Free Essay

Jatuh Bangun Sesebuah Tamadun

In:

Submitted By sueana
Words 5500
Pages 22
JATUH BANGUN SESEBUAH TAMADUN
Isi Kandungan 1.0 Pengenalan
1.01 Objektif
2.0 Faktor-faktor kemunculan dan perkembangan tamadun * Kedudukan strategik * Ransangan keagamaan * Penghayatan moral dan nilai murni yang tinggi * Politk * Ekonomi * Kesengsaraan hidup * Perilaku dan kebudayaan yang tinggi * Toleransi dengan tamadun lain

3.0 Faktor-faktor kejatuhan tamadun * Ketidakadilan dan jurang perbezaan * Keruntuhan moral dan nilai masyarakat * Wujud sikap tertutup * Penindasan dan kezaliman * Malapetaka dan bencana alam 4.0 Pengajaran dan Penutup
4.01 Rujukan
5.0 Laporan 1.0 Pengenalan
Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab “tamaddun”, “madinah”,dan “madaniyah” yg bermaksud bandar. Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi melalui kitabnya “Mukaddimah”. Sejarah merupakan asas kepada pengajian ketamadunan. Nmun begitu,terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Secara asasnya, pengajian ketamadunan membincangkan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran atau ringkasnya kajian tentang masa lampau.(sumber: Osman Bakar,Tamadun Islam dan Tamadun Asia)
Namun, apa yang ingin ditekankan di dalam esei ini adalah faktor-faktor kelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun serta faktor-faktor kejatuhan dan kemunduran tamadun tersebut. Hal ini kerana faktor-faktor yang dipelajari ini dapat memberi pengajaran yang berguna sekaligus membantu generasi masa kini dalam mengekalkan nilai sesebuah tamadun mahupun sebagai asas dalam membina sebauah tamadun yang baru.Terdapat lapan faktor yang menyebabkan muncul dan berkembangnya sesebuah tamadun itu dan lima faktor yang menyebabkan runtuhnya sesuatu tamadun itu, yang akan diperjelaskan dan dibincangkan di dalam esei ini.

1.01 Objektif
Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kertas kerja ini. Objektif yang pertama ialah dapat menerangkan lapan faktor kemunculan sesebuah tamadun. Kedua, dapat menerangkan lima faktor kejatuhan sesebuah tamadun. Objektif ketiga ialah dapat mengenal pasti tamadun-tamadun awal yang penting di dunia.

2.0 Faktor-faktor Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
2.01 Kedudukan strategik
Faktor yang pertama adalah kedudukan yang strategik. Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan. Penduduk-penduduk prasejarah hidup semata-mata bergantung kepada keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka menghasilkan makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara diri dan kemudian berkembang ke arah bertamadun.
Penghasilan makanan yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil. Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah berkembang menjadi perkampungan yang kecil. Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal. Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan seharian manusia sejak awal lagi tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu, kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal.
Sungai menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan penangkapan ikan di situ. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti pertukaran barang.(sumber: tamadundunia-stpm.blogspot.com)

2.02 Ransangan Keagamaan
Seterusnya adalah faktor ransangan keagamaan dan kerohanian. Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.(sumber: Oxford Fajar,Tamadun Islam Dan Tamadun Asia)
Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci serta mendorong kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada pembangunan kehidupan seperti ini, bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu. Antara contoh yang lain adalah, pemerintah menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk perkara-perkara keagamaan. Sejumlah besar kutipan cukai dikhaskan untuk keperluan agama dan untuk membina tempat-tempat ibadat seperti kuil dan sebagainya.
Masyarakat tamadun awal mempercayai kewujudan banyak tuhan atau polytheistic. Unsur alam semula jadi dijadikan sesuatu untuk disembah bagi tujuan menjauhkan malapetaka. Kepercayaan terhadap unsur alam mempengaruhi setiap aspek kehidupan. Contohnya, dalam bidang pertanian, mereka memuja unsur alam untuk mendapatkan hasil yang banyak. Keadaan tersebut telah membawa kepada penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.(sumber: www.scribd.com-falsafah-agama-dan-kepercayan) 2.03 Penghayatan Moral dan Nilai Murni yang Tinggi
Seterusnya adalah penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti,ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China,Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam. Contohnya, dalam pembinaan Tamadun Islam, aspek akidah sangat dititikberatkan.
Hal ini demikian kerana akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam. Pegangan akidah yang kuat dan kukuh akan dapat membebaskan diri manusia daripada tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk jirim atau roh. Dalam erti kata lain, pegangan akidah yang kuat dapat menghalang manusia daripada melakukan sebarang perkara-perkara buruk yang bertentangan dengan norma-norma manusia seprti membunuh, mencuri dan sebagainya. Selain itu, nilai-nilai terpuji yang terdapat dalam sesebuah masyarakat juga dapat membantu masyarakat tersebut bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia pula, nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri setiap rakyatnya berjaya meghidupkan suasana yang harmoni tanpa ada sebarang rusuhan kaum yang berlaku.(sumber: www.scribd.com/penerapan-nilai-nilai-murni-dalam-masyarakat-berbilang-kaum-di-Malaysia)

2.04 Politik
Seterusnya, politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun. Dasar perluasan kuasa yang dipraktikkan oleh sesebuah tamadun itu membantu perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 359 SM, Philip mengisytiharkan dirinya sebagai raja di Makedonia. Dia bercadang hendak menguasai seluruh wilayah Greek yang berpecah-belah itu. Dia menubuhkan angkatan tentera yang tertetap dan bergaji, yang terdiri daripada petani Makedonia dan melatih askar ini mengikut cara latihan askar di Thebes. Dengan tentera yang terbaik, dia mula menakluk puak-puak liar yang terdapat di antara Makedonia dan Danube. Kemudian, dengan satu dasar bijak menggunakan diplomasi dan kekerasan, dia menguasai bahagian Utara Aegean, kemudian melalui Thermopylae untuk menubuhkan suprimasinya di tengah Greek dengan menghancurkan tentangan orang Phocia. Pada tahun 338 SM, Athens dan Thebes akhirnya dikalahkan.
Selain itu,pemerintahan yang cekap dan bijak juga membantu sesebuah tamadun itu bertahan dalam jangka masa yang lama. Ramai pemerintah agung tamadun yang terkenal berjaya memberi kegemilangan pada zaman pemerintahan masing-masing. Contohnya, Sultan Muhammad Al-Fatih yang memerintah kerajaan Turki Uthmaniyyah telah melakukan banyak perubahan dalam sistem pentadbiran seperti menubuhkan pasukan angkatan tentera laut yang memudahkan mereka menakluk musuh dari jalan laut. Perubahan yang dilakukan beliau telah berjaya menjadikan kerajaan Turki Uthmaniyyah megah berdiri selama lebih enam ratus tahun.
Alexander The Great yang memerintah Tamadun Yunani juga merupakan salah seorang pemerintah yang cekap. Baginda menaiki takhta pada tahun 326 SM semasa baginda berusia 20 tahun. Dia mewarisi sikap sombong, penuh emosi dan berani dari ibunya; fikiran yang praktikal, kepintaran dalam politik dan kemahiran dalam peperangan dari ayahnya. Baginda merupakan ketua tentera dan perancang strategi yang handal. Semasa pemerintahan baginda, kebudayaan Hellenistik telah berkembang ke seluruh empayarnya. Kebudayaan Hellenistik merupakan gabungan kebudayaan Yunani dan kebudayaan Parsi. Baginda merupakan pengasas bandar Iskandariah, sebuah pusat pembelajaran yang penting dalam bidang sains dan matematik. Alexander Agung tidak pernah kalah dalam peperangan dengan musuhnya. Semasa pemerintahannya, Empayar Yunani telah mencapai kegemilangan sehingga meliputi 3 benua iaitu Asia, Eropah dan Afrika.(sumber: ms.wikipedia.org/Yunani-Purba & Kerajaan Uthmaniyyah)

2.05 Ekonomi
Faktor seterusnya dalam kelahiran tamadun ialah ekonomi yang stabil. Hampir semua tamadun bergantung kepada perdagangan dan pertanian sebagai sumber ekonomi. Hal ini menyebabkan sumber ekonomi bermula di lembah sungai. Bagi tamadun India adalah di sungai Indus. Menjelang abad pertama masihi, perdagangan maritin telah berkembang pesat dan raja-raja selatan India telah menggalakkan pembinaan rumah api dan pelabuhan. Kavirippattinan merupakan perlabuhan utama kerajaan Chola. Bagi tamadun Mesir pula, ekonomi tamadun Mesir bermula di sungai Nil. Bangsa Mesir menyebut wilayah mereka sebagai Deshret (daratan merah) dan daerah tepi sungai Kemet (daratan hitam). Mesir sering disebut dengan ‘hadiah sungai Nil’ kerana kehidupan mereka bergantung kepada sungai. Para petani telah menggali parit untuk mengalirkan air sungai ke lading tebing sungai Nil dari utara Mesir ke laut Mediterranean. Sungai Nil ini berpunca dari sungai Nil Biru dari Ethiopia dan sungai Putih dari Uganda. Terdapat banyak pertempatan yang dibina di tepi sungai ini sehingga terbinanya sebuah kampung kemudian bandar serta daerah dan akhirnya daerah-daerah ini dicantumkan menjadi sebuah pentadbiran tamadun Mesir. Hal ini secara tidak langsung telah menigkatkan kegiatan perdagangan kerana banyak kapal dari laut Mediterranean dan laut merah berlabuh di perlabuhan Thebes, Memphis. Tamadun Mesopotamia pula terletak di antara dua sungai besar iaitu Eufrat dan Tigris yang kini merupakan Republic Islam Irak. Dalam bahasa yunani, Mesopotamia bermaksud tanah diantara dua sungai. Kegiatan ekonomi utama tamadun ini ialah petanian, perdaganan dan pengusahaan. Tanaman utama mereka adalah gandum. Pada peringkat awal sistem barter diamalkan dalam tamadun ini tetapi apabila lebih maju, perak telah dijadikan mata wang dalam urusan perdagangan dan juga pengurusan pembinaan kapal, pertukangan kayu, pemahat patung dan membuat alatan hiasan.
Selain itu, Selat Melaka juga menjadi sumber ekonomi bagi tamadun Melaka iaitu sebagai pelabuhan di lembah sungai. Sungai dan pelabuhannya menjadi empayar yang terulung di rantau ini pada abad ke-15. Keistimewaan ini adalah disebabkan kelebihan muka buminya yang sesuai untuk perdagangan kerana terlindung daripada angin monsoon dimana ramai pedagang telah singgah di pelabuhan Melaka sebelum meneruskan perjalanan mereka. Bagi tamadun Hwang Ho pula, perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti Negara Kota Anyang di sungai Huan. Kemajuan pertanian dalam membina terusan untuk mengairi tanaman dan mengelakkan banjir telah dimajukan oleh Shin Huang Ti. Dengan penciptaan teknologi seperti pembajak, cangkul dan sabit, petani mula menggunakan batas tanaman dan kemudiannya alatan pertanian kayu telah ditukar kepada besi. 2.06 Kesengsaraan Hidup
Seterusnya, kesengsaaan hidup juga menyumbang kepada kelahiran sesebuah tamadun dimana penindasan telah berlaku kepada golongan hamba atau golongan yang tidak mempunyai kuasa. Hal ini secara tidak langsung telah mendorong kerjasama sesama golongan yang ditindas untuk membebaskan diri dari belunggu yang dialami mereka lalu membentuk disiplin dan kreativiti golongan yang lemah untuk bangkit lebih maju.
Dalam konteks zaman moden, kemunculan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul sebagai salah satu kuasa ekonomi dunia.

2.07 Perilaku dan Kebudayaan yang Tinggi Selain itu, perilaku dan kebudayaan yang tertinggi dalam masyarakat juga merupakan salah satu daripada faktor kelahiran dan perkembangan tamadun. Tatacara tersusun dalam pentadbiran dan ekonomi telah memakmurkan kehidupan masyarakat secara tidak lansung membawa ke arah kelahiran sesebuah tamadun. Antara yang dapat dilihat adalah dalam tamadun Mesopotamia, dimana Raja Hammurabi yang memerintah Babylon telah menggubal Kod undang-undang Hammurabi. Kod undang-undang ini adalah berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Kod undang-undang Hammurabi ini berasaskan tiga prinsip utama iaitu prinsip pembalasan bagi mereka yang mempunyai status sosial yang sama. Sebagai contoh, sekiranya seorang anak memukul ayahnya, tangannya akan dipotong. Prinsip kedua ialah hukuman yang dikenakan tertakluk kepada status sosial mangsa dan pesalah seperti seorang bangsawan mematahkan tulang seorang bangsawan lain maka tulangnya akan dipatahkan manakala sekira bangsawan mematahkan tulang seorang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda satu wang perak dan prinsip terakhir, seseorang perlu membuat aduan sendiri kepada mahkamah kerana tidak terdapat pendakwa raya. Pada zaman kegemilangan sesuatu tamadun terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat penonjolan pencapaian luar biasa iaitu aspek kesenian, kesasteraan, permikiran dan falsafah. Pembinaan Aquaduct dan Colloseum oleh tamadun Rom adalah bukti kesenian manakala bagi tamadun Mesir Purba pula adalah pembinaan piramid hasil ilham Imhotep. Setiap tamadun mempunyai kesenian tersendiri begitu juga dengan tamadun Mesopotamia dengan penciptaan arca serti patung Raja Gudes pada pembangunan Zugerat. Dalam aspek kesasteraan pula, tamadun Yunani mengunakan bahasa selepas itu latin pada zaman Empayor Rom. Antara tokoh penting adalah Homer dan Hesiod. Hesiod ialah seorang penyair yang menghasilkan dua buku iaitu Theology (ilmu asal usul manusia dan ketuhanan) dan work and days. Homer pula menghasilkan IIiad and Odyssey kisah peperangan Achaea dan Troy.
Di tamadun China pula wujudnya tujuh dialek, iaitu mandarin, wu, hunanis, kiangsi, hakka, kantonis dan Fukien. Kebangkitan sastera telah disokong oleh puak kerajaan. Dinasti Han Sau-ma Chien telah meningkatkan sastera prosa karya Shin Chi yang menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin dan ilmu pengetahuan. Bagi pemikiran dan falsafah, di China terdapat sebilangan masyarakat yang mengamalkan falsafah legalisme iaitu undang-undang yang mewujudkan nilai yang baik dan ketenteraman masyarakat. Kung Fu Tze pula memperkenalkan falsafah confucianisme yang lebih kepada cara melahirkan masyarakat yang baik. Manakala Loa Tze memperkenalkan falsafah Toaisme yang lebih kepada baik buruk akhlak manusia bergantung kepada alam sekitar iaitu konsep Yin dan Yang.
Di dalam buku sejarah peradaban islam karya Dr. Badri Yatin,M.A., tamadun Islam di Sepanyol juga telah mencatat lembaran budaya yang gemilang dalam bentangan sejarah Islam. Tamadun ini telah berminat terhadap falsafah dan ilmu pengetahuan yang berkembang pada abad ke-9M selama pemerintahan penguasaan Bani Umaiyyah yang ke 5, Mahammad Ibn Al-Rahman(832-886). Antara tokoh utama pertama sejarah falsafah arab sepanyol adalah Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Sayigh yang dikenali sebagai Ibn Bajjah. Penciptaan teknologi dapat dilihat dalam kemajuan sesebuah tamadun. Tamadun Mesopotamia contohnya telah mencipta roda, kereta kuda, kincir air, layar dan kalender 12 bulan. Mesir purba pula mencipta kertas daripada pokok papyrus untuk menyimpan khazanah bangsa(penulisan) bagi mengantikan kepingan batu bata. Tamadun Islam telah memperkenalkan pengurusan hidrolik untuk tujuan iritasi. Ia digunakan untuk mengecek curahan air huduk(kolam) di buat secara konservesi tertulis di dalam buku sejarah peradaban islam, Dr. Badri Yatim, M.A.

2.08 Toleransi Dengan Tamadun Lain Toleransi yang tinggi terhadap tamadun lain juga menjadi penyumbang dalam perkembangan tamadun. Hal ini menerangkan penerimaan secara terbuka sumber-sumber yang baik daripada tamadun lain dan menbantu penbentukan tamadun baru. Seperti tamadun Indus yang mengunakan kemajuan geometrik dan binaan dalam tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.Tamadun Indus telah membuat batu bata yang mengambil jangka masa yang pendek dengan menbakar batu bata dengan suhu yang tinggi. Tamadun Mesir Purba juga membuat batu bata tetapi dengan mengunakan cara yang berbeza iaitu menjemur batu bata. Tamadun Indus telah mengunakan kemajuan binaan tamadun Mesir Purba dan diperbaharuhi supaya lebih baik.
Semangat mewujudkan interaksi penting dalam toleransi dengan tamadun lain. Interaksi boleh dibahagikan beberapa bahagian iaitu perdagangan, geografi, perkahwinan, peranan agamaan dan kepimpinan. Antara contoh perdagangan tercatat kapal-kapal China sampai di teluk Parsi dan perdagangan di pelabuhan Siraf pada 5M. Kedudukan geografi juga menjadi punca tercetusnya interaksi antara tamadun, seperti tamadun Melayu Melaka.
Pada zaman kegemilangan Melaka ramai pedagang datang berdagang, ada juga di antara mereka yang datang untuk perhentian sementara mengambil bekal air bersih dan makanan sebelum berlayar semula kerana kedudukan Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun. Seterusnya perkahwinan dimana terdapat perdagang yang datang berlayar dan berkahwin dengan rakyat tempatan. Terdapat juga anak-anak raja yang berkahwin dengan pemerintah negara lain bagi mewujudkan interaksi yang baik dengan tamadun lain. Contohnya Tamadun China telah menghantar puterinya untuk dikahwinkan dengan pemerintah negara lain. Peranan keagamaan juga telah memberi sumbangan dalam interaksi ini. Contohnya, ulamak arab yang berdagang telah berdagang sambil menyebarkan agama islam. Kedatangan mereka secara tidak langsung memberi kesan kepada perkembangan Islam di negara ini.
Selain itu, kepimpinan juga harus diketengahkan contohnya Rasulullah s.a.w tidak menyekat yahudi atau kristian dalam pemerintahan Madinah sebaliknya baginda melindungi hak mereka dengan undang-undang. Selain itu, sikap terbuka sangat penting dalam toleransi dengan tamadun lain. Penerimaan terhadap tamadun lain penting dalam kemajuan sesuatu tamadun. Tamadun Islam adalah tamadun yang bersikap terbuka dalam sumber ilmu daripada tamadun lain. Tercatat banyak sumber ilmu dari tamaduni India, Yunani, Parsi dan China yang di terima baik oleh tamadun Islam. Tamadun China juga menerima baik tamadun Melaka dengan menjadikan Melaka sebagai negara naugannya. Kerajaan China telah menghantar sepasangan baju kuning, payung kuning, cop kebesaran dan beberapa barang kebesaran kepada Melaka.

3.0 Faktor-faktor Kelemahan dan Kejatuhan Tamadun
3.01 Ketidakadilan dan Jurang Perbezaan
Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan berlakunya kelemahan dan kejatuhan tamadun. Antaranya adalah wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara dalam antara golongan kaya dengan golongan miskin. Dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara ini maka, berlakunya ketidakadilan dalam sistem pemerintahan. Dalam laman E-Kuliah yang bertajuk Pengenalan Ketamadunan ada dinyatakan bahawa situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pada zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal dimana terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya pada zaman tersebut terus menambah kekayaan.
Selain itu, golongan miskin ini juga tidak diberikan hak untuk mengundi malahan mereka telah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Lantaran daripada ketidakadilan yang telah dilakukan oleh golongan atasan maka, tercetuslah perasaan tidak puas hati daripada golongan bawahan lalu menyebabkan berlakunya pemberontakan dan rusuhan. Mereka telah menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutamanya mengenai tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan oleh golongan atasan malah lebih menyedihkan apabila ketua mereka iaitu Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat.
Dalam Wikipedia, ensiklopedia bebas yang bertajuk Empayar Rom juga ada dinyatakan bahawa masyarakat Rom terbahagi mengikut sistem kasta iaitu mengikut kelas tersendiri dimana kelas yang terendah ialah golongan hamba abdi. Golongan ini langsung tidak diberikan hak dan mereka dimiliki oleh orang lain. Kemudian adalah golongan plebeian dimana kumpulan ini terdiri daripada orang bebas tetapi mempunyai sedikit pengaruh dalam pentadbiran negara manakala, kelas kedua tertinggi ialah equestrian yang juga dikenali sebagai kesatria. Nama mereka bermaksud penunggang kuda dan setiap orang daripada mereka diberi seekor kuda dan boleh menyertai pasukan berkuda untuk bertempur bagi Empayar Rom. Mereka yang ingin menjadi golongan ini haruslah kaya dan berharta. Seterusnya, kelas yang tertinggi sekali ialah patricians atau dikenali juga sebagai golongan bangsawan. Golongan ini ialah golongan yang paling berkuasa di Rom dan berhak menjadi ahli Senat Rom. Berdasarkan contoh-contoh ini, jelas sekali memperlihatkan kepada kita bahawa wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan yang kaya dengan yang miskin.

3.02 Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat Keruntuhan moral dan nilai masyarakat juga merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah tamadun terutamanya dalam kalangan pemimpin. Hal ini menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sorotan sejarah silam, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama dalam kalangan pemimpin.
Semasa pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah, perpecahan telah berlaku dalam kalangan puak Syi’ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit dalam kalangan mereka. Malah. Dalam kalangan pemimpin mereka juga wujud golongan yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai tidak sihat yang wujud dalam kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil yang akhirnya membawa kepada kemerosotan dan menjadi lemah.(E-Kuliah,2008)
Selain itu, empayar Turki Uthmaniyah juga mengalami kemerosotan kesan daripada faktor di atas. Hal ini dapat dilihat setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni, dimana empayar Turki mula memperlihatkan kemunduran dan kejatuhan. Sikap sultan pada zaman itu sangat mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan berlakunya kerosakkan moral. Contohnya Sultan Murad III yang mana beliau telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim pula telah membunuh 100 000 orang dan telah menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya. Seterusnya, kehidupan sultan yang bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan yang tidak bermoral dan telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Selain itu, berlaku juga pemberontakan dalam empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan ini dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah,tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang di Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini telah membawa masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Selain itu, gejala rasuah juga telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan oleh pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat kita lihat sendiri apabila Sulaiman telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan tersebut dan orang yang dilantik itu juga perlu berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Kekacauan telah berlaku dalam pemerintahan lantaran gejala tersebut dan telah melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerinahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang telah membantunya memperoleh jawatan berkenaan.
Seterusnya, dalam tamadun yang agung ini juga kita dapat lihat berlakunya keruntuhan akhlak dan penghayatan yang kurang dalam Islam dimana ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul dan amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu berjihad dan menegakkan amar makruf nahi mungkar. Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan mengadakan pesta yang dilengkapi minuman keras, dendangan muzik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara.(Kejatuhan Turki Uthmaniyah,2009)

3.03 Wujud Sikap Tertutup Faktor seterusnya yang membawa kepada kejatuhan tamadun adalah wujudnya sikap tertutup daripada menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu akan merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan beku atau jumud yang berpanjangan.
Dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) ada menyatakan bahawa seorang tokoh pemikir pada masa ini, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap penganjakan paradigma (paradigma shift). Dalam sejarah juga kita dapat lihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.
Seterusnya, dalam blog yang bertajuk Kejatuhan Turki Uthmaniyah: Berakhirnya Institusi Khilafah ada menceritakan bagaimana kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong kepada perluasan kuasa atau dikenali juga sebagai imperialisme Barat. Gerakan-gerakan renaissance telah melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah telah lumpuh akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah dan peperangan demi peperangan telah berlaku dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Seterusnya, dalam E-Kuliah juga ada menyatakan bahawa keengganan tamadun China untuk menerima perubahan dari Barat telah menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkannya.

3.04 Penindasan dan Kezaliman Selain itu, berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sama sekali juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah tamadun. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Dalam buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) ada menyatakan contoh dimana wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan. Keruntuhan moral dan nilai masyarakat terutama dalam kalangan pemimpin telah menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia.
Jika dilihat dari sudut sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi, dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai, terutamanya dalam kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan “Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu disebabkan ketinggian moralnya. Sekiranya moral mereka hilang, maka umat tersebut akan lenyap”. Semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589-618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejam terhadap rakyatnya. Beliau telah memaksa rakyatnya membina istana-istana raja dan terusan lalu membawa kepada rasa tidak puas hati rakyatnya terhadap tindakannya itu. Akhirnya, golongan petani telah bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (E-Kuliah,2008) Dalam laman web yang bertajuk Peluasan, Kejatuhan & Kebangkitan ada menceritakan mengenai pemerintahan yang adil merupakan rahsia penting kegemilangan Andalusia. Ketika al-Hakam I (796) menaiki takhta menggantikan ayahnya Hisyam, ayahnya berpesan kepadanya supaya berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaya atau miskin dan berbuat baik serta berlemah lembut kepada orang yang bergantung kepadanya kerana semuanya sama-sama ciptaan Allah S.W.T. Beliau juga berpesan agar al-Hakam mengamanahkan penjagaan kota-kota dan daerah-daerahnya kepada ketua yang setia dan berpengalaman serta mengenakan hukuman tanpa belas kasihan kepada menteri-menteri yang menindas rakyatnya. Beliau juga berpesan agar menguruskan tentera dengan sederhana dan tegas serta bermacam2 lagi nasihat agar al-Hakam dapat memerintah dengan baik.
Namun malangnya al-Hakam I tidak mengikuti pesan ayahnya. Al-Hakam I telah menjadi seorang pemerintah yang zalim dan tidak peduli bahkan kejam terhadap rakyat. Dia merupakan sultan pertama yang dikelilingi oleh enam ribu pengawal peribadi. Beliau juga menghukum rakyatnya dengan kejam walaupun atas kesalahan yang kecil dan pada zamannya juga telah berlaku beberapa pemberontakan. Al- Hakam I bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap pembesar-pembesar Toledo, satu peristiwa yang dinamakan “Day of The Ditch”. Pada zaman dialah Barcelona telah jatuh ke tangan Kristian dan ia adalah kemenangan besar pertama yang diperoleh oleh Kristian dan memberi mereka semangat baru untuk menyerang umat Islam (Abd Al-Wahid Al-Marakeshi 1968).

3.05 Malapetaka dan Bencana Alam Faktor terakhir yang menyumbang kepada kejatuhan sesebuah tamadun yang dapat kami kupas di sini adalah disebabkan berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Walaubagaimanapun, faktor ini adalah diluar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah merebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pemerintah Athens yang dianggap berkebolehan iaitu Periscles juga telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri.
Selain itu, dalam buku teks Sejarah SPM juga ada menyatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan tamadun Indus adalah disebabkan oleh bencana alam iaitu kemarau dan banjir. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa faktor ini merupakan antara penyumbang yang penting kepada kejatuhan sesuatu tamadun. Hal ini demikian kerana bencana yang berlaku ini boleh mengakibatkan infrastruktur musnah serta melemahkan sistem pengurusan pentadbiran dan juga pertahanan. Masyarakat juga mengalami kesusahan berikutan bencana alam yang berlaku dan terdapat juga diantara masyarakat yang terpaksa hidup merempat berikutan kerosakan harta benda dalam bencana seperti banjir dan terdapat juga golongan yang mengalami kebuluran ekoran daripada kemarau yang panjang dimana banyak tanaman yang musnah dalam bencana ini. Berikutan masalah ini, banyak tamadun yang musnah kerana faktor ini tidak dapat diduga dan mereka hanya mampu membuat persediaan sahaja bagi menanganinya. Berdasarkan pemerhatian, kelahiran dan perkembangan sesuatu tamadun bergantung kepada kedudukan strategik dari segi geografinya untuk menarik pedagang untuk singgah terutamanya di pinggir sungai. Penerapan moral dan nilai terpuji juga telah membentuk ketamadunan satu tamadun dan menghidupkan kehidupan sempurna kemanusia serta budaya. Politik yang kukuh juga penting kerana jika politik huru-hara, bagaimanakah kemajuan tamadun dapat dilakukan dengan baik? Sudah tentu mereka memerlukan politik yang stabil bagi membolehkan mereka mentadbir sesebuah kerajaan dengan lancar. Selain itu, ekonomi juga penting bagi memastikan segala keperluan dapat disediakan dengan baik. Perilaku dan budaya yang tinggi dalam kehidupan juga adalah perlu bagi membantuk identiti sebuah tamadun itu.
Seterusnya, toleransi terhadap tamadun lain juga perlu diwujudkan untuk membangunkan tamadun dengan lebih pesat manakala kesangsaraan hidup pula dapat membuatkan seseorang itu berfikir secara kreatif untuk mengatasi masalah dan yang terakhir ialah ransangan keagamaan dan kerohanian dalam kehidupan sesebuah tamadun. Setiap yang bangkit pasti ada jatuhnya begitu juga dengan sesebuah tamadun. Ketidakadilan dan berbezaan jurang dapat meninbulkan kekecohan sehingga boleh menjatuhkan sesebuah tamadun.
Selain itu, penindasan dan kezaliman menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan akhirnya boleh menggulingkan suatu kerajaan. Malapetaka dan bencana alam pula merupakan suatu faktor yang tidak dapat dijangka namun ia boleh menyumbang kepada kejatuhan sesebuah tamadun. Seterusnya, sikap tertutup juga memberi kesan buruk dalam sesebuah tamadun dimana mereka tidak mahu menerima perubahan luar lalu menyebabkan mereka ketinggalan seterusnya membawa kepada kemerosotan.

4.0 Pengajaran dan Penutup
Faktor kejatuhan sesebuah tamadun masih tidak berubah sehingga kini namun hanya dari segi pandangan sahaja yang berbeza. Oleh hal yang demikian, kita harus mengambil iktibar agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Kita juga hendaklah memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun bagi membentuk keharmonian sejagat.
Kesimpulannya, ilmu ketamadunan membuka ruang untuk kita lebih memahami tamadun lain. Secara tidak langsung, manusia berinteraksi secara positif kearah kehidupan yang lebih harmoni. Pada masa kini, terdapat banyak sindrom politik wang telah berlaku dalam masyarakat kita. Antara yang dapat dilihat seperti pembelian undi untuk jawatan dalam parti kerajaan berleluasa menjelang setiap pilihan raya dan pemilihan parti. Selain itu, terdapat juga gejala rasuah politik oleh golongan berkepentingan, amalan tidak beretika dan kaedah ugutan, pemerasan dan kekerasan politik ala-Machiavelliam dan hubungan simbiosis antara syarikat besar dengan tokoh politik. Semua perkara ini perlu diambil tindakan kerana jatuh bangunnya sesebuah negara terletak ditangan pemimpinnya. Pengamalan bersih dalam pemerintahan penting untuk pembangunan negara kerana dengan wujudnya pemerintahan yang bebas daripada pengaruh negatif, secara tidak lagsung rakyat juga akan turut bekerjasama menggembleng tenaga membantu pemimpin bagi membangunkan sesebuah negara seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara tersebut.
Kerajaan juga harus sedar bahawa kedudukan mereka sebenarnya bergantung kepada rakyat yang diperintah. Jika mereka tidak mengamalkan pemerintahan yang baik serta dicemari dengan rasuah, adalah senang bagi mereka untuk jatuh seterusnya melemahkan sistem pentadbiran dan pertahanan negara terbabit. Dengan terjadinya hak yang sedemikian, maka mudahlah bagi kuasa luar untuk campur tangan dalam urusan negara terbabit seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan mereka. Oleh hal yang demikian, kita haruslah sedar mengenai perkara ini seterusnya berusaha untuk menanganinya bagi mengelakkan negara kita mundur serta dijajah oleh kuasa luar buat kesekian kalinya. Dengan adanya faktor-faktor perkembangan dan kejatuhan tamadun seperti yang dibincangkan di atas, dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

4.01 Rujukan
Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hmzah, Azhar Mad Aros(2009), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Shah Alam: Oxford Fajar.
Badri Yatim(1993), Sejarah Peradaban Islam, Raja Grafindo Persada Jakarta.
Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, Nik Kamaliah Nik Abdullah (2009), Kenalilah Tamadun (Al Hadarah), Kuala Lumpur: Visual Print Sdn. Bhd.
Hashim Hj Musa(2001), Merekonstruksi Islam Tamadun Melayu Islam Kearah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga, Fakulti sastera dan sains sosial, USM
Osman Bakar, Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad(2009), Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Azid(Ogos 2011), Bab1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia(23 Oct 2011), http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab1-kemunculan-tamadun-awal-manusia/
Hidayah,E-Kuliah(2008), Pengenalan Ketamadunan,(15 Okt. 2011) http://bmm222.blogspot.com/2008/10/ctu551-titas-1.html
Mustakim bin Sohaili(2009), Kejatuhan Turki Uthmaniyah:berakhirnya Institusi Klilafah, (15 Okt. 2011) http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2009/04/kejatuhan-turki-uthmaniyah-berakhirnya.html shamsuri.com, Tamadun Islam (23 Okt.2011), http://www.angelfire.com/id/idzwan/tamadun.html
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 2011(2011), http://www.scribd.com/doc/52584588/8/FAKTOR-KELAHIRAN-DAN-KEJAYAAN-TAMADUN Wikipedia,ensiklopedia bebas(2011), (23Okt. 2011),

5.0 Laporan

Berdasarkan persembahan daripada kumpulan kami, kami telah menerima beberapa ulasan daripada pensyarah kami iaitu Professor Madya Dr. Ahmad Zaki B. Haji Abdul Latif. Antara ulasan beliau ialah mengenai tajuk persembahan kami yang kurang sesuai iaitu Faktor Kelahiran, Perkembangan dan Kejatuhan Sesebuah Tamadun. Namun begitu, kami telah mengambil inisiatif dengan menukar tajuk persembahan kami kepada Jatuh Bangun Sesebuah Tamadun.
Seterusnya, kumpulan kami juga tidak menyediakan soalan untuk pelajar-pelajar lain bagi memastikan mereka faham tentang apa yang diterangkan oleh kumpulan kami. Namun begitu, kami yakin bahawa para pelajar memahami tajuk yang kami bentangkan memandangkan kami telah berusaha untuk menyampaikan apa yang terkandung dengan jelas agar segala objektif kumpulan kami tercapai.
Selain itu, beliau juga mengulas mengenai senarai isi kandungan yang sepatutnya terdapat dalam persembahan kami. Hal ini demikian kerana kami meneruskan persembahan kami kapada tajuk yang utama iaitu Jatuh Bangun Sesebuah Tamadun. Namun begitu, kumpulan kami telah memberi respon dengan menambahbaikan apa yang kurang dalam persembahan kami. Kami juga telah menyediakan isi kandungan yang lengkap serta segala kriteria-kriteria yang perlu ada dalam persembahan kami.

Similar Documents

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517