Free Essay

Tukar Peruncitan Di Sarawak

In:

Submitted By ayawanidris
Words 470
Pages 2
Program TUKAR: Satu Suntikan Baru Peruncitan Koperasi di Sarawak (Frank Me-ol)

Perniagaan pemborongan dan peruncitan merupakan salah satu perniagaan yang cukup matang dan sinonim apabila dikaitkan dengan sektor koperasi di Malaysia khasnya di Sarawak. Menurut Jamilah Din et.al.(2008) sebanyak 24.5 peratus ataupun 52 buah koperasi luar bandar di Sarawak yang dimiliki oleh bumiputra menjalankan perniagaan peruncitan yang di jalankan dalam skala kecil dan sederhana. Maklumat terkini daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga penghujung tahun 2014 menunjukkan terdapat 69 buah koperasi di Sarawak terlibat di dalam bidang peruncitan manakala 11 buah koperasi terlibat di dalam bidang pemborongan. Jumlah penglibatan koperasi yang kian meningkat menunjukkan wujudnya potensi di dalam bidang tersebut yang perlu di rebut oleh koperator sebagai salah satu peluang dalam meningkatkan sosio ekonomi anggotanya.

Walaubagaimanapun, arus globalisasi serta perubahan dalam tabiat atau tingkah laku pembeli, sikap dan corak pembelian selain penyusunan semula industri peruncitan telah memberikan impak yang besar kepada peniaga kecil-kecilan terutamanya kepada koperasi. Pertumbuhan kompleks membeli-belah dan pasaraya antarabangsa yang tertumpu di kawasan bandar-bandar besar memberikan persaingan yang hebat kepada sektor peruncitan koperasi. Menurut Azlah et. al. (2005), pertumbuhan pasaraya besar dan kompleks membeli-belah telah meningkat sementara peratusan kedai runcit telah mengalami penurunan akibat daripada proses urbanisasi di kawasan bandar-bandar maju. Peluang yang amat besar di dalam sektor peruncitan negara yang dijangka menyumbang sehingga RM156 billion menjelang tahun 2020 (ETP, 2010) hanya dapat dinikmati oleh koperator jika mereka keluar dari tampuk lama dan mengubah corak perniagaan mereka.

Menyedari permasalahan tersebut, pihak kerajaan melalui SKM pada tahun 2011 telah memperkenalkan Program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) kepada koperasi-koperasi yang memenuhi kriteria program tersebut. Antara kriteria yang ditetapkan adalah :

i) Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 ii) Memiliki kedai runcit sedia ada sama ada milik sendiri ataupun sewaan jangka panjang iii) Nilai jualan kedai runcit sekurang-kurangnya RM200/hari iv) Pengurusan dan pentadbiran koperasi yang baik
v) Mematuhi perundangan koperasi

Antara lain, Program tersebut merupakan sebahagian daripada pendekatan ETP (Program Transformasi Ekonomi) di bawah bidang pemborongan dan peruncitan yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan per kapita Negara daripada RM23,700 kepada RM48,000 menjelang tahun 2020. Melalui program TUKAR kerajaan akan memperuntukkan geran di antara RM50,00 hingga RM60,000 kepada koperasi yang layak bagi membiayai kos menaiktaraf premis koperasi sedia ada, pembelian peralatan seperti gondola dan pembelian Sistem POS.

Sehingga penghujung 2014, sebanyak 46 buah koperasi di Sarawak telah menjalani program TUKAR dan pembaharuan kepada peruncitan koperasi ini telah mula membuahkan hasil bukan sahaja kepada rupa bentuk fizikal kedai bahkan juga kepada perolehan dan pengurusan kedai koperasi bak pepatah ‘Lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang." Adalah menjadi harapan agar Program tersebut benar-benar dapat membantu hasrat kerajaan dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus menyumbang secara lebih ketara kepada KDNK Negara.

Similar Documents