1.0 Sistem Tanaman
Tradisional
Sistem pertanian tradisional adalah sistem pertanian yang masih bersifat menyeluruh dan tidak memaksimumkan input yang ada. Sistem pertanian tradisional salah satu contohnya adalah sistem ladang berpindah. Sistem ladang berpindah telah tidak selaras lagi dengan keperluan lahan yang semakin meningkat akibat bertambahnya penduduk. Pertanian tradisional bersifat tak menentu. Keadaan ini boleh dibuktikan dengan kenyataan bahawa manusia seolah-olah hidup di atas tonggak. Pada daerah-daerah yang lahan pertaniannya sempit dan penanaman hanya bergantung pada curahan air hujan yang tak dapat dipastikan, produk rata-rata akan menjadi sangat rendah, dan dalam keadaan tahun-tahun yang buruk, para petani dan keluarganya akan mengalami bahaya kelaparan yang sangat mencekam . Dalam keadaan yang demikian, kekuatan motivasi utama dalam kehidupan para petani ini barangkali bukanlah meningkatkan pendapatan, tetapi berusaha untuk mempertahankan kehidupan keluarganya. Pada Pertanian tradisional biasanya lebih mengutamakan untuk memenuhi keperluan hidup para petani dan tidak untuk memenuhi keperluan ekonomi petani, sehingga hasil keuntungan petani dari hasil pertanian tradisional tidak tinggi, bahkan ada yang sama sekali tidak ada dalam hasil pengeluaran pertanian. Sebenarnya pertanian tradisional merupakan pertanian yang akrab persekitaran kerana tidak memakai racun perosak. Akan tetapi pengeluarannya tidak mampu mengimbangi keperluan makanan penduduk yang jumlahnya terus bertambah. Untuk mengimbangi keperluan pangan tersebut, perlu diusahakan peningkatan pengeluaran yang kemudian berkembang sistem pertanian konvensional.
Contoh gambar petani tradisional
Konvensional
Keadaan atau gambaran umum dari semua pertanian modern adalah titik beratnya pada salah satu jenis tanaman tertentu, menggunakan intensifikasi modal dan pada umumnya berproduksi dengan teknologi yang hemat tenaga kerja serta memperhatikan skala ekonomis yang efisien (economies of scale) yaitu dengan cara meminimumkan biaya untuk mendapatkan keuntungan tertentu. Untuk mencapai semua tujuan, pertanian modern praktis tidak berbeda dalam konsep atau operasinya dengan perusahaan industri yang besar. Sistem pertanian modern yang demikian itu sekarang ini dikenal dengan agri-bisnis. (baba 12) Intensif merupakan cara bertani yang memanfaatkan inovasi teknologi dengan penggunaan input yang banyak dengan tujuan memperoleh output yang lebih tinggi dalam kurun waktu yang relatif singkat. Pertanian intensif dapat disebut sebagai pertanian modern. Ciri Pertanian Modern (Intensif) adalah penggunaan bibit unggul, aplikasi pupuk buatan, pestisida, penerapan mekanisasi pertanian dan pemanfaatan air irigasi. Sistem pertanian ini mengkonsumsi sumberdaya alam yang tak terbaharui dalamjumlah besar seperti minyak dan gas bumi, fosfat dan lain-lain, sehingga butuh modal yang besar pula. Sistem pertanian seperti ini telah berkembang sedemikian rupa di berbagai belahan dunia termasuk Indonesia dan dirasakan sangat bermanfaat dalam rangka peningkatan produksi berbagai komoditas pertanian guna memenuhi kebutuhan manusia. Hasil kemajuan teknologi melalui pertanian modern begitu spektakuler dan mengesankan, sehingga fenomena tersebut dipandang sebagai “Revolusi Hijau” (Peter Tandisau dan Herniwatiigasi, 2009).
Contoh tanaman konvensional
2.0 Penyediaan Lubang Tanaman
Kajian menunjukkan perlunya anjakan paradigma di dalam kaedah penanaman pokok. Cara penanaman pokok yang lama perlu digantikan dengan kaedah penyediaan lubang yang betul bagi penanaman pokok. Kebiasaannya, akar pokok akan lebih berkembang daripada bahagian atas bebola akar ke bahagian lapisan tanah yang subur dan paling sesuai bagi pertumbuhan pokok yang baik (1 kaki daripada permukaan tanah). Oleh itu, rekaan atau penyelarasan semula saiz lubang tanaman diperlukan; saiz yang lebih luas tetapi tidak terlalu dalam dengan sedikit pengubahsuaian (sloping sides). Penanaman pokok yang terlalu dalam adalah satu kesalahan yang biasa dilakukan.
• Saiz lubang penanaman bergantung kepada: i. Tekstur tanah ii. Saiz bebola akar atau pokok
• Lebih luas lubang yang dibuat, lebih baik untuk tumbesaran pokok. Bagi pokok separa matang, lubang penanaman disyorkan bersaiz 2 ke 3 kali ganda lebih besar daripada diameter bebola akar dan sedalam saiz bebola akar tersebut.
• Sekiranya tanah di kawasan penanaman dalam keadaan baik (ruangan udara yang baik dan subur), saiz lubang di kawasan tersebut lebih kecil berbanding di kawasan tanah yang kering dan tidak subur.
• Semasa menggali lubang, tanah permukaan dan tanah pertengahan harus diasingkan.
• Tanah perlu bebas daripada batu-batan atau permukaan yang padat dan keras. Ia hendaklah dipecah-pecahkan supaya dapat membaiki saliran air dan menggalakkan akar pokok tumbuh dengan baik.
a) Penyediaan campuran tanah
• Tanah terbaik yang dimasukkan ke dalam lubang penanaman adalah tanah yang dikeluarkan dari lubang yang sama.
• Kebanyakan tanah di kawasan bandar perlu ditukarkan dengan tanah atas atau ’top soil’ luar yang dicampurkan dengan pasir dan bahan organik. Ini bagi memastikan media penanaman yang digunakan mempunyai tekstur dan struktur yang baik untuk penyerapan air, pengudaraan serta subur. Faktor ini menggalakkan pengeluaran akar-akar baru.
• Nisbah campuran tanah yang disarankan terdiri daripada:
i. Tiga bahagian tanah atas ii. Satu bahagian bahan organik (tahi ayam,tahi lembu atau bahan kompos)
• Bagaimanapun, mengendalikan bahan organik seperti tahi ayam dan lembu lebih sukar disebabkan bahan tersebut berbau busuk, melekit, lembap dan sukar diurus. Bagaimanapun, percampuran baik antara bahan di bawah boleh digunakan untuk setiap 1 m3 lubang tanaman:
i. Tiga bahagian tanah atas ii. Satu bahagian pasir halus iii.Campuran 2 kg TSP (Triple Super Phosphate)
b) Penanaman
• Satu lubang kecil hendaklah digali di atas campuran tanah yang dimampatkan bersesuaian dengan saiz bebola akar.
• Anak pokok harus dikeluarkan dengan berhati-hati daripada tabung bagi mengelakkan bebola akar pecah dan kecederaan akar.
• Semasa mengangkat anak benih, kita seharusnya tidak hanya memegang batang tetapi perlu juga memegang bebola akarnya.
• Bagi pokok di dalam bekas, perlu dikeluarkan dengan berhati-hati dan akar-akar anak benih pokok yang berlingkar di bahagian bawah tabung perlu dileraikan dan diserakkan dengan baik di dalam lubang.
• Akar yang terlalu banyak boleh dipotong bagi mengelakkan sistem akar bergelung dan terikat sesama sendiri.
• Bebola akar dimasukkan ke bahagian tengah lubang sehingga kolar akar selaras dengan permukaan tanah bagi mengelakkan bebola akar tenggelam.
• Kemudian, campuran tanah dimasukkan ke dalam lubang dipadatkan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan akar.
• Bagi mengelakkan air bertakung dan tanah mendap di lubang penanaman, tanah di sekitar pangkal pokok perlu ditinggikan beberapa sentimeter daripada paras tanah asal.
• Gunakan air bagi memadatkan tanah dan bukan dengan cara memijak tanah bagi mengelakkan tanah terlebih mampat dan untuk memberikan ruang untuk akar bergerak.
Kayu pancang, tali penegang dan perlindungan fizikal
• Kayu pancang dan tali penegang hanya perlu sekiranya pokok ditanam di kawasan yang berangin dan sekiranya pokok tidak tumbuh dengan tegak.
• Kayu pancang biasanya berukuran 2.5 cm - 5 cm dan ketinggiannya bergantung kepada ketinggian pokok yang ditanam. Kayu pancang ini hendaklah dicacak berdekatan batang pokok mengikut arah tiupan angin tetapi perlu dielakkan daripada mencederakan akar pokok.
• Batang pokok perlu diikat kepada kayu pancang sekurang-kurangnya dua ikatan menggunakan bahan yang lembut seperti getah untuk mengelakkan kecederaan kepada batang pokok.
• Kayu pancang dan tali penegang perlu dibuang apabila pokok yang ditanam telah membesar dan kelihatan teguh (selepas setahun).
• Sekiranya pokok ditanam di kawasan yang terdedah dengan binatang dan kerosakan manusia, pagar perlu dibina di sekeliling anak pokok.
c) Penjagaan dan penyelenggaraan selepas penanaman pokok
Penyiram, sungkupan and pemangkasan adalah perkara yang sangat penting dalam penanaman pokok.
• Penyiraman perlu dilakukan sebaik sahaja pokok selesai ditanam dan sangat kritikal dalam beberapa bulan pertama.
• Pada hari yang panas atau musim kemarau, pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari iaitu pada awal pagi atau lewat petang.
• Sungkupan penting bagi menutup tanah yang terdedah di sekeliling pokok yang baru ditanam bagi mengelakkan kehilangan kelembapan tanah, mengawal pertumbuhan rumpai dan sebagai sumber nutrisi kepada pokok. Sungkupan boleh didapati dalam bentuk: i. Hampas kelapa sawit ii. Rumput serta daun-daun kering iii. Sabut kelapa/padi iv. Jerami padi v. Habuk dan cebisan kayu
• Sungkupan perlu diletakkan setinggi 2-4 inci di sekeliling pokok kecuali untuk sesuatu kawasan memerlukan 6-8 inci daripada batang pokok.
d) Jarak penanaman
Tiada sebarang syarat khusus yang dinyatakan kerana banyak faktor yang mempengaruhi jarak penanaman pokok. Antara faktor yang diambil kira ialah:
i. Jenis pokok yang dipilih ii. Sifat pertumbuhannya (saiz silara dan sifat akar) iii. Kualiti tapak penanaman iv. Tujuan penanaman Sebagai contoh, jarak penanaman untuk pokok pinggiran jalan adalah dalam lingkungan 10 hingga 20 m bergantung kepada spesis pokok dan kualiti tapak penanaman. Sekiranya pokok ditanam bagi tujuan menghadang, pokok-pokok ditanam rapat-rapat supaya silara pokok bertindih antara satu sama lain. Jika penanaman pokok berhampiran dengan bangunan, rumah, tembok konkrit, pembentung bawah tanah dan sebagainya, jarak menanam yang sesuai ialah 4 m supaya akar-akar pokok tidak akan merosakkan struktur konkrit dan bangunan.
Proses penyediaan lubang tanaman
3.0 Klon Buah - buahan di Malaysia
Di Malaysia terdapat banyak industri tanaman buah-buahan yang di majukan untuk bekalan domestik dan eksport. Terdapat seluas 269,860 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2009 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.642 juta metrik tan. Tanaman buah Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod Jabatan Pertanian juga menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2009. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Bagi pasaran domestik terdapat beberapa klon buah-buahan yang di keluarkan secara komersial begitu juga khusus untuk pasaran ekspot seperti Belimbing (Buah Belimbing Muda ke Eropah), Betik Sekaki, Nenas, Tembikai dan sebagainya. Artikel ini akan menceritakan beberapa jenis klon buah-buahan popular dan yang berpotensi untuk dimajukan bagi pasaran domestik dan juga untuk ekspot. Terdapat 30 jenis buah-buahan yang ada dan ditanam oleh petani di seluruh negara untuk pengeluaran hasil komersial yang ditanam sebagai tanaman selingan atau tanaman landskap atau tanaman suka-suka.
Contoh jenis – jenis klon buah buahan
1. Belimbing 2. Betik 3. Cempedak 4. Ciku 5. Durian 6. Kelapa 7. Jambu air 8. Jambu batu 9. Longan 10. Limau bali 11. Limau manis 12. Manga 13. Manggis 14. Nenas 15. Nangka 16. Pisang 17. Pitaya 18. Pulasan 19. Rambutan 20. Salak 21. Tembikai 22. Dokong’ 23. Durian belanda
4.0 Pembajaan
Membaja adalah sebahagian daripada aktiviti pertanian. Membaja bertujuan memulihkan kandungan nutrient dalam tanah yang diserap oleh tanaman. Kekurangan nutrient akan membantutkan tumbesaran tumbuhan dan tanaman mudah patah, daunnya juga akan kekuningan. Membaja juga ada teknik yang betul untuk mengelakkan pembaziran. Baja terbahagi kepada dua jenis iaitu organik dan bukan organik(kimia).Baja organik (baja asli) berasal daripada organisma hidup manakala baja bukan organik (baja kimia) ialah baja buatan yang diperbuat daripada bahan-bahan bukan organik dan mengandungi bahan-bahan kimia yang bukan organik dan bahan-bahan galian. Untuk membaja pastikan kawasan pokok bersih dari rumpai sebelum ditabur baja ini bertujuan agar pokok mendapat baja yang maximum.
Teknik Pembajaan
Untuk membaja terdapat beberapa teknik iaitu :-
1) Taburan
Baja di tabur/di sebar sama rata ke atas tanah. Dan perlu di gaul dengan tanah agar sebati dan tidak terdedah di permukaan tanah. Kebiasaannya digunakan pada sayur-sayuran.
2) Jalur Atau Jajar (Band/Row Placement)
Baja di bubuh ke dalam tanah yang biasanya di sebelah dan di bawah biji benih. Tetapi perlu berhati-hati semasa membaja agar baja yang dibubuh tidak terlalu hampir dengan biji benih. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris.
3) Baja Permukaan (Top Dressing)
Baja di tabur semasa tanaman sedang membesar. Untuk permukaan hanya menggunakan baja nitrogen sahaja kerana ia lebih mudah larut dan serap.
4) Pembajaan Sisi (Side Dressing)
Baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini juga di buat untuk tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok.
5) Pembajaan Berpoket (Pocket Placement)
Di letakkan secara bertompok-tompok iaitu di lubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini sering digunakan untuk membaja pokok dengan cara meletakkan baja pada lubang-lubang yang di korek terlebih dahulu di sekeliling pokok.
6) Penyemburan daun (foliar application)
Memberikan unsur pemakanan mikro kepada tanaman dengan cara menyembur unsur makanan tersebut kepada daun-daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah.
Jenis jenis baja
Teknik pembajaan
5.0 Pemangkasan
Pemangkasan ialah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi. Selain itu, pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman. Contohnya, pemangkasan pokok buah-buahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru seperti pokok rambutan, dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 m bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil. Pemangkasan juga berguna untuk mengurangkan beban tanaman , sehingga keberadaan daun , tersebut , dan buah-buahan yang terlampau lebat dapat dikurangkan . Dengan begitu , tumbuh-tumbuhan dapat menghasilkan buah dengan kualiti dan kuantiti yang lebih baik .
Teknik pemangkasan
1. Pemangkasan Bentuk
Pemangkasan ini berfungsi untuk membentuk tanaman semasa umur tanaman yang masih muda, sehingga dapat dibentuk sesuai selera petani atau pemilik tanaman. Pada beberapa jenis tanaman tertentu seperti jambu dan mangga, pemangkasan bentuk menggunakan formasi 1-3-9. 1 batang utama yang di purining (pangkas), akan tumbuh menjadi beberapa cabang primer. Dari beberapa cabang primer tersebut, akan dipilih 3 cabang dengan pertumbuhan paling baik dan seimbang dengan pertumbuhan yang proporsional. Setelah beberapa hari 3 cabang utama tersebut akan dipotong lagi agar mendapatkan 3 cabang sekunder dengan pertumbuhan terbaik, seimbang, dan berkadar.
2. Pemangkasan penyelenggaraan
Pemangkasan ini dilakukan untuk menjaga kesihatan tumbuh-tumbuhan, dengan melakukan pemangkasan dan pemberian pupuk. Pada umumnya, teknik ini biasa dilakukan setelah tanaman selesai berbuah (tuai). Kerana selepas masa tuaian, tenaga tanaman habis untuk membesarkan dan memberikan nutrisi ke buah yang sudah dituai. Ketika pentil atauutunas buah terbentuk dan mula masak, masa inilah pemangkasan dilaksanakan dengan cara memotong semua ujung-ujung ranting. Sehingga hujung-hujung ranting akan terangsang dan membuat tunas-tunas baru dengan jumlah yang lebih banyak dari tunas yang dipangkas sebelumnya.
3. Pemangkasan pengeluaran
Pemangkasan teknik ini berfungsi untuk menumbuhkan tunas-tunas produktif yang berada di ranting bahagian luar tanaman, sehingga semakin banyak tunas produktif yang tumbuh di hujung ranting.
6.0 Rumusan
Intihannya, walaupun teknologi Malaysia semakin berkembang pesat tanaman tradisional masih digunakan oleh masyarakat setempat terutama penduduk suburban. Mereka masih melakukan aktiviti pertanian sebagai bekalan makanan harian dan ada juga sesetengah individu melakukanya hanya kerana gemar bercucuk tanam. Tanaman konvensional di negara Malaysia semakin bergiat pesat disebabkan kemajuan teknologi pertanian dan pelbagai dana daripada pihak kerajaan dan swasta. Hal ini menyebabkan jumlah petani knovensional semakin bertambah serta nilai eksport tanaman Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dalam aktiviti pertanian terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan untuk memastikan hasil tanaman pertanian berterusan di keluarkan. Kaedah yang dimaksudkan adalah seperti pengmakasan dan penggunaan baja yang sesuai amat dititikberatkan oleh petani Malaysia untuk memastikan tanaman berkualiti dan bertambah dari segi kuantiti.
Malaysia juga mempunyai pelbagai klon buah buahan untuk dijual dan dieksport ke luar negara. Aktiviti klon buah buahan semakin pesat dilakukan dan buah buahan yang diklonkan semakin berkualiti. Kita dapat rumuskan bahawa aktiviti pertanian di Malaysia sangat penting kepada ekonomi negara dan kepada masyarakat Malaysia.