Free Essay

Uuuuu

In:

Submitted By Pikot
Words 8462
Pages 34
Ciri Remaja Berwawasan

Dewasa kini, Malaysia semakin bergerak maju seiring peredaran global. Namun, malangnya, aset utama negara iaitu remaja, kian musnah dek kerana dadah durjana. Sugguhpun begitu, Malaysia masih mempunyai permata berkualiti untuk dijadikan idola contohnya, para peserta Imam Muda yang sangat berkaliber dari segi semua aspek.

Antara ciri remaja berwawasan ialah cinta dan sayang akan ilmu pengetahuan. Remaja yang bermatlamat sangat mementingkan ilmu kerana akan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, darjat seseorang yang berilmu sangat tinggi di sisi Maha Pencipta, malah dengan ilmulah Islam dapat dikembangkan dan terbentuknya tamadun. Golongan remaja cemerlang ini juga berpendapat bahawa dengan memiliki pendidikkan yang tinggi, masa depan dapat diubah.

Di samping itu, untuk mengesan identiti remaja berwawasan, kita dapat lihat, mereka sangat berdisiplin dan menepati masa sesuai dengan kata pujangga, masa itu emas. Mereka tidak leka dengan perkara yang sia-sia seperti merokok, melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri.

Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah banyak mengasuh, mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam menempuh onak duri kehidupan.

Akhir sekali, patuh pada ajaran agama merupakan ciri remaja berwawasan yang sangat dititikberatkan. Remaja berjaya adalah remaja yang sentiasa berakhlak mulia dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka sentiasa mentaati perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tambahan pula, menjadikan Rasullulah s.a.w sebagai ikon dan mempraktikkan sunahnya akan dapat melahirkan remaja berintegriti tinggi.

Kesimpulannya, remaja berwawasan merupakan tunjang utama kejayaan negara dan pemimpin masa akan datang. Oleh itu, sama-samalah kita sebagai golongan remaja berusaha menyemai ciri-ciri remaja berwawasan untuk mengharumkan nama keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Kebaikan Menyertai Aktiviti Sukan Lasak
Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah.
Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.

Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi atau diperingkat sekolah seperti kata peribahasa “ kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya “. Untuk berjaya dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke – 24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 – 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin Ruslan, iaitu pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu pelumba muda dari Kuala Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.

Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004 anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan Zahara Ma’saunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gangsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, ”dikatakan sukan ini melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat.” Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari sekarang.

Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan “Melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Usaha Membantu Meningkatkan Taraf Hidup Golongan OKU
Dalam kerancakan masyarakat sarwajagat bergerak seiring bayang-bayang pemodenan, kebajikan golongan kurang berupaya semakin mendapat perhatian orang ramai. Walaupun golongan kurang berupaya mempunyai kecacatan minda, anggota badan, deria, dan sebagainya, namun, golongan ini mempunyai hak yang sama rata dengan manusia biasa dan dengan bantuan orang ramai, insan-insan istimewa ini dapat menjalani kehidupan secara berdikari seperti masyarakat konvensional. Oleh itu, kita sebagai masyarakat yang prihatin dan penyayang patut mengambil prakarsa untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini.
Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) seharusnya diberi peluang dalam bidang kerjaya. Bengkel,kursus dan latihan kemahiran serta pertukangan patut diberikan oleh kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya golongan kurang upaya dapat menyara hidup sendiri. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan yang lain berperanan dalam memastikan golongan ini mendapat hak pekerjaan yang sama rata dengan orang lain. Tambahan pula, majikan Orang Kelainan Upaya (OKU) Harus menghormati hak pekerja mereka melalui penyediaan kemudahan, pembahagian tugas secara adil dan pemberian ganjaran dan insentif.Kesannya, taraf hidup golongan kurang upaya ini dapat ditingkatkan.
Selain itu, manhaj lain yang dapat kita aplikasikan untuk menjaga kebajikan insan istimewa ini adalah dengan menyediakan kemudahan khas di tempat awam. Kontraktor-kontraktor perlu mempertimbangkan keperluan Orang Kurelaaya (OKU) semasa membina perhentian bas, kompleks membeli-belah, bangunan pejabat dan sebagainya. Kemudahan seperti tandas khas, tempat meletak kereta khas dan tempat duduk khas perlu disediakan untuk memudahkan golongan masyarakat ini. Misalnya, di Brickfields, Kuala Lumpur, laluan pejalan kaki khas telah dibina untuk memudahkan pergerakan orang buta. Oleh itu, secara tegasnya, kemudahan khas perlu disediakan untuk memelihara hak golongan kurang berupaya.
Seterusnya, kemudahan dalam pendidikan amat diperlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini demikian kerana dengan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan ilmu, golongan ini dapat menempuh kehidupan yang berliku-liku dan serba mencabar ini. Penubuhan sekolah pendidikan khas di seluruh pelosok negara telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk ibu bapa menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah. Dengan kurikulum khas, pelajar-pelajar istimewa ini akan dapat berkomunikasi dengan orang lain melalui bahasa isyarat. Perkara ini secara langsung akan melahirkan masyarakat kurang berupaya yang berilmu, berketerampilan dan berjaya.
Di samping itu, taraf hidup golongan istimewa ini dapat ditingkatkan dengan bantuan kewangan. Bantuan kewangan ini amat diperlukan oleh sebahagian daripada mereka untuk mendapatkan keperluan asas untuk keluarga, menyara perbelanjaan pendidikan anak-anak dan sebagainya. Selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai perlu bermurah hati dan ikhlas dalam memberi sumbangan kepada mereka. Hal ini demikian kerana tuhan telah menanugerahkan kita dengan kecergasan anggota serta kesihatan minda dan kita bertanggungjawab membantu individu-individu yang memerlukan bantuan kita.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai uslub yang dapat kita usahakan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Usaha kerajaan Malaysia untuk untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara atas angin tidak akan berjaya tanpa kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, termasuklah golongan kurang berupaya. Justeru, bersama-samalah kita menghulurkan bantuan kepada individu-individu yang kurang bernasib baik agar nusa tercinta kita akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Cara Menyayangi Sekolah

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika murid-murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah masing-masing. Pada pendapat saya, pelbagai cara boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah.

Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak merosakkan harta benda yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas, telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama dengan murid-murid lain selain memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika murid-murid melakukan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah tentu akan merugikan kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain terpaksa diambil untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai buktinya, YB Dr. Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan bahawa menjaga harta benda sekolah dengan baik merupakan cara yang boleh ditunjukkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah.

Selain itu, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang sempurna. Segelintir murid menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah untuk menyekat kebebasan mereka sebagai orang muda. Mereka menganggap jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian adalah salah kerana peraturan yang digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh. Peraturan yang dirangka oleh pihak sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta mengelakkan murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar di akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes tersebut secara tidak langsung telah menggelapkan masa depan murid dan pada masa yang sama telah mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan supaya nama baik sekolah dapat dijaga sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah.

Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca mata komuniti. Sekolah lain akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Lebih manis lagi, sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian atas kejayaan yang diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili negara ke Cape Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi telah menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu menyebabkan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan cara menaikkan nama sekolah.

Kesimpulannya, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana kejayaan seseorang adalah bermula daripada seorang guru sekolah.

Langkah Memajukan Sukan Negara

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.

Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Kepentingan Sukan

Kata Charles Swindoll, “Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam semangatnya kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal, tetapi ialah orang yang masih tetap maju ke depan sungguhpun menempuh kegagalan”. Kata-kata di atas segaja dipetik untuk membuktikan bahawa atlet Malaysia walaupun sering kecundang di pentas antarabangsa, tetapi boleh maju jika ada kesungguhan untuk meraih kejayaan. Sesungguhnya kejayaan dalam bidang sukan amat penting kepada diri sendiri dan juga negara. Oleh itu, tiada sebab mengapa kita harus bersikap negatif terhadap sukan, sedangkan banyak faedah yang boleh diperoleh apabila melibatkan diri dalam bidang sukan.

Apakah kepentingan sukan kepada seseorang? Sebenarnya sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan. Senaman mampu menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh menyebabkan lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga. Aktiviti sukan dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. Dengan ini, merka yang aktif dalam sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes, seperti kata pepetah “otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat”.

Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan pemain daripada pelbagai kaum mampu mewujudkan perpaduan kaum. Ketika pertandingan dijalankan, mereka akan mempunyai satu misi untuk mengharumkan nama sekolah, negari, ataupun negara tanpa memikirkan warna kulit. Sukan mampu mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian dalam bidang sukan menyebabkan nama Malaysia terukir di pentas antarabangsa. Dengan mengambil contoh kejayaan Mohd. Hafiz Hashim yang menjadi juara Seluruh England dalam permainan badminton pada awal 2003 menyebabkan nama negara disebut-sebut. Sebelum ini tidak ramai masyarakat dunia yang mengenali Malaysia. Tetapi dengan sukan, mata masyarakat dunia seakan-akan mula terbuka. Dalam jangka panjang keyakinan mereka bukan sahaja kepada sukan, tetapi dalam bidang-bidang lain seperti pelancongan dan perindustrian.

Sukan boleh mengatasi pelbagai masalah sosial. Sejak akhir-akhir ini, masyarakat didedahkan dengan masalah remaja yang suka melepak, bohsia, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme. Memang banyak faktor yang memungkinkan masalah ini berlaku. Tetapi yang paling jelas, masalah ini berpunca daripada remaja yang tidak tahu memanfaatkan masa yang terluang. Jika merka meminati aktiviti sukan, masa yang terluang selepas habis sekolah atau bekerja, mereka akan ke gelanggang permainan. Selepas selesai mengikuti sesi permainan, badan sudah letih dan malam pun telah tiba. Jadi, tiada ruang untuk berfikir untuk bertemu rakan-rakan yang suka melepak.

Sesungguhnya diri sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan. Jangan sesekali mengikutkan hati mudah. Daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah, lebih baik memanfaatkan masa dengan bersukan.

Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan

Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.

Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula.

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong.

Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama.

Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.

Kepentingan Industri Pertanian

Pascakemerdekaan negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia begitu dikagumi oleh masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka, negara cili padi ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Jika kita menelusuri liku-liku sejarah, pasti kita dapat menemui catatan tentang kegiatan pertanian yang dijalankan pada zaman nenek moyang kita. Industri pertanian bagaikan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana mampu bertahan untuk berabad- abad lamanya. Walaupun begitu, untuk memajukan lagi industri ini, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian negara kita?

Peranan pusat-pusat penyelidikan dalam memajukan industri pertanian tidak dapat diperkecil. Penyelidikan terhadap tanaman wajar dilaksanakan untuk menghasilkan baka yang berkualiti . Baka yang dihasilkan ini mempunyai ketahanan terhadap serangan serangga perosak dan cepat tumbuh. Sebagai contohnya, benih padi seperti Bahagia dan Malinja yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dapat mencapai kematangan dalam tempoh yang singkat. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pula berjaya membiakbakakan Klon 600 yang bermutu tinggi. Minyak sawit yang tulen dan berkualiti merupakan hasil usaha Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM). Selain itu, pihak penyelidik juga berjaya mencipta teknik pengklonan. Melalui cara ini, tanaman dapat dibiakkan dengan jumlah yang besar dalam masa yang singkat. Pusat-pusat penyelidikan di Malaysia juga harus mengadakan usaha sama dengan negara-negara jiran agar faedah yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Sikap tolong-menolong bagaikan aur dengan tebing wajar dipraktikkan untuk mendapatkan baka yang terbaik. Malahan, saintis persendirian juga harus ditawarkan ganjaran yang lumayan oleh kerajaan jika berjaya menemukan cara penanaman tanaman yang paling berkesan. Tuntasnya, pusat-pusat penyelidikan harus bersikap seperti genggam bara api, biar sampai jadi arang dalam menemukan teknik mencipta klon yang bermutu.

Di samping itu, kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan pendapatan para petani. Antara punca utama ramai belia dan beliawanis pada era moden ini tidak berminat menceburi industri ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa sektor pertanian tidak menyajikan pulangan yang lumayan. Oleh sebab sesetengah tanaman seperti getah mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar, hasilnya hanya dapat dinikmati setelah menanti dalam tempoh yang panjang. Penglibatan dalam sektor pertanian juga mewajibkan kegigihan dan komitmen secara berterusan untuk memelihara tanaman dengan baik. Justeru, untuk menarik minat muda-mudi menceburi bidang ini, langkah segera perlu diatur untuk meningkatkan pendapatan petani. Sebagai contohnya, para petani harus diberikan bantuan subsidi dan pelbagai insentif. RISDA memberikan pekebun-pekebun kecil getah bantuan teknikal dan khidmat nasihat tentang kaedah penanaman yang baik. Sementara, Bank Pertanian pula menawarkan pinjaman kewangan kepada golongan petani untuk mendapatkan modal asas. Industri pertanian yang baru berkembang harus dikecualikan daripada pembayaran cukai agar hasilnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengusaha untuk beberapa tahun. Usaha memberikan pengiktirafan dalam bentuk Anugerah Peladang Jaya dan hadiah wang tunai kepada petani yang berjaya haruslah dipuji. Strategi seperti ini turut menyumbang perkembangan ekonomi negara melalui pengeksportan tanaman dalam jumlah yang besar. Langkah ini akan menyebabkan petani lain mempunyai aspirasi untuk berjaya, sekali gus mengambil langkah membesarkan ladang masing-masing. Jelaslah, peningkatan pendapatan golongan petani untuk mengelakkan mereka daripada hidup bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang adalah perlu untuk mengembangkan sektor pertanian.

Para petani juga memikul tanggungjawab untuk mempelbagaikan hasil ekonomi mereka. Tanaman selingan perlu diusahakan untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber utama. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan risiko menanggung kerugian yang besar seperti yang terjadi apabila Amerika Syarikat melancarkan kempen antiminyak kelapa sawit pada masa minyak kelapa sawit menjadi eksport utama negara. Antara langkah yang dapat diambil oleh pihak petani ialah menanam tanaman koko sebagai tanaman selingan di samping tanaman kelapa sawit sebagai tanaman utama . Tindakan ini ibarat peribahasa sambil menyelam minum air. Hal ini disebabkan penanaman koko bukan sahaja menambahkan pendapatan para petani malah membantu mengembalikan garam mineral. Selain itu, walaupun tembakau Malaysia tidak mendapat permintaan luas, para petani hendaklah mengusahakannya sebagai langkah berjaga-jaga. Khidmat nasihat dapat diperoleh daripada Lembaga Tembakau Negara. Para petani yang tinggal di kawasan pantai dan memiliki kawasan tanah terbiar yang berpasir dan bersaliran baik dapat menanamnya dengan tebu. Tindakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan pengimportan gula, kerana gula tempatan hanya mencukupi untuk memenuhi sebanyak 10 peratus daripada keperluan penduduk. Nyatalah langkah mempelbagaikan tanaman dapat menghasilkan variasi dan dijadikan sebagai persediaan sekiranya harga tanaman utama jatuh merudum, bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

Selain itu, golongan petani dan kerajaan perlulah menggembleng tenaga untuk merangka strategi pemasaran hasil pertanian yang berkesan. Hal ini disebabkan tiada gunanya kita mendabik dada memiliki hasil tanaman yang banyak sedangkan kita tidak tahu cara memasarkannya.Sebagai contohnya, para petani dapat memperoleh panduan penting daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) tentang teknik pemasaran yang berkesan. Kerajaan dapat menganjurkan pasar tani dengan mengumpulkan para petani dari desa-desa di seluruh negara untuk menjual hasil tanaman di bandar-bandar besar. Tindakan ini pasti menguntungkan kerana warga kota yang memerlukan tanaman segar dan berkualiti pasti membeli hasil pertanian yang dijual secara borong. Selain itu, kerajaan dapat mengeksport hasil tanaman ke negara-negara lain , terutama negara yang ekonominya bukan berasaskan pertanian. Rakyat di negara tersebut pasti sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Namun begitu, para petani tidak bolehlah lupa diri dan mengenakan harga yang terlalu tinggi seperti menahan lukah di pergentingan kerana tindakan ini akan memusnahkan kepercayaan pelanggan. Jelaslah, strategi pemasaran yang baik dan harga hasil tani yang munasabah penting untuk memartabatkan sektor pertanian.

Di samping itu, agensi pelancongan dan para petani perlulah bekerjasama untuk merealisasikan kegiatan ekopelancongan. Para petani perlulah memastikan kawasan ladang mereka bersih, bebas daripada pencemaran dan penuh dengan pohon-pohon yang menghijau. Chalet-chalet kecil dapat dibina di kawasan berhampiran tanpa mengubah landskap asal. Agensi pelancongan perlu menawarkan pakej ekopelancongan kepada pengunjung dari luar negara. Pelancong asing, terutamanya golongan yang berasal dari bandar pasti berminat untuk melawat kawasan ekopelancongan untuk membebaskan diri daripada kesesakan hidup di kota. Di sini, mereka dapat menikmati keindahan semula jadi dan menimba pengalaman yang tidak ternilai harganya. Kehadiran mereka langsung tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan terhadap golongan petani. Mereka menjalankan tugas harian seperti biasa dan hanya perlu memberikan sedikit penerangan kepada para pelancong yang datang. Pelancong bebas menikmati buah-buahan tempatan yang begitu lazat dan manis, di samping menghirup udara yang segar. Apabila pulang ke negara asal, para pelancong akan menguar-uarkan pengalaman dan layanan baik yang diperoleh. Langkah ini merupakan bentuk pengiklanan secara tidak langsung kerana hal tersebut akan mendorong pelancong lain untuk datang. Kesannya, pendapatan para petani akan terus meningkat dan keenakan hasil tani Malaysia tersohor di seluruh dunia.

Lantaran itu, semua pihak berwajib perlulah memikul dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil, seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara berterusan, tidak seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Oleh itu, kita perlulah memasang iltizam untuk memartabatkannya ke peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, kita mampu untuk melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kepentingan Perpaduan Kaum
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Kepentingan Berjimat-cermat
Dasawarsa ini, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita.

Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.

Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang

Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.

Usaha Menggalakkan Masyarakat Membeli Barang Buatan Malaysia

Sebagai negara yang maju dan membangun, Malaysia sebenarnya telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk serta barangan sendiri atas hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan yang ada di Malaysia, yang kualitinya setanding dengan barang luar negara, malah kemungkinan besar lagi baik daripada produk luar negara. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan, dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Maju” dalam semua aspek termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Produk Malaysia telah miniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah banyak produk Malaysia yang telah dihasilkan. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian.

Terdapat pelbagai cara untuk menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Strategi yang utama ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah rakyat masih mengagungkan barangan luar negara, selagi itulah produk di negara kita dibarat ‘katak bawah tempurung’. Apabila kita mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada kebanyakan pihak. Pertama, menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Kedua, akan mengelak aliran keluar wang negara ini.

Pengguna tidak boleh disalahkan juga, kerana mereka tidak mendapat maklumat yang lebih mendalam untuk membezakan produk Malaysia dan produk import. Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. Senarai bahan itu boleh diedarkan melalui media massa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat yang berkenaan. Pengguna perlulah diberikan maklumat mengenai barang buatan tempatan bagi membantu usaha kerajaan untuk mengelakkan kejatuhan ringgit Malaysia.

Selain itu, mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barangan buatan tempatan kepada seluruh rakyat bagi membantu negara dalam sektor ekonomi. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan mempromosikan semua jenis produk buatan tempatan. Kempen ini haruslah diperluaskan keseluruh negara, terutamanya negara yang maju. Justeru, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.

Pihak kerajaan dan agensi swasta perlu memberi keutamaan yang lebih kepada barangan buatan Malaysia seperti produk berteknologi tinggi hasil tangan pencipta tempatan dan terus membuang rasa sangsi terhadap produk tersebut. Rakyat harus memberi peluang bagi pencipta tempatan ini, dengan membeli barangan tersebut dan sekaligus akan menaikkan barangan buatan tempatan tersebut.Institusi kerajaan dan swasta juga haruslah memberi peluang kepada barangan pencipta tempatan untuk berada di pasaran bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju, lebih berkualiti dan menaikkan nama produk Malaysia di persada dunia.

Tuntasnya, persepsi rakyat dan pemimpin berlu diubah dari segi mentaliti. Tidak perlulah kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendewa-dewakan barangan import, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, di Malaysia sudah ada barangan tersebut. Amatlah diharapkan supaya kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jikalau bukan kita rakyat Malaysia untuk menjulangkan produk buatan tempatan, adakah kita akan maju dan membangun? Selain itu, siapa lagi yang akan menjulangkan produk buatan tempatan ini?
Langkah Mengatasi Tanah Runtuh

Masalah tanah runtuh merupakan salah satu bencana alam yang biasa kita alami di Malaysia. Walaupun negara ini terselamat daripada bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami namun kita masih tidak mampu mengelak dari kejadian tanah runtuh. Hal ini membawa rasa bimbang kepada rakyat dan pihak pemaju kerana tidak ingin menanggung kos kerugian kesan daripada bencana tersebut. Oleh itu sebagai rakyat yang berpendidikan kita harus tahu bagaimana untuk mengenal pasti punsa berlakunya tanah runtuh. Pengetahuan ini penting agar kita dapat memikirkan langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah tanah runtuh.

Langkah utama yang wajar diambil untuk mengatasi masalah tanah runtuh ialah melalui pelaksanaan laporan penilaian kesan alam sekeliling (EIA). Setiap pemaju telah diwajibkan untuk menyediakan satu laporan EIA sebelum, semasa dan selepas aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi dijalankan. Laporan ini penting untuk memastikan setiap projek pembangunan yang dilakukan adalah menepati syarat-syarat penjagaan alam sekitar dari segi kecerunan, kawasan tadahan hujan serta pengekalan kawasan hijau. Langkah ini wajib bagi memastikan risiko berlakunya tanah runtuh dapat diminimakan bagi menjamin keselamatan penghuni bangunan dan rumah.

Langkah kedua yang boleh diambil bagi mengatasi masalah tanah runtuh ialah melalui kaedah penanaman tanaman tutup bumi. Sistem akar tumbuhan yang kompleks akan mencengkam dan mengikat butiran tanah di sesebuah cerun daripada dihakis-angkut dan diruntuhkan. Melalui kaedah ini kestabilan tanah bukan sahaja dipertingkatkan malahan lapisan daun-daun tumbuhan akan mengurangkan impak tenaga kinetik titisan air hujan yang turun dari mengenai terus ke lapisan permukaan tanah dan menghakis permukaan tanah. Langkah ini akan mengurangkan hakisan tanah terutamanya di cerun bukit.

Langkah yang terakhir yang boleh dijalankan ialah memperbaiki dan membina sistem saliran serta laluan air di permukaan cerun. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan air daripada mengalir dan menghakis permukaan tanah secara meluas dan terus-menerus. Pembinaan saliran dan laluan air ini penting agar air dapat disalurkan terus ke dalam longkang atau sungai. Dengan ini hakisan air permukaan dapat dikurangkan ke tahap yang minimum dan menjamin kestabilan cerun. Tambahan lagi, benteng juga boleh dibina di kaki cerun yang dikenal pasti sebagai tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Dengan ini kaki cerun tersebut perlu distabilkan dan diperkuat dengan sokongan buatan manusia untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku.

Kesimpulannya kejadian tanah runtuh dapat dielakkan sekiranya mendapat kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak pemaju. Pihak pemaju harus bersikap jujur dan amanah kerana sebarang kesilapan dalam pembinaan akan membawa bahaya kepada penghuni kawasan tanah tinggi. Pihak yang bertanggungjawab tidak harus hanya memikirkan keuntungan yang diperolehi daripada sesuatu projek pembinaan sebaliknya memikirkan keselamatan penduduk dan tidak harus bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas. Hal ini penting agar sebarang kemalangan jiwa yang disebabkan kejadian tanah runtuh dapat dielakkan pada masa hadapan.

Faktor Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih ramai pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalniya, ramai pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini, sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan di bandar atau desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kirakadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan, sarna ada menerusi media cetak seperti pamflet, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong aging. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam nenarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan )elancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak.

Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai pelancong iatang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam rnenarik pelancong. Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Harapan saya, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara jika diusahakan secara lebih profesional.

Kepentingan Membaca

Dewasa ini,terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari luar negara.Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat khabar,majalah,komik dan sebagainya.Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku.

Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan tersebut.

Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Nilai Murni Dalam Diri Remaja

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.

Kesimpulannya, semua masyarakat di negara ini perlulah tahu dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kepentingan bagi nilai-nilai murni yang wujud dalam diri kita. Selain itu, terdapat banyak juga langkah untuk mewujudkan nilai-nilai murni ini. Sebagai hasilnya, negara akan memiliki rakyat yang produktif dan berkualiti.

Similar Documents

Free Essay

Paper

...Gggg ggg gggg ggg ggggg gggg ggg ggg gggg ggggg ggggg ggg ggg gggg gg gg ggggg gggg ggggggg gg ggggg gggg gg gggggg gggg ggg ggg gg ggggggggg gg gggggggg gggggg ggg ggggggggg gggggg gg ggg gggg gggg gggg gggg ggggggg gggg ggg ggggg g gggg gggggg ggg ggg gggggg ggggggg ggggg ggg gg gg gg gggg ggggg ggg ggg ggg gg ggggg gggg gggg ggg gg ggggg ggg ggggg ggggg gggg ggg ggggg gggg gggg ggg ggg ggggggg gggg ggg gggg gggg ggggg uuu uuu uuu u uuu uu uuuu uuu u uuuu uuuu u uuu uuuu uuuu uu uuuu uu uuu uuuuu uuu uuu uuuu uuuu u uuuuu uuuu uuu uu uuuu uu uuuu uuu uuuu uuu uu uuuu uu uuuu uuu uu uuu uuuuuo iii iiiiiiii iiii iiiiii ii iiiiiii iiiiiii iiiiiii iiiiiiiii iii iiiiiii iiiiii iiiiiiiiiii iiiii iiiiiiiii iiiiii iiiiiiiii8hy8888888 8888888888 88888 88 888888 8888 888 888 88888 8888 8888 88888 88u55 5555 5555 55555 5 55555 55 5 555 55 555 55 555 55 55 5555 55555 555555 555 5555 5555555 555 55555555555 5555555555555555 555 5555 5555 5555 5555 55555 555 55555 55 5555 555 uuuuuu uuu uu uu uu uuu uuuu uuu uuuu uu uuuu uuu uuuuuu uuuu uuuuuu uu iuu uuuu uuuu uu uuuuuu I I iii iiiiiiiii I ii iiiiiii iiiii iiiii iiiii iiii I jk sj dlkjas aodj kladj a sakao dj ajd kle alajd ajoe akj ksa ado jsa asj d kiai ajdkl k kd fjka djk fa ajfkfdjka jd saj da f dj kadj sdj ksjd afjk...

Words: 260 - Pages: 2

Premium Essay

Problem Set 1

...differ, a good amount of a specific antibody can’t be made alone unlike monoclonal, it is less reliable, and the same sample can’t be guaranteed each time unlike the monoclonal which can bring similar clones months later. 3) The GFP-HDAC3 overlaps the DAPI where the nucleus is. This shows that HDAC3 is a nuclear protein. However, some deletions show that the nucleus has gone smaller while others show that the nucleus has gone larger. The goal of this experiment was to find out how the different portions of the protein affected localization in the cell. The experiment does show that there was a significant effect. 4) Sense: 5’ aagccccatcgcctggcattg 3’ Linker Loop: 5’ uucaagaga 3’ Antisense: 5’ caatgccaggcgatggggctt 3’ Poly U: UUUUU The goal of the knockout would be to see if the removed proteins had any effect on the function of the cell. The siRNA should be 30%-50% GC content, 21 bp in length, have a AA on the 5’ end, a linker, around 75 bp ds of the gene, and have a poly U tail. These conditions are satisfied but the GC content is slightly high. 5) Fold increase in HDAC3 mRNA gene in control vs experiment = 1488/151= 9.85 fold increase. Fold increase in the internal Actin control = 1058/479= 2.21 fold increase. Real fold increase of HDAC3 = 9.85/2.21= 4.46. 6) The threshold cycles are: 1L1-b con: 29, copy number = (-39.204 + 29)/-3.488= 2.93 1L1-b vit: 18, copy number = (-39.204 + 18)/-3.488= 6.08 RPLPO vit: 20, copy number = (-39.204 + 20)/-3.488= 5.51 ...

Words: 364 - Pages: 2

Free Essay

Computer Code

...[ROCKET LAUNCHER] [A C++ coding] Tenzin Kunsel T.C.V SCHOOL SELAQUI  P.O-SELAQUI DEHRADUN [ROCKET LAUNCHER] [A C++ coding] Tenzin Kunsel T.C.V SCHOOL SELAQUI  P.O-SELAQUI DEHRADUN Contents DEDICATION 1 ACKNOWLEDGEME ___________________________________________________________________2 CERTIFICATES 3 CODES 4 PHOTO 5 BIBLOGRAPHY _______________________________________________________________________6 This project is dedicated to all those digital world revolutionist and for my beloved country and the country man who is under the reign of the P.R.C govt ACKNOWLEDGEMENT I would like to express my special thanks of gratitude to my teacher B.tech Palden Tsewang as well as our principal Mr. Duke Tsering who gave me the golden opportunity to do this wonderful project on the Rocket Launcher, which also helped me in doing a lot of Research and I came to know about so many new things I am really thankful to them. Secondly I would also like to thank my parents and friends who helped me a lot in finalizing this project within the limited time frame. CERTIFICATE This is to certify that master Tenzin Kunsel of Class XII A has completed his project on time and Put a great effort in making this a successful one. Teacher sign. Invigilator sign. //KUNSEL & TSUNDUE //TERMINAL PROJECT //Username:foreverknight //pswd:rocket123 #include<iostream.h> #include<conio.h> #include<dos.h> ...

Words: 3260 - Pages: 14