Free Essay

Peranan Remaja Dalam Membentuk Sahsiah Diri Yang Terpuji.

In:

Submitted By syira
Words 1852
Pages 8
. PERANAN REMAJA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI

Membentuk akhlak dan sahsiah remaja menurut Islam adalah merupakan kewajipan semua pihak, bermula dari ibu bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang lebih penting adalah diri remaja itu sendiri. Berdasarkan anggaran bilangan remaja yang mewakili lebih daripada separuh rakyat Malaysia hari ini, ternyata usaha pembentukan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Satu modul yang lengkap dan terbaik perlu diasaskan bagi memastikan pembentukan remaja Islam adalah menepati arahan Allah SWT dan Rasul SAW. Syariat Islam yang telah diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW telahpun lengkap sebagai satu cara hidup dan sekaligus sebagai panduan untuk merencanakan hidup remaja secara baik dan berkesan.

Akhlak remaja mencerminkan dimana tahap kemajuan pribadi sesuatu umat. Oleh yang demikian pembentukan akhlak remaja perlu dilandaskan kepada nilai-nilai murni menurut kacamata Islam. Kesilapan dalam membiarkan remaja memilih sendiri arah tuju mengikut pandangan mereka sahaja boleh menghancurkan generasi akan datang. Islam bukanlah agama berbentuk lambang semata-mata tetapi Islam adalah sebagai satu cara hidup yang telahpun sempurna. Islam didatangkan dengan etika yang mesti dipatuhi oleh semua golongan.

Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat. Seorang muslim mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang haram dan berjaga-jaga daripada melakukan perkara yang syubhat. Remaja mestilah menutup pandangannya daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan dosa. Remaja mestilah bersifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat malunya itu tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran. Termasuk juga dalam pengertian malu itu perbuatan tidak campur tangan dalam urusan orang lain, menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara, berpada dengan apa yang ada setelah diusahakan dan banyak lagi sifat-sifat lain. Usia remaja adalah masa untuk menguji kesabaran dan mengetahui tahap keikhlasan diri seseorang, Sebagai makhluk Allah yang lemah seringkali kita gagal dalam ujian Allah, terutamanya dalam perkara yang tidak digemari oleh seseorang. Pada perkara yang sepatutnya boleh bertolak ansur maka memberi kemaafan adalah sifat yang mulia. remaja hendaklah bersifat benar, tidak berdusta, mengatakan sesuatu yang hak sekalipun terhadap dirinya dengan tidak merasa takut kepada celaan manusa demi kapatuhan kepada Allah. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, mengejek keburukan orang lain, remaja mestilah menanam sifat bermurah hati, mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah, walaupun belum mempunyai harta namun masa dan tenaga adalah aset semulajadi yang boleh dikorbankan pada jalan Allah. remaja mestilah menjadi qudwatun hasanah bagi rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Segala tindak tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip-prinsip Islam, dari segi adab tatatertibnya, makannya, minumnya, pakaiannya, percakapannya dalam keadaan damai dalam masa mengembara dan bermukim juga seluruh gerak dan diamnya. Terdapat banyak lagi akhlak atau sifat yang perlu ada disisi remaja Islam, seperti ikhlas, bertanggungjawab, toleransi, tegas, berhemah, menghargai waktu dan sebagainya. Semuanya boleh dipupuk secara tidak langsung dalam kehidupan sehari-hari. Tidak semua akhlak dan sifat sifat mulia boleh dilaksanakan sepanjang masa atau setiap keadaan. Remaja mesti bijak menyesuaikan diri mengikut situasi dan kehendak. Tidak sepatutnya remaja berlemah lembut dan sabar terhadap kemungkaran dihadapannya sedang dirinya pada waktu itu dalam kapasiti berkuasa untuk mengubahnya. Apapun setiap tindakan mesti didahului dengan fikiran atau kebijaksanaan.

. PERANAN REMAJA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI

Remaja dan belia pada masa kini banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa ditambah pula dengan konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh nagara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku sedikit sebanyak mempengaruhi akidah umat Islam seluruh negara. Para belia yang ditarbiyah memainkan peranan yang amat penting supaya akidah umat Islam akan terus terpelihara. Ini kerana para belia inilah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara seterusnya mencorakkannya menjadi sebuah negara islam yang unggul. Ingatkah lagi kita pada kegemilangan pemerintahan islam suatu masa dahulu di mana islam berkembang di dua pertiga dunia!

Para belia yang ditarbiyah harus memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej pelajar yang ditarbiyah di ipt atau di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, menjaga batas-batas aurat, serta menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita. ‘First impression’ orang lain terhadap kita amat penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar. Selain itu, perkara yang amat perlu dititikberatkan ialah menjaga batas-batas aurat serta pergaulan. Terapkan unsur-unsur pemakaian yang menepati tuntutan syariat islam yang benar kepada sahabat-sahabat kita. Elakkan diri daripada terjebak dalam masalah ‘couple’. Inilah peranan belia yang ditarbiyah untuk menyeru kepada kebaikan dengan contoh teladan serta akhlak yang baik.

Para belia yang ditarbiyah perlu menjadi pendengar yang baik. Suasana di ipt yang memaksa kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia adalah lumrah kehidupan sebenarnya. Oleh itu, kita digalakkan mencari teman yang baik. Walau bagaimanapun, bersilaturrahimlah meramaikan kawan seperti kata pepatah ‘berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari.’ Jadilah seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Manfaat yang dimaksudkan mungkin dari segi dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya. Memetik kata-kata dari sebuah hadis, ’Allah menolong kita selagi mana kita menolong orang lain.’ Apabila ada dalam kalangan sahabat datang kepada kita untuk meluahkan masalahnya bermakna kita telah menjadi seorang sahabat atau individu yang boleh dia percayai. Di sinilah, kita sebagai pelajar yang ditarbiyah harus berperanan untuk cuba menaikkan semangatnya dan membawanya ke jalan tarbiyah. Namun sebelum itu, carilah teman dan jagalah hubungan baik dengan rakan-rakan sebanyak-banyaknya.

Belia yang ditarbiyah perlu menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya terhadap dirinya sendiri. Jadilah pemimpin yang berwibawa. Belia yang ditarbiyah seharusnya mampu menjadi seorang pemimpin yang berketrampilan baik dari segi sahsiah dan akademik yang cemerlang di ipt. Jadikan al-quran sebagai teman yang paling akrab. Marilah sejenak kita telusuri rahsia kegemilangan seorang tokoh kegemilangan Islam iaitu Sultan Muhammad al-Fateh. Pernahkah kita bertanya bagaimana sampai al-Fateh mampu menjadi seorang panglima terbaik bagi pasukan tentera terbaik lantas menjadikan hadith Rasulullah 7 abad sebelumnya sebagai realiti bagi dirinya? Kuncinya ialah al-Fateh menyiapkan hidupnya untuk melaksanakan misinya untuk menjadi orang yang disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w. Kalau tidak menjadi panglimanya, sekurang-kurangnya menjadi seorang tentera dari pasukan terbaik sebagai matlamatnya. Sultan Muhammad al-Fateh hanya mempersiapkan dirinya menjadi yang terbaik semampunya. Tapi persiapannya bermula awal, sejak sebelum baligh hingga berjaya menyumbang untuk kemenangan Islam.

Tiada apa yang mustahil bila kita menetapkan matlamat, kemudian mencurahkan segenap kemampuan untuk mencapai matlamat tersebut. Tetapkan target, tanamkan semangat membara, bekalkan hati dengan nurani rabbaniyyah dan seterusnya penuhi diri dengan ilmu dan disiplin ketaatan. Bermula daripada tarbiyah diri sendiri sehingga akhirnya tertegaknya kebenaran di muka bumi ini. Seperti kata seorang mursyid “ tegaklah Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak di negerimu.” Namun harus diingat bahawa tarbiyah hanyalah merupakan satu proses yang tiada akhirnya, iaitu belajar serta mengajarkan. Kitalah yang menggerakkan proses tarbiyah hingga menghasilkan perubahan tidak hanya pada diri sendiri, malah kepada semua yang berhubungan langsung dengan diri kita, sehingga sibghatullah-pencelupan Allah mewarnai ummat di bumi ini dengan nur Islam yang hakiki. Hanya jalan tarbiyah sebagaimana yang dijalani oleh Rasulullah s.a.w bersama para sahabat yang mampu menjadi landasan terbaik bagi membentuk para pelajar menjadi muslimin dan muslimah sejati.

Ingatlah bahawa Umar al Khattab RA pernah berkata kepada sahabatnya: “Impikanlah! ….”Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah.” Inilah sebenarnya modal untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya demi Islam jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya. Belia yang ditarbiyah merupakan modal tak ternilai untuk kejayaan pembentukan khairu ummat demi kegemilangan Islam sejagat. ‘Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyeru yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah’-(QS3:110). Segalanya bermula daripada diri individu yang ditarbiyah. “Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya…” (Al Banna: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun)

. PERANAN REMAJA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH DIRI YANG TERPUJI

"Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok" dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak yang terpengaruh dengan rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap diri mereka terutamanya sikap.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.Oleh hal yang demikian, remaja seharusnya bersedia menyertai apa-apa program yang berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah ataupun oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai kemanusiaan.

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral.Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja sebagai ahli masyarakat.

Similar Documents

Free Essay

Penulisan Bahasa Melayu

...PERBINCANGAN Dalam karangan pendapat, pelajar boleh menggunakan teknik Di Ke Ma Se N untukmencari isi utama. Di = Diri { diri kumpulan target yang difokuskan dalam tajuk karangan} Ke = Keluarga { keluarga kumpulan di fokuskan dalam karangan} Ma = Masyarakat { orang ramai / komuniti / jiran / rakan-rakan / media / syarikat-syarikat besar / selain keluarga } Se = Sekolah { pihak sekolah / pentadbir / guru-guru / peraturan / suasana / kawasan kelas & sekolah} N = Negara / pihak kerajaan { pihak berkuasa tempatan / pihak berkuasa / kementerian / jabatan kerajaan / pihak keselamatan awam } Contoh :- Isi Utama 1 : Diri [Di] Isi yangberkaitandengankesedaran, motivasi, kegigihan, tahu memilih rakan sebaya, dan apa-apa yangberpunca daripada diri individu itu sendiri. Isi Utama 2:- Keluarga [Ke] Isi yang berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam member perhatian terhadap anak, didikan agama, wawasan membawa keluarga kea rah hidup yang lebih baik. Isi Utama 3 :- Sekolah [Se] Isi yang berkaitan dengan peranan masyarakat sekeliling individu menerusi bantuan, sikap tegur-menegur dan aktiviti gotong-royong. Isi 4 :- Sekolah [se] Isi yang berkaitan dengan sekolah memainkan peranan penting dalam mengubah individu menerusi pengajaran guru dan aktivitiserta peraturan. Isi 5 :- Negara [Ne] Bagi megubah individu kea rah sikap yang positif, kerajaan perlu mengadakan kempen, penguatkuasaan undang-undang, dan peranan pemimpin. ...

Words: 695 - Pages: 3

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM   Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...

Words: 129247 - Pages: 517