Free Essay

Wawancara- Jpnin

In:

Submitted By sweesim
Words 351
Pages 2
Beliau menyatakan bahawa beliau pernah dengar tentang konsep ini dan tahu bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) merupakan agensi yang berusaha meningkatkan perpaduan, tetapi beliau tidak mendapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai usaha yang dilakukan oleh jabatan tersebut.

Pada pendapat Cik Chua, beliau menyatakan bahawa usaha JPNIN bolah dipergiatkan melalui publisiti. Publisiti tersebut boleh diadakan melalui media elektronik, seperti televisyen, radio dan internet. Beliau menyatakan bahawa iklan-iklan yang disiarkan di dalam televisyen dan radio boleh diteruskan kerana beliau berasa ia amat berguna dan membantu dalam mempergiatkan usaha JPNIN yang ingin meningkatkan perpaduan negara. Cik Chua juga menyatakan bahawa maklumat mengenai integrasi nasional yang disebarkan di internet juga membantu menyedarkan rakyat Malaysia ke arah mencapai perpaduan.

Bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat, Cik Chua bercadang untuk mengadakan ceramah berhubung perpaduan di sekolah-sekolah yang melibatkan semua kaum pelajar. Beliau menyatakan bahawa ceramah yang berkaitan dengan hubungan etnik, perpaduan antara kaum dan penjelasan budaya pelbagai kaum boleh diadakan pada Minggu Petriotisme yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di semua peringkat sekolah termasuk universiti juga dapat meningkatkan perpaduan antara pelajar yang berbagai kaum. Beliau telah memberi contoh seperti badan beruniform, iaitu pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain. Melalui badan-badan beruniform tersebut, pelajar akan terdedah dengan pengetahuan berkaitan dengan semangat bekerjasama dan saling membantu dalam aktiviti berkumpulan. Dengan itu, pelajar yang berbagai bangsa akan bergaul dengan rapat dan akhirnya lahirlah semangat perpaduan di antara satu sama lain.

Seterusnya, Cik Chua menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi memupuk semangat perpaduan seperti Barisan Nasional. Barisan Nasional merupakan gabungan daripada parti-parti yang terdiri daripada pelbagai kaum yang menduduk di Malaysia. Penyatuan parti-parti yang mewakili pelbagai kaum secara tidak langsung telah menyatukan hati rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan seterusnya mewujudkan keharmonian masyarakat. Cik Chua juga telah memberi contoh lain yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan, iaitu kerajaan telah menyediakan saham Satu Malaysia untuk dibeli oleh rakyat tanpa mengira kaum. Tindakan kerajaan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua kaum untuk memiliki saham Satu Malaysia.

Similar Documents