMI PROGRAM STUDI MANAJEMEN DEPOK JULI 2012 KATA PENGANTAR Puji syukur saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena atas berkat dan rahmat-Nya, saya dapat menyelesaikan skripsi ini. Penulisan skripsi ini dilakukan dalam rangka memenuhi salah satu syarat untuk mencapai gelar Sarjana Ekonomi Departemen Manajemen pada Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia. Saya menyadari bahwa, tanpa bantuan dan bimbingan dari berbagai pihak, dari masa perkuliahan sampai pada penyusunan skripsi ini, sangatlah sulit bagi saya untuk menyelesaikan skripsi ini. Oleh karena itu, saya mengucapkan terima kasih kepada: (1) Kedua orang tua saya, Eddy dan Karin Suryatin atas dukungan moral dan material yang tak terhitung jumlahnya; (2) Ibu Zuliani Dalimunthe SE., MSM., selaku dosen pembimbing yang telah menyediakan waktu, tenaga, dan pikiran untuk mengarahkan saya dalam penyusunan skripsi ini; (3) Bapak Eko Rizkianto SE. ME., dan Bapak Ir. Akhir Matua ME., selaku tim penguji yang telah memberi banyak masukan berharga demi menyempurnakan skripsi ini; (4) Adik saya,...

Words: 23195 - Pages: 93

Free Essay

Bahasa

...BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Berbicara tentang bahasa, manusia memang memerlukan bahasa dalam berkomunikasi.Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi baik lisan maupun tulis. Artinya bahwa bahasa adalah suatu alat untuk mengungkapkan pikiran, perasaan, dan kemauan yang murni manusiawi, dengan pertolongan sistem lambang-lambang yang diciptakan dengan sengaja. Penyampaian informasi atau pesan tersebut tentunya dengan menggunakan kalimat. Maka, agar pesan yang disampaikan oleh penutur dapat diterima oleh penerima hendaknya perlu memperhatikan penyusunan kalimat efektif Alasan saya memilih judul makalah ini adalah media masa merupakan media yang digunakan untuk menyampaikan suatu pikiran, salah satunya adalah koran. Penulisan koran hendaknya memerhatikan penulisan kata atau morfem sehingga tidak terjadi kesalahan dalam pengetikan dan informasi yang disampaikan dapat dimengerti oleh para pembaca. Penelitian tentang analisis kalimat yang salah dalam surat kabar sudah pernah diteliti oleh beberapa orang, tetapi penelitian surat kabar prioritas pada tanggal 6 Mei belum pernah diteliti oleh siapapun. Oleh sebab itu saya memilih untuk menganalisis surat kabar pada edisi ini. 1.2 Rumusan masalah a. Apakah terdapat kalimat yang salah dalam surat kabar prioritas ? b. Bagaimana perbaikan kalimat yang benar? 1.3 Tujuan Penelitian a. Mengetahui kesalahan yang terjadi dalam surat kabar prioritas. b. Mengetahui bagaimana kesalahan itu...

Words: 1474 - Pages: 6

Free Essay

Fiscal Policy

...THE FISCAL POLICY DISUSUN OLEH : ANGGIT WAHYUNINGSIH (8335132482) FATHIA ROFIFAH (8335132520) HALIMAH (8335132402) PUJI ROCHMANI (8335132515) SITI RANITA SAKINAH (8335132517) ULFA GINY SEPTIANINGRUM (8335132550) JURUSAN AKUNTANSI FAKULTAS EKONOMI UNVERSITAS NEGERI JAKARTA KATA PENGANTAR Puji syukur kehadirat Allah SWT, karena berkat rahmat dan karunia-Nya penulis dapat menyelesaikan makalah ini. Harapan penulis adalah, semoga makalah ini dapat berguna dan bermanfaat. Selain itu, demi penyempurnaan makalah ini, penulis mengharapkan kritikan yang bersifat membangun. Akhir kata, ucapan terima kasih penulis sampaikan kepada dosen pembimbing mata kuliah Pengantar Ilmu Ekonomi 2, Bapak yang telah memberikan tugas makalah ini, sehingga penulis dapat mengetahui lebih jauh tentang Kebijakan Fiskal, dan kepada semua pihak yang turut membantu, penulis sampaikan terima kasih atas bantuannya. Kepada pihak – pihak yang tulisannya penulis jadikan rujukan, penulis sampaikan terima kasih dan pernyataan maaf bila kurang berkenan. Jakarta, April 2014 Penulis BAB I PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG Selama ini kita mengenal tiga sistem perekonomian yang berlaku di dunia yaitu sistem kapitalis, sistem sosialis dan sistem campuran. Salah satu dari tiga sistem tersebut diterapkan di Indonesia yaitu sistem ekonomi campuran. Sistem campuran adalah sebuah sistem perekonomian dengan adanya peran pemerintah yang ikut serta menentukan cara-cara mengatasi masalah ekonomi...

Words: 4058 - Pages: 17