Free Essay

Zoo Kesan Lol

In:

Submitted By azrianna
Words 530
Pages 3
KESAN-KESAN TRAGEDI 9/11

Kesan Ekonomi

Terlalu banyak impak yang berlaku pada ekonomi Amerika Syarikat serta di ekonomi dunia ekoran tragedi 9/11 yang telah meragut ribuan nyawa 14 tahun yang lepas. Antara kesannya adalah banyak perusahaan kecil di sekitar Pusat Dagangan Dunia terjejas dan terpaksa memberhentikan operasi atau berpindah ke lokasi lain. Selain itu, hampir 3,000,000 m2 ruang pejabat di Lower Manhattan yang rosak. Perjalan di ruang udara juga mengalami kemerosotan sehingga syarikat penerbangan terpasksa mengurangkan kos muatan barangan sehingga 20%. Di samping itu, SCATANA turut terpaksa untuk menghentikan dan menutup ruang udara, mengakibatkan semua pesawat awam bukan kecemasan untuk mendarat serta-merta. Ini secara tidak langsung mengakibatkan ribuan penumpang terkandas di seluruh dunia. Selain itu, Bursa Saham New York, Bursa Saham Amerika Syarikat dan NASDAQ telah ditutup dari hari tragedi sehingga 17 September. Apabila pasaran saham tersebut dibuka semula, Indeks Perindustrian Dow Jones (DJIA) menjunam 7.1%, menjadikan penurunan dalam masa sehari yang terbesar ketika itu. Pada akhir minggu tersebut pula, DJIA telah menurun sebanyak 14.3%, iaitu penurunan dalam masa seminggu yang terbesar di dalam sejarah.

Kesan Sosial
Lebih daripada 3000 nyawa telah terkorban termasuk rakyat biasa, polis dan anggota bomba. Impak daripada runtuhan yang dianggarkan ribuan tan tersebut mempunyai toksik tersebut mengakibatkan masalah kesihatan kepada pasukan penyelamat yang bertugas. Antara yang terkorban kerana kesan toksik ini juga diingati apabila nama mereka turut diletakkan di tugu peringatan bersama-sama mangsa tragedi yang lain. Selain itu, impak toksik karsinogen ini turut dikatakan memberi kesan kepada janin yang boleh memudaratkan ibu mengandung.

Kesan Politik
Serangan ini menyebabkan kematian dan kemusnahan yang teruk. Serangan ini turut mencetuskan objektif utama untuk memerangi keganasan dan menentukan jawatan Presiden Bush. Selain itu, Amerika Syarikat telah mengetatkan sistem kawalan masuk negara terutama terhadap umat Islam. Ada segelintir pelajar Malaysia yang menuntut di sana juga berasa tidak selamat dan terancam dengan rakyat Amerika Syarikat kerana mereka dianggap sebagai terroris dan pengganas. Malahan, rakyat Amerika Syarikat turut mengganggap mereka yang berpakaian seperti orang Islam, terutamanya mereka yang berjilbab dan berkopiah sebagai pengganas.

Kesan Terhadap umat Islam
Umat Islam di seluruh dunia mengalami penderitaan rentetan tragedi yang berlaku ini. Islam, atau lebih spesifik Osama bin Laden (Al-Qaeda) dituduh sebagai pengganas dan terroris terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon. Kesannya, Islam dianggap pengganas dan mencetuskan fenomena Islamophobia. Selain mengganggap Islam agama yang ganas, mereka juga turut mengganggap Negara-negara Islam adalah Negara yang mundur dan tiada kemajuan. Walhal, rentetan kejadian ini banyak Negara-negara Islam sedunia yang berada di bawah tekanan ekstrem memandangkan Amerika Syarikat mengganggap mereka menyokong keganasan terutamanya yang dari pihak Islam. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengadakan Konferens tentang keganasan oleh Menteri-menteri luar OIC. Ini memberi peluang kepada Negara-negara Islam bagi kenunjukkan bahawa mereka tidak menyokong keganasan. Konferens ini turut mengasingkan sokongan keganasan dan untuk melawannya.

RUJUKAN
(Majid, 2012)

Bibliography
Majid, M. (2012). 9/11 and The Attack on Muslims. Selangor: MPH Group Sdn Bhd.

--------------------------------------------
[ 1 ]. http://titas-1112.blogspot.com/2012/05/islamofobia.html
[ 2 ]. http://rasns.blogspot.com/2012/07/islamophobia.html
[ 3 ]. http://www.huffingtonpost.co.uk/steve-rose/911-racism-islamophobia_b_3908411.html
[ 4 ]. http://www.gallup.com/poll/157082/islamophobia-understanding-anti-muslim-sentiment-west.aspx

Similar Documents