Free Essay

Isu Biah Dan Jemaah

In:

Submitted By najibkakros
Words 8380
Pages 34
1

Kefahaman Erti Jemaah Dari Hadis & Isu Bai’ah
Oleh
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
Sebelum kita memahami isu bai’ah, tuntutan dan kesannya, kita perlu memahami bai’ah itu diberi kepada siapa, iaitu Jemaah apa dan apa pula peruntukan syara’ terhadapnya. Memang benar, terdapat banyak hadis menyebut berkenaan keperluan melazimi Jemaah. Berikut adalah antara yang paling utama:1. Nabi bersabda :-

‫ً، أن ﺗﻌﺒﺪوﻩ وﻻ ﻛﻮا ﺑﻪ ﺷﻴﺌﺎً، وأن ﺗﻌﺘﺼﻤﻮا ﲝﺒﻞ ﷲ ﲨﻴﻌﺎً وﻻ ﺗﻔﺮﻗﻮا، وأن ﺗُﻨﺎﺻﺤﻮا ﻣﻦ وﻻﻩ ﷲ ﻛﻢ‬ʬ‫إن ﷲ ﻳﺮﺿﻰ ﻟﻜﻢ ﺛﻼ‬
‫أﻣﺮ‬
‫ﺗﺸﺮ‬
Ertinya : Sesungguhnya Allah redha tentang kamu pada tiga keadaan iaitu a) kamu tidak mensyirikan Allah swt dengan satu apapun. b) kamu berpegang dengan tali Allah dan tidak bercerai berai c) kamu menasihti mereka yang diangkat Allah menguruskan urusan kamu
(pemimpin). ( Riwayat Muslim)
Imam Al-Nawawi berkata:‫ﻟﻒ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺑﺒﻌﺾ، وﻫﺬﻩ إﺣﺪى ﻗﻮاﻋﺪ اﻹﺳﻼم‬ϖ‫ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ: "وﻻ ﺗﻔﺮﻗﻮا" ﻓﻬﻮ أﻣﺮ ﺑﻠﺰوم ﲨﺎﻋﺔ اﳌﺴﻠﻤﲔ، و‬
Ertinya : Kata-kata baginda “jangan berpecah” membawa erti suatu perintah melazimi jamaah muslimin, jinak hati satu antara lain dan ia merupakan salah satu dari tunjang asasi bagi Islam.1
Namun apakah maksud Jemaah yang dimaskudkan oleh Imam Al-Nawawi itu? Perkara ini akan dibincangkan selepas ini. Insha Allah
2. Diriwayat dari Umar al-Khattab bahawa baginda bersabda :

‫ﻛﻢ واﻟﻔﺮﻗﺔ؛ ﻓﺈن اﻟﺸﻴﻄﺎن ﻣﻊ اﻟﻮاﺣﺪ أﻗﺮب، وﻫﻮ ﻣﻦ اﻻﺛﻨﲔ أﺑﻌﺪ، ﻣﻦ أراد ﲝﺒﻮﺣﺔ اﳉﻨﺔ ﻓﻠﻴﻠﺰم اﳉﻤﺎﻋﺔ‬ʮ‫ﳉﻤﺎﻋﺔ وإ‬ʪ ‫ﻋﻠﻴﻜﻢ‬
Ertinya : Mestilah kamu menyertai Jemaah dan janganlah kamu berpecah, kerana Syaitan bersama yang berseorangan dan dengan dua orang ia lebih jauh, dan barangsiapa yang inginkan bauan syurga maka mestilah dia mentaati dan bersama Jemaah. (Riwayat al-Tirmidzi, hadis sahih)
3. Riwayat Huzaifah yang sedikit panjang, antaranya Huzaifah bertanya apakah nasihat baginda sewaktu nanti sampai zaman kemungkaran dan fitnah tersebar. Baginda menjawab :-

‫ﺻﻞ ﺷﺠﺮة‬ϥ ‫ﺗﻠﺰم ﲨﺎﻋﺔ اﳌﺴﻠﻤﲔ وإﻣﺎﻣﻬﻢ"، ﻗﻠﺖ: ﻓﺈن ﱂ ﻳﻜﻦ ﳍﻢ ﲨﺎﻋﺔ وﻻ إﻣﺎم؟ ﻗﺎل: "ﻓﺎﻋﺘﺰل ﺗﻠﻚ اﻟﻔﺮق ﻛﻠﻬﺎ، وﻟﻮ أن ﺗﻌﺾ‬
‫ﺣﱴ ﻛﻚ اﳌﻮت وأﻧﺖ ﻋﻠﻰ ذﻟﻚ‬
‫ﻳﺪر‬
Ertiya : taati dan pastikan dirimu bersama Jemaah dan pimpinannya… (Riwayat al-Bukhari)
1

Syarah Sohih Muslim

2

4. Riwayat Al-Nu’man Bin Bashir bersabda nabi saw :

‫اﳉﻤﺎﻋﺔ رﲪﺔ، واﻟﻔﺮﻗﺔ ﻋﺬاب‬
Ertinya : Al-Jamaah itu rahmat dan perpecahan itu azab.( Riwayat Abdullah Ahmad dalam Zawaid alMusnad ; hadis bertaraf Hasan)

5. Dari Mu’awiyah abi Sufyan bahawa baginda bersabda :

‫أﻻ إن ﻣﻦ ﻗﺒﻠﻜﻢ ﻣﻦ أﻫﻞ اﻟﻜﺘﺎب اﻓﱰﻗﻮا ﻋﻠﻰ ﺛﻨﺘﲔ وﺳﺒﻌﲔ ﻣﻠﺔ، وإن ﻫﺬﻩ اﳌﻠﺔ ﺳﺘﻔﱰق ﻋﻠﻰ ﺛﻼث وﺳﺒﻌﲔ، ﺛﻨﺘﺎن وﺳﺒﻌﻮن ﰲ اﻟﻨﺎر‬
‫ ﻋﻠﻴﻪ وأﺻﺤﺎﰊ‬ʭ‫وواﺣﺪة ﰲ اﳉﻨﺔ ﻫﻲ اﳉﻤﺎﻋﺔ". وﰲ رواﻳﺔ: ﻣﺎ أ‬
Ertinya : Ketahuilah ahli kitab sebelum kamu terpecah kepda 72 pecahan, manakala agama ini pula akan terpecah kepada 73 kumpulan, 72 darinya di dalam neraka dan haya satu di dalam Syurga iaitulah jamaah. 2 Dalam satu riwayat lagi disebutkan: “iaitu yang menuruti sunnah aku dan para sahabatku”3

6. Dari al-harith bin al-harith, bahawa nabi bersabda :-

ِ ِ
ٍِ َ َ
ٍ
‫ﻦ : اﳉﻤﺎﻋﺔُ ، واﻟﺴﻤﻊ واﻟﻄﺎﻋﺔُ ، واﳍﺠﺮةُ ، واﳉﻬﺎد ﰲ ﺳﺒﻴﻞ ﷲ ، ﻓﺈﻧﻪ ﻣﻦ ﻓﺎرق اﳉﻤﺎﻋﺔ ﻗﻴﺪ ﺷﱪ ﻓﻘﺪ‬đ ُ‫ ﻛﻢ ﲞﻤﺲ أﻣﺮﱐ ﷲ‬ʭ‫وأ‬
‫آﻣﺮ‬
‫ﱠ‬
ُ
ُ
ُ
ِ
ِ
، ‫ﺧﻠﻊ رﺑﻘﺔَ اﻹﺳﻼم ﻣﻦ ﻋﻨُﻘﻪ‬
ُ
Ertinya: Aku perintahkan kamu dengan LIMA perkara yang telah diarahkan oleh Allah swt : Al-jamaah, dengar dan taat, Hijrah, Jihad pada jalan Allah dan sesiapa yang memisahkan dirinya dari Jemaah walau sejengkal telah dia menrungkaikan ikatan Islam dari tengkuknya. ( Riwayat At-tirmizi : hadis hasan Sahih)

DEFINISI ‘JEMAAH’ DALAM HADIS.
Dalam memahami istilah ‘Jemaah’ yang tersebut di dalam hadis-hadis di atas, ulama telah berbeza ijtihad dalam menentukan secara spesifik akan erti ‘jemaah’ yang ternyata dalam hadis. Penentuan status ‘jemaah al-Muslimin’ ini penting kerana ia membawa pelbagai kesan sewaktu dicanggahi dan keluar darinya. Sebagaimana yang tersebut di dalam hadis dan perbahasan para ulama, antaranya seperti:1) 2)
3)
4)
5)
6)

2
3

Dianggap bughah bagi yang melawan.
Dianggap khawarij jika melawan dengan senjata.
Dianggap terkeluar dari Islam.
Mati jahiliyyah.
Berdosa
Tidak mendapat redha Allah swt.

Sunan Ibn Majah ; Hadis Sahih
Riwayat at-Tirmidzi, j 5, h. 26 ; Hadis Hasan

3

Secara ringkasnya, berikut beberapa ijtihad ulama silam berkenaan erti istilah jamaah dan sedikit ulasan ringkas berkenaannya4:1. Majoriti (sawad a’zom) yang dipegang oleh orang Muslim.
Komen: Namun pendapat ini masih kurang jelas ertinya, malah berisiko kerana seolah hanya menentukan kebenaran atas jumlah, sedangkan Islam di atas aqidah dan prinsip bukan majoriti.
Malah ia bercanggah dengan ayat surah Al-An’am : 116. Dari sudut aplikasi, jika majoriti adalah
Jemaah maka siapakah ketua bagi majoriti yang perlu seseorang memberikan ketaatan dan bai’ahnya?. Atas sebab itu, pandangan ini masih tidak menyelesaikan persoalan berbangkit khususnya di zaman ini.
2. Kumpulan imam-imam Mujtahid dan fuqaha;
Komen: Pendapat ini sesuai dari satu aspek iaitu dari sudut keperluan mengikuti ulama muktabar namun ia juga turut kabur kerana sukar ditentukan siapa yang layak menyandang gelaran mujtahid zaman ini ditambah pula suasana ilmu dan pengiktirafannya berbeza di zaman ini tidak seperti imam mujtahid di zaman silam. Selain itu, timbul pula persoalan bagaimana pula ingin berbai’ah dengannya dan memberikan ketaatan kepadanya?. Bagaimana pula jika terdapat lebih seorang ulama mujtahid dan berpengaruh pada satu-satu masa dan mempunyai kelompok dan pandangan berbeza, siapakah yang lebih layak? Tambahan pula, setiap kumpulan yang wujud di zaman ada juga yang mendakwa ulama dan mujtahid adalah dari kalangan ketua-ketua mereka namun tidak diiktiraf pula oleh sebahagian aliran yang lain. Atas sebab itu, pendapat ini masih samar dari sudut praktikaliti jika dilihat pada konteks zaman ini yang bercambahnya kesatuan yang dianggotai ulama di seluruh dunia. Pun begitu, boleh difahami dari huraian ulama silam, mereka meletakkan kumpulan ini sebagai ‘Jemaah’ sebenarnya adalah pada asas perlu mengikuti manhaj para ulama mujtahid ini, bukan pada bentuk fizikal berkumpulan.
3. Sahabat Nabi adalah jamaah ;
Komen: Pendapat ini boleh diterima namun di zaman tiada sahabat maka masih kabur siapakah yang menjadi Jemaah? Justeru, difahami dari pendapat ini, ia merujuk kepada jenis manhaj sesebuah Jemaah yang mestilah berada di atas Sunnah Nabi dan kefahaman para sahabatnya dan bukan bentuk fizikal Jemaah.
4. Kesatuan umat Islam apabila mereka bersatu dalam satu perkara ;
Komen: Pendapat ini telah diterima dalam fiqh sebagai Ijma’ namun ia tidak merawat keseluruhan kekeliruan pada makna jamaah di dalam hadis dan keperluan semasa. Umat Islam di zaman ini bersatu mengikut kelompok mereka dan adakalanya mengikut negara. Tidak dijelaskan dengan terang akan erti ‘perkara’ dalam pendapat ini.
5. Kesatuan umat Islam apabila mereka bersatu di di bawah pimpinan seorang ketua.

4

Al-Syatibi, Al-‘Itisom, j. 2, h 260 ; Ibn Hajar al-Asqolani, Fath al-bari, 37/13, Majmu’ al-Fatawa, Ibn taymiah, j 3, h
335

4

Komen: Pendapat ini jelas dan boleh diterima khususnya di zaman wujudnya khalifah, yang menguasai satu daerah atau negara atau zon serta mempunyai kuasa politik dan yang berkait dengannya. Namun begitu, sewaktu negara terbahagi kepada negara-negara dan masing-masing mempunyai pemimpin tersendiri, ia masih sukar difahami. Pendapat ini agak jelas merujuk kepada bentuk fizikal Jemaah berbanding yang lain.
Walaupun demikian, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada memberikan solusi dengan katanya:

‫وﰲ ﻏﻴﺎب اﻹﻣﺎم اﻷﻋﻈﻢ ) اﳋﻠﻴﻔﺔ( ﻳﻘﻮم ﻣﻘﺎم )اﻷﻣﲑ( أو )اﻟﺮﺋﻴﺲ( أو ) اﳌﻠﻠﻚ( أو ) اﳊﺎﻛﻢ اﻹﻗﻠﻴﻤﻲ( ﰲ ﻗﻄﺮ ﻣﻦ اﻷﻗﻄﺎر‬
..‫ﻹﻣﺎم ﻣﻦ أﺣﻜﺎم ﻳﻨﺘﻘﻞ إﱃ ﻫﺬا اﻟﺮﺋﻴﺲ اﻹﻗﻠﻴﻤﻲ , ﺣﱴ ﻻ ﺗﺘﻌﻄﻞ اﻷﺣﻜﺎم واﳌﺼﺎﱀ‬ʪ ‫, ﻓﺈن ﻣﺎ ﻧﻴﻂ‬
Ertinya : Tatkala ketiadaan Imam yang terutama (Khalifah) maka mengambil tempatnya selaku adalah Amir atau Ketua atau raja atau Ketua Setempat di mana-mana bahagian dari bahagian negara, dan apa sahaja hukum berkait dengan Imam akan berpindah kepada Ketua Setempat ini, ini perlu agar tidak terhenti hukum-hakam berkaitannya dan menjaga kemaslahatan awam.5

SEBELUM TARJIH
Sebelum tarjihan dilakukan, apa yang perlu difahami adalah kefahaman bagi sesebuah hadis sohih mestilah ditinjau dari jenis hadis dan konteksnya bagi benar-benar memahami maksud yang dikehendakinya. Ini adalah kerana begitu banyak jenis hadith yang secara langsung menyebut sesuatu hukum tetapi ia berbeza aplikasi hukum semasanya, di antaranya ia disebabkan oleh faktor berikut:a- Hadis yang dibina di atas uruf dan adat di ketika itu, dan boleh berubah menurut keadaan.
Sebagaimana hadith laknat Allah SWT atas tindakan "menyambung rambut untuk kecantikan serta mengubah ciptaan Allah "6. Dalam hal hadith ini terdapat ulama seperti Ibn ‘Asyur yang berijtihad mengatakan : "Menurut pandanganku, larangan ini adalah terkesan kepada keadaan
(uruf) di zaman Arab silam"7. Dr. Muhammad Abu Laith pula menyatakan "Terdapat benarnya kata-kata Ibn ‘Asyur dalam hal ini, kerana ulama tidak mengambil hadis tadi dalam bentuk umumnya sehingga berkatalah Ulama Syafie dan Hanbali: HARUS bagi wanita berkahwin untuk menyambung rambut dengan rambut yang bersih bukan kepunyaan manusia apabila mendapat izin suaminya" 8 b- Terikat dengan zaman tertentu yang berubah menurut zaman juga. Sebagai contoh hadith yang menyebut tentang timbangan adalah menurut timbangan ahli Mekah dan ‘mikyal' adalah menurut kiraan ahli Madinah.9 Dr Yusof Al-Qaradawi dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa dengan terang dan jelas menyebut bahawa hadith ini terikat dengan zaman dan kelebihan kepada

5

Fiqh Al-Jihad, Al-Qaradawi, cet : Dar al-Kutub al-Misriyyah, jil 2, h. 995

6

Riwayat Al-Bukhari, 4/1853 , no 4604
Maqasid As-Shariah al-Islamiyah, h. 228
8
‘Ulum al-Hadith, Dr Md Laith, hlm 366 ; Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 1/312 naqal dari Laith
7

9

Riwayat Abu Daud, 3/246 ; Sohih

5

timbangan dan kiraan ahli Mekah dan Madinah itu tidak bersifat tetap sehingga hari kiamat tetapi telah berubah kepada kiraan moden yang lebih mudah. 10 c- Dibina atas dasar menutup peluang dosa atau kerburukan dari berlaku; sebagai contoh, hadith larangan Nabi SAW dari menjatuh hukuman bunuh ke atas pelaku sihir yang mensihir Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam bernama Lubaid Al-‘Asom. Imam Ibn Hajar menyebutkan bahawa Imam
Al-Qurtubi berpendapat bahawa pelepasan dari hukuman itu dibuat kerana bimbang jika dijatuhkan hukuman bunuh kepadanya, maka akan menjauhkan orang ramai dari memasuki
Islam. 11 d- Dibina atas dasar maslahat tertentu yang berubah menurut zaman ; Sebagai contoh adalah larangan Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam dari melaksanakan hukuman potong tangan pencuri ketika musim peperangan.12. Sedangkan dalil jelas dari Al-Quran mengarahkan hukuman ini dilakukan, tetapi ia masih boleh disesuaikan waktu pelaksanaannya menurut maslahat bagi menepati Maqasid al-Shariah. Demikian juga kisah Sayyidina Umar al-Khattab yang mengubah cara Nabi yang biasanya membahagikan hasil kemenangan Islam di Khaybar kepada para pejuang. Dimana Umar al-Khattab di zaman pemerintahannya tidak mengagihkan tanah Sham,
Iraq dan mesir kepada para pejuang, sebaliknya mengekalkannya di tangan tuan tanah dan hanya mengenakan cukai tanah (Kharraj) sahaja. 13

Justeru, apa yang perlu difahami bahawa hadis-hadis berkaitan jemaah serta ulasan para ulama silam berkaitannya pasti terpengaruh dan berdasarkan situasi, keadaan serta sistem pemerintahan pada waktu terbabit. Mengambil kefahaman secara literal tanpa memahami maksud dan ciri-ciri khusus aljemaah yang dimaksudkan di zaman itu pasti akan merosakkan kefahaman sahih terhadap hadishadis.
TARJIHAN PANDANGAN TERKUAT
Hasil dari kajian pengkaji moden seperti Dr. Abd Rahman Soleh Mahmud14 dan hasil penelitian saya, keadah yang paling tepat dalam menentukan makna Jemaah itu tersimpul pada dua makna besar iaitu :1.

DARI SUDUT BENTUK FIZIKAL: Ia dalam bentuk seluruh atau majoriti umat Islam apabila mereka bersepakat duduk di bawah seorang pemimpin berdasarkan peruntukan syara’ serta mempunyai kekuasan atas rakyatnya. Tatkala itu wajib melazimi jamaah ini dan haram memberontak darinya selagi tiada kekafiran yang nyata (kufrun bawwah) dilakukannya.
Ini adalah pendapat yang PALING SESUAI dan sahih. Jelas, bentuk Jemaah yang dimaksudkan adalah ditujukan kepada khalifah kepada kerajaan Islam (Khilafah Islamiah). Apabila telah sahih penentuan jamaah, barulah timbul persoalan kewajiban bai’ah dan kesan bai’ah serta

10

Kayfa Nata'amal Ma'a As-Sunnah, hlm 147 ; Fatawa Az-Zarqa
Fath al-Bari, 1/231 ; rujuk pelbagai contoh lain dalam Ulum Al-Hadith oleh Dr. Md Abu Laith, h 373
12
Riwayat at-Tirmidzi, no 1450 ; Tirmidzi : Hasan Gharib
13
Rujuk al-Mughni, 4/189
14
Abd Rahman Soleh, Mawqif Ibn Taimiyah, Maktabah al-Rushd, Riyadh, 1995, h 31
11

6

pelanggarannya. Tanpa khalifah, peruntukan berat yang disebut dalam hadis semuanya tidak sabit.
Banyak bukti dan qarinah yang menyokong pendapat ini antaranya :a. Hadis nabi saw:-

‫إذا ﺑﻮﻳﻊ ﳋﻠﻴﻔﺘﲔ ﻓﺎﻗﺘﻠﻮا اﻵﺧﺮ ﻣﻨﻬﻤﺎ‬
Ertinya : Apabila telah dibai’ah kepada dua orang khalifah, maka lawanlah (jatuhkan hatta bunuh) yang lain daripada keduanya. (Sahih Muslim)
Dari hadis itu, jelas berbai’ah kepada khalifah adalah wajib bahkan seorang sahaja yang boleh dilantik pada satu-satu masa. Justeru, mana-mana amir Jemaah NGO dan parti politik yang gagal mempunyai kuasa kenegaraan adalah terkeluar dari kelayakan dan erti hadis-hadis Jemaah dan bai’ah wajib, disebabkan ia khusus kepada seorang khalifah dengan peruntukan syara’.

b. Hadis Nabi sallah allahu ‘alaihi wasallam:

‫ﻛﻢ و ﻛﻢ ﲨﻴﻊ ﻋﻠﻰ رﺟﻞ واﺣﺪ ﻳﺮﻳﺪ أن ﻳﺸﻖ ﻋﺼﺎﻛﻢ أو ﻳﻔﺮق ﲨﺎﻋﺘﻜﻢ ﻓﺎﻗﺘﻠﻮﻩ‬ʫ‫ﻣﻦ أ‬
‫أﻣﺮ‬
Ertinya : Sesiapa yang telah kamu berikan segala urusan kamu kepada seorang lelaki (ertinya pemerintahan penuh iaitu khalifah), dan muncul seseorang yang ingin merosakkan tongkat
(tunggak) dan memecahkan kesatuanmu, hendaklah kamu melawannya (hatta bunuh jika perlu).
(Sahih Muslim)
Imam Al-Nawawi menjelaskan lagi:

‫اﺗﻔﻖ اﻟﻌﻠﻤﺎء ﻋﻠﻰ أﻧﻪ ﻻ ﳚﻮز أن ﻳﻌﻘﺪ ﳋﻠﻴﻔﺘﲔ ﻣﻦ ﻋﺼﺮ واﺣﺪ ﺳﻮاء اﺗﺴﻌﺖ دار اﻹﺳﻼم أم ﻻ‬
Ertinya : Sepakat ulama yang tidak harus dilantik dua khalifah pada sesuatu masa sama ada tersebarnya negara islam atau tidak. (Syarah Sahih Muslim)
Ini jugalah yang dijelaskan oleh Imam Ibn Arabi:

‫إذا اﺟﺘﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ إﻣﺎم ﻓﻼ ﲢﻞ ﻣﻨﺎزﻋﺘﻪ وﻻ ﺧﻠﻌﻪ‬
Ertinya: Apabila mereka bersepakat duduk di bawah satu ketua, maka tidak halal mencabarnya
(memberontak) dan mencabut darinya (tunggak kepimpinan dengan kekasaran). 15

Imam al-Tabari setelah membawakan pelbagai ijtihad ulama dalam menentukan maksud jemaah, kemudiannya memberikan pendapatnya dengan mengatakan:-

15

‘Aridhah al-Ahwazi, 9/10

7

‫ﻣﲑﻩ ، ﻓﻤﻦ ﻧﻜﺚ ﺑﻴﻌﺘﻪ ج ﻋﻦ‬Ϧ ‫واﻟﺼﻮاب أن اﳌﺮاد ﻣﻦ اﳋﱪ ﻟﺰوم اﳉﻤﺎﻋﺔ اﻟﺬﻳﻦ ﰲ ﻃﺎﻋﺔ ﻣﻦ اﺟﺘﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ‬
‫ﺧﺮ‬
‫اﳉﻤﺎﻋﺔ‬
Ertinya: Yang benar, sesungguhnya erti dari nas berkenaan kewajiban Jemaah adalah pada mewajibkan ketaatan kepada sesiapa yang telah dilantik mereka sebagai ketuanya, barangsiapa ingkar maka mereka dianggap keluar dari Jemaah. (dinukil oleh Ibn Hajar dalam fath Al-Bari)
Jelas dari konteks hadis dan ulasan Imam Al-Tabari, al-Nawawi dan Ibn al’Arabi, ia merujuk kepada pemerintah tertinggi yang mewakili segala urusan umat Islam, BUKANLAH pemimpin parti politik, NGO atau jemaah kebaikan secara kecil-kecilan atau tanpa kuasa ke atas orang awam, politik, ketenteraan, kepolisan, Baitul Mal dan kuasa-kuasa lain yang dipegang oleh khilafah. Keperluan kepada sokongan majoriti dan kekuasaan ke atas polis dan tentera yang diperolehi secara aman adalah suatu ciri utama seseorang pimpinan itu boleh dianggap sebagai
Amir yang layak menerima bai’ah di sesebuah negara. Imam Al-Juwaini turut meletakkan hal ini sebagai syarat dengan katanya :-

‫ﻢ ﻛﺔ ﻇﺎﻫﺮة ، وﻣﻨﻌﺔ ﻗﺎﻫﺮة‬đ ‫ﻓﺎﻟﻮﺟﻪ ﻋﻨﺪي ﰲ ذﻟﻚ أن ﻳﻌﺘﱪ ﰲ اﻟﺒﻴﻌﺔ ﺣﺼﻮل ﻣﺒﻠﻎ ﻣﻦ اﻷﺗﺒﺎع واﻷﻧﺼﺎر واﻷﺷﻴﺎع ، ﲢﺼﻞ‬
‫ﺷﻮ‬
‫، ﲝﻴﺚ ﻟﻮ ﻓﺮض ﺛﻮران ﺧﻼف ، ﳌﺎ ﻏﻠﺐ ﻋﻠﻰ اﻟﻈﻦ أن ﻳﺼﻄﻠﻢ أﺗﺒﺎع اﻹﻣﺎم‬
Ertinya : Pendapat disisiku dalam hal tersebut (keabsahan khalifah atau amir) dalam bai’ah adalah pimpinan itu mencapai jumlah besar dari kalangan pengikut dan penolong sehingga memperolehi kumpulan persenjataan atau ketenteraan yang jelas serta kekuatan pertahanan yang utuh, yang mana sekiranya berlaku pemberontakan, pastinya kemungkinan besar pengikut bersama Imam akan mengatasinya. 16
Sheikhul Islam Ibn Taymiah turut menegaskan perkara yang sama dengan katanya:

‫اﻹﻣﺎﻣﺔ ﻋﻨﺪﻫﻢ ﺗﺜﺒﺖ ﲟﻮاﻓﻘﺔ أﻫﻞ ﻛﺔ ﻋﻠﻴﻬﺎ ، وﻻ ﻳﺼﲑ اﻟﺮﺟﻞ إﻣﺎﻣﺎ ﺣﱴ ﻳﻮاﻓﻘﻪ أﻫﻞ ﻛﺔ ﻋﻠﻴﻬﺎ‬
‫اﻟﺸﻮ‬
‫اﻟﺸﻮ‬
ً
Ertinya: Status imam yang sebenar di sisi ahli sunnah hanya akan sabit dengan persetujuan kumpulan bersenjata mereka dan tiadalah seseorang lelaki boleh menjadi Imam (khalifah) sehinggalah dipersetujui oleh pasukan ketenteraannya.17
Di zaman moden ini, perkara yang sama turut terpakai, malah bukan sahaja kuasa kenteneraan tetapi juga kehakiman dan pentabdiran am di sesebuah negara itu. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi mengikat antara syarat ketua setempat itu sebagai boleh diiktiraf sebagai pengganti khalifah atau
Imam yang layak berbai’ah dengannya adalah mempunyai kuasa pentadbiran kehakiman dan pemerintah am, ini ternyata dari kalam beliau :-

‫وإذا ﱂ ﻳﻜﻦ ﻟﻸﻣﺔ إﻣﺎم – ﻛﻤﺎ ﻫﻮ واﻗﻊ اﻟﻴﻮم – ﻓﺈن ﻋﻠﻰ أوﱄ اﻷﻣﺮ ﻣﻦ ﺣﻜﺎم اﳌﺴﻠﻤﲔ ﰲ اﻷﻗﻄﺎر اﳌﺨﺘﻠﻔﺔ‬
‫ﲟﺸﻮرة أﻫﻞ اﳊﻞ واﻟﻌﻘﺪ ﻓﻴﻬﺎ ﻣﻦ اﻟﻌﻠﻤﺎء واﳊﻜﻤﺎء واﻟﺪﻋﺎة وذوي اﻟﺸﺄن أن ﻳﻌﻤﻠﻮا ﻹﳚﺎد ﺻﻴﻐﺔ ﳛﺘﻜﻤﻮن‬
16
17

Al-Ghiyasi Ghiyas al-Umam, Al-Juwaini, Maktabah Imam Al-Haramain, h. 70-71
Minhaj al-Sunnah, Ibn Taymiah Al-Harrani, j. 1, h. 141

8

ِ
‫إﻟﻴﻬﺎ ..ﻣﻦ إﻗﺎﻣﺔ ﳏﻜﻤﺔ ﻋﺪل إﺳﻼﻣﻴﺔ ... ﻣﻬﻤﺘﻬﺎ ﺣﻞ اﻟﻨـﺰاﻋﺎت ﺑﲔ اﳌﺴﻠﻤﲔ ﻋﻦ ﻃﺮﻳﻖ اﻟﻘﻀﺎء اﳌﻠﺰم‬
‫ﱡ‬
ُ
،(‫ﻟﻠﻄﺮﻓﲔ، ﻋﻠﻰ ﻏﺮار )ﳏﻜﻤﺔ اﻟﻌﺪل اﻟﺪوﻟﻴﺔ‬
Ertinya : Jika ummat tidak punyai seorang imam yang seorang – sebagaimana keadaan sekarang – maka atas Uli al-Amri dari kalangan pemerintah-pemerintah umat Islam di pelbagai daerah yang pelbagai bermesyuarat bersama ahl al-hall wa al-‘aqd dari kalangan ulama dan bijak pandai dan pendakwah dan yang berpengetahuan untuk berusaha mewujudkan satu bentuk ketetapan yang boleh berhukum dengannya seperti membina mahkamah keadilan Islam...fungsi utamanya adalah menyelesaikan pertelingkahan di antara umat islam melalui cara penghakiman yang diiktiraf (binding) bagi kedua-dua pihak sepertimana Mahkamah Keadilan
Antarabangsa.18
Jelas dari kalam beliau, yang boleh menggantikan khalifah dan mengambil tempat serta hukum hakam berkaitan khalifah adalah mereka yang punyai kuasa kehakiman, pentadbiran dan diiktiraf berkuasa oleh awam serta bertanggungjawab dalam urusan umat Islam. Di zaman ini, boleh dikatakan mereka adalah pemimpin negara-negara umat Islam seperti Raja Brunei bagi
Brunei, Presiden Indonesia, Raja UAE dan lain-lain mengikut daerah masing-masing. Ertinya, berdasarkan kalam Sheikh Al-Qaradawi, kumpulan pimpinan inilah yang layak mendapat bai’ah taat setia dan tidak memberontak. Pun begitu di dalam sistem demokrasi, mewujudkan parti pembangkang dan berjuang melalui demokrasi TIDAK DIANGGAP mencarik bai’ah selaku rakyat selagi TIDAK MEMBERONTAK dengan BERSENJATA.
Al-Qaradawi menegaskan lagi:-

‫وﻳﻘﻮم ﻣﻘﺎم اﻹﻣﺎم اﻵن ﺳﻮاء ﻛﺎﻧﺖ ﻣﻠﻜﻴﺔ أم ﲨﻬﻮرﻳﺔ وﻣﺎ ﻛﺎن ﻟﻺﻣﺎم ﻣﻦ ﺳﻠﻄﺎن , ﻓﻘﺪ اﻧﺘﻘﻞ إﱃ اﻟﺪوﻟﺔ وﻣﻦ ﳝﺜﻠﻬﺎ ﻣﻦ‬
‫رﺋﻴﺲ أو ﻣﻠﻚ أو أﻣﲑ , وﻗﺪ ع ﺳﻠﻄﺎﺗﻪ ﻋﻠﻰ اﻟﺮﺋﻴﺲ أو اﻷﻣﲑ ﻣﻊ رﺋﻴﺲ اﻟﻮزراء ﻛﺬﻟﻚ إﱃ ﳎﻠﺲ اﻷﻣﺔ أو اﻟﺸﻌﺐ أو‬
‫و‬
‫ﺗﻮز‬
‫اﻟﻨﻮاب أو اﻟﺸﻮرى‬
Ertinya : Yang mengambil kedudukan Imam hari ini – sama ada negara berasaskan monarki atau demokrasi- apabila tiada bagi seorang imam kekuasaan lagi, maka telah berpindah kepada negara yang mereka yang mewakili negara itu dari kalangan Ketua, Raja atau Pemerintah, telah terbahagi kekekuasan mereka ini sebahagiannya kepada Ketua atau amir bersama Perdana
Menteri dan demikian juga Dewan Umat atau Dewan Rakyat atau Perwakilan atau syura..19
Justeru kesimpulannya, pimpinan parti politik yang tidak berkuasa di peringkat persekutuan seperti PAS, PKR dan NGO atau Jemaah seperti MURSHID, IKRAM, ISMA, HALUAN, TABLIGH,
TAREKAT di pelbagai negara dan negeri adalah TIDAK LAYAK mendapat peruntukan yang
18

Fiqh Al-Jihad, Al-Qaradawi, jil 2, h. 994 cet : Dar al-Kutub al-Misriyyah, ; juga rujuk link https://arar.facebook.com/iumsonline/posts/978738815492516:0
19
Fiqh Al-Jihad, j.1, h. 991

9

ditujukan kepada seorang khalifah, amir atau pimpinan setempat yang memegang kuasa seperti khalifah dari sudut fizikal dan bermanhaj dengan al-Quran dan Al-Sunnah. Ini adalah kerana mereka semua TIDAK berkuasa sepertimana yang dibincangkan sebelum ini.
Dengan demikian, semua perkumpulan tadi hanyalah di gelar Jemaah Minal Muslimin
(perkumpulan dari kalangan orang Islam) atau Jemaah Amar Ma’ruf Nahi Mungkar sahaja dan
BUKAN Jemaah yang disebut di dalam hadis. Mereka berfungsi sebagai Jemaah penegur kesilapan, pendesak dan penasihat kepada ulil amri sahaja.
Inilah yang pernah dikatakan oleh Sheikh Muhammad Al-Ghazzali ketika membantah sekumpulan pentaksub di dalam Jemaah Ikhwan al-Muslimin yang menganggap Jemaah mereka sebagai
Jemaah al-Muslimin yang mempunyai kekeuatan seperti khilafah. Beliau berkata:

‫ﺎ ﺻﻴﺎﻧﺔ دﻣﺎء وأﻣﻮال!.. ﻓﺎﻟﺬﻳﻦ ﳛﺴﺒﻮن أﻧﻔﺴﻬﻢ‬đ ‫ﻫﻮ ﳓﻦ ﲨﺎﻋﺔ اﳌﺴﻠﻤﲔ أم ﳓﻦ ﲨﺎﻋﺔ ﻣﻦ اﳌﺴﻠﻤﲔ.؟ ..وﻧﺘﺎﺋﺠﻪ ﺗﺮﺗﺒﻂ‬
!! ‫ ﻣﻦ ﳐﺎﻟﻔﺔ ﷲ ورﺳﻮﻟﻪ وﻃﺮﻳﻘﺎ ﳑﻬﺪة إﱃ اﻟﻨﺎر‬ʪ‫ﲨﺎﻋﺔ اﳌﺴﻠﻤﲔ ﻳﺮون ﳐﺎﻟﻔﺔ اﻷﺳﺘﺎذ ﺣﺴﻦ اﳍﻀﻴﱯ ﺿﺮ‬
‫ﻓﻤﻦ اﳌﻀﺤﻚ أو اﳌﺒﻜﻲ أن ﳜﻄﺐ اﳉﻤﻌﺔ ﰲ ﻣﺴﺠﺪ اﻟﺮوﺿﺔ ﻋﻘﺐ ﻓﺼﻠﻨﺎ ﻣﻦ ﻛﺰ اﻟﻌﺎم ﻣﻦ ﻛﺪ أن اﻟﻮﻻء ﻟﻠﻘﻴﺎدة ﻳﻜﻔﺮ‬
‫ﻳﺆ‬
‫اﳌﺮ‬
.. ‫ﻢ ﺧﻠﻌﻮا اﻟﺒﻴﻌﺔ‬Ĕ‫ﺑﺬوا اﻟﻘﻴﺎدة ﻋﺎدوا اﳉﺎﻫﻠﻴﺔ اﻷوﱃ ﻷ‬ʭ ‫اﻟﺴﻴﺌﺎت ، وأن اﳋﺮوج ﻋﻦ اﳉﻤﺎﻋﺔ ﳝﺤﻖ اﻟﻔﻀﺎﺋﻞ ، وأن اﻟﺬﻳﻦ‬
‫ﳋﻄﻴﺐ ﺟﺎﻧﺒﺎً ﻟﻴﻘﻮل ﻟﻪ : أي إﺳﻼم ﻫﺬا ؟‬ʪ ‫ورﺋﻲ اﻟﺪﻛﺘﻮر ﳏﻤﺪ ﻳﻮﺳﻒ ﻣﻮﺳﻰ أﺳﺘﺎذ اﻟﺸﺮﻳﻌﺔ اﻹﺳﻼﻣﻴﺔ ﲜﺎﻣﻌﺔ اﻟﻘﺎﻫﺮة ﳜﻠُﺺ‬
ِ
‫ﺬا اﻟﻠﻐﻮ ؟ ﻛﻴﻒ ﺗُﻠﺒﺴﻮن اﻟﺪﻳﻦ ﻫﺬا اﻟﺰي اﳌﻨﻜﺮ ؟‬đ ‫وﻣﻦ ﻣﻦ ﻋﻠﻤﺎء اﻷوﻟﲔ واﻵﺧﺮﻳﻦ أﻓﱴ‬
‫و‬
َ
Ertinya : Kita ini Jemaah al-Muslimin atau kita ini Jemaah minal Muslimin? Hasil jawapan persoalan itu pasti berkait persoalan darah dan harta!. Apa yang boleh melucukan dan menyedihkan adalah ada seorang (ikhwan al-Muslimin) berkhutbah di masjid al-Rawdah iaitu ketika itu kami baru dipecat dari markaz ‘am Ikhwan al-Muslimin (kerana melanggar arahan dan berbeza pendapatan), dia menegaskan bahawa wala’ kepada pimpinan boleh menghapuskan dosa, dan keluar dari ketaatan kepadanya menghancurkan pahala, dan mereka yang membantah kepimpinan telah kembali ke alam jahiliyyah yang awal kerana mencabut bai’ah. Kemudian Dr
Muhammad Muhammad Musa, Professor Shariah di Univ Al-Azhar (yang ada di dalam masjid ketika itu) bertemu pemberi khutbah sambil berkata kepadanya : “apa jenis Islam ini?”. (Tambah al-Ghazzali selepas itu dalam bukunya ): “Dan manakah ulama terdahulu dan terkemudian yang berfatwa sekarut ini? Dan bagaimana mungkin mereka memakaikan agama dengan pakaian kemungkaran ini?.20
Justeru dengan jelas, Sheikh Muhammad al-Ghazzali menolak pendefinisian ‘Jemaah Muslimin’ kepada kelompok Jemaah kecil yang tiada kuasa politik dan sebuah kerajaan hatta Jemaah itu sebesar ikhwan al-Muslimin.

20

Min Ma’alim al-Haq fi Kifahina al-Islami al-Hadith, Sheikh Muhammad Al-Ghazzali, cet. Dar al-Shawah, Kaherah,
1984, h. 206

10

Walaupun terdapat ahli Ikhwan al-Muslimin yang mungkin berlebihan dalam mendefinisikan
Jemaah mereka. Pun begitu, kelihatan ulama ikhwan sendiri tidak sepakat dalam mengiktiraf
Jemaah mereka sebagai Jemaah al-muslimin. Contohnya, Sheikh Muhammad Abdullah Al-Khatib yang juga merupakan ulama al-Azhar Ulama, beliau sebelum ini bertugas di Maktab Irsyad
Ikhwan al-Muslimin dengan jelas menolak jika ada seisapa yang mendakwa Ikhwan al-Muslimin menamakan mereka sebagai Jemaah muslimin, beliau berkata :

‫ﻓﺎﻟﻌﺎﻣﻠﻮن ﻟﻺﺳﻼم ﲝﻖ ﻳﻔﻬﻤﻮن ﺟﻴّﺪا أن ﲨﺎﻋﺔ اﳌﺴﻠﻤﲔ ﻫﻲ اﻟﱵ ﳝﻜﻦ ﷲ ﳍﺎ ﰲ اﻷرض، وﻳﻜﻮن ﳍﺎ إﻣﺎم ﻫﻮ إﻣﺎم اﳌﺴﻠﻤﲔ‬
ّ
ً
ٍّ
،‫ﲨﻴﻌﺎ، وﻗﺒﻞ ذﻟﻚ ﻻ ﳚﻮز وﻻ ﻳﺼﺢ ﻫﺬا‬
ً

Ertinya : Petugas-petugas untuk Islam yang benar, sangat memahami sesungguh status Jemaah al-Muslimin adalah untuk yang punyai kuasa yang dikurniakan oleh Allah swt di atas muka bumi, dan baginya seorang Imam iaitu Imam bagi seluruh muslimin, dan sebelum mendapat itu, TIDAK
HARUS dan TIDAK SAH (dianggap Jemaah al-Muslimin). 21
2.

DARI SUDUT MANHAJ: Jemaah juga terkandung pada manhaj kumpulan itu, iaitu mestilah mereka yang menuruti Al-Quran dan Al-Sunnah dan yang diamali oleh para sahabat serta manhaj mereka. Saya kira tiada perlu banyak ulasan akan hal ini kerana ini disepakati sahih. Apa yang menjadi persoalan ada fizikal jemaah itu sendiri. Imam Al-Syatibi sesudah membawakan pelbagai pendapat dalam mendefinisikan manhaj sesebuah jemaah itu, berkata:-

‫وﺣﺎﺻﻠﻪ أن اﳉﻤﺎﻋﺔ راﺟﻌﺔ إﱃ اﻻﺟﺘﻤﺎع ﻋﻠﻰ اﻹﻣﺎم اﳌﻮاﻓﻖ ﻟﻜﺘﺎب ﷲ واﻟﺴﻨﺔ ، وذﻟﻚ ﻇﺎﻫﺮ ﰲ أن‬
‫اﻻﺟﺘﻤﺎع ﻋﻠﻰ ﻏﲑ ﺳﻨﺔ ج ﻋﻦ اﳉﻤﺎﻋﺔ اﳌﺬﻛﻮرة ﰲ اﻷﺣﺎدﻳﺚ اﳌﺬﻛﻮرة‬
‫ﺧﺎر‬
Ertinya: hasilnya, istilah Jemaah itu merujuk kepada perkumpulan atas seorang Imam (ketua khilafah atau negara) yang bertepatan (pemerintahnnya) dengan al-Kitab dan Al-Sunnah, nescaya zahir yang menunjukkan kesatuan atas selain Sunnah terkeluar dari erti Jemaah yang disebut di dalam hadis berkaitan. 22

JIKA PEMIMPIN ULIL AMRI MENOLAK ISLAM?
Andaikata terdapat yang berpendapat disebabkan pemimpin atau Ulil Amri yang berkuasa di negara terbabit atau lainnya tidak melaksanakan hukum Islam (hudud), membiarkan riba, arak dan sebagainya maka mereka telah gugur status ulil amri pada mereka dan HARUS memindahkan ketaatan kepada amir ulil amri kepada amir Jemaah walaupun tidak berkuasa pentadbiran awam, ketenteraan dan lainnya,
Sheikh Dr Al-Qaradawi menyatakan mereka ini ibarat seorang Muslim mengucap dua kalimah syahadah tetapi melakukan dosa besar, kemudian beliau berkata :21

Rujuk artikel beliau bertajuk “Hal nahnu Jama’ah al-Muslimin am Jama’ah minal Muslimin?” buka di link http://www.ikhwanwiki.com/ 22
Al-I’tisom, 2/260

11

‫وﲨﻬﻮر اﳌﺴﻠﻤﲔ ﻳﻌﺘﱪوﻧﻪ ﻣﺴﻠﻤﺎً ﻋﺎﺻﻴﺎ ﻏﲑ ج ﻣﻦ اﳌﻠﺔ ﻣﺎ ﱂ ﻳﺴﺘﺤﻞ ذﻟﻚ‬
‫ﺧﺎر‬
Ertinya : Ahli Sunnah dan majoriti ulama muslimin mengganggap mereka sebagai muslim yang berdosa namun tidak sampai terkeluar dari agama islam selagimana mereka tidak (terangan) menghalalkan yang haram..23 Rasulullah salallahu ’alaihi wasallam telah menyatakan satu keadaan dimana keharusan itu wujud bagi merebut kekuasaan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

‫دﺧﻠﻨﺎ ﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎدة ﺑﻦ اﻟﺼﺎﻣﺖ وﻫﻮ ﻣﺮﻳﺾ ﻗﻠﻨﺎ أﺻﻠﺤﻚ ﷲ ﺣﺪث ﲝﺪﻳﺚ ﻳﻨﻔﻌﻚ ﷲ ﺑﻪ ﲰﻌﺘﻪ ﻣﻦ اﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ‬
‫ﻳﻌﻨﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﺴﻤﻊ واﻟﻄﺎﻋﺔ ﰲ‬ʪ ‫ اﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻓﺒﺎﻳﻌﻨﺎﻩ ﻓﻘﺎل ﻓﻴﻤﺎ أﺧﺬ ﻋﻠﻴﻨﺎ أن‬ʭ‫ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل دﻋﺎ‬
‫ وأﺛﺮة ﻋﻠﻴﻨﺎ وأن ﻻ ع اﻷﻣﺮ أﻫﻠﻪ إﻻ أن ﺗﺮو ﻛﻔﺮا ﺑﻮاﺣﺎ ﻋﻨﺪﻛﻢ ﻣﻦ ﷲ ﻓﻴﻪ ﺑﺮﻫﺎن‬ʭ‫ وﻳﺴﺮ‬ʭ‫ﻣﻨﺸﻄﻨﺎ وﻣﻜﺮﻫﻨﺎ وﻋﺴﺮ‬
‫ﻧﻨﺎز‬
Ertinya : Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.
(Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat
‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai’ah) untuk menyatakan kebenaran dimana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. 24
Jelas dari hadith di atas bagaimana tahap kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu
Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya.
Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan yang tidak bercanggah kepada Islam dan kemasalahatan awam tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi:
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” 25
Tatkala itu bermakna, ketaatan masih lagi berkuatkuasa namun tidak boleh membantu kepimpinan dalam perkara dosa mereka dan perlu terus menerus menasihatinya sekadar kemampuan. Jika dalam sistem demokrasi pula, adalah menjadi keperluan untuk berjuang bagi menggantikan kepimpinan yang lebih baik dari sudut menghubungkan pemerintahan dengan sistem keadilan Islam dan lain-lain.
Perjuangan sebegitu TIDAK dianggap melanggar bai’ah juga selagi ia terdapat di dalam peruntukan dan ruang lingkup demokrasi yang telah diterima bersama.
PERSOALAN BAI’AH DAN KESANNYA
Setelah selesai kefahaman berkaitan Jemaah, kini kita melihat persoalan bai’ah, tuntutannya dan kesan pelanggarannya dan kepada siapa bai’ah ini dibuat, patut atau wajib khususnya di zaman ini. Ini perlu

23

Fiqh Al-Jihad, j. 2, h. 1067
. Riwayat al-Bukhori, no 7199, Muslim no. 1836
25
al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357
24

12

kerana terdapat pihak yang mendakwa, jika sesiapa keluar dari bai’ah dengan kelompok mereka, pasti akan jatuh kafir. Sheikh Abd Qadir Abu Faris menyatakan:-

‫اﻟﺒﻴﻌﺔ اﺗﻔﺎق ﺑﲔ اﻷﻣﺔ ﻣﻦ ﺟﻬﺔ وﺑﲔ رﺋﻴﺲ اﻟﺪوﻟﺔ ﻣﻦ ﺟﻬﺔ أﺧﺮى ﻳﱰﺗﺐ ﻋﻠﻰ ﻫﺬا اﻹﺗﻔﺎق واﺟﺒﺎت وﺣﻘﻮق ﻟﻜﻼ‬
‫اﻟﻄﺮﻓﲔ‬
Ertinya: Bai’ah adalah perjanjian di antara umat dari satu dudt dan pemerintah negara di sudut yang lain, tertanggung di atas perjanjian ini kewajiban dan hak-hak bagi kedua-dua pihak. 26
Pun begitu, bai’ah mempunyai pelbagai bentuk, bukan semua bai’ah itu mempunyai kekuatan yang sama. Berikut adalah ringkasan dari intipati penulisan para pemikir dan ulama:1. Bai’ah masuk Islam.
Ia bersumber dari dalil :

‫ﺟﺎء اﻟﻨﺎس اﻟﻜﺒﺎر واﻟﺼﻐﺎر واﻟﺮﺟﺎل واﻟﻨﺴﺎء ﻓﺒﺎﻳﻌﻬﻢ ﻋﻠﻲ اﻹﺳﻼم واﻟﺸﻬﺎدة‬
Ertinya : Telah datang manusia yang tua dan muda dari kalangan lelaki dan wanita lalu berbai’ah mereka semua dengan baginda Nabi saw atas keislaman dan syahadah ( Riwayat Al-Baghawi & AlHakim)
Sewaktu wujudnya baginda Nabi, bai’ah ini adalah mulzim ke atas semua namun selepas ketiadaan nabi, semua yang berbai’ah terus dengan Allah swt dengan melafazkan shahadah dengan disaksikan wakil Islam sebagai tanda memasuki Islam. Jika bai’ah dari jenis ini, maka memang benar, sesiapa yang keluar dan melanggarinya lalu akan terpakai padanya hukum murtad atau kafir adalah merungkainya dari diri.

2. Bai’ah kepada pemimpin utama Jemaah Islam (Khalifah)
Sewaktu wujud baginda Nabi saw selaku Rasulullah dan pemimpin tertinggi, diikuti setelah kewafatannya dengan kekuasaan khilafah atau Amirul Mukminin, ulama silam dari pelbagai mazhab bersepakat wajib berbai’ah dengan khalifah sama ada pergi bertemu secara fizikal dan berjabat tangan bagi lelaki serta memberi janji taati setia selagi tidak mengajak kepada sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Bagi mereka yang jauh, para ulama setuju bai’ah masih boleh dilakukan iaitu dengan memberi ketaatan kepada keputusan khalifah atau Amirul Mukminin.
Pemimpin utama (khalifah) dan kekuasannya pada ketika itu termasuk di dalam tafsiran hadis
Jemaah sebagaimana diterangkan sebelum ini. Ibn Khaldun juga menjelaskan

.‫ﻛﺄن اﳌﺒﺎﻳﻊ ﻳﻌﺎﻫﺪ أﻣﲑﻩ ﻋﻠﻰ أن ﻳﺴﻠﻢ ﻟﻪ اﻟﻨﻈﺮ ﰲ أﻣﺮ ﻧﻔﺴﻪ وأﻣﻮر اﳌﺴﻠﻤﲔ‬
26

Nizam al-Siyasi, h. 309

13

Ertinya : Seolah yang berbai’ah itu berjanji dengan ketuanya dengan menyerahkan pemerhatian ke atas dirinya dan urusan kaum muslimin.27 (Al-Muqaddimah)
Maka jelas, ini lah maksud bai’ah dari pelbagai hadis, yang wajib beriltizam dengannya dan wajib pula dilakukan, iaitu ketika wujud seorang khalifah. Pada konteks ini jugalah terjelasnya maksud hadis :-

‫ﻣﻦ ﻣﺎت وﻟﻴﺲ ﰲ ﻋﻨﻘﻪ ﺑﻴﻌﺔ ﻓﺈن ﻣﻴﺘﺘﻪ ﺟﺎﻫﻠﻴﺔ‬
Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kepada pemimpin Islam tertinggi) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah” (Riwayat
Muslim)
Memang benar, sesiapa yang melanggari bai’ah ini maka akan wujud ancaman buruk dari peruntukan nas hadis, sebagaimana bagi ancaman mereka yang keluar dari Jemaah. Dalam hal ini perlu jelas bahawa bai’ah yang mempunyai kesan kritikal apabila dilanggari hanyalah bai’ah kepada
Amirul Mukmin atau Khalifah atau yang setara kedudukannya, ini dijelaskan juga oleh pengkaji
Muhammad Zaidan dalam kitabnya “Al-Bai’ah : Syariyyah al-Syura wa tamkin al-Ummat”.
Ulama kontemporari khususnya dari Arab Saudi pula menganggap bai’ah hanya wujud kepada kumpulan pemerintah penguasa sahaja di zaman ini dan ia boleh dihadkan kepada negara-negara.
Ini boleh dikira serupa dengan pandangan Sheikh Al-Qaradawi, Sheikh Al-Khatib, Dr Abu Faris dan lain-lain. Justeru, bagi Saudi Arabia, ulama seperti Sheikh Soleh Fauzan28, Ibn Uthaimin29, Ibn Baz, AlMubarakfuri dan ramai lagi menganggap di negara mereka bai’ah dan taat setia hanya kepada Raja
Saudi yang mempunyai kuasa politik, ketenteraan, polisi dan pembuat dasar eksekutif negara sahaja dan sebarang bai’ah kepada mana-mana yang lain di anggap tidak sah dan batal malah bid’ah.
Pun begitu, ulama yang lebih sederhana di Saudi seperti Sheikh Salman Awdah yang juga Setiausaha
Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia, dengan lebih hikmah menyatakan:-

‫ﺑﻜﺮ وﻋﻤﺮ وﻋﺜﻤﺎن وﻋﻠﻲ‬ʪ‫إن ﻓﻜﺮة ﺗﻜﻔﲑ ﻣﻦ ﳜﺎﻟﻔﻨﺎ أو ﻣﻦ ﻻ ﻳُﺒﺎﻳﻊ ﻫﻲ ﻓﻜﺮة ﻏﺮﻳﺒﺔ ﻋﻦ اﳌﺴﻠﻤﲔ، ﻓﺤﱴ ﻣﻦ ﻻ ﻳُﺒﺎﻳﻊ أ‬
‫رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻬﻢ ﻻ ﻳُﻜ ﱠﺮ ﻓﻜﻴﻒ ﲟﻦ ﻻ ﻳُﺒﺎﻳﻊ ﺷﺨﺼﺎً ﳎﻬﻮﻻً ﻻ ﻧﻌﺮﻓﻪ‬
‫ﻔ‬
Ertinya : Sesungguhnya ide yang mengkafirkan mereka yang berbeza dengan kita dan tidak berbai’ah adalah ide yang asing dari Islam, sehingga sesiapa yang tidak berbai’ah dengan Abu Bakar, Umar,

27
28

Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun, fasal 29, Bahagian 78, h. 108
Al-Muntaqa min Fatawa Al-Sheikh Soleh Al-Fauzan, j. 1, hlm 367 . Kata beliau ( ‫واﻟﻮاﺟﺐ ﻋﻠﻰ اﳌﺴﻠﻤﲔ اﻟﺬﻳﻦ ﻫﻢ ﰲ ﺑﻠﺪ واﺣﺪ‬

‫)وﰲ ﳑﻠﻜﺔ واﺣﺪة أن ﺗﻜﻮن ﺑﻴﻌﺘﻬﻢ واﺣﺪة ﻹﻣﺎم واﺣﺪ ، وﻻ ﳚﻮز اﳌﺒﺎﻳﻌﺎت اﳌﺘﻌﺪدة‬
29

Beliau berkata ( ‫ أن ﻧﻘﻮل: إن ﻛﻞ إﻧﺴﺎن ﻟﻪ ﺑﻴﻌﺔ ﺗﻔﺮﻗﺖ اﻷﻣﺔ، وأﺻﺒﺢ‬ʭ‫ﻟﻨﺴﺒﺔ ﻹﻋﻄﺎء اﻟﺒﻴﻌﺔ ﻟﺮﺟﻞ ﻓﻬﺬا ﻻ ﳚﻮز؛ ﻷن اﻟﺒﻴﻌﺔ ﻟﻠﻮﱄ اﻟﻌﺎم ﻋﻠﻰ اﻟﺒﻠﺪ، وإذا أرد‬ʪ ‫أﻣﺎ‬

‫ ).اﻟﺒﻠﺪ اﻟﺬي ﻓﻴﻪ ﻣﺎﺋﺔ ﺣﻲ ﻣﻦ اﻷﺣﻴﺎء ﻟﻪ ﻣﺎﺋﺔ إﻣﺎم وﻣﺎﺋﺔ وﻻﻳﺔ وﻫﺬا ﻫﻮ اﻟﺘﻔﺮق، ﻓﻤﺎ دام ﰲ اﻟﺒﻠﺪ ﺣﻜﻢ ﺷﺮﻋﻲ ﻓﺈﻧﻪ ﻻ ﳚﻮز إﻋﻄﺎء اﻟﺒﻴﻌﺔ ﻷي أﺣﺪ ﻣﻦ اﻟﻨﺎس‬rujuk http://islamancient.com/play.php?catsmktba=20439 14

Uthman dan Ali juga tidak dijauhkan hukuman kafir, maka bagaimana pula bagi mereka yang tidak memberikan bai’ah kepada seorang yang tidak dikenalinya. 30
Bekas Ahli Parlimen Ikhwan al-Muslimin di Jordan, Sheikh Dr Abd Qadir Abu Faris turut membincangkan bai’ah di antara rakyat dan pemerintah sahaja, beliau berkata31:

‫وﻣﱴ ﺗﻮاﻓﺮت ﰲ رﺋﻴﺲ اﻟﺪوﻟﺔ اﻹﺳﻼﻣﻴﺔ اﻟﺸﺮوط اﳌﻌﺘﻤﺪة وﺗﻮﱃ اﳋﻼﻓﺔ ﺑﻄﺮﻳﻘﺔ ﻣﺸﺮوﻋﺔ ﻓﻘﺪ وﺟﺐ ﻋﻠﻰ اﻷﻣﺔ‬
‫ﻣﺒﺎﻳﻌﺘﻪ واﻹﺟﺘﻤﺎع ﻋﻠﻴﻪ‬
Ertinya : Apabila telah cukup syarat pada ketua negara Islam akan syarat-syarat yang muktamad, serta dilantik pula melalui jalan yang benar, telah wajiblah ke atas ummat berbai’ah denganya dan berjemaah dengannya.32
3. Bai’ah untuk melakukan kerja-kerja Islam
Bai’ah dari jenis ini juga telah wujud sejak zaman baginda Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam, namun lebih popular lagi tatkala tiada wujudnya khilafah Islamiah, ia muncul sebagai pelengkap kepada perjuangan kebenaran dan penasihat. Hasilnya wujudlah jemaah-jemaah kecil yang tidak mewakili kekuasan politik dan kesenjataan namun ia mewakili kumpulan yang mengajak kepada kebaikan
(ma’ruf) dan melarang kemungkaran.
Bai’ah diberikan kepada pemimpinan tertinggi Jemaah dan ia adalah bersifat sebuah perjanjian taat setia dan komitmen ahli kepada pemimpinnya. Justeru, hukum Shariah yang terpakai dalam konteks ini hanyalah kewajiban atas dasar janji sahaja dan tiada peruntukan ancaman dari hadis bai’ah dan
Jemaah boleh digunakan dalam kes bai’ah Jemaah kecil seperti ini.
Dalil keharusan wujud Jemaah seperti ini Bai’ah al-Ridwan iaitu bai’ah untuk sesuatu tugasan khas.
Selain itu, ia juga bergantung kepada dalil umum anjuran untuk bekerjasama bantu-membantu dalam kebaikan dan menolak kemungkaran yang tercacat dalam surah Al-Maidah ayat kedua. Juga hadis-hadis umum antaranya yang menyeru kepada wujudnya sekumpulan yang menyeru kepada kebaikan. Iaitu

‫ﰐَ أﻣﺮ ﱠِ وﻫﻢ ﻛﺬﻟِﻚ‬ϩ ‫ﻻ ﺗﺰال ﻃﺎﺋﻔ ٌ ﻣﻦ أﻣﱵ ﻇﺎﻫﺮﻳﻦ ﻋَﻰ اﳊﻖ ، ﻻ ﻳﻀﺮﻫﻢ ﻣﻦ ﺧﺬﳍُﻢ ، ﺣﱴ‬
‫ﱠ‬
َ
‫ُ ﺔ ﱠ‬
َ
ُ َ ɍ‫ُ ا‬
ِّ ‫َ ﻠ‬
َ ‫ﱡ‬
Ertinya: Akan sentiasa wujud satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa zahir atas kebenaran dan tiada dimudaratkan ke atasnya penentangnya sehingga hari kiamat mereka akan sebegitu. (Sahih Riwayat Muslim)

30

Rujuk http://iumsonline.org
Nizam al-Siyasi fi al-Islam, h. 209
32
Nizam al-Siyasi fi Al-Islam, h. 304
31

15

Pelanggaran bai’ah dari jenis ini HANYA membawa kepada hukum melanggar janji iaitu dosa dan bukannya MURTAD, MATI JAHILIYYAH dan KAFIR. Sebarang dakwaan kafir dan murtad adalah penyelewengan nas, maksud serta konteks hadis.
PERSOALAN BAI’AH DALAM SEBUAH PARTI POLITIK DI MALAYSIA
Soalan yang juga diajukan kepada adalah hukum taat dan langgar bai’ah seperti teks di bawah33.
Jawapan yang diberi ini hanyalah dari melihat sudut hukum fiqh dan tiada berkait dengan pendirian saya ingin mempengaruhi sesiapa sama ada untuk terus mentaati bai’ah mereka atau melanggarinya. Tidak juga merupakan pendirian saya untuk menyokong tindakan memungkiri bai’ah dengan parti yang berkaitan. Ia semata-mata melihat dari aspek hukum, kesannya dan kewajaran melafaznya.
Lafaz bai’ah calon parti terbabit seperti berikut:"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti (nama parti) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.
"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
ULASAN SAYA
1. Bai’ah ini mempunyai lafaz sumpah atau ‘yamin’ dan bukanlah sebuah bai’ah biasa. Hukumnya di dalam Islam adalah WAJIB dipatuhi dan jika langgari tanpa sebab yang konkrit dari sudut syara’ ia akan membawa dosa dan wajib pula membayar kaffarah al-yamin iaitu dari firman Allah swt

ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
ِ
‫ﻟﻠﱠﻐﻮ ِﰲ أَﳝَﺎﻧِﻜﻢ وﻟَﻜﻦ ﻳـُﺆاﺧﺬﻛﻢ ِﲟَﺎ ﻋﻘﺪﰎُ اﻷَﳝَﺎن ﻓَﻜ ﱠﺎرﺗُﻪُ إِﻃْﻌﺎم ﻋﺸﺮِ ﻣﺴ ِﲔ ﻣﻦ أَوﺳﻂ ﻣﺎ ﺗُﻄْﻌِﻤﻮن‬ʪ ُɍ‫ﻻ ﻳـُﺆاﺧﺬﻛﻢ ا‬
َ ُ
َ َ ْ ْ َ ‫َ َ ُ ُ ُ ﱠ ْ ِ ْ ُ ْ َ ْ َ ُ ُ ْ َ ﱠ ْ ُ ْ ْ َ َ ﻔ َ َ ُ َ َ َة َ َ ﺎﻛ‬
ِ
ٍ
ِ ْ َِ َ
‫ٍم ذﻟِﻚ ﻛ ﱠﺎرةُ أَﳝَﺎﻧِﻜﻢ إِذا ﺣﻠَﻔﺘُﻢ واﺣﻔﻈُﻮا أَﳝَﺎﻧَﻜﻢ ﻛﺬﻟِﻚ ﻳـُﺒَـﲔ‬ʮَ‫أَﻫﻠِﻴﻜﻢ أَو ﻛِﺴﻮﺗُـﻬﻢ أَو ﲢﺮﻳﺮ رﻗَـﺒَﺔ ﻓَﻤﻦ ﱂْ ﳚﺪ ﻓَﺼﻴَﺎم ﺛَﻼﺛَﺔ أ‬
ُ ِّ َ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ْ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ‫ُ َ ﱠ َ َ َ ﻔ‬
ْ َ َ ُ ِ َْ ْ ْ ُ َ ْ ْ ْ ُ ْ
‫ﺗِﻪ ﻟَﻌﻠﱠﻜﻢ ﺗَﺸﻜﺮون‬ʮَ‫ُ ﻟَﻜﻢ آ‬ɍ‫ا‬
َ ُُ ْ ْ ُ َ ِ َ ْ ُ ‫ﱠ‬
Ertinya : Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya). (Al-Maidah :89)

33

Teks ini telah dimaklumkan oleh seorang ahli Parlimen yang melafazkan bai’ah ini sewaktu mewakili partinya untuk bertanding.

16

Maka jelas di zaman ini, membayar kaffarah langgar sumpah adalah sama ada memberi makan orang miskin seramai 10 orang atau berpuasa tiga hari. Selepas itu bertaubat kerana lafaz laknat ke atas diri itu adalah perkara yang asing dari lafaz sumpah.
Namun begitu, sebahagian jenis sumpah, jika dilanggari kerana ingin mendapatkan sesuatu yang lebih konkrit dan membawa kebaikan. Dalam keadaan tertentu dan pasti menuruti sumpah membawa mudarat dan dosa, maka pemungkiran adalah dibolehkan dan tiada sabit dosa ke atas pemungkiran itu, namun perlu membayar kaffarah. Ini jelas dari hadis :-

‫ﳝﻴﻨﻪ‬

‫ﻋﻦ‬

‫وﻟﻴﻜﻔﺮ‬

‫ﺧﲑ‬

‫ﻫﻮ‬

‫اﻟﺬي‬

‫ﻓﻠﻴﺄت‬

‫ﻣﻨﻬﺎ‬

ً‫ﺧﲑا‬

‫ﻏﲑﻫﺎ‬

‫ﻓﺮأى‬

‫ﳝﲔ‬

‫ﻋﻠﻰ‬

‫ﺣﻠﻒ‬

‫ﻣﻦ‬

Ertinya : Barangsiapa yang bersumpah kemudiannya melihat yang lain dari itu lebih baik, hendaklah dia mendatangi yang lebih baik itu (langgar sumpahnya) dan bayarlah kafaarah sumpahnya.
(Riwayat Muslim)
Selain itu, memasukkan lafaz sumpah di dalam bai’ah adalah bukan dari apa yang dilakukan di zaman Nabi Muhammad salla Allahu ‘alaihi wasallam. Malah Allah swt telah mengingatkan dalam firmannya :-

ِ
ِ
‫ُ ﲰﻴﻊ ﻋﻠِﻴﻢ‬ɍ‫َ ﻋ ْﺮﺿﺔً ﻷَﳝَﺎﻧِﻜﻢ أَن ﺗَـﺒَـﺮوا وﺗَـﺘﱠـﻘﻮا وﺗُﺼﻠِﺤﻮا ﺑَـﲔ اﻟﻨﱠﺎس وا‬ɍ‫وﻻ ﲡﻌﻠُﻮا ا‬
ٌ َ ٌ َ ‫ََ َْ َ ﱠ ُ َ ْ ُ ْ ْ ﱡ َ ُ َ ْ ُ ْ َ ِ َ ﱠ‬

Ertinya : Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan pembaikan di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 224)
Konteks asal ayat terbabit adalah Allah swt menegur sebahagian sahabat yang bersumpah untuk tidak melakukan kebaikan. Pun begitu, boleh difahami relevansi ayat terbabit dalam konteks lafaz bai’ah yang disebut di atas adalah janganlah sesekali perjuangan Islam yang merupakan kebaikan itu seolah tidak akan dilakukan kecuali kerana wujud sumpah ini. Juga ketidakwajaran bagi menjadikan sumpah dengan nama Allah swt sebagai bahan keperluan jemaah masing-masing bagi mewajibkan sesuatu. Sheikh Dr. Abd Qadir Abu Faris menyatakan terdapat di dalam sahih al-Bukhari lafaz bai’ah Abdullah
Bin Umar kepada Abd Malik bin Marwan dan tiada padanya sebarang sumpah.34 Sehinggalah tiba zaman Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi yang melakukan penambahan dengan memasukkan lafaz sumpah bagi mengunci komitmen dan memastikan tiada yang berani melawan khilafa umawiyah ketika itu.
Sesiapa sahaja yang ingkar maka isteri mereka turut terjatuh talaqnya dan hamab milik mereka akan terbebas dan darah mereka pula menjadi harus. Ibn Khaldun menyatakan hal ini sambil berkata keadaan ini jenis sumpah sebegini di zaman bani Umayyah dan Abbasiyyah sehingga tiba suatu masa
Imam Malik bin Anas mengeluarkan fatwa membantah dan mengugurkan paksaan sumpah di dalam bai’ah. Hasil fatwa terbabit beliau mendapat beberapa ujian dan cabaran dari pemerintah.35

34
35

Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dar al-Furqan, Jordan, 1986 , h. 307
Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun, h. 229

17

Selepas itu, kebanyakan khalifah bani Abbasiyah tidak memasukkan lagi lafaz sumpah. Malah di waktu pemerintah Al-Malik al-Zahir yang terkenal dengan sifat wara’ beliau telah mengubah lafaz bai’ah dengan memulakannya dengan menyebut:-

‫ﻳﻌﻚ ﻋﻠﻰ ﻛﺘﺎب ﷲ وﺳﻨﺔ رﺳﻮﻟﻪ وﺻﺎﱀ اﳌﺆﻣﻨﲔ‬ʪ‫أ‬
Ertinya : “Aku berbai’ah denganya untuk menjalankan Kitab Allah dan Sunnah rasulNya dan demi kebaikan orang mukmin.”
Dr Abu Faris menyatakan lafaz bai’ah yang sebegitu adalah dianggap sebagai kontrak wakalah dari rakyat kepada pemerintah yang dilantik bagi menjalankan tugas berdasarkan kitab dan Sunnah.
Atas sebab itu, beliau berpandangan jika bai’ah ditakyifkan sedemikian maka selagi mana wakilnya mampu menunaikan konten bai’ah, selagi itu beliau boleh kekal, namun sekiranya kelihatan gagal, rakyat berhak menukar pemerintah dan terbatallah bai’ah yang telah diberikan sebagaimana terbatalnya hubungan muwakkil dengan wakil.36 Demikian juga disarankan oleh
Sheikh Mahmud Syaltut dalam Taujihat al-Islam 37 dan juga Sheikh Mahmud Fayyadh dalam Al-Fiqh
Al-Siyasi 38
Selain itu, lafaz bai’ah Ibn Umar juga mengikat pemerintah agar taat Allah dan RasulNya. 39 Namun
Jemaah Ikhwan al-Muslimin telah kembali memasukkan sumpah dalam bai’ah mereka.40

2. Adapun mana-mana ahli biasa yang bukan calon yang pernah melafazkan bai’ah taat setia kepada mana-mana Jemaah minal muslimin seperti PAS, BERJASA dan pelbagai NGO Islam seperti
MURSHID, IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan lain-lain, ia hanyalah pada tahap MENGIKAT JANJI di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Di dalam Islam, hukum sebuah janji adalah wajib dipatuhi kecuali jika wujud maslahat yang lebih besar atau keterpaksaan.
Melakukan kemungkiran beerti dosa dan perlu beristighfar dan melakukan amal soleh yang lebih banyak bagi menutup dosa yang terhasil dari melanggar perjanjian.
Pun begitu, TIDAK BENAR sama sekali pelanggarannya dengan cara keluar parti atau NGO yang hanya merupakan Jemaah min al-muslimin bakal membawa kekafiran, bughah dan mati jahiliyah atau apa-apa ancaman yang ternyata dalam hadis, kerana hadis tersebut menyebut konteks pemerintah am yang berkuasa dan bukannya pimpinan Jemaah amal makruf nahi mungkar yang kecil tanpa kuasa negara dan ketenteraan. Wallahu ‘alam.

36

Al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dar al-Furqan, Jordan, 1986 , h. 310 halaman 523
38
halaman 26 ; Naqal dari Abu Faris, h. 310
39
Lafaznya berbunyi ( ‫)إﻧﻲ أﻗر ﺑﺎﻟﺳﻣﻊ واﻟطﺎﻋﺔ ﻟﻌﺑدﷲ ﻋﺑداﻟﻣﻠك أﻣﯾر اﻟﻣؤﻣﻧﯾن ﻋﻠﻰ ﺳﻧﺔ ﷲ و ﺳﻧﺔ رﺳوﻟﮫ ﻓﯾﻣﺎ اﺳﺗطﻌت وأن ﺑﻧﻲ ﻗد أﻗروا ﺑذﻟك‬
Rujuk Fath al-Bari, j. 16, h 318
40
Qanun al-Nizam al-Siyasi li Hai’ah al-Ikhwan Al-Muslimin, Hassan Al-Banna, h. 7
37

18

PERSOALAN TA’LIQ LAKNAT DALAM BAI’AH
Selain itu, wujud juga pertikaian memasukkan lafaz “Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
Kritikannya adalah pada hal berikut:1. Lafaz terlalu umum dengan hanya menyebut ‘parti ini’, justeru sekiranya pimpinan parti menyeleweng dari Islam, calon-calon ini seolah masih terikat dan masih terus taat melebihi
Allah dan RasulNya. Atas sebab itu, sepatutnya ‘parti’ itu turut diikat selagi berpegang kepada
Kitab Allah dan RasulNya dalam sighah yang sama, tidak cukup hanya kembalikan kepada perlembagaan kerana ia boleh diubah di dalam mesyuarat agung tahunan parti terbabit.
2. Mengkhususkan laknat Allah, Malaikat dan sekalian pelaknat bagi yang mengkhianati perjuangan memerlukan dalil khusus dan specifik. Ini adalah kerana bentuk hukuman yang bersifat ghaybiyyat ini bukan hak manusia untuk menujukannya kepada sesiapa yang disukainya, kecuali apabila ia termasuk di bawah peruntukan umum dari ayat Al-Quran dan Hadis Nabawi.
Jika diteliti dari ayat-ayat Al-Quran, peruntukan laknat Allah swt yang disebut sendiri oleh Allah swt hanya khusus kepada beberapa kumpulan manusia ini:1 - Orang kafir. Al-Baqarah : 161
2 - Yang sengaja menyembunyikan kebenaran dari Al-Quran. Al-Baqarah : 159
3 - Penipu sewaktu proses mubahalah (‫ .) اﻟﻛﺎذب ﻓﻲ اﻟﻣﺑﺎھﻠﺔ‬Al-Imran : 61
4 - Yang sengaja mengubah ayat Allah swt (‫ ).اﻟﻣﺣرﻓون ﻟﻠﻛﻠم ﻋن ﻣواﺿﻌﮫ‬Al-Nisa : 46
5 - Pembunuh secara sengaja ( ‫ ).اﻟﻘﺎﺗل اﻟﻌﻣد‬An-Nisa’ : 93
6 - Yang engkar Janjinya dengan Allah swt (‫).اﻟﻧﺎﻗﺿون ﻟﻌﮭد ﷲ واﻟﻣﯾﺛﺎق‬Al-Maidah : 13 & Al-Ra’d : 25
7 - Yang melampau dalam hal zat ketuhanan (‫).اﻟﻣﺗطﺎول ﻋﻠﻰ اﻟذات اﻹﻟﮭﯾﺔ‬
8 - Penghuni neraka (‫).أﺻﺣﺎب اﻟﻧﺎر‬
9 - Orang munafiq (‫ ).اﻟﻣﻧﺎﻓﻘون واﻟﻣﻧﺎﻓﻘﺎت‬Al-Fath : 6 & at-Taubat : 68
10 - Membuat penipuan di atas nama Allah (‫ ).اﻟﻣﻔﺗري ﻋﻠﻰ ﷲ اﻟﻛذب‬Hud : 18
11 - Menuduh wanita bersih dengan zina (‫ ).راﻣﻲ اﻟﻣﺣﺻﻧﺎت اﻟﻐﺎﻓﻼت‬An-Nur : 23
12 - Yang menyakiti Allah swt dan Rasulullah saw. AL-Ahzab : 57
13 - Orang-orang yang zalim (‫ )اﻟظﺎﻟﻣﯾن‬Ghafir : 52
15 - Bersangka buruk kepada Allah swt (‫– )اﻟظﺎﻧﯾن ﺑﺎͿ ظن اﻟﺳوء‬Al-Fath : 6
16 - Suami isteri yang membuat lafaz li’an dan bersalah menipu. An-Nur : 7
Manakala dari peruntukan laknat Allah swt dari hadis-hadis pula adalah dari kalangan:1.
2.
3.
4.
5.

Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadat.
Pencuri yang telah dipotong tangan dan masih mencuri.
Pemakan riba, pemberi makan, penulis dan saksinya.
Pengkid (wanita menyerupai lelaki ) dan pondan (lelaki menyerupai wanita).
Yang melaknat ibubapanya.

19

6.
7.
8.
9.

Yang menyembelih binatang dengan selain nama Allah swt.
Yang membuat porak peranda bumi dengan pembunuhan dan pelbagai jenayah lain.
Yang sengaja menguhbah sempadan negara untuk mengelirukan pemilikan harta
Yang bertatoo, menipiskan kening, mengubah gigi yang cantik secara kekal kerana tidak puas hati ciptaan Allah swt.
10. Wanita tolak pelawaan suami untuk bersama sedangnya dia suci.
Kesemua peruntukan itu datangnya dari kumpulan hadis-hadis di bawah ini:-

ِ ِِ ِ
ِ
ِ
ِ ِ
‫ُ ﻋْﻨـﻬﺎ، ﻋﻦ اﻟﻨﱠﱯ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ، ﻗﺎل: ﰲ ﻣﺮﺿﻪ اﻟﱠﺬي ﻣﺎت ﻓِﻴﻪ :ﻟَﻌﻦ ﷲُ اﻟْﻴَـﻬﻮد‬ɍ‫• وﻋﻦ ﻋﺎﺋِﺸﺔَ، رﺿﻲ ا‬
َ ُ
َ َ
ََ
ََ
ِّ َ َ َ ‫َ َ ْ َ َ َ َ ﱠ‬
ِ
‫ﱠ‬
‫واﻟﻨﱠﺼﺎرى، اﲣَﺬوا ﻗُـﺒُﻮر اﻧْﺒﻴَﺎﺋِﻬﻢ ﻣﺴﺎﺟﺪ‬
َ َ َ ِْ
َ ُ
ََ َ
ِ
"ُ‫ اﻟﺴﺎرق ﻳَﺴﺮق اﻟْﺒَـْﻴﻀﺔ، ﻓَـﺘُـﻘﻄَﻊ ﻳَﺪﻩُ، وﻳَﺴﺮق اﳊَْﺒﻞ، ﻓَـﺘُـﻘﻄَﻊ ﻳَﺪﻩ‬ɍ‫• وﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ:" ﻟَﻌﻦ ا‬
ُ ُ ْ َ ْ ُِْ َ ُ ُ ْ ََ ُ ِْ ُِ ‫َ َ ﱠ ﱠ‬
ِ ُ
ٍ َ ََْ
:‫، وﻣﻮِﻠَﻪُ، َﻛﺎﺗِﺒَﻪُ، وﺷﺎﻫﺪﻳْﻪ، وﻗَﺎل‬ʪ‫• وﻋﻦ ﺟﺎﺑِﺮ رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ، ﻗَﺎل: ﻟَﻌﻦ رﺳﻮل ﷲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ آﻛﻞ اﻟﺮ‬
َ َ ِ َ ِ َ َ َ‫ِ َ َِّ َ ُ ﻛ و‬
َُ ََ َ

ٌ‫ﻫﻢ ﺳﻮاء‬
ََ ْ ُ
ِ ‫ِ ِ ِ ِ ِ ﻟﻨ‬
ِ‫ُ ﱠ‬
ِ
،‫ ِّﺴﺎء‬ʪ ‫ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ اﻟْﻤﺘَﺸﺒِّﻬﲔ ﻣﻦ اﻟﺮﺟﺎل‬ɍ‫ُ ﻋْﻨـﻬﻤﺎ ﻗَﺎل: ﻟَﻌﻦ رﺳﻮل ا‬ɍ‫• وﻋﻦ اﺑْﻦ ﻋﺒﱠﺎس، رﺿﻲ ا‬
َّ ْ َ َ ُ
ُ َ ََ َ َُ َ ‫ََ ْ ِ َ ٍ َ َ ﱠ‬
َ
ِ ِ
ِ ِِِ
‫ﻟﺮﺟﺎل‬ʪ ‫واﻟْﻤﺘَﺸﺒِّﻬﺎت ﻣﻦ اﻟﻨِّﺴﺎء‬
ََ ُ َ
َّ َ ْ
ِ
‫ُ ﻣﻦ‬ɍ‫، وﻟَﻌﻦ ا‬ɍ‫ُ ﻣﻦ َﺑَﺢ ﻟِﻐَﲑ ا‬ɍ‫ُ ﻣﻦ ﻟَﻌﻦ واﻟِﺪﻩُ، وﻟَﻌﻦ ا‬ɍ‫• وﻋﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ أﰊ ﻃﺎﻟﺐ رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ ﻳﺮﻓﻌﻪ: " ﻟَﻌﻦ ا‬
ْ َ ‫َ َ ﱠ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ﱠ َ ْ ذ َ ِْ ﱠ َ َ َ ﱠ‬
ِ ْ َ َ َ َ ْ َ ‫َ ُْ ِ ً َ َ َ ﱠ‬
‫ُ ﻣﻦ ﻏﻴﱠـﺮ ﻣﻨَﺎر اﻷَرض‬ɍ‫، وﻟَﻌﻦ ا‬ʬ‫آوى ﳏﺪ‬
ِ‫ِ ﱠ‬
ِ ْ ُ ْ ِ َ َ ُ َ ِ َ ِّ ُ َ ِ ِّ َ ُ َ ِ ِ َ ‫َ َ َ ﱠ‬
‫ُ اﻟْﻮاﴰَﺎت واﻟْﻤﺘَـﻮﴰَﺎت واﻟْﻤﺘَـﻨَﻤﺼﺎت واﻟْﻤﺘَـﻔﻠِّﺠﺎت ﻟِﻠﺤﺴﻦ‬ɍ‫ ﺑﻦ ﻣﺴﻌﻮد رﺿﻲ ﷲ ﻋﻨﻪ، ﻗَﺎل: ﻟَﻌﻦ ا‬ɍ‫• وﻋﻦ ﻋْﺒﺪا‬
َ ََْ
ِ‫ﱠ‬
ِ
...ɍ‫اﻟْﻤﻐَِﲑات ﺧ ْﻠﻖ ا‬
َ َ َّ ُ
ِ َ ِِ َ
‫ْﺗِﻪ، ﻓَـﺒَﺎت ﻏﻀﺒَﺎن ﻋﻠَْﻴـﻬﺎ، ﻟَﻌﻨَـ ْﺘـﻬﺎ اﻟْﻤﻼَﺋِﻜﺔُ ﺣﱴ ﺗُﺼِﺢ‬Ϧ ‫• إِذا دﻋﺎ اﻟﺮﺟﻞ اﻣﺮأَﺗَﻪُ إِﱃ ﻓِﺮاﺷﻪ ﻓَـﻠَﻢ‬
َ ‫َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ﱠ ْﺒ‬
ْ
َ
َْ ُ ُ ‫َ َ َ ﱠ‬
Meneliti kepada kumpulan ayat dan hadis-hadis ini kelihatan apa yang khusus dengan lafaz ta’liq laknat dalam bai’ah tadi seolah diceduk secara sepenuh dari ayat Al-Baqarah 159 yang berbunyi:-

ِ ِ ْ ِ
ِ
ِ‫ﱠ‬
ِ
ِ ِ
ِ
‫ُ وﻳَـﻠْﻌﻨُـﻬﻢ اﻟﻼﻋﻨُﻮن‬ɍ‫إِن اﻟﱠﺬﻳﻦ ﻳَ ْﺘُﻤﻮن ﻣﺎ أَﻧﺰﻟْﻨَﺎ ﻣﻦ اﻟْﺒَـﻴِّﻨَﺎت واﳍُﺪى ﻣﻦ ﺑـَﻌﺪ ﻣﺎ ﺑـَﻴﱠـﻨﱠﺎﻩُ ﻟِﻠﻨﱠﺎس ِﰲ اﻟْﻜﺘَﺎب أُوﻟَـﺌِﻚ ﻳَﻠﻌﻨُـﻬﻢ ا‬
َ َ
َ ْ
َ َ ََ ُ‫ﱠ َ ﻜ‬
ُُ َ َ ّ ُُ َ َ
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.
Selain itu, terdapat satu lagi adalah laknat Allah dan manusia seluruhnya yang dikhususkan golongan tertentu, iaitu :-

ِ
ِ
ِ
‫ واﻟْﻤﻶﺋِﻜﺔ واﻟﻨﱠﺎس أَﲨَﻌِﲔ‬ɍ‫إِن اﻟﱠﺬﻳﻦ ﻛﻔﺮوا وﻣﺎﺗُﻮا وﻫﻢ ﻛ ﱠﺎر أُوﻟَﺌِﻚ ﻋﻠَْﻴﻬﻢ ﻟَﻌﻨَﺔُ ا‬
َ ْ ِ َ َ َ َ ّ ْ ْ ِ َ َ ٌ ‫ﱠ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ْ ُﻔ‬

20

Ertinya : Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya. (Al-Baqarah : 161)
Dan surah Al-Imran ayat 86 dan 87.

ِ
ِ
ِ
ِ
‫ُ ﻻَ ﻳَـﻬﺪي اﻟْﻘﻮم اﻟﻈﱠﺎﻟِﻤﲔ‬ɍ‫ُ ﻗَـﻮﻣﺎ ﻛﻔﺮواْ ﺑَـﻌﺪ إِﳝَ ِِﻢ وﺷﻬﺪواْ أَن اﻟﺮﺳﻮل ﺣﻖ وﺟﺎءﻫﻢ اﻟْﺒَـﻴِّﻨَﺎت وا‬ɍ‫ﻛْﻴﻒ ﻳـَﻬﺪي ا‬
َ
ْ َُّ
ْ َ َ
ََْ
ُ ُ َ َ ‫ ْ َ َ ُ ﱠ ﱠ ُ َ َ ﱞ‬Ĕ‫ّ ْ ً َ َ ُ ْ َ ﺎ‬
ِ
ِ
‫ واﻟْﻤﻶﺋِﻜﺔ واﻟﻨﱠﺎس أَﲨَﻌِﲔ‬ɍ‫أُوﻟَـﺌِﻚ ﺟﺰآؤﻫﻢ أَن ﻋﻠَْﻴﻬﻢ ﻟَﻌﻨَﺔَ ا‬
َ ْ ِ َ َ َ َ ّ ْ ْ ِ َ ‫ْ َ ََ ُ ُ ْ ﱠ‬
Ertinya : Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul, dan keteranganketerangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuki orang-orang yang zalim. Mereka itu, balasannya ialah: bahawasanya laknat Allah ditimpakan kepada mereka,
(demikian pula) laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.
Maka jelas di sini, memasukkan lafaz seberat laknat Allah, Malaikat dan seluruh pelaknat di dalam lafaz bai’ah adalah suatu yang tidak wajar dan tidak sahih malah jenis kesalahan yang melayakkan seseorang sabit mendapat laknat sebegitu hanyalah:
1. Kufur dan mati dalam keadaan itu.
2. Kafir yang telah beriman dan kemudian murtad.
Untuk itu saya berpendapat, bukanlah hak manusia untuk sewenangnya mensabitkan laknat Allah,
Malaikat dan Manusia ke atas seseorang menggunakan syaratnya yang tersendiri. Malah jika ada yang cuba berbuat demikian, hukuman itu tidak sabit dan laknat itu tidak jatuh ke atas yang pemungkir. Hanya dosa akibat melanggar janji dengan manusia sahaja yang sabit. Sebagai contoh, adakah harus seseorang pembeli mengikat penjual dengan katanya, sekiranya barang ini tipu maka laknat Allah swt , malaikat dan manusia ?. Jawabnya, dia tidak boleh berbuat demikian malah jika dibuat sekalipun, ia tidaklah sabit kerana ia hukuman bentuk ghaib seperti laknat
Allah itu bukan satu peruntukan yang diberikan kepada manusia untuk menentukan penerimanya, tetapi Allah swt sendiri yang menentukannya sebagaimana dari ayat-ayat laknat di sekitar 16 tempat dan yang hampir maknanya di dalam al-Quran sebagaimana yang telah dinukilkan di atas.
Malah jika ingin disabitkan laknat bagi pemungkir bai’ah itu melalui peruntukan “orang zalim’ sebagaimana ayat surah Ghafir 52, kerana cuba dikirakan pemungkir bai’ah dan parti sebagai suatu kezaliman. Itu juga masih TIDAK BETUL kerana ayat ke 50 dan 51 menjelaskan bahawa tahap zalim yang dimaksudkan dalam ayat 52 adalah kafir, pengingkar dan penentang rasul-rasul.
3. Perkataan ‘khianati’ adalah terlalu umum dan boleh ditakwil kepada pelbagai takwilan.
Termasuk dalam ketidakjelasan lafaz adalah ‘khianati parti dan perjuangan’. Kerana mungkin sahaja ditakwilkan oleh mereka yang membantah pimpinan adalah kerana tafsiran pimpinan

21

semasa terhadap perjuangan itu sendiri yang salah, justeru mereka menentang bagi tidak khianati parti dan perjuangannya.
Juga boleh ditakwil, penentangan itu adalah untuk tidak mengkhianati parti tetapi hanya bercanggah padangan dan pendekatan dengan pimpinan yang dikira telah gagal memenuhi perjuangan parti dan mungkin akan mengkhinatinya.
Atas asbab itu, pada hemat saya, lafaz ta’liq ini tidak sabit kerana tiada nas khusus yang boleh disabitkan dalam kes yang dinyatakan di dalam lafaz bai’ah itu dan ia tidak juga jelas dari sudut maksudnya. Wallahu a’lam.

Similar Documents

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wata'ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh...

Words: 129247 - Pages: 517