Free Essay

Sumbangan Pendidikan Dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa : Perspektif Islam

In:

Submitted By razer0507
Words 743
Pages 3
SUMBANGAN PENDIDIKAN DALAM MEMPERKASAKAN TAMADUN BANGSA : PERSPEKTIF ISLAM

Berdasarkan jurnal Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam karya Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf, pendidikan adalah aspek yang boleh membentuk nilai-nilai moral dan mampu juga membangkit kemusyikilan dalam kalangan masyarakat. Hal ini berbeza dalam pendidikan Islam, kewujudan kitab-kitab suci seperti Al-Quran, Al-Sunnah dan Hadith bukan digunakan untuk keimanan sahaja tetapi untuk mendidik dan memupuk kepentingan ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dari perspektif Islam merupakan sesuatu ajaran yang luas skopnya, bersifat holistik, dan tidak sememangnya tegar atau sempit ajarannya yang difahami oleh sesetengah orang. Tambahan pula, pengajaran pendidikan Islam juga bertujuan untuk memantapkan pemikiran dan pandangan seseorang individu terhadap ajarannya serta akhlak masyarakat berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Jika umat Islam gagal menerapkan pendidikan Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka umat Islam tersebut mampu terjebak dalam lembah kehinaan. Jurnal ini juga telah memberi beberapa konsep,falsafah dan objektif pendidikan Islam. Antaranya ialah, pendidikan Islam adalah pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teori-teorinya dibangun untuk melaksanakan praktik pendidikan yang didasarkan kepada nilai-nilai Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Nabi (H.M Chabib Thoha, 1996:3). Jika ditelusuri, Al-Quran dan Al-Sunnah telah memainkan peranannya dalam memperkasakan tamadun ummah. Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membimbing dan menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat, umumnya umat Islam. Melalui pembelajaran dan penyelidikan yang berterusan sahaja, sesebuah tamadun mampu berkembang dengan maju dan melahirkan insan yang berilmu. Di samping itu, pendidikan Islam juga menekankan kepentingan pencarian ilmu kerana manusia dapat memperoleh pengetahuan yang tinggi dan luas serta dapat menghindarkan diri dari melakukan perbuatan negatif. Manusia lahir dengan akal yang kosong.Oleh itu,pendidikan awal penting untuk mengisi ilmu seseorang sejak kecil lagi supaya mereka mampu memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan serta bersikap terbuka dengan ilmu tamadun-tamadun lain tetapi dituntut selaras dengan ajaran Islam. Ilmu meningkatkan martabat manusia untuk beriman. Seterusnya, pendidikan berasaskan Al-Sunnah dan Hadis merupakan ajaran dan amalan Nabi Muhammad SAW dan juga dianggap sebagai pelengkap kepada Al-Quran. Al-Sunnah wajib dituntut oleh semua golongan ummah dan harus berusaha untuk menimba ilmu serta mendidiknya sesama masyarakat. Hal ini penting kerana mereka mampu meneroka pelbagai bidang-bidang ilmu baru selain ilmu pengetahuan fiqh, tauhid dan tasawwuf yang mampu mempesatkan pembangunan sesebuah tamadun. Hadis pula berfungsi sebagai tanggungjawab utama ibu bapa dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya dapat menjadi insan yang minat menerokai ilmu yang dapat memanfaatkan sesebuah masyarakat. Pada pandangan pengkaji, pengkaji setuju dengan pandangan Islam terhadap pendidikan kerana pendidikan merupakan asas kepada sesuatu tamadun untuk mencapai puncaknya. Perspektif Islam terhadap memperkasakan tamadun bangsa mengandungi semua aspek termasuk pendidikan, akhlak dan akidah manakala tamadun-tamadun lain kurang menspesifikasikan akidah. Pendidikan Islam fokus kepada elemen positif yang membantu seseorang untuk menjadi insan yang baik dari segi pendidikan dan moralnya serta lebih berperikemanusiaan. Sikap jati diri, dan nilai murni yang disertakan dalam ajaran Islam membantu seseorang untuk menguasai kehidupannya dengan baik serta dapat mengelakkan amalan jahiliah. Dalam hubungan ini, menurut Abdullah Ishak (1995) di dalam Norazani et. al (2004), “matlamat Pendidikan Islam adalah untuk membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, spritual, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan mukmin yang bertakwa untuk mengabdikan diri kepada-Nya”. Kebanyakkan pendidikan pada era ini hanya berasaskan ilmu pengetahuan tetapi kurang dari segi akhlak dan akidah. Hal ini menyebabkan masyarakat mampu menerima segala ideologi tanpa memikirkan kebaikan dan keburukannya.

RUJUKAN

HM Arifin, (1991). Kapita selekta pendidikan : Islam dan umum. 2nd ed. Jakarta: Bumi Aksara.

Zakaria Stapa; Noranizah Yusuf; Abdul Fatah Shaharudin (2012).Pendidikan Menurut Al-Quran dan Sunnah serta Peranannya dalam Memperkasakan Tamadun Ummah.
[ONLINE] Available at: http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%207-22.pdf. [Last Accessed 8 February 2015].

Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman ; Muhd.Yusof Bin Ibrahim ; Muhammad Bukhari Bin Ahmad ; Rosnanaini Binti Sulaiman , (2012). 'Bab 4: Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya Di Makkah'. In: Siti Masni binti Kospin ; Zalehar binti Raub (ed), Sejarah Tingkatan 4 Buku Teks. 11th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2012. pp.98-114.

Asmawati Suhid ; Fathiyah Mohd Fakhruddin, (2012). Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam : Hala Tuju dan Cabaran. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2) . (), pp.58-67

Baharom Mohamad; Ali Suradin; Za’aba Helmi Khamisan, (2008). Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008. (), pp.1-18

Similar Documents

Free Essay

Akpk

...PANDUAN PROGRAM KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Menjana Minda Cemerlang, Melangkah Gagah Gemilang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 pkpp@ums.edu.my Cetakan Pertama 2009 © Universiti Malaysia Sabah Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mencetak ulang mana-mana bahagian dalam buku ini dalam apa jua bentuk atau cara sama ada secara elektronik atau mekanik tanpa permohonan bertulis kepada Universiti Malaysia Sabah, Beg Berkunci 2073, 88999, Kota Kinabalu, Sabah. Diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah Dicetak di Malaysia oleh Semua pertanyaan hendaklah diajukan kepada : Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Tel : 088-320079 Faks : 088-320885 Kandungan Kata Pengantar Timbalan Naib Canselor (HEPA) Prakata Pengarah PKPP Pendahuluan - Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar 1 - Objektif - Matlamat - Struktur Organisasi - Fungsi Unit Panduan Pendaftaran 6 - Proses pendaftaran - Pra-Syarat pengambilan kursus - Jam kredit kursus Pengajaran Kursus 8 - Dasar pengajaran kursus - Rujukan Ilmiah - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian 10 - Kaedah...

Words: 18840 - Pages: 76