Free Essay

Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak

In:

Submitted By zamrijohari
Words 7216
Pages 29
PENGHARGAAN
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang dipohon kayu, Bukan sembah sebarang sembah; Sembah adat pusaka Melayu.

Sirih pinang sirih seniman, Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang; Awal bismillah pembuka bicara.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan dengan izinNya. Saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak dalam masa yang ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan Salina binti Mokhtar, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling Kanak - Kanak (EDU 3107) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2011. Sesungguhnya beliau telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus yang terbaik. Beliau juga memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap kerja kursus pendek ini dan banyak memberikan nasihat, pandangan, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina agar saya dapat menghasilkan tugasan yang terbaik. Serumpun kasih berbunga sayang saya hadiahkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya kerana memberikan sokongan sama ada dari aspek nasihat mahupun kewangan dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, sekalung apresiasi kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus ini kerana banyak membantu saya dalam mendapatkan bahan-bahan rujukan sepanjang tugasan ini dilaksanakan.

Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak dicari; Mana yang dapat janganlah lupa.

PENGENALAN Kaunseling merupakan satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan guru pembimbing atau kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi berkesan, saling menghormati, penerimaan klien secara tulen, penumpuan kepada keperluan dan masalah klien. Boy dan Pine (1968). Menurut Profesor Dr. Othman Mohamed (2000), Kaunselor bimbingan da Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses monolog. Menurutnya lagi, bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya, bimbingan diberikan bagi menentukan kebajikan dan perkembangan diri seseorang individu atau beberapa orang individu. Manakala kaunseling pula menurut Shertzer and Stone (1968) ialah satu proses interaksi yang membolehkan individu bagi memahami diri dan situasinya. Choong Lean Kew di dalam bukunya, Siri Pendidikan Guru, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (20120), terdapat dua belas prinsip bimbingan dan kaunseling. Salah satu daripadanya ialah semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya. Justeru kerja kursus pendek bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak sangat bertepatan dengan prinsip ini yang mana kami perlu memilih seorang murid dan mengadakan sesi temu bual dengannya untuk memastikan masalah yang dihadapinya. Saya telah memilih seorang murid daripada Kelas 6C, Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah iaitu Muhammad Irfan bin Shahrin. Murid ini ditemubual kerana dia sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Setelah mendapatkan kebenaran daripada guru kelas serta guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri, saya telah menjalankan temu bual bersama Irfan. Dalam temu bual tersbut, saya telah mengaplikasikan Teori REBT yang telah diperkenalkan oleh Albert Ellis. Temu bual ini dijalankan di dalam bilik bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri. Kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan semasa sesi temu bual diajalankan seperti menggunakan soalan-soalan terbuka untuk mengalakkan Irfan berkongsi masalahnya. Saya juga banyak menggunakan parafrasa serta dorongan minima untuk menggalakkan Irfan bercerita. Saya juga membuat rumusan akhir sesi temu bual ini untuk mengenalpasti punca utama masalah Irfan. Selain itu, rumusan juga dilakukan untuk memotivasikan Irfan agar sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya.

BIODATA

Nama : Muhammad Irfan bin Shahrin
Jantina : Lelaki
Asal : Alor Setar, Kedah
Umur : 12 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik beradik : 3 orang
Pekerjaan bapa : Peniaga
Pekerjaan ibu : Pekerja kilang
Tinggal bersama : Ayah dan ibu
Pencapaian akademik : Lemah

| DIALOG | KEMAHIRAN | Guru pembimbingMurid | Asslamualaikum..Waalaikumussalam. | | Guru pembimbingMurid | Boleh kamu ceritakan pasal diri kamu. Lepas tu kat mana kamu tinggal.. pasal mak ayah kamu.. boleh? Ok nama?Mohd. Irfan bin syahrain. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Mohd. Irfan bin syahrain.. Nama ayah?Syahrain bin Jaafar. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Syahrain bin Jaafar.. ayah kerja apa?Ayah berniaga. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Mak? Mak nama apa?Rosilah binti Ahmad. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Mak keja apa?Kilang. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Keja kilang.. Kilang apa?Kilang Ayamas. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Irfan rumah kat mana?Kampung Kemombomng. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Jauh tak daripada sekolah?Tak jauh. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Hmmm.. Agak-agak berapa minit?... emmm.. tak tau.. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Selalu sapa hantaq mai sekolah?Kakak.. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbing Murid | Kakak.. Irfan, Irfan ada berapa adik beradik?Tiga.. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Tiga.. irfan?Last sekali. Yang bongsu. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Irfan yang bongsu.. Emm.. Nombor dua?Kakak. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Nombor tiga?Abang. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Nombor tiga abang.. Irfan cikgu nak tanya, Irfan suka tak datang sekolah?Suka. | * Kemahiran membina hubungan | Guru pembimbingMurid | Suka.. Sebab apa Irfan suka?Sebab, ramai kawan. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Sebab ramai kawan.. cikgu nak tanya ada tak hari-hari yang mai sekolah ni Irfan rasa macam terpaksa mai.. rasa malas nak mai.. ada tak?Ada. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada.. Hari apa?Rabu. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Hari rabu.. hari lain dak? Pasai apa Irfan rasa macam malas terpaksa nak mai hari rabu?Hari rabu bahasa BI. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Bahasa BI ok.. lepas tu?Bahasa bi, setiap hari rabu satgi tanya cikgu marah satgi. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Cikgu marah. Pasai apa Irfan rasa cikgu marah?Cikgu, cikgu suruh tengok kita tak tengok. | * Parafrasa * Kemahian menyoal | Guru pembimbingMurid | Cikgu suruh tengok Irfan tak tengok.. Mmm.. aaa.. irfan dekat rumah kalau sebelum mai sekolah tu sapa yang kejut bangun? Umi. | * Parafrasa * Dorongan minimal * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Umi? Selalu bangun pukul berapa?Enam. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Enam pagi? Emm.. klau macam tu, masa hari Rabu tu, Irfan rasa macam maaalas sangat nak mai, umi tau tak?Tau. | * Parafrasa * Dorongan minimal | Guru pembimbingMurid | Tau.. umi eaaa. Irfan kena marah tak?Dak. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Irfan tak kena marah. Cikgu dapat tau, Irfan selalu tak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi.. betul?Kadang-kadang siap. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Kadang-kadang siap.. boleh cikgu tau tak latihan.. selalu latihan subjek apa yang tak siap?BI. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Bi? Bi saja? Subjek lain?Subjek lain kadang-kadang siap, bm pun kadang-kadang siap.. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ok.. cikgu nak tanya.. selalu bila balik daripada sekolah, Irfan buat apa?Tolong depa. emmmm.. cuci kampung. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tolong cuci kampung.. selain daripada cuci kampung?Main bola. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Main bola.. setiap hari main bola? Selalu main bola pukul brapa?Pukui 5. | * Parafasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Pukul lima petang? Sampai pukul?Sampai pukul 7. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Sampai pukul 7.. lepas main bola buat apa?Mengaji. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Mengaji.. mengaji pukul brapa?Pukui 7 sampai pukui 8. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | 7 sampai pukul 8.. habis mengaji buat apa?Tidoq. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tidoq? Awai tidoq.. tidoq pukul brapa?Lapan. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Lapan malam? Dok tengok tv tak?(angguk kepala) | * Kemahiran menyoal * Kemahiran memberi perhatian | Guru pembimbingMurid | Tak tengok tv? Makan dak?Kadang-kadang keja sekolah tak siap, aaaa.. apa.. tidoq lewat aa. | | Guru pembimbingMurid | Tidoq lewat.. selalu dekat rumah ada sapa-sapa tak yang tolong Irfan?Ada. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tolong Irfan, ajaq Irfan buat keja sekolah.. Ada. | | Guru pembimbingMurid | Sapa?Umi. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Umi? Selalu tak umi tolong?Selalu. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Selalu. Memang umi saja yang tolong?Kakak. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Kakak.. ok.. Cikgu nak tanya, selalu kata keja sekolah, keja rumah yang cikgu bagi tu tak siap, pasai apa yang tak siap tu?Sebab tak faham | * Parafrasa * Kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Sebab tak faham.. pasai apa.. aaa.. aaa Irfan rasa tak faham?Sebab cikgu, cikgu tanya Irfan tak tengok, sebab tak bagi tum.. tumpu. | * Parafrasa * Kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Sebab Irfan tak bagi tumpuan ok, Irfan tau Irfan tak bagi tumpuan.. lepas tu apa yang Irfan rasa kat cikgu tu? Irfan ada rasa marah ka kat cikgu tu?Tak. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Irfan suka dak cikgu tu?Suka. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Suka.. Cikgu ajaq, Irfan rasa macam mana?Biasa.. rasa biasa. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Rasa biasa.. Masa cikgu marah Irfan memang rasa tak suka. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Masa cikgu marah Irfan tak suka.. Hmm. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Tapi Irfan tau tak pasai apa cikgu marah?Tak tau. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tak tau.. cikgu nak tanya, kalau cikgu marah tu, tanda apa?Sayang. | * Kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Haaa.. tau pun.. kalau cikgu marah tu tanda sayang.. kalau cikgu tak marah, kalau cikgu tak ambil peduli?Tak sayang. | * Dorongan minimal * kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Irfan rasa?Tak sayang. | | Guru pembimbing Murid | Haa.. tau pun.. rasa cikgu tak sayang. Lepas tu cikgu nak tanya, kalaulah kata, kalau kata cikgu ajaq Irfan tak faham.. pasai apa Irfan tak tanya?Takut. | * Dorongan minimal * Kemahiran meminta penjelasa | Guru pembimbingMurid | Irfan rasa takut? Emm.. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Irfan takut apa?Bila tanya tak boleh buat, cikgu marah. | | Guru pembimbingMurid | Irfan, kalau Irfan rasa, kalau tanya cikgu marah.Emm.. | * Parafrasa | Guru pembimbingMurid | Pasal apa Irfan nak rasa takut cikgu tu marah? Irfan ada buat salah ka?Cikgu kata kalau tak reti tanya satgi cikgu buat satgi. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Oh.. kalau..Sebab masa cikgu ajaq tak mau tengok. | * Dorongan minimal | Guru pembimbingMurid | Oh tapi Irfan pernah tanya tak?Tak pernah. | * Dorongan minimal * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Irfan tak biasa tanya tapi Irfan dah rasa takut kena pukul. Macam tu? Cikgu nak tanya. Sampai bila irfan nak rasa takut?Tak tau. | * Membuat Interpretasi * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Emm?Tak tau | | Guru pembimbingMurid | Irfan rasa rugi tak kalau rasa takut macam tu sebab tak tanya?Rugi. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Rugi? Apa yang Irfan rasa rugi?Sebab tak tanya satgi kerja sekolah tak siap lepas tu nanti cikgu bagi kerja sekolah tak siap jugak. Keja sekolah banyak. Lepas tu kena mai sekolah, cikgu buat. | * Parafrasa * Kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Ok. Apa yang Irfan dapat kalau Irfan rasa takut?Tak dapat apa. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tak dapat apa. Cikgu nak tanya, Irfan selalu tak main dalam kelas?Selalu. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Selalu. Selalu main apa dalam kelas?Sembang. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Sembang. Sembang pasai apa?Pasai kampung. Dekat-dekat kampung. | * Parafrasa * Kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Pasai apa?Pasai ni..... tak tau. | | Guru pembimbingMurid | Tak tau? Irfan, Irfan ada rasa apa-apa tak bila sembang masa tu? Irfan ada rasa tak cikgu marah ka.. ada tak? Tak. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Irfan tak rasa cikgu marah? Pasal apa Irfan rasa cikgu tak marah?Sebab masa sembang cikgu tak buat apa. | * Kemahiran menyoal * Kemahiran meminta penjelasan | Guru pembimbingMurid | Cikgu tak buat apa-apa? Selalu dok main selalu dok sembang dalam kelas tu dengan sapa?Nizam. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Nizam? Irfan ada kawan baik tak?Ada. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada. Kawan baik Irfan dengan kawan-kawan Irfan yang lain tu depa siap jugak tak latihan yang cikgu bagi?Siap. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Siap. tapi Irfan tak siap. Ada tak kawan-kawan lain yang tak siap.Ada. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada? Irfan ikut depa ka tak siapkan latihan tu sekali. Depa tak siap, Irfan pun tak siap jugak. Macam tu? Ada geng.Tak. | * Kemahiran interpretasi | Guru pembimbingMurid | Ya, betul? Bila tak siap latihan yang cikgu bagi tu, apa Irfan rasa?Rasa.., | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada rasa bersalah tak?Ada. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada rasa takut tak? Ada.. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Habis tu? Irfan nak rasa bersalah sampai bila? Tiap-tiap kali kata selalu tak siap latihan. Sampai bila nak rasa bersalah?Tak tau. | * Konfrontasi | Guru pembimbingMurid | Ada rasa bersalah dengan cikgu tak?Ada. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada rasa kesian dengan cikgu tak?Ada. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Habis tu Irfan tak nak buat apa-apa nak ubah, tak mau bagi cikgu rasa kesian, tak mau bagi rasa.. Irfan tak mau rasa bersalah. Irfan tak rasa nak buat apa-apa perubahan tak kat diri Irfan?Tak tau. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tak tau? Selalu tak siap latihan kena denda tak?Kena. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Kena denda apa?Buat keja sekolah kat luaq. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Buat keja sekolah kat luaq.. Pernah tak Irfan seorang kena denda kat luaq?Tak pernah. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Tak pernah.. irfan ada rasa malu tak kena denda? Lepas tu? Sampai bila Irfan nak kena denda macam tu? Sampai bila Irfan nak rasa malu? Tak tau. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal * Konfrontasi | Guru pembimbingMurid | Irfan pernah tak rasa takut kena denda dengan cikgu, Irfan tiru kawan?Ada. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ada? Irfan rasa irfan tiru kawan tu, kawan betul tak?Kadang-kadang betul. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Kadang betul..Kadang-kadang salah. | | Guru pembimbingMurid | Kadang-kadang salah.. habis tu Irfan tiru buat apa?Cikgu tengok. | * Parafrasa * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Apa dia?Cikgu tengok. Cikgu tengok satgi kalau.. cikgu tengok kalau siapkan.. cikgu tengok bila siap.. cikgu tak buat ah. | | Guru pembimbingMurid | Oh macam tu.. tiru kawan tak kira betul ka salah, bila cikgu tengok dah buat, janji buat, tak kena denda. Macam tu? Pas tu, kalau macam tu, cikgu nak tanya, cara apa yang paling terbaik sekali Irfan nak buat latihan tu bagi betul, bagi cikgu tengok pun betul, dapat bintang, dapat baik dalam latihan kerja sekolah yang cikgu bagi tu nak macam mana? Kita kena tiru kawan ka?Dak. | * Membuat intepretasi * Kemahiran menyoal * Kemahiran berfikir | Guru pembimbingMurid | Dak.. habis tu kita nak buat macam mana? Kita kena tanya cikgu tak?Kena. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Haa.. kena tanya cikgu. Cikgu nak tanya Irfan. Kalaulah kata Irfan takut cikgu marah Irfan bila tanya, cikgu nak tanya, bila cikgu marah Irfan tu tanda apa?Sayang. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Haa.. tanda sayang. Nampak? Cikgu sayang kat kita sebab tu cikgu marah sebab nak bagi kita jadi orang berguna. Faham? Betul tak cikgu cakap? Betul tak?Betul. | * Merumus | Guru pembimbingMurid | Haa.. kalau cikgu tak ambil peduli tu cikgu sayang tak?Dak. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Haa.. dak. Jadi lain kali cikgu nak tanya, kalaulah kata, Irfan tak faham, Irfan nak tanya cikgu tak?Tanya. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Haa.. tanya. Irfan nak malu lagi tak?Dak. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Irfan nak rasa takut lagi tak? Dak. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Dak. Irfan rasa Irfan boleh buat tak nanti masa-masa ke depan nanti? Irfan rasa Irfan boleh buat tak?Boleh. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Boleh? Betul? Okey ea? Rasa nanti boleh tanya ea? Boleh. | * Kemahiran menyoal | Guru pembimbingMurid | Ok bagus. | |

LATAR BELAKANG KLIEN Nama sebenar Muhammad Irfan bin Shahrin. Selalu dipanggil Irfan oleh kalangan guru dan rakan-rakannya. Dilahirkan di Hospital Alor Setar, Kedah. Tinggal bersama ibu bapa dan adik beradiknya di F 354, Kampung Kemumbong, Sidam Kiri. Anak bongsu daripada 3 beradik. Berusia 12 tahun. Seorang murid tahun 6C Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri. Menurut guru kelasnya, Irfan seorang yang agak pemalas, tidak memberikan perhatian semasa cikgu mengajar, tidak melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Mempunyai pencapain akademik yang lemah. Irfan dikategorikan sebagai murid kumpulan E dimana tergolong dalam murid yang mempunyai skor markah belasan di dalam ujian.

FAKTOR-FAKTOR DAN ANALISIS MURID
Beberapa faktor telah dapat dikenalpasti mengapa Rahim sering tidak menyiapkan kerja sekolah. Antaranya adalah seperti berikut: a) Pengaruh rakan sebaya b) Sosioekonomi keluarga - ibu bapa kurang berpendidikan c) Institusi keluarga yang tidak begitu erat d) Malas

Pengaruh rakan sebaya Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu membeza. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradiknya. Manakala apabila seseorang itu berada di luar rumah, dia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai umur yang hampir sama di antara satu sama lain. Menurut Klausmerier et. Al (1975) di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran, kemesraan dan lain-lain " kanak-kanak atau remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Mereka merasakan ibu bapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak tanduk anak-anak dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukkan dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila kanak-kanak menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seseorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Musta Fahmi (1971) menyatakan kanak-kanak cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Kanak-kanak di peringkat awalan ini akan bersungguh mencuba untuk bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Perkara yang sama juga berlaku terhadap Irfan yang tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya kerana terikut-ikut dengan sikap rakan-rakan sekelasnya yang gemar untuk tidak menyiapkan latihan sekolah. Menurut guru kelas Irfan, Puan Rokiah binti Kasa, Irfan gemar bermain dengan rakan-rakan sekelasya semasa guru mengajar tidak memberi perhatian dan tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya menyebabkan dia didenda bersama rakan-rakannya. Walaupun didenda, Irfan kelihatan tidak begitu malu dan ianya sudah menjadi kebiasaan bagi Irfan. Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Kajian baru menunjukkan bahawa penolakan daripada rakan sebaya merupakan faktor remaja terlibat dengan rakan yang bertingkah laku devian. Data yang diperoleh daripada "Oregon Youth Study" (Dishion, et al. 1991) menunjukkan bahawa penolakan daripada rakan sebaya sebab utama remaja terlibat dengan dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif seperti yang berlaku terhadap Irfan.

Sosioekonomi keluarga - ibu bapa kurang berpendidikan Ibu bapa bertanggungjawab untuk membentuk dan memastikan anak-anaknya menjadi insan yang beguna. Di samping itu, ibu bapa mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan pendidikan anak-anak mereka. Struktur dan nilai keluarga tersebut sering dipengaruhi oleh kecekapan yang membabitkan proses memperbaiki kedudukan ekonomi serta peningkatan pencapaian diri ibu bapa tersebut. Keberkesanan pembelajaran anak-anak juga dipengaruhi oleh didikan awal yang diberikan oleh ibu bapa. Didikan yang diterima sebelum dan selepas dilahirkan akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-kanak tersebut (anja, 1990). Ini disebabkan didikan awal akan membentuk corak pembelajaran sebenar dan akan membentuk kecemerlangan dalam pembelajaran. Didikan serta pencorakan ini dapat mempengaruhi anak-anak kerana menurut Ariffin (1990) menyatakan 70 peratus adalah masa ibu bapa berinteraksi dengan anaknya berbanding cuma 30 peratus interaksi yang berlaku di antara guru dan anaknya. Malangnya, Irfan tidak mendapat didikan yang sempurna daripada ibu bapanya kerana masa yang diluangkan oleh ibu bapanya sangat sedikit disebabkan kesibukan ibu bapanya yang bekerja.

Malas Terdapat beberapa sebab mengapa murid malas untuk belajar atau menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Antaranya adalah murid susah untuk memahami soalan atau isi pelajaran termasuklah Irfan. Irfan adalah murid kelas terakhir. Memang tidak dinafikan, Irfan adalah murid yang lemah dalam pelajaran dan mempunyai tahap penguasaan pembelajaran yang agak rendah. Dia sering tidak dapat mengikuti pengajaran guru dengan baik dan ini merupakan antara faktor-faktor mengapa dia tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Permasalahan ini sering dijadikan alasan untuk malas belajar. Selain itu mereka berasa malu dan takut untuk menanyakan soalan kepada guru di hadapan rakan-rakan lain dalam kelas. Perasaan malu dan takut ini timbul akibat persepsi mereka bahawa mereka akan disindir oleh rakan-rakan sekelas kerana kepandaian atau kebodohan. Perasaan ini juga timbul kerana mereka mengandaikan bahawa guru mereka akan memandang rendah terhadap kelemahan yang ditunjukkan melalui pertanyaan satu-satu soalan. Oleh itu mereka sengaja memendamkan soalan yang ingin ditanya atau terus membisu apabila tidak memahami perkara yang diajar oleh guru di sekolah. Irfan mempunyai mempunyai satu masalah di mana Irfan sering tidak menyiapkan latihan atau kerja sekolah yang diberikan oleh guru-gurunya terutamanya subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Perlakuan Irfan ini disokong oleh guru Matematik dan juga guru Bahasa Inggeris Irfan sendiri.

TEORI YANG DIPILIH
Teori Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT)
Rasional Teori Dipilih
Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Menurut pakar-pakar teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi, tidak ada persetujuan tentang berapa tahap yang mesti dilalui dalam proses kaunseling, atau apakah ciri-ciri perlakuan yang ketara pada setiap tahap. Yang pasti dan yang nampak persamaan pendapat dalam kalangan mereka dari segi proses kaunseling itu bergerak terus mengikut urutan dengan teratur pada setiap tahap. Juga mereka bersependapat bahawa aspek membina hubungan sentiasa hadir di sepanjang dan pada setiap tahap. Tahap-tahap dalam proses kaunseling tidak berlaku secaa berasingan, tetapi berterusan dan ada masanya bertindan lapis. Apabila kauselor sedang berada pada satu tahap dan sedang mengendalikan tema perbincangan untuk tahap itu, beberapa elemen dari tahap lain juga hadir pada masa yang sama.

Teknik-Teknik Kaunseling REBT Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara bertindak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997). Atas pandangan itu, walaupun REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam penyelesaian masalah tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang besar. Teknik Kognitif, Teknik Emotif dan Teknik Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988)

Teknik Kognitif
Teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir klien. Dewa Ketut (1985) menerangkan terdapat empat cabangan dalam teknik kognitif.

Teknik Pengajaran
Dalam REBT, kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari klien. Teknik ini memberikan keluasan kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut. Kaunselor juga mengajak klien untuk menyedari sikap berdiam diri dan menyepi tidak mendatangkan apa kebaikan kepada dirinya dan keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan dengan bijaksana.

Teknik Persuasif
Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor cuba untuk meyakinkan, mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.

Teknik Konfrontasi
Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir klien dan membawa klien ke arah berfikir yang lebih logik.

Teknik Pemberian Tugas
Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan klien agar berbincang dengan guru mengenai perasaannya terhadap guru tersebut.
Terapi ini juga telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti: * Rasa malu yang teramat (Awfulizing) * Terlalu menuntut (Demandingness) * Merendah diri yang teramat (Self-devaluation) * Daya toleransi yang rendah * Lemah semangat * Mengalah dan menyalahkan (Deservingness & damnation)
Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Irfan seperti Irfan rasa malu dan takut untuk bertanya guru dan memilih untuk mendiamkan diri.
Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori Seperti di dalam kajian kes ini, Irfan seringkali tidak memahami pengajaran dan pembelajaran guru terutamanya dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Walaupun Irfan tidak memahami apa pengajaran guru, namun dia masih enggan untuk bertanya soalan kepada guru kerana rasa takut dan malu. Disebabkan tidak faham akan pengajaran guru, Irfan tidak dapat menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru dan mengambil jalan mudah dengan meniru jawapan rakan-rakan kelasnya. Di dalam kes ini, Irfan telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional bahawa dia pasti akan dimarahi oleh gurunya jika dia bertanyakan semula pengajaran yang tidak difahami olehnya. Perkara ini menyebabkan Irfan tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Dalam REBT, manusia bermasalah adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara atau peristiwa tetapi adalah disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi psikosi bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi daripada pemikiran yang karut ini akan menimbulkan gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat 'self defeating'.

Matlamat Terapi Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa verbalisasi mereka merpakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh klien. REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup berpandukan kepada andaian bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah mendorong klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai yang ada dalam dirinya. Sekiranya masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses terapeutik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalah-masalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis. Proses terapeutik REBT merupakan suntikan penyembuhan pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang lebih rasional. REBT membuat andaian bahawa manusia merupakan makhluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari daripada ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh memperoleh kebahagiaan sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan membuang pemikiran yang tidak rasional.

KEMAHIRAN - KEMAHIRAN KAUNSELING Mendengar dengan aktif.
Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, saya perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Saya mengaplikasikan 'dorongan minimal' agar klien tahu bahawa saya sedang mendengar apa yang dikatakan olehnya.

Dorongan minimal
Dorongan minimal adalah kemahiran yang digunakan oleh guru pembimbing bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka. Ia membolehkan klien merasakan bahawa guru pembimbing sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadap apa yang diceritakan oleh dirinya. Contoh dorongan minimal ialah menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti 'Mmm! Mmmm!, Hmm! Hmm!'
Guru pembimbing: Cikgu suruh tengok Irfan tak tengok.. Mmm.. aaa.. irfan dekat rumah kalau sebelum mai sekolah tu sapa yang kejut bangun?
Murid: Umi.

Kemahiran Menyoal
Dalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus. Manakala, soalan tertutup saya hanya gunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya. Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan yang saya ajukan langsung tidak mendapat sebarang jawapan. Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela.

Parafrasa
Merupakan kemahiran mengulang ayat klien tanpa mengubah makna asal. Tujuan untuk saya menggunakan kemahiran parafrasa adalah untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa saya faham dengan apa yang dinyatakan oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon saya setelah mendengar isi dan memerhati tingkahlaku klien.

Kemahiran Meminta Penjelasan
Saya menggunakan kemahiran ini bertujuan untuk meminta klien memberikan kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dibincangkan.

Konfrontasi
Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka. Konfrontasi teknik yang digunakan oleh guru pembimbing bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien. Saya menggunakan nada suara yang lembut, yag mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampiakn tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan saya. Konfrontasi yang digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan.
Contoh:
Guru pembimbing: Habis tu? Irfan nak rasa bersalah sampai bila? Tiap-tiap kali kata selalu tak siap latihan. Sampai bila nak rasa bersalah?
Murid: Tak tau

Membuat Intepretasi
Saya menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klien tidak nampak semasa berbincang, ia merupakan satu proses aktif dimana saya menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman saya sendiri.

Merumus.
Rumusan dibuat oleh saya untuk membantu klien mengingat kembali apa yang sedang dibincangkan.

TAHAP - TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING
Prasesi
Untuk permulaan proses kaunseling, merujuk kepada persediaan bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan khidmat membimbing atau kaunseling. (Mizan & Halimatun). Persediaan merangkumi aspek situasi di mana khidmat kaunseling diberikan dan jenis klienSebelum sesi temubual dijalankan, saya telah menyediakan borang yang berkaitan, contohnya borang maklumat latarbelakang murid, borang temujanji, maklumat latarbelakang- umur, darjah, ahli keluarga dan sebagainya.

Membina Hubungan Shertzer dan Stone (9168) menitikberatkan pada interaksi kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi menolong. Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. saya mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Antaranya ialah:
a. Pembentukan suasana yang kondusif. Saya telah memilih bilik kaunseling sekolah kerana biliknya yang kondusif. Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan dan saya sendiri. Keselesaan ini dikhususkan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan perabut, susun ataur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang klien dari melihat saya.

b. Jarak (Ruang untuk Komunikasi)
Jarak dalam konteks ini merujuk kepada kedudukan saya dan klien. jarak tidaklah harus jauh dan terlalu dekat, jarak yang ideal ialah1-1.5 meter, pada jarak ini segala bentuk komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak, dengan itu proses interpretasi dapat dilakukan dengan jayanya

Meneroka, Analisis Masalah Meeroka dan analisis masalah membolehkan saya memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan, cita-cita, sikap serta helah bela diri. Penerokaan ini dilakukan daripada permukaan hinggalah ke tahap yang mendalam. Tujuannya adalah supaya saya saya dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul dan membantu klien mencapai kesedaran diri dan kelemahan diri.

Mengenalpasti Masalah Pada tahap ini, saya dan klien bersama-sama mencapai kesepaduan mengenai masalah yang dihadapi oleh klien. Klien dapat mengenalpasti apakah punca sebenar dia sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Klien juga menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi selaa ini.

Membincang Alternatif Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah yang boleh diambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif dibincangkan setelah saya dan klien memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas. Saya merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah tindakan terbaik yang perlu diambil. Tahap ini akan menyediakan klien untuk merangka alternatif mengikut kemampuannya sendiri yang mana ia akan merasa selesa dalam mengurus masalah yang dialami.

Mengambil Tindakan Selepas alternatif dipersetujui, saya boleh membantu klien dengan membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif tersebut. Antara pelan yang diberikan kepada klien untuk menangani masalahnya yang sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya ialah memberikan perhatian semasa guru mengajar, melibatkan diri secara aktif dan tidak malu atau takut bertanya jika tidak faham.
Menamatkan Sesi Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. Penamatan dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak lagi memerlukan kaunseling. Menurut Mizan (2002). Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Penamatan dapat dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat menghadapi masalahnya berdasarkan tindakan yang

PENYELESAIAN MURID BERASASKAN KEPADA TEORI DAN KEBERKESANANNYA KEPADA MURID MODEL | PERISTIWA | | Activating event/situation | Peristiwa pencetus | Saya selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru saya | Beliefs that are irrational | Penialain terhadap peristiwaTidak rasionalRasional | B1 - Saya tak faham apa yang diajar oleh guru. Saya takut untuk bertanya kerana guru akan memarahi saya.B2 - Saya tetap akan bertanya walaupun dimarahi oleh guru saya kerana saya tahu apabila dimarahi oleh guru saya bermakna guru itu sayang pada saya. | Consequence emotions | Konsekuen atau perasaan akibat daripada penilaian tadi | C1 Saya akan terus berdiam diri dan mungkin akan meniru kawan agar tidak dimarahi kerana tidak menyiapkan ker rumah.C2 saya tidak lagi takut untuk bertanya kerana guru sayangkan saya. | Disputing the irrational beliefs | Usaha anda untuk mengatasi penilaiaan tidak rasional tadi | Guru pembimbing akan membantu melawan penilaian tidak rational Irfan. | Effective new beliefs | Jawapan yang dijana bagi melawan pemikiran tidak rasional | Penilaian tidak rasional diubah menjadi rasional. |

Saya telah meneroka Irfan sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar Irfan yang menyebabkan dia selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Masalah utama Irfan berpunca daripada sikapnya sendiri yang malas dan takut untuk bertanya guru tentang pengajaran yang tidak difahami kerana takut dimarahi oleh guru. Irfan juga tidak rasa begitu bersalah apabila selalu tidak menyiapkan kerja rumah kerana rakan-rakan sekelasnya juga tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Kerana risau dimarahi oleh gurunya, dia akan mengambil buku dan meniru jawapan rakannya. Irfan juga sering berputus asa tanpa mencuba sesuatu dan ini, Irfan dianggap tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya dibuang dalam diri Irfan. Sewaktu penerokaan, saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk harapan, membuat rancangan untuk tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. Komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepada lisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Irfan sendiri.
Keberkesanan Kepada Murid Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang tidak lama sesuai dengan tugasan yang saya laksanakan. Dengan menggunakan teori REBT, saya mencabar danmematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri Irfan. Saya juga tidak perlu berjumpa dan berbincang dengan Irfan dalam jangka waktu yang lama atau menunggu klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien. Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisah. Segala pemikiran dan keprcayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dalam pembelajaran. Adalah menjadi tanggungjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui penyusunan semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu agar Irfan tidak lagi mempunyai fikiran yang tidak rasional.
Selepas seminggu, menurut guru Irfan, dia sudah menunjukkan perubahan yang positi. Dia sudah menumpukan perhatian di dalam kelas dan tidak lagi bersembang. Namun begitu, dia masih tidak bertanyakan apa-apa soalan. Untuk membuang rasa takut yang sudah lama berada di dalam diri memang agak sukar. Namun begitu, perubahan positif yang telah ditunjukkan membuktikan bahawa dia memang berusah untuk berubah untuk menjadi murid yang lebih baik. Saya menganggap bahawa saya sudah berjaya membawa kesedaran kepada Irfan walaupun bukan sepenuhnya lagi.

REFLEKSI Untuk menyiapkan tugasan kerja kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini, pelbagai aspek perlu diambilkira dan diberi perhatian misalnya dari aspek sumber bahan rujukan yang pelbagai terutamanya tentang teori yang dipilih. Saya telah memilih Rational Emotive Behavioural Therapy (REBT) semasa menjalankan sesi kaunseling bersama klien. Satu sumber bahan rujukan saja tidak cukup untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti. Setiap bahan rujukan yang dibaca ditulis oleh penulis yang berbeza. Rujukan daripada pelbagai sumber dapat membantu kita untuk memahami dan mendalami teori ini dengan lebih meluas dan dapat membantu kita menghasilkan tugasan yag lebih 'matang'. Semasa pembikinan tugasan ini, bantuan daripada guru dan murid adalah sangat penting terutamanya guru pembimbing, guru kelas dan juga murid itu sendiri. Untuk mendapatkan murid yang bermasalah sama ada dari segi disiplin mahupun pembelajaran adalah mudah. Namun, untuk mendapatkan murid yang dapat memberikan kerjasama seperti mudah untuk diajak berbual misalnya adalah sukar. Oleh itu, saya berjumpa dengan guru pembimbing sekolah untuk memohon beliau untuk mencadangkan beberapa orang murid yang sesuai untuk dijadikan klien berdasarkan rekod-rekod murid yang disimpan oleh beliau. Selepas mendapatkan maklumat murid-murid berkenaan, seterusnya saya berjumpa dengan guru kelas murid berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri murid tersebut. Ini bertujuan memudahkan saya untuk membina repo yang baik dengan murid tersebut. Repo yang baik memudahkan saya untuk menemubual murid itu nanti kerana murid itu tidak akan berasa kekok atau malu untuk berkongsi latar belakang dan masalah yang dihadapi. Antara aktiviti yang dilakukan untuk membina repo yang baik adalah makan bersama dan berkongsi cerita dan minat. Setiap semester dan setiap tugasan yang dilaksanakan, ada sahaja cabaran yang perlu ditempuhi. Antara yang dihadapi ialah cabaran untuk yang diperoleh mendapatkan kerjasama murid bermasalah. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah menemubual seramai 3 orang budak. Setiap murid ditemubual lebih daripada 3 kali seorang. Hal ini kerana masa temubual yang diperoleh tidak memuaskan hati saya. Demi memujuk murid-murid tersebut untuk meneruskan temubual, saya memberikan minuman yogurt sebagai ganjaran. Antara 3 orang murid yang pernah ditemubual seorang daripada mereka mengalami masalah ponteng sekolah manakala 2 orang murid lagi mengalami masalah untuk meyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Murid pertama yang ditemubual mengalami masalah suka ponteng sekolah. Murid ini agak kritikal. Kehadirannya yang tidak menentu ke sekolah amat menyukarkan saya untuk berjumpa dengannya walaupun saya sentiasa mengingatkannya bahawa saya akan berjumpa dengannya. Masalah ponteng murid ini yang agak kritikal membuatkan saya mengambil keputusan untuk mengambil murid lain sebagai klien saya. Klien kedua ini adalah murid tahun 3C. masalah yang dialami murid ini ialah dia selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Menurut guru pembimbing, murid ini seorang yang petah bercakap. Ya. Murid ini memang seorang yang petah bercakap. Malangnya, murid ini tidak bercerita dengan jujur semasa ditemubual. Dia menggunakan banyak helah bela diri untuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukan olehnya. Sebagai contoh, murid ini menceritakan bahawa untuk mengelakkan daripada dimarahi oleh gurunya, dia meminjam buku latihan rakannya untuk sekadar melihat jalan pengiraan sahaja dan salin semula tetapi bukan meniru. Banyak helah bela diri yang diberikan sehinggakan sukar untuk saya mengenalpasti punca kepada masalah murid itu sendiri. Akhirnya, saya memilih murid ketiga sebagai klien saya dalam membantu melaksanakan tugasan ini. Walaupun murid ini juga menimbulkan masalah dengan tidak menghadirkan diri ke sekolah. Namun, maslah itu tidaklah seteruk murid pertama. Temubual bersama klien memerlukan kami untuk mengaplikasikasikan mana-mana teori yang telah ditetapkan. Daripada 3 teori yang ditetapkan, saya telah memilih Teori REBT. Sudah banyak bacaan yang dibuat mengenai teori ini namun saya gagal untuk memahami bagaimana untuk mengaplikasikan teori ini untuk menyelesaikan permasalahan murid. Betul kata orang tua-tua, "kalau kita baca buku, tak ada tok guru, boleh jadi sesat". Tugasan ini memang mencabar diri saya dan sungguh merunsingkan. Akhirnya saya berkeputusan untuk berjumpa dengan Puan Salina, pensyarah Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak saya sendiri untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan yang lebih mendalam. Cabaran lain yang dihadapi ialah menghasilkan trankripsi temubual. Temubual saya hanya mengambil masa selama 13 minit 10 saat tetapi saya mengambil masa 3 jam untuk menghasilkan transkripsi yang lengkap. Ini merupakan kali pertama saya menghasilkan transkripsi dan ianya sangat memeningkan. Saya perlu mendengar dengan teliti dan dan ulang semula berulang-ulang sehingga tamat temubual. Sangat memeningkan. Sebagai seorang guru pelatih yang baru 'setahun jagung' dalam dunia pendidikan, pengalaman yang diperoleh sangat bernilai bagi saya. Terdapat banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang melaksanakan tugasan Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak ini. Sebagai seorang guru, kita tidak akan dapat lari daripada menghadapi murid yang bermasalah. Sebagai seorang guru yang mahukan terbaik untuk murid-muridnya sudah pasti kita ingin berkongsi atau membantu murid tersebut. Oleh itu kemahiran-kemahiran kaunseling sangat penting bagi kita sebagai guru untuk mendalami dunia mereka dan membuatkan mereka berasa selesa dan menceritakan masalah yang dihadapi. Melalui tugasan ini saya belajar untuk menghasilkan transkripsi. Kemahiran menghasilkan transkripsi penting misalnya semasa menghasilkan kajian tindakan untuk peringkat BA dan juga doktor falsafah (PhD) Rancangan saya pada masa hadapan antaranya adalah untuk berkolaborasi dengan guru pembimbing dengan memberi bimbingan berterusan kepada ketiga-tiga murid yang pernah menjadi klien saya agar tidak mengamalkan pemikiran dan tindakan yang tidak rasional. Diharapkan selepas ketiadaan saya di sekolah tersebut, guru pembimbing boleh memantau mereka sama ada menunjukkan apa-apa perubahan atau sebaliknya. Selain itu, saya berhasrat untuk berbincang dengan guru pembimbing untuk membuat kertas kerja untuk menjemput kaunselor luar untuk memberikan pendedahan tentang ilmu kaunseling kepada guru-guru yang berminat serta kepada Pembimbing Rakan Sebaya sekolah khususnya supaya mereka bukan sahaja dapat mengenali dan memahami diri sendiri dengan lebih baik malah dapat membantu orang di sekeliling mereka yang menghadapi masalah.

RUJUKAN
Ibrahim Ahmad. (2002). Siri Pengajian dan Pendidkan Utusan: Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Muhd. Mansur Abdullah. (1987). Sifat Kemasyarakatan Fajar Bakti: Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah (ed. ke-2). Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Choong Lean Keow. (2010). Siri Pendidikan Perguruan: Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Subang Jaya:Kumpulan Budiman.
Dr. Khoo Bee Lee. (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia.
Sebab Malas Belajar Dan Cara Mengatasinya. (t.t.). Diakses daripada http://azizulhakim91.blogspot.com/2012/12/sebab-malas-belajar-dan-cara.html
Perkaitan Teori Psikologi Terhadap Masalah Pelajar Dalam Kelas P&P Berlangsung. (t.t.). Diakses daripada http://www.scribd.com/doc/87638340/Perkaitan-Teori-Psikologi-Terhadap-Masalah-Pelajar-Dalam-Kelas-Semasa-p-p-Berlangsung
Terapi Perilaku Emotif Rasional. (t.t.). Diakses daripada http://anandaaristya.wordpress.com/2013/04/15/terapi-perilaku-emotif-rasional/
Ariffin. (1990). Kolaborasi Ilmu: Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran (hlm. 5). Diakses daripada http://ilmu.edublogs.org/.../Pengaruh-ibubapa-terhadap-pem...%E2%80%8E
Pembelajaran Sepanjang Hayat: Meningkatkan Pengetahuan dan Pengalaman. (t.t). Diakses daripada http://bnkkk.blogspot.com/2011/05/tahap-tahap-dalam-kaunseling-individu.html
Pengenalan Kepada Bimbingan Dan Kaunseling. (t.t.). Diakses daripada http://solehahcr2be.blogspot.com/2012/11/penegenalan-kepada-bimbingan-dan.html

Similar Documents

Free Essay

Pengenalan Pendidikan Kesihatan

...Pengenalan Pendidikan Kesihatan Topik 1 Falsafah, Konsep dan DefinisiPendidikan Kesihatan Definisi Kesihatan • WHO – Kesihatan adalah sesuatu yangsempurna dari segi fizikal, mental dan sosialdan bukan hanya sekadar tiada penyakitatau cacat cedera sahaja. • Kesihatan adalah kualiti hidup yg melibatkan sosial, emosi, mental, spritual dankecergasan biologikal individu hasil drpadaptasi individu terhadap persekitaran.(Dubos R.,1968) • sebarang pengalaman pembelajaran yg dibentuk bagi memudahkan adaptasi @ t/laku yg kondusif terhadap kesihatan (Green, 1980) Ciri-ciri Kesihatan Secara Menyeluruh merangkumi : • Kesihatan Fizikal • Kesihatan Sosial • Kesihatan Mental • Kesihatan Emosi • Kesihatan Persekitaran • Kesihatan Rohani Faktor yg mempengaruhi Tahap Kesihatan Individu • Pengaruh individu • Pengaruh interpersonal, sosial dan kerjaya • Pengaruh Persekitaran • Pengaruh Penjagaan Kesihatan • Pengaruh Komuniti Falsafah Pendidikan Kesihatan • Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan, ia merupakan perkara yg akan dijadikan panduan utk laksanakan pengajaran & program PK. • PK bukan semata-mata utk menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah utk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. • Program PK seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan utk meningkatkan amalan...

Words: 5284 - Pages: 22

Free Essay

Bm-Bahasa Malaysia

...Keluarga & Masyarakat (Sheng Wei) 3)Mangsa (Ng Cher Lim ) 4)Mangsa (Ang Kok Keong) 5)Psikologi kanak-kanak (Vern Wei) Pengerusi ( Wei Xiong) : Selamat tengah hari dan terima kasih kepada semua yang hadiri kerana sudi menghabiskan masa yang emas di forum ini. Saya berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kamu Yang Berbahagia, Encik Kim, Pengerusi Bernama Yang Berbahagia, Encik Ang Kok Keong, Saksi Yang Berbahagia, Encik Cher Lim, Mangsa didera oleh bapa Yang Dihormati, Datuk Sheng Wei, Kementerian Pembanguaan Wanita,Keluarga & Masyarakat. Yang Dihormati, Doctor Choong, Pakar Psikology kanak-kanak Nama saya ialah Wei Xiong(Pengerusi NGO Hak Kanak-Kanak) Encik Kim, Bolehkan anda memberi dua berita penderaan dari Pusat Asuhan Taman Melati dan Taman Pendidikan Kanak-kanak (Taska) Encik Kim ( Kim Ji Yeong): 1)Cerita Sebenar Rakaman penderaan kanak-kanak di Pusat Asuhan Taman Melati: Setiap kali mahu dihantar ke pusat pendidikan, anak-anak akan menangis. Anak-anak akan berasa sangsi kerana dengan situasi itu, sepasang ibu dan bapa bertindak memasang kamera tersembunyi bagi mengetahui puncanya. Hasilnya cukup mengejutkan apabila anak-anak yang dihantar ke pusat pendidikan itu, didapati dipukul dan didera oleh pengasuh. Dakwa pengadu yang mahu dikenali sebagai Encik Johny , situasi dialami anaknya...

Words: 3044 - Pages: 13

Free Essay

The Impact of Social Class (Socioeconomic Status) and Student Education

...Fikri Nasirah bt Che Daud No matrik D20081032369 D20081033205 D20081032356 D20081032311 D20081032296 1.0 Pendahuluan Perbezaan pencapaian Matematik seringkali mendapat perhatian masyarakat dalam dunia pendidikan. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perbezaan bermaksud beza, kelainan dan ketidaksamaan. Pencapaian pula bermaksud apa yang telah dicapai, dihasilkan atau diperoleh serta prestasi. Perkataan Matematik pula bermaksud ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Justeru, dapat dirumuskan di sini bahawa perbezaan pencapaian dalam pendidikan Matematik ialah ketidaksamaan dalam prestasi serta pengetahuan mengenai ilmu kira-kira. Menurut John Dewey (1977), pendidikan merupakan satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan yang sedia ada pada seseorang individu. Matematik merupakan ilmu Hisab moden dan antara subjek penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Subjek ini diajar bermula peringkat awal persekolahan iaitu daripada tadika, seterusnya ke peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan terus ke peringkat tinggi. Di bawah perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Matematik diajar di sekolah dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan kira-kira secara spontan kepada pelajar (Yew, 1994). Penggunaan Matematik pada masa kini telah berkembang luas dalam semua lapisan masyarakat. Menurut Unit Matematik Menengah...

Words: 3673 - Pages: 15

Free Essay

Pengajian Am Sem 2

...PERTUNJUK/INDIKATOR NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA: 1. Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya 2. Dapat mengatasi masalah kependudukan 3. Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat 4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi 5. Kebanyakan eksport adlah hasil industri dan perkhidmatan 6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi 7. Kesedaran dan kepatuhan kepada undang2, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia 8. Tingkat pendidikan relatif tinggi 9. Tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi 10. Tingkat kesihatan tinggi LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA 1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan Negara 2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan 3. Meningkatkan sumber daya manusia 4. Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi Negara, serta mencipta bidang2 pertumbuhan baru 5. Memperbaik sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit dalam bidang pelaburan 6. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat di kawasan2 pedalaman 7. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan social OBJEKTIF/MATLAMAT RUKUN NEGARA 1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil 2. Untuk memelihara cara hidup demokratik 3. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat 4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak 5. Untuk...

Words: 2950 - Pages: 12

Free Essay

Final Exam Draft

...Tarikh : 10/03/2014 Masa : 04:46 PM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Sistem Rekod Pelajar Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi 2013/2014 Muka Surat 1 / 96 [dwr_af170] HARI Bil. 1 :ISNIN 9:00 AM Kod Nama Kursus Kump A Bil Pel 64 1 Pec Bil Masa Pec (Minit) 64 150 Tempat DSB K.MAS Tarikh : 02/06/2014 Nama Pensyarah BPFE2033 KEWANGAN KEUSAHAWANAN Dr. Farrah Merlinda Binti Muharam Dr. Aliyu Olayemi Abdullateef Hartini bt. Husin Dr. Norhayati Bt. Zakaria (K) 2 BPMM3263 PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN A 93 1 93 150 TE 3 GFMA3063 PENGURUSAN SILANG BUDAYA B C 66 16 1 1 66 16 150 150 DSB K.MAS DSB K.MAS 4 SADN1043 HUBUNGAN ETNIK 2 6 A B C D E F G H I J K L M MKM N O R 108 1 135 70 134 95 62 94 113 116 125 148 141 119 36 22 39 51 59 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 108 1 135 70 134 95 62 94 113 116 125 148 141 119 36 22 39 51 59 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 150 PMI DSB K.TM DMS DMS DTSO TE DMS DTSO DMS DMS DTSO DSB K.T/WD DMS DSB K.TM MKM DSB K.TM DSB K.T/WD DMS Dr. Musa Yusuf Owoyemi Dr. Muhamad Amar bin Mahmad Dr. Ssuna Salim Dr. Muhammad Saleh Tajuddin Dr. Syahrul Faizaz binti Abdullah Dr. Ssuna Salim Dr. Muhammad Saleh Tajuddin Dr. Hazman Bin Hassan Dr. Muhamad Amar bin Mahmad Dr. Muhamad Amar bin Mahmad Dr. Suhanim binti Abdullah Dr. Syahrul Faizaz binti Abdullah Dr. Ssuna Salim (K) (K) (K) Dr. Ssuna Salim Dr. Suhanim binti Abdullah...

Words: 26934 - Pages: 108