Free Essay

Konsep Wakaf Tunai

In:

Submitted By harryrien
Words 843
Pages 4
WAKAF TUNAI
Konsep Wakaf Tunai
Wakaf tunai ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang telah dikumpulkan melalui satu tabung amanah yang diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan untuk mengurus wakaf sebagai contoh Yayasan Waqaf Malaysia bagi tujuan kebajikan dan manfaat masyarakat. Wang tunai ini tidak akan diagihkan terus kepada penerima manfaatnya tetapi akan ditukarkan kepada bentuk yang bersifat kekal kerana konsep wakaf ini adalah kekal.
Para ulama pada zaman silam menggunakan istilah wakaf ad-darahim atau wakaf ad-dananir yang membawa maksud wakaf menggunakan wang dirham atau dinar dalam kehidupan mereka.
Secara umumnya wakaf tunai ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengumpulkan dana dari kalangan umat Islam yang kemudiannya membawa manfaat dan faedah bagi kepentingan pembangunan masyarakat.

Fatwa Pensyariatan Wakaf Tunai

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 di Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam.

Wakaf Tunai Malaysia

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) memperkenalkan Wakaf Tunai Malaysia (WTM) pada penghujung tahun 2008 setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan Bil 1/2008 pada 9 Jun 2008. Pada 25 Jun 2008 pelaksanaan WTM telah mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) YWM Bil 1/2008. Terdapat 4 perkara yang merupakan objektif pelaksanaan WTM ini iaitu : 1. Menyuburkan semula amalan wakaf iaitu sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam di samping menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat umat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tidak memiliki harta tidak alih untuk diwakafkan. 2. Menggalakkan masyarakat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam serta menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwwah Islamiah dan semangat ta’awun dalam Islam. 3. Melaksanakan strategi pembangunan harta-harta wakaf dan ekonomi umat Islam dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu serta meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan. 4. Memperbanyakkan lagi pegangan aset umat Islam hasil daripada pengumpulan wang tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama dan pembangunan masyarakat Islam serta melahir dan menzahirkan pembangunan institusi wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa.
Melalui objektif pelaksanaan yang telah dikenal pasti adalah diharapkan masyarakat akan lebih peka mengenai pelaksanaan wakaf tunai dan pemahaman mengenai wakaf tunai ini akan menggalakkan lagi sumbangan dari masyarakat dan untuk masyarakat. Selain daripada itu YWM akan memastikan dana yang disumbangkan itu akan memberi manfaat dan faedah sebaikk mungkin selaras dengan objektif pelaksanaan wakaf ini.

Bagi tujuan pelaksanaan wakaf tunai ini YWM telah mengadakan kerjasama strategik dengan beberapa pihak bagi kemudahan pihak yang hendak berwakaf untuk menyampaikan sumbangan. Antara kerjasama strategik yang telah dijalankan ialah dengan Maybank Islamic Berhad (MIB) dan Amanah Raya Berhad (ARB).

Perjanjian Persefahaman di antara YWM dan MIB telah diadakan pada 2 Julai 2010. MIB bertindak sebagai ejen pelaburan YWM bagi meningkatkan lagi kutipan WTM. Selain daripada itu pihak MIB telah mencadangkan supaya mereka dilantik juga sebagai ejen kutipan WTM dengan pihhak MIB menerusi Kumpulan Maybank akan menggabungkan setiap produk MIB dengan sumbangan kepada pembangunan wakaf melalui WTM. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak MIB bagi mengukuhkan kutipan WTM ialah seperti : a) Menyediakan pelbagai infrastruktur berwakaf kepada masyarakat menerusi perbankan internet, auto-debit dan sebagainya b) Mengadakan promosi kepada pelanggan Maybank menerusi taklimat, pameran, bahan penerbitan atau kaedah-kaedah lain yang bersesuaian c) Mengenalpasti dan mengesyorkan kaedah-kaedah berwakaf yang mudah dan mesra pengguna bagi menggalakkan kutipan WTM d) Membantu mewar-warkan kepada masyarakat mengenai kepentingan berwakaf serta kaedah melaksanakan ibadah tersebut menggunakan infrastruktur Maybank e) Bersama-sama dengan YWM untuk mengukuhkan kutipan, merancang program pengagihan, dan melaksanakan program pembangunan dengan dana yang dikutip f) Bersama-sama dengan YWM untuk merancang strategi dan pendekatan program promosi yang lebih teratur dan efisien g) Bersama-sama dengan YWM untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk tujuan penerbitan bahan pemasaran dan komunikasi. YWM juga mengadakan kerjasama strategik dengan ARB. ARB merupakan syarikat pemegang amanah yang pertama di Malaysia dan telah beroperasi sejak lebih 80 tahun. ARB kini menjadi peneraju utama dalam hal ehwal berkaitan perkhidmatan pentadbiran harta pusaka termasuk penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat; peramanahan; pengurusan hartanah dan pelaburan kepada masyarakat Melalui cadangan kerjasama ini YWM akan disenaraikan sebagai salah satu badan amal jariah yang disyorkan oleh ARB, bagi membolehkan para pewasiat memilih untuk menyumbang kepada YWM sewajarnya. Untuk itu ARB akan mempromosikan YWM kepada parapelanggan ARB sebagai salah satu wadah menyemarakkan amalan berinfaq dan berwakaf sama ada melalui wasiat atau amanah. Selain daripada itu YWM dan ARB akan menjalankan kerjasama bagi mengadakan program-program penerangan melalui seminar, ceramah dan pameran sama ada dianjurkan oleh ARB atau pun YWM untuk memberi lebih kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan perancangan pusaka Islam dan keberkesanan institusi wakaf dalam membangunkan sosio-ekonomi ummah. Di samping itu latihan dan bimbingan akan diberikan kepada kakitangan YWM dan ARB bagi memberi fahaman jelas dalam usaha memberi penerangan kepada umum mengenai amalan berwakaf dan berwasiat ini. Kdua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam menyediakan dan menerbitkan bahan publisiti untuk mempromosi program kesedaran yang dianjurkan bersama.

--------------------------------------------
[ 1 ]. www.maij.gov.my/?page_id=439

Similar Documents

Free Essay

Akuntasi Manajemen

...Pelaporan Keuangan Entitas Nirlaba MAKALAH Disusun untuk Memenuhi Tugas Mata Kuliah Akuntansi Topik Khusus Dosen Pembimbing : Djoemarma Bede, S.E.,MBA.,Ak Oleh: Sartika Wulandari | 120110130090 | Azharia Devi Agustina | 120110130091 | Ulfatur Robbaniyyah | 120110130092 | Grace Ekasari | 120110130149 | JURUSAN AKUNTANSI FAKULTAS EKONOMI DAN BISNIS UNIVERSITAS PADJAJARAN BANDUNG 2015 KATA PENGANTAR Assalamu’alaikum wr.wb Puji dan syukur Penulis panjatkan kepada Allah SWT, karena atas rahmat dan karunia-Nya penulis dapat menyelesaikan tugas Akuntansi Topik Khusus yaitu Makalah yang berjudul “Pelaporan Keuangan Entitas Nirlaba Studi Kasus pada Yayasan Masjid Al-Falah Surabaya”. Penulis mengucapkan terima kasih kepada dosen Akuntansi Topik Khusus, Djoemarma Bede, S.E.,MBA.,Ak, yang telah membimbing, penulis juga berterima kasih kepada orang tua dan semua pihak yang terlibat dalam penulisan karya tulis ilmiah ini. Penulis sudah berusaha dalam menyelesaikan makalah ini, namun jika masih ada kesalahan penulis mohon maaf, karena penulis masih dalam proses pembelajaran, oleh karena itu penulis menerima kritikan dan saran yang membangun dari pembaca. Semoga makalah ini dapat memberikan manfaat bagi kita semua. Wassalamu’alaikum wr.wb Bandung, 24 November 2015 Penyusun DAFTAR ISI KATA PENGANTAR 2 BAB 1 Pendahuluan 4 1.1 Latar Belakang 4 1.2 Rumusan Masalah 5 1.3 Tujuan Penulisan 5 BAB II Tinjauan Pustaka 6 BAB III Analisis dan Pembahasan...

Words: 4450 - Pages: 18

Free Essay

One Malaysia

...Manifesto Barisan Nasional (BN) 2013 (PRU 13) : BR1M RM1200, Harga Kereta Turun 20%-30%, Baucar Buku (RM300) & Bantuan Sekolah (RM150) 39 by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 8, 2013 in PILIHANRAYA UMUM 13 Manifesto Barisan Nasional : Lautan dan gelombang biru diperhebatkan paluan gendang “perang” sehingga sudah menerjah masuk di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio serta tidak lupa juga di akhbar arus perdana sejak pelancaran Manifesto barisan Nasional (BN) pada Sabtu yang lalu. Jikalau hebahan dan perkongsian Manifesto Pakatan Rakyat bakal diberikan ruang dan peluang hanya selama 10 tetapi secara rakaman untuk suntingan, lain pulanya untuk khas untuk manifesto Barisan Nasional. Berapa ramai yang saksikannya pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) yang disiarkan secara langsung dan mendapat liputan yang cukup meluas dikebanyakan media utama di Malaysia (Siaran langsung di Astro Awani, Astro Saluran 301(saluran berbahasa Cina) dan Astro Saluran 201(saluran berbahasa tamil) , TV1 dan TV3)  selama tempoh lebih sejam lamanya dari Stadium Tertutup Bukit Jalil? Senarai Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU 13? Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup * BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang. * Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150. * Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional...

Words: 4296 - Pages: 18

Free Essay

Harta Pusaka

...wasiat, wakaf serta faraid. Pemilikan harta oleh seseorang individu melalui salah satu cara tersebut telah diiktiraf oleh Islam sebagai hak milik sempurna (Mohd Zamro 2006). Oleh yang demikian, hak milik ini tidak boleh dilucutkan oleh sesiapapun tanpa persetujuan daripada pemiliknya melainkan dengan cara yang dibenarkan. Mana-mana individu yang memiliki harta di bawah kategori hak milik sempurna adalah bebas menggunakan serta menikmati harta mereka dalam batas-batas yang ditetapkan. Justeru sebagai satu pengiktirafan kepada hak milik yang diberikan, mereka layak melaksanakan apa-apa transaksi berkaitan harta tersebut termasuk melakukan pindah milik, wakaf, wasiat dan hibah. Selain daripada itu, mereka juga berhak mewariskan harta tersebut selepas kematian dalam bentuk pusaka. Konsep pengurusan harta merupakan perkara yang amat penting bagi menjamin agar harta mampu beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai sektor kehidupan bagi penggunaan yang luas dan menyeluruh. Konsep pengurusan harta sedemikian memberikan hak pemilikan kepada seseorang atau segolongan yang lain. Selain itu, pengurusan harta yang baik boleh memberi galakan kepada transaksi harta agar dapat memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh masyarakat. Oleh yang demikian, pengurusan harta secara sistematik dan teratur ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesukaran-kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi masyarakat dalam sesebuah negara. Walaupun konsep pengurusan...

Words: 8402 - Pages: 34