Free Essay

The Fall of Soviet Union

In:

Submitted By HlBlack
Words 3822
Pages 16
Pengenalan

“Workers of the world, unite!”, itu merupakan slogan atau manifesto bagi pemegang fahaman komunis dan ini termasuklah Union of Soviet Socialist Republics/Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). USSR merupakan sebuah negara sosialis yang amat besar dan juga dikenali sebagai Soviet Union. Soviet Union terletak di kawasan Eurasia di mana negara ini terletak di utara Asia tetapi masih dianggap sebahagian daripada Eropah. Selain itu, Soviet Union juga bersempadan dengan 12 buah negara iaitu enam daripadanya adalah negara Asia dan enam daripadanya adalah negara Eropah. Enam negara jirannya dari Asia ialah Korea Utara, China, Mongolia, Afghanistan, Iran dan Turki. Manakala enam lagi jirannya dari Eropah ialah Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway dan Finland. Soviet Union terdiri daripada 15 buah republik yang memusatkan pemerintahan di bandaraya Moscow. Rusia merupakan salah satu daripada republik dalam Soviet Union dan merupakan republik terbesar. 14 lagi republik lain ialah Georgia, Ukraine, Moldova, Belarus, Armenia, Azerbaijan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Estonia, Latvia dan Lithuania.

Soviet Union mula ditubuhkan pada 1922 dan pemimpin pertama pada ketika itu ialah Vladimir Lenin. Segalanya bermula apabila tercetusnya revolusi Rusia pada tahun 1917 di mana pemerintahan rejim Tsar yang kejam telah digulingkan oleh kebangkitan rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad). Kerajaan pada ketika itu di bawah pimpinan Tsar Nicholas II telah ditumbangkan lalu sebuah kerajaan sementara telah dibentuk dan dipimpin oleh Perwakilan Pilihan Rakyat Duma. Walau bagaimanapun, kerajaan bersifat sementara ini tidak bertahan lama apabila berlaku rampasan kuasa oleh golongan Bolshevik di bawah pimpinan Vladimir Lenin pada November 1917. Akhirnya, pada Disember 1922, golongan Bolshevik yang memanggil diri mereka Komunis telah mengambil-alih kuasa pemerintahan secara rasmi dengan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet ataupun dikenali sebagai Soviet Union. Kerajaan baru ini merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas empayar Rusia. Kerajaan baru pimpinan Vladimir Lenin ini juga tidak membenarkan wujudnya parti atau organisasi politik lain. Hal ini kerana hanya wujud satu parti iaitu parti komunis dan pemerintahan akan berbentuk kerajaan berpusat. Situasi ini bermaksud aspek politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan akan dikawal oleh kerajaan pusat sepenuhnya.

Pada tahun 1924, Lenin telah meninggal dunia lalu tempat beliau digantikan oleh Joseph Stalin. Stalin merupakan seorang pemimpin yang lebih tegas dan kejam berbanding Lenin. Ketika pemerintahan Stalin, beliau telah berusaha dengan agresif untuk membangunkan Soviet Union dengan melaksanakan perindustrian dan pertanian secara besar-besaran. Selepas perang dunia kedua iaitu sekitar tahun 1945 hingga 1991, Soviet Union menjadi salah satu kuasa besar di dunia selain daripada Amerika Syarikat. Dalam jangka masa yang sama juga, Soviet Union dan Amerika Syarikat telah bersaing sehingga era tersebut dikenali sebagai era perang dingin. Perang ideologi telah berlaku antara dua kuasa besar ini di mana Soviet Union bersama sekutunya iaitu China, Korea Utara dan Vietnam memperjuangkan ideologi komunis dan sosialis manakala, Amerika Syarikat dengan sekutunya iaitu Britain dan lain-lain memperjuangkan ideologi demokratik liberal dan kapitalis. Pada lewat tahun 1980-an, Mikhail Gorbachev selaku pemimpin Soviet pada ketika itu telah berusaha untuk memulihkan keadaan politik dan ekonomi Soviet. Namun demikian, pada 26 Disember 1991, secara rasminya Soviet Union telah tumbang buat selama-lamanya. Kejatuhan Soviet Union ini dilihat berpunca daripada beberapa faktor dan telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap sistem antarabangsa.

Faktor-faktor Kejatuhan

Struktur Pemerintahan Gorbachev

Mikhail Gorbachev telah dilantik menjadi ketua negara Soviet Union pada Mac 1985. Gorbachev telah menggantikan tempat Constantine Chernenko yang telah meninggal dunia pada tahun 1985. Sebelum dilantik menjadi ketua negara Soviet, Gorbachev pernah memegang beberapa jawatan penting seperti First Party Secretary of the Starropol Kraikom (1970), First Secretary Supreme Soviet (1974) dan General Secretary of the Communist Party of Soviet Union (1985-1991). Gorbachev telah memerintah negara Soviet dari tahun 1985 sehingga keruntuhannya iaitu pada tahun 1991. Gorbachev merupakan seorang yang anti-stalinist tetapi bukan anti-sosialis. Gorbachev merupakan seorang yang tidak sukakan keganasan dan lebih bersifat terbuka. Gorbachev ingin melakukan perubahan terhadap Soviet Union terutamanya dalam aspek politik dan ekonomi. Lantaran itu, beliau telah melakukan revolusi kuasa dengan memperkenalkan dua dasar yang diharapkan dapat memulihkan semula keadaan ekonomi dan politik Soviet. Dua dasar yang diperkenalkan oleh Gorbachev itu ialah dasar Glasnost dan dasar Perestroika.
Glasnost bermaksud cahaya penyuluh. Dasar Glasnost merupakan dasar keterbukaan Soviet. Ini terbukti apabila pihak Soviet telah membebaskan banduan politik, Andrey Sakhavov, di mana Sakhavov telah dibenarkan untuk kembali ke Moscow pada 23 Disember 1986. Pada tahun 1980, Sakhavov telah dibuang ke Gorky kerana mengkritik hak asasi manusia di Soviet Union. Dasar Glasnost ini juga telah memberi kebebasan kepada pihak media Soviet untuk menulis tentang salah laku pihak atasan Soviet. Dasar Glasnost ini telah melonggarkan kawalan rejim terhadap rakyatnya. Selain itu, pihak Soviet juga telah hilang kawalan terhadap pihak media sama ada media cetak atau media elektronik. Contohnya, golongan muda Leningrad TV Producer telah memaparkan dan membincangkan isu-isu berkenaan korupsi dalam pemerintahan Soviet. Kebebasan yang diperolehi ini telah dimanfaatkan oleh ramai penulis untuk menulis tentang kebebasan dan menginginkan perubahan. Dasar Glasnost ini juga bertujuan untuk mengurangkan rasuah dalam kalangan pihak tertinggi Soviet. Walau bagaimanapun, keterbukaan Soviet ini telah mendedahkan banyak salah laku golongan atasan pihak Soviet. Pendedahan ini telah membuatkan rakyat marah dan bangkit menuntut perubahan. Gorbachev sendiri turut dikritik oleh rakyat atas dasar keterbukaannya ini. Melalui dasar keterbukaan ini, Gorbachev turut memperkenalkan insentif terhadap pengurus dan pekerja. Gorbachev berpendapat keterbukaan dalam bidang pekerjaan akan membentuk tenaga untuk membangunkan ekonomi.
Perestroika pula bermaksud pembinaan semula. Dasar Perestroika ini adalah untuk penstrukturan semula politik dan ekonomi Soviet. Dalam aspek politik, dasar ini adalah untuk memperbaharui parti komunis. Perubahan yang dilakukan ialah pegawai di peringkat pusat dan tempatan akan bertanggungjawab terhadap badan-badan yang mereka pilih tetapi mereka masih di bawah kawalan kerajaan pusat. Dalam aspek ekonomi pula, dasar ini bertujuan untuk memperkenalkan mekanisme pasaran dan pelbagai bentuk pemilikan. Ini adalah untuk membentuk rakyat Soviet yang lebih produktif berbanding sebelum ini.
Kedua-dua dasar yang diperkenalkan oleh Gorbachev telah gagal untuk membawa sebarang perubahan. Malahan, kedua-dua dasar tersebut telah gagal dan tidak memberikan hasil yang diharapkan. Dasar Glasnost yang diperkenalkan oleh Gorbachev merupakan antara penyebab kegagalan kedua-dua dasar tersebut. Hal ini kerana banyak pendedahan telah dilakukan oleh pihak media tentang salah laku golongan atasan Soviet lalu ini telah membuatkan rakyat marah dan tidak mempunyai kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin tertinggi Soviet. Selain itu, kegagalan kedua-dua dasar ini didorong oleh sikap golongan atasan Soviet yang sudah terlalu selesa dengan kehidupan yang penuh dengan rasuah dan korupsi. Keadaan ini membuatkan golongan atasan Soviet ini tidak mahu melakukan perubahan dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan Gorbachev.

Semangat Nasionalisme

Semangat nasionalisme merupakan satu perasaan cinta akan tanah air yang membawa kepada tindakan pembebasan tanah air. Seperti yang diketahui, Soviet Union terdiri daripada 15 republik yang disatukan di bawah satu pemerintahan. Ketika era pemerintahan Gorbachev, semangat nasionalisme di beberapa negara satelit telah mula kelihatan dan telah memuncak. Semangat nasionalisme di Kazakhstan telah bermula apabila pihak Moscow telah menggantikan Dinmukhamed Kunayev sebagai setiausaha Parti Komunis Kazakhstan. Penggantian ini tidak disenangi oleh rakyat Kazakhstan lalu membuatkan mereka marah dan mula melakukan rusuhan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Pada tahun 1987, semangat nasionalisme telah merebak ke dalam Rusia apabila terdapat seramai 600 ahli Pamyat iaitu kumpulan nasionalis Rusia yang telah melancarkan demonstrasi di Moscow kerana marah dengan masalah ekonomi dan politik Soviet yang semakin serius. Seolah-olah pihak pemerintah Soviet langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengatasi masalah yang semakin meruncing. Ahli Pamyat juga dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik iaitu Boris Yeltsin yang kemudiannya akan menjadi presiden pertama Rusia. Dasar Glasnost yang diperkenalkan oleh Gorbachev turut menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme kerana rakyat mahukan perubahan dan ingin memerintah negara mereka sendiri. Dasar keterbukaan ini membuatkan negara-negara berani bersuara menuntut kemerdekaan. Antara negara yang telah menuntut kemerdekaan dan mendaulatkan negara mereka ialah Estonia pada November 1988, Lithuania pada Mei 1989 dan Latvia pada Julai 1989. Malah pada tahun 1988, Azerbaijan dan Armenia telah berjuang menuntut wilayah Nagorno Karabakh yang terletak dalam kawasan Azerbaijan tetapi majoriti penduduknya ialah Kristian Armenian. Pihak media barat turut memperhebatkan lagi properganda tentang pro-demokrasi dan anti-komunis. Pihak media barat memperbanyakkan lagi iklan tentang kebaikan negara-negara yang mengamalkan demokrasi dan kapitalis. Malahan, pihak media barat turut membiayai gerakan di Jerman Timur, Poland dan Hungary untuk mempercepatkan lagi tersebarnya properganda tersebut ke negara-negara Eropah Timur. Tujuannya ialah untuk membuatkan rakyat Eropah Timur bangkit dan menuntut perubahan dengan menggantikan sistem komunis dengan sistem demokrasi. Akibat daripada tekanan semangat nasionalisme ini, Soviet Union akhirnya runtuh.

Masalah Ekonomi Soviet

Ekonomi merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah negara. Ekonomi penting untuk tujuan pembangunan dalam pelbagai bidang dalam negara. Biarpun USSR sebuah negara sosialis tetapi sektor ekonomi juga perlu dibangunkan untuk memastikan keberlangsungan negara komunis tersebut. Walau bagaimanapun, ekonomi Soviet telah menampakkan kegoyahan sejak tahun 1960-an lagi. Perkara ini dapat dilihat melalui penyataan Gorbachev dalam majalah Time 1985, “The old regime had left Soviet Russia with a grim legacy: a backward economy, strong vestiges of feudalism, millions of illiterate people”. Krisis ekonomi yang serius telah berlaku di Soviet Union pada tahun 1980 di mana kadar pertumbuhan ekonomi Soviet telah jatuh merundum sehingga -15.0%. Antara masalah yang menyumbang kepada kepincangan ekonomi Soviet adalah masalah produktiviti. Sekitar 1950-an hingga 1960-an, ramai buruh yang beralih arah daripada bidang pertanian ke bidang perindustrian. Sekali gus, ini meningkatkan bilangan buruh dalam sektor perindustrian tetapi mengurangkan bilangan buruh dalam sektor pertanian. Pada lewat tahun 1970-an hingga awal tahun 1980-an, berlaku penurunan yang amat ketara dalam penghasilan makanan dan sekali gus bekalan makanan terus berkurang. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak baik, membuatkan sektor pertanian terus terjejas. Pada tahun 1980-an, keadaan semakin teruk kerana perlu bergantung dengan sumber yang sedia ada. Selain itu, pihak Soviet juga hanya menitikberatkan penambahan bilangan buruh dan mengabaikan peningkatan produktiviti oleh buruh. Sebenarnya sistem ekonomi sosialis yang diamalkan oleh Soviet sendiri telah menimbulkan masalah produktiviti ini. Hal ini demikian kerana di dalam sebuah negara komunis, segala harta benda adalah di bawah tanggungjawab kerajaan dan semuanya boleh dihakmiliknegarakan. Oleh kerana itu, rakyat tidak terdorong untuk meningkatkan produktiviti kerana akhirnya semua akan menjadi milik kerajaan. Di samping itu, rakyat juga tidak terdorong untuk meningkatkan produktiviti kerana segigih mana pun mereka bekerja, gaji dan pangkat mereka adalah tetap dan tidak akan dinaikkan.
Seterusnya, kehabisan bahan mentah turut mendorong kepada kelembapan ekonomi USSR. Kawasan yang telah kehabisan bahan mentah memaksa Soviet mencari bahan mentah di kawasan yang lebih jauh dari tempat pemprosesan bahan mentah. Sekali gus ini akan meningkatkan kos pengeluaran bahan mentah. Contohnya, pada tahun 1980, sumber minyak di Samotlar, Siberia Barat telah habis. Maka, Soviet terpaksa mencari kawasan baru untuk mendapatkan sumber minyak yang baru.
Kemudian, ekonomi USSR turut merundum kerana wang terlalu banyak dibelanjakan dalam perang dingin. Wang banyak dibelanjakan dalam penjelajahan aeroangkasa, teknologi, ketenteraan atau lebih spesifik dibelanjakan untuk pembangunan senjata nuklear.
Kepincangan ekonomi Soviet juga disebabkan kurangnya rakan dagang dalam perdagangan antarabangsa. Soviet Union mengamalkan sistem ekonomi Sosialisme yang tidak banyak negara lain amalkan kecuali sekutu mereka iaitu China, Korea Utara dan Vietnam. Kebanyakan negara di dunia telah mengamalkan sistem ekonomi kapitalis maka ini membuatkan sukar untuk USSR mencari rakan dagang bagi meningkatkan ekonomi mereka. Ekonomi USSR terus merosot sehingga 10 jun 1989 dan menjadi antara punca utama kejatuhan USSR.

Soviet Kehilangan Pengaruh

Setiap negara di dunia memerlukan sekutu untuk pelbagai tujuan. Begitu juga halnya dengan Soviet Union kerana negara sosialis ini turut memerlukan sekutu untuk menyokong mereka. China, Vietnam dan Korea Utara merupakan sekutu-sekutu Soviet yang memperjuangkan ideologi yang sama iaitu komunisme. Soviet dan sekutu-sekutunya telah bekerjasama dalam pelbagai perkara. Namun, hubungan Soviet dengan China dan Vietnam mula renggang akibat daripada isu tertentu. Keretakan hubungan antara Soviet dengan China mula memuncak sekitar 1970-an. Antara perselisihan yang berlaku antara China dan Soviet ialah berkenaan politik dan ekonomi negara komunis. Soviet dan China mempunyai pandangan yang bercanggah mengenai ekonomi dan politik negara komunis. Menurut Soviet, sistem politik adalah elemen yang perlu didahulukan dan diperkukuhkan sebelum sistem ekonomi. Hal ini kerana sistem ekonomi hanya akan dapat diperkukuhkan apabila sistem politik dalam negara komunis adalah stabil. Soviet berpandangan sedemikian kerana mereka berpegang pada teori komunis Karl Marx dan juga teori komunis Stalinist. Di sinilah masalahnya timbul kerana China mempunyai pendapat yang berbeza daripada Soviet. China berpendapat bahawa sistem ekonomi perlu terlebih dahulu diperkukuhkan lalu barulah sistem politik dapat diperkukuhkan setelah sistem ekonomi stabil. China berpendapat sedemikian kerana mereka berpegang teguh dengan teori komunis Mao Zedong.
Selain itu, China dan Soviet turut berselisih tentang pengaruh dan pusat kiblat negara-negara komunis. Bagi Soviet, mereka telah memulakan negara komunis pertama di dunia maka mereka berhak terhadap ideologi komunisme dan seharusnya Moscow menjadi pusat kegiatan negara-negara komunis. Namun, reaksi berbeza ditunjukkan oleh China dan mereka berpendapat bahawa pengaruh komunis di China adalah lebih kuat dan lebih berpengaruh. Oleh itu, Beijing harus menjadi pusat kegiatan komunis dan negara-negara komunis perlu berkiblatkan negara China. Konflik yang dihadapi oleh China dan Soviet telah membolehkan Amerika Syarikat untuk mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan China. Amerika Syarikat telah menghantar sepasukan pemain ping pong mereka untuk mengadakan perlawanan dengan pasukan ping pong negara China. Lama-kelamaan hubungan China dan Amerika Syarikat semakin erat dan secara perlahan-lahan pengaruh Soviet di China mula pudar. Akhirnya, Soviet telah kehilangan sekutu paling kuat mereka.
Dalam perhubungan Soviet dengan Vietnam pula, Vietnam Utara telah berjaya menewaskan Vietnam Selatan dan menguasai keseluruhan Vietnam dan Ho Chi Minh menjadikan Vietnam sebuah negara komunis. Vietnam yang baru selesai menghadapi peperangan telah mengalami kemusnahan yang teruk dalam negara mereka maka sekali gus ekonomi Vietnam turut jatuh merundum. Oleh kerana itu, Vietnam amat bergantung kepada Soviet dari aspek bantuan ekonomi. Hinggakan 60% daripada bantuan datang daripada Soviet. Namun demikian, masalah ekonomi yang dihadapi oleh Soviet telah memaksa Soviet untuk mengurangkan bantuan kepada Vietnam. Tindakan Soviet itu telah membuatkan ekonomi Vietnam kembali merosot. Lantas, Vietnam telah mengambil langkah pencegahan dengan melancarkan dasar ekonomi Doi Moi. Dasar ekonomi Doi Moi ini merupakan dasar ekonomi yang lebih cenderung menjalankan aktiviti ekonomi dengan negara-negara barat terutamanya Amerika Syarikat. Pelaksanaan dasar ekonomi ini adalah untuk mengukuhkan kembali ekonomi Vietnam tetapi secara tidak langsung menghakis pengaruh komunis Soviet di Vietnam. Akhirnya, Soviet telah kekurangan sekutu dan ini telah membuatkan mereka perlu bergelut sendiri untuk menentang pengaruh demokrasi dan kapitalis sehingga Soviet tumbang

Dasar Luar Rusia

Soviet telah mengalami masalah serius dalam politik dan ekonomi. Oleh kerana itu, pihak pemerintah terpaksa mengambil tindakan dengan menumpukan pemerintahan di Rusia. Dengan erti kata lain, pemerintahan parti komunis lebih memfokuskan untuk memulihkan keadaan politik dan ekonomi di Rusia dan mengabaikan negara-negara satelitnya. Pihak pemerintah terpaksa berbuat demikian kerana kekurangan wang untuk menjalankan pentadbiran di republik-republik lain. Lantaran daripada itu, beberapa buah negara satelit telah berasa terpinggir dan ingin menuntut kemerdekaan dan ingin memerintah sendiri. Dasar luar Rusia ini juga telah membuatkan negara-negara satelit lain tidak berpuas hati dan ini juga telah mendorong kebangkitan semangat nasionalisme.

Kesan-Kesan Kejatuhan

Permulaan Sistem Unipolar

Sistem Unipolar merupakan satu kuasa tunggal yang menguasai dunia dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Ketika era perang dingin, sistem bipola berlaku iaitu antara dua kuasa besar ketika itu iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Namun, selepas kejatuhan Soviet Union pada 1991, bermulalah satu sistem baru iaitu sistem Unipolar di mana Amerika Syarikat menjadi satu kuasa besar tunggal yang mendahului negara-negara lain dalam pelbagai aspek. Pada tahun 1991 seorang Pengarah Pentagon telah memberikan ucapan di Persidangan Summer Study dengan mengatakan bahawa tiada satu negara pun yang boleh menandingi kuasa Amerika Syarikat selepas kejatuhan Soviet. Ucapan oleh Pengarah Pentagon itu jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat berasa mereka amat berkuasa dalam pelbagai aspek berbanding negara-negara lain. Malahan, Amerika Syarikat telah meniktiraf diri mereka sebagai Super Power dan sukar ditandingi oleh mana-mana negara lain Biarpun begitu, Amerika Syarikat tetap berhati-hati kerana mereka sedar Jerman, Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) boleh bangkit dan menandingi mereka dan menggugat kuasa unipolar mereka. Oleh itu, Amerika Syarikat telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kuasa unipolar mereka iaitu dengan mengukuhkan kedudukan mereka dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan memegang kuasa Veto Selain itu, Amerika Syarikat turut menarik kesemua negara untuk menerima konsep Pax-Americana lalu sekali gus ini akan membuatkan Amerika Syarikat dilihat sebagai ketua bagi semua negara di duni. Pax-Americana merupakan satu konsep di mana Pax bermaksud keamanan. Oleh itu, Pax-Americana adalah keamanan di bawah kekuasaan Amerika Syarikat. Sistem unipolar Amerika Syarikat ini dapat dilihat sehingga sekarang.

Perluasan Sistem Ekonomi Kapitalis

Ketika perang dingin, dunia telah menyaksikan pertembungan dua aliran ekonomi yang berbeza iaitu sistem ekonomi kapitalis yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan sistem ekonomi sosialis yan dipelopori oleh Soviet Union. Namun, selepas kejatuhan Soviet Union, sistem ekonomi sosialis mula pudar dari mata dunia tetapi sistem ekonomi kapitalis terus tersebar secara meluas dan diguna pakai di kebanyakan negara. Pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang meluas di serata dunia telah membuatkan perdagangan dunia lebih kepada perubahan mekanisme pasaran iaitu bergantung kepada permintaan dan penawaran barang di pasaran. Mekanisme pasaran ini telah membuatkan sistem ekonomi menjadi lebih penting berbanding sistem politik dalam sesebuah negara. Perkara ini dibuktikan dalam satu buku yang bertajuk Megatrends Zoro yang ditulis oleh dua orang tokoh iaitu John Narsbitt dan Patricia Aburdene. Dalam buku tersebut, Narsbitt dan Aburdene menyatakan bahawa apabila bermula era globalisasi maka, perdana menteri, presiden dan pemerintah lain akan menjadi kurang penting kerana yang penting ketika itu ialah pelaku multinational corporations (MNC), transnational corporations (TNC) dan mekanisme pasaran. Sistem ekonomi kapitalis hanya bermotifkan keuntungan semata-mata maka timbul masalah kemiskinan di negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Hal ini kerana sistem ekonomi kapitalis memfokuskan kepada rakyat yang mempunyai kuasa beli. Tambahan pula, Amerika Syarikat mendominasi sistem ekonomi dunia maka banyak negara bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat. Jika ekonomi Amerika Syarikat jatuh merundum maka negara-negara lain turut merasai kesannya. Itulah antara keburukan sistem ekonomi kapitalis. Selama ini masyarakat dunia hanya mendengar tentang keburukan sistem ekonomi sosialis tetapi tidak pernah cuba untuk memahaminya. Ekonomi sosialis menumpukan terhadap kesamarataan di mana tidak ada pihak yang kaya dan tidak ada yang miskin. Namun, jika dilihat sekarang, terdapat negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran iaitu sistem ekonomi kapitalis dicampur dengan sistem ekonomi perancangan pusat. Biarpun begitu, sistem ekonomi kapitalis dilihat masih menguasai pesada ekonomi dunia. Selepas kejatuhan Soviet, tidak ada lagi negara yang memperjuangkan sistem ekonomi sosialis sehingga sistem ekonomi kapitalis telah tersebar dengan meluas ke serata dunia.

Perlumbaan Senjata

Perlumbaan senjata merupakan satu fenomena yang biasa ketika era perang dingin. Perlumbaan senjata berlaku antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Perlumbaan senjata mereka lebih menjurus ke arah perlumbaan senjata nuklear. Amerika Syarikat merupakan negara pertama di dunia yang mencipta dan menggunakan senjata nuklear. Amerika Syarikat berjaya menghasilkan senjata nuklear pertama mereka sekitar perang dunia kedua, manakala Soviet Union pula berjaya menghasilkan senjata nuklear pertama mereka sekitar 1949. Walaupun kedua-dua negara tersebut terus meningkatkan pengeluaran senjata nuklear tetapi tidak ada pertempuran yang berlaku antara mereka. Selepas tamatnya perang dingin, disangkakan perlumbaan senjata akan berhenti dan ini ditambah pula dengan Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar yang tidak dapat ditandingi. Namun, jangkaan itu meleset apabila perlumbaan senjata masih berlaku malahan ahli kelab nuklear turut bertambah. Antara bukti perlumbaan senjata masih berlaku ialah Perancis telah menjalankan ujian nuklear pada tahun 1995 di kepulauan Murorua Atoll di lautan Pasifik selatan tetapi mendapat tentangan daripada badan Greenpeace. Selain itu, perlumbaan senjata turut terbukti berlaku apabila Mao Zedong enggan tunduk kepada perjanjian perbatasan senjata nuklear malah terus menambah lagi jumlah senjata nuklear mereka. Bukti seterusnya dapat dilihat dalam perang Teluk, di mana negara-negara yang terlibat dalam perang ini telah menggunakan senjata pemusnah yang canggih. Jelas bahawa selepas perang dingin, negara-negara menumpukan pengeluaran senjata yang bersifat “weapon of mass destruction”. Pada tahun 1977, terdapat sebanyak 44 buah negara yang telah menandatangani perjanjian Conprehensif non- nuclear bound treaty bagi menentang ujian dan pemilikan senjata nuklear. Namun, Amerika Syarikat tidak menandatangani perjanjian ini. Jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat ingin terus membangunkan senjata nuklear mereka dan terus menjadi negara paling berkuasa di dunia. Biarpun begitu, masih terdapat juga banyak negara yang turut membangunkan senjata nuklear mereka seperti Iran dan Korea Utara.

Pembentukan Negara-Negara Baru

Ketika Soviet Union masih teguh berdiri, Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu blok Eropah Barat dan blok Eropah Timur. Soviet Union adalah dalam blok Eropah Timur. Namun, apabila kuasa Soviet Union semakin goyah, terdapat beberapa negara yang telah menuntut kemerdekaan dan mendaulatkan negara mereka dan meminta negara-negara Eropah barat mengiktiraf kewujudan negara mereka. Antara negara yang telah memerdekakan negara mereka ialah Armenia, Azerbaijan, Uzbekistan, Estonia, Lithuania dan Latvia. Akhirnya apabila USSR tumbang, terbentuklah 15 buah negara baru yang terdiri daripada Rusia, Georgia, Ukraine, Moldova, Belarus, Armenia, Azerbaijan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Estonia, Latvia dan Lithuania. Pembentukan negara-negara baru ini memerlukan proses pemetaan semula Eropah kerana dua blok Eropah telah bergabung menjadi satu Eropah. Selain itu, negara-negara baru tersebut turut diletakkan di bawah satu badan multilateral iaitu Kesatuan Eropah (EU). Malah, negara-negara baru ini turut menjadi ahli baru PBB dan sekali gus menambahkan jumlah ahli PBB.

Kemunculan Kuasa China Dalam Sistem Antarabangsa

China yang dulunya merupakan sekutu kuat Soviet Union dalam fahaman komunisme telah mula beralih arah. China telah mula menjalinkan hubungan diplomasi dengan Amerika Syarikat melalui Diplomasi Ping Pong. Dengan ini, lebih mudah bagi Amerika Syarikat untuk menyebarkan ekonomi kapitalis yang diperjuangkannya. Biarpun China berpegang pada ideologi komunisme tetapi ekonominya lebih menjurus ke arah kapitalis. China mempunyai potensi yang tinggi dalam ekonomi jika mengamalkan ekonomi kapitalis kerana mereka mempunyai bilangan buruh yang ramai serta pasaran yang luas. Selain itu, China juga telah membangunkan ketenteraan mereka dengan pembangunan senjata nuklear dan senjata moden. Sejak tahun 1990-an di bawah pemerintahan Deng Xiao Ping, China telah membangunkan People’s Liberation Army (PLA) dan mengamalkan dua doktrin ketenteraan iaitu doktrin pre-emptive strike dan doktrin preventive war. China juga dilihat mempunyai antara sistem ketenteraan terbaik. Tidak hairanlah apabila ketenteraan China dilihat sebagai ketenteraan yang dominan di rantaunya. Selepas kejatuhan Soviet, China dilihat mampu menggantikan tempat Soviet bagi mengimbangi kuasa unipolar Amerika Syarikat.

Kesimpulan

Kejatuhan Soviet Union pada 26 Disember 1991 telah meninggalkan impak yang amat besar terhadap sistem antarabangsa. Bahkan, kesannya boleh dilihat sehingga sekarang apabila Amerika Syarikat masih mengekalkan kuasa unipolar mereka dan berjaya menyebarkan sistem ekonomi kapitalis yang diperjuangkan selama ini. Amerika Syarikat merupakan pihak yang paling gembira atas kejatuhan Soviet Union kerana tidak ada lagi negara yang akan menjadi penghalang kepada mereka dan tidak ada negara yang mampu menandingi mereka lagi. Selain daripada melihat kepada kesannya, semua negara perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan Soviet Union yang merupakan satu kuasa besar pada suatu ketika dahulu. Bagaimana sebuah kerajaan yang besar dan begitu berkuasa boleh runtuh dan lesap selama-lamanya menjadi sejarah? Antara faktor yang jelas ialah faktor kepimpinan atau pemerintahan dan faktor ekonomi. Semua negara pada zaman sekarang perlu mengelakkan daripada melakukan silap yang sama supaya tidak ditimpa nasib yang sama seperti Soviet Union. Namun, kejatuhan Soviet ini membuatkan sistem antarabangsa berubah di mana Amerika Syarikat menjadi satu-satunya kuasa yang menguasai dunia lalu ini menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak. Adakah akan muncul sebuah negara yang mampu menggantikan tempat Soviet Union ataupun mampu mengimbangi kuasa unipolar Amerika Syarikat?

Similar Documents

Premium Essay

Some Causes for Collapse of Communism

...Which did more to cause the collapse of the Soviet Communism by 1991, developments inside or outside the USSR? 1991 marks the end of Soviet Communism. Leading to 1991, USSR started to lose support from the Eastern European as USSR was in a situation that provided them with undesirable economic situations, low living standards, political instability and lack of freedom. As a whole, the cause for these situations, thereby leading to the fall of Soviet Communism, can be categorized in two main reasons – developments inside of USSR, and developments outside the USSR. While the external developments such as role of Ronald Reagan & his policies, the Pope’s involvement, rise of non communist movements in Eastern Europe and price of oil and effects on USSR did played a significant role in breaking the Soviet Communism, it is still undeniable that the internal developments, mainly the USSR leaders’ (Brezhnev and Gorbachev) policies, made larger and more tangible impacts that raises the resentment and opposition to Soviet domination, causing it to fall apart. The developments inside the USSR therefore did more to cause the collapse of the Soviet Communism. To begin with, one of the early causes of the fall of communism is due to the stagnation period under Brezhnev where economy did not improve, or rather, declined (which can be seen from USSR’s continuous importing of grain from US). This stagnation was due to expanded military and neglected domestic economy. As a whole, this period...

Words: 1718 - Pages: 7

Premium Essay

History Since 1945 Essay

...Was the demise of the Soviet Union caused principally by American policies or growing domestic unrest across the Eastern bloc? Student Name: XIANG MA Student ID Number: 2112688 Module Code: V12153 Module Title: The Contemporary World since 1945 Module Convenor: Sarah Browne At the end of 1991, the Soviet Union, the world’s first socialist country with the largest territorial area suddenly disintegrated without any war and foreign invasion, which was one of the most important global events in the 20th century and it shocked the world to a huge extent[1].Since then, there have been heated debates and discussion about what caused the demise of the Soviet Union. Some scholars think that internal factors such as social crisis and growing domestic unrest led to the end of the Soviet Union while others believe external factors like the policies of the US and Western Europe resulted in the end of the Soviet Union. This essay strongly agrees that the demise of the Soviet Union was caused principally by growing domestic unrest across the Eastern bloc rather than American policies. The Soviet Union was a multi-ethnic country built on the ruins of the Czarist Russia characterized by its nation. The ethnic issue of the Soviet Union was longstanding. During the history of more than 370 years starting from Moscow Grand Duke Ivan IV declared him to be Czar and established the Czarist Russia in 1547 until the Czarist Russia was overthrown in 1917, the Czarist...

Words: 3185 - Pages: 13

Premium Essay

Containment

...Containment At the end of WWII both the Soviet Union and The United States were defined super powers. They were equal in terms of economics, and military power, and each was always striving to be the more superior country. The two countries did not trust one another based on their different views of the world, capitalism versus communism. The United States pushed for capitalism and democracy through out the world, while the Soviet Union felt that communism was better politics because it would enhance their economy and up their status. This relationship gave birth to their clash known as The Cold War, in which the USSR tried to spread their ideas about government and socialist economy, while The United States tried to contain it. In 1946, G.F. Kennan, and American Diplomat stationed in Moscow, wrote the Long Telegram that gave an outline on his views about the Soviet Union. Shortly before it was scribed and sent to Washington, the U.S. Treasury questioned the U.S. Embassy in Moscow about why the Soviet’s were not in support of the new World Bank. This is what prompted Kennan to write the telegram. In it he tells that the Soviet Union does not seek “peaceful coexistence” between communism and capitalism, that according to them capitalism was untrustworthy and could not influence the USSR. He also wrote of their other views, and how they desired to go about their expansion of communism, but the overall theme was that according to the Soviet Union communism was the answer and must be...

Words: 840 - Pages: 4

Premium Essay

Berlin's Impact on European History

...bad reasons. Berlin played a significant role in European history though the sequence of events from 1945 to the late 1990`s that were end of World War Two, through the rise and fall of the Berlin wall, and the birth of the Eurozone. The events covered during this time all interlinked with each other and where the cause for what Europe looks like today. At the end of World War two the USA, France, Britain, and the Soviet Union gathered together to see how Europe should be divided after the war. After it was all divided it came out that the Soviet Union should get most of the countries that Nazi Germany controlled, which were the eastern part of Europe. The division gave East Germany to the capitalist states, and West Germany to the socialist, with Berlin also divided into the two sides. Berlin was on the western side claimed by the USSR, but the city was divided into east and west just like the country had. This division of the capital happened pretty much over night and many were separated from their families and friends. The USSR built the Berlin Wall that would separate all contact with the east side. This forced a Socialist way of living that in the long run created many conflicts of Socialism against Capitalism. The Berlin Wall was eventually torn down and it marked the defeat of the Soviet Union in Europe and the end of the cold war, the wall was essentially the symbol of the Cold War. After the collapse there was much to do about where the continent was headed forward...

Words: 1857 - Pages: 8

Free Essay

Eastern Europe Questions

...for a long time and because the Swedish are mostly Lutheran, most people in Latvia and Estonia are Lutheran as well. B. Why do you think people across the region practice many of the same customs? People across this region practice the same customs because they all are linked together from being under Soviet rule for so many years. 3. A. What is an industry that has grown in the region since the fall of the Soviet Union? One industry that has grown since the fall of the Soviet Union is tourism. The Americans have started visiting the countries that used to be under Soviet rule because they did not like to go there when it was under Soviet rule, because the Americans didn’t like the Soviets. B. How did Soviet rule hurt the region’s economy? Soviet rule hurt the region’s economy because the Soviets did not create a decent infrastructure, a set of resources like roads, factories and airports, that a country needs for economic growth and development. 4. Event | Effect | Soviet Rule | Damaged economy greatly. Tied Poland and the Baltic region together and established a communist government. | Breakup of Soviet Union | Many countries that were part of the Soviet Union became their own independent countries. Allowed...

Words: 339 - Pages: 2

Premium Essay

Afghanistan Cold War

...the Soviet Union invaded Afghanistan in an effort to preserve the communist government and ensure its own security, but it failed due to the superior tactics of guerilla fighters in a unique landscape and the United States’ support of the Afghan rebels. This war between Soviet forces and Afghan rebels was a struggle between the communist government and its opposition. The Soviet Union was unable to adjust to the terrain and battle space and was forced to withdrawal. This struggle highlights the strategic game that the United States and the Soviet Union played to prevent control by one another during the Cold War. According to Joseph Collins’ analysis of the Soviet invasion, the motives for the Soviets to invade Afghanistan...

Words: 2089 - Pages: 9

Premium Essay

How Does Gorbachev Show Integrity

...Mikhail Gorbachev demonstrated all of these traits and many more while ruling the Soviet Union. Near the end of his ruling it seemed that many people were against him; however, he was still honored and admired in Europe and the U.S., and was even awarded the Nobel Peace Prize. Gorbachev came from a poor background and worked hard to reach the levels he did. When in power, Gorbachev had many plans to change and advance the Soviet Union. When faced with hardship, he never backed down and followed through with what he believed in. No matter who was against him, or who supported him, Gorbachev stayed true to his beliefs and followed his plans through to the end, showing his commitment and integrity....

Words: 823 - Pages: 4

Premium Essay

How Did Ronald Reagan End The Cold War

...was still occurring. Beginning in 1947, the Cold War was a states of political and military tension, primarily between the United States and the Soviet Union, a communist country. The war lasted for forty-four years, ending in 1991. President Ronald Reagan was instrumental in ending the Cold war because of his build-up of the United States military, implementation of the Reagan Doctrine and his strong diplomatic position with Mikhail Gorbachev. Early in Reagan’s Presidency, he gave a speech deeming the Soviet Union an “evil empire” and told the U.S. citizens that he would keep an aggressive campaign against communism (Cold War...

Words: 1903 - Pages: 8

Premium Essay

Argumentative Essay On Vivita Frank

...eight years old and a young child when the Soviets first invaded Latvia in 1940. When they would leave for the last time in 1991, she would be nearly sixty. Vivita was one of the lucky ones. She left before the Iron Curtain trapped people inside the Soviet Union and its territories in 1945. However, the four years Vivita spent living in Riga, Latvia was enough time for Latvia to be occupied by both the Soviet Union and Nazi Germany, and for tens of thousands of Latvians to be deported to prison camps by the U.S.S.R. and Germany. Europe Before WWII Vivita’s homeland, Latvia, is one of the Baltic States. The Baltic States include Latvia, Estonia, and Lithuania. They are located on the eastern coast of the Baltic Sea, and lie between Russia and Germany. When Hitler...

Words: 1033 - Pages: 5

Premium Essay

Cold War and Nsc 68

...of the Kremlin portrays a grim image of inevitable confrontation with the Soviet Union. In the context of describing the Kremlin’s design, the document positions the US as a perceived obstacle and adversary of the Kremlin and assumes that the Kremlin view includes an imperative to destroy or subvert the US by any means necessary. While the document called for a massive peace time mobilization and increase in spending to contain the military threat in the Soviet Union, decades later, the fall of the Soviet Union can be seen as either the ultimate success of the policies it advocated or rather the repudiation of its gross exaggerations of Soviet power. Contrary to assumptions in NSC-68, the economic power of the Soviet Union would turn out to be on path of decline rather than improvement and it would eventually lead to the unraveling of the Soviet Union. With indicatives lead by Soviet leaders Boris Yeltsin and Gorbachev, the Soviet Union aligns itself towards marketization in the late 1980’s and early 1990’s. With the economy in limbo, a re-alignment of Soviet foreign policies ensues virtually ending the cold war. Gorbachev pursues what is seen as concessionary foreign policy based on the idea that the world is all interdependent and that global relationship would prevail over East-West divide, effectively an annulment of the idea of the Cold War. In the 1950’s, NSC-68 had portrayed the Soviet Union as an expanding antidemocratic oppressor entity that worked to enslave populations...

Words: 532 - Pages: 3

Premium Essay

End of the Cold War

...States. Previous administrations had failed to keep up with the Soviet Union in what had become the most technologically advanced arms race the world had ever seen. The destructive capabilities of both nations had grown from a reason of concern into the potential for nuclear holocaust. There were few options to ending the Cold War which was approaching 35 years in duration at the time of President Reagan’s Inauguration. It would take strong leadership and an informed vision of a peaceful future to finally bring an end to the Cold War, but this leadership and vision could not be unilateral. Upon taking office, President Reagan recognized that United States had disarmed during the 1970s while the Soviet Union had gained nuclear superiority. He took a hard line while negotiating with the Soviets (Gillon, 299). Reagan’s dramatic increase in defense spending forced the USSR to keep up. Mikhail Gorbachev was elected General Secretary of the Soviet Union on March 11, 1985. Gorbachev was the first leader to have been born after the Communist Revolution and would prove to be the most progressive leader the nation had seen. With his willingness to be the catalyst for reform and eventually peace, it seemed there was finally hope for de-escalation (Britannica, 2014). In 1985, Mikhail Gorbachev made speeches acknowledging that his nation’s economy had stalled and advocated sweeping reforms to make the Soviet bureaucracy more efficient and prosperous. The first of such reforms...

Words: 1028 - Pages: 5

Premium Essay

The Cold War and U.S. Diplomacy

...Strayer University Summer 2014 The purpose of the Reagan Doctrine was to “sponsor anticommunist guerrillas who are trying to overthrow pro-Soviet regimes” (Roskin, 2010, p.58). It was implemented in the mid-1980’s; specifically mentioned in a discrete manner in President Reagan’s 1985 State of the Union Address and lasted less than a decade, until the end of the Cold War in 1991. One of the major challenges that President Reagan faced throughout his time in office was Communism and the Cold War. Although these issues had been a problem through several presidencies, they began to escalate in the early years of Reagan’s administration. Reagan believed that President Carter provided minimal leadership to reverse communism. In 1985 President Reagan introduced the principles of the doctrine through support of anti-communist revolutions. During his State of the Union Address in 1985 he compared, “anticommunist forces with American colonists who had fought the revolutionary war, describing those latter-day patriots as ‘freedom fighters’ for democracy” (“The Reagan Doctrine”, 2014, par. 2). The doctrine was created to decrease the Soviet influence in Africa, Asia and Latin America as part of the Reagan administration’s Cold War strategy (Reagan Doctrine, 2014). It has been argued that the Reagan doctrine contributed to the fall of communism itself. One of the diplomatic efforts that occurred during Reagan’s time in office was the support of freedom fighters and/or rebels...

Words: 1193 - Pages: 5

Premium Essay

Was There Ever An American Empire Analysis

...The world has changed drastically since 1945, so much so that there are entire classes dedicated to the change brought about by the end of World War II. Between 1945 and 2018, the world has seen the rise and fall of communism governments, has witnessed countries formed and others torn apart. The world has seen empires fall and superpowers rise to take their place, only to become locked in the ideological Cold War that left all in fear of nuclear war. No country remained unaffected by the conflict of the United States (US) and the Union of Soviet Socialist Republics (USSR). Consequently, Cold War politics continue to affect modern the actions and reputations of countries globally even long after its end in 1989. The Cold War refers to the...

Words: 1675 - Pages: 7

Premium Essay

How Did Khrushchev Build The Berlin Wall

...Berlin Walls construction started at midnight on August 12, 1961. The building of the wall was a disaster for Khrushchev. Stalin tried to negotiate with the East Germans, but did not sign the treaty. The soviets were not gentle and were not inclined to be gentle with anyone. It was more peaceful for the Germans than it ever was during the war for them. Some germans speak of regret that the Berlin Wall was not still standing. The allied forces divided Berlin at the end of 1945, creating a period of peace for Germany. At the end of the war Germany was split into East Germany and West Germany. The Germans surrendered on May 7, 1945. The allied forces decided that Germany had to much power. The allies decided that they could not give power back to Germany immediately, because the war might flare up again. At...

Words: 1075 - Pages: 5

Premium Essay

Berlin Airlift Research Paper

...Known as the Cold War, this battle pitted the world’s two great powers–the democratic, capitalist United States and the communist Soviet Union–against each other. Beginning in the late 1950s, space would become another dramatic arena for this competition, as each side sought to prove the superiority of its technology, its military firepower and–by extension–its political-economic system. Fall of the Berlin Wall On November 9, 1989, as the Cold War began to thaw across Eastern Europe, the spokesman for East Berlin’s Communist Party announced a change in his city’s relations with the West. Starting at midnight that day, he said, citizens of the GDR were free to cross the country’s borders. East and West Berliners flocked to the wall, drinking beer and champagne. At midnight, they flooded through the checkpoints. Tito–Stalin Split The Tito–Stalin Split was a conflict between the leaders of SFR Yugoslavia and the Soviet Union It resulted in Yugoslavia's expulsion from the Communist Information Bureau in 1948. This was the beginning of the Informbiro period, marked by poor relations with the USSR, that came to an end in 1955. Vietnam...

Words: 889 - Pages: 4