Free Essay

Tamadun Islam

In:

Submitted By wananeesa
Words 1459
Pages 6
TAMADUN ISLAM : MASALAH, IKTIBAR DAN CADANGAN.

Meskipun sesuatu tamadun itu mampu menguasai dunia dan melalui zaman kegemilangan, namun masih terdapat kemungkinan tamadun tersebut mengalami zaman kejatuhan. Tamadun Islam terkenal dengan kecemerlangan pentadbirannya, namun ia mengalami zaman kemunduran disebabkan beberapa masalah yang melanda. Antara faktor-faktor umum kejatuhan :

1. Kelemahan pucuk pimpinan. Kegemilangan tamadun Islam sebenarnya berdasarkan oleh umara (pemerintah) dan ulama (ilmuwan). Namun, kejatuhan tamadun Islam juga disebabkan oleh kerakusan umara (pemerintah) yang bertindak memperalatkan ulama (ilmuwan) demi kepentingan peribadi.

2. Perebutan kuasa kerana kebanyakan pemimpin mewariskan tampuk pimpinan kepada anak atau ahli keluarga. Ini menyebabkan pengganti yang seterusnya kurang layak untuk memimpin masyarakat pada ketika itu. Apabila pemimpin meninggal dunia, berlaku pertelagahan berkenaan siapa yang layak menjadi pengganti sehingga meyebabkan perebutan yang menjejaskan kerajaan Islam. Pemimpin sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa kekal di tangan mereka.

3. Sikap lupa diri dalam kalangan pembesar. Bermula sikap lupa diri seperti suka bermewah-mewah, minum minuman keras, perempuan dan berhibur sehingga menimbulkan perselisihan dalam kalangan pemimpin dan pembesar.

4. Sistem pentadbiran dan ekonomi yang lemah. Pada penghujung pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah mereka terpaksa menanggung hutang yang dipinjam dari bank-bank Eropah. Akhirnya, mereka terpaksa melepaskan Palestin, Syria dan Jordan ke tangan penjajah.

ZAMAN KEMUNDURAN BANI UMAYYAH
Faktor kemunduran : * Sistem penggantian khalifah melalui garis keturunan yang tidak jelas pelaksanaannya membuatkan berlakunya perebutan kuasa. * Sikap para khalifah yang leka dengan kemewahan yang dimiliki menyebabkan pewaris seterusnya tidak mampu memikul tanggungjawab untuk mentadbir negara. Selain itu, pemimpin juga semakin kurang memberi penekanan kepada agama. * Munculnya kuasa baru yang dipelopori oleh keturunan Al-Abbas bin Abd Al-Muthalib. Gerakan ini mendapat sokongan penuh daripada Bani Hasyim dan kaum Mawali yang merasa ditindas oleh pemerintahan Bani Umayyah.

(Peta empayar Umayyah)
ZAMAN KEMUNDURAN BANI UTHMANIYYAH
Faktor kemunduran : * Sistem pemerintahan yang tidak lagi efektif seperti zaman sebelumnya. Beberapa wilayah direbut oleh pihak musuh atau mereka menuntut autonomi. * Bermula sikap lupa diri seperti suka bermewah-mewah, minum minuman keras, perempuan dan berhibur sehingga menimbulkan perselisihan dalam istana. * Kekalahan yang menyebabkan ekonomi Uthmaniyyah semakin jatuh. Banyak wilayah yang melepaskan diri menyebabkan pendapatan negara semakin berkurang. * Ilmu dan teknologi yang tidak berkembang menyebabkan ketinggalan zaman. * Tertubuhnya gerakan nasionalisme. Gerakan nasionalisme ini tumbuh di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Uthmaniyyah hasil taklukan.

(Peta empayar Uthmaniyyah)
ZAMAN KEMUNDURAN BANI ABASSIYAH
Faktor kemunduran : * Kelemahan pemerintah pada ketika itu iaitu Al-Wasiqm tidak melakukan sebarang pembaharuan. Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara. Saudara Al-Wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengambil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai Turki dan Parsi. Namun usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan Abbassiyaah. * Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbassiyah. Pada akhir kurun ke 9 Masihi kuasa khalifah semakin terbatas kerana banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi. * Perebutan kuasa antara putera-putera Al-Mutawakkil mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan Abbasiyyah * Kegawatan ekonomi hasil rusuhan dan pemberontakan yang sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan Abbasiyyah. Para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan. * Perselisihan aliran fahaman keagamaan. Pemberontak dari golongan Syiah dan Khawarij sering menggangu pentadbiran kerajaan Abbasiyyah. Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja. * Serangan dari luar oleh musuh-musuh utara (Gorgia dan Arminia), barat (tentera salib) dan timur (kerajaan Monggol) . Banyak kawasan Islam diserang serta umat Islam dibunuh dengan kejam. Pecahan kawasan-kawasan kecil menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyyah.

(Peta empayar Abbasiyyah)

IKTIBAR DAN CADANGAN

Sesungguhnya sangat penting untuk kita mengkaji dan memahami faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun khususnya tamadun Islam. Kita seharusnya mengambil iktibar berdasarkan kisah lalu agar kita dapat mengambil tindakan sewajarnya apabila berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Berikut merupakan antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat Islam hari ini untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam pada suatu masa dahulu :

1. Tumpuan dalam pembangunan nilai masyarakat yang mempunyai roh Islam.
Nilai Islam yang subur merupakan benteng kejatuhan sesuatu tamadun. Seperti yang kita lihat di Malaysia, kita dihadapkan dengan keruntuhan akhlak, kemunduran akademik, dan kejatuhan ekonomi. Jika pada hari ini ramai masyarakat yang berilmu tidak memiliki nilai Islam yang subur, maka umat Islam perlu bekerja keras dalam mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai dan roh Islam yang sejati.

2. Menghidupkan pelita dan budaya ilmu.
Pemimpin seharusnya memainkan peranan dalam usaha pembentukan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Rakyat tidak sepatutnya dilambakkan dengan konsert artis antarabangsa dan aktiviti-aktiviti yang jelas tidak membantu perkembangan minda dan jiwa masyarakat khususnya anak-anak muda kita. Hedonisme yang berlebihan akan merencatkan pertumbuhan sesuatu masyarakat seterusnya meyukarkan pembinaan tamadun itu sendiri. Seharusnya ia digantikan dengan aktiviti-aktiviti berilmiah yang mampu menjana nilai intelektual masyarakat di negara ini. Oleh itu pembangunan intelektual adalah sangat penting. Maka pemimpin umat Islam harus bersikap terbuka dan berlapang dada apabila dikritik dan ditegur oleh para ilmuwan kerana semuanya adalah untuk melihat yang terbaik di Malaysia tanpa ada unsur peribadi atau kepentingan politik. Para pemimpin, para ilmuwan dan rakyat perlu berganding bahu dalam usaha ini demi kesejagatan ummah.

3. Wujudkan kesatuan dikalangan umat.
Umat Islam di Malaysia harus mendukung agenda kesatuan sebagai misi utama kehidupan. Kita mengiktiraf perbezaan dikalangan umat, kerana Rasulullah s.a.w pernah menyatakan perkara tersebut. Namun perbezaan yang ada tidak pula boleh mencetuskan perbalahan. Kesatuan umat adalah penting untuk kita sandarkan ia kepada al-Quran dan al-Sunnah serta tidak membelakangkan prinsip Rukun Negara yang telah kita pegang semenjak tahun 1969. Jika dasar kesatuan ini berjaya dijulang, maka negara ini akan terus maju dengan jati diri dan roh Islam yang kuat dalam kalangan umat untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.

4. Peranan politik dan perundangan
Malaysia sebenarnya memerlukan pemimpin politik yang adil dan amanah untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia. Rakyat sebenarnya semakin matang dan bijak untuk menilai mana yang baik dan buruk. Maka sistem politik kita seharusnya sudah mencapai tahap matang setelah 56 tahun kita merdeka dan kita sepatutnya sudah cukup matang untuk meraikan perbezaan. Meski kita berbeza fahaman politik, namun apabila berbincang isu agama Islam, kita wajib bersatu dalam perkara yang akan menentukan kemaslahatan ummah. Apabila kita soroti sejarah umat Islam umpamanya di Andalusia, pernah berlaku pergolakan politik sehingga menyebabkan mereka berperang sesama sendiri disebabkan oleh hasad dengki dan perebutan kuasa. Akhirnya berlaku perpecahan dalam kalangan kerajaan Islam dan ia sebenarnya menjadi titik tolak kepada kejatuhan pemerintahan Islam.

5. Keseimbangan pembangunan material dan spiritual.
Dalam era serba moden ini, pembangunan menjadi kayu ukur kepada kemajuan sesebuah negara. Sepanjang tempoh 56 tahun yang lalu, negara kita mengalami pembangunan pesat dengan pembinaan beberapa monumen yang gah dan hebat dari segi struktur dan pembinaannya. Bidang kemajuan ini sememangnya tidak ditentang oleh Islam, sebaliknya umat Islam dianjurkan untuk menuju kejayaan. Tetapi bidang ini perlu disokong dengan aspek spiritual. Kegiatan-kegiatan ilmu mesti diberi ruang yang secukupnya kerana kebejatan sosial, keruntuhan akhlak dan moral masyarakat tidak boleh dijadikan sebagai gadaian untuk negara menikmati pembangunan sebegini.

6. Pengurusan ekonomi yang telus.
Negara yang maju pasti mempunyai sistem ekonomi yang teratur dan bersih untuk menjana pembangunan negara. Maka, pemimpin di Malaysia seharusnya bijak mentadbir dan menguruskan negara ini terutamanya dari aspek ekonomi. Ekonomi tanpa rasuah, cekap dan amanah merupakan kriteria sistem ekonomi yang baik. Namun, apabila kerajaan membuat keputusan untuk melabur jutaan ringgit terhadap sesuatu projek yang tidak memberi manfaat kepada negara, dan dikhuatiri berlaku ketirisan dalam perlaksanaannya, ia sebenarnya akan menekan rakyat di bawah pemerintahan tersebut. Dalam ketidakmampuan negara untuk membayar kos projek mega dan projek rakyat yang lain, ia akan mendorong kepada pengenalan dasar cukai yang tinggi yang membebankan rakyat atau dasar ekonomi yang tidak munasabah. Ini sememangnya suatu langkah yang dilihat tidak adil dan menzalimi rakyat. Impaknya ialah pemerintahan akan menjadi kucar-kacir seterusnya membantutkan perkembangan negara.

PENUTUP

Usaha mengembalikan kegemilangan tamadun Islam sememangnya bukan perkara mudah dan singkat, namun ianya tidak mustahil dan mampu dicapai asalkan umat Islam terus bersatu dan berusaha ke arah kejayaan. Teras penting dalam usaha tersebut adalah berdasarkan roh tauhid. Apabila umat Islam memahami dan menghayati erti sebenar tauhid, maka akan lahirlah wardah, iaitu kesatuan dikalangan umat Islam. Dalam pada itu, kita berada dalam zaman globalisasi dan teknologi yang pantas berkembang yang menuntut pendekatan yang lebih dinamik namun masih merujuk kepada perlembagaan Islam. Bagi umat Islam pula, seharusnya kita lengkapkan diri kita dengan ilmu ukhrawi yang mantap yang diharapkan akan menjadi pemangkin kepada lahirnya insan berprinsip yang akan mengembalikan ketamadunan Islam yang agung. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang tidak putus asa membangunkan tamadun Islam, kita juga seharusnya perlu kuat untuk terus mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.

BIBLIOGRAFI
Mohamad Nurhakim (2008), Jatuhnya Sebuah Tamadun : Menyingkap Sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Empayar Khalifa Islam, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Selangor.
Mustafa Hj. Daud (1991), Tamadun Islam, Utusan Publications, Kuala Lumpur.
Hasan Langgulung (2008), Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Similar Documents

Free Essay

Tamadun Islam

...2. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun kecuali: A Hayat penghidupan stabil yang panjang. B Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan dan meningkatnya penciptaan sains dan teknologi. C Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan anggota masyarakatnya. D Wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur dan sistematik. 3. Tamadun manusia secara tipologi dibahagikan kepada 4 ciri, pilih 4 ciri yang dimaksudkan:. I Tamadun Mistik. II Tamadun Intelektual. III Tamadun Materialistik. IV Tamadun berasaskan wahyu. A I, II dan III. B I, II dan IV. C I, III dan IV. D Semua di atas. 4. Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu, kelompok, masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan sebagai: A Toleransi peradaban. B Pertemuan peradaban. C Interaksi antara peradaban. D Pertembungan peradaban (the clash of civilization). 5. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun? I Kesengsaraan hidup. II Kemenangan di dalam peperangan. III Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni. IV Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu. A I, II dan III. B I, II dan IV. C I, III dan IV. D Semua di atas. 6. Salah satu daripada kenyataan berikut bukan merupakan sifat-sifat utama sesebuah tamadun. A Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang...

Words: 498 - Pages: 2

Premium Essay

Tamadun Islam

...ST. HRM PRESENTED TO: PROF: SOHAIL SALEEM PRESENTED BY: ADEEBA ASLAM SUNNA AHMED HIRRA PERVAIZ MCDONALD’S CORPORATE PROFILE McDonald's is the world's leading fast-food company by sales, with about 32,000 restaurants serving burgers and fries in about 120 countries. (There are nearly 14,000 Golden Arches locations in the US.) The popular chain is well-known for its Big Macs, Quarter Pounders, and Chicken McNuggets. Most of its outlets are free-standing units, but McDonald's also has many units located in airports and retail areas. PRODUCTS McDonald's is proud to offer a wide variety of high-quality, great tasting menu options. The restaurants offer substantially uniform menu consisting of hamburgers and cheeseburgers. The menu includes the following Big Mac Quarter Pounder with Cheese Filet-O-Fish Several chicken sandwiches French fries Chicken Mc Nuggets Salads Low-fat shakes, Mc Flurries Sundaes. Cones Pies Cookies Soft drinks as well as other beverages COMPETITION McDonald’s restaurants compete with international, national, regional and local retailers of food products. McDonald’s competes on the basis of: • Price • Convenience • Service, by offering quality food products. Its competitors include: • • • • • Burger King Wendy’s Hardees Taco bell and KFC ORGANIZATIONAL ANALYSIS       EXTERNAL ENVIRONMENT POLITICAL ECONOMICS SOCIAL/CULTURAL TECHNOLOGY LEGAL ENVIRONMENT • • • • • • • SWOT FRAMEWORK ANALYSIS STRENGTHS Leader in the Quick Service Sandwich Industry...

Words: 1670 - Pages: 7

Free Essay

Pengaruh Tamadun Islam Keatas Masyarakat Eropah

...MANAGEMENT COURSE CODE : SKP 2203 COURSE NAME : TAMADUN ISLAM & ASIA PROGRAM NAME : BBA DATE : 12 APRIL 2014 SEMESTER 1 TRISEMESTER 3 ASSIGNMENT SUBMITTED BY : 1. MAR BINTI MOHD NASIR EX03032 2. NURUL IZATI BINTI HAMZAH EX03027 3. NURUL AMALINA `ADANI BINTI MOHAMMAD EX03035 4. MOHD FIRDHAUS BIN SHAHARIM EX03057 5. MOHAMED AL-GADHAFEE ABDUL RAHIM EX03059 SUBMITTED TO : DR ARFAH AB. MAJID PENDAHULUAN Setiap tamadun mengalami graf kelahiran, kebangkitan, klimaks dan kejatuhannya tersendiri. Zaman kemunduran yang mereka alami tidak bermakna tiada tindakan susulan yang diambil. Ia bagaikan sebuah kitaran hidup di mana setiap kejayaan akan berakhir dengan kejatuhan dan mereka akan bangkit semula daripada kejatuhan dan akhirnya kemajuan dapat dikecapi semula. Begitu juga dengan sejarah Zaman Kegelapan Barat, di mana kemajuan Tamadun Islam merupakan titik tolak kemunculan semula kejayaan mereka. Berikut merupakan pengaruh dan sumbangan Tamadun Islam terhadap kebangkitan Zaman Kegelapan Barat. PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN TAMADUN BARAT 1) Faktor Islam itu sendiri Keadaan masyarakat Arab sebelum kemunculan Islam mempunyai persamaan dengan keadaan masyarakat Eropah pada zaman kemunduran mereka. Kezaliman politik, kejatuhan ekonomi, dan kesengsaraan rakyat merupakan persamaan yang sangat jelas jika dibandingkan secara keseluruhannya. Islam amat mementingkan penguasaan ilmu, peradaban dan membenci...

Words: 700 - Pages: 3

Free Essay

Sumbangan Pendidikan Dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa : Perspektif Islam

...SUMBANGAN PENDIDIKAN DALAM MEMPERKASAKAN TAMADUN BANGSA : PERSPEKTIF ISLAM Berdasarkan jurnal Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam karya Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf, pendidikan adalah aspek yang boleh membentuk nilai-nilai moral dan mampu juga membangkit kemusyikilan dalam kalangan masyarakat. Hal ini berbeza dalam pendidikan Islam, kewujudan kitab-kitab suci seperti Al-Quran, Al-Sunnah dan Hadith bukan digunakan untuk keimanan sahaja tetapi untuk mendidik dan memupuk kepentingan ilmu pengetahuan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dari perspektif Islam merupakan sesuatu ajaran yang luas skopnya, bersifat holistik, dan tidak sememangnya tegar atau sempit ajarannya yang difahami oleh sesetengah orang. Tambahan pula, pengajaran pendidikan Islam juga bertujuan untuk memantapkan pemikiran dan pandangan seseorang individu terhadap ajarannya serta akhlak masyarakat berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Jika umat Islam gagal menerapkan pendidikan Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka umat Islam tersebut mampu terjebak dalam lembah kehinaan. Jurnal ini juga telah memberi beberapa konsep,falsafah dan objektif pendidikan Islam. Antaranya ialah, pendidikan Islam adalah pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teori-teorinya dibangun untuk melaksanakan praktik pendidikan yang didasarkan kepada nilai-nilai Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Nabi (H.M Chabib Thoha, 1996:3). Jika ditelusuri, Al-Quran...

Words: 743 - Pages: 3

Free Essay

Sains Islam

...CETUSAN SAINS ISLAM Oleh Hafizah Iszahanid dan Nasron Sira Rahim Berita Harian Rahsia ilmu sains, teknologi dinyatakan dalam al-Quran terus dibongkar “BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1 hingga 5). Dimulakan dengan wahyu pertama daripada Al-Quran itu, dunia Jahiliyah yang menggambarkan kemunduran tamadun manusia dari segi sains, teknologi dan intelektual sekitar zaman Rasulullah SAW terus dipacu menuju ke puncak pencapaian. Berdasarkan teori dan asas pengetahuan pelbagai bidang yang termaktub dalam al-Quran, kajian demi kajian dipelopori umat Islam mewujudkan satu tamadun gemilang dari sudut ilmu, khususnya sains dan teknologi. Ketika al-Quran diturunkan, pelbagai fakta di dalamnya jelas masih asing di kalangan manusia ketika itu. Tiada siapa mengetahui hakikat kehidupan seperti tertera dalam al-Quran antaranya cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An'aam: 125). Berbekalkan maklumat daripada kalam Allah itu, umat Islam mula meneroka ilmu sains dan kegemilangannya memuncak pada adab ketujuh apabila umat Islam menunjukkan kecenderungan dan minat mengkaji serta mempelajari...

Words: 1325 - Pages: 6

Free Essay

Komunikasi

...UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ------------------------------------------------- 94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK ------------------------------------------------- FACULTY OF SOCIAL SCIENCES SSF 2014 RESEARCH METHODS RESEARCH PROPOSAL TAJUK: RUANG KOMUNIKASI SERTA BUDAYA PELAJAR LELAKI LEMBUT DAN PERSEPSI PELAJAR NORMAL DI UNIMAS DISEDIAKAN UNTUK PROF DR DIMBAB NGIDANG DISEDIAKAN OLEH MOHD NASHRIQ BIN NIZAM 37120 WA02 DUE DATE: 11 APRIL 2014 Isi Kandungan Tajuk | BAB 1PENGENALAN * 1.0 Pendahuluan * 1.1 Latar Belakang Kajian * 1.2 Penyataan Masalah * 1.3 Persoalan Kajian * 1.4 Matlamat Kajian * 1.5 Objektif Kajian * 1.6 Skop Kajian * 1.7 Kepentingan KajianBAB 2KAJAN LITERATUR * 2.0 Pengenalan * 2.1 Definisi Konsep dan Operasional * 2.2 Teori Kajian * 2.3 Hipotesis * 2.4 RumusanBAB 3KAJIAN METODOLOGI * 3.0 Pendahuluan * 3.1 Jenis Metodologi * 3.2 Pengumpulan Data * 3.3 Populasi Kajian * 3.4 Persampelan * 2.5 Instrumen Kajian * 2.6 Kawasan Kajian * 2.7 Skop Kajian * 2.8 Kod Etika * 2.9 Limitasi KajianRUJUKANAPPENDIX | BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Bahagian ini menerangkan tentang latar belakang kajian, persoalan kajian, pernyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Pada 18 Julai 2011, Mohd. Ashraf Hafiz telah menggemparkan tanah air dengan membuat permohonan untuk menukar status jantinanya kepada perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Dia dikatakan...

Words: 8224 - Pages: 33

Premium Essay

Islam

...Islam, which is today, one of the greatest religions of the world had its origin in Arabia in the seventh century. The doctrines of this faith were first proclaimed by Proclaimed by Prophet Muhammad under whose banner the scattered tribes of Arabia became a nation. Prophet Muhammad was born in A.D. 570 at Mecca in Arabia. From the beginning, Muhammad was absorbed in religion. He would often withdraw and spend days and night at a cave near Mt. Hira close to Mecca. Here he meditated and prayed. One night, as he was alone in the cave the angle Gabriel appeared to him and proclaimed Muhammad to be the messenger of Allah. He bade Muhammad to spread his faith among the people of Arabia. Muhammad accepted this as a true revelation from heaven and it encouraged him to now announce his mission. He openly announced himself as the prophet of Allah, ‘divinely commissioned to lead the Arab people to a new morality and a monotheistic faith’. Muhammad condemned the worship of many gods and idols, as was then prevalent amongst the Arab tribes. By doing so, he turned the Arabs and also his own tribesmen against himself. He was abused and stoned by them. Some Arabs got together to plan his murder. He took shelter in Medina. His flight to Medina with a group of followers on July 2, A.D. 622 is known as the Hijra and is regarded as the official beginning of the Mohammedan era. In Medina, Muhammad preached his religion and won many flowers. Muhammad said, “Allah is most great” and founded...

Words: 640 - Pages: 3

Premium Essay

Faith Diversity

...Faith Diversity We live in a multicultural society where we come in contact with various religions or denominations. To practice nursing competently, nurses need to be knowledgeable about various different faiths and be able to relate to patients of different cultures and faiths (Griffith, 2009). It is important for healthcare professionals and caregivers to understand faith diversity and their healthcare practices in order to provide them with holistically appropriate care (Griffith, 2009). The purpose of this paper is to discuss three types of faiths, Buddhism, Hinduism, and Islamic, as compare and contrast with Christianity, what their perspectives and components are on healing, and healthcare implications when providing care. Perspectives and Components on Healing Buddhism Buddhism originated from Asia. This is a philosophy based on Buddha’s life, “The Enlightened One” (SDH, n. d.). Buddha taught us that suffering arises from our craving and attachment, that we can free ourselves from these attachments through meditation, a path of wisdom, and morality (SDH, n. d.). According to the Buddhist philosophy, they believe in healing inwardly, that the individuals are responsible for their own wellbeing and the nature of living determines their health (Unknown, 2012). Suffering is optional. Health is an important aspect of Buddhism and they believe that the body is a temple, is sacred and should be well care for and respected. The body should be kept pure and should not have...

Words: 1794 - Pages: 8

Premium Essay

Ottoman vs. Spanish Empire

...Spanish Empire. During the building process of their empires, the Ottoman and the Spanish both developed many similarities in their political, social, and economic affairs. A similarity between these empires was that they both had some type of slave system. Even though they did have some things in common there were also many differences that were between these empires. Some differences between these two were that the Ottomans had the devshirme slave system and the Spanish had the encomienda system. The devshirme system was the practice in which the Ottomans recruited and then forcibly took Christian boys from their families and put them in Ottoman society. These Christian boys were called Janissaries. The Janissaries were converted to Islam and trained so that they could obtain a high position in society such as being a military leader or a high administrator. The reason for this system was that the Ottomans wanted to have the most able men trained to lead the empire. The encomienda system was a practice employed by the Spanish during the colonization of the Americas. It was used to regulate Native American labor. In this system, Spanish-Americans were given grants from Spain for which they had to take care of a certain number of Native Americans. These men that were given grants were instructed to teach the natives the Spanish language and convert them to Christianity. In return, these men were allowed to take tribute from the natives in the form of labor and gold. This system...

Words: 773 - Pages: 4

Premium Essay

The Abaya and the Women Beneath It

...de Souza Leão Jensen Cpr.nr. 170588-3218 Characters: 22. 050 Introduction Dubai is claimed by many to be the centre of the Middle East, and by some, of the world. Connecting many countries, continents, cultures and people Dubai is a very cosmopolitan place that combines old tradition and religion with modernity, innovation, pioneering and extravagance. From the old traditional souks to the new modern malls we see people from all over the world, dressed in many different ways. It is sometimes easy to spot where people come from, especially if they are wearing a traditional costume for their culture. The locals of Dubai and the surrounding Emirates are called Emirati and the official religion of the United Arab Emirates is Islam. The traditional dress of the Muslim woman from the UAE is the Abaya, a kind of maxi dress or robe, it is long, has long sleeves, it is loose fitting and in the UAE it is generally black and simple, it is made of very thin fabric to make it cool in the scorching summers of Dubai and the surrounding Emirates. Muslim women in different parts of the world wear different garments, but all with the same purpose, to cover the body and not show the shape of the body, but in Dubai there is a large number of women in the black Abayas. There is a great contrast between the tourists, wearing tank tops and shorts revealing a lot of skin, and the Muslim women covering up their entire body, and some even their faces. There are many misconceptions, assumptions...

Words: 3920 - Pages: 16

Free Essay

Religion Is the Cause of War

...Critical Thinking Paper Final Paper Critical Thinking – PHI 210 12/14/2012 Religions are the Cause of War Most religions are not complex in their beliefs. There is a God and his angels or a hierarchy of deities to get to God. There is a heaven and a hell of sorts that the person will go to when they pass on. Most times this depends on how you treated your fellow man or what you did to show God how you felt about him. It’s a no brainer really, the whole “Do unto others as you have them do unto you” or a form of this is in every religion. Then let’s not forget the Messiah or Prophet. Every religion has one. The messiah/prophet was sent by God; a form of himself as human to save humanity from their evil ways. In some religions he was born of the virgin and in others he did not get his calling until he was older. They are more than life and do no wrong. They go throughout the world helping the poor. A Robin Hood if you will; who took from the rich to give to the poor. Religions are rooted and grounded in tradition and give people something to believe in. A “Higher Power”. The “Higher Power” gives a sense of direction. The church through religion gives guidance on how to live our lives and be better people. Regardless of religion or sect, the church brings people together for understanding of the religion and to pray. The church plays an important and is very influential role in the way people live or conduct their lives (Erwin, 2012). With most religions...

Words: 1413 - Pages: 6

Premium Essay

Religious Life on Planet Earth

...That the person from another planet has an idea of what religion is in his or her understanding The person is able to distinguish religious person from a non religious person based on practices that he or she may display There is some reference to the person’s practice ie; text, documents, books etc. The person should be able to communicate or explain as to what his or religion is or is about Examples of behaviors or beliefs that one may observe based on the aforementioned criteria. Distinguishable behaviors from the status qou or norm. The person from another planet should be able to visibly see the differences in one externally almost immediately, since this is one of the characteristics of religions in the world. For example, in Islam one can identified by the facial hair, in Buddhism, specifically Buddhist monks, one can see by the shaved head and dress and in Indian religions, a woman can be identified by the Cum-Cum on her forehead Communication and or expression A person of a religious persuasion or belief should have the capacity to discuss his or her...

Words: 978 - Pages: 4

Free Essay

Science and Religion

...Richard Bernal July 5, 2013 World Religions Professor McCormack Can Science and Religion Co-Exist We hear from different scholars and people that science and religion can co-exist and some says it cannot. I say that it can to a certain extent. I believe that science is what God wants us to know and he has helped us throughout the ages discover new things. We discovered that the Sun is the center of the Milky Way and that the planets revolve around it. We discovered that the Earth is round and that people will not fall off. New planets are being discovered and old planets becoming something else (poor Pluto). I will also explain why I believe that science and religion can co-exist to a certain point later on in the paper. According to Professor Ayala, “Science and religious beliefs need not be in contradiction if they properly understood. They cannot be in contradiction” (NPR, 2010 ). I have always asked myself, how did God created the Earth? I still ponder that. We know from the first book in the bible that God created the world on day one (whatever that means in God years). So what if science has a few theories on how it happened. What if science may be on the right track into figuring it all out? In this case I do believe what Professor Ayala said that religion and science does not need to be in contradiction for as long as they are understood. Now here is my issue, the origin of life. Professor Ayala explains that religion tells us how to get to heaven but science...

Words: 459 - Pages: 2

Premium Essay

Religions

...Among the five great religions to which nearly nine-tenths of present-day humanity belong, Buddhism and Christianity have been the most frequent subjects of comparison. And rightly so. Because, together with Islam, and unlike Hinduism and Chinese universism, they are “world religions,” that is to say, forms of belief that have found followers not merely in a single though vast country, but also in wide regions of the world. Buddhism and Christianity, however, differ from Islam in so far as, unlike the latter, they do not stress the natural aspects of world and man, but they wish to lead beyond them. A comparison between Buddhism and Christianity, however, proves so fruitful mainly because they represent, in the purest form, two great distinctive types of religion which arose East and West of the Indus valley. For two millennia, these religious systems have given the clearest expression of the metaphysical ideas prevalent in the Far East and in the Occident, respectively. The similarities between these two religions extend, if I see it rightly, essentially over three spheres: (1) the life history of the founder; (2) ethics; and (3) church history. 1. The biographies of Buddha and Christ show many similar features. Both were born in a miraculous way. Soon after their birth, their future greatness is proclaimed by a sage (Asita, Simeon). Both astonish their teachers through the knowledge they possess, though still in their early childhood. Both are...

Words: 615 - Pages: 3

Free Essay

Asasa

...Chapter: 1 Introduction 1. Introduction As mandatory requirement of the Bachelor of the Business Administration (BBA) program under Eastern University, this report entitled – “Business Strategy”, a study on Fareast Islamic Life Insurance Co. Ltd. Insurance is a growing business in Bangladesh and has more and more scope to develop the economy of Bangladesh. In this report, we have tried our best to introduce the company and show their background, company policies, financial condition, performance and various analyses. 1.2 Objectives of the Study The report is the part of the Insurance sector that we are studying in our BBA course. The objective of the report is to present the practical view about the “Insurance Practices in Bangladesh”, that provides facility to the ends of the Individuals and to transform our modern social order. 3. Scope of the Study The scope of this report is limited to overall description of the company, its services and its financial performance analysis. The scope of the study is limited to organizational setup, functions and performance. Since FILIC is still its growth stage in Bangladesh; it has go to long way to achieve its destination. The report will mainly focus on what criteria FILIC maintaining before insuring and their claim settlement process. The will also emphasize on the financial ratios. 1.4 Methodology of the Study Selected Subject Matter We have...

Words: 5704 - Pages: 23